Page 1

www.planetarium-sarawak.org

Disember 2015

ISSN 1985-0344 Keluaran 16

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

Astronomi ke pelosok Sarawak

Ikuti kami melalui media sosial Planetarium Sultan Iskandar

@SahabatPSI

SahabatPSI

Planetarium Sultan Iskandar

sahabatastronomi

Planetarium Sultan Iskandar


Disember 2015 • 2

www.planetarium-sarawak.org

Aktiviti jelajah Sarawak perkembang minat astronomi Hari Astronomi SMK Kidurong sempena kemenangan Astro Kuiz

4

Sasaran 3000 peserta dalam Jerayawara Sahabat Astronomi

9

Jerayawara Sahabat Astronomi 2015

10

Planetarium mini tarikan Pesta Kaul

12

Ilmu sains diketengah di Minggu Astronomi Betong

14

Bengkel Sains Astronomi di Ba’Kelalan

18

Moles: What is out there? Extrasolar Planets

T

ahun 2015 melibatkan program-program yang mendekatkan astronomi kepada orang awam. Program di Betong, Bintulu serta jauh di kawasan pergunungan Ba’Kelalan membuktikan bahawa aktiviti astronomi yang dianjurkan oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak tidak pernah menuju ke titik noktahnya. Reaksi yang dapat dilihat pada muka pelajar-pelajar sekolah ketika melakukan projek astronomi atau pengunjung yang melihat objek melalui teleskop amatlah bernilai kerana wujudnya minat di kalangan mereka terhadap astronomi. Ilmu astronomi di kalangan masyarakat kita masih lagi kurang jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Astronomi masih lagi dianggap sebagai ilmu yang jauh dari kita seperti kajian terhadap bulan, planet, komet, galaksi dan sebagainya. Namun, amat kurang yang mengetahui bahawa astronomi ini adalah ilmu yang paling dekat dengan diri kita seperti ilmu tentang graviti, siang dan malam, air pasang dan surut, gerhana dan banyak lagi. Kita membawa ilmu ini kepada masyarakat bukan hanya sebagai maklumat kosong sahaja, tetapi ia bertujuan untuk membuka minda kita betapa kecilnya kita jika dibandingkan dengan apa yang telah lama wujud di sekeliling kita. Program serta aktiviti PSI dan SAS yang dijalankan dari tahun ke tahun diharapkan dapat menambahkan ilmu dan minat orang serta kesedaran terhadap astronomi yang secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada masyarakat kita.

20

Muka depan: Abdul Rahman Hisyam dari Persatuan Astronomi Sarawak sedang menunjukkan cara yang betul untuk melancarkan roket air semasa Bengkel Sains Astronomi dan Kaji Bintang di SK Kluster Ba’Kelalan, Lawas.

Editor Alfean Aziz Sumbangan Ismandy Ali Asfahanim Bujang Jenau Adam Alfean Aziz Fatin Syariqah Binti Yazi

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-251275 Faks: 082-415806 http://www.planetarium-sarawak.org e-mel: psi@planetarium-sarawak.org


3 • Disember 2015

PERUTUSAN

A

stronomi adalah bidang yang penting bukan sahaja dalam kehidupan seharian, malah untuk kemajuan negara. Malaysia sebagai negara yang beraspirasi untuk menjadi sebuah negara maju juga enggan ketinggalan. Bermula dengan kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada tahun 2007, kini negara berhasrat untuk menghantar angkasawan kedua pula. Bagaimanapun, untuk menjayakan misi tersebut bukanlah mudah. Ia melibatkan kos yang tinggi dan juga tentangan daripada pelbagai pihak yang merasakan bahawa ianya merupakan satu pembaziran. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan menghantar manusia ke angkasa telah memberi impak positif terhadap kita. Pelbagai eksperimen boleh dijalankan di angkasa lepas yang mampu menyumbang kepada kemajuan bidang-bidang sains lain seperti perubatan, farmaseutikal, dan pertanian. Seiring dengan kemajuan negara dalam bidang astronomi, rakyat juga harus cakna mengenai kepentingan bidang tersebut terhadap individu, masyarakat, negara dan juga manusia sejagat. Di sinilah planetarium serta persatuan-persatuan astronomi memainkan peranan. Tahun 2015, sepertimana tahun-tahun sebelumnya telah memperlihatkan pelbagai usaha Planetarium Sultan Iskandar bersama Persatuan Astronomi Sarawak dalam meningkatkan kesedaran astronomi khususnya di Sarawak. Aktiviti-aktiviti seperti Jerayawara Sahabat Astronomi dan Hari Astronomi untuk ke sekian kalinya telah berjaya menarik ribuan peserta yang kebanyakannya terdiri dalam kalangan pelajar. Aktiviti-aktiviti yang menarik berjaya menarik perhatian peserta untuk sedikit sebanyak memperoleh pengetahuan tentang astronomi dalam persekitaran yang menyeronokkan. Dengan usaha yang berterusan, matlamat demi melahirkan masyarakat yang celik ilmu astronomi dan sains angkasa tidak mustahil akan tercapai. Syabas diucapkan kepada Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak!

Datu Romie Sigan Daniel Presiden Persatuan Astronomi Sarawak


www.planetarium-sarawak.org

Disember 2015 • 4

Hari Astronomi SMK Kidurong sempena kemenangan Astro Kuiz

Para pelajar SMK Kidurong menunjukkan planisfera yang telah siap dibuat semasa salah satu sesi dalam program Hari Astronomi SMK Kidurong.


5 • Disember 2015

Salah satu dari kumpulan yang menunjukkan hasil projek Infografik sempena dengan Hari Astronomi.

Dona Repet (kiri) sedang menerangkan kaedah untuk melancarkan roket air.

Jenau Adam

H

ari Astronomi yang diadakan selama tiga hari ini telah melibatkan kerjasama antara PSI, SAS dan guruguru serta pelajar-pelajar SMK Kidurong untuk merealisasikan program yang dirancang setelah mengumumkan kemenangan SMK Kidurong sebagai juara bagi Astrokuiz 2013. Kira-kira 1570 pelajar termasuk guru terlibat dalam program Hari Astronomi ini dengan pihak PSI dan SAS telah mengadakan beberapa program pengenalan kepada astronomi serta kepada program yang memerlukan kemahiran matematik dan fizik. Aktiviti-aktiviti yang disusun semasa program Hari Astronomi ini melibatkan pelbagai peringkat umur lebih-lebih lagi ia bukan sahaja memfokuskan kepada pelajar jurusan sains sahaja. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk Small and Large, Near and Far yang merupakan pengenalan kepada astronomi secara umumnya. Di samping itu, pelajar yang terlibat juga belajar cara mencari buruj dan juga membuat carta bintang

Projek Infografik yang memfokuskan kepada planet Zuhrah, salah satu planet yang digunakan dalam pertandingan yang diadakan sempena Hari Astronomi SMK Kidurong.

bagi memudahkan mereka untuk mengenal pasti buruj-buruj di langit. Untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang buruj, pelajar-pelajar juga telah belajar cara menggunakan perisian Stellarium yang merupakan perisian khusus untuk mencari buruj, planet serta objek langit. Selain itu, terdapat juga pelajar-pelajar yang berpeluang untuk mereka pendarat misi ke Marikh yang merupakan simulasi peralatan untuk dibawa ke planet Marikh. Ia merupakan simulasi di mana telur diletakkan di dalam bekas dan pelajar-pelajar dikehendaki menjatuhkan bekas itu dari tempat tinggi. Telur yang ti-

dak pecah membuktikan pelajar telah mereka bekas yang dapat menampung rintangan yang terpaksa dilalui ketika menjatuhkan telur tersebut. Dalam program Hari Astronomi ini, terdapat tiga pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan membuat Infografik, membuat jam matahari hybrid dan pertandingan membuat dan melancarkan roket air. Ketiga-tiga pertandingan ini telah menguji kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar dalam menghasilkan sesuatu secara berkumpulan dalam tempoh yang telah diberikan. Pemenang-pemenang bagi pertandingan ini menerima


Disember 2015 • 6

www.planetarium-sarawak.org

Pegawai Daerah Pendidikan Bintulu, Abdul Mu’in bin Abdul Kassim sedang mencuba teleskop bersama-sama Pengetua SMK Kidurong Then Chew Nyiew (kanan) dan Kurator Planetarium Sultan Iskandar, Ismandy Ali (dua dari kanan) sambil diberi penerangan oleh Juruteknik Planetarium, Dona Repet (kiri).

Para pelajar sedang mencari buruj berdasarkan peta bintang yang diberikan.

binokular, hamper, plak dan sijil sumbangan PSI dan SAS. PSI telah membawa kubah mini ke sekolah tersebut bagi membolehkan para pelajar dan guru untuk mencuba melihat sedutan tayangan yang ditawarkan. Kubah mini planetarium ini sentiasa menjadi tarikan utama memandangkan ia merupakan salah satu cara untuk mengalami suasana melihat tayangan planetarium sekiranya tidak berupaya

Pelajar SMK Kidurong cuba untuk menghasilkan pendarat bagi projek mereka.

untuk ke teater planetarium di Kuching. Aktiviti cerapan matahari telah diadakan dengan menggunakan teleskop Coronado, namun cerapan langit malam tidak berjaya dilakukan memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan semasa program digunakan. Majlis penutupan Hari Astronomi SMK Kidurong telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pendidikan Bintulu, Abdul Mu’in

bin Abdul Kassim bersama-sama Pengetua SMK Kidurong Then Chew Nyiew serta dihadiri oleh kakitangan Planetarium Sultan Iskandar, Persatuan Astronomi, guru-guru serta pelajar-pelajar sekolah tersebut. Dalam majlis tersebut, pihak PSI dan SAS turut menyampaikan teleskop kepada pihak sekolah sebagai cenderamata bagi sekolah tuan rumah yang telah mengadakan Hari Astronomi.


7 • Disember 2015

Kira-kira 1570 pelajar termasuk guru terlibat dalam program Hari Astronomi ini dengan pihak PSI dan SAS telah mengadakan beberapa program pengenalan kepada astronomi serta kepada program yang memerlukan kemahiran matematik dan fizik.

Jenau Adam (berdiri) menerangkan cara menghasilkan projek Infografik Astronomi kepada para peserta dari SMK Kidurong, Bintulu.


www.planetarium-sarawak.org

Disember 2015 • 8

Salah seorang guru dari SK Penghulu Imban, Sibu sedang memberikan penerangan tentang cara-cara menggunakan planisfera kepada anak-anak muridnya.


9 • Disember 2015

Sasaran 3000 peserta dalam Jerayawara Sahabat Astronomi P

lanetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah menjalankan tiga siri jerayawara tahun ini dengan tumpuan masih lagi kepada sekolah-sekolah luar bandar di bahagian utara Sarawak. Jerayawara ini diadakan untuk mempromosikan astronomi serta memberi kesedaran mengenai astronomi kepada golongan sasar, khususnya para pelajar sekolah dan guru-guru sains selain masyarakat di luar bandar. Tiga tempat yang dipilih untuk mengadakan jerayawara pada tahun ini adalah Sibu dan Selangau di SK Bawang Assan, SK Batu 36 dan SK Penghulu Imban pada 7 hingga 9 April. Lokasi kedua adalah di Balingian, Mukah iaitu di SK Parish, SK Ladang No 3 dan SK Bukit Inkerbai pada 28 hingga 30 April 2015. Lokasi terakhir pula adalah di Bintulu iaitu di SK Tanjung Batu, SK Sungai Kem Batu 18 dan SK Tatau padas 11 hingga 13 Ogos 2015. Bagi jerayawara tahun ini, pihak PSI dan SAS telah berjaya melibatkan sehingga 2937 peserta dengan pecahan seramai 367 di SK Batu 36, Sibu, 181 peserta di SK Bawang Assan, Sibu dengan penglibatan daripada pelajar sekolah-sekolah lain termasuk SK Tanjung Bekakap, SK. Sg. Aup, SK. Sg. Lengan dan SK. Nanga Tutus serta 309 peserta dari SK Penghulu Imban dikunjungi oleh St. Matthew, Sibu. Di lokasi kedua, seramai 294 pelajar terlibat di SK Parish sebagai tuan rumah yang

dikunjungi oleh SK Kuala Balingian, SK Sg. Liuk, SK Sg. Bayan dan SK Badengan, Mukah. Sementara itu, bilangan peserta di SK SLDB Ladang No.3, Mukah seramai 250 orang. Seramai 152 peserta terlibat bagi jerayawara di SK Bukit Interbai sebagai tuan rumah dengan dikunjungi oleh SK Nanga Sikat, SK Lubok Bemban, SK SLDB No. 1, SK. Sg. Duan dan SK. Pengkalan Lobang, Mukah. Seramai 351 peserta terlibat bagi jerayawa yang diadakan di SK Tanjung Batu, Bintulu, 309 di SK Sg. Kem Batu 18 dan 287 di SK Tatau, Bintulu. Program jerayawara ini antara lain berobjektifkan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang bidang astronomi berkaitan dengan kehidupan seharian. Ia juga memberi peluang pelajar menguji pengetahuan dan kefahaman tentang astronomi dan memenuhi salah satu dari objektif Agenda Sosial Negeri dalam meningkatkan pendidikan dan pembangunan kemahiran dan menguatkan strategi baru rakyat serta menjana keyakinan masyarakat untuk menghadapi masa hadapan. Di samping itu, ia juga sebagai tarikan melalui pertunjukan Mini Planetarium bergerak sebagai galakan pelawat berkunjung ke Planetarium di Kuching. Antara aktiviti yang dijadualkan sepanjang program jerayawara ini adalah pengenalan tarikan graviti, membuat carta bintang, melakar buruj, pertunjukan Planetarium Mini, cerapan matahari dan pelancaran roket air.


Disember 2015 • 10

www.planetarium-sarawak.org

Jerayawara Sahaba Para pelajar SK Bawang Assan, Sibu giat mencari buruj pada peta bintang.

Salah seorang pelajar dari SK Tatau, Bintulu menjawab soalan yang ditanya oleh Kurator, Ismandy Ali.

Pelajar dari SK Tanjung Batu, Bintulu sedang mencari peta di glob bumi.

Pelajar dari SK Bukit Inkerbai, Balingian Mukah sedang menjawab soalan tentang graviti bumi.

Sekumpulan pelajar dari SK Tanjung Batu, Bintulu menunjukkan planisfera yang telah dibuat.

Sesi melancarkan roket air oleh pelajar dari SK Batu 36, Selangau.

Para pelajar dari SK Parish, Balingian tidak sabar untuk masuk ke dalam mini planetarium.


11 • Disember 2015

at Astronomi 2015 Untuk gambar penuh, sila kunjungi www.flickr.com/sahabatastronomi

Jenau Adam sedang menerangkan cara untuk mencerap matahari dengan menggunakan teleskop Coronado di SK Batu 36, Selangau.

Bergambar kenangan bersama-sama guru-guru dan pelajar dari SK Tanjung Batu, Bintulu.

Sesi melancarkan roket air di SK Penghulu Imban, Sibu.

Pelajar-pelajar dari SK Kem Batu 18, Bintulu sedang mendengar ceramah tentang konsep graviti.

Salah seorang pelajar dari SK SLDB Ladang 3 Mukah, Balingian Mukah ingin menjawab soalan.


Disember 2015 • 12

www.planetarium-sarawak.org

Planetarium mini tarikan Pesta Kaul K

aul adalah perayaan tradisi yang diraikan oleh kaum Melanau yang tinggal di sepanjang pantai Sarawak. Pada masa lalu, Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk mene-

nangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang menjadikannya sebagai perayaan yang paling penting bagi kaum Melanau Pagan. Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran

Para pengunjung tapak pameran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak setelah menonton sedutan tayangan di dalam mini planetarium semasa Pesta Kaul, Mukah.


13 • Disember 2015 serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalendar kaum Melanau Pagan yang menandakan musim tengkujuh telah berlalu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. Pesta Kaul Mukah 2015 kali ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Majlis Makan Beradat disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Bertarikh 24 – 26 April 2015 dan bertempat di Tapak Pesta Kaul Mukah, krew Planetarium Sultan Iskandar dan Sahabat Astronomi telah turun padang dalam menyertai pameran korporat yang telah ditaja oleh Persatuan Melanau Mukah. Tujuan utama pameran ini untuk mendekatkan diri serta berkongsi dengan orang awam tentang astronomi dalam kehidupan seharian kita.

Pada tahun ini, kami telah diberi peluang untuk membawa Planetarium Mini untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai keseronokan semasa melihat tayangan berkaitan astronomi. Pameran PSI pada kali ini dikunjungi oleh ramai pengunjung sehingga mencatat seramai 4000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Kebanyakan pengunjung begitu tidak bosan untuk menunggu lama beratur menunggu masuk ke dalam Planetarium Mini, walaupun keadaan begitu sesak ketika itu. Ramai daripada pengunjung yang datang sangat teruja dan bersorak gembira selepas melihat tayangan. Di antara aktiviti yang kami sediakan kepada para pengunjung adalah seperti Augmented Reality, membuat carta bintang dan demontrasi model Orerry.

Jenau Adam menunjukkan cara untuk menggunakan planisfera kepada pengunjung.

Asfahanim mengajar salah seorang pengunjung cara untuk membuatkan imej muncul melalui perisian Augmented Reality.


www.planetarium-sarawak.org

Ilmu sains diketengah di Minggu Astronomi Betong

Disember 2015 • 14

M

inggu astronomi pada 2015 telah diadakan di Daerah Betong yang berlangsung dari 13 hingga 15 April 2015 di Dewan Tan Sri Jabu, SMK St. Augustine. Dengan bertemakan ‘Inovasi Melalui Astronomi’, program ini merupakan anjuran Pejabat Residen Betong, Planetarium Sultan Iskandar (PSI), Persatuan

Kurator Planetarium Sultan Iskandar, Ismandy Ali bertanyakan soalan tentang konsep graviti bumi kepada pelajar SK St. Augustine.


15 • Disember 2015 Astronomi Sarawak (SAS) dan Agensi Angkasa Negara dengan kerja sama SMK St. Augustine, Betong untuk meraikan ulang tahun ke-13 penubuhan Bahagian Betong Penganjuran Minggu Astronomi Daerah Betong 2015 bertujuan untuk mempromosikan kepentingan ilmu sains khususnya astronomi kepada masyarakat di kawasan ini. Sekolah-sekolah berkaitan seperti SMK St. Augustine, SMK Datuk Patinggi Kedit, Maktab Rendah Sains MARA, Kolej Vokasional Teknik Betong, SMK Ulu Layar, SMK Saribas dan SMK Spaoh telah dijemput untuk meraikan progam minggu astronomi ini. Menurut Datu Romie Sigan Daniel, Residen Bahagian Betong merangkap Presiden Persatuan Astronomi Sarawak, program Minggu Astronomi Daerah Betong 2015 ini bukan sekadar akan membuatkan masyarakat meminati sains khasnya ilmu astronomi, malahan masyarakat akan menyedari betapa ilmu astronomi boleh digunakan sebagai salah satu kaedah anjakan paradigma untuk berinovasi. Ini dapat dilihat melalui usaha berkumpulan telah menghasilkan pelbagai rekaan kreativiti semasa pertandingan inovasi astronomi mengikut kategori masing-masing seperti membuat infografik astronomi 3D, membuat jam matahari, membuat dan melancarkan roket air. Antara aktiviti yang digunakan semasa program ini termasuk mempelajari konsep Bumi sfera dan graviti, mencari buruj dan membuat planisfera selain mencerap matahari mengunakan teleskop Coronado bagi murid sekolah rendah iaitu SK Chung Hua, SK Abang Abdul Kadir dan SK St. Augustine. Mereka turut berpeluang untuk menyaksikan sedutan tayangan Planetarium Mini. Bagi sekolah menengah, pelajar telah berpeluang untuk menggunakan perisian Stellarium bagi membantu mereka mengenal pas-

Presiden Persatuan Astronomi Sarawak, Datu Romie Sigan Daniel (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Setiausaha Sulit Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang iaitu En Isik Utau. Turut sama Pengetua SMK St. Augustine Betong, Cikgu Paul Langgang (kiri), Kurator Planetarium Sultan Iskandar, Ismandy Ali (tengah) dan Pegawai Sains dari Planetarium Negara, Jong Tze Kian.

Peserta Hari Astronomi bergambar bersama-sama hasil projek Infografik mereka.

ti dan memahami buruj di langit malam serta kedudukan planet, bulan dan objek-objek di angkasa. Penceramah jemputan, Encik Jong Tze Kian, Pegawai Sains dari Agensi Angkasa Negara telah mengendalikan sesi membuat dan pelancaran roket air dengan bantuan pihak PSI dan SAS. Beliau juga memberi ceramah tentang aspek ‘Try Zero G, menggunakan carta bintang dan ‘DIY Orrery’ kepada para peserta program termasuk menayangkan video saintis dan eksperimen angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) beserta teori-teori

sains angkasa. Di samping itu, cerapan awam pada waktu malam juga diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat di daerah Betong mencuba menggunakan teleskop melihat planet Musytari dan Zuhrah secara lebih dekat selain mengenal pasti buruj seperti Orion dan sebagainya. Pertandingan turut diadakan semasa Minggu Astronomi ini telah tiga kategori telah diperkenalkan iaitu kategori pertandingan membuat infografik astronomi 3D, pertandingan membuat jam matahari dan pertandi-


www.planetarium-sarawak.org

Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Sains Planetarium Negara, Jong Tze Kian kepada pelajar-pelajar yang menyertai Minggu Astronomi.

Persiapan terakhir yang dilakukan oleh Dona Repet dari Planetarium Sultan Iskandar sebelum melancarkan roket air sempena dengan sesi pertandingan roket air.

Disember 2015 • 16 ngan membuat dan melancarkan roket air. Kumpulan Titan dari SMK Spaoh dan Kumpulan Phobos dari SMK Datuk Patinggi Kedit masing-masing mendapat tempat ketiga dan kedua dengan Juara adalah Kumpulan Umbriel dari SMK Ulu Layar bagi kategori pertandingan membuat infografik astronomi 3D. Manakala, kategori pertandingan membuat jam matahari pula telah dimenangi oleh SMK Ulu Layar dengan mengetepikan saingan dari SMK Spaoh dan SMK St. Augustine yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Sementara itu, SMK Datuk Patinggi Kedit gah dalam pertandingan membuat dan pelancancaran roket air dengan wakil mereka masing-masing menjadi Juara (Kumpulan Emanuel) dan Naib Juara (Kumpulan Cherissa) dengan tempat ketiga dari SMK Saribas (Kumpulan Brendan). Pemenang setiap pertandingan inovasi astronomi masingmasing membawa pulang hadiah berupa Binokular dan hamper bernilai RM100 beserta piala bagi pemenang tempat pertama. Bagi tempat kedua dan ketiga masingmasing menerima hadiah hamper bernilai RM150 bersama piala dan hamper bernilai RM100 beserta piala. Hadiah-hadiah pula telah disampaikan oleh Setiausaha Sulit Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang iaitu Encik Isik Utau.

Pertandingan turut diadakan semasa Minggu Astronomi ini telah tiga kategori telah diperkenalkan iaitu kategori pertandingan membuat infografik astronomi 3D, pertandingan membuat jam matahari dan pertandingan membuat dan melancarkan roket air.


17 • Disember 2015

Pelajar-pelajar di sekitar Betong telah dijemput untuk menyertai program Minggu Astronomi yang diadakan di SMK St Augustine dan SK St Augustine. Kelihatan pelajar-pelajar dari SK St Augustine sedang mencerap matahari dengan menggunakan teleskop Coronado.

Pelajar-pelajar di SK St. Augustine sedang mencari buruj dalam peta bintang.

Pameran gambar-gambar astronomi juga diadakan di kawasan laluan ke Dewan Tan Sri Jabu, SMK St. Augustine.


www.planetarium-sarawak.org

Disember 2015 • 18

Kurator Planetarium Sultan Iskandar, Ismandy Ali menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar SK Kluster Ba’Kelalan, Cikgu Bulan Dawat bersama-sama guru-guru dan murid-murid sekolah itu.

Bengkel Sains Astronomi di Ba’Kelalan Jenau Adam

U

dara yang nyaman dan dingin dengan suasana yang indah merupakan pemandangan dapat dilihat ketika krew Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak berada di Ba’Kelalan, Lawas untuk mengadakan program Bengkel Sains Astronomi dan Kaji Bintang di SK Kluster Ba’Kelalan, Lawas. Program yang diadakan dari 29 hingga 31 Julai 2015 merupakan program yang julung-julung kali diadakan di kawasan tersebut memandangkan per-

Dona Repet menerangkan cara membaca planisfera kepada pelajar-pelajar SK Kluster Ba’Kelalan, Lawas.


19 • Disember 2015 jalanan untuk menuju ke kawasan Ba’Kelalan agar sukar terutama menggunakan perjalanan darat. Program Bengkel Sains Angkasa dan Kaji Bintang merupakan program jemputan daripada Sekolah Kebangsaan Kluster Ba’ Kelalan dan Persatuan Dysleksia Sarawak (DASwk). Persatuan Dysleksia Sarawak turut menjalankan program Buddy Read seiring dengan Bengkel Sains Astronomi dan Kaji Bintang dengan memfokus kepada murid yang menghadapi kesukaran membaca. Dalam bengkel yang melibatkan kira-kira 110 pelajar dan guru, para peserta telah didedahkan dengan aktiviti mengenali buruj melalui mencari dan melakar buruj serta lebih menyeronokkan adalah membuat serta menggunakan planisfera atau carta bintang. Ia merupakan aktiviti asas bagi mana-mana program astronomi yang diadakan oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak. Di samping itu, pengenalan kepada astronomi dalam kehidupan seharian turut sedikit sebanyak memberikan pendedahan kepada peserta tentang kaitan astronomi dengan kehidupan seharian masing-masing. Para peserta turut didedahkan tentang konsep bumi sfera dan tarikan graviti yang memberikan pemahaman mereka tentang bumi. Peserta juga berpeluang untuk bermain permainan ‘Small and Large’ dan ‘Near and Far’ yang menguji strategi mereka untuk menentukan kedudukan objek-objek di muka bumi dan di angkasa lepas. Simulasi langit malam antara aktiviti yang dapat dilakukan bagi menggantikan sesi cerapan yang tidak dapat dilakukan disebabkan masalah cuaca. Melalui perisian Stellarium yang boleh diperolehi secara percuma, para pelajar boleh melihat dan melakukan simulasi kedudukan planet, bulan dan buruj-buruj di langit malam. Satu lagi aktiviti yang sentiasa menarik perhatian peserta dan orang ramai adalah tayangan dengan menggunakan kubah mini planetarium yang dibawa khas dari Kuching. Tidak ramai yang dapat berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar untuk menonton tayangan yang ditawarkan di teater. Namun, dengan adanya kubah mini ini ia sedikit sebanyak memberikan rangsangan visual kepada pelajar-pelajar yang berada jauh dari bandar raya Kuching. Pada hari terakhir, para peserta berpeluang untuk membuat roket air dan melancarkan roket air tersebut untuk menguji berapa jauh roket dapat dilancarkan. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah menitikberatkan nilai pengajaran dan pembelajaran secara interaktif di kalangan peserta. Ia juga mampu untuk meningkatkan minat para pelajar dan masyarakat setempat terhadap ilmu astronomi. Pelajar-pelajar menulis nama pada roket air yang dihasilkan untuk dipertandingkan semasa sesi pelancaran roket air di hari terakhir.

Kurator, Ismandy Ali menerangkan cara untuk menghasilkan roket air yang akan digunakan pada hari terakhir program Bengkel Sains Astronomi.

Jenau Adam menjelaskan cara untuk menggunakan planisfera yang dibuat oleh pelajar-pelajar.


I

Moles: What is out there?

n this co-production of Albedo Full Dome and Mediuscula, young children will be introduced to the fascinating world of astronomy in a fun, simple and very humorous way, hand in hand with Plato, a young mole. The animated characters and the attractive backdrops of this fulldome entertainment show will keep audiences captivated. With Moles, children will learn basic concepts about science while having a great time. The story revolves around Plato, who lives with his parents deep underground, in a dark burrow full of mystery and surprises. He is a restless, curious and thoughtful creature — fascinated by the light that penetrates the

entrance to his home. Sometimes it is lit; sometimes it is dark. Why could that be? Plato desperately wants to see what is out there in the world above. One day he finally gets to see it all! Plato discovers day and night, the Sun and Moon, and the stars! Plato’s best friends are Alfa, Beta and Gamma. They love to sing... and go treasure hunting! Good thing the professor Socrates keeps an eye on our young friends, as sometimes things can get a little out of hand! The Moles story was inspired by the Greek philosopher Plato’s “Myth of the Cave”. Moles stands out for its beauty and simplicity of visual design. Characters and settings are devel-

oped with clear and tender consistency. The illustrations are suggestive, warm and very expressive. They are filled with poetic messages that will stir a child’s imagination. Moles integrates traditional storytelling with digital media in order to entertain and awaken interest for astronomy and nature.

Extrasolar Planets

W

e live on a small planet that revolves around a medium sized yellow star. It is just one among many stars that make up the Milky Way Galaxy. And yet, our star is special. It has planets. Are there planets that orbit other stars? If so, are any of them habitable worlds

like Earth? If life developed on our planet, could it arise elsewhere? How can we find those other planets? These are the questions that drive teams of astronomers around the world, on their search for extrasolar planets. In their latest fulldome show, Extrasolar Planets – discovering new worlds, the creative minds at Albedo Fulldome in cooperation with the Planetarium of the Science Museum “La Caixa”, take audiences on a journey of scientific discovery and deep space exploration. This exciting new show describes how astronomers search for planets circling other stars. It explains the two main methods they use: studying the minute “wobbles” of stars and detecting flickers in a star’s brightness. Only a few Earth-like planets have been found, and as of yet, no extraterrestrial life has been found on any of the worlds discovered so far. Yet, it’s likely to be only

a matter of time before a world teeming with life shows up in astronomy surveys of stars in our galactic neighborhood. Right now, we know of only one world where life exists: ours! But it is likely there are other places in the galaxy where life has evolved and thrived. What if that life is intelligent? Has it tried to contact us? This show speculates on the possibility of such life, and points out nearby civilizations may already know about us — from our radio and TV broadcast signals. Extrasolar Planets – discovering new worlds is an imaginative exploration into the discoveries of new worlds beyond our Sun, the possibilities that they might be habitable, and the chances that any of those worlds harbor intelligent life. With the success of such planet finder missions as Kepler and CoROT, detecting alien life may no longer be the stuff of science fiction!

Aku dan Bintang 16  

Buletin rasmi Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

Aku dan Bintang 16  

Buletin rasmi Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

Advertisement