panduan ujian lencana maju jaya kemahiran pindaan 2009

Page 6

PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak LENCANA JAYA Syarat-Syarat Khas:

Berada di tingkatan tiga dan ke atas pada tahun semasa Telah lulus dan mempunyai Sijil Lencana Usaha dan Sijil Lencana Maju Telah lulus dan mempunyai sekurang-kurangnya empat Sijil Lencana Kepandaian Sila tampalkan salinan fotostat Sijil Lencana Maju di dalam Buku Log Lencana Jaya.

Ujian-Ujian: 12. Buku Log Lencana Jaya (Individu – Wajib Lulus): Buku Log Lencana Jaya mestilah disiapkan dengan lengkapnya dan dihantar/diserahkan pada hari melapor diri untuk perkhemahan ujian ini. Kandungan Buku Log mestilah lengkap dan teratur mengikut turutan seperti yang terdapat di dalam buku “Program Latihan Pengakap Muda” edisi 1992 (sila rujuk muka surat 11 – 15, buku tersebut). Salinan Sijil Lencana Usaha dan Sijil Lencana Maju yang telah disahkan oleh Pemimpin Kumpulan hendaklah ditampalkan di dalam Buku Log Lencana Jaya. Jika buku log anda ditafsirkan GAGAL oleh Pemeriksa Buku Log, bermakna anda GAGAL secara keseluruhan di dalam Ujian Lencana Maju ini. 13. Ujian Bertulis (Individu): Bahagaian A, soalansoalan anika pilihan (objektif). Bahagaian B, soalan/jawapan bertulis (struktur). Soalan-soalan meliputi skema Lencana Keahlian, Lencana Usaha, dan Lencana Maju. 14. Taraf Perkhemahan/Pemeriksaan Pagi (Berpatrol – Wajib Lulus): 3.1 Khemah: 3.1.1 Pondok sementara mesti dibina dan disiapkan pada hari pertama. Jika ada pengakap perempuan, pondok berasingan berasingan mestilah disediakan. 3.2 Gadjet: 3.2.1 Membina dan menyiapkan pondok sementara, 2 orang untuk satu pondok, mempunyai lantai setinggi 12 inci dari tanah. Atap pondok sementara tidak perlu daripada bahan semulajadi, sekadar ponco. 3.2.2 Mendirikan gajet asas lebih dari 10 jenis 3.2.3 Mendiri dan menyiapkan dengan sempurna : pintu gerbang dan pagar, tiang bendera, papan kenyataan, dapur pelantar (altar fire), ampaian/penyidai kain, rak alatan dapur dan rak makanan, rak senjata, kerusi dan meja makan sahaja. Semuanya disediakan secara berpatrol. 3.2.4 Ikatan lilit kacang/ular mesti digunakan. 3.3 Pakaian Seragam: 3.3.1 Memakai pakaian seragam yang lengkap dari kepala hingga ke kaki. 3.3.2 Pakaian seragam mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 3.3.3 Semua lencana dipasang dengan betul dan mengikut susunan. 3.3.4 Pakaian seragam mestilah bersih dan kemas (untuk tujuan pemeriksaan pagi, peserta diingatkan supaya menyediakan sepasang uniform yang lengkap dikhaskan untuk tujuan tersebut sahaja). 3.4 Kebersihan dan Keselamatan 3.4.1 Kawasan luar dan dalam khemah bersih, alatan masak dan dapur bersih, lubang basah dan lubang kering disediakan. 3.4.2 Alatan kerja diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat. 3.4.3 Sulfur ditaburkan di keliling khemah. 3.5 Tata Atur: 3.5.1 Kandungan bag dikeluarkan, keperluan peribadi disusun dengan kemas, pakaian disusun dari atas ke bawah bermula dengan pakaian di kepala hingga ke pakaian yang dipakai di kaki.

6


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.