


Setelah bermuhasabah, mendengar dan
mempertimbang pelbagai pandangan, bermuafakat dan berbincang dengan yang terdahulu dan yang masih baru, saya memutuskan bahawa EMPAT perkara berikut bakal menjadi teras kepada
beberapatahunmendatang....
Teras Pertama:
Teras Kedua:
Teras Ketiga:
Teras Keempat:
Memberi keutamaan kepada kesiagaan Armada TLDM. Meneruskan kelangsungan pembangunan Armada TLDM sesuai perancangan Program Transformasi TLDM 15to5.
Memperkasakan integrasi dan sokongan kepada aspek kebersamaan.
Meneruskan penyediaan modal insan terbaik untuk memenuhi keperluan masa hadapan.
sebuah institusi yang boleh diharapkan
untuk menggalas harapan dan aspirasi
rakyat dalam memelihara keselamatan
mereka...
PGAT PSM PSD DPPN PSAT DPMS DPTS DSDK PMW PAT KAT KMN PJM PPS
PPA Nishan-e-Imtiaz (Military) (Pakistan) Officier De La Legion d’Honneur
PPA Nishan-e-Imtiaz (Military) De La (France) MSc DSS (NDU Islamabad) Dip PSP (UM) ncc psc psc
Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany telah dilahirkan pada
Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd tanggal 13 Ogos 63 di Kuala Lumpur. Beliau mula menyertai TLDM pada 1 Beliau mula 1 Mei 81 selepas menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Sepanjang hampir 42 tahun berkhidmat, beliau telah menyandang tahun beberapa jawatan penting di dalam TLDM dan juga ATM serta turut serta turut menggalas tugas sebagai Juruiring Tentera kepada Seri Paduka Baginda Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong Ke-14 mulai 14 Dis 11 hingga 22 Jan 17. mulai 14 Dis 11
Tan Sri Mohd Reza pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD LEKIU, Komandan PUSTAKMAR, Pengarah Pengurusan Keupayaan, Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi serta Asisten Ketua Staf Sumber Manusia di Markas Tentera Laut serta sebagai Panglima Wilayah Laut 1. Beliau juga telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama pada 13 Nov 17 sebelum peningkatan jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 13 Jul 18.
Beliau seterusnya diberikan kepercayaan untuk menerajui tampuk kepimpinan TLDM selaku Panglima Tentera Laut Ke-17 pada 30 Nov 18. Sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan, Laksamana Tan Sri Mohd Reza telah menekankan empat teras utama hala tuju kepimpinan TLDM iaitu keutamaan kepada kesiagaan Armada, pembangunan Armada sesuai perancangan Program Transformasi TLDM 15to5, meningkatkan integrasi sokongan kepada aspek kebersamaan (jointness) dan menyediakan modal insan terbaik.
Tan Sri Mohd Reza telah menghadiri pelbagai kursus profesionaldanketenteraandidalamdanluarnegara. Antaranya International LongGunnery di INS Dronacharya, India, Kursus Staf di Maktab Turus Angkatan Tentera, Kuala Lumpur, Naval Command Course di United States Naval War College, Rhode Island, Amerika Syarikat, Kursus Pengurusan Krisis Antarabangsa di Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR), Kuala Lumpur, Pacific Command Amphibious Leaders Symposium di Seoul, Korea Selatan, Senior International Defence Management Course di Naval Postgraduate School, Monterey, California, Amerika Syarikat dan Asia Pacific Centre For Security Studies di Honolulu, Hawaii. Beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Sains Pengajian Strategik dan Pertahanan daripada National Defence University, Islamabad, Pakistan pada tahun 2009.
Laksamana Tan Sri Mohd Reza telah mendirikan rumahtangga bersama
Puan Sri Dato’ Indera Maslina binti
Ismail pada 21 Jun 86. Pasangan ini telah dikurniakan lima orang putera.
Sebagai seorang yang gemar menghayati keasyikan dan keindahan alam, Tan Sri Mohd Reza sangat meminati aktiviti luar seperti berburu, memancing dan aktiviti lasak.
Sebelum memulakan amanat penting ini, saya terlebih dahulu ingin mengajak semua untuk bersama-sama saya memperingati pemimpin, sahabat handai dan rakan-rakan seperjuangan kita yang telah mendahului kita untuk bertemu dengan Yang Maha Esa. Bagi yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah untuk mereka manakala yang lain saya jemput untuk bertafakur seketika. Al-Fatihah.
Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran dan rendah diri; saya mengangkat setinggi-tinggi rasa kesyukuran dan puji-pujian ke hadrat Allah SWT kerana atas kebesaran dan keagunganNya jua, maka zahirlah apa yang telah tersurat - amanah untuk menerajui
Tentera Laut Diraja Malaysia kini terpikul dibahu saya.
Sebelum melangkah lebih jauh, saya ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih dan menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap institusi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi
Angkatan Tentera Malaysia atas limpah perkenan dengan pelantikan ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, khususnya YangAmat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Yang Berbahagia Panglima Angkatan Tentera, Ahli Majlis Angkatan Tentera dan barisan kepimpinan Kementerian Pertahanan kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Tentera Laut Diraja Malaysia.
Disebalik kesyukuran yang dilafazkan, saya melihat pelantikan ini sebagai satu amanah yang cukup besar. Oleh itu, dengan penuh tawaduk dan rendah diri, saya memohon taufik dan hidayah dari Yang Maha Berkuasa, Allah SWT untuk memberikan saya kekuatan dan ilham untuk menunaikan amanah ini yang sudah tentu akan dihitung dan ditimbal oleh yang Maha Adil kelak. Semoga dengan restu dan iringan doa dari semua, saya dijauhkan daripada sifat riak, amarah dan zalim dalam menunaikan tanggungjawab, Insya Allah.
Bersempena dengan hari yang bersejarah ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, mantan Panglima Tentera Laut yang telah banyak menyumbang pengorbanan, curahan bakti dan keringat dalam menerajui Tentera Laut Diraja Malaysia. Sesungguhnya dedikasi, karisma serta wawasan beliau telah menyumbang secara langsung kepada keberadaan serta kecemerlangan TLDM pada hari ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada barisan pimpinan terdahulu dan para veteran TLDM yang telah membina serta meletakkan TLDM di landasan yang kukuh sehingga meringankan tugas kita untuk meneruskan legasi kecemerlangan sedia ada.
Datuk-Datuk, tuan-tuan dan puan-puan warga TLDM yang saya hormati sekalian,
Menyorot sejarah silam, pastinya kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa tanah air tercinta ini amat rapat hubungannya dengan laut. Tercatat dalam lipatan sejarah bahawa tamadun Melayu sekurang-kurangnya dari zaman Kedah Tua lebih 1200 tahun lampau mencapai kegemilangan kerana ia bersendikan lautan. Ratusan tahun sebelum penjajah dari barat bertapak di nusantara, telah direkodkan bahawa pelaut-pelaut kita telah belayar dan menjejakkan kaki di China serta Semenanjung Arab. Kebangkitan dan runtuhnya Kesultanan Melaka juga berpunca dan berkait rapat dengan lautan. Lautan bukan sahaja telah dan akan terus mencorakkan peradaban kita, tetapi juga merupakan unsur yang imperatif dalam menentukan kesejahteraan dan kelangsungan hidup generasi masa hadapan.
Malangnya sebagai sebuah medium, laut tidak sentiasa tenang dan selamat. Sepertimana kita menyorot kejayaan silam, kita juga akur dengan realiti bahawa terdapat pelbagai bentuk ancaman serta cabaran keselamatan yang datangnya dari laut sejak sekian lama. Malah boleh dirumuskan bahawa jatuh bangunnya kita sebagai sebuah tamadun adalah seiring dengan betapa kuat atau lemahnya angkatan laut yang merupakan instrumen penting kuasa negara. Ternyata, kejayaan lampau banyak bergantung kepada wawasan, keberanian dan kemahiran pelaut-pelaut kita yang digabungkan pula dengan keupayaan kapal-kapal yang mereka miliki pada ketika itu. Sungguhpun terdapat banyak pengajaran lain yang boleh dijadikan panduan, saya tidak berhasrat untuk membicarakan sejarah silam.Apa yang penting untuk kita sebagai pewaris, ialah bersama-sama bermuhasabah dan menunaikan amanah yang digenggam dengan sebaik dan seikhlas mungkin.
Bagi mencapai hasrat tersebut, saya berpendapat adalah mustahak untuk kita kembali menghayati peranan kita sebagai sebuah angkatan laut. Sejak ditubuhkan hampir 85 tahun yang lalu, peranan TLDM telah mengalami beberapa evolusi. Pada awalnya kita diwujudkan oleh British sebagai persediaaan untuk menangani ancaman kebangkitan empayar Jepun sehinggalah tamatnya Perang Dunia Kedua. Kemudian kita turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara di era konfrontasi seterusnya ketika zaman darurat kita berjuang menentang pengganas komunis sehingga mereka tewas secara rasminya pada Disember 1989. Ini disusuli pula oleh era Perang Dingin, keruntuhan empayar Soviet Union seterusnya serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat pada September 2001.
Berlatar belakangkan percaturan kuasa besar, ketidak-tentuan geo-strategik, kebangkitan kuasa baharu dunia, keganasan dan ancaman bukan tradisional ditambah pula dengan wilayah laut atau kawasan tanggungjawab yang keluasannya kira-kira 2 kali ganda dari wilayah darat, kita turut menjajarkan semula usaha untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan maritim negara berasaskan kepada definasi keselamatan yang lebih kontemporari dan meluas. Peranan unik dan pelbagai ini masih menjadi tugasan utama kita sehinggalah ke hari ini.
Disebalik perubahan persekitaran dan bersamanya evolusi dalam peranan, beberapa aspek kekal menjadi faktor penentu kepada kejayaan kita melunaskan tanggungjawab yang digalas. Antara aspek yang hakiki dan secara prinsipnya tidak pernah berubah adalah: Pertama; Pengiktirafan TLDM sebagai institusi penting dengan amanah untuk mempertahankan kedaulatan serta keselamatan perairan negara dari ancaman dalam dan luar negara.
Kedua; Armada yang terdiri dari kapal-kapal yang bersiap siaga merupakan tulang belakang, atau alatan utama yang diperlukan untuk menunaikan tanggungjawab kita.
Ketiga; Warga TLDM yang terlatih dan diuruskan dengan berkesan adalah tonggak kepada keupayaan TLDM.
Keempat; Keperluan untuk bekerjasama dengan erat, malah saling memerlukan antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera Malaysia, dan
Dan yang Kelima; Kebolehan kita untuk berkerjasama sebagai satu pasukan, mengadaptasi dan membuat perubahan sesuai keperluan serta tuntutan persekitaran.
Rakan-rakan seperjuangan yang saya hormati,
Mengambil kira huraian diatas dan peri pentingnya peranan TLDM kepada negara, adalah jelas TLDM perlu meletakkan proses pembangunan keupayaannya di atas landasan yang bukan sahaja kukuh, tetapi juga berpaksikan kepada formula yang tepat dan telah diuji keberkesanannya. Setelah bermuhasabah, mendengar dan mempertimbang pelbagai pandangan, bermuafakat dan berbincang dengan yang terdahulu dan yang masih baru, saya memutuskan bahawa EMPATperkara berikut bakal menjadi teras kepada halatuju TLDM untuk beberapa tahun mendatang.
Teras Pertama: Memberi Keutamaan Kepada Kesiagaan Armada TLDM.
Teras Kedua: Membangun Semula Armada TLDM Berlandaskan Perancangan Program Transfomasi TLDM 15 Ke 5 yang Diubahsuai.
Teras Ketiga: Meningkatkan Integrasi dan Sokongan Kepada Aspek Kebersamaan atau Jointness.
Teras Keempat: Menyedia Modal Insan Terbaik untuk Memenuhi Keperluan Masa Hadapan.
tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Teras yang bakal menjadi keutamaan kepimpinan saya seperti yang telah digariskan sebentar tadi bukanlah sesuatu yang bersifat revolusi apatah lagi menagih perubahan secara mendadak dari keberadaan dan amalan sedia ada. Jauh sekali bertujuan untuk merombak atau menukar haluan dari landasan kukuh yang telah lebih lapan dekad dibina oleh barisan pimpinan serta warga terdahulu. Namun, yang pasti cabaran baharu menuntut kita membuat perubahan dan adaptasi untuk kekal cemerlang. Demi memastikan teras-teras tersebut dapat direalisasikan dan matlamatnya tercapai, saya mahukan kita bersama-sama membudayakan dan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara berikut:
Kembali menghayati kata-kata keramat yang pernah menjadi slogan kita iaitu ìWe Exist Because of the Fleetî. Slogan ini bukanlah satu retorik. Sebaliknya ia hendaklah sentiasa bermain difikiran kita dan dijadikan keutamaan dalam setiap pertimbangan.
Menyalurkan sumber, khususnya kewangan secara terancang, bersasar (targeted) dan mendahulukan keperluan selaras dengan 4 teras yang dinyatakan.
Menunaikan sebaik mungkin tanggungjawab perkhidmatan untuk Menyusun atur (Organise), Melatih (Train) dan Menyelenggara (Maintain) sebuah angkatan laut sebagai salah satu komponenAngkatan Tentera Malaysia. Ini merupakan peranan asas perkhidmatan dan langkah pertama dalam mendokong usaha ke arah kebersamaan.
Membuka minda dan bersedia untuk menganjak paradigma masing-masing bagi menerima idea-idea baharu demi memastikan kelangsungan serta relevansi perkhidmatan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
Bersama-sama meneruskan usaha meyakinkan pemegang taruh dalaman dan luaran tentang peranan TLDM sebagai sebuah instrumen penting kuasa negara.
Datuk-Datuk, tuan-tuan dan puan-puan,
Dalam kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab, adalah menjadi adat berlakunya perbezaan pendapat dan pendekatan. Perbezaan ini jika ditangani dengan betul sebenarnya adalah sesuatu yang baik untuk organisasi. Ia membuka ruang untuk kita meneroka idea baru atau penyelesaian alternatif yang mungkin lebih baik dari kebiasaan. Walau bagaimanapun, kita perlu akur bahawa untuk bergerak ke hadapan, keputusan perlu dibuat. Apabila sesuatu keputusan atau rancangan telah dibuat, ia hendaklah dilihat sebagai keputusan bersama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi diberikan bagi menjayakannya.
Sebagai sebuah organisasi ketenteraan perkara ini tidak seharusnya menjadi satu isu. Namun disebabkan oleh peredaran masa, perbezaan budaya serta latar belakang warga kita, saya berpendapat adalah wajar untuk menyentuh perkara ini yang merupakan intipati kepada konsep bekerjasama. Tanpa kerjasama atau team work, sikap saling menghormati dan flexibility dalam menunaikan tanggungjawab; kita tidak akan menjadi sebuah angkatan yang efektif.
Sayugia saya ingatkan bahawa setiap seorang dari kita mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dan unik kepada negara. Di setiap detik, wira dan wirawati kita khususnya yang berada di barisan hadapan menghadapi situasi getir dan bahaya demi memastikan kedaulatan, kepentingan dan maruah pertiwi terpelihara. Demi mereka dan demi negara, marilah kita bersama-sama mengorak langkah yang sederap, mantap dan perkasa. Anggaplah setiap tugas sebagai satu amanah besar yang memerlukan komitmen dan perhatian tidak berbelah bahagi. Ubahlah sikap andainya masih leka, mengutamakan diri melebihi perkhidmatan dan acuh tak acuh dalam berkhidmat. Suka saya berpesan kepada diri saya sendiri dan saudara-saudari sekalian dengan merujuk kepada Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal Ayat 27 yang bermaksud:
ìWahai Orang-orang yang Beriman, Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad Saw) dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahuiî
Selain daripada amanah yang dipikul terhadap organisasi dan sesama insan, janganlah kita melupakan tanggungjawab kita yang lebih utama iaitu kepada yang Maha Esa. Dalam konteks ini, sebagai hambaNya yang beragama Islam, saya juga ingin memperingatkan tentang tanggungjawab setiap seorang dari kita sepertimana yang termaktub dalam Surah Al Mudathsir Ayat 38 hingga 47 yang bermaksud:
ìTiap-tiap seseorang itu bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya, kecuali golongan kanan yang berada di dalam syurga. Mereka saling menanyakan, tentang (keadaan) orang-orang yang berdosa. "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab, "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, bahkan kami biasa membicarakan yang batil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan kami mendustakan hari pembalasan, sampai datang kepada kami kematian.î
Sebelum mengakhiri amanat ini, saya mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Semoga tahun ini memberi sinar baharu dan menjadi permulaan penuh keberkatan untuk kita dalam semua perkara, baik dalam urusan peribadi, kerjaya, dunia mahupun akhirat.
Akhir kalam, saya berdoa agar Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada perkhidmatan dan negara yang kita kasihi, melindungi dan mempermudahkan setiap urusan kita. Semoga TLDM kekal sebagai sebuah institusi yang boleh diharapkan untuk menggalas harapan dan aspirasi rakyat dalam memelihara keselamatan mereka. Insya Allah. Sedia Berkorban.
Tradisi tentera laut di mana isteri kepada orang kenamaan negara diberikan penghormatan untuk melancarkan kapal baru yang bakal menyertai Armada TLDM. Upacara berlangsung di Wuchuan Shuangliu Manufacture Base, Wuhan, China pada 15 Apr 19 yang telah disempurnakan olehPuanHajjahNormahbintiAlwi,isterikepada Hj Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan (MENHAN) Malaysia.
OP melakar sejarah sebagai program unik yang pertama kali dilaksanakan di rantau Asia bagi kapal perang mahu pun kapal dagang. OP merupakan usaha untuk memanjangkan jangka hayat kapal sehingga ke-15 tahun bagi kapalkapal yang telah berusia melebihi 40 tahun. OP KD PERKASA merupakan salah satu inovasi TLDM yang terkini, di mana selenggaraan berjadual kapal dilaksana secara in-lieu seperti refit, tetapi menggunakan metodologi berbeza dari kelaziman. OP KD PERKASA melibatkan penggantian keseluruhan hull (re-hull) serta peralatan di dalamnya secara total, termasuk sistem kuasa gerak (propulsion) dan sistem janakuasa kapal (power generation).
Program Repowering adalah inisiatif untuk menggantikan sistem kuasa gerak (enjin, kotak giar dan propeller) dan sistem jana kuasa (generator) bagi kapal dari Skuadron Fast Attack Craft (FAC), Bot Tempur CB 90H, Skuadron Kapal Ronda dan Skuadron Kapal Korvet Kelas Laksamana. Program Repowering ini memberi impak tinggi dengan Return of Investment (ROI) yang tinggi kepada TLDM dengan penjimatan kewangan lebih kurang RM31 juta bagi sebuah kapal berbanding melaksanakan overhaul.
YBhg PTL terlibat dalam perlaksanaan Eksesais
TAMING SARI 2019 yang dilaksanakan semula selepas 2014. Eksesais kali ini menyaksikan penembakan misil Exocet MM40 KD KASTURI dan misil Sea Skua pesawat Super Lynx.
YBhg Tan Sri telah menyempurnakan pemakaian Insignia Kepakaran Bekalan kepada Pegawai Kanan Bekalan di Markas Tentera Laut pada 8 Mac 19. Lencana ini merupakan pengiktirafan tertinggi TLDM kepada Pegawai Bekalan bagi mengiktiraf kepakaran dan profesionalisme pegawai dari Cawangan Bekalan & Urusetia.
Sembah Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
YBhg Tan Sri sembah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perkenan menyerahkan pelaka TLDM kepada KDYMM SPB YDP Agong.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan TLDM 2018 telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri bertempat di Auditorium
M. Sidek Shabudin pada 3 Mei 19. TLDM berjaya melakar sejarah tersendiri setelah mengungguli Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ATM berturut-turut sejak tahun 2009.
KejohananPialaZainmerupakanpertandingansukanbolasepakberprestijdiperingkatTLDManjuranPersatuanBolaSepak TLDM (PBTLDM). Majlis Penutup Piala Zain edisi 2019 yang telah berlangsung di Stadium Pangkalan TLDM disempurnakan oleh YBhg Tan Sri.
Upacara Pentauliahan KD KERIS dan upacara pemakaian insignia kepada
Pegawai Memerintah yang pertama KD
KERIS yang disempurnakan oleh YBhg
Tan Sri pada 6 Jan 20 bertempat di Wuchuan
Shipbuilding Industry Co.Ltd. Wucang Port, Qidong, Shanghai, China.
panglima tentera laut ke-17
Professional, Sacrifice, Success
Mainkanlah peranan anda sebaiknya demi meneruskan dan memartabatkan kecemerlangan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Masa depan TLDM berada di tangan ANDA
YBhg Tan Sri telah menyempurnakan pengisytiharan penubuhan Skuadron 601 iaitu Skuadron Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) ScanEagle yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK). UAS ScanEagle adalah pesawat buatan syarikat Boeing-Insitu yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Malaysia melalui program Maritime Security Initiative (MSI) yang mula diterima pada 6 Mei 20. Skuadron 601 juga mencatatkan sejarah sebagai skuadron UAS yang pertama dioperasikan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Pengoperasian UAS akan memberi kelebihan kepada TLDM dalam aspek Intelligence, Surveillance and Recconaisance (ISR) di seluruh perairan negara serta meningkatkan Maritime Domain Awareness (MDA).
Professional, Sacrifice, Success
KD SUNDANG telah mengharungi pelayaran sulung
(Maiden Voyage) sejauh 1,862 batu nautika dari Wuhan, China mulai 17 Jan 21 dan seterusnya tiba di Pangkalan
TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada 24 Jan 21. Pentauliahan
KD SUNDANG iaitu Kapal LMS ke-2 bagi TLDM telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri pada 4 Mac 21.
Kemasukan KD SUNDANG dalam inventori Armada
Timur telah meningkatkan lagi keupayaan TLDM dalam memelihara kedaulatan perairan Malaysia di Laut China Selatan.
KD BADIK telah menempuhi 7 hari pelayaran dari Qidong, China ke Kota Kinabalu dan selamat tiba di Pangkalan TLDM
Kota Kinabalu (PTKK) pada 25 Sep 21. Pentauliahan KD BADIK iaitu Kapal LMS ke-3 bagi TLDM telah disempurnakan oleh
YBhg Tan Sri di PTKK. Kedaulatan perairan Zon Maritim Malaysia di Laut China Selatan dapat dipelihara dengan lebih berkesan dengan kemasukan KD BADIK dalam inventori Armada Timur.
Majlis pemakaian Lencana Kepakaran Kejuruteraan Udara telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri pada 28 Apr 21 bertempat di Markas Udara TLDM bersempena dengan sambutan Hari TLDM ke-87. Reka bentuk lencana ini mengambil kira 5 elemen terpenting dalam melambangkan kepakaran Pegawai Jurutera Udara (PJU) dan Jurutera Udara (JU) iaitu perkataan “AE” singkatan untuk Air Engineer dan ”AT” untuk Air Technician, sayap burung Rajawali, sauh, turbin dan warna kuning emas Diraja.
Pemakaian Insignia Kapal Selam kepada
YBhg Tan Sri oleh Timbalan Panglima
Tentera Laut Laksamana Madya Datuk
Abdul Rahman bin Ayob pada 4 Mac 21.
Work hard, keep on working and never be satified...
KD RENCONG mula dibina pada 19 Sep 19 di Wuhan, China. Pada 21 Dis 21 KD RENCONG telah mengharungi pelayaran sulung (Maiden Voyage) sejauh 1,862 batu nautika dari Wuhan, China selama 8 hari dan seterusnya tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada 29 Dis 21. Pentauliahan KD RENCONG iaitu Kapal LMS ke-4 bagi TLDM telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri di PTKK pada 28 Jan 22.
panglima tentera laut ke-17
Professional, Sacrifice, Success
YBhg Tan Sri mengiringi YB MENHAN merasmikan Stesen Udara Kota Kinabalu (SUKK), Skuadron 503 (SKN 503) dan Penyerahan Helikopter Operasi Maritim (HOM) Pertama dan Kedua. SUKK menguruskan Aerodrome di PTKK dan memainkan fungsi utama dalam pengoperasian pesawat TLDM dan ATM agar kekal efisien serta selamat. SKN 503 berperanan sebagai unit barisan hadapan dalam mengoperasikan HOM model Agusta Westland (AW139) bagi melaksanakan penguatkuasaan udara ZEE Malaysia selain tugas Maritime Domain Awareness (MDA), pengesanan sasaran, operasi khas dan operasi Search and Rescue (SAR).
Persidangan Sejarah Tentera Laut merupakan aktiviti rasmi yang diadakan setiap 2 tahun yang dianjurkan oleh PUSMAS TLDM. Persidangan ini pertama kali dilaksanakan pada tahun 2022 yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Laksamana, Veteran TLDM, wakil muzium setiap perkhidmatan dan awam serta the Navy People.
YBhg Tan Sri menyempurnakan upacara penanaman 88 pokok Rhu pantai di Pangkalan TLDM Lumut sempena Sambutan Hari TLDM Ke-88. Inisiatif fasa pertama ini juga seiring dengan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara di bawah RMK Ke-12. Lebih membanggakan TLDM adalah entiti pertama di Kementerian Pertahanan melaksanakan projek menghijaukan premis/pangkalan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
Eksesais KERISMAS 27/2022 telah dilaksanakan di Laut China Selatan pada 3 hingga 23 Okt 22. Eksesais ini dilaksanakan secara Field Training Exercise (FTX) merangkumi Fasa Pelabuhan, Fasa Laut dan Fasa Selesai Eksesais. Eksesais intra TLDM yang berskala besar telah menggabungkan semua aset dari Armada Barat dan Armada Timur menjadi satu angkatan. Turut disokong dengan penglibatan aset udara TLDM dan mendapat kerjasama rakan seperjuangan daripada TUDM. Fokus utama eksesais ini menjurus kepada kesiagaan dan keupayaan TLDM dalam aspek peperangan dan navigasi.
RIMPAC merupakan eksesais maritim antarabangsa terbesar yang disertai TLDM buat kali kedua. Dalam eksesais ini, KD LEKIR telah berjaya melancarkan misil EXOCET MM 40 tepat mengenai sasaran dengan disaksikan oleh YBhg Tan Sri di Pacific Warfighting Centre, Hawaii secara live telecast. YBhg Tan Sri turut menghadiri Program Distinguish Visitor di Hawaii, Amerika Syarikat sempena RIMPAC 22 mulai 10 hingga 16 Jul 22.
EksesaisdwitahunanantaraTLDMdanTLRSinidilaksanakansejaktahun1984.Padapenganjurankaliini,sambutansempena siri ke-30 Eksesais MALAPURA dilaksanakan di Singapura dengan kehadiran YBhg Tan Sri sewaktu Majlis Pembukaan Eksesais MALAPURA 30/22. YBhg Tan Sri turut melaksanakan lawatan ke kapal TLRS, RSS SUPREME.
KenaikanpangkatLaksamanaMudaRohanabintiJupritelahmembuktikankemampuandankredibilitiwanitaTLDMdiiktiraf oleh pengurusan tertinggi dan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemampuan yang telah ditunjukkan oleh beliau. YBhg Tan Sri yakin bahawa dengan kenaikan pangkat ini, akan menjadi sumber inspirasi dan pembuka jalan kepada golongan wanita TLDM demi perkhidmatan TLDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia secara amnya.
Upacara Penganugerahan Sayap Penerbangan Kehormat di Markas Udara TLDM ini adalah sebagai penghargaan terhadap jasa YBhg Tan Sri memperkasakan Cawangan Udara TLDM melalui perolehan Helikopter Operasi Maritim (AW 139) dan penubuhan Skuadron 601 (UAS) serta Skuadron 503.
YBhg Tan Sri telah merasmikan Majlis Pembukaan Bengkel Kepimpinan BAKAT Laut. Bengkel ini merupakan medan utama untuk membentuk jati diri ahli BAKAT Laut agar lebih berkeyakinan diri dan membina ciri-ciri kepimpinan serta cenderung ke arah penjanaan ukhuwah sesama ahli.
Sejak pandemik COVID-19 menular ke negara ini, proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) banyak bergantung kepada pembelajaran secara dalam talian. Justeru, bagi memastikan konsep pembelajaran sentiasa relevan pada setiap masa dan tempat, Pengerusi Jemaah BAKAT Laut telah melaksanakan Inisiatif Bantuan Peralatan Komunikasi melalui BAKAT Laut kepada anak-anak the Navy People yang terdiri daripada golongan B40 serta anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2021. Objektif utama program ini adalah untuk membantu meringankan beban warga the Navy People demi menjamin tahap kesejahteraan mereka terutama dari segi pembelajaran agar mereka tidak terperangkap dalam lingkungan ”four walls of room”
YBhgPuanSribersamaisteriPanglimaTenteraLautSingapura
Sebaik sahaja dipertanggungjawabkan sebagai Panglima Tentera Laut Ke-17, saya bersama-sama ahli JLAKS telah berbincang dengan mendalam bagi menilai keberadaan TLDM pada ketika itu. Melalui proses muzakarah ini, beberapa cabaran sebenar yang mendepani TLDM telah dikenal pasti secara konsensus di kalangan ahli JLAKS.
Antara cabaran utama yang dimaksudkan adalah mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk meningkatkan kesiagaan kapal-kapal TLDM. Pada ketika itu kita mendapati kesiagaan kapal-kapal TLDM berada pada tahap yang sangat kritikal dan memerlukan tumpuan segera. Beberapa faktor telah menyebabkan keadaan ini berlaku tetapi saya tidak bercadang untuk menerangkannya di sini.
Setelah beberapa siri brainstorming dilakukan, beberapa pendekatan baharu yang boleh dianggap pendekatan “luar kotak” telah diperkenalkan. Ini termasuklah pendekatan Program Repowering dan Obsolescence. Walaupun kita sedar sejak awal pendekatan ini akan memakan masa yang agak panjang, kita dapati ia adalah pilihan yang bukan sahaja perlu (necessary) tetapi juga paling optimum dalam konteks TLDM waktu itu. Saya difahamkan pendekatan ini masih di peringkat pengimplementasian sehingga kini. Antara faktor yang menyumbangkepadapeningkatantempohimplementasiadalahfaktordiluarkawalanTLDMsepertikekanganperuntukan dan keupayaan industri maritim tempatan yang terhad. Sungguh pun begitu, setakat ini, kedua-dua pendekatan tersebut ternyata telah berjaya meningkatkan kesiagaan kapal-kapal TLDM kepada tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Selain dari kesiagaan aset, aspek sokongan lain seperti kewangan, keanggotaan dan latihan turut diberi keutamaan dalam memastikan Armada TLDM kembali diperkasakan. Secara dasarnya ungkapan We exist because of the fleet kembali menjadi titik tolak kepada setiap pertimbangan dan pegangan semua peringkat pengurusan dalam TLDM.
panglima tentera laut ke-17
Professional, Sacrifice, Success
Cabaranyangkeduamerupakansesuatuyangmungkinbolehdilihatsebagai top leadership driven.Bagimengatasicabaranini, usaha untuk mewujudkan suatu persekitaran yang lebih kondusif bagi decision making process yang lebih inclusive diperlukan. Dalam hal ini saya memilih untuk memimpin secara bermuzakarah atau dalam Bahasa Inggerisnya Collective Leadership. Pada hemat saya pendekatan ini amat penting bukan sahaja dalam menetapkan keutamaan serta merangka rancangan dan pelan tindak berkaitan, tetapi juga menjadi pra-syarat dalam memastikan sesuatu keputusan dasar yang dibuat di
peringkattertinggidapatdifahami,dihayatisertaditerimadenganbaikdisemuaperingkatJLAKS.Iaturutmemberipeluang yang lebih baik untuk sesuatu keputusan membuahkan kejayaan kerana terdapatnya sokongan dan kesinambungan. Bagi memenuhihasratini,suatumekanismeyangdikenalisebagaiMesyuaratStrategik(MS)telahdiperkenalkan.MSmerupakan suatu forum yang membincangkan semua isu yang mempunyai implikasi jangka panjang kepada TLDM dan ia melibatkan semua ahli JLAKS.
107 panglima tentera laut ke-17
Professional, Sacrifice, Success
Cabaran yang ketiga merupakan cabaran yang terhasil dari pertukaran kerajaan yang terlalu kerap. Sebanyak empat kerajaan telah mentadbir negara sepanjang tempoh saya menerajui TLDM. Akibatnya banyak keputusan dasar di peringkat agensi pusat ditangguhkan, dikaji semula, terbatal dan sebagainya. Dalam hal ini kami, pucuk pimpinan TLDM terpaksa mengulangi semula perkara dan proses yang sama setiap kali berlakunya pertukaran kerajaan. Ini merupakan suatu pembaziran sumber yang sedia terhad namun terpaksa dihadapi bersama-sama.
Cabaran keempat merupakan cabaran yang pada hemat saya, sesuatu yang perlu diubah. Apa yang dimaksudkan adalah cubaan campur tangan yang tidak sepatutnya dalam perolehan TLDM. Saya tidak berhasrat untuk menuding jari kepada mana-mana individu atau parti politik. Yang pentingnya, saya, bersama-sama dengan pucuk pimpinan yang lain telah berusaha dengan sebaik mungkin bagi memastikan kepentingan TLDM sebagai end user yang dipertanggungjawabkan dengan fungsi dan peranan tertentu telah diketengahkan sebaik mungkin. Alhamdulillah, saya merasakan bahawa pucuk pimpinan TLDM telah bersatu hati dalam menangani cabaran ini.
Cabaran Kelima yang dihadapi adalah mengekalkan atau meningkatkan moral warga TLDM yang sentiasa dibelenggu dengan isu aset yang usang, ketinggalan zaman dan berkesiagaan rendah. Sebagai contoh, ada sebuah kapal yang terpaksa menjalani tugasan melebihi 270 hari di laut dalam setahun disebabkan oleh bilangan kapal yang berupaya dioperasikan adalah sangat terhad. Pada masa sama, tentunya moral mereka turut terkesan apabila perlu beroperasi atau melaksanakan latihan dengan rakan tentera laut negara asing yang memperagakan aset yang jauh lebih canggih serta berkeupayaan dari negara masing-masing. Sungguh pun begitu, Alhamdulillah, saya yakin bahawa the Navy People mempunyai semangat juang dan jati diri yang sangat tinggi, bersabar dan memahami apa yang sedang diusahakan di peringkat atasan TLDM supaya kebajikan mereka lebih terpelihara.
Pertama sekali, saya sangat gembira kerana bajet untuk LMS Batch Kedua (LMSB2) telah disediakan oleh kerajaan. Sekiranya pembina kapal tersebut dapat ditentukan pada tahun 2022, saya menganggarkan kapal-kapal tersebut akan dapat dioperasikan oleh TLDM seawal tahun 2026. Kemasukan LMSB2 ke dalam inventori TLDM pastinya akan memartabatkan lagi keupayaan peperangan maritim TLDM yang telah sekian lama terabai dan semakin ketinggalan zaman. Dengan adanya kapal-kapal baharu ini juga, saya yakin
TLDM akan dapat menunaikan tanggungjawab terasnya dengan lebih berkesan dan moral the Navy
People juga akan turut meningkat. Di samping itu, peranan serta sumbangan negara menerusi TLDM di persada antarabangsa seperti Five Power Defence Arrangement (FPDA) akan kembali menyerlah dan memberi impak seperti yang dihasratkan. Semua ini adalah selari dengan semangat Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dengan jelas menzahirkan hasrat negara kita untuk berperanan sebagai Credible Partner di arena antarabangsa. Yang kedua, saya juga berasa gembira kerana kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Projek Littoral Combat Ship (LCS) yang telah sekian lama terbengkalai. Sungguhpun TLDM sebagai end user hanya menjadi mangsa kepada keadaan akibat kegagalan pihak berkaitan untuk menyiapkan kapal-kapal tersebut, reputasi TLDM turut tercalar. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila rancangan pembangunan Armada TLDM yang amat bergantung kepada kehadiran kapal-kapal tersebut juga terjejas dan terpaksa diubah suai. Saya mendoakan projek ini dapat diselesaikan dengan jayanya secepat mungkin kerana TLDM benar-benar memerlukan kapal kombatan sebegini.
Harapan saya yang ketiga pula berkaitan dengan terdapatnya sedikit peningkatan dalam bajet untuk TLDM pada tahun ini. Peningkatan peruntukan pertahanan ke arah 1.5% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seharusnya menjadi norma dalam proses pengagihan peruntukan. Perkara ini telah disebut dengan jelas dalam KPP. Perlu diingatkan bahawa
panglima tentera laut ke-17
Professional, Sacrifice, Success
peningkatan bajet ini bukanlah untuk bermewah sematamata, tetapi sebaliknya dibuat dengan mengambil kira perubahan landskap pertahanan serta keselamatan yang semakin tidak menentu dan mencabar. Saya yakin peningkatan ini walaupun sedikit, akan memberikan lebih ruang untuk TLDM meneruskan usahanya dalam meningkatkan kesiagaan aset-aset yang telah usang. Apa yang merunsingkan ialah sekiranya bajet yang bukan sahaja tidak mencukupi tetapi turut diagihkan secara tidak konsisten dari tahun ke tahun sehingga menjejaskan rancangan pembangunan ATM amnya dan TLDM khasnya.
Yang keempat pula, saya amat yakin bahawa pucuk pimpinan TLDM yang kini diterajui oleh YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Haji Ayob, akan dapat melonjakkan TLDM ke satu tahap yang lebih membanggakan. Saya melihat terdapat potensi yang amat memberangsangkan dalam barisan kepimpinan baharu ini. Ia terbentuk dari gandingan antara pemimpin berpengalaman dan pemimpin yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang berkaitan. Lebih menggembirakan saya adalah situasi di mana wujudnya suasana yang harmoni dan bersatu hati di kalangan pemimpin serta bakal pemimpin
TLDM. Di kalangan anggota LLP khususnya Bintara dan ke atas pula saya dapati ada kemahuan dan semangat untuk bersama-sama menambahbaik setiap aspek dalam perkhidmatan.
Saya harap keadaan ini akan berterusan kerana adunan sedemikian merupakan resepi terpenting untuk mana-mana organisasi menempa kejayaan. Saya akan memerhatikan dengan penuh minat perkembangan TLDM dari luar dan sentiasa mendoakan kejayaan TLDM serta seluruh the Navy People.
Sedia Berkorban
panglima tentera laut ke-17 Professional, Sacrifice, Success
Individually we are one drop but TOGETHER we are an ocean...
Laksda Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin KETUA EDITOR
Kept Ivan Mario Andrew TLDM
EDITOR
Kdr Azahar bin Ngah Ahmad TLDM
Kdr Norhasram binti Mohd Muharami TLDM
Kdr Mohamed Noor Jais bin Abdul Jalil TLDM
Kdr Mohd Firdaus bin Mohd Hassan TLDM
Kdr Mohd Izwan bin Ismail TLDM
Kdr Mohd Ezrinorsyah bin Md Shah TLDM
Kdr Muhammad Hafiz bin Othman TLDM
Kdr Mohd Faizul bin Yaacob TLDM
Kdr Hasanal Azwad bin Rusli TLDM
Lt Kdr Karimah binti Awi TLDM
Lt Kdr Mohd Abid bin Mohd Surid TLDM
Lt Kdr Siti Norhajar binti Megat Ahmad Roslan TLDM
Lt Kdr Mohd Hasbullah bin Khamran TLDM
Lt Kdr Syed Ahmad Fadhli bin Syed Ahmad Hilmi TLDM
Lt Kdr Abdul Muhaimin bin Mohamad TLDM
Lt Kdr Mohd Shahril bin Abdul Ghani TLDM
Lt Kdr Mohd Noor Amin bin Md Shukri TLDM
Lt Nurulfarahin binti Azmi PSSTLDM
BM PNK Norazyra binti Shukor
LK PNK Muhammad Afifi bin Marzalan
Diterbitkan oleh
Pusat Strategi Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM (RMN Sea Power Centre)
Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 KUALA LUMPUR
Dicetak oleh
Arif Corporation Sdn. Bhd. 42 Jalan Pengasah 15/13, Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor
panglima tentera laut ke-17 Professional, Sacrifice, Success