Berita Yayasan Sabah Vol.20, No.1 (Julai-September 1998)

Page 9

BAHASA, ILMU BAN BUBAYA PENTING: BATUK TAHIR

Bahasa, ilmu dan budaya adalah sarna penting dengan bidang-bidang lain seperti politik dan ekonomi dalam memajukan sesebuah negara. Demikian menurut Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Mohd. Tahir J aafar semasa merasmikan Pertandingan Akhir Pesta Pantun antara Kursus anjuran ITM cawangan Sabah pada 13 Februari lalu di Dewan Rekreasi ITM, Menggatal. Menurut Datuk Tahir yang diundang selaku tetamu kehormat di majlis itu, sejarah menunjukkan bahawa suatu

tamadun maju dengan adanya gabungan yang man tap antara bahasa, budaya dan ilmu. "Jika kita menoleh ke zaman silam rantau ini, kita dapati kegemilangan empayar Melayu pada zaman dahulu bukan hanya terletak pada kekuatan politik dan ekonomi semata-mata, tetapi d iimbangi oleh kekuatan mental pujangga Melayu antara lain seperti Tun Seri Lanang dan Hamzah Fansuri di samping beberapa tokoh lain selepas itu yang meneruskan tradisi ilmu ini seperti Abdullah Munshi," katanya.

9 I Menurut beliau siswa-siswi institusi pengajian tinggi berperanan dalam membantu menanamkan semangat cintakan budaya bangsa kita. Ini adalah kerana mereka adalah penyambung di an tara satu generasi dengan satu generasi yang lain dalam melahirkan graduan yang berbudaya dan beridentitikan Bangsa Malaysia yang berteraskan Budaya Melayu. "Jika warisan ini tidak dipelihara dan dikembangkan, kita mungkin kehilangan teras identiti Bangsa Malaysia dan lenyap begitu sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara budaya kita yang mempunyai dinamismenya tersendiri sebagai warisan peradaban masyarakat. Untuk itu kita harus membebaskan diri dari segal a rupa bentuk pengaruh luar yang negatif mempengaruhi pemikiran kita," jelas beliau. Bersesuaian dengan suasana majlis itu, Datuk Tahir juga telah menyampaikan sebuah puisi bertajuk "Bahasa Bonda" nukilan Usman Awang. Pasukan Kursus Diploma Perbankan muncul juara di pertandingan tersebut yang turut disertai oleh lima pasukan lain yang mewakili pelbagai kursus di ITM cawangan Sabah.

~"""""""""~""""""~""""""~,\,S Dl pES'TA ~ ~ ~

i0:

Pejabat Kawasan Yayasan Sabah Kuala Penyu (PKYS-KP) turut memeriahkan Pesat Rumbia Kesembilan 1998 melalui gerai pameran berkonsepkan informasi teknologi. Pameran berkomputer merangkumi laman web YSIICSB dan aktiviti pembangunan PKYS-KP. PKYS- KP juga dilantik sebagai AJK Kecil mengendali pertandingan, demonstrasi, pameran dan jualan kraftangan. Pes at Rumbia kesembilan yang berlangsung dari 31 Julai - 2 Ogos

lalu oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Bernard Dompok.

. ,.

j

~~

~,MM~

1~

R\JM.B ~


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.