'BERI~.A YAYASAN SABAH AJUS PINUIUPAN fAOllA RIA
Yayasan Sabah menubuhkan Pusat Perkembangan KanakKanak dengan tujuan mempertingkatkan mutu pendidikan pra-sekolah serta memperkayakan program-program untuk perkembangan dan ertumbuhan kanak-kanak secara keseluruhan sebagai individu. Ini adalah selaras dengan objektif Yayasan Sabah untuk memperbaiki dan memperluaskan kemajuan pendidikan dan kemudahankemudahan pendidikan· bagi rakyat Sabah ,kata Pengarah Yayasan Sabah, Dr. Jeffrey G. Kitingan di Majlis Penutupan Tadika Ria baru-baru ini. Dr. Jeffrey berkata bahawa kalau Kementerian Pelajaran bertanggungjawab menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah, sementara universiti-universiti menyediakan kemuncak sesuatu sistem pendidikan di negara ini, maka Yayasan Sabah membantu kerajaan dengan menyediakan pendidikan pra-sekolah. Yayasan Sabah memenuhi 'starting point' ini yang
dianggap sebagai asas atau peringkat permulaan pendidikan. Peringkat inilah yang boleh menentukan kejayaan kanak-kanak di peringkat yang lebih tinggi. Semenjak penubuhan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak tiga tahun lalu, seramai 214 kanak-kanak telah duduk belajar di dalam darja..~/kelas I, II dan III di beberapa buah sekolah rendah disekitar Kota Kinabalu. Dalam pada itu, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak juga mengikuti perkembangan mereka dengan menerima maklumbalas daripada ibubapa dan guru-guru mereka. Tadika Ria berfungsi sebagai 'Tadika makmal' atau 'Laboratory Kindergarten' untuk usaha-usaha penyelidikan dan juga merupakan sebahagian daripada tempat di mana latihan pendikapendika dijalankan. Sementara itu, rancangan jangka panjang Pusat Perkembangan Kanak-Kanak ialah penubuhan 'Institut Kajian Perkembangan Kanak-Kanak'.
Institut ini akan mengendalikan latihan dan menjalankan penyelidikan ke atas Tadika Ria yang berfungsi sebagai makmal. Dengan kata lain, Tadika Ria akan berfungsi sehinggalah disuatu masa kelak ia dengan sendirinya menajdi "Tadika Contoh" samada kepada Negeri Sabah mahupun Malaysia. Contoh bukan dari segi kemudahan tetapi dari segi pendekatan, alat-alat bantu yang diubahsuai dan lain-lain bahan pengajaranpembelajaran. Hanya melalui usaha penyelidikanlah sesuatu itu dapat dibuktikan kebenarannya dan seterusnya boleh dicontohi.
Dr. Jeffrey menegaskan bahawa hari penyampaian sijil ini juga boleh digunakan oleh para ibubapa untuk berbincang, mengetahui masalah yang dihadapi oleh kanakkanak di Tadika atau di bilik darjahnya. Secara langsung kita juga dapat mencari jalan penyelesaian masalah berkenaan dengan terbuka, bersama pendikapendikanya. Leb ih-Iebill lagi dengan tertubuhnya Persatuan Ibubapa Pendika (pIBAGU) maka diharapkan segala masalah samada yang berhubung dengan kanak-kanak mahupun perkara-perkara lain dapat disalurkan melalui persatuan ini.