Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26
ATURCARA MAJLIS
Masa Aturcara
2.00 petang Pendaftaran ibubapa, waris pelajar dan guru
2.20 petang Ketibaan YDP, Ahli Jawatankuasa PIBG dan Perasmi
2.30 petang i. Bacaan Doa
ii. Ucapan Guru Besar SK Seri Perdana
iii. Ucapan YDP PIBG SK Seri Perdana
iv. Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Khalim Bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar.
3.00 petang Jamuan ringan
3.20 petang Mesyuarat Agung dimulakan
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKSP KALI KE 26/2023
1. Kata-kata aluan Guru Besar SK Seri Perdana
2. Kata-kata aluan oleh Yang Dipertua PIBG
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-25
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Pembentangan dan Penerimaan Laporan aktiviti Jawatankuasa sesi 2022/2023
6. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Sesi 2022/2023
7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2023
8. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2023/2025
8.1 Yang Dipertua PIBG
8.2 Naib Yang Dipertua
8.3 Setiausaha
8.4 Bendahari
8.5 Ahli Jawatankuasa terdiri daripada
- 5 orang wakil ibu bapa
- 5 orang wakil guru
8.6 Pemeriksa kira-kira
- 1 orang wakil ibu bapa
- 1 orang wakil guru
9. Perbahasan usul-usul
10. Hal-hal lain
11. Ucapan Penangguhan YDP PIBG SK Seri Perdana Sesi 2023-2025
1
Kata-kata aluan Yang Dipertua PIBG
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-26 ini. Semoga perjumpaan kita ini walaupun hanya setahun sekali akan dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada anak-anak kita selepas ini.
Di kesempatan ini, saya selaku Yang Dipertua PIBG SK Seri Perdana ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru, para pentadbir, warga sekolah dan ahli-ahli PIBG yang telah berusaha gigih menyumbang tenaga dan usaha demi anak-anak kita di SK Seri Perdana. Untuk memastikan SK Seri Perdana terus cemerlang di masa hadapan, sememangnya kerjasama yang erat diantara semua pihak yang telah disebutkan tadi adalah amat diperlukan dan diharapkan akan terus berkekalan untuk tahun-tahun mendatang.
Sebagai PIBG, peranan kita adalah penting dalam menentukan arah dan masa depan pendidikan di sekolah ini. Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif dan memberikan peluang terbaik kepada setiap pelajar untuk berkembang dan berjaya.
Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-murid. Justeru itu, sokongan daripada semua ahli PIBG amat diperlukan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa, sahsiah terpuji dan cemerlang dalam akademik serta kokurikulum.
Akhir kata, saya bagi pihak diri dan AJK PIBG Sesi 2021 / 2023 memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang menjalankan amanah, terdapat kekurangan dan kelemahan dari segi perlakuan, tindakan atau percakapan yang menyinggung perasaan. Semoga Mesyuarat Agung Tahunan kita pada tahun ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah S.W.T.
Terima kasih.
EN. AMRI BIN DATO HAJI HASHIM Yang Dipertua PIBG, SK. Seri Perdana.
Mesyuarat
ke-26 2
Agung PIBG kali
……………………………….
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26
Kata-kata Aluan Guru Besar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberikanNya dapat saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu-bapa dan guru-guru yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan SK Seri Perdana kali ke-26 ini.
Mesyuarat Agung PIBG adalah platform penting untuk membincangkan perkembangan pendidikan dan kemajuan sekolah. Kehadiran anda semua menunjukkan komitmen dan sokongan yang tinggi terhadap anak-anak kita.
Terima kasih kepada semua ahli PIBG, guru-guru, dan pihak pengurusan sekolah atas sumbangan yang tidak ternilai dalam menjayakan program dan aktiviti di sekolah. Bersamasama, kita membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif dan membantu anakanak kita mencapai kejayaan.
Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga murid atas penyertaan aktif dalam aktiviti PIBG. Kehadiran dan sokongan anda adalah penting dalam membina jambatan antara rumah dan sekolah bagi kebaikan anak-anak kita.
Mari kita gunakan Mesyuarat Agung ini untuk berkolaborasi, berkongsi pandangan, dan merancang langkah-langkah ke hadapan. Dengan kerjasama kita, kita dapat meningkatkan mutu pendidikan dan mencapai kecemerlangan.
Akhir bicara, saya mengucapkan ribuan penghargaan kepada barisan AJK PIBG dan semua waris kerana memberi kerjasama dan menunjukkan komitmen yang baik kepada pihak sekolah. Semoga semua usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T hendaknya
Terima kasih.
(KAMARULZAMAN BIN CHE NIK)
Guru Besar, SK. Seri Perdana.
3
………………………..
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26
Tarikh : 15 Jun 2023
Hari : Khamis
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Kantin Sekolah
Penasihat : En. Kamarulzaman Bin Che Nik
Pengerusi : En. Amri Bin Dato Hj. Hashim
N. Pengerusi : Dr. Sobri Bin Sudin
Setiausaha : En. Muhammad Amin Bin Idris
Bendahari : En. Muhammad Faris Bin Jusni
Bil Ahli Jawatankuasa
1 Pengacara Majlis
1. En. Mohd. Afdzal Hilmi Bin Zulkiflee
2 Teks ucapan Guru Besar dan YDP
1. En. Muhammad Amin Bin Idris
2. Pn. Suzana Binti Mat Salleh
3 Bacaan Doa
1. En. Ridzuan Bin Md Radzi
4 Buku program
1. En. Muhammad Amin bin Idris
2. Pn. Wan Hasmiza Binti Kamaruddin
3. Pn. Robihaton Binti Ismail
5 Fotografi
1. Pn. Rosmina Bt. Shaari (K)
2. Nur Hasliha Hasyida Binti Hasballah
6 Sistem siaraya
1. En. Ahmad Tarmizi Bin Rashid (K)
2. En. Ismadi Bin Abu Bakar
7 Persiapan tempat
1. En. Mohamad Mahyudin Bin Mohd Ishak(K)
2. En. Ahmad Zaini Bin Ghazali
3. Mohd Lotfi Bin Abd Wahab
4. En. Saifullah Bin Ab. Rahim
5. En. Alias Bin Haris Fadzilah
6. En. Mohammad Zakaria Bin Ariffin
7. En. Ridzuan Bin Md Radzi
4
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26
8 Persiapan pentas
1. En. Mohd Nadzri bin Wahab(K)
2. Pn. Azliza binti Ibrahim
3. Pn. Nurul Faiz binti Che Din
4. Pn. Marina Binti Saad
5. Pn. Sharifah Fitry Binti Syed Rashid
6. Pn. Norma Binti Adenan
7. Pn. Noorzafida Binti Othman
8. Pn. Hasnah Binti Yahya
9 Banner
1. En. Sophian Bin Sulaiman (K)
2. En. Rashidi Bin Hussain
10 Pendaftaran dan pengira undi
1. En. Salehuddin Bin Ibrahim (K)
2. Pn. Rohaya Binti Hashim
3. Pn. Fazilah Binti Zakaria
4. Pn. Mazeyah Binti Mohamad Saman
5. En. Jeferi Din Bin Osman
6. Pn. Mahariza Binti Morad
7. Puan Siti Rafida Binti Darus
8. Pn. Habibah Binti Yaacob
11 Pencatat minit
1. Pn. Aniza Binti Hamzah (K)
2. Pn. Nor Hayati Binti Hussain
12 Makanan
1. En. Mohd Hazif Zuhrin Bin Abdullah (K)
2. En. Muhammad Faizal Bin Ramli
3. Pn. Fatimawati Binti Ahmad
4. Pn. Fatimah Binti Darus
5. Pn. Siti Noor Binti Ghazali
6. Pn. Mahariza Binti Morad
7. Pn. Afriza Binti Ahmad
8. Pn. Nur Sabarina Binti Che Me
9. Pn. Nadasobah Binti Harun
13 Tabung sumbangan
1. En. Zubir Bin Mohiyadin (K)
2. Pn. Noor Azah Binti Abdullah
3. Pn. Najdah Binti Abdul Jalil
4. Pn. Habibah Binti Sulaiman
14 Hadiah cabutan bertuah
1. Pn. Norariyani Binti Abd Majid (K)
2. En. Jagathesan A/L Veerachandran
3. Pn. Jalilatul Husna Binti Azizan
4. Pn. Farihan Binti Salleh @ Salleh Hilmi
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 5
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 / 2022
Tarikh : 29 Jun 2022
Hari : Rabu
Jam : 2.30 petang
Tempat : Kantin SK Seri Perdana
Kehadiran : 141 orang
Agenda
1. Ucapan Guru Besar
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
3. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-24
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Pembentangan Laporan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2021 / 2022.
6. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG sesi 2021/2022
7. Perbahasan usul-usul.
8. Hal-hal lain
9. Ucapan penangguhan.
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua waris, AJK PIBG dan guru-guru yang berjaya merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini selepas 2 tahun tidak dapat bermesyuarat secara bersemuka
Tindakan: Makluman semua
1.2 Beliau menerangkan kekuatan PIBG sekolah adalah kerjasama antara pihak waris dan guru sekolah. Pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti dan program untuk anak-anak SK Seri Perdana selepas ini. Beliau berharap pihak PIBG akan bersama-sama membantu dalam membentuk pelajar SK Seri Perdana supaya menjadi pelajar yang seimbang secara akademik, ko-kurikulum dan sahsiah.
Tindakan:Makluman semua
1.3 Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG untuk atas bantuan dan khidmat bakti yang telah diberikan.
Tindakan :Makluman semua
ke-26 6
Mesyuarat Agung PIBG kali
1. Ucapan Guru Besar
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
2.1. YDP mengucapkan selamat datang kepada semua waris ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25. Beliau bersyukur kerana Mesyurat Agung PIBG dapat di adakan secara bersemuka selepas segala cabaran yang ditempuh sebelum ini. Tahniah juga diucapkan kerana kehadiran pada kali ini tidak mengecewakan dan ini membuktikan para waris sememangnya cakna terhadap persekolahan anak-anak.
Tindakan : Makluman semua
2.2. YDP mengucapkan tahniah di atas kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang tahun 2021 sehingga 2022 kini. Harapan beliau agar kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi dan menegaskan pihak PIBG akan sentiasa membantu dan memberikan sokongan kepada pihak sekolah demi kebajikan dan kesejahteraan murid-murid di SK Seri Perdana.
Tindakan : Makluman semua
2.3. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK Kerja Mesyuarat Agung PIBG kerana berjaya merealisasikan program pada tahun ini
Tindakan : Makluman semua
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-24
3.1. Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali ke-24 dari muka surat 7 hingga 14 untuk disemak dan disahkan.
Tindakan : Setiausaha
3.2. Cadangan : Puan Norliza mencadangkan minit mesyuarat tersebut untuk disahkan.
Sokongan : Disokong oleh Pn. Nurul Nuha
4. Perkara-perkara berbangkit
4.1. – Tiada –
Tindakan : Setiausaha
5. Membentang Laporan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2021 / 2022
5.1. Setiausaha membentangkan Laporan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021 / 2022 dari muka surat 15 hingga 18. Laporan ini menyatakan aktiviti-aktiviti yang telah disertai dan dijalankan oleh pihak PIBG
Tindakan : Setiausaha
7
5.2. Setiausaha memaklumkan laporan ini tidak perlu disahkan kerana ianya sekadar makluman mengenai perjalanan aktiviti PIBG sepanjang sesi
2021/2022
Tindakan : Makluman semua
6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG sesi 2020 / 2021
6.1. Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Mei 2022 pada halaman 20 sehingga 22 untuk dibahaskan.
Baki berakhir 31 Mei 2022 :
Di bank - RM 7,110 62
Di tangan - RM 438.00
Jumlah - RM 7,548.62
Tindakan : Makluman
6.2. Cadangan : En. Ibrahim bin Hassan mencadangkan penyata kewangan PIBG untuk disahkan
Sokongan : Disokong oleh Pn. Intan
7. Perbahasan Usul-usul
1. Waris: Mohd Hanasir Hanafi,
Anak : Muhammad Muzaffar
Kelas : 2 Itqan
Waris : Nur Hayati binti Ahmad
Anak : Muhammad Hanif Al-Fattah Bin Mohd Fuad
Kelas : Pra sekolah
Tindakan : Setiausaha
Usul : Membuka pintu pagar kedua untuk mengelakkan kesesakan semasa menghantar dan mengambil anak di sekolah.
Jawapan
Guru Besar menerangkan jumlah murid yang ramai dan jumlah kenderaan yang akan keluar masuk di SKSP tidak memungkinkan pintu pagar kedua untuk dibuka. Faktor keselamatan adalah menjadi keutamaan kepada pihak sekolah untuk tidak membenarkan pintu pagar kedua dibuka. Namun Tuan GB memberikan kelonggaran untuk waris masuk ke sekolah dengan kenderaan sekiranya cuaca hujan.
Tuan GB juga mencadangkan untuk dibuat pagar khas kepada anak-anak prasekolah untuk memudahkan keluar masuk waris dan murid prasekolah.
Waris mencadangkan pokok-pokok berdekatan pagar utama untuk ditebang supaya ada ruang untuk waris-waris meletakkan kenderaan.
Mesyuarat
ke-26 8
Agung PIBG kali
Pihak sekolah akan menghantar surat kepada pihak berwajib untuk tujuan tersebut.
2. Waris: Mohd Abd. Muhaymin Bin Mustafa
Anak : Muhammad Hariz Musyrif
Kelas : 3 Imtiyaz
Usul : Laluan khas motorsikal – supaya dapat melancarkan aliran trafik di kawasan sekolah
Jawapan
Tuan GB menerangkan sekiranya dibuat satu pintu pagar atau laluan lain akan menyebabkan pemantauan dari pengawal keselamatan dan guruguru kurang efektif. Keselamatan murid-murid akan tergugat apabila pegawal keselamatan dan guru-guru tidak dapat memantau murid-murid keluar masuk sekolah.
3. Waris: Ibrahim bin Hasan
Anak : Nur Zahra Iman Binti Ibrahim
Kelas : 1 Itqan
Usul : Saya mencadangkan supaya peranan PIBG dapat membantu anak-anak sekolah secara berterusan apa yang telah dijalankan selama ini
Jawapan
Encik Ibrahim menyatakan usul beliau adalah sekadar untuk menyatakan sokongan kepada barisan AJK PIBG yang sedia ada di atas segala usaha dan kerja buat yang telah dijalankan. Dr. Sobri selaku NYDP PIBG berterima kasih atas pernyataan itu dan mengajak para waris yang lain sama-sama untuk bekerjasama dalam program sarana sekolah.
4. Waris: Nor Shazreen Elieana
Anak : Muhammad Qhaiwiem Afiq
Kelas : 1 Iltizam
Usul : Saya mohon makanan RMT dimakan pada waktu rehat supaya tidak membazir makanan dan anak-anak pun ramai yang tidak makan pada waktu pagi. Bagi yang kurang pendapatan dapat membantu meringankan duit perbelanjaan anak-anak sekolah.
Terima kasih
Jawapan
Tuan GB menerangkan ada 2 pilihan dalam pilihan masa makan RMT. Makan semasa awal pagi ataupun semasa waktu rehat. Pihak sekolah memilih masa awal pagi kerana makanan RMT itu boleh disimpan untuk dimakan pada waktu rehat sekiranya tidak sempat atau tidak makan pada waktu awal pagi.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 9
5. Waris: Siti Salina Ahmad
Anak : Nur Azwa Safrina Bt. Mohd Zukhi
Kelas : 4 Imtiyaz
Usul : Minta pihak bertanggungjawab untuk periksa keadaan makanan sebelum dijual kepada murid kerana anak saya dan rakan sekelas pernah dijual nasi goreng yang sudah basi dan berbau.
Jawapan
Tuan GB menerangkan setiap hari ada guru bertugas yang akan semak kualiti makanan murid dan RMT. Sehingga hari ini masih belum pernah ada aduan atau kes berkenaan makanan basi yang pernah sampai ke pihak sekolah. Aduan yang diterima selalunya adalah berkenaan saiz makanan yang disediakan dan bukan mengenai makanan yang telah rosak.
6. Waris: Iswan Bin Che Ishak
Anak : Muhammad Qushairi Iqbal
Kelas : 3 Imtiyaz
Usul : i. lawatan sambil belajar ke pusat pelupusan sampah (IDAMAN).
Penting kelestarian alam dan agama
ii- ikhtiar hidup – Bagaimana hendak memetik pemetik api – contoh pelerai ubat nyamuk dan lain-lain
iii- menjemput jabatan bomba, polis, askar ke sekolah-sekolah untuk demo, tugasan, matlamat
Jawapan
i. Tuan GB menerangkan SKSP adalah sebuah sekolah yang selalu memenangi pertandingan kitar semula peringkat negeri. Cadangan untuk membuat lawatan itu boleh dipertimbangkan kerana pihak sekolah memang ada membuat beberapa perancangan untuk membuat program lawatan.
ii. Program ikhtiar hidup yang dicadangkan adalah di bawah program ko kurikulum dan unit beruniform memang ada silibus berkenaan perkara tersebut. Akan tetapi disebabkan PKP, sudah 2 tahun lebih murid-murid kita tidak dapat merasai perkara tersebut. Diharapkan semoga selepas ini murid-murid kita boleh kembali beraktiviti dan mendapat pengalaman seperti yang dicadangkan.
iii. Pihak sekolah memang selalu bekerjasama dengan pihak-pihak yang disebutkan.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 10
7. Guru : Muhammad Faris Bin Jusni
Usul : Memohon waris yang belum menjelaskan bayaran sumbangan PIBG sesi 2021 untuk menjelaskan bayaran tersebut bersama dengan bayaran sumbangan sesi 2022.
Jawapan
Waris bersetuju sebulat suara dengan cadangan tersebut. YDP PIBG memohon para waris untuk menjelaskan sumbangan supaya dapat membantu pihak sekolah dalam membuat program-program yang telah dirancang. Tuan GB meminta sekiranya ada waris yang sememangnya tidak mampu untuk bayar sumbangan PIBG datang ke sekolah dan berjumpa dengan guru sekolah untuk memohon bantuan wang zakat bagi tujuan menjelaskan sumbangan PIBG.
8. Guru : Nasirudin Bin Abdullah
Usul :
i) Memohon PIBG untuk menyumbangkan RM100 untuk bayaran sukan Zon Alor Janggus.
ii) Memohon PIBG untuk menyumbangkan RM50 seorang kepada mana-mana murid yang mewakili sekolah ke peringkat negeri.
Jawapan
Pihak waris bersetuju dengan kedua-dua usul. YDP menambah sekiranya ada murid yang dapat mewakili zon ke peringkat daerah akan turut diberikan RM20 seorang.
8. Hal-hal lain
8.1 Setiausaha mencadangkan kadar sumbangan PIBG untuk sesi 2022/2023 dikekalkan pada kadar RM30 untuk seorang anak dan RM50 untuk keluarga yang mempunyai dua orang atau lebih anak di SK Seri Perdana. Pihak waris sebulat suara bersetuju dengan kadar yang dicadangkan
Tindakan : Bendahari
8.2 Ustaz Zubir meminta kerjasama waris untuk sama-sama membantu muridmurid dalam bacaan al-Quran kerana peratus murid yang menguasai dilihat semakin jatuh semenjak PKP yang lalu. Ustaz Zubir juga menerangkan setiap hari ada solat Zohor berjemaah dijalankan di surau sekolah dan meminta murid-murid terutamanya yang lelaki untuk samasama solat berjemaah di surau sekiranya waris lambat untuk mengambil mereka.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 11
8.3 Tuan GB meminta waris untuk mengambil pendekatan untuk berjumpa dengan pihak sekolah terlebih dahulu sekiranya berlaku sebarang insiden melibatkan anak-anak disekolah. Tidak perlu untuk viralkan sebarang perkara tanpa mendapat penjelasan dari pihak sekolah untuk mengelakkan semua pihak dari sebarang masalah.
Tindakan : Makluman
9. Ucapan Penangguhan
NYD mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru-guru kerana penganjuran mesyuarat agung pada kali ini berjalan dengan lancar. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua waris yang hadir kerana tidak mengabaikan tanggungjawab masing-masing terhadapa anak-anak yang bersekolah di SK Seri Pedana. NYDP berharap pihak sekolah dan pihak ibu bapa dapat sama-sama bekerjasama dalam membentuk sahsiah dan kemenjadian anak-anak kita dunia dan akhirat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.33 petang. Dicatat oleh :
1. Puan Aniza Binti Hamzah
2. Puan Habibah Binti Sulaiman
Disediakan oleh : Disemak oleh:
(MUHAMMAD AMIN B IDRIS)
(EN AMRI B DATO HJ HASHIM)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SK Seri Perdana SK Seri Perdana
12
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26
LAPORAN JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERDANA 2022- 2023
Untuk makluman, maka inilah dibentangkan laporan perjalanan persatuan ini yang meliputi jangka masa dari Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25 pada 29 Jun 2022 hingga
Mesyuarat Agung PIBG Kali-26 pada 15 Jun 2023
1. Jawatankuasa Tadbir
Persatuan ini adalah ditadbir oleh jawatankuasa yang senarainya seperti berikut:
JAWATANKUASA TADBIR
PIBG SK. SERI PERDANA 2022 - 2023
Penasihat : En. Kamarulzaman Bin Che Nik (Guru Besar SK. Seri Perdana)
Yang Dipertua : En. Amri Bin Dato Haji Hashim
Naib Yang Dipertua : Dr. Sobri Bin Sudin
Setiausaha : En. Muhammad Amin Bin Idris
Bendahari : En. Muhammad Faris Bin Jusni
Jawatankuasa Ibu Bapa :
1. En. Amirul Nizam B. Mahadzir
2. Puan Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen
3. Puan Intan Safrina Binti Abdullah
4. Puan Noor Shapilah Binti Mansor
5 Puan Nor Liza Binti Kamaruddin
Jawatankuasa Guru :
1. Puan Rohaya Binti Hashim
2. Encik Zubir Bin Mohiyadin
3. Encik Ahmad Tarmizi Bin Rashid
4. Puan Afifah Binti Azizan
5. Encik Mohd Mahyuddin Bin Mohd Ishak
Juru Audit :
1. Puan Noor Sajurratuddur Binti Nordin
2. En Mohd Hafiz Zuhrin Bin Abdullah (Guru)
ke-26 13
Mesyuarat Agung PIBG kali
2. Mesyuarat Jawatankuasa
Sejak dari 29 Jun 2022 sehingga yang terkini, Mesyuarat Jawatankuasa telah
dijalankan sebanyak 4 kali:
1. 25 Januari 2023
2. 15 Mac 2023
3. 28 Mei 2023
4. 11 Jun 2023
3. Kewangan
Sumber tetap kewangan bagi persatuan ini ialah:
i. Sumbangan tahunan sebanyak RM 30 bagi setiap waris yang mempunyai seorang anak dan RM50 untuk setiap waris yang mempunyai 2 orang atau lebih anak di SK Seri Perdana.
ii. Sumbangan atau derma pihak luar
4. Kegiatan-kegiatan PIBG
Jawatankuasa PIBG sentiasa berusaha mempelbagai dan mempertingkatkan kegiatannya supaya selari dengan misi dan visi sekolah. Antara aktiviti dan sumbangan yang melibatkan pihak PIBG ialah:
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 14
Aktiviti Bil Aktiviti Tarikh 1 Pelancaran Program Bulan Bahasa Melayu 3.7.2022 2 Penyerahan lencana Smart Sifir S’Perd 17.7.2022 3 Majlis Pelancaran kibar Jalur Gemilang 17.8.2022 4 Sambutan Maal Hijrah Peringkat sekolah 18.8.2022 5 Gotong royong memasak bubur asyura 24.8.2022 6 Sambutan ambang kemerdekaan 30.8.2022 7 Program pengurusan berat badan dan pemakanan sihat 21.9.2022 8 Gotong-rotong SK Seri Perdana 24.9.2022 9 Latihan Merentas Desa SKSP 8.2.2023 10 Program Kesedaran 3R 13.2.2023 11 Majlis Apresiasi Tahun 6 dan prasekolah & HAC 14.2.2023 12 Program Kembali ke sekolah dan minggu pertama sekolah 19.3.2023 13 Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim SKSP 12.4.2023 14 Majlis sambutan Hari Raya 16.5.2023
Sumbangan
➢ Sumbangan kepada atlet sekolah
Setiap atlet sekolah yang mewakili ke Peringkat daerah, negeri dan kebangsaan telah diberikan sumbangan atas kejayaan mereka dan penghargaan atas usaha mereka. Jumlah sumbangan adalah RM890.
➢ Sumbangan aktiviti masak bubur asyura 2022
Waris dijemput untuk sama-sama memasak bubur asyura di dewan terbuka surau SKSP. Sumbangan RM680 diberikan untuk tujuan tersebut.
➢ Sumbangan perkhemahan perdana SKSP 2022
Pihak PIBG menyumbangkan sejumlah RM2100 untuk kelancaran program perkhemahan yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
➢ Sumbangan keceriaan dan baik pulih sekolah
Pihak sekolah memohon sumbangan RM1000 untuk membuat kerja-kerja keceriaan dan baik pulih kemudahan yang ada disekolah.
➢ Sumbangan lawatan penanda aras TS25
RM1400 telah disumbangkan kepada pihak sekolah untuk tujuan lawatan penanda aras TS25 dan juga lawatan dari pihak MGB ke sekolah untuk tujuan yang sama.
➢ Menaik taraf bilik wuduk murid dan bilik JQAF
Pihak PIBG menyumbangkan RM 500 untuk tujuan menaik taraf bilik wuduk dan bilik JQAF sekolah.
➢ Pembelian peti kecemasan, bekalan ubat dan persalinan murid
Sumbangan RM 500 kepada unit kesihatan sekolah untuk tujuan yang telah dinyatakan.
➢ Program Sahsiah Terpuji
Unit KaunselingsekolahmemohonRM330 untuk tujuantaklimat kepadamurid tahap 2 supaya dapat meningkatkan sahsiah diri mereka.
➢ Sumbangan Program Team Building Guru dan Staff
Pihak PIBG menyumbangkan RM500 untuk program “team building” guruguru dan staff sekolah.
➢ Sudut HIP SKSP
RM900 diserahkan kepada panitia Bahasa Ingeris untuk tujuan menyiapkan sudut HIP sekolah.
➢ Pembelian LCD Projektor
Menyumbangkan seunit LCD Projektor berharga RM1999 untuk kegunaan guru-guru mengajar di sekolah.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 15
➢ Sumbangan aktiviti minggu pertama persekolahan
Selaras dengan saranan KPM supaya PIBG bekerjasama untuk merangka aktiviti minggu pertama bersama sekolah. RM500 disumbangkan untuk melancarkan aktiviti yang telah dirangka pihak sekolah.
➢ Baikpulih aircond di surau SKSP
Juruteknik telah dipanggil untuk selesaikan masalah aircond bocor dan baikpulih 4 unit aircond yang ada di dalam surau. RM540 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut.
➢ Sumbangan keceriaan kelas sesi 2023/2024
Sepertimanatahun-tahunsebelumini.PIBGmemberikansumbanganRM5600 untuk guru-guru kelas membuat keceriaan kelas masing-masing untuk sesi persekolahan yang baru.
➢ Bayaran penapis air COWAY
Satu unit mesin penapis air COWAY telah dipasang disekolah. Sebanyak
RM1276 telah di bayar untuk bayaran bulanan selama setahun.
➢ Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi prasekolah
RM4750 telah diserahkan kepada sekolah untuk merencanakan program Hari AnugerahCemerlang2022danbayaranmakananwarisprasekolahuntukmajlis apresiasi prasekolah.
➢ Sumbangan majlis jamuan pengawas sekolah
Unit Disiplin SKSP memohon RM2640 untuk jamuan makan kepada semua pengawas sekolah
➢ Sumbangan Lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara dan Kuala Lumpur
RM100 telah disumbangakan untuk membawa murid sekolah ke PSN Cawangan Utara. Manakala RM1000 telah disumbangkan untuk lawatan sambil belajar murid sekolah SKSP ke Kuala Lumpur.
➢ Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim SKSP
Satu program berbuka bersama anak-anak yatim SKSP telah dijalankan semasa bulan puasa 2023 yang lalu. Sumbangan RM500 telah diberikan untuk tujuan tersebut.
➢ Membina arena lompat jauh dan lontar peluru
RM1000 telah disumbangkan kepada Unit Sukan untuk tujuan pembinaan arena lompat jauh dan lontar peluru yang baru.
➢ Menyiapkan bilik Galeri Seri Perdana
RM2000 telah disumbangkan untuk menyiapkan bilik Galeri Seri Perdana.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 16
➢ Jamuan sambutan Hari Raya 2023
PIBG telah menyediakan juadah cucur udang kepada semua warga SKSP semasa sambutan Hari Raya Peringkat sekolah. RM450 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut
JawatankuasaPIBGsejakdilantikdari23Oktober2021sehinggakinisedayaupaya bertindak sebaik mungkin untuk memenuhi objektifnya. Sehubungan itu, PIBG ingin memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat iaitu para waris, guru, pihak sekolah, pelajar yang memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program-program PIBG.
Disediakan oleh: …………………………………………
( MUHAMMAD AMIN BIN IDRIS )
Setiausaha PIBG 2021/2023
SK Seri Perdana
17
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26
5. Penghargaan