Fikrah#9 Edisi 9 - Kerajaan Nik Aziz

Page 3

FIKRAH PRU 13 |

3

Menyingkap Nasib Bekas Petani

Lembah Sireh

9 Tahun Belum Selesai "Begitu juga dengan janji lot kedai, sampai sekarang tidak terbina lagi," katanya.

KOTA BHARU - Nasib petani di Lembah Sireh terus terumbang-ambing menanggung beban kesiksaan selepas terpaksa keluar apabila kawasan pertanian yang diusahakan selama ini menjadi milik sebuah syarikat pemaju.

Rakannya, Yusri Yusof, 43, melahirkan rasa sedih dengan tindakan pihak terbabit yang seolah-olah lebih mementingkan sebelah pihak.

Sebelum ini, sejak tahun 1900 kawasan tersebut menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat menyara kehidupan keluarga hingga turun menurun. Apa tidaknya, tanah di kawasan tersebut amat subur dengan sumber alam semulajadi, tambahan dengan bentuk geografinya di sepanjang pesisir sungai Kelantan sekali gus memberi banyak kemudahan asas tani yang lebih ekonomik. Namun kawasan itu kini terkubur dengan nisan pembangunan bertatahkan kaca modenisme yang tidak pernah terbayang khususnya di mata penduduk kampung. Persoalannya, bagaimana dengan nasib beberapa petani terbabit selepas padang sumber rezkinya sejak sekian lama itu diratah arus zaman dengan sekelip mata? Beberapa petani terbabit masing-masing hanya mampu meluahkan rasa kecewa, hiba dan sengsara.

Beliau terlibat dengan aktiviti pertanian di kawasan tersebut sejak dari kecil ketika membantu orang tuanya dengan menanam pelbagai jenis tanaman untuk menyara hidup keluarga.

Zakaria Daud

“Ini maknanya RM4,800 setahun. Kalau tiga tahun RM14,400. Tetapi sampai sekarang, hampir sembilan tahun pampasan itu baru dibayar untuk tempoh dua tahun saja. Baki RM4,800 lagi belum dibayar. “Begitu juga dengan janji lot kedai, sampai sekarang tidak terbina lagi,”

"Pada perjumpaan itu kami (pihak petani) mengemukakan permohonan pampasan berjumlah RM30,000 atau sebuah rumah kos rendah memandangkan semua golongan petani di sini tidak mempunyai rumah sendiri," katanya semasa ditemui di sini semalam.

Yusri Yusof

“Kalau kira sejak turun-menurun lagi keluarga saya mengusahakan tanah ini. Terasa sedih jugalah sejak sekian lama tanah ini menjadi sumber pendapatan kita orang susah tiba-tiba diambil dengan bayaran pampasan yang tidak setimpal,”

Bagaimanapun tambahnya, petani terbabit dijanjikan pampasan mengikut keluasan tanah yang diusahakan selain lot kedai untuk petani menjalankan aktiviti perniagaan.

"Ini maknanya RM4,800 setahun. Kalau tiga tahun RM14,400. Tetapi sampai sekarang, hampir sembilan tahun pampasan itu baru dibayar untuk tempoh dua tahun saja. Baki RM4,800 lagi belum dibayar.

Justeru katanya, beliau kini terpaksa membuat pelbagai kerja kampung untuk menyara keluarga dan perbelanjaan sekolah anak.

"Lagipun tanah di kawasan ini tidak subur seperti di tepi sungai itu. Di sini tanah keras, kena bajak sampai dua tiga kali. Itupun sudah berapa kos diperlukan. Masa tepi sungai sekali bajak pun sudah boleh kita menanam," katanya. Sementara itu, Arif Omar, 59, mendakwa, tindakan kerajaan PAS Kelantan seolah-olah menafikan hak petani yang mencari sumber kehidupan di bumi sendiri. Beliau menyifatkan jumlah pampasan yang dibayar kepada petani terbabit tidak berpadanan jika dibandingkan dengan keringat serta pendapatan yang diusahakan oleh masyarakat petani di sini, selama ini.

Katanya, petani yang bersetuju dengan pilihannya menandatangani surat persetujuan masing-masing tetapi malang keputusan akhirnya permohonan tersebut dimaklumkan tidak lulus.

Beliau berkata, dengan itu beliau hanya mendapat pampasan berjumlah RM400 sebulan selama tiga tahun.

Katanya, jumlah pampasan tersebut tidak dapat menampung kos untuk beliau membuka kembali kawasan baru bagi menjalankan aktiviti pertanian.

"Ada juga menanam sikit-sikit, tapi pendapatannya tidak sama dengan kita menanam di sana dulu (Lembah Sireh). Hendak sewa tanah, buka kawasan baru memang kita tidak mampu. Pampasan yang kita boleh itu tidak dapat menampung kos untuk memulakan semula projek ini (pertanian).

Seorang petani, Zakaria Daud, 59, memberitahu, kerajaan negeri pernah memaklumkan mengenai pemajakan tanah tersebut kepada sebuah syarikat pemaju dengan membayar pampasan kepada petani terbabit. "Ekoran daripada itu satu pertemuan antara petani, pemaju dan kerajaan negeri diadakan. Kerajaan negeri pada masa itu diwakili oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Halim (Abdul Halim Abdul Rahman).

"Kalau kira sejak turun-menurun lagi keluarga saya mengusahakan tanah ini. Terasa sedih jugalah sejak sekian lama tanah ini menjadi sumber pendapatan kita orang susah tibatiba diambil dengan bayaran pampasan yang tidak setimpal," katanya.

Arif Omar

“Sudahlah pampasan tidak sepadan, bayaran pula tertunggak. Ini merupakan satu penyiksaan terhadap golongan petani. Saya tidak nampak prinsip kerajaan berkebajikan sekiranya ini keadaan sepatutnya dihadapi para petani di kawasan Lembah Sireh ini,”

"Paling menyedihkan ialah bila mana ia diambil ketika masyarakat tani di sini baru sahaja menerima pembaharuan dalam pertanian setelah dibantu oleh Jabatan Perhatian. Ketika ini petani memperolehi hasil yang cukup lumayan. "Sudahlah pampasan tidak sepadan, bayaran pula tertunggak. Ini merupakan satu penyiksaan terhadap golongan petani. Saya tidak nampak prinsip kerajaan berkebajikan sekiranya ini keadaan sepatutnya dihadapi para petani di kawasan Lembah Sireh ini," katanya.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.