Page 1

www.planetarium-sarawak.org

April - Disember 2013

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

ISSN 1985-0344 Keluaran 14

Datang dan perginya Komet ISON Ikuti kami melalui media sosial di sebelah Planetarium Sultan Iskandar

@SahabatPSI

SahabatPSI

Planetarium Sultan Iskandar

sahabatastronomi

Planetarium Sultan Iskandar


April - Disember 2013 • 2

www.planetarium-sarawak.org

Kandungan

Pemahaman astronomi dalam kehidupan seharian Minat sains, astronomi bawa kejayaan Astrokuiz 2013 - 4 Komet dari bumi di PSACSXVIII - 5 Jerayawara Sahabat Astronomi Pakan Sarikei 2013 - 6 PSI lokasi STEMfest 2013 - 7 700 pelajar terlibat dalam Jerayawara Sahabat Astronomi - 8-9 Cahaya di lautan angkasa - 10 Keliru antara komet dan asteroid? - 11 Belajar dari pancaindera di Pusat Sains Copernicus 12-13 Jerayawara Sahabat Astronomi Tanjung Manis, Matu-Daro - 14-15 PSI perkenal pertunjukan sains - 16 Astronomi melalui penceritaan dalam Astronomi 4U - 17 Apakah yang berlaku kepada Komet ISON? - 18-19 Losing the Dark: We are losing the dark of night at the speed of light - 20 Gambar di muka depan menunjukkan Komet ISON yang masih lagi belum pecah walaupun terdapat ramalan bahawa nukleus yang berais mungkin pecah apabila ia mendekati matahari. Dalam gambar yang diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble NASA pada 9 Oktober, nukleus tersebut tidak pecah disebabkan ia terlalu kecil. Sekiranya ia pecah, mungkin Hubble dapat merakam gambar pecahan tersebut. Di samping itu, koma atau kepala yang mengelilingi nukleus itu juga berbentuk serata dan licin. Ia tidak mungkin terjadi sekiranya terdapat serpihan lain yang turut bersama. Cetusan debu jet pertama kali dilihat pertama kali dalam gambar Hubble pada April tidak lagi kelihatan. Kredit: http://hubblesite.org/newscenter/archive/releases/2013/42/image/a/

A

pakah yang dapat diperkatakan tentang pencapaian astronomi Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak tahun ini? Fokus PSI dan SAS tahun ini adalah untuk mengembangkan kesedaran astronomi melalui program jerayawara dan kita boleh melihat kejayaan jerayawara apabila sekolah yang berjaya meraih tempat pertama dalam AstroKuiz 2013 adalah daripada SMK Kidurong, Bintulu - antara sekolah yang pernah menjadi sasaran jerayawara tidak lama dulu. Masih panjang lagi perjalanan yang perlu dilalui oleh PSI-SAS dalam mendidik masyarakat tentang astronomi agar astronomi tidak hanya dilihat sebagai tempat datangnya mahkluk angkasa lepas. Tidakkah mereka tahu bahawa kita sebenarnya berada di angkasa lepas, iaitu bumi ini berada di angkasa lepas dan kita bergerak di dalam orbit mengelilingi matahari dan sistem suria kita juga bergerak di dalam galaksi ini. Oleh itu, kita tidak perlu mengklasifikasikan bahawa astronomi ini hanya tempat wujudnya makhluk asing. Kita adalah makhluk asing kepada penduduk di planet-planet dan galaksi ini. Namun, saya tidak ingin menyentuh terlalu jauh kerana ilmu masyarakat kita tentang asas astronomi masih lagi cetek berbanding negara-negara lain di planet ini. Kita bukan ingin hendak menyalahkan individu, kumpulan atau institusi tertentu, namun pemahaman kita tentang bumi ini masih lagi pada tahap minimum, terutama kesan-kesan yang wujud pada kita apabila berlakunya ketepuan manusia dan juga produk-produk hasil manusia di muka bumi ini. Perkara yang paling asas dapat kita lihat adalah dari segi proses penebangan pokok yang semakin berleluasa di muka bumi ini - bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya pokok tidak lagi mampu mengeluarkan oksigen, dan oksigen merupakan sumber paling penting untuk kita bernafas. Oleh itu, kembali lagi kepada pemahaman kita kepada tempat tinggal kita di muka bumi ini, terapung-apung di angkasa, yang merupakan hanya tempat tinggal yang kita ada setakat ini. Selamat menyambut tahun baru 2014!

Editor Alfean Aziz

Sumbangan Ismandy Ali Noraizah Idris Asfahanim Bujang Jenau Adam Alfean Aziz

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-251275 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org


3 • April - Disember 2013

Perutusan

T

ahun 2013 telah menyaksikan banyak perkembangan dan perubahan baru di dalam bidang sains dan teknologi secara global. Begitu juga dengan usaha gigih belia hari ini yang sanggup bekerja keras bagi memperkasakan bidang sains dan teknologi perlu dihargai dan dinilai dengan sebaiknya bagi membentuk keperluan perancagan strategik dan kemajuan Negara. Pelbagai ruang dan peluang telah disediakan oleh Kerajaan dari peringkat sekolah rendah, menengah hinggalah membawa ke institusi pendidikan tinggi bagi para pelajar mendalami bidang yang semakin kompetitif. Dalam pada itu, kerajaan juga yang komited untuk memajukan sains dan teknologi telah menyediakan pelbagai dana penyelidikan dan pendidikan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, kreatif dan berinovasi. Dengan memiliki kepakaran dan kemahiran yang tinggi di dalam bidang sains dan teknologi, ia membolehkan kita setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Sebagai generasi pelapis Negara, sumbangan yang di-

perlukan bukan hanya untuk masa depan sahaja, tetapi ianya perlu diteruskan untuk generasi yang seterusnya. Malah, bagi setiap ahli masyarakat yang inginkan kemajuan secara berterusan, mereka hendaklah menghargai sains, teknologi dan inovasi. Walaupun secara kasar, planetarium hanya memainkan peranan yang kecil di dalam memberi sumbangan pendidikan tidak formal bagi sains dan teknologi. Namun, ia merupakan tapak asas kepada golongan sasaran bagi memupuk minat mereka untuk menceburi bidang berkaitan dengan lebih mendalam. Bagi Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS), kami akan tetap meneruskan usaha untuk mempromosi dan mengembangkan ilmu sains dan teknologi kepada masyarakat, khususnya mereka yang berada di luar bandar. Terima kasih diucapkan kepada anda yang terus menyokong dan komited kepada usaha PSI-SAS selama ini di dalam memartabatkan dan membudayakan sains angkasa dan astronomi di kalangan masyarakat! Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!

Encik Affandi bin Keli Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak


April - Disember 2013 • 4

www.planetarium-sarawak.org

Minat sains, astronomi bawa kejayaan Astrokuiz 2013 Alfean Aziz

M

inat bukan sahaja membantu peserta bagi pertandingan Astrokuiz 2013 yang telah diadakan di Planetarium Sultan Iskandar baru-baru ini untuk menjadi juara bagi pertandingan itu, namun bagi Andiana Ilam anak Smak (17 tahun), Nur Husnina Asyura bt Meselan (16 tahun), Sarah anak Paul (16 tahun) dan Nurul Asyiqin bt Ibrahim (15 tahun), semuanya disebabkan dorongan dari keluarga yang menyebabkan minat mereka terhadap astronomi bermula sejak awal lagi. Mengimbas kembali ketika ditemu ramah di sekolah mereka iaitu di SMK Kidurong, Bintulu, rata-rata mereka mengatakan bahawa pendedahan daripada keluarga sama ada secara langsung atau tidak langsung telah membantu mereka sedikit sebanyak untuk mendalami tentang ilmu astronomi. “Dari persediaan, kami tidak melakukan persediaan yang mendalam memandangkan masa yang singkat, namun apa yang keluar dalam ujian bertulis adalah apa yang kami belajar,” ujar Andiana merujuk kepada soalan ujian bertulis Astrokuiz yang melayakkan mereka untuk ke peringkat akhir Astrokuiz 2013. “Kami masuk menyertai dalam pertandingan ini bukan untuk menang, tetapi untuk berseronok sahaja dan dapat menambah ilmu pada masa yang sama,” tambah Nur Husnina apabila merujuk kepada rakanrakan seperjuangan mereka yang lain kelihatan tertekan apabila menjawab soalan-soalan yang ditanya di dalam Astrokuiz 2013. SMK Kidurong, Bintulu merupakan salah satu sekolah yang pernah dilawati oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak ketika menjalankan program

Dari kiri Sarah anak Paul, Nur Husnina Asyura bt Meselan, Andiana Ilam anak Smak dan Nurul Asyiqin bt Ibrahim, kumpulan yang telah berjaya merangkul kejayaan dalam Astrokuiz 2013.

Pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Kidurong, Bintulu bersama-sama Pengetua Than Chew Nyiew (empat dari kanan).

Jerayawara Sahabat Astronomi di Bintulu pada 2010. Salah seorang peserta program jerayawara itu, Andiana berkata bahawa dia masih ingat lagi kehadiran rombongan PSI dan SAS di sekolahnya dan ini secara tidak langsung menambahkan lagi minatnya dalam astronomi. Bagi Andiana, Nur Husnina, Sa-

rah dan Nuru Asyiqin, kehadiran mereka di pertandingan Astrokuiz 2013 yang bertujuan untuk menambahkan ilmu astronomi bukan sahaja telah memberikan kejuaraan kepada mereka, malah menjadi kebanggan kepada sekolah kerana hadiah utama bagi pertandingan ini adalah pihak PSI dan SAS akan mengadakan Hari Astronomi di SMK Kidurong pada 2014.


5 • April - Disember 2013

Komet dari bumi di PSACSXVIII Asfahanim Bujang

P

lanetarium Sultan Iskandar (PSI) sekali lagi telah mengadakan Program Sains Angkasa Cuti Sekolah XVIII selama tiga hari bermula pada 19 November 2013 sehingga 21 November 2013. Seramai 131 orang peserta telah menyertai Program PSACSXVIII kali ini yang terbuka kepada peserta yang berumur antara 13 sehingga 17 tahun. Sempena dengan fenomena komet ISON, tema PSACS kali ini adalah berkaitan dengan “Comet & NEO (Near Earth Object)�. Para peserta juga telah dibahagikan kepada 10 kumpulan bagi membolehkan mereka untuk melakukan projek secara bekerjasama. Pelbagai aktiviti berkenaan dengan komet telah dikongsikan bersamasama para peserta seperti teori tentang sejarah komet, praktikal melabel diagram dengan menggunakan diagram Vern dan sesi pengiraan komet selain mengetahui perbezaan serta persamaan antara komet, asteroid dan meteor. Aktiviti Para peserta juga diberikan peluang untuk melakukan aktiviti baru iaitu membuat komet dengan menggunakan ais karbon dioksida beku. Melalui aktiviti kerjasama yang dilakukan oleh kumpulan, masing-masing telah menghasilkan komet hasil daripada campuran ais karbon dioksida, etanol, air dan juga tanah. Aktiviti ini adalah bertujuan agar peserta dapat memahami, melihat serta merasai sendiri struktur komet hasil daripada eksperimen yang telah dilakukan. Selain membuat komet, peserta juga telah diberi tugasan lain untuk menyiapkan projek boneka astronomi dengan mereka dikehendaki membuat pementasan untuk kanak-kanak bertemakan astronomi. Pementasan teater boneka as-

Sesi bergambar kenangan bermakna berakhirnya Program Sains Angkasa Cuti Sekolah XVIII di Planetarium Sultan Iskandar.

Para peserta sedang melakukan penceritaan teater bertemakan astronomi.

tronomi ini idea daripada Lara Albanese dan Alessandra Zanazzi dari Itali yang merupakan pakar dalam menghasilkan teater untuk kanakkanak berkaitan dengan astronomi. Idea mereka telah digunakan dalam konteks PSACSXVIII untuk melihat setakat mana kreativiti peserta untuk menghasilkan teater yang boleh menarik minat kanak-kanak. Di samping itu, terdapat juga pertandingan lain seperti Boys vs Girls, pertandingan individu untuk laman

sosial seperti memuat naik gambar ke dalam Facebook PSI dan Twitter. Pada hari ketiga PSACSVIII, PSI telah memberi peluang kepada peserta untuk bersuai kenal dan mengajukan soalan kepada ahli astronomi dari United Kingdom iaitu Jakub Bochinski melalui aplikasi Skype. Sesi soal jawab ini telah memberikan interaksi yang menarik antara peserta yang berminat dengan astronomi dengan ahli astronomi yang ingin mengajar astronomi kepada orang ramai.


April - Disember 2013 • 6

www.planetarium-sarawak.org

Jerayawara Sahabat Astronomi Pakan Sarikei 2013 Noraizah Idris

P

ada 30 September dan 1 Oktober 2013, Planetarium Sultan Iskandar telah mengadakan program Jerayawara Sahabat Astronomi di kawasan pedalaman Pakan, Sarikei. Program kali ini telah diadakan di dua buah sekolah iaitu di SK Ulu Pedanum dan SK Nanga Buku yang terletak kira-kira 45 minit daripada Pakan. Kedua-dua buah sekolah yang dikunjungi adalah sekolah yang berasrama terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan. Namun, pelajar yang tinggal berdekatan pula merupakan pelajar harian. Kehadiran rombongan kami telah disambut baik oleh pelajar dan juga para guru yang jarang menerima kunjungan dari pihak luar, terutama bagi mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sains dan juga astronomi.

Pelajar sedang mencuba teleskop Coronado untuk melihat matahari.

Sesi mencari buruj.

Mini planetarium sentiasa menjadi tarikan pelajar-pelajar yang belum berpeluang berkunjung ke planetarium.

Belajar tentang sistem suria dengan menggunakan Orrery.

Aktiviti PSI yang diketengahkan termasuk; • Mini PSI • Cerapan Matahari • Pelancaran Roket Air • Mencari Buruj • Membuat Carta Bintang Masa untuk menjalankan semua aktiviti yang telah dirancang adalah

terhad dan singkat kerana waktu tetap untuk persekolahan hanya sehingga pukul 12 tengah hari. Selain memberi pendedahan kepada ilmu sains astronomi kepada adik-adik, pihak PSI juga menyelitkan unsur-unsur keseronokan yang boleh menarik minat pelajar dalam ilmu sains dan astronomi.


7 • April - Disember 2013

PSI lokasi STEMfest 2013 Asfahanim Bujang

S

TEMFEST 2013 adalah merupakan Festival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang telah diadakan bermula pada 29 September 2013 sehingga 6 oktober 2013 di Universiti Malaysia Sarawak. STEMfest kali ini melibatkan enam persidangan antarabangsa dan beberapa mesyuarat dengan kehadiran ramai tokoh industri di seluruh dunia ke Malaysia untuk menyertai program seperti seminar serta bengkel dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Tema STEMfest 2013 pada kali ini adalah “Smart Economic Development – Alligning Science, Technology, Engineering and Mathematics

Education to a State’s Future Human Resources Needs”. Planetarium Sultan Iskandar telah menjadi antara lokasi terpilih bagi aktiviti STEMfest pada 3 Oktober 2013 yang lalu. Sesi aktiviti ceramah ini telah diadakan pada sebelah pagi bermula pada jam 11.30 pagi dan disampaikan oleh dua penceramah antarabangsa dan tempatan iaitu Profesor Peter Quinn yang mengadakan ceramah tentang The Square Kilometer Array (SKA), Kristen Gottschalk (Why Do Citizens Donate To Science? Motivations of the Skynet Volunteers) dan Jong Tze Kian (Learn Physics With A Water – Propelled Rocket). Seramai kira-kira 150 tetamu yang menghadiri ceramah tersebut termasuk pelajar sekolah, agensi kerajaan dan juga delegasi yang menghadiri STEMfest.

Kristen Gottschalk mengadakan ceramah tentang Why Do Citizens Donate To Science? Motivations of the Skynet Volunteers.

Profesor Peter Quinn yang mengadakan ceramah tentang The Square Kilometer Array (SKA).

Antara delegasi-delegasi STEMfest yang bergambar kenangan sebelum kembali ke Universiti Malaysia Sarawak.

Encik Jacob Sebastian, pengasas kepada Persatuan Astronomi Sarawak memberikan ucapan aluan di Planetarium Sultan Iskandar.

Kristen Gottschalk (dua dari kiri) dan Profesor Peter Quinn (dua dari kanan) bergambar dengan mereka yang hadir di ceramah STEMfest di Planetarium Sultan Iskandar.


April - Disember 2013 • 8

www.planetarium-sarawak.org

700 pelajar terlibat dalam Jerayawara Sahabat Astronomi

Pelajar-pelajar SK Sundar, Lawas bergambar kenangan selepas selesainya Program Jerayawara Sahabat Astronomi di sekolah mereka.

P

rogram Jerayawara Sahabat Astronomi telah ke Lawas bagi program pendedahan ilmu astronomi kepada pelajar-pelajar sekolah bermula 26 hingga 29 Ogos 2013. Sebanyak empat buah sekolah telah dipilih bagi sesi jerayawara ini termasuk SMK Sundar, SK Luagan, SK Sundar dan SK Merapok. Perjalanan ke Lawas dari bandar raya Kuching adalah mencabar lebihlebih lagi apabila terpaksa membawa peralatan yang digunakan untuk men-

jayakan aktiviti jerayawara. Bagi sesi ini, pihak Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak telah menggunakan Kota Kinabalu sebagai destinasi untuk menghantar barang dan dari lokasi tersebut menuju ke Lawas dengan menggunakan jalan darat. Destinasi dari Kota Kinabalu ke Lawas tidak terlalu jauh dengan mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai ke destinasi. Dengan bantuan kenderaan yang

Pelajar-pelajar dari SMK Sundar giat mencuba AR Astronomy ketika sesi pratikal.

disewa daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak krew dapat membawa barangan keperluan serta kubah mini planetarium ke sekolah-sekolah di Lawas dengan mudah. Sekolah pertama yang dipilih bagi program jerayawara adalah SMK Sundar yang terletak kira-kira 45 km dari Lawas yang melibatkan 230 pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1, 2 dan 4. Penerimaan pelajar-pelajar sekolah ini terhadap ilmu sains astronomi

Kelihatan salah sekolah pelajar SK Luagan gembira setelah keluar menonton pertunjukan pendek di dalam Mini Planetarium.


9 • April - Disember 2013

Pelajar-pelajar SK Luagan belajar tentang konsep sfera bumi dan graviti daripada kakitangan planetarium.

amat terbuka sehingga ada yang sanggup datang pada waktu malam untuk aktiviti mencerap bintang, namun disebabkan awan amat tebal, sesi cerapan terpaksa dibatalkan. Bagi sekolah kedua pula adalah SK Luagan, Sundar yang terdiri daripada 120 orang yang sentiasa aktif untuk menyertai setiap aktiviti yang diberikan kepada mereka. Apa yang menarik, setiap murid di sekolah tersebut tidak sabar-sabar untuk masuk ke dalam kubah mini planetarium kerana ia merupakan sesuatu yang baru bagi mereka. Jeritan setiap pelajar ketika melihat demonstrasi pertunjukan digital dapat didengar dari luar kubah dan ini menunjukkan bahawa ia berjaya menarik minat mereka, biarpun ia hanyalah untuk sekala kecil. SK Sundar pula terletak tidak jauh dari SMK Sundar dan ia merupakan sekolah rendah baru serta diduduki bermula Januari tahun ini. Jumlah murid-murid di sekolah ini adalah 195 orang termasuk murid-murid prasekolah. Disebabkan sekolah yang baru, program mudah dijalankan berdasarkan aktiviti seperti tayangan melalui kubah mini planetarium, mencerap matahari melalui teleskop Coronado, mencari buruj dan membuat planisfera dan juga melancarkan teleskop. Seperti biasa, tayangan dalam kubah mini planetarium tetap menjadi tarikan. Di samping itu, murid-murid juga diberi peluang untuk melihat matahari dengan menggunakan teleksop dan belajar mengenal sistem suria melalui penggunaan Orrery. Sekolah terakhir bagi sesi Jeraya-

Beberapa pelajar SK Sundar belajar tentang sistem suria melalui Orrery daripada Jenau Adam.

Pelajar-pelajar dari SK Luagan tidak sabar untuk melihat bagaimana rupa permukaan matahari dengan menggunakan teleskop Coronado.

wara Sahabat Astronomi adalah SK Merapok yang terletak 0.5 km dari sempadan Sabah-Sarawak. Dengan jumlah murid-murid seramai 172 orang termasuk pra-sekolah, setiap pelajar pastinya mempunyai tarikan tersendiri bagi mereka yang terlibat dengan Jerayawara Sahabat Astronomi. Ramai yang terus ingin mendapatkan gelang tangan sama ada melalui menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh fasilitator atau terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan. Sesi melancarkan roket air juga telah diadakan dengan sempurna, namun dijalankan dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan keadaan padang yang kecil.

Keseronokan yang terukir di muka pelajar-pelajar dapat dilihat apabila mereka cuba untuk menjawab soalan kuiz astronomi dan ketika mereka muncul keluar dari kubah mini planetarium. Teriakan “Wow!� sentiasa menjadi kenangan dan “Alah� telah mencuit hati setiap krew yang terlibat dalam perjalanan Jerayawara Sahabat Astronomi yang paling jauh setakat ini. Diharapkan jerayawara ini telah membawa ilmu dan lembaran baru kepada para pelajar yang terlibat dalam program yang telah disediakan serta membuka laluan kepada mereka untuk meminati kepada ilmu sains dan astronomi.


www.planetarium-sarawak.org

April - Disember 2013 • 10

Berita Spa

Gambar Nebula Udang. Kredit: http://www.eso.org/public/news/eso1340/

G

Cahaya di lautan angkasa

ambar ini menunjukkan Nebula Udang. Anda boleh melihat ratusan bintang yang diwakili oleh titik-titik yang berwarna biru, di kalangan gas yang berwarna-warni. Ia digelar sebagai Nebula Udang disebabkan warnanya seakan-akan udang yang berenang di dalam lautan. Tetapi, bagaimanakah kita mengetahui yang mana satu bintang merupakan sebahagian daripada nebula, dengan adakah kedudukannya berada di hadapan atau di belakang? Mengukur jarak objek-objek kosmik amatlah sukar. Namun, kita amat bertuah kerana terdapat ahli astronomi yang bijak dalam menyelesaikan masalah tersebut. Disebabkan itu, kita tahu bahawa kebanyakan bintang yang berwarna biru terdiri daripada gugusan bintang yang lebih dekat dengan kita berbanding nebula. Apabila kita mengetahui jarak objek, mengukur saiznya amatlah mudah. Nebula Udang amatlah besar sehingga kita terpaksa mengambil masa sehingga 250 tahun cahaya untuk bergerak dari satu hujung ke hujung yang lain - dan cahaya bergerak amat pantas berbanding objek lain di alam

semesta ini. Nebula itu meliputi empat kali ganda langit malam seperti bulan yang penuh. Walaupun saiznya yang amat besar, kebanyakan orang tidak memberikan perhatian kepada objek itu. Ini mungkin Nebula Udang amat malap di langit malam. Ia bercahaya disebabkan oleh cahaya yang berdekatan. Gugusan bintang berdekatan mengeluarkan cahaya ultra ungu, yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Ia merupakan cahaya yang menyebabkan Nebula Udang bercahaya. Artikel asal boleh didapati di http://www.unawe.org/ kids/unawe1368/

Fakta Menarik

Nebula Udang kelihatan amat malap apabila dilihat dengan menggunakan mata kasar. Oleh itu, untuk membuatkan ia kelihatan menarik di dalam gambar, warna yang dikumpul oleh teleskop akan diubah menjadi lebih terang.


11 • April - Disember 2013

ace Scoop

Gambar menunjukkan asteroid yang turut mempunyai ekor seakan-akan sebuah komet. Kredit: http://www.spacetelescope.org/images/heic1320a/

Keliru antara komet dan asteroid?

S

ecara kasar, hanya satu komet setahun dapat dilihat merentasi angkasa dengan menggunakan mata kasar. Sekiranya anda bertuah, anda boleh melihatnya sendiri, dan gambar ini mungkin suatu yang biasa dilihat. Walaupun ia kelihatan seperti sebuah komet, objek itu sebenarnya amat mengelirukan ahli astronomi kerana ia hanyalah sebuah asteroid. Asteroid merupakan batu yang terjadi akibat daripada terbentuknya sistem suria kita 4.6 bilion tahun lalu. Dari bumi, ia kelihatan seperti titik cahaya yang bergerak pada malam hari. Kebanyakannya, seperti dalam gambar ini, terletak antara Marikh dan Musytari, bahagian yang digelar sebagai Asteroid Belt. Komet pula boleh dijumpai di luar sistem suria. Pada kebiasaannya, komet akan bergerak dekat dengan sistem suria. Apabila ia berlaku, ia akan memberikan pemandangan yang menakjubkan. Komet terdiri daripada batu, debu dan juga ais. Seki-

ranya ia bergerak terlalu dekat dengan matahari, haba akan menyebabkan ais itu tersejat. Kita boleh melihat ekor seperti komet dalam gambar ini. Namun, asteroid tidak diperbuat daripada ais, jadi apakah yang menyebabkan ekor ini terjadi? Ia berlaku disebabkan asteroid berpusing dengan cepat, menyebabkan graviti lemahnya cuba untuk menahan permukaannya daripada berpecah. Enam ekor komet yang kelihatan di belakang asteroid itu sebenarnya diperbuat daripada debu dan batu. Artikel asal boleh didapati di http://www.unawe.org/ kids/unawe1376/

Fakta Menarik

Setakat ini, kira-kira 100 hingga 1000 tan (90,718 kg hingga 907,184 kg) bahan-bahan yang terkandung dalam asteroid telah terlepas. Ia hampir sama dengan empat kali ganda berat Patung Liberty!


www.planetarium-sarawak.org

April - Disember 2013 • 12

Belajar dari pancaindera di Pusat Sains Copernicus Alfean Aziz

P

engalaman belajar daripada deria sentuhan, mata, hidung atau telinga amat berbeza dengan cara kita belajar dengan hanya membaca atau mendengar ceramah daripada guru atau pensyarah. Disebabkan itu, kita sering melihat kanak-kanak kecil amat terpegun dengan dunia mereka apabila melihat perkara-perkara baru di sekeliling mereka. Pusat sains merupakan antara tempat yang sesuai sama ada kepada kanak-kanak, pelajar ataupun golongan dewasa untuk meneroka perkara baru dan secara tidak langsung kita boleh belajar perkara baru hasil daripada apa yang kita terokai itu. Baru-baru ini saya telah berpeluang untuk berkunjung ke Pusat Sains Copernicus yang terletak di Warsaw, Poland sebagai salah satu daripada program persidangan yang dihadiri di negara itu. Sesuai dengan namanya, pusat sains ini mengambil nama daripada ahli sains astronomi tersohor iaitu Nicolaus Copernicus yang juga berasal dari Torun, Poland. Pusat ini merupakan institusi seumpama yang paling besar di Poland dan paling canggih di Eropah. Ruang pamerannya sesuai untuk pelbagai peringkat umur; dari peringkat kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Bangunan ini telah dibuka pada 5 November 2010 dengan lima galeri utama iaitu “On the move,” “Humans and the environments,” “Roots of civilization,” “Lightzone,” dan “Buzzz!”. Pusat ini juga mempunyai pameran bagi remaja yang ingin mencuba dan membuat eksperimen yang melibatkan psikologi, sosiologi, neurobiologi dan juga teknologi.

Salah satu pameran di Pusat Sains Copernicus, Warsaw, Poland.


13 • April - Disember 2013

Kanak-kanak sentiasa ingin mencuba sendiri eksperimen yang terdapat di pusat sains.

Ia juga mempunyai makmal-makmal yang digunakan untuk menjalankan eksperimen-eksperimen sains, seolah-olah pelawat seperti seorang saintis. Terdapat juga dua teater di pusat sains ini iaitu teater Robotik yang melibatkan persembahan daripada RoboThespians dan juga teater Voltan Tinggi yang membolehkan pelawat melihat kilat secara dekat, menyentuh aliran elektrik dan meneroka sains elektromagnetik. Pusat sains tidak akan lengkap tanpa taman yang merupakan tarikan bagi mereka yang lebih suka untuk bersantai di bawah cahaya mata hari pada musim panas.

Pembelajaran sentiasa menjadi aspek utama apabila berkunjung ke pusat sains.

Taman yang digelar Discovery Park ini hasil gabungan jurutera, artis dan juga pereka taman untuk menghasilkan taman yang sesuai bagi melakukan aktiviti termasuk cerapan bintang, wayang terbuka dan banyak lagi berhadapan dengan tebingan Sungai Vistula. Planetarium Heavens of Copernicus Beroperasi sejak 2011, planetarium ini terletak bersebelahan dengan Pusat Sains Copernicus. Ia merupakan planetarium yang paling moden di Eropah dengan skrin berbentuk kubah berdiameter 16 meter. Teater itu dilengkapi dengan 137

Salah satu pameran yang dipamerkan di pusat sains ini.

kerusi dengan empat projektor digital serta projektor bintang Megastar IIa yang boleh menayangkan sehingga 20 juta bintang. Di samping itu, planetarium ini turut menayangkan pertunjukan 3D selain ia juga mempersembahkan konsert jazz yang bertemakan astronomi. Konsert itu akan diiringi oleh tayangan gambar-gambar angkasa lepas di atas permukaan kubah. Seperti planetarium lain, ia turut mengadakan sesi pencerapan bintang di bahagian luar planetarium dengan ia telah menarik minat ramai pengunjung untuk menyaksikan fenomena yang berlangsung pada waktu itu.

Pengunjung berpeluang untuk mencuba sendiri bahanbahan yang dipamerkan.


April - Disember 2013 • 14

www.planetarium-sarawak.org

Jerayawara Sahabat Astronomi Tanjung Manis, Matu-Daro Jenau Adam

S

eramai 1350 orang telah terlibat dalam Siri Jelajah Program Jerayawara Sahabat Astronomi sekitar Bandar Baru Tanjung Manis dan Matu Daro yang diadakan bermula 15 hingga 18 April 2013 anjuran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak. Pengisian modul Jerayawara Sahabat Astronomi sesi 2013 telah melibatkan interaktif aktiviti astronomi dan sains angkasa termasuk konsep bentuk muka Bumi dan graviti, membuat carta bintang dan mencari atau melakar buruj, sesi mencerap matahari dan planet serta fasa-fasa bulan dan pertunjukan digital Mini Planetarium. Golongan sasaran, murid-murid sekolah dan guru-guru serta juga orang awam. Perjalanan ke Bandar Baru Tanjung Manis dari Bandar Sibu mengambil masa selama hampir dua jam dengan perjalanan sejauh 85 km. SK Tanjung Manis yang terletak di sekitar Bandar Baru Tanjung Manis merupakan destinasi pertama rombongan kami kali ini pada 15 April 2013 dengan seramai 250 orang murid-murid sekolah dan guru serta kakitangan sokongan turut terlibat dalam jerayawara ini. Guru besar bagi sekolah ini adalah yang Cikgu Sahbudin bin Wet yang turut menyambut kami untuk program ini. Selain Bandar Baru Tanjung Manis, rombongan Jerayawara Sahabat Astronomi kali ini juga melibatkan sekolah di sekitar Matu-Daro dengan kami terpaksa melalui dua buah feri utama untuk sampai ke pekan Daro iaitu Feri Sungai Nai-Batang Paloh dan Feri Nanga Kecil-Batang Lassa, dengan kira-kira 2 jam untuk sampai ke pekan Daro. Pada 16 April pula, kami telah mendapat sambutan Guru besar

Pelajar-pelajar sekolah SK Ulu Daro bergambar kenangan selepas selesainya program jerayawara di sekolah mereka.

Memberi penerangan tentang konsep sfera dan graviti bumi kepada pelajarpelajar SK Tanjung Manis.

Cikgu Noraida Binti Kipli dari SK Ulu Daro sebagai destinasi kedua di daerah Daro, dengan penyertaan muridmurid dari pra sekolah hinggalah Tahun 6 serta guru-guru dan kakitangan sekolah yang melibatkan kira-kira 230 orang.

Di daerah Matu pula, berkampung di SK Orang Kaya Selair pada 17 April 2013 dengan turut menerima kehadiran murid-murid Tahun 5 dari SK Sok untuk menyertai program jerayawara ini. Program di sekolah telah memberikan manfaat kepada


15 • April - Disember 2013

Pelajar-pelajar SK Ulu Daro tidak sabar untuk mencerap matahari dengan menggunakan teleskop Coronado.

230 orang. Guru besar bagi sekolah ini adalah Cikgu Ali Bin Likal. SK Tebaang merupakan sekolah destinasi terakhir kami di daerah Daro pada 18 April dengan melibatkan seramai 230 menyertai pengisian program kami di sekolah ini. Turut hadir adalah guru besar Cikgu Haji Jaapar Bin Saibin yang juga menjemput Yang Dipertua PIBG Encik Wasli Bin Mahsin, Penghulu Drahman Bin Lebak, dan Ketua Kaum Encik Jaapar Bin Haji Rosli. Pada 17 April pula, sesi cerapan selain sesi penggunaan carta bintang turut diadakan di SK Campuran Daro yang melibatkan seramai 350 orang

Beberapa pelajar dari SK Daro Tebaang belajar tentang sistem suria dengan menggunakan model Orrery.

termasuk ibu bapa dan penduduk kampung berdekatan pekan Daro. Sesi cerapan telah diadakan di sebelah tengah hari di setiap sekolah yang kami kunjungi. Namun di sebelah malamnya pula, kami turut mengadakan cerapan terbuka kepada orang awam yang diadakan di kawasan terbuka pekan Daro pada 16 April 2013. Pada sesi tersebut, kami berpeluang untuk mencerap planet Musytari dan bulan. Sesi cerapan terbuka tersebut telah menarik minat ramai orang awam untuk melihat melalui teleskop terutama bagi mereka yang belum pernah lagi melihat objek melaluinya.

Salah seorang pelajar SK Selair menunjukkan carta bintang yang telah siap.

Pelajar-pelajar di SK Selair bergambar kenangan bersama guru-guru mereka.

Aktiviti AR Astronomy turut menjadi perhatian pelajar-pelajar di SK Daro Tebaang.

Pelajar-pelajar SK Selair turut berpeluang mencuba mini planetarium.


April - Disember 2013 • 16

www.planetarium-sarawak.org

PSI perkenal pertunjukan sains Asfahanim Bujang

A

dakah anda ingin berhibur apabila berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar (PSI)? Jawapannya pasti “Ya� kerana anda sebagai pengunjung tentunya ingin menonton pertunjukan digital yang ditawarkan oleh PSI selain melawat Pusat Sains Mini yang mempunyai pameran interaktif di dalamnya. Selain itu, apakah lagi yang dapat anda lakukan? Baru-baru ini PSI juga mengadakan pertunjukan sains khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah yang datang berkunjung ke planetarium untuk menonton pertunjukan yang ada. Sementara menunggu masa untuk menonton pertunjukan, pelajar akan dihiburkan dengan pertunjukan sains yang dilakukan oleh kakitangankakitangan PSI yang mengadakan aktiviti tersebut untuk menghibur selain memberikan demonstrasi sains daripada peralatan yang boleh didapati di rumah. Ia bukannya aktiviti sains yang sukar, namun menggunakan peralatanperalatan seperti penyedut minuman dan juga belon serta lidi. Caranya mudah sahaja - dengan menggunakan penyedut minuman, potong penyedut minuman itu dengan panjang yang berbeza. Hasilnya ia akan menghasilkan pelbagai bunyi yang berbeza bergantung kepada pan-

Penerangan tentang eksperimen sains kepada pelajar-pelajar yang hadir.

Kakitangan PSI, Jenau Adam memberikan demonstrasi mencucuk belon dengan lidi semasa pertunjukan sains.

Para pelajar yang hadir semasa pertunjukan sains turut sama cuba dalam eksperimen sains.

jang atau pendeknya penyedut minuman tersebut. Di samping itu, terdapat juga demonstrasi mencucuk belon dengan sebatang lidi tajam tanpa memecahkan belon itu. Mustahil? Mungkin tidak apabila anda berkunjung ke PSI untuk menyaksikan pertunjukan sains yang diadakan di sini. Reaksi pelajar-pelajar yang berkunjung di PSI selalunya adalah “Wow� apabila mereka menyaksikan pertunjukan tersebut. Mereka bukan sahaja terlibat sebagai penonton tetapi berpeluang juga untuk mencuba de-

ngan sendiri aktiviti-aktiviti yang disediakan. PSI melakukan aktiviti ini dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan membawa keseronokan berbentuk sains kepada generasi muda. Rombongan sekolah biasanya dapat menghabiskan masa mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti dari menonton pertunjukan digital, melihat pertunjukan sains dan juga berkunjung serta mencuba sendiri pameran interaktif yang terdapat di dalam Pusat Sains Mini.


17 • April - Disember 2013

Astronomi melalui penceritaan dalam Astronomi 4U

A

ktiviti-aktiviti yang dijalankan di Planetarium Sultan Iskandar bukan sahaja sesuai bagi golongan kanak-kanak ataupun pelajar sekolah menengah, namun bagi mereka yang sudah bergelar pelajar universiti, aktiviti serta ilmu yang ditawarkan melalui program di PSI juga boleh memberikan manfaat serta meningkatkan kesedaran dalam astronomi. Dengan itu, pada 16 November lalu, Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak telah menganjurkan Astronomi 4U, dan seramai kira-kira 75 pelajar PRIMU dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah mengambil peluang untuk menambahkan ilmu mereka dalam aspek astronomi. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti asas astronomi termasuk membuat carta bintang untuk menge-

nali bintang di langit, membuat solar motion demonstrator bagi memplot kedudukan matahari, mengenali buruj melalui demonstrasi menggunakan projektor Carl Zeiss, demonstrasi cara menggunakan teleskop seperti teleskop dobsonian, teleskop matahari Coronado dan juga membuat jam matahari. Selain itu, pelajar juga telah didedahkan cara untuk menghasilkan projek penceritaan dengan menggunakan boneka yang bertemakan astronomi. Dengan berlatarkan astronomi, pelajar dikehendaki membuat cerita-cerita yang berkaitan dengan astronomi sesuai bagi kanak-kanak. Selaras dengan menggunakan teknologi terkini untuk menyebarkan minat astronomi, PSI dan SAS turut mengadakan pertandingan mengambil gambar menarik dan berkongsi gambar-gambar mereka melalui media

Salah seorang pelajar Unimas menunjukkan boneka bagi teater astronomi.

sosial seperti Facebook dan juga Twitter.

Kakitangan PSI, Dona Repet (kiri) menerangkan tentang cara untuk mencerap matahari dengan menggunakan teleskop.

Jam matahari hybrid yang siap dihasilkan.

Aksi-aksi pelajar Unimas ketika mempersembahkan teater astronomi mereka.

Kakitangan PSI, Jenau Adam menerangkan fungsi teleskop Dobsonian.


April - Disember 2013 • 18

www.planetarium-sarawak.org

Apakah yang berlaku kepada Komet ISON? Ismandy Ali Pengenalan pakah yang menyebabkan komet amat menarik perhatian kita? Ia mungkin disebabkan dengan cerita lama dengan komet merupakan petanda bencana alam yang dahsyat atau peristiwa besar yang bakal berlaku. Menurut cerita lama, petanda ini kononnya dapat kita lihat di dalam sejarah lama dan cerita orang-orang tua. Walaupun ia sememangnya sesuatu yang tidak benar tapi yang pasti komet akan tetap muncul dan yang dapat dilihat dengan mata kasar memang sungguh menarik perhatian orang ramai. Pada tahun 2013, dua buah komet telah menjadi bualan peminat astronomi iaitu komet Panstarrs yang muncul pada awal tahun dan komet ISON pada akhir tahun. Apa yang menarik perhatian adalah Komet ISON telah mendapat jolokan Komet Abad Ini kira-kira setahun sebelum ia berada dalam kedudukan paling dekat dengan matahari pada 28 November 2013 yang lepas.

A

Sejarah Seperti komet lain, komet ISON lahir dari pelbagai bahan yang berlanggar seperti debu dan batuan di kawasan persempadan sistem suria yang dipanggil sebagai Awan Oort kira-kira 4.5 billion tahun yang lepas. Kira-kira 3 juta tahun yang lepas, menurut teori ia telah tertolak keluar dari Awan Oort untuk masuk ke dalam sistem suria. Kekuatan graviti matahari telah menariknya semakin dekat dan sehinggalah pada setahun yang lepas ia telah dijumpai oleh dua orang ahli astronomi Rusia, Artyom Novichonok and Vitali Nevski, dengan menggunakan teleskop 16 inci yang merupakan sebahagian daripada International Scientific Optical Network (ISON)

Imej Komet ISON yang semakin malap pada 29 Nov 2013, sehari selepas ia telah hancur sebahagian besarnya semasa mendekati matahari. Sumber imej: http://www.cometison2013.co.uk/perihelion-and-distance/

- yang mana ia telah mendapat namanya. Komet ISON pada ketika itu berada amat jauh dari Bumi iaitu kirakira 6 kali ganda jarak Bumi dengan Matahari. Oleh kerana jarak yang sebegitu jauh, ia terlalu kabur untuk dilihat walaupun dengan teleskop besar. Mendekati Matahari Walaupun pada ketika itu ia berada sungguh jauh dan terlalu kabur untuk dilihat, cerapan beberapa bulan selepas itu telah berjaya mendapatkan lebih banyak data dan hasilnya, ahli astronomi telah dapat memastikan bahawa ia akan datang begitu dekat dengan Matahari setahun kemudiannya iaitu pada 28 November 2013. Pada tarikh itu, seperti yang telah diramalkan oleh ahli astronomi, jarak

Komet ISON yang paling dekat adalah hanya 1.2 peratus berbanding dengan jarak Bumi ke Matahari. Oleh kerana ia melintasi matahari pada jarak yang terlalu dekat - persoalan ahli astronomi iaitu adakah ia akan selamat mengekalkan sebahagian besar dari bahannya (jirim) atau hancur berkecai? Beberapa hari sebelum ia berada paling dekat dengan Matahari, ia kelihatan begitu cerah sehingga boleh dilihat dengan menggunakan mata kasar pada waktu subuh. Ini telah dibuktikan dengan beberapa banyak gambar yang telah diambil oleh ramai ahli astronomi amatur di seluruh dunia (saya gagal mengambil sebarang gambar pada tempoh tersebut kerana cuaca sentiasa berawan tebal di Kuching, Sarawak).


19 • April - Disember 2013

Gambar Komet ISON yang diambil dengan menggunakan Gemini Multi-Object Spectrograph di Germini North pada 4 Februari, 4 Mac, 3 April dan 4 Mei (dari kiri). Kredit: Gemini Observatory/AURA http://www.universetoday.com/102522/ new-images-of-comet-ison-hurtling-towards-the-sun/#ixzz2nzstHNPF

Komet abad ini? Walaubagaimanapun mengapakah Komet ISON telah mendapat jolokan sebagai ‘Komet Abad Ini?’ Secara peribadi gelaran tersebut adalah keterlaluan dan terlalu awal untuk diberikan. Ini kerana pada akhir Disember 2013 (iaitu sekiranya ia selamat selepas melalui jarak yang paling dekat dengan Matahari), ia akan berada sungguh dekat dengan Bumi iaitu pada jarak kurang dari separuh jarak dari Bumi dengan Matahari. Dijangkakan pada tempoh tersebut ia akan muncul sebagai sebuah komet yang amat terang dan jelas sehingga boleh dilihat pada masa yang sama dengan terbit matahari. Tapi malangnya, seperti yang telah dijangka pada 28 November 2013, komet tersebut telah kehilangan terlalu banyak dari bahannya sendiri dan telah menyebabkan hanya cebisan yang kecil sahaja yang tinggal. Sehingga artikel ini ditulis (16 Disember 2013) ia telah diisytiharkan telah tiada lagi. Ahli astronomi telah mencerap di kawasan orbit laluannya dan tidak menemui sebarang kesan apapun selepas itu. Cebisan Komet ISON jatuh ke Bumi? Saya telah ditanyakan beberapa soalan oleh beberapa peminat astronomi melalui media sosial yang

Komet ISON: Gambar diambil oleh Waldemar Skorupa (Kahler Asten, Germany) Sumber: http://www.schweifstern.marcel-klein.net/index.php?option=com_ph ocagallery&view=category&id=32

mana menurutnya oleh kerana ia telah pecah kepada bahagian kecil semestinya bahagian kecil tersebut akan berselerak di dalam laluannya. Oleh kerana Bumi akan melalui laluan komet ISON tersebut pada pertengahan Januari 2014, semestinya puing tinggalan komet tersebut akan jatuh ke Bumi dan menyebabkan tragedi seperti yang sama berlaku di Chelyabinsk, Rusia pada awal tahun 2013 yang mana sebuah meteor telah meletup di udara. Saya tidak menafikan bahawa terdapat kebenaran dengan dakwaannya khususnya puing-puing tinggalan komet ISON tersebut akan jatuh ke Bumi. Tapi kita perlu ingat bahawa Komet ISON seperti komet yang lain sepertinya memeluwap apabila mendekati

matahari dan meninggalkan debu-debu dan gas di dalam laluannya. Oleh itu, perkara yang paling dikhuatiri mungkin akan bertukar menjadi sesuatu yang menarik kerana ia akan jatuh sebagai hujan meteor seperti hujan meteor yang kita dapat lihat dalam hujan meteor Leonid, Quadrantid dan lain-lainnya setiap tahun. Rujukan 1. http://www.cometison2013. co.uk/perihelion-and-distance/ 2. http://www.spacedaily.com/ reports/What_happens_to_ISONs_ remains_999.html 3.http://www.skyandtelescope.com/observing/highlights/193909261.html 4.http://www.space.com/23916comet-ison-dead-sun-flyby.html


Losing the Dark: We are losing the dark of night at the speed of light

S

tarry skies are a vanishing treasure because light pollution is washing away our view of the cosmos. It not only threatens astronomy, it disrupts wildlife, and affects human health. The yellow glows over cities and towns — seen so clearly from space — are testament to the billions spent in wasted energy from lighting up the sky. The 6.5 minute “Losing the Dark is a “public service announcement” planetarium show, a collaboration of Loch Ness Productions and the International Dark-Sky Association (IDA). It introduces and illustrates some of the issues regarding light pollution, and suggests three simple actions people can take to help mitigate it. The show gives planetarium professionals a tool to help educate the public about the problems of light pollution. Planetarians are uniquely positioned to teach audiences ways we can all work together to implement responsible use of lighting.” Light Pollution and Energy. So we would save energy and enjoy the night-time sky. According to Carolyn Collins Petersen, the executive producer of the show, the idea of the show due to the IDA thought that teaching people about light pollution using a fulldome show would be a good thing because light pollution is a very costly problem. Being dark sky friendly does not mean no light. It means using the light that you need for a particular task in the most efficient manner possible (responsibly). It costs all countries money to “light up the sky”.  So, we hope that people will learn to use light wisely -- that is, shielding lights so that all the light goes down to the ground, rather than up to the sky.  IDA also points out that using energy-efficient shielded lighting also helps save money.   Light Pollution and Wildlife. Wildlife (mammals, birds, amphibians, reptiles, and insects) and fish experience this same disorientation of time (biological clock and circadian rhythm) when there is too much artificial light at night. Behaviours governing mating, migration, sleep, and finding food are determined by length of night-time. Light pollution negatively disrupts these age-old patterns. Light Pollution and Human Health. Another issue is health:  there are now studies showing that exposure to too much (excessive) light at night can affect one’s health such as breast and prostate cancer.  So, if people live in a lightpolluted city, their health could be at risk. Light pollution at nights could be negatively impact of the glares on eyes, the circadian rhythms and also sleep disorder (cause a good night’s sleep helps reduce weight gain, stress, depression, and onset of diabetes). And, just as important, being able to see the stars is part of all humanity’s heritage. Every man, woman, girl, boy has a right to see the stars, and when light pollution takes that away, and then we are all poorer for it. Light Pollution and Safety - to preserve and protect the night-time environment and our heritage of the dark skies through quality outdoor lighting. Another message is that

people can work together to find ways to get rid of light pollution and at the same time keep safety and security by properly lighting our towns and cities whereby having the real security, not just bad lighting. This means that we need effective and efficient lighting – “brighter” does not mean “safer” because of the glares from the light creates deep shadows and hid a possible attacker. “Dark Sky” does not mean dark ground – lighting using fully shielded fixtures reduces glares and expenses and also the shielding keeps light on the ground where it is needed instead of lighting using drop down glass or plastics lenses can cause unsafe glares. The International DarkSky Association has a great deal of information on its web pages about ways to do this. In some towns, the governments find out that there are ways to curtail light pollution, save money on electric bills, and still keep things safe.   Credit to: Carolyn Collins Petersen, CEO Loch Ness Productions http://www.lochnessproductions.com www.facebook.com/lochnessproductions www.twitter.com/thenessies http://lochnessproductions.com/lnpblog Starmap www.star-map.fr and International Planetarium Society www.ips-planetarium.org

Dicetak oleh Heng Sing Brothers Press

Aku dan Bintang 14  

Buletin rasmi Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you