1 minute read

TEKNOLOGI

Next Article
KHAS

KHAS

◗ TEKNOLOGI

K3M 2.0 KINI LEBIH KOMPREHENSIF

Advertisement

Oleh: BM TLR SUHAIRI MOHAMED ALI

Aplikasi ini berguna dalam membantu dan memudahkan komuniti maritim menyampaikan maklumat mengenai aktiviti yang melanggar undang-undang negara, insiden atau masalah di laut dengan pantas kepada TLDM.

Beberapa penambahan fungsi baharu kepada K3M telah dimasukkan iaitu Info Blast, Live Chat dan My Track. Fungsi baharu ini memberikan pelbagai kelebihan kepada para penggunanya. Aplikasi percuma K3M ini sudah dimuat turun hampir 7,000 kali menerusi Apple App Store dan Google Play Store sejak dilancarkan tahun lalu. Ternyata ia berjaya memberikan impak yang positif dan mendapat sambutan daripada pengguna yang terdiri daripada kalangan nelayan dan pelaut di negara ini. Di samping itu, K3M juga menjadi satu wadah TLDM untuk terus bekerjasama erat dengan agensi yang terlibat dan komuniti maritim Malaysia.

Setelah setahun Aplikasi Telefon Pintar K3M (Keselamatan, Kesedaran, Komuniti Maritim) diperkenalkan kepada komuniti maritim negara, TLDM terus mengorak langkah kehadapan dengan menaik taraf aplikasi ke K3M 2.0 SEALERT. Seiring dengan arus pemodenan, aplikasi ini terus dipertingkatkan menjadi lebih komprehensif dan bermanfaat kepada masyarakat.

Jika sebelum ini K3M lebih terarah kepada penggunaan telefon pintar, penambahbaikan yang dilakukan kini membolehkan aplikasi ini digunakan di komputer (desktop web) secara aplikasi web melalui capaian satelit. Dengan usaha sama Telekom Malaysia (TM), aplikasi yang dinaik taraf ini membolehkan komuniti maritim memanfaatkan penggunaannya dengan lebih meluas walaupun berada di luar kawasan rangkaian telefon.

This article is from: