
1 minute read
LAPORAN TAHUNAN JURU AUDIT DALAMAN
Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli, PIBG SK Seri Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tuan, LAPORAN JURU AUDIT DALAMAN BERAKHIR 31 MEI 2023.
Advertisement
Bahawasanya, kami Juru Audit Dalaman PIBG SK Seri Perdana mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa dan ahli-ahli, hasil pengauditan yang telah dijalankan dari 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2023.
2. Skop audit kami adalah berasaskan hasil pengauditan terhadap hal ehwal kewangan, pentadbiran dan aktiviti-aktiviti PIBG SK Seri Perdana.
3. Hasil daripada pemeriksaan, kami berpendapat bahawa pengurusan dan hal ehwal PIBG telah dilaksanakan dengan baik dan memuaskan serta memberi pandangan yang benar dan saksama sebagaimana yang telah dikehendaki oleh Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Dan Guru) 1998 serta selaras dengan kehendak piawaian perakuan.
4. Kami merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab pengauditan dalaman yang diamanahkan.
Sekian, terima kasih.
(PN NOOR SAJURRATUDDUR NORDIN) (EN MOHD HAFIZ ZUHRIN ABDULLAH) Juru Audit 1, Juru Audit 2, PIBG SK Seri Perdana PIBG SK Seri Perdana.