Issuu on Google+

www.planetarium-sarawak.org

Oktober 2012 - Mac 2013

ISSN 1985-0344 Keluaran 13

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

Piramid Giza: Misteri Di Sebalik Buruj Orion Meteor, Planetarian dan Masyarakat Apa Kata Sahabat Astronomi Dark Sky: Kempen Kesedaran Silau Cahaya

Ikuti kami melalui media sosial di sebelah Planetarium Sultan Iskandar

@SahabatPSI

SahabatPSI

Planetarium Sultan Iskandar

sahabatastronomi

Planetarium Sultan Iskandar


Oktober 2012 - Mac 2013 • 2

www.planetarium-sarawak.org

Kandungan

Kesedaran ilmu astronomi tonggak pembangunan modal insan Program Angkasawan Showcase - 5 Apa kata Sahabat Astronomi - 6 Perkhemahan Astronomi di Pusat Ko-Kurikulum -7 Meteor, Planetarian dan Masyarakat - 8 Perkhemahan Astronomi 2012 - 10 Piramid Giza: Misteri Di Sebalik Buruj Orion - 12 Dark Sky: Kempen Kesedaran Silau Cahaya - 15 Astrofotografi melalui Cellphone Digiscoping - 16 Astrokuiz Peringkat Negeri Sarawak: Sempena 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia - 17 Kajian Pendek Model Mental Konsep Bentuk Bumi dan Tarikan Graviti - 18 Tayangan 2013 - 20

K

esedaran amat penting dalam memberikan pendidikan ilmu astronomi kepada masyarakat, dan pelajar secara khususnya. Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) merupakan badan yang cuba sedaya-upaya untuk meningkatkan kesedaran astronomi dengan mudah dan menyeronokkan. Salah satu program yang sering mendapat perhatian di kalangan pelajar di sekitar bandar raya Kuching dan Samarahan adalah Program Sains Angkasa Cuti Sekolah. Sejak pengenalan program ini, ia telah berjaya menarik minat pelajar untuk memahami konsep mudah astronomi berdasarkan bilangan peserta yang mendaftar semakin bertambah dan tempoh untuk memenuhi kuota tempat duduk juga semakin singkat. Konsep yang mudah seperti aktiviti praktikal dan pelajar berpeluang untuk berkongsi maklumat serta mencari kawan baru merupakan tarikan bagi menyertai program ini. Namun, program yang dianjurkan oleh PSI dan SAS bukan sahaja tertumpu di bandar raya Kuching sahaja, melalui Jerayawara Sahabat Astronomi, kami cuba membawa ilmu astronomi kepada pelajar-pelajar di kawasan luar Kuching, terutama di kawasan luar bandar. Jerayawara Sahabat Astronomi bukan sahaja menyebarkan ilmu astronomi kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, ia juga sebagai kajian untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar tentang astronomi. Di samping itu, PSI dan SAS menganjurkan AstroKuiz 2013 dengan kali terakhir diadakan pada 2010. Konsep AstroKuiz kali ini berbeza daripada yang sebelumnya kerana ia dianjurkan di peringkat Sarawak berdasarkan pemilihan kumpulan terbaik di setiap zon. Dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, penganjur AstroKuiz telah memilih wakil zon masing-masing dan juga pihak kejohanan diadakan pada 25 Mei 2013. Diharapkan dengan banyak aktiviti yang dianjurkan oleh PSI dan SAS, kesedaran ilmu astronomi di kalangan pelajar dan orang awam akan meningkat selaras sebagai tonggak kepada pembangunan modal insan negara.

Editor Alfean Aziz Muka Depan Gambar yang diambil oleh ahli Persatuan Astrnomi Sarawak, Muhd Zulfadhli Usop ketika langit malam cerah di Marudi semasa mengadakan sesi Jerayawara Sahabat Astronomi di tempat itu.

Sumbangan Ismandy Ali Faliq Asyraf Noraizah Idris Asfahanim Bujang Jenau Adam Nur Hidayah Bt. Shafie Alfean Aziz Muhd Zulfadhli Usop

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-251275 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org


3 • Oktober 2012 - Mac 2013

Greetings,

I

know that this might be a little odd to you frequent readers of Aku & Bintang out there, but if you ever came to any of my talks I used to ask this question to those kids “Who wants to go to space?” and all of them raised their hands. A fascinating view of a very inspiring hands of future generation. I bet every Malaysian knows Dr. Muszaphar Shukor, the first Malaysian who went to space last 2007. I don’t think I need to elaborate more on that as it was once a very popular subject. There is this guy from Canada, Andrew Rader whom I met in social media some time ago. He became a buddy and personally, I like his noble cause in space education. So I want to take this golden opportunity to introduction the readers about Andrew and his cause in space and humanity in general. Andrew Rader is a Canadian with a dream to help humanity get to Mars. He has a PhD in aerospace engineering from MIT (2009), where he examined the impacts of long duration spaceflight on the human body. His expertise is in how different gravity environments impact the humans in terms of bone, muscle and spatial orientation, and how Lunar and Martian gravity would impact long term settlement. Andrew is a prime Canadian Applicant for the Mars One Mission, open to all people of the world, whose aim is to send the first colonists to Mars starting in 2023. He also recently won the top competitive television series in Canada, ‘Canada’s Greatest Know-it-All’. You can find many of Andrew’s radio, television, and newspaper interviews by searching for his name on Google. For the last three years, Andrew has worked as a systems engineer, where he has designed spacecraft for many Canadian missions, including a space telescope that will peer deep into the universe in the ultraviolet spectrum, searching for evidence of young stars are being born, and a quantum key transfer mission that would allow unbreak-

able codes to be sent around the planet in milliseconds. “Space impacts our daily lives in communications, environmental monitoring, and surveillance, but it also inspires the entire world – it is something that we do not as individual countries, but together as a species. Earth is but a tiny precious world floating in a vast ocean of space. There are more planets out there than all the grains of sand on all the beaches of the world. We use astronomy to peer out across that ocean – but we can also travel across it, and eventually live there.” Andrew is a dedicated advocate of both robotic and human spaceflight, promoting space activities through presentations to thousands of school children across Canada, and in the Canadian media. He was a finalist for astronaut selection in 2009 when he was still completing his degree, and now he hopes to become an astronaut in the commercial sector before flying to Mars. The current trends in commercial spaceflight are especially exciting, because they are helping to open up space for everyone in the world for the future. Soon everyone on the planet will have the opportunity to participate in space activities. Since Andrew is a space researcher, his objective is to prepare for the Mars One mission and start with a commercial suborbital flight. He is currently a leading candidate for a suborbital contest, where he wants to perform a student science experiment in space to help inspire our youth. You can help Andrew on his mission to get to space by voting for him at www.voteandrewtospace.com (click the blue button on the left above his name and then log in with Facebook to vote). Each vote makes a real big difference! You can find Andrew’s many videos on his YouTube channel (AndrewRader). You can also get involved by interacting with Andrew on twitter (@Rader_Andrew) and Facebook (Rader.Andrew), where you can discuss ideas for an experiment to perform. Maybe your idea could be the next big thing in space!

Ismandy Ali Kurator, Planetarium Sultan Iskandar


www.planetarium-sarawak.org

Oktober 2012 - Mac 2013 • 4 Pelajar menunggu roket air mereka jatuh ketika Program Angkasawan Showcase di Planetarium Sultan Iskandar.


5 • Oktober 2012 - Mac 2013

Program Angkasawan Showcase Amatur. Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti pertandingan pelancaran roket air berpayung terjun antara sekolahsekolah dalam kawasan Kuching, Centripetal Force dan Geocaching di mana para peserta mencari harta karun menggunakan GPS pada telefon bimbit pintar masing-masing yang dianjurkan oleh Yayasan Angkasawan Malaysia. Planetarium Sultan Iskandar juga tidak ketinggalan untuk mengadakan aktiviti untuk pihak sekolah dan orang awam yang hadir seperti Astrokuiz, Mars Rover dan cabutan bertuah dengan hadiah berupa poster, hamper dan binokular untuk pemenang. Para peserta sedang mencuba untuk melancarkan roket air.

Noraizah Idris

P

rogram Angkasawan Showcase 2012 anjuran Yayasan Angkasawan Malaysia bertempat di Planetarium Sultan Iskandar telah mendapat sambutan yang meriah dari pihak sekolah, agensi-agensi kerajaan dan juga orang awam yang telah melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah diadakan pada 11 hingga 13 September 2012. Antara aktiviti yang menarik minat pihak sekolah, agensi-agensi dan orang awam ialah kehadiran calon angkasawan negara iaitu Mejar Dr Faiz Khaleed yang turut berkongsi pengalaman beliau tentang kejayaan Program Angkawasan Negara. Sesi ceramah itu turut disertai oleh kakitangan dari Planetarium Negara iaitu Encik Jong Tze Kian yang berkongsi maklumat tentang pencemaran cahaya dalam kehidupan seharian kita dan juga Encik Farid Omar, salah seorang kakitangan dari Yayasan Angkasawan Malaysia yang memberi ceramah bertajuk Komunikasi Radio

Sesi membuat payung terjun untuk roket air.

Para peserta bekerjasama menyiapkan projek masing-masing.

Sesi menyiapkan roket air antara tugasan yang diberikan dalam projek Angkasawan Showcase.


www.planetarium-sarawak.org

S

Apa Kata Sahabat Astronomi

umbangan ahli Sahabat Astronomi amat dihargai terutama sumbangan mereka dalam menyebarkan lagi ilmu astronomi kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang ilmu tersebut. Dalam membantu menyebarkan minat astronomi, seorang ahli Sahabat Astronomi, Siti Mazjida binti Mazlan telah membawa rakan-rakannya dari Kolej Sakura UNIMAS untuk terlibat dalam aktiviti astronomi di Planetarium Sultan Iskandar dengan menganjurkan Astronomi 4U, salah satu program astronomi khusus untuk pelajar universiti. Bagi mengenali Siti Mazjida, dia telah menyertai aktiviti astronomi sejak 2007 lagi iaitu program Kem Astrophilia yang diadakan di Kem Alapong. Menurutnya, minatnya untuk menyertai program ini atas galakan daripada rakan sekolahnya, Khairul Mustaqim dari SMK Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan presiden bagi Kelab Astronomi sekolah tersebut. Setelah meninggalkan SMK Tunku Abdul Rahman, Siti kini telah mengambil jurusan Kejuruteraan Perisian di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan masih lagi mempunyai minat dalam astronomi. Dia tidak ingin menyimpan ilmu astronominya untuk diri sendiri malah ingin berkongsi ilmu tersebut dengan rakan-rakannya. Apabila kolejnya mengadakan pertandingan untuk membuat kertas kerja dalam penganjuran program, kertas kerjanya telah dipilih untuk program ini. Menurutnya, ramai yang ingin menyertai program Astronomi 4U yang dianjurkan, namun disebabkan ruang

Mencerap bulan dengan menggunakan teleskop Dobsonian.

Oktober 2012 - Mac 2013 • 6

Siti Mazjida ingin menyebarkan lagi ilmu astronomi kepada rakan-rakannya.

yang terhad, jumlah peserta yang dibenarkan untuk menyertainya hanyalah 60 orang sahaja. Salah satu tujuan dia mengadakan program sebegini adalah untuk menujukkan kepada pelajar Unimas bahawa Sarawak mempunyai planetarium yang pertama di Malaysia. Di samping itu, dia juga ingin membuktikan bahawa astronomi bukanlah satu ilmu yang sangat sukar dan ilmu astronomi boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Peserta Astronomi 4U sedang cuba untuk membuat Solar Motion Demonstrator.

Sesi cara menggunakan teleskop Dobsonian.

Para peserta cuba untuk mengenal pasti buruj menggunakan carta bintang.

Pemenang salah satu pertandingan semasa Astronomi 4U.


7 • Oktober 2012 - Mac 2013

Perkhemahan Astronomi di Pusat Ko-Kurikulum

J

abatan Pelajaran Negeri Sarawak sekali lagi telah menjemput Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak untuk mengadakan sesi ceramah dan aktiviti bersama-sama pelajar dari Tahap 1 hingga 6 dalam Kem Pendidikan Alam Semula Jadi Peringkat Sekolah Rendah di Pusat Ko-Kurikulum Santubong. Program yang melibatkan 132 pelajar dan 26 guru pengiring telah diadakan pada 24 April 2012 dengan para peserta telah didedahkan dengan beberapa konsep mudah astronomi. Pembahagian kepada beberapa kumpulan telah diadakan dengan pelajar dari Tahap 1 dan 2 dan pelajar Tahap 3 hingga 6 pula telah belajar cara menggunakan carta bintang. Apa yang menarik bagi program kali ini adalah ia melibatkan pelajar di peringkat kebangsaan dengan pelajar-pelajar seluruh negara telah menyertai program ini. Kebanyakan program yang diadakan adalah secara teori sahaja selain aktiviti kuiz memandangkan cuaca tidak mengizinkan serta menghalang aktiviti cerapan langit malam diadakan pada malam tersebut.

Carta bintang yang telah siap... Pelajar sedang belajar cara menggunakan carta bintang untuk mencari buruj di langit malam.

Pelajar bagi Tahap 1 dan 2 giat mencari buruj dalam peta bintang yang disediakan.

Para pelajar sekolah sedang sibuk membuat carta bintang.

Sesi ceramah yang diadakan semasa perkhemahan astronomi.

Para pelajar sedang belajar cara menggunakan carta bintang.


Oktober 2012 - Mac 2013 • 8

www.planetarium-sarawak.org

Meteor, Planetarian dan Masyarakat

Aktiviti interaktif sains didedahkan kepada pelajar untuk menarik minat pelajar dalam bidang sains.

Ismandy Ali

B

erikutan dari insiden “sebuah tahi bintang besar� yang menerangi pagi di sebuah bandar di Rusia telah menyebabkan video tersebut dikongsikan secara meluas melalui internet. Saya telah melihat pelbagai video yang diposkan oleh penduduk dari sana melalui YouTube dan dikongsikan berulang kali melalui Facebook dan Twitter. Ada video yang menunjukkan laluan meteor (fireball) yang sungguh terang di langit, ada pula video yang menunjukkan hanya cahaya yang sungguh terang yang menyebabkan bayang yang bergerak (untuk membandingkan ia lebih terang dari matahari), ada juga yang menunjukkan video yang nampak laluan asap di

langit malah ada juga yang menunjukkan video dari CCTV pejabat yang mana mereka bersembunyi di bawah meja dan kemudian cermin tingkap pecah dengan tiba-tiba. Malah terdapat satu persoalan yang diperkatakan kenapa kereta di Rusia mempunyai car cam (soalan ini saya tidak akan jadikan isu di dalam artikel ini). Saya juga sering ditanya melalui media sosial tentang perbezaan tahi bintang, meteor dan bagaimana pula dengan meteorit? Habis tu apa pula dengan asteroid? Hujan meteor tu apa pula? Istilah yang pelbagai ini harus dirungkaikan seperti yang terdapat di dalam jadual yang berikut: Objek Asteroid Meteoroid Meteor Meteorit

Definisi Batu-batu besar yang kebanyakannya terletak di antara orbit planet Marikh dan Musytari Batu-batu kecil yang terdapat di angkasa lepas Batu-batu kecil yang jatuh ke Bumi dan kemudian bergesel dengan molekul di atmosfera dan menghasilkan cahaya Batu-batu kecil yang jatuh dari angkasa dan sampai ke permukaan Bumi

Saya juga sering ditanya soalan berkenaan dengan hujan meteor dan adakah hujan meteor itu dimaksudkan sebagai meteor yang membawa air? Saya juga


9 • Oktober 2012 - Mac 2013

sering menyatakan bahawa ia tiada kaitan dengan air hujan dan itu hanya merupakan satu istilah yang merujuk kepada ada banyak meteor yang berlaku pada selang masa yang pendek. Soalan yang sering ditanya adalah, jika saya dapat melihat meteor adakah itu bermaksud saya dapat mengambil batu tersebut? Soalan tersebut memang nampak logik untuk ditanya dan mungkin sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu dari FAQ (Frequently Ask Question) untuk Aku & Bintang pada masa akan datang. Cerapan awam Saya seronok dengan pelbagai soalan dari orang awam berkenaan dengan soalan yang beralu-talu seperti itu. Kebanyakan soalan tersebut selalu ditanya kepada saya khususnya semasa kami mengadakan jerayawara di sekolah dan juga mengadakan program seumpamanya di tempat awam di beberapa buah bandar dan pekan kecil di Sarawak. Saya pernah ditarik tangan oleh seorang pakcik di pekan Daro barubaru yang begitu teruja untuk menunjukkan kepada saya sebuah ‘bintang’ yang tidak berkelip (sebenarnya planet Zuhal) dan memberitahu saya apa yang dia lihat dari kecil itu sebenarnya adalah sebuah ‘satelit’. Malah beliau juga dengan panjang lebar menceritakan sebuah ‘bintang’ yang boleh bergerak dan menyatakan itu adalah tahi bintang yang tiada ekor. Kepercayaan beliau yang sudah berpuluh tahun ini menunjukkan kegagalan pendidik astronomi seperti kami untuk mengadakan program yang berimpak tinggi kepada masyarakat. Saya masih teringat pada suatu ketika dahulu semasa cerapan awam di SK Mukah pada tahun 2011 di mana seorang ibu pernah bertanyakan kepada saya kenapa tidak mengadakan lebih banyak program sebegini kepada masyarakat. Malah beliau tertanyatanya kenapa kami tidak mengadakan aktiviti serupa semasa Pesta Kaul (Pesta tahunan kaum Melanau di Bahagian Mukah) sebagai contoh. Saya sungguh terharu dengan kenyataan beliau bahawa dia hendak menjadikan anaknya “celik astronomi seperti encik”, dan “mesti sesuatu yang amat jarang berlaku”, tambahnya

Soalan daripada orang ramai ketika diadakan jerayawara astronomi.

Penglibatan orang ramai dalam aktiviti yang berkaitan dengan sains dan astronomi.

lagi. Apa yang cuba saya hendak sampaikan di sini adalah sains harus nampak mesra dan tidak rumit serta sebahagian dari masyarakat dan walaupun ia nampak fokus kepada pelajar sekolah, ia juga harus menjadikan penyertaan ibu-bapa (baca: orang ramai) sebagai pemangkin kepada pe-nyertaan pelajar. Sains dan masyarakat Pakcik yang berumur pertengahan 50-an dan seorang ibu yang saya jumpa semasa cerapan itu saya percaya adalah beberapa petunjuk bagaimana masyarakat kita sebenarnya minat akan astronomi (baca: sains) dan dari itu kita harus mengadakan lebih banyak program di bandar dan perkampungan di serata negeri. Hidangan majlis seperti mendatangkan artis popular, pertandingan karaoke dan aktiviti sukan kampung tidak semestinya harus menjadi pilihan sekiranya aktiviti untuk masyara-

kat diadakan di kawasan luar bandar dan pekan kecil. Mungkin kita harus menitikberatkan aktiviti saintifik selain daripada aktiviti yang biasa diadakan. Mungkin juga kita harus mengadakan lebih banyak aktiviti interaktif sains seperti remote controlled plane/boat, pertandingan roket multi-peringkat dan popularkan aktiviti masyarakat setempat dengan menerangkan konsep sains di sebaliknya atau paling kurang pun menamakannya dengan nama sains. Jika kita lihat di dalam kalendar tahunan, pelbagai program telah diadakan di beberapa kawasan di pelosok Sarawak dan kebanyakannya agak berulang seperti memancing dan bola sepak. Adakah ini bermaksud untuk mempopularkan sains ke seluruh pelosok masyarakat, sebuah badan kerajaan yang menggalakkan dan mengkoordinasikan aktiviti sains ke akar umbi harus ditubuhkan?


Oktober 2012 - Mac 2013 • 10

www.planetarium-sarawak.org

Perkhemahan A

1

2

3

4

5


11 • Oktober 2012 - Mac 2013

Astronomi 2012

6

7

8

9

10

11

12

13

1. Pegawai dari Planetarium Negara, Lau Chen Chen memberikan penerangan kepada peserta tentang bahagian dalam matahari. 2. Menggunakan jam matahari yang telah dihasilkan sebagai sebahagian daripada projek kumpulan. 3. Para peserta menghasilkan projek poster berdasarkan tajuk yang telah diberikan. 4. Ismandy Ali, Kurator Planetarium Sultan Iskandar mengajar cara untuk mengukur masa menggunakan jam matahari. 5. Para peserta Perkhemahan Astronomi 2012 bergambar kenangan setelah selesainya program. 6. Pegawai Planetarium Negara, Nur’ Fazilah memberikan penerangan tentang matahari. 7. Pembentangan projek poster oleh peserta. 8. Peserta sedang belajar cara menggunakan jam matahari. 9. Salah seorang peserta tekun membuat projek yang telah diberikan kepada mereka. 10. Peserta sibuk membuat projek poster. 11. Para peserta bersama-sama menghasilkan matahari 3D. 12. Peserta bergambar kenangan ketika menghasilkan projek masing-masing. 13. Projek menghasilkan poster dengan setiap kumpulan bekerjasama untuk menghasilkan poster masing-masing.


Oktober 2012 - Mac 2013 • 12

www.planetarium-sarawak.org

Piramid Giza: Misteri Di Sebalik Buruj Orion

Penulis bersama keluarga berlatarbelakangkan Piramid Giza.

Faliq Asyraf Mesir

M

esir dan piramid adalah dua perkara yang tidak mampu dipisahkan, bahkan ia merupakan tinggalan sejarah yang tertua di dalam 7 perkara ajaib dunia purba. Alhamdulillah, penulis serta keluarga telah diberikan peluang untuk melawat tempat yang penuh bersejarah ini. Piramid giza ataupun piramid Raja Khufu, adalah piramid yang terbesar di dunia dengan ketinggian 138.8 meter setelah mengalami hakisan. Berhampiran dengannya adalah dua lagi piramid yang lebih kecil berbanding piramid Raja Khofu, dan tiga piramid kecil khas untuk puteri-puteri Firaun,

gelaran bagi raja yang memerintah pada masa tersebut. Di Mesir sahaja, terdapat lebih dari seratus piramid yang berlainan saiz. Pelbagai teori dikemukakn oleh para pengkaji sejarah tentang pembinaan piramid. Ada yang mengatakan bahawa piramid ini telah dibina oleh hamba-hamba Firaun dengan cara paksaan. Namun, orang tempatan berpendapat bahawa piramid ini dibina bukan atas paksaan dan kekerasan, malah dengan penuh rasa cinta dan rasa ingin berkhidmat kepada Firaun yang juga dianggap tuhan mereka pada ketika itu. Ini dibuktikan dengan hasil binaan piramid yang sungguh teliti, ukiran yang indah, menunjukkan bahawa mereka membina piramid dengan jiwa mereka, atas kemahuan

dan kehendak mereka sendiri. Diceritakan bahawa Firaun ini memiliki keistimewaan yang luar biasa antaranya, beliau tidak pernah jatuh sakit. Tidak hairanlah, dengan keistimewaan tersebut dan kemampuan membina binaan besar seperti piramid pada zaman tersebut, beliau menggelar dirinya sebagai tuhan. Namun, para ilmuwan dan pengkaji sejarah masih lagi berbeza pendapat mengenai Firaun yang hidup pada zaman Nabi Musa Alaihissalam, di mana Firaun telah ditenggelamkan bersama bala tenteranya ketika mengejar Nabi Musa Alaihissalam seperti yang diceritakan dalam kitab suci Al-Quran. Apa yang lebih menarik, piramid ini juga dikatakan mempunyai kaitan dengan ilmu astronomi. Ramai ilmu-


13 • Oktober 2012 - Mac 2013

wan serta para saintis bersetuju bahawa pembinaan piramid ini adalah berdasarkan kedudukan bintang di langit. Robert Bauval dalam bukunya ‘The Orion Mystery’ menceritakan bahawa piramid ini bukanlah sekadar tempat jasad Firaun serta peralatan yang digunakan semasa hidupnya disemadikan, bahkan ia dibina berdasarkan kedudukan bintang pada buruj orion. Setelah menghabiskan sepuluh tahun mengkaji tentang kedudukan bintang di langit pada zaman piramid dibina, ternyata bahawa tiga piramid yang dibina menepati susunan bintang ‘orion’s belt’ iaitu Mintaka, Alnilam, dan Alnitak. Sungai Nil yang mengalir berhampiran dengannya pula selari dengan kedudukan garisan Milky Way atau Bima Sakti. Manakala binaan besar seperti singa, yang berhampiran dengan piramid, digelar dengan nama ‘sphinx’, menghadap ke arah buruj Leo atau singa pada zaman tersebut. Walaupun tidak dijelaskan secara terperinci dalam manuskrip tamadun mesir purba kaitan antara piramid dan kedudukan objek astronomi pada waktu tersebut, namun dengan penemuan-penemuan baru, semakin jelas bahawa pembinaan piramid mempunyai kaitan yang kuat dengan ilmu astronomi. Ini membuktikan juga bahawa masyarakat yang hidup pada zaman tersebut mempelajari serta mempraktikkan cabang ilmu astronomi dalam kehidupan mereka.

Kedudukan Sphinx menghadap Buruj Leo pada masa tersebut.

Kedudukan Sungai Nil yang selari dengan garisan Bima Sakti.

Sungguhpun, lawatan ke piramid ini bukanlah bererti penulis memuliakan Firaun, namun sekadar untuk mengambil pengajaran bahawa sekuat dan setinggi mana pun sesebuah tamadun atau kerajaan itu, ia hanyalah suatu yang sementara, pasti akan ada penghujungnya dan bahawa sekuat manapun raja, hingga mengatakan dirinya adalah tuhan, dia tetap seorang

manusia, akan mati, sama seperti tumbuhan, haiwan serta makhluk yang lain, sedang tuhan yang sebenarnya, tidak akan ada penghujung, tidak seperti makhluk, penuh dengan sifat kesempurnaan, kekal abadi selamanya. Moga perkongsian kali ini bermanfaat buat para pembaca setia majalah Aku Dan Bintang. Salam perkenalan buat semua.

Kedudukan piramid menyerupai susunan bintang pada ‘Orion’s belt’.


www.planetarium-sarawak.org

Oktober 2012 - Mac 2013 • 14

Dark Sky

Pemandangan Galaksi Bima Sakti di gurun Bardenas, Spanyol. Sumber: Stock Photo


15 • Oktober 2012 - Mac 2013

Kempen Kesedaran Silau Cahaya Asfahanim Bujang

L

angit merupakan ruang luas yang terbentang di atas bumi dan melalui ruang tersebut kita dapat melihat bulan, bintang, matahari dan planet-planet yang lain. Setiap hari kita mengalami putaran siang dan malam di mana pada waktu siang, manusia menjadikannya sebagai waktu untuk melakukan rutin harian sementara waktu malam ialah waktu untuk berehat dan tidur. Berbeza pula dengan hidupan lain seperti sesetengah haiwan yang menjadikan waktu malam untuk memburu manakala waktu siang ialah waktu untuk tidur. Dalam tempoh 12 jam kita mengalami waktu siang dan 12 jam seterusnya pula kita mengalami waktu malam dan pada waktu itu, kita dapat menikmati keindahan di langit sepenuhnya. Namun demikian, keindahan langit sukar untuk dilihat dan dinikmati sepenuhnya akibat pencemaran cahaya disebabkan oleh pembangunan bandar yang semakin pesat. Pencemaran cahaya berlaku akibat daripada cahaya tiruan buatan manusia secara berlebihan. Terdapat empat komponen pencemaran cahaya iaitu langit cahaya bandar, pencerobohan cahaya, silau dan kekusutan. Kecerahan bukan bermaksud selamat, kecerahan lampu yang berlebihan pada waktu malam boleh mewujudkan kontra tajam cahaya, menjadikan tempat-tempat pencahayaan di kawasan luar hampir mustahil untuk dilihat. Bukan itu sahaja, cahaya lampu juga menjadikan bayang-bayang cahaya sebagai tempat persembunyian. Kebanyakan manusia terhibur apabila dapat melihat dan menikmati keindahan langit pada waktu malam tetapi tidak mahu untuk berkompromi tentang keselamatan. Kajian yang dilakukan oleh National Institute of Justice 1997, telah menunjukkan bahawa tiada kolerasi muktamad antara lampu

Pemandangan malam di bandar raya Miri. Gambar: Muhd Zulfadhli Usop

malam dan jenayah. Lampu perisai adalah lampu yang paling selamat untuk persekitaran di waktu malam seperti di jalan raya, tempat letak kereta dan landskap, ia boleh meningkatkan penglihatan dan mengurangkan gangguan silau. Pencahayaan pintar boleh membantu kita mencapai keseimbangan antara keselamatan dan langit malam semula jadi. Lampu juga boleh menyebabkan seseorang itu keliru dan mengganggu penglihatan semasa memandu. Kecerahan lampu bukan sahaja menimbulkan masalah terhadap manusia tetapi turut menimbulkan kesukaran terhadap sesetengah hidupan liar yang kehilangan ekosistem mereka pada waktu malam iaitu kesukaran ketika perburuan mencari makanan akibat daripada gangguan kecerahan lampu yang terlalu banyak. Habitat lain seperti penyu betina juga terjejas dengan pencemaran lampu jadi ianya lebih suka bertelur jauh ke kawasan pantai berpasir yang gelap dan sepi. Lampu pantai pula mengganggu kemampuan penyu mencari kawasan yang sesuai dan selamat kerana penyu menjadikan refleksi bulan dan bintang-bintang sebagai keselamatan untuk telur-telurnya. Cahaya buatan manusia pada waktu malam menjadikan anak penyu sesat dan hilang arah.

Ini menyebabkan mereka lemah dan mudah menjadi mangsa apabila siang menjelma. Oleh itu adalah penting lampu tidak dipasang menghala ke arah pantai pada musim penyu bertelur. Berikutan dengan hal tersebut, kempen ‘Earth Hour’ diadakan setiap tahun di seluruh dunia untuk memupuk kesedaran terhadap isu pencemaran cahaya yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan bumi. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr. Mustafa Din Subari berkata, bumi pada masa kini terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran yang boleh menjejaskan ekosistem terutamanya pencemaran cahaya. Sehubungan itu, katanya, ANGKASA menyokong kempen Earth Hour yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu sebagai langkah menyelamatkan bumi daripada kesan buruk pencemaran berkenaan. “Justeru, golongan muda memainkan peranan penting untuk meneruskan kempen ini supaya kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan,� katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Planetarium Negara yang diadakan sempena kempen Earth Hour 2011. Oleh itu, marilah kita bergabung memupuk sikap kesedaran terhadap bumi dan terhadap alam semesta kita.


Oktober 2012 - Mac 2013 • 16

www.planetarium-sarawak.org

Astrofotografi Melalui Cellphone Digiscoping

Telefon pintar yang dilekatkan dengan teleskop.

Asfahanim Bujang

‘D

igiscoping’ adalah aktiviti alternatif kepada DSLR/ telefoto melalui penggabungan kanta. Penggunaan kamera telefon mudah alih untuk mengambil gambar melalui kanta mata teleskop adalah lebih mudah dan murah dalam kategori astropengimejan. Baru-baru ini, ahli-ahli astronomi amatur telah mendapati bahawa mereka boleh memperoleh hasil imej matahari, bulan, dan planet-planet lain yang terbaik hanya melalui telefon mudah alih dengan digiscoping. Kedudukan pada CCD astropengimejan pada telefon mudah alih adalah ketetapan “sweetspot” berhampiran kanta mata diperlukan untuk mengelakkan vignette atau pusat luar sesuatu imej. Ia adalah tugasan yang memerlukan kesabaran yang tinggi dan kerja tangan yang sangat mantap. Bagi yang mahir dalam mengendalikan peralatan-peralatan kamera digi-

tal dalam mencapai kedudukan yang tepat pada penyambungan kanta mata bolehlah membina satu daripadanya melalui telefon mudah alih. Jika anda belum mencuba digiscoping telefon mudah alih, mulakan dengan shot pada siang hari. Lakukan eksperimen dengan teleskop pelbagai kanta mata untuk melihat penyatuan yang mana satu akan mendapat hasil yang terbaik. Dengan mengambil imej kecerahan bulan pada sasaran (terutamanya bulan penuh berdekatan), anda bolehlah mencuba pengimejan bulan hanya selepas matahari terbenam semasa senja atau menggunakan turasan kanta mata lunar jika langit kelihatan sudah gelap. Jangan berputus asa jika anda mendapat hasil imej yang kurang memuaskan, cuba lagi sehingga anda berpuas hati dengan imej yang dihasilkan. Satu lagi perkara yang menarik tentang digiscoping telefon mudah alih adalah anda boleh menangkap imej dan dengan penyambungan ke telefon mudah alih kini anda boleh berkongsi pengalaman dengan rakanrakan dan keluarga melalui media sosial sahaja seperti e-mel, Facebook,

YouTube, Twitter, atau dalam masa sebenar pada panggilan persidangan video dengan segera berkaitan angkasa tanpa menunggu terlalu lama. Anda juga tidak perlu berbelanja lebih dengan membeli semua peralatan astrofotografi yang berkos tinggi. Ia adalah tanpa penyambungan kepada komputer juga tanpa menggunakan wayar. ‘Digiscoping’ adalah mudah, cepat dan tidak merumitkan bagi semua pemburu, pemerhati burung, dan yang berminat untuk menangkap gambar yang berkualiti tinggi dan video hanya dari telefon mudah alih mereka.

Salah satu imej bulan yang diambil dengan menggunakan telefon pintar digiscoping.


17 • Oktober 2012 - Mac 2013

ASTROKUIZ PERINGKAT NEGERI SARAWAK Sempena 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia

Peserta Astrokuiz pada 2007.

Jenau Adam

K

emajuan negara masa kini adalah merujuk kepada intipati ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi dan sains angkasa. Bidang astronomi merupakan satu bidang yang sangat menarik dan penting dalam keperluan seharian. Kewujudan para penyelidik dan saintis muda lahir daripada kalangan para pelajar dalam bidang sains angkasa secara tidak langsung dapat membangunkan teknologi astronomi di dalam negara, sekaligus memastikan negara berkembang seiring dengan negara maju yang lain. Sejajar dengan itu, pihak Planetarium Sultan Iskandar, berpendapat pertandingan seperti Astrokuiz ini amat penting untuk menarik minat orang ramai khususnya golongan pelajar untuk mendalami ilmu astronomi. Pertandingan Astrokuiz mula diperkenalkan pada tahun 2006 dengan golongan sasaran adalah dari kalangan para pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) dan ia telah mendapat sambutan yang be-

gitu hangat daripada sekolah-sekolah di sekitar bandar raya Kuching. Selepas menghilang beberapa ketika, PSI telah mengambil langkah untuk memperluaskan pertandingan ini kepada setiap sekolah di seluruh negeri Sarawak. Anjuran bersama-sama Persatuan Astronomi Sarawak juga telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Planetarium Negara. Berdasarkan pemilihan peserta pula, pihak PSI akan memilih peserta yang paling layak bagi mewakili bahagian masing-masing untuk ke pertandingan Astrokuiz bagi peringkat kebangsaan. Tahap pemilihan peserta yang akan diadakan iaitu: Tahap 1: Ujian Saringan diadakan di sekolah menengah yang berminat di seluruh Sarawak. Tahap 2: Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu kumpulan tetapi hanya yang terbaik dari setiap zon akan dipilih ke peringkat akhir di Kuching. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji tahap pengetahuan pelajar sekolah khusus-

nya dalam bidang astronomi. Pelbagai kategori akan dipertandingkan iaitu kategori Sejarah dan Tokoh Astronomi, Sistem Suria, Bintang dan Buruj, Falsafah, Teknologi Astronomi, dan Pengetahuan Am. Pertandingan ini bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari bidang astronomi malah juga dapat memupuk serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara peserta yang menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini juga diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai betapa pentingnya ilmu astronomi serta memberi peluang kepada pelajar dari seluruh negeri untuk menyertainya. Sebelum ini ia hanya tertumpu di beberapa buah sekolah yang berhampiran bandar Kuching. Penyertaan pertandingan ini akan adalah terbuka kepada setiap zon bagi membolehkan semua pelajar dari kawasan luar bandar Kuching turut sama menyertai pertandingan ini. Sejajar dengan itu, ia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar dari segi teknologi dan pengetahuan sains.


Oktober 2012 - Mac 2013 • 18

www.planetarium-sarawak.org

Kajian Pendek Model Mental Konsep Bentuk Bumi dan Tarikan Graviti Jenau Adam

S

tatistik menunjukkan 70 peratus daripada jumlah pengunjung adalah murid-murid sekolah dan mereka merupakan penyumbang utama kepada kehadiran pelawat ke Pusat Pembelajaran Sains Angkasa Pertama Negara, Planetarium Sultan Iskandar Kuching sejak penubuhan pada 19 Januari 1989. Statistik pelawat tersebut hasil sokongan interaktif aktiviti sains mula diperkenalkan pada tahun 2006 yang selari dengan silibus modul pengisian pembelajaran subjek Sains, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pasca tayangan interaktif aktiviti sains berkaitan astronomi dan sains angkasa adalah berdasarkan cadangan kesesuaian dan diilhamkan daripada rujukan yang ditulis dari dalam dan luar negara. Selain itu, ia juga hasil kreativiti kakitangan PSI, Sahabat Astronomi dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS). Justeru, pihak PSI dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak telah membuat kajian pendek model mental untuk menyelami minda dan tanggapan muridmurid terhadap perkara asas iaitu bentuk muka bumi dan konsep graviti. Lagipun, kajian pendek model mental berkaitan persepsi terhadap konsep ini belum pernah diadakan sejak penubuhan PSI. Ini sekaligus menjadi pemangkin proses berterusan memperbaiki program pendidikan astronomi tidak formal di Sarawak. Tambahan pula, data yang diperolehi melalui kajian pendek model mental ini bukan sahaja boleh menaik taraf aktiviti anjuran PSI dan SAS, selain ia menyahut cabaran salah satu objektif Agenda Sosial Negeri dalam meningkatkan pendidikan dan pembangunan kemahiran, menguatkan strategi baru rakyat serta menjana keyakinan masyarakat di Sarawak dalam menghadapi kehidupan dunia era globalisasi. Kajian model mental berkenaan dengan konsep bumi bulat dan graviti ini sebenarnya telah dilakukan di negara Barat oleh para penyelidik semenjak pertengahan 70-an lagi. Kenyataan ini disokong oleh penyelidik seperti Agan & Sneider (2004) dan beberapa kajian telah dibuat mengenai modul mental dan kaedah-kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Ia turut memberikan signifikasi kepada kanak-kanak tentang salah faham berkaitan konsep bentuk bumi dan kesan-kesan graviti termasuklah penyebab dan penerangan kepada fenomena astronomi asas seperti siang dan malam, kejadian musim, fasa-fasa bulan dan bintang. Para penyelidik sebelum ini seperti Zurida dan Mohd. Zaaba 2001; Dunlop 1999; Sharp 1996; Vosnidau 1991; Baxter 1989; Nussbaum 1979; Mali & Howe 1979; Nussbaum & Novak 1976, mendapati penemuan tentang salah faham mengenai ilmu astronomi dilaporkan telah didapati wujud dalam pelbagai peringkat umur kanak-kanak lagi. Penyelidik seperti Roslizah A. Samad (2006) pula mendapati bahawa konsepsi berkaitan salah faham mengenai fenomena-fenomena seharian atau fenomenafenomena astronomi yang asas seperti kejadian siang dan malam, gerhana matahari, fasa-fasa bulan, kejadian musim dan bentuk bumi dibuktikan sukar diubah. Malah beliau mendapati bahawa salah faham berkaitan persepsi dan konsep ini akan turut memberi pelbagai implikasi sekaligus akan mengganggu proses pembelajaran dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada kanak-kanak di Malaysia. Kajian pendek model mental berkenaan dengan murid-murid sekolah di Sarawak ini telah melibatkan dua hipotesis. Hipotesis pertama adalah murid-murid kita mempunyai tanggapan model mental bentuk Bumi dan tarikan graviti yang ketinggalan berbanding dengan murid-murid di luar negara seperti di negara Barat. Hipotesis kedua adalah terdapat perbezaan tanggapan model mental bentuk Bumi dan tarikan graviti antara muridmurid di bandar dan murid-murid di kawasan luar bandar/pesisir bandar. Para penyelidik mendapati bahawa hipotesis pertama adalah betul dan terbukti melalui data-data yang diperoleh sebagai penyokong pernyataan hipotesis tersebut. Ternyata, kaedah kualitatif dalam penyelidikan kajian pendek model mental ini telah berjaya memperoleh data yang dikehendaki dalam mencungkil dan mengukur tahap kefahaman serta pengetahuan konsep astronomi dan sains angkasa selain ianya juga dapat menyokong silibus pembelajaran dan pengajaran sains di sekolah terutamanya dalam kalangan murid-murid

berumur 10 hingga 12 tahun di Sarawak. Bagi hipotesis kedua pula, para penyelidik mendapati bahawa murid-murid sekolah di Sarawak sama ada di Bandar mahupun di luar bandar/pesisir bandar tidak mempunyai perbezaan dari aspek tanggapan model mental bentuk Bumi dan tarikan graviti. Data yang diperoleh menunjukkan bahawa majoriti murid-murid sekolah di Sarawak mempunyai tanggapan konsep yang salah tentang bumi adalah bulat dan bukan berbentuk sfera, begitu juga dengan pemahaman yang salah tentang konsep tarikan graviti. Para penyelidik berjaya membuktikan peryataan ini melalui kaedah soal jawab di samping demonstrasi pendidikan serta pemantauan dalam program jerayawara ke sekolah-sekolah. Hasil data para penyelidik melalui kajian pendek model mental ini membuktikan hipotesis pertama ini boleh dibuat perbandingan dengan capaian-capaian pelbagai sumber penulisan sebelum ini dari jurnal Astronomy Education Review di http://aer.aas. org. Untuk hipotesis kedua pula, peratusan pelajar di kawasan luar bandar atau pesisir bandar dengan kawasan bandar pula akan dibandingkan. Justeru itu, perbandingan peratusan pra-ujian dengan pasca-ujian akan dikira berdasarkan statistik dan nilai tersebut akan diambil kira sebagai peratusan perolehan (gain) hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Sekiranya peratus perolehan itu

Carta Pai (0.1): Taburan perbandi-

ngan tahap ketepatan & kefahaman 4 Soalan Utama Terpilih oleh responden (murid sekolah kebangsaan) dalam bandar terhadap tanggapan model mental konsep bentuk Bumi & tarikan graviti.

adalah rendah iaitu kurang dari 40 peratus, ini bermakna aktiviti tersebut harus dibaiki sama ada dari segi alat bantu mengajar atau pendekatan. Manakala, hasil daripada pemantauan (bahagian pertama) semasa pe-


19 • Oktober 2012 - Mac 2013

Carta Pai (0.2): Taburan perbandingan tahap ketepatan & kefahaman 4 Soalan Utama Terpilih oleh responden (murid sekolah kebangsaan) di luar bandar terhadap tanggapan model mental konsep bentuk Bumi & tarikan graviti.

nyelidikan melalui kajian pendek model mental ini mendapati bahawa para responden secara rawak adalah kurang daripada 40 peratus ketepatan tentang tanggapan model mental dari aspek refleksi dan maklum balas serta tindak balas terhadap konsep bentuk Bumi dan tarikan graviti. Kesimpulan kajian pendek model mental ini yang dijalankan menerusi Jelajah Program Jerayawara Sahabat Astronomi selain menyokong silibus subjek Sains di sekolah, ia juga membantu memotivasi dan mendedahkan para murid di sekolah bandar dan sekolah luar bandar terhadap refleksi dan maklum balas serta tindak balas yang tepat tentang konsep bentuk Bumi & tarikan graviti. Berdasarkan kajian ini, kami setuju apa yang disarankan oleh Agan & Sneider (2004), bahawa kajian pendek model mental berkaitan persepsi dan konsep ini menyokong pemahaman kanak-kanak tentang konsepsi bentuk Bumi dan graviti. Ia amat penting untuk pembangunan konseptual astronomi seterusnya pendekatan pengarahan yang bertepatan atau bersesuaian tahap perkembangan pelajar atau kanak-kanak dalam menguasai penuh asas konsepsi berkaitan bentuk bumi dan graviti. Rujukan • Bailey, J.M. and Slater, T. F. (2004) A Review of Astronomy Education Research. The Astronomy Education Review, 2, 20-45. • Marc S. Cohen 2008, Introduction to Aristotle, Department of Philosophy, University of Waashington, dicapai 16 Januari 2011, dari http://faculty.washington.edu/smcohen/433/arintro.htm • Vasilios Siris 2001, Index of Ancient Greek Philosophers-scientists, di capai 6 Januari 2011 dari http://www. ics.forth.gr/~vsiris/ancient_greeks/ presocratics.html • Agan, L. and Sneider, C. (2004). Learning About the Earth’s Shape and Gravity: A Guide for Teachers and Curricu-

Carta Garis (0.1): Taburan tahap ketepatan menjawab 4 Soalan Utama Terpilih oleh responden (murid) seramai 838/858 orang bagi bersekolah dan dikategorikan sebagai Sekolah Kebangsaan di bandar.

Carta Garis (0.2): Taburan tahap ketepatan menjawab 4 Soalan Utama Terpilih oleh responden (murid) seramai 790/817 orang bagi bersekolah dan dikategori sebagai Sekolah Kebangsaan di luar bandar/pesisir bandar.

Carta Garis (0.3): Taburan perbandingan tahap ketepatan dan kefahaman 4 Soalan Utama Terpilih oleh responden (murid) terhadap tanggapan model mental konsep bentuk Bumi dan tarikan graviti di antara Sekolah Kebangsaan di bandar dengan Sekolah Kebangsaan di luar bandar/pesisir bandar.

lum Developers. The Astronomy Education Review, 2, 90-117. • Dick, B. 2003, What Is Action Research? Dicapai Januari 5 2011 dari http://www.scu.edu.au/schools/ gcm/ar/whatisar.html • Agan, L.,& Sneider, C.(2004). The Association of Universities for Research in Astronomy. In Learning About the Earth’s Shape and Gravity; A Guide

for Teachers and Curriculum Devlopers. The Astronomy Education Review, 2:2: 90-117. • Roslizah, A.Samad.(2006). Salah Faham Beberapa Aspek Ilmu Falak dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperolehi pada 17hb Januari 2010, dari http:// www.al-azim.com/masjid/seminar/ falak2006/1.pdf.


Tayangan 2013 The Little Star That Could

T

ayangan ini mengisahkan pengembaraan bintang istimewa yang mencari planet mengelilinginya. Sepanjang perjalanannya, dia mempelajari pelbagai jenisjenis bintang yang lain. Adakah bintang istimewa ini berjaya mencari planet yang mengelilinginya? Saksikan tayangan penuh kisah bintang istimewa ini di PSI.

Dark Matter

Life: A Cosmic Story

T

ayangan ini berbentuk dokumentari tentang sesuatu yang misteri di alam semesta yang sedang dikaji oleh para saintis di Amerika. Apakah yang anda tahu tentang kegelapan yang ada pada luar planet kita? Ingin mengetahui apakah sebenarnya kegelapan yang digelar “Dark Matter� tersebut? Saksikan tayangan ini di PSI bagi membongkar persoalan misteri tersebut.

T

ayangan ini mengisahkan satu perjalanan yang akan membawa para penonton dari pandangan mikroskopik yang berkaitan dengan alam semesta. Perjalanan anda akan diiringi dengan muzik dan grafik yang berbentuk 3 dimensi tentang kehidupan yang merangkumi peranan DNA. Saksikan tayangan ini selanjutnya di PSI.


Aku dan Bintang 13