panduan ujian lencana maju jaya kemahiran pindaan 2009

Page 1

PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak Perkhemahan Lencana Maju, Lencana Jaya Dan Lencana Kemahiran (Sekolah Menengah) Daerah Kinta, Syarat-Syarat Am Penyertaan dan Ujian: 1. KEAHLIAN: Telah berdaftar sebagai ahli Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun semasa. Keahlian untuk tahun sebelumnya telah tamat pada 31 Mac tahun semasa. 2. KESIHATAN: Disahkan sihat untuk menjalani semua ujian fizikal yang ditetapkan. 3. KEBENARAN BERTULIS: Telah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga, pemimpin kumpulan, dan kuasa penganjur kumpulan/pengetua sekolah. 4. PEMIMPIN PENGIRING: Mempunyai seorang Pemimpin Pengakap sebagai pengiring bersama-sama sepanjang perkhemahan dijalankan (PPM Daerah Kinta tidak akan bertanggungjawab di atas masalah kesihatan, dan juga JIKA berlaku sebarang kejadian yang tidak diduga ke atas seseorang ahli pengakap sepanjang perkhemahan ini sekiranya pemimpin tiada). 5. YURAN PENYERTAAN PERKHEMAHAN: Sanggup membayar sejumlah yuran seperti berikut: 5.1 Yuran Penyertaan Kumpulan (setiap kumpulan/sekolah): RM15.00 (Ringgit Malaysia: Lima Belas Sahaja) 5.2 Yuran Penyertaan Individu: RM25.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima Sahaja) untuk makan dan minum sepanjang perkhemahan, urusan pentadbiran/pengurusan kem, serta bayaran sewa tapak kem, air,elektrik dan lain-lain. 5.3 Semua pembayaran atas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH KINTA 6. PERMOHONAN PENYERTAAN: 6.1.1 Pendaftaran dibuat di tapak perkhemahan 6.1.2 Borang pendaftaran diserahkan dalam 6.1.2.1 2 salinan bercetak ditandatangani oleh pemimpin dan pengetua 6.1.2.2 1 disket berlabel nama kumpulan diisi borang perdaftaran yang telah dipenuhi 7. KERJA DI TAPAK: Semua kerja di tapak perkhemahan MESTI DIHENTIKAN pada pukul 11.30 malam. Peserta dilarang sama sekali berbuat bising selepas jam 12.00 tengah malam. 8. KEBERSIHAN: Peserta mestilah menjaga kebersihan kawasan perkhemahan pada setiap masa. 9. SISA MAKANAN: Peserta dilarang membuang sisa makanan ke dalam longkang. 10. SAMPAH: Setiap kumpulan/patrol mesti menyediakan satu tong sampah besar dan plastik sampah. 11. MAKANAN & MINUMAN: Makan dan minuman disediakan oleh pihak penganjur perkhemahan. Untuk persediaan ujian, sila bawa peralatan memasak seperti dapur, periuk, kuali, senduk/sudip, sudu dan lain-lain. 12. Makanan tidak halal adalah tidak dibenarkan sama sekali. 13. PELAWAT: Pelawat/Pembantu tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan tanpa kebenaran kem warden/urusetia. Jika hal mustahak sila berjumpa dengan urusetia. 14. PERHUBUNGAN/KOMUNIKASI: Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali. Peserta tidak dibenarkan berhubung dengan pelawat (ibu/bapa/penjaga/pembantu) tanpa kebenaran, atau penyertaan akan dibatalkan. 15. KEBENARAN MELAWAT: Kebenaran masuk pelawat-pelawat ke kawasan perkhemahan adalah tertakluk kepada pihak urusetia perkhemahan.

1


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak

UndangUndang Perkhemahan 1.0 Perintah Tetap: 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9

Tidak boleh mempersoalkan hal-hal agama, perkauman, dan politik. Tidak boleh merokok, menagih dadah, minum minuman beralkohol, dan berjudi. Tidak boleh meninggalkan kem tanpa kebenaran daripada Kem Komandan atau wakilnya. Tidak boleh melakukan sabotaj, merosakkan peralatan kem, mengganggu, menghasut, dan menimbulkan huru-hara. Tidak boleh berkelakuan sumbang, berbahasa kesat, dan menghina. Tidak boleh engkar kepada perintah pegawai perkhemahan/pemimpin. Tidak boleh membawa makanan yang mematikan selera seperti coklat, dan makanan ringan. Tidak boleh berhubung dengan orang luar/pembantu perkhemahan tanpa kebenaran Kem Komandan atau wakilnya. Kegagalan mengikut perintah tetap akan mengakibatkan peserta itu dibatalkan penyertaannya atau digagalkan keseluruhan keputusan perkhemahannya.

2.0 Peraturan Kem: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 2.11 2.12 2.13 2.14 2.15 2.16 2.17

Taat kepada Perintah Tetap. Mengerjakan Solat (untuk peserta muslim). Mengikut semua arahan Pegawai Perkhemahan/Pemimpin. Menjalankan semua tugas yang dipertanggungjawabkan. Memberi hormat kepada semua pegawai perkhemahan/pemimpin. Bersopan santun dan menghormati antara satu sama lain. Menunjukkan sikap yang baik setiap masa dengan mengamalkan kerjasama, toleransi, dan bantu membantu. Menepati waktu untuk semua aturcara kem. Menyertai semua aktiviti kem dan kumpulan/patrol. Memakai baju berlengan dan seluar panjang untuk semua aktiviti. Memakai pakaian yang sesuai dan tidak mencolok mata untuk semua aktiviti kem / aktiviti fizikal. Mementingkan keselamatan pada setiap masa. Menjaga kebersihan, dan keindahan kawasan, kebersihan khemah dan kawasan. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meninggikan prestasi kem. Melaporkan dengan segera kepada Kem Komandan atau wakilnya jika berlaku kemalangan atau kecemasan. Melaporkan semua perlakuan sumbang kepada Kem Komandan atau wakilnya. Melaporkan peserta yang melanggar Perintah Tetap.

2


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak LENCANA MAJU Syarat-Syarat Khas:

Berada di tingkatan dua dan ke atas pada tahun semasa Telah lulus dan mempunyai Sijil Lencana Usaha Telah lulus dan dianugerahkan Sijil Rambu Pengakap Kanak-Kanak di sekolah rendah Telah lulus dan mempunyai sekurang-kurangnya satu Sijil Lencana Kepandaian Sila tampalkan salinan fotostat Sijil Lencana Usaha/Rambu PKK di dalam Buku Log Lencana Maju.

Ujian-Ujian: 1.

Buku Log Lencana Maju (Individu – Wajib Lulus): 1.1 Buku Log Lencana Maju mestilah disiapkan dengan lengkapnya dan dihantar/diserahkan pada hari melapor diri untuk perkhemahan ujian ini. 1.2 Kandungan Buku Log mestilah lengkap dan teratur mengikut turutan seperti yang terdapat di dalam buku “Program Latihan Pengakap Muda” edisi 1992 (sila rujuk muka surat 7 – 10, buku tersebut). 1.3 Salinan Sijil Lencana Usaha yang telah disahkan oleh Pemimpin Kumpulan hendaklah ditampalkan di dalam Buku Log Lencana Maju. 1.4 Jika buku log anda ditafsirkan GAGAL oleh Pemeriksa Buku Log, bermakna anda GAGAL secara keseluruhan di dalam Ujian Lencana Maju ini.

2.

Ujian Bertulis (Individu): 2.1 Bahagaian A, soalansoalan anika pilihan (objektif). 2.2 Bahagaian B, soalan/jawapan bertulis (struktur). 2.3 Soalan-soalan meliputi skema Lencana Keahlian, Lencana Usaha, dan Lencana Maju.

3.

Taraf Perkhemahan/Pemeriksaan Pagi (Berpatrol – Wajib Lulus): 3.1 Khemah: 3.1.1 Khemah jenis pasang siap boleh digunakan. Jika ada pengakap perempuan, khemah berasingan mestilah disediakan. 3.2 Gadjet: 3.2.1 Mendirikan gajet asas lebih dari 8 jenis 3.2.2 Mendiri dan menyiapkan dengan sempurna : pintu gerbang dan pagar, tiang bendera, papan kenyataan, dapur pelantar (altar fire), ampaian/penyidai kain, rak alatan dapur dan rak makanan, rak senjata, kerusi dan meja makan . Semuanya disediakan secara berpatrol. 3.3 Pakaian Seragam: 3.3.1 Memakai pakaian seragam yang lengkap dari kepala hingga ke kaki. 3.3.2 Pakaian seragam mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 3.3.3 Semua lencana dipasang dengan betul dan mengikut susunan. 3.3.4 Pakaian seragam mestilah bersih dan kemas (untuk tujuan pemeriksaan pagi, peserta diingatkan supaya menyediakan sepasang uniform yang lengkap dikhaskan untuk tujuan tersebut sahaja). 3.4 Kebersihan dan Keselamatan 3.4.1 Kawasan luar dan dalam khemah bersih, alatan masak dan dapur bersih, lubang basah dan lubang kering disediakan. 3.4.2 Alatan kerja diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat. 3.4.3 Sulfur ditaburkan di keliling khemah. 3.5 Tata Atur: 3.5.1 Kandungan bag dikeluarkan, keperluan peribadi disusun dengan kemas, pakaian disusun dari atas ke bawah bermula dengan pakaian di kepala hingga ke pakaian yang dipakai di kaki. 3.5.2 Susunan/Pelan atur sub-kem : khemah, gadjet-gadjet yang dibina disusun dengan teratur dan diletakkan di tempat yang bersesuaian. 3.6 Tapak Khemah:

3


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak 3.6.1 3.6.2

Satu tapak khemah untuk satu patrol sahaja, anggota setiap patrol tidak melebihi 8 orang. Sekira perlu lebih, bergantung pada pihak urusetia

3.7 Gagal: 3.7.1 GAGAL dalam taraf perkhemahan bermaksud GAGAL Keseluruhan Ujian Lencana Maju untuk semua ahli dalam patrol tersebut. 3.8 Kaki Gadjet: 3.8.1 Semua kaki gadjet tidak boleh ditanam, kecuali tiang pagar, tiang pintu gerbang, dan pancang. 4.

Temuduga (Individu): 4.1 Perlu tahu perkara-perkara berikut: 4.1.1 Nama penuh DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. 4.1.2 Nama penuh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Raja Perempuan Perak. 4.1.3 Nama penuh dan Jawatan Menteri- Menteri pringkat pusat/persekutuan. 4.1.4 Nama penuh dan Gelaran Kebesaran Menteri Besar Perak. 4.1.5 Nama Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta, Nama dan Jawatan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah Kinta. 4.1.6 Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. 4.2 Peserta mesti mempunyai kebolehan lisan yang baik, dan boleh memberi pendapat apabila disoal

5.

Ikatan dan Simpulan (Individu): 8.1 Tali, pisau, kertas lukisan, dan selotape disediakan. 8.2 Peserta dikehendaki membuat ikatan/simpulan yang dikehendaki, melekatkannya kepada kertas lukisan dengan menggunakan seloptape dan melabelkannnya. 8.3 Ikatan/simpulan yang perlu dibuat adalah: 8.3.1 Buku sila 8.3.11 Ikatan seraya 8.3.2 Simpul manuk 8.3.12 Ikatan serong 8.3.3 Tindih kasih 8.3.13 Tindih kasih gelung 8.3.4 Lilit dua simpul 8.3.14 Belit lucut 8.3.5 Lilit pemati biasa 8.3.15 Lilit pasdul 8.3.6 Simpul himpit 8.3.16 Simpul Kerusi 8.3.7 Simpul pulih 8.3.17 Lilit pemati selit 8.3.8 Bunga Geti Berganda 8.3.18 Simpul kepala lalat 8.3.9 Lilit Balak 8.3.19 Sambatan balik 8.3.10 Lilit ‘Taut-line’ 8.3.20 Ikatan silang gunting

6.

Masakan Rimba/Backwood’s (Individu): 9.1 Peserta dikehendaki memasak/menyediakan perkara-perkara berikut dengan bantuan bahanbahan semulajadi: 9.1.1 nasi 9.1.2 telur 9.1.3 ubi kentang/ubi keledek/ubi kayu 9.1.4 roti lilit

7.

Model Projek Perintis (Individu): 10.1 Model projek perintis yang dibenarkan ialah menara Piramid/Hourglass atau menara yang bersesuaian sahaja. 10.2 Tinggi minima 30cm, tinggi maksima 50cm 10.3 Siapkan sebelum ujian/perkhemahan, serahkan kepada penguji pada hari lapor diri 10.4 Ikatkan kad/tag : pada tag pastikan ada No. Peserta, Nama Peserta, No. Kumpulan, Nama Kumpulan/Sekolah. 10.5 Model yang diserahkan tidak boleh dituntut oleh peserta. Ia menjadi hak Pasukan Latihan Daerah Kinta

4


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak 10.6 GAGAL ujian ini bermaksud GAGAL secara keseluruhan Ujian Lencana Maju ini. 8.

Peta dan Kompas (Individu dan Berpatrol): 11.1 Setiap patrol mesti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kompas (silva) sendiri. 11.2 Mesti tahu mencari bearing, rujukan grid, mengenal petunjuk dalam peta, skala dan sebagainya.

9.

Pertolongan Cemas (individu): 12.1 Setiap peserta mesti mempunyai kain anduh sendiri. 12.2 Perkara yang perlu dibuat adalah menunjuk cara: 12.2.1 melipat kain anduh 12.2.5 membalut bahu 12.2.2 membalut kepala 12.2.6 membalut siku 12.2.3 membuat anduh besar/tangan 12.2.7 membalut lutut 12.2.4 membalut tangan/tapak tangan 12.2.8 membalut pinggang 12.3 Berkebolehan menunjuk cara memanggil 12.3.1 Polis 12.3.2 Bomba 12.3.3 Ambulan 12.4 Peserta berkebolehan menerangkan dan melakukan pemulihan pernafasan berikut: 12.4.1 kaedah mulut ke mulut 12.4.2 kaedah Holger Nielsen

10. Ekspedisi/Treking (Individu): 14.1 Setiap peserta mesti meyertai latihan ekspedisi/tracking yang dijalankan. 11. Tarian/Kebudayaan (Individu dan Berpatrol): 16.1 Hanya tarian kebudayaan kebangsaan/tarian etnik sahaja yang dibenarkan. Tarian Tradisional Melayu/Bumiputera seperti Tarian Inang, Zapin, Joget, Piring, Dabus, Canggung, Kuda Kepang, Endang, Ngajat, Sumazau dan lain-lain. 16.2 Muzik (kaset/cd), pemain kaset/cd disediakan sendiri oleh peserta/patrol. 16.3 Peralatan seperti pakaian, perhiasan, dan solekan dan lain-lain keperluan disediakan sendiri oleh peserta/patrol. 16.4 Markah kumpulan tidak semestinya menjadi markah individu, penguji akan mengambil kira setiap individu semasa persembahan.

Peringatan: 1. Jumlah ujian yang perlu dilepasi (LULUS) oleh setiap individu ialah sekurang-kurangnya 80% (termasuk Buku Log Lencana Maju, Taraf Perkhemahan, dan Model Projek Perintis) 2. Setiap Kumpulan/sekolah mesti membawa sebuah peti pertolongan cemas yang penuh berisi (lengkap), dan boleh digunakan pada bila-bila masa sewaktu kecemasan. 3. Setiap peserta mesti membawa peralatan tidur (tikar/ground sheet, selimut dll), baju hujan, lampu suluh, peralatan solat/sembahyang (bagi peserta muslim), peralatan bersuci/mandi (baldi, kain basah/pakaian mandi, sabun mandi, berus dan ubat gigi, tuala), sudu, cawan, pinggan, dan lain-lain yang difikirkan perlu. 4. Sebarang kelulusan adalah tertakluk pada Pasukan Latihan Daerah Kinta, sebarang rayuan tidak diterima.

5


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak LENCANA JAYA Syarat-Syarat Khas:

Berada di tingkatan tiga dan ke atas pada tahun semasa Telah lulus dan mempunyai Sijil Lencana Usaha dan Sijil Lencana Maju Telah lulus dan mempunyai sekurang-kurangnya empat Sijil Lencana Kepandaian Sila tampalkan salinan fotostat Sijil Lencana Maju di dalam Buku Log Lencana Jaya.

Ujian-Ujian: 12. Buku Log Lencana Jaya (Individu – Wajib Lulus): Buku Log Lencana Jaya mestilah disiapkan dengan lengkapnya dan dihantar/diserahkan pada hari melapor diri untuk perkhemahan ujian ini. Kandungan Buku Log mestilah lengkap dan teratur mengikut turutan seperti yang terdapat di dalam buku “Program Latihan Pengakap Muda” edisi 1992 (sila rujuk muka surat 11 – 15, buku tersebut). Salinan Sijil Lencana Usaha dan Sijil Lencana Maju yang telah disahkan oleh Pemimpin Kumpulan hendaklah ditampalkan di dalam Buku Log Lencana Jaya. Jika buku log anda ditafsirkan GAGAL oleh Pemeriksa Buku Log, bermakna anda GAGAL secara keseluruhan di dalam Ujian Lencana Maju ini. 13. Ujian Bertulis (Individu): Bahagaian A, soalansoalan anika pilihan (objektif). Bahagaian B, soalan/jawapan bertulis (struktur). Soalan-soalan meliputi skema Lencana Keahlian, Lencana Usaha, dan Lencana Maju. 14. Taraf Perkhemahan/Pemeriksaan Pagi (Berpatrol – Wajib Lulus): 3.1 Khemah: 3.1.1 Pondok sementara mesti dibina dan disiapkan pada hari pertama. Jika ada pengakap perempuan, pondok berasingan berasingan mestilah disediakan. 3.2 Gadjet: 3.2.1 Membina dan menyiapkan pondok sementara, 2 orang untuk satu pondok, mempunyai lantai setinggi 12 inci dari tanah. Atap pondok sementara tidak perlu daripada bahan semulajadi, sekadar ponco. 3.2.2 Mendirikan gajet asas lebih dari 10 jenis 3.2.3 Mendiri dan menyiapkan dengan sempurna : pintu gerbang dan pagar, tiang bendera, papan kenyataan, dapur pelantar (altar fire), ampaian/penyidai kain, rak alatan dapur dan rak makanan, rak senjata, kerusi dan meja makan sahaja. Semuanya disediakan secara berpatrol. 3.2.4 Ikatan lilit kacang/ular mesti digunakan. 3.3 Pakaian Seragam: 3.3.1 Memakai pakaian seragam yang lengkap dari kepala hingga ke kaki. 3.3.2 Pakaian seragam mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 3.3.3 Semua lencana dipasang dengan betul dan mengikut susunan. 3.3.4 Pakaian seragam mestilah bersih dan kemas (untuk tujuan pemeriksaan pagi, peserta diingatkan supaya menyediakan sepasang uniform yang lengkap dikhaskan untuk tujuan tersebut sahaja). 3.4 Kebersihan dan Keselamatan 3.4.1 Kawasan luar dan dalam khemah bersih, alatan masak dan dapur bersih, lubang basah dan lubang kering disediakan. 3.4.2 Alatan kerja diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat. 3.4.3 Sulfur ditaburkan di keliling khemah. 3.5 Tata Atur: 3.5.1 Kandungan bag dikeluarkan, keperluan peribadi disusun dengan kemas, pakaian disusun dari atas ke bawah bermula dengan pakaian di kepala hingga ke pakaian yang dipakai di kaki.

6


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak 3.5.2

Susunan/Pelan atur sub-kem : khemah, gadjet-gadjet yang dibina disusun dengan teratur dan diletakkan di tempat yang bersesuaian. 3.6 Tapak Khemah: 3.6.1 Satu tapak khemah untuk satu patrol sahaja, anggota setiap patrol tidak melebihi 8 orang. 3.6.2 Sekira perlu lebih, bergantung pada pihak urusetia 3.7 Gagal: 3.7.1 GAGAL dalam taraf perkhemahan bermaksud GAGAL Keseluruhan Ujian Lencana Maju untuk semua ahli dalam patrol tersebut. 3.8 Kaki Gadjet: 3.8.1 Semua kaki gadjet tidak boleh ditanam, kecuali tiang pagar, tiang pintu gerbang, dan pancang. 4.

Temuduga (Individu): 4.1 Perlu tahu perkara-perkara berikut: 4.1.1 Nama penuh DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. 4.1.2 Nama penuh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Raja Perempuan Perak. 4.1.3 Nama penuh dan Jawatan Menteri- Menteri pringkat pusat/persekutuan. 4.1.4 Nama penuh dan Gelaran Kebesaran Menteri Besar Perak. 4.1.5 Nama Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta, Nama dan Jawatan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah Kinta. 4.1.6 Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. 4.2 Peserta mesti mempunyai kebolehan lisan yang baik, dan boleh memberi pendapat apabila disoal.

6.

Ikatan dan Simpulan (Individu): 6.1 Tali, pisau, kertas lukisan, dan selotape disediakan. 6.2 Peserta dikehendaki membuat ikatan/simpulan yang dikehendaki, melekatkannya kepada kertas lukisan dengan menggunakan seloptape dan melabelkannnya. 6.3 Ikatan/simpulan yang perlu dibuat adalah: 6.3.1 Simpul pulih 6.3.11 Sambatan balik 6.3.2 Bunga geti berganda 6.3.12 Ikatan silang gunting 6.3.3 Lilit ‘Taut-line’ 6.3.13 Simpul abah-abah 6.3.4 Ikatan seraya 6.3.14 Lilit tindih kejap 6.3.5 Ikatan serong 6.3.15 Simpul ngah 6.3.6 Belit lucut 6.3.16 Tindih kasih air 6.3.7 Lilit pasdul 6.3.17 Ikatan pengail 6.3.8 Simpul kerusi 6.3.18 Lilit tong 6.3.9 Lilit pemati selit 6.3.19 Sambatan mata 6.3.10 Simpul kepala lalat 6.3.20 Ikatan silang tungku

7.

Memasak dan Melayan (Berpatrol): 7.1 Semua bahan masakan dan alatan memasak disediakan sendiri oleh peserta/patrol. 7.2 Boleh menggunakan dapur gas/minyak tanah untuk memasak. 7.3 Makanan dalam tin tidak dibenarkan. 7.4 Mesti dimasak semasa ujian sahaja, dan bukan dimasak sebelumnya (tidak boleh dimasak di rumah). 7.5 Makanan yang dimasak mesti mencukupi untuk ahli-ahli dalam patrol, dan perlu dihidangkan semuanya semasa pemeriksaan. 7.6 Markah termasuk hiasan untuk sesuatu jenis makanan dan hiasan hidangan keseluruhan. 7.7 Makanan yang perlu dimasak/disediakan ialah: nasi, sayuran, lauk (ikan/ayam/daging/udang/sotong), dan sup, minuman serta pencuci mulut (desert).

8.

Pondok Sementara 8.1 Membina dan menyiapkan pondok sementara pada hari pertama 8.2 2 orang untuk satu pondok 8.3 Mempunyai lantai, tinggi lantai minima 12 inci dari tanah.

7


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak 8.4 Atap menggunakan ponco 9.

Projek Perintis/Pioneering (Berpatrol): 9.1 Membina dan menyiapkan projek perintis, yang dibenarkan ialah menara Piramid/Hourglass, menara segi empat, atau menara Brynbach sahaja. 9.2 Tidak kurang 2 meter tinggi/panjang. 9.3 Peralatan, buluh tambahan dan tali jut tidak disediakan hanya kayu bakau disediakan (kayu bakau tidak boleh dipotong) bahan tambahan seperti buluh boleh digunakan.

10. Pertolongan Cemas (individu): 10.1 Setiap patrol mesti meyediakan sendiri 10 helai kain anduh kayu tuap secukupnya. 10.2 Mengenakan kayu tuap untuk rawatan patah tulang paha, tulang betis, dan patah lengan. 10.3 Peserta berkebolehan menerangkan dan menunjukcara teknik pemulihan pernafasan berikut: 10.3.1 kaedah mulut ke mulut 11. Tarian/Kebudayaan (Individu dan Berpatrol): 11.1 Hanya tarian kebudayaan kebangsaan / tarian etnik sahaja yang dibenarkan. Tarian Tradisional Melayu/Bumiputera seperti Tarian Inang, Zapin, Joget, Piring, Dabus, Canggung, Kuda Kepang, Endang, Ngajat, Sumazau dan lain-lain. 11.2 Muzik (kaset/cd), pemain kaset/cd disediakan sendiri oleh peserta/patrol. 11.3 Peralatan seperti pakaian, perhiasan, dan solekan dan lain-lain keperluan disediakan sendiri oleh peserta/patrol. 11.4 Markah kumpulan tidak semestinya menjadi markah individu, penguji akan mengambil kira setiap individu semasa persembahan.

Peringatan: 1. Jumlah ujian yang perlu dilepasi (LULUS) oleh setiap individu ialah sekurang-kurangnya 80% (termasuk Buku Log Lencana Jaya, Taraf Perkhemahan, dan Model Projek Perintis) 2. Setiap Kumpulan/sekolah mesti membawa sebuah peti pertolongan cemas yang penuh berisi (lengkap), dan boleh digunakan pada bila-bila masa sewaktu kecemasan.. 3. Setiap peserta mesti membawa peralatan tidur (tikar/ground sheet, selimut dll), baju hujan, lampu suluh, peralatan solat/sembahyang (bagi peserta muslim), peralatan bersuci/mandi (baldi, kain basah/pakaian mandi, sabun mandi, berus dan ubat gigi, tuala), sudu, cawan, pinggan, dan lain-lain yang difikirkan perlu. 4. Sebarang kelulusan adalah tertakluk pada Pasukan Latihan Daerah Kinta, sebarang rayuan tidak diterima.

8


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak LENCANA KEMAHIRAN (Lima Lencana Tertinggi) Syarat-Syarat Khas:

Berada di tingkatan empat dan ke atas pada tahun semasa Telah lulus dan mempunyai Sijil Lencana Usaha, Sijil Lencana Maju dan Lencana Jaya Telah lulus dan mempunyai sekurang-kurangnya enam Sijil Lencana Kepandaian Sila tampalkan salinan fotostat Sijil Lencana Jaya di dalam Buku Log Lencana Kemahiran.

Ujian-Ujian: 15. Buku Log Lencana Jaya (Individu – Wajib Lulus): Buku Log Lencana Kemahiran mestilah disiapkan dengan lengkapnya dan dihantar/diserahkan pada hari melapor diri untuk perkhemahan ujian ini. Kandungan Buku Log mestilah lengkap dan teratur mengikut turutan seperti yang terdapat di dalam buku “Program Latihan Pengakap Remaja” edisi 1991 (sila rujuk muka surat 4 – 6, buku tersebut). Salinan Sijil Lencana Usaha, Maju dan Jaya yang telah disahkan oleh Pemimpin Kumpulan hendaklah ditampalkan di dalam Buku Log Lencana Kemhiran. Jika buku log anda ditafsirkan GAGAL oleh Pemeriksa Buku Log, bermakna anda GAGAL secara keseluruhan di dalam Ujian Lencana Kemahiran ini. 16. Ujian Bertulis (Individu): Bahagaian A, soalansoalan anika pilihan (objektif). Bahagaian B, soalan/jawapan bertulis (struktur). Soalan-soalan meliputi skema Lencana Keahlian, Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya. 17. Taraf Perkhemahan/Pemeriksaan Pagi (Berpatrol – Wajib Lulus): 3.2 Khemah: 4.1 Pondok sementara mesti dibina dan disiapkan pada hari pertama. Jika ada pengakap perempuan, pondok berasingan berasingan mestilah disediakan 4.2 Gadjet: 4.2.1 Membina dan menyiapkan pondok sementara, 1 orang untuk satu pondok dan mempunyai lantai/pelantar setinggi 12 inci dari tanah. Atap daripada Ponco. 4.2.2 Mendirikan gajet asas lebih dari 12 jenis 4.2.3 Mendiri dan menyiapkan dengan sempurna : pintu gerbang dan pagar, tiang bendera, papan kenyataan, dapur pelantar (altar fire), ampaian/penyidai kain, rak alatan dapur dan rak makanan, rak senjata, kerusi dan meja makan sahaja. Semuanya disediakan secara berpatrol. 4.2.4 Ikatan lilit kacang/ular mesti digunakan. 4.3 Pakaian Seragam: 4.3.1 Memakai pakaian seragam yang lengkap dari kepala hingga ke kaki. 4.3.2 Pakaian seragam mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 4.3.3 Semua lencana dipasang dengan betul dan mengikut susunan. 4.3.4 Pakaian seragam mestilah bersih dan kemas (untuk tujuan pemeriksaan pagi, peserta diingatkan supaya menyediakan sepasang uniform yang lengkap dikhaskan untuk tujuan tersebut sahaja). 4.4 Kebersihan dan Keselamatan 4.4.1 Kawasan luar dan dalam khemah bersih, alatan masak dan dapur bersih, lubang basah dan lubang kering disediakan. 4.4.2 Alatan kerja diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat. 4.4.3 Sulfur ditaburkan di keliling khemah. 4.5 Tata Atur: 4.5.1 Kandungan bag dikeluarkan, keperluan peribadi disusun dengan kemas, pakaian disusun dari atas ke bawah bermula dengan pakaian di kepala hingga ke pakaian yang dipakai di kaki.

9


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak 4.5.2

Susunan/Pelan atur sub-kem : khemah, gadjet-gadjet yang dibina disusun dengan teratur dan diletakkan di tempat yang bersesuaian. 4.6 Tapak Khemah: 4.6.1 Satu tapak khemah untuk satu patrol sahaja, anggota setiap patrol tidak melebihi 4 orang. 4.7 Gagal: 4.7.1 GAGAL dalam taraf perkhemahan bermaksud GAGAL Keseluruhan Ujian Lencana Maju untuk semua ahli dalam patrol tersebut. 4.8 Kaki Gadjet: 4.8.1 Semua kaki gadjet tidak boleh ditanam, kecuali tiang pagar, tiang pintu gerbang, dan pancang. 5.

Temuduga (Individu): 4.3 Perlu tahu perkara-perkara berikut: 4.3.1 Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. 4.3.2 Nama penuh dan Jawatan Menteri-Menteri pringkat pusat/persekutuan. 4.3.3 Nama penuh dan Gelaran Kebesaran Menteri Besar Perak. 4.3.4 Nama Pesuruhjaya Pengakap Negara, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta. 4.3.5 Nama penuh dan Jawatan/Unit Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah Kinta. 4.3.6 Memberi pendapat mengenai isu-isu semasa. 4.4 Peserta mesti mempunyai kebolehan lisan yang baik, dan boleh memberi pendapat apabila disoal.

12. Ikatan dan Simpulan (Individu): 12.1 Tali, pisau, kertas lukisan, dan selotape disediakan. 12.2 Peserta dikehendaki membuat ikatan/simpulan yang dikehendaki, dan melekatkannya kepada kertas lukisan yang disediakan dengan menggunakan selotape dan melabelkannnya. 12.3 Ikatan/simpulan yang perlu dibuat adalah: 12.3.1 Simpul tapak kucing 12.3.6 Ikatan silang gunting 12.3.2 Simpul raga 12.3.7 Ikatan seraya 12.3.3 Simpul buaian 12.3.8 Ikatan serong 12.3.4 Ikatan Jepun 12.3.9 Ikatan silang tungku 12.3.5 Ikatan Filipina 12.3.10 Takal tali 13. Membuat Wogel/Simpul Serban (Individu): 13.1 Peserta akan diberi markah mengikut masa yang diambil untuk menyiapkan wogel. 13.2 Contoh Permarkahan: Siap dalam masa kurang daripada 5 minit – 10 markah, selepas 5 minit sehingga 10 minit – 8 markah, ... dan seterusnya. 13.3 Setiap peserta dikehendaki menyediakan tali yang sesuai sepanjang 1 meter (dicadangkan tali payung terjun/tali perengkuh mesin rumput). 14. Pondok Sementara 14.1 Membina dan menyiapkan pondok sementara pada hari pertama 14.2 1 orang untuk satu pondok (Individu) 14.3 Mempunyai lantai, tinggi lantai minima 12 inci dari tanah. 14.4 Atap menggunakan ponco. 15. Projek Perintis/Pioneering (Berpatrol): 15.1 Membina dan menyiapkan projek perintis dengan jayanya, yang dibenarkan ialah Monkey bridge, transporter bridge, atau jenis jambatan yang dibenarkan sahaja. 15.2 Tidak kurang 5 meter tinggi/panjang. 15.3 Mesti menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu: (a) 3-2-1, (b) ‘log and picket’ (c) ‘dead-man’ 15.4 Peralatan, buluh tambahan dan tali jut tidak disediakan hanya kayu bakau disediakan (kayu bakau tidak boleh dipotong) bahan tambahan seperti buluh boleh digunakan.

10


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak

16. Pertolongan Cemas (individu): 16.1 Setiap patrol mesti meyediakan sendiri 10 helai kain anduh kayu tuap secukupnya. 16.2 Mengenakan kayu tuap untuk rawatan patah tulang paha, tulang betis, dan patah lengan. 16.3 Peserta berkebolehan menerangkan dan menunjukcara teknik pemulihan pernafasan berikut: 16.3.1 kaedah mulut ke mulut 16.3.2 kaedah Holger Nielsen 17. Tarian/Kebudayaan (Individu dan Berpatrol): 17.1 Hanya tarian kebudayaan kebangsaan sahaja yang dibenarkan. Tarian Tradisional Melayu/Bumiputera seperti Tarian Inang, Zapin, Joget, Piring, Dabus, Canggung, Kuda Kepang, Endang, Ngajat, Sumazau dan lain-lain. 17.2 Muzik (kaset/cd), pemain kaset/cd disediakan sendiri oleh peserta/patrol. 17.3 Peralatan seperti pakaian, perhiasan, dan solekan dan lain-lain keperluan disediakan sendiri oleh peserta/patrol. 17.4 Markah kumpulan tidak semestinya menjadi markah individu, penguji akan mengambil kira setiap individu semasa persembahan.

Peringatan: 1. Jumlah ujian yang perlu dilepasi (LULUS) oleh setiap individu ialah sekurang-kurangnya 80% (termasuk Buku Log Lencana Jaya, Taraf Perkhemahan, dan Model Projek Perintis) 2. Setiap Kumpulan/sekolah mesti membawa sebuah peti pertolongan cemas yang penuh berisi (lengkap), dan boleh digunakan pada bila-bila masa sewaktu kecemasan.. 3. Setiap peserta mesti membawa peralatan tidur (tikar/ground sheet, selimut dll), baju hujan, lampu suluh, peralatan solat/sembahyang (bagi peserta muslim), peralatan bersuci/mandi (baldi, kain basah/pakaian mandi, sabun mandi, berus dan ubat gigi, tuala), sudu, cawan, pinggan, dan lain-lain yang difikirkan perlu. 4. Sebarang kelulusan adalah tertakluk pada Pasukan Latihan Daerah Kinta, sebarang rayuan tidak diterima.

11


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak

JADUAL PERKHEMAHAN

Hari

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Waktu 0530 - 0630 0630 - 0730 0730 - 0800 0800 - 0830 0830 - 0900 0900 - 0930 0930 - 1000 1000 - 1030 1030 - 1100 1100 - 1130 1130 - 1200 1200 - 1230 1230 - 1300 1300 - 1330 1330 - 1400 1400 - 1430 1430 - 1500 1500 - 1530 1530 - 1600 1600 - 1630 1630 - 1700 1700 - 1730 1730 - 1800 1800 - 1830 1830 - 1900 1900 - 1930 1930 - 2000 2000 - 2030 2030 - 2100 2100 - 2130 2130 - 2200 2200 - 2230 2230 - 2300 2300 - 2330 2330 - 2400 2400 -

Bangun Pagi / Mandi /Solat Subuh Masak / Sarapan Pagi Taraf Perkhemahan 1 Taraf Perkhemahan 2 Upacara Menaik/Mengibarkan Bendera/kawad tongkat Ujian Temuduga Pendaftaran Peserta Pemberian No Peserta Taklimat Persediaan Tapak

Gotong Royong Rehat/Minum Pagi

Ujian Masakan Rimba

Majlis Penutup

Makan Tengahari & Solat Zohor

Persediaan Tapak

BERSURAI & JUMPA LAGI

Persediaan Tapak

Solat Asar / Minum Petang Ujian Peta & Kompas Ujian Pertolongan Cemas Ujian Ekspedisi Masak / Makan / Solat Maghrib Ujian Bertulis Ujian Ikatan & Simpulan

Ujian Tarian Kebudayaan Kebangsaan

Mesyuarat/Taklimat Jawatankuasa Kem & Penguji Selamat Malam & Mimpi Indah

Nota : Tapak perkhemahan mestilah berkualiti tinggi.

12

Taklimat Penutup


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak

JADUAL PERKHEMAHAN

Hari

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Waktu 0530 - 0630 0630 - 0730 0730 - 0800 0800 - 0830 0830 - 0900 0900 - 0930 0930 - 1000 1000 - 1030 1030 - 1100 1100 - 1130 1130 - 1200 1200 - 1230 1230 - 1300 1300 - 1330 1330 - 1400 1400 - 1430 1430 - 1500 1500 - 1530 1530 - 1600 1600 - 1630 1630 - 1700 1700 - 1730 1730 - 1800 1800 - 1830 1830 - 1900 1900 - 1930 1930 - 2000 2000 - 2030 2030 - 2100 2100 - 2130 2130 - 2200 2200 - 2230 2230 - 2300 2300 - 2330 2330 - 2400 2400 -

Bangun Pagi / Mandi /Solat Subuh Masak / Sarapan Pagi Taraf Perkhemahan 1 Taraf Perkhemahan 2 Upacara Menaik/Mengibarkan Bendera/Kawad Tongkat Ujian Temuduga Pendaftaran Peserta Pemberian No Peserta Taklimat Persediaan Tapak

Gotong Royong Rehat/Minum Pagi

Ujian Memasak & Melayan

Taklimat Penutup Majlis Penutup

Makan Tengahari & Solat Zohor

BERSURAI & JUMPA LAGI

Ujian Projek Perintis

Persediaan Tapak

Solat Asar / Minum Petang Ujian Pertolongan Cemas

Ujian Projek Perintis

Masak / Makan / Solat Maghrib Ujian Bertulis Ujian Ikatan & Simpulan

Ujian Tarian Kebudayaan Kebangsaan

Mesyuarat/Taklimat Jawatankuasa Kem & Penguji Selamat Malam & Mimpi Indah

Nota: Tapak perkhemahan dan Projek Perintis mestilah berkualiti tinggi.

13


PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Wisma Pengakap Negeri Perak 24, Jalan Hospital 30450 Ipoh, Perak

JADUAL PERKHEMAHAN

Hari

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Waktu 0530 - 0630 0630 - 0730 0730 - 0800 0800 - 0830 0830 - 0900 0900 - 0930 0930 - 1000 1000 - 1030 1030 - 1100 1100 - 1130 1130 - 1200 1200 - 1230 1230 - 1300 1300 - 1330 1330 - 1400 1400 - 1430 1430 - 1500 1500 - 1530 1530 - 1600 1600 - 1630 1630 - 1700 1700 - 1730 1730 - 1800 1800 - 1830 1830 - 1900 1900 - 1930 1930 - 2000 2000 - 2030 2030 - 2100 2100 - 2130 2130 - 2200 2200 - 2230 2230 - 2300 2300 - 2330 2330 - 2400 2400 -

Bangun Pagi / Mandi /Solat Subuh Masak / Sarapan Pagi Taraf Perkhemahan 1 Taraf Perkhemahan 2 Upacara Menaik/Mengibarkan Bendera/Kawad Tongkat Ujian Temuduga Pendaftaran Peserta Pemberian No Peserta Taklimat Persediaan Tapak

Gotong Royong Rehat/Minum Pagi

Ujian Membuat Wogel/Simpul Serban

Masak / Makan Tengahari & Solat Zohor

Taklimat Majlis Penutup BERSURAI & JUMPA LAGI

Ujian Projek Perintis

Persediaan Tapak

Solat Asar / Minum Petang Ujian Pertolongan Cemas

Ujian Projek Perintis

Masak / Makan / Solat Maghrib Ujian Bertulis Ujian Ikatan & Simpulan

Ujian Tarian Kebudayaan Kebangsaan

Mesyuarat/Taklimat Jawatankuasa Kem & Penguji Selamat Malam & Mimpi Indah

Nota: Tapak perkhemahan dan Projek Perintis mestilah berkualiti tinggi.

14


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.