senikini#20

Page 20

20

‘Seni, Duit dan Rezeki’ 1

“Dengan kekayaan kehidupan anda dan keluarga anda akan mencapai keselamatan dan kebahagiaan (yang sebenar)”

K

enyataan di atas bukanlah kata-kata yang dipetik dari siapa-siapa khusus. Ianya hanyalah satu rekaan. Namun jika kita turut memerhatikan dua gambar di atas dan dengan itu kita mula menyelami kenyataan ini melalui refleksi terhadap nadi kepercayaan dan situasi emosi kebanyakan individu secara kolektif, ada kemungkinan tidak ramai yang akan menidakkannya kerana perkara di atas memiliki ‘kebenarannya’ yang tertanam dalam pada perwatakan dunia kefungsian masa kini. Merekamereka yang melihat secara bertentangan atau yang membantah kedudukan kefahaman tersebut mungkin akan diherdik sebagai ‘menipu diri sendiri’ ataupun jahil dengan kerumitan dunia moden. Kerana melalui pengalaman, rata-rata dari kita sudah pun melihat dan mempercayai mereka yang telah menjadi kaya (raya) ini menikmati kesenangan hidup yang istimewa, selesa dan adakalanya berprestij, manakala orang-orang miskin dan juga sebilangan ‘kelas pekerja’ mengalami kesempitan dan kesukaran dari segala macam kekurangan, bebanan hutang dan ‘ketiadaan’. Malahan ada di kalangan orangorang yang (dilihat) cenderung kepada kerohanian dan keagamaan mahupun dilihat sebagai kustodian agama pun ada yang seolah-olah begitu yakin dengan cara faham sebegini. Sehinggakan sebagai contohnya, nilai kehidupan Nabi SAW dan sebilangan para Sahabatnya yang diketahui ‘ringkas dan sederhana’ hanyalah bertindak sebagai pengetahuan-pengetahuan yang pasif kerana apa yang perlu ialah untuk kita semua memahami bentuk kehidupan kini memerlukan kita untuk mempercayai ‘hanya’ dengan kuasa kekayaan dan ‘kemajuan’ yang menyeluruh maka (umat) Islam akan menjadi kuat, berkeyakinan, progresif dan juga lebih betul dalam keimanan mereka. Kedudukan ‘ringkas dan sederhana’ ini pula sentiasa berada dalam kesamaran di mana kadangkala ianya hanya menjadi bahan retorik dalam melawan dan mententeramkan keterlaluan pelbagai ideologi yang dilihat berhaluan kiri atau‘ekstrimis’, walaupun pada keadaan yang bertentangan pihak-pihak populis yang menganjurkan kesederhanaan ini juga ada di kalangan mereka yang sendirinya adalah tamak dan ekstrimis dalam kemahuan mereka terhadap

Kerana perbincangan adalah mengenai persoalan ‘duit’ (kekayaan dan sebagainya) dalam seni maka perkara mengenai ‘kepekaan’ ini tidak akan dibincangkan di sini.

1

2

kuasa dan harta. Dalam ‘dunia seni’ (artworld) keadaan yang hampir sebegini turut dialami oleh ramai seniman yang bergerak mempercayai ataupun yang menjadi pengkritik kuat terhadap kedudukan-kedudukan tadi. Bagi mereka yang menjadi penyanjung kuat ‘seniperlu/dapat-duit’, kedudukan ‘seni’ dan ‘duit’ ini adalah suatu yang ‘terkandung’ dalam realiti amalan dunia seni. Di Malaysia sebagai contohnya jika anda ke mana-mana pameran di mana-mana galeri swasta antara perkara yang akan mendapat perhatian utama adalah hal mengenai jualan. Jika banyak karya yang terjual maka ia dikira satu pameran yang berjaya, maknanya, karya dan seniman itu berjaya. Seniman berkarya kerana perlu (juga) menjual karyanya untuk mendapatkan pulangan duit. Walaupun demikian ianya bukanlah suatu senario yang harus dibaca secara ‘cetek’, kerana dalam keadaan ini seniman-seniman yang sering ‘dilabelkan’ sebegini sememangnya juga secara jujur terdorong atas kepekaan kritis, nyalarasa (passion) dan kesungguhan dalam kerja mereka. Sejauhmana ‘kepekaan’ tersebut menerima pembinaan kritikan dan kefahaman yang mendalam oleh seniman tersebut maka itu adalah suatu perkara yang berbeza.1 Sebagai lanjutan jika usaha kesenian seniman berada dalam keadaan yang baik ianya akan membuka pelbagai peluang untuk membolehkan dia berkarya dengan lebih giat dan bersemangat disebabkan adanya dorongandorongan jelas dari segi pengiktirafan, permintaan, dan pulangan yang memberi kesan. Pihak galeri pula akan mengoptimumkan keadaan ini atas sebab keberlangsungan penting perniagaan mereka. Dalam keadaan tersebut sama ada ianya suatu proses yang lama atau singkat, ada kemungkinan hasil usaha seniman akan akhirnya membawa keuntungan dari segi ‘kemewahan’ (kekayaan) yang memungkinkan seniman tersebut juga mencapai status persona kultus atau bintang terkenal yang dilihat sebagai berjaya. ‘Jalan’ ini adalah jalan yang dilihat ‘benar’ kerana kebanyakkan dari seniman 3 kontemporari yang dilihat berjaya seperti Andy Warhol, Damien Hirst, Murakami dan Jeff Koon mempercayai dan bergiat pada jalan sebegini. Dalam The Guardian Jonathan Jones mengulas :

“Art has been a luxury good ever since people started to make "art" as such, and artists have been getting big money for centuries. If I say that Raphael was just as mercenary as Jeff Koons, a few answers are possible... Money itself is different. The economy is larger. The fact is that great artists in the past could earn sums that shocked their contemporaries just as they can today. Making a fortune from art is making a fortune from art.”

| Mohd Fuad Arif

Namun beliau juga melihat penilaian taraf seseorang seniman (seni) yang ‘berjaya-kaya’ tidak seharusnya dinilai terhadap kedudukan taraf pendapatannya :

“The grimmest thing about these grim times is that everyone is more focused on money. It's better not to let that turn into envy. You can love or loathe this artist or that. It is, however, foolish to base that judgment on what you believe to be in their bank account.” Bagi sebilangan para pengkritik (seniman dan juga para penulis) pula, mereka melihat‘seni-perlu/ dapat-duit’ adalah satu pegangan yang telah ‘melacurkan’ nilai suci seni itu sendiri dengan melihat peranan dan kedudukan hegemoni kapitalis (yang juga turut memainkan peranannya dalam sistem dunia seni) telah membawa manusia sejagat kepada kehancuran dan kematian nilai dan budaya tempatan dan juga kerosakan pada alam persekitaraan –yang akhirnya hanya menjadi perahu penyelamat bagi mereka-mereka yang kaya dan elit. Bila duit menjadi penumpuan dalam perbincangan mengenai seni maka dalam keadaan sedemikian ia dilihat sebagai pembunuh kepada apa sahaja bentuk signifikan untuk seni menjadi bermakna terhadap nilai dalaman kemanusiaan mahupun nilai makna seni itu sendiri. Keadaan ini dibincangkan secara hebatnya oleh para pengkritik seperti Suzi Gablik dan Sarah Thornton. Dalam artikel beliau yang bertajuk Top 10 reasons NOT to write about the Art Market Thornton menyatakan :

“Money talks loudly and easily drowns out other meanings. The general public’s interest in money takes art stories out of the art section and into the front pages of newspapers... but maybe art is better served when the articles about it are at the back.” Gablik pula dalam mengulas kenyataan terhadap Korten mengenai “the suicide economy” menyatakan:

“ I believe that Korten is right when he says that we have to find the will to greater moral and spiritual maturity – it is time to move beyond an economic model that is destroying communities, cultures, and natural systems everywhere... Transformation cannot happen from ever more manic production and consumption in the marketplace; it is more likely to come from some new sense of service to the whole – from a new intensityin personal commitment...” (141)


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.