Aku dan Bintang Vol 8

Page 4

Berita

Julai - Disember 2010 • 4

www.planetarium-sarawak.org

Bakat hiasan hidangan di Kem Astrophilia 2010

K

em Astrophilia 2010 telah berlangsung dari 19 hingga 21 Februari 2010 di Kem Alapong, Lundu dengan penyertaan kira-kira 30 peserta dari beberapa sekolah menengah di Bandar Raya Kuching dan Kota Samarahan. Peserta-peserta adalah terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir, SMK Matang Jaya, SMK St. Joseph, SM Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Santubong, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut sama berkongsi ilmu astronomi mereka dalam sesi kem selama tiga hari ini. Beberapa fasilitator yang mengendalikan aktiviti sepanjang kem ini adalah merupakan pelajar-pelajar yang pernah menyertai program anjuran Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS). Mereka merupakan ahli-ahli SAS yang sentiasa berdedikasi serta aktif dalam setiap program astronomi yang dianjurkan. Bagi memantapkan lagi kemahiran dalam bidang astronomi, mereka telah diberi peluang untuk menjadi fasilitator dalam Kem Astrophilia supaya dapat memberi pengalaman serta keyakinan kepada peserta-peserta baru serta untuk membiasakan diri dalam penganjuran aktiviti-aktiviti yang sama pada masa akan datang. Kebiasaannya, peserta-peserta

AKTIVITI yang dijalankan secara berkumpulan di Kem Astrophilia 2010.

PESERTA sedang menerangkan tentang hiasan makanan yang berkonsepkan astronomi kepada juri dalam salah satu aktiviti di Kem Astrophilia 2010, Lundu.

yang menyertai kem ini merupakan mereka yang baru mengenali astronomi secara asas dan masih baru di dalam penyertaan aktiviti-aktiviti astronomi. Bagi memperkenalkan ilmu asas astronomi kepada peserta-peserta baru ini, penganjur telah menyediakan beberapa aktiviti dan tajuk-tajuk astronomi di peringkat pengenalan bagi membolehkan peserta mendalami serta menghayati ilmu ini dengan mudah dan berkesan. Dalam pada itu, penganjur turut memuatkan beberapa aktiviti yang agak berlainan dengan astronomi, iaitu pertandingan memasak dan menghias hidangan secara berkumpulan dengan kreativiti masing-masing untuk meng-

hasilkan hiasan hidangan berunsurkan astronomi. Sepanjang kem ini juga para peserta turut diberi peluang untuk mendapat penilaian psikologi mereka berdasarkan sesi kumpulan yang dijalankan oleh para fasilitator. Bagi mewujudkan konsep persahabatan yang lebih mesra, penganjur turut menyediakan acara sampingan iaitu sambutan hari jadi bagi peserta. Dengan konsep persahabatan yang dipraktikkan sepanjang kem, ia berjaya mewujudkan hubungan yang lebih rapat di kalangan peserta. Dan pada masa yang sama, kem ini juga telah melahirkan logo dan konsep “Sahabat Astronomi” hasil daripada cetusan kreativiti para peserta.

SESI mencuba teleskop oleh peserta Kem Astrophilia.

SESI ‘ice-breaking’ yang dikendalikan oleh fasilitator di Kem Astrophilia 2010.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.