◗ HUBUNGAN ANTARABANGSA
16th United States Naval War College
Regional Alumni Symposium 2018 Oleh: LT DYA NATRAH BINTI ROSLI PSSTLDM
T
entera Laut Amerika Syarikat bersama TLDM telah menganjurkan 16th United States Naval War Regional Alumni Symposium 2018 yang berlangsung dari 27 Februari hingga 1 Mac 2018.
Bertemakan ‘Strengthening Global Maritime Partnership’, simposium yang berlangsung di Hotel InterContinental Kuala Lumpur melibatkan pegawai tinggi tentera laut dari 12 buah negara serantau iaitu Australia, New Zealand, Singapura, Fiji, Sri Lanka, Indonesia, Tonga, Thailand, Bangladesh, Amerika Syarikat dan juga Malaysia yang telah pernah mengikuti pengajian di United States Naval War College. Pemilihan Malaysia sebagai penganjur bersama buat pertama kalinya boleh dilihat sebagai pengiktirafan Tentera Laut Amerika Syarikat terhadap usaha dan sumbangan TLDM di dalam operasi keselamatan maritim sehingga kini. Simposium yang membincangkan isu-isu keselamatan maritim serantau ini menjadi platform interaksi di kalangan pegawai kanan tentera laut yang mewakili tentera laut dari negara serantau dan Amerikat Syarikat. Secara amnya, simposium ini meneruskan pendidikan ketenteraan
di kalangan peserta dan mewujudkan mekanisma perhubungan bagi memantapkan kerjasama dalam isu-isu keselamatan maritim di masa hadapan. Panglima Tentera Laut di dalam ucapannya telah menyeru agar alumni US Naval War College terus mengekalkan interaksi sambil memperkasakan diplomasi pertahanan yang sedia kukuh. Mengambil kira penganjuran julung kali simposium ini di Malaysia, ia memberi peluang kepada lebih ramai peserta dalam negara untuk hadir ke simposium tersebut. Bersempena dengan simposium ini, satu majlis Makan Malam Rasmi telah diadakan di Penthouse Wisma Perwira ATM bagi menghargai kehadiran para peserta luar negara. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dari Badan Kesenian TLDM. Peserta simposium juga berkesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Muzium Kesenian Islam dan Putrajaya di mana para peserta telah dibawa belayar dengan bot mengelilingi Tasik Putrajaya.
24 |
SAMUDERA
Samudera layout 2017.indd 24
4/19/18 9:26 PM