Majalah Samudera Edisi 1/2018

Page 14

◗ KESIAPSIAGAAN

TRANSFORMASI PUSMAS TLDM:

S

MEMACU PEMIKIRAN STRATEGIK

ebagai organisasi yang berperanan memelihara kedaulatan perairan negara, TLDM sentiasa fokus di dalam menentukannya melalui operasi serta pengawasan yang berterusan pada setiap waktu. Pada masa yang sama, pendekatan secara berlembut atau soft approach melalui komponen diplomasi ketenteraan, inisiatif mendekati komuniti maritim tempatan serta penglibatan di dalam forum di peringkat tempatan dan antarabangsa juga sentiasa ditekankan. Hakikatnya pendekatan secara lembut ini sama pentingnya dalam usaha memenangi hati dan minda masyarakat serta pihak-pihak berkepentingan. Sejajar tekad untuk menjadi sebuah angkatan laut yang kredibel dan versatil, TLDM meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap elemen kajian dan penyelidikan terutama di peringkat strategik dalam hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan maritim. Ia penting bagi menentukan TLDM sentiasa terkedepan dengan mencorak halatuju di dalam hal yang bersangkutan dengan keselamatan dan pertahanan maritim negara. Justeru bagi mencapai matlamat ini, sudah tiba masanya TLDM mengadakan sebuah unit khusus untuknya. Sejajar dengan hasrat itu, TLDM mengambil pendekatan untuk mentransformasikan Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM yang telah ditubuhkan sejak 2009. Fungsi awal PUSMAS TLDM adalah bagi mengumpul dan membuat penyelidikan ke atas sejarah tentera laut negara ini. Selain dari itu, PUSMAS TLDM juga berfungsi sebagai one stop centre di antara TLDM dan Arkib Negara Malaysia di dalam bidang pengarkiban dokumen serta rekod. Mengambil model Sea Power Centre Australia milik Tentera Laut Diraja Australia, peranan PUSMAS TLDM kini diperkembangkan lagi menjadi Pusat Strategi Maritim dan Sejarah TLDM, mengekalkan nama singkatan PUSMAS TLDM. Di peringkat antarabangsa pula, ia akan dikenali sebagai Royal Malaysian Navy Sea Power Center atau singkatan RMN SPC. Melalui transformasi ini, empat komponen penting penyelidikan maritim iaitu strategi, sejarah, doktrin dan publikasi digabungkan yang sekaligus meningkatkan keberkesanan serta mengoptimumkan sumber. Organisasi baru PUSMAS TLDM merangkumi lima jabatan utama iaitu Jabatan Penyelidikan Maritim, Jabatan Sejarah Maritim, Jabatan Doktrin Maritim, Jabatan Publikasi Maritim dan Jabatan Tadbir Bantuan. Struktur organisasi dan pemerintahan PUSMAS TLDM diletakkan di bawah pentadbiran Markas Tentera Laut dan Ketua Pengarahnya bertanggungjawab terus kepada Timbalan Panglima Tentera Laut. PUSMAS TLDM beroperasi di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur, mengambil alih bangunan yang dahulunya adalah bekas pejabat Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM.

14 |

SAMUDERA

Samudera layout 2017.indd 14

4/19/18 9:26 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Majalah Samudera Edisi 1/2018 by RMN Sea Power Centre - Issuu