◗ SEJARAH
MUZIUM KAPAL SELAM IMBAU
MEMORI KRU PERTAMA OUESSANT AGOSTA 70 Oleh: PW I PRL NORMAHAILY MOHD NOr
Foto: BK KOM Shapilin Dolmat
Kru pertama Kapal Selam OUESSANT AGOSTA 70
Laksamana Pertama Baharuddin menerima cenderahati daripada Datuk Wira Hajjah Norpipah Abdol
MELAKA – “Kagum!” Satu perkataan meng gambarkan seribu satu perasaan buat Lim Peng Seng, pengunjung dari Pulau Pinang yang baru pertama kali merasai pengalaman menaiki Kapal Selam. “Tapi saya hairan, bagaimana mereka boleh tinggal di dalam perut kapal selam ini dalam tempoh yang lama sedangkan baru setengah jam saya sudah rasa sesak nafas,” Soal Lim teruja. Lim merupakan antara ribuan pengunjung yang membanjiri Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka sempena sambutan Ulang tahun Ke-6 Muzium Kapal Selam yang diadakan penuh gilang-gemilang pada 10 Mac 18 lalu. Bersempena sambutan itu juga, seramai 11 kru pertama Kapal Selam OUESSANT AGOSTA 70 turut diraikan dalam majlis ringkas tetapi 34 |
Kdr Hafiz dan Pegawai Waran I Johan terharu berpeluang menaiki kapal selam yang dijadikan platform latihan pertama untuk kru kapal selam
Lim Peng Seng dan isteri mengakui kagum dengan pengorbanan krukru kapal selam
cukup bermakna. Pertemuan penuh dramatik ini secara tidak langsung telah mengimbau memori pahit manis kru yang hadir.
oleh TLDM dan Tentera Laut Perancis ialah ketika melakukan pelayaran di Lautan Atlantik pada Julai 2009.
Majlis dirasmikan Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan Negeri Melaka merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Wira Hajjah Norpipah Abdol. Hadir sama, Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya dan Pengurus Besar PERZIM, Datuk Haji Khamis Haji Abas.
Kapal Selam yang dibina pada tahun 1979 dengan seberat 1200 tan ini telah dibawa ke Malaysia untuk dijadikan muzium. Dengan perbelanjaan sebanyak RM12.6 Juta, kapal selam ini adalah simbol kemajuan negara dalam bidang pertahanan maritim.
Muzium Kapal Selam ini merupakan yang pertama di Malaysia. Kapal selam buatan Perancis ini dahulunya dimiliki oleh TLDM dan merupakan tempat latihan kru pertama kapal selam di negara ini bermula tahun 2005 hingga 2009. Kali terakhir kapal selam ini digunakan
Kini, Muzium Kapal Selam ini telah enam tahun berada di Pantai Berlian, Klebang dan menjadi satu tarikan kepada orang ramai. Pada tahun 2017, muzium ini mencatat seramai 169, 234 orang pelawat dan menjadi muzium kedua mempunyai jumlah pelawat tertinggi berbanding muzium-muzium lain di pentadbiran PERZIM.
SAMUDERA
Samudera layout 2017.indd 34
4/19/18 9:27 PM