Fikrah Edisi #8 - PAS Amal Budaya Konisme dan Nepotisme

Page 1

SABTU | 27 APRIL 2013 | 16 JAMADIL AKHIR 1434H

ISU #8

PAS AMAL BUDAYA KRONISME DAN NEPOTISME

KOTA BHARU - Sebaik sahaja rasminya penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum - 13 (PRU - 13), maka ternyatalah politik dinasti yang dikaitkan dengan isu kronisme dan nepotisme di dalam parti pembangkang khususnya PAS. Suatu ketika dahulu, budaya tersebut dikaitkan dengan pemimpin UMNO yang banyak mengkayakan kroni dan ahli keluarga sendiri. Perintis amalan tersebut tidak lain ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sewaktu bersama UMNO, beliaulah orang yang banyak memberi kekayaan untuk kroni melalui pemilikan saham percuma, jawatan penting parti dan kerajaan serta pembahagian kontrak yang turut melibatkan keluarganya. Kini, beliau terus kekal mengamalkan budaya kronisme dan nepotisme. Sehingga parti yang dipimpinnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikenali sebagai parti keluarga di mana beliau sebagai Ketua Umum, isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail, sebagai Presiden, anak perempuannya Nurul Izzah pula adalah Naib Presiden.

sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKBBRI) selama beberapa tahun. Ketika ini beliau adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Dan, umum sememangnya sedia maklum bahawa sinar politik Nik Abduh adalah hasil dari darah keturunan yang mengalir dalam batang tubuhnya. Dengan kata lain kroni dan nepotisme dah lama berdarah daging bersama PAS, bezanya ia kurang diperkatakan ramai kerana dikaburi dengan label 'Islam' yang tercatat pada nama PAS. Ekoran itu, maka benarlah kata seorang penulis politik pembangkang Mohd. Sayuti Omar melalui blognya bahawa proses pemilihan calon PAS Kelantan berkonsepkan kronisme. MSO membahaskan punca kucar-kacir dalam proses pemilihan calon kali ini tidak ada sebab lain melainkan kerana berlaku unsur-unsur kronisme dan nepotisme di dalam membuat pemilihan dan penyaringan calon.

Tempias budaya tersebut tidak dapat dinafikan telah berjangkit kepada PAS. Apa tidaknya, anak Menteri Besar, Nik Abduh Nik Abdul Aziz diangkat sebagai calon untuk dipertaruhkan bagi kerusi Parlimen Pasir Mas.

Katanya, ia ditambah dengan sikap munafik mereka yang menjadi anggota pemilih calon; cakap depan lain dan cakap belakang lain. Sikap tidak berterus terang kononnya untuk ambil hati tidak betul dalam hal ini dan inilah menyebabkan timbul kekalutan.

Nik Abduh yang kini dikenali sebagai orang kaya baru di Kelantan juga pernah dilantik

"Contohnya ada seorang ahli pemilih calon (Timbalan Pesuruhjaya) menjanji akan

membuat penilaian adil, berjanji untuk merujuk atau memaklumkan kepada Tokguru, tetapi ia mungkir. Bukan saja maklumat sebenar disembunyikan kepada tokguru, tetapi Tokguru tidak diberitahu langsung. Tokguru hanya dijadikan rubber stamp, cop sahaja tanpa memaklumkan kepadanya. Apakah kerja seperti ini betul mengikut keadaan Islam?" "Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja," katanya. Tambahnya, sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat didalam parti dan mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan ditinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubungan diplomatik dengan individu yang memilih calon. "Ini satu budaya dan perangai di dalam PAS. Penyakit atau perangai di zaman Mohd Asri Muda (Allahyarham) nampaknya menjadi turutan dan ikutan. Budaya memilih calon di kalangan kawan-kawan, anak beranak sendiri mula dipraktikan secara jujur di dalam pemilihan kali ini," katanya.


2

| FIKRAH PRU 13

KHALWAT DALAM KERETAPI,

Nik Aziz EGO

PASIR PUTEH – Keputusan Nik Aziz mengekalkan Saipul Bahrin Mohamad sebagai calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising disifatkan sebagai mempertahankan kroni biarpun individu terbabit didakwa terlibat dengan isu moral yang boleh menjatuhkan parti itu. Akibatnya tindakan Nik Aziz yang dikatakan ego itu membuatkan ahli PAS dan penyokong PAS di Pasir Puteh terutama di Selising membuat keputusan drastik mencabar keputusan pimpinan parti itu dengan mengambil keputusan menghantar calon bebas sebagai protes. Tindakan itu dibuat ekoran kegagalan Saipul Bahrin untuk melakukan sumpah laknat di masjid bagi membersihkan namanya yang diseret dengan isu moral di dalam keretapi. Calon Bebas DUN berkenaan yang mewakili penyokong PAS berhaluan kiri, Ibrahim Ismail berkata, segala-galanya akan berakhir sekiranya Saipul Bahrin Mohamad bertindak sedemikian

sekira benar dia tidak terjerumus dalam kes maksiat atau bersubahat dengan perbuatan sedemikian. "Saya pun tidak akan bertanding sebagai calon Bebas sebagaimana hari ini sebaliknya akan menjadi jentera paling kuat mempertahankan kemenangannya," katanya ketika di sini hari ini. Ibrahim berkata, punca kekalahan yang bakal dihadapinya nanti turut disebabkan sikap egoistik Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yang tidak mahu melayan suara rakyat bawahan yang tidak berpangkat dan berdarjat.

Besar dan wakil rakyat. Justeru sikap otokrasi dalam memutuskan sesuatu agenda harus dihentikan sebaliknya perlu berteraskan prinsip yang lazim diparktikkan oleh parti itu menerusi perbincangan dan syura," katanya. Beliau berkata, sekali pun tidak benar tuduhan parti lawan mengenai kes khalwat yang menjadi isu panas sebelum ini ianya turut menjejaskan kewibawaan parti sebagai sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin samada Nik Aziz dan Saipul sewajarnya perlu membaiki sikap dan pendekatan supaya lebih disenangi rakyat terutama penyokong PAS di peringkat akar umbi.

Ibrahim berkata, sebagai manusia pastinya ada kesilapan yang berlaku disebabkan kelalaian dan keterlanjuran namun sikap degil untuk membersihkan nama dan sikap 'tok guru' yang pantang ditegur anak murid pastinya akan meranapkan kepercayaan rakyat yang sebelum ini sudah memberi kuasa selama 23 tahun bagi pentadbiran kerajaan negeri.

"Mereka perlu ingat bahawa sokongan dan undian rakyatlah menyebabkan dia bertanggungjawab melaksanakan tugas Menteri

"PRU-13 bakal menyaksikan kebenaran ini yang bakal menjadi pengajaran kepada pucuk pimpinan parti untuk lebih bijaksana," katanya.

PAS guna HUDUD umpan rakyat KOTA BHARU – Janji Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud terus menjadi persoalan apabila kerajaan itu masih menangguhnya dengan alasan untuk mendapatkan pandangan dan rujukan pakar berhubung perkara berkaitan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dalam satu laporan media pernah berkata, ia disebabkan wujudnya dua pendapat dari sudut perlembagaan. Ia disebabkan mungkin wujud halangan dari segi Perlembagaan memandangkan ada yang kata boleh dilaksanakan tanpa melanggar Perlembagaan dan ada pula yang kata tidak boleh. "Kita juga tengah melihat apa yang boleh kita buat sebab itulah kita perlu bincang lebih mendalam mengenainya," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perlaksanaan hukum hudud yang dijanjikan

kerajaan PAS Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu. Pelaksanaan hukum hudud menjadi bahan utama PAS Kelantan semasa kempen Pilihan Raya Umum 1990. Pada 1993 Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan diluluskan melalui sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), sebaliknya menjadi isu apabila sampai sekarang ia masih gagal dilaksanakan. Mohd. Amar berkata, perkara asas berhubung perkara tersebut (perlaksanaan hukum hudud) telahpun selesai, dan Jawatankuasa Teknikal Hudud Kerajaan PAS yang ditubuhkan dua tahun lalu telah bermesyuarat sebanyak dua kali bagi memperkemaskan struktur perlaksanaannya. "Sekarang ini kita nak pergi lebih detail sebab itulah kita sedang membuat dan mendapatkan rujukan daripada pakar berhubung perlaksanaannya," katanya. Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan, Datuk Ahmad Yakub menegaskan, kerajaan negeri sentiasa konsisten dalam perkara ini (pelaksanaan hudud) dan ia bukan satu retorik.

Beliau dilaporkan berkata, ia satu perancangan serius kerajaan pimpinan PAS dan kita tetap komited (untuk melaksanakan hukum Islam itu) biarpun ada pihak cuba memberi pelbagai persepsi di sebaliknya. Namun apa yang pasti segelintir masyarakat negeri ini dilihat telah mula hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS dalam isu berkenaan yang sehingga kini belum nampak tanda-tanda ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Malah, hudud sudah menjadi isu lapuk yang digunakan PAS sebagai umpan bagi meraih sokongan pengundi setiap kali menjelang pilihan raya. Dalam perkembangan berkaitan, bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendesak Menteri Besar, Nik Aziz supaya mendedahkan nama dan kelulusan pakar yang terlibat dalam penyediaan draf kanun jenayah tersebut. Desakan itu dibuat setelah didakwa wujud kekeliruan draf tersebut disediakan oleh tenaga pakar berkaitan.


FIKRAH PRU 13 |

3

NIK AZIZ SESAT & MENYESATKAN - Roslan untuk kepentingan politik pembangkang semata-mata dan bukannya berdasarkan fatwa sebenar. Antara fatwa tersebut, orang Islam yang berkongsi kuasa memerintah dengan orang kafir hukumnya kafir. "Ini ditujukan kepada UMNO kerana berpakat dengan MIC dan MCA tetapi sekarang ini terkena batang hidung PAS sendiri apabila PAS kini berpakat dengan DAP," katanya pada satu majlis di sini, semalam. Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) Dun Wakaf Bharu, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz. TUMPAT – Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim mendedahkan terdapat 24 'fatwa songsang' dikeluarkan Nik Aziz yang jelas boleh menyebabkan kekeliruan dan menyesatkan rakyat. Beliau yang juga Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata, 'fatwa songsang' Mursyidul Am Pas itu lebih kepada fatwa

Nik Abdul Aziz sebelum ini membuat kenyataan sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam. Kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS itu turut disenaraikan di dalam 24 fatwa yang didedahkan oleh Roslan pada majlis tersebut. Jelas Roslan, apabila Nik Abdul Aziz

membuat kenyataan sembahyang orang UMNO tidak memberi pahala ia boleh mengelirukan rakyat sedangkan pahala dan dosa itu ditentukan oleh Allah. Roslan turut menyatakan bahawa kenyataan tersebut boleh menyebabkan rakyat semakin jahil kerana mereka berpegang kepada fatwa yang tidak betul yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz. "Nik Aziz seorang yang berpengaruh dan bagi mereka yang taksub kepadanya akan mempercayai apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan olehnya," katanya. Selain itu, Roslan berkata, Nik Aziz pernah mengeluarkan fatwa yang mana orang Melayu yang sokong UMNO adalah kafir, undi PAS masuk syurga, undi UMNO masuk neraka dan daripada berkawan dengan UMNO lebih baik berkawan dengan syaitan. Roslan turut mempersoalkan sekiranya undi PAS masuk syurga, bagaimana dengan imam-iman yang berada di Mekah, adakah mereka tidak berpeluang masuk syurga kerana mereka tidak pernah mengundi PAS.

"Macam saya, kerajaan pusat bagi bantuan untuk baiki pondok, bukan beri pada saya, lagipun saya sudah bersama UMNO sudah empat tahun lebih, takkan baru nak rasuah, ini adalah fitnah semata-mata," - Tok Guru Haji Lah

BN sehingga mendakwa mereka dibayar kerajaan pusat bagi mempengaruhi rakyat terutamanya ketika menjelang pilihanraya, 5 Mei ini. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan dakwaan pembangkang yang mengaitkan jumlah bantuan yang diterima sebanyak RM2 juta sedangkan bilangan pelajar adalah sedikit.

TOK GURU HAJI LAH

nafi disogok BN BACHOK – Pengasas dan guru pondok, Abdullah Sa’amah menyelar tindakan PAS yang mendakwa kononnya golongan ulama dan guru agama yang kini mula menyokong UMNO/Barisan Nasional (BN) telah dibayar dan disogok untuk memberikan sokongan kepada parti itu. Abdullah menyifatkan dakwaan itu sebagai satu fitnah yang tidak berasas dan ia merupakan pembohongan yang tidak benar sama sekali.

"Macam saya, kerajaan pusat bagi bantuan untuk baiki pondok, bukan beri pada saya, lagipun saya sudah bersama UMNO sudah empat tahun lebih, takkan baru nak rasuah, ini adalah fitnah semata-mata," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tawang, Bachok, semalam. Dia berkata demikian ketika mengulas ketakutan PAS yang melihat golongan ini semakin menerima UMNO dan menyokong

"Sebab kawasan kecil sangat, hanya 25 hingga 35 pelajar saja dalam satu masa yang kita terima, dan berharap dengan bantuan yang diterima mampu menampung 100 pelajar pada masa akan datang, demi menyebarkan agama Islam," katanya. Dia berkata, pondok berkenaan telah diusahakan sejak 31 tahun lalu dengan usaha, modal dan tanah sendiri dan tidak pernah mendapat bantuan kerajaan negeri meskipun dicanang sebagai sebuah parti Islam. Pada masa yang sama Abdullah turut menyifatkan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai hanya layak digelar ‘guru’ dan bukannya 'tok guru'. "Ini kerana panggilan itu diberikan golongan yang taksub kepadanya saja, malah Nik Aziz sendiri suka berpakaian seperti tok guru," katanya.


4

| FIKRAH PRU 13

KEDUDUKAN ANAK BERANAK TERUS DIPERKUKUHKAN DALAM PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU – Sikap PAS yang mengutamakan kroni dalam pemilihan calon jelas dapat dilihat dengan pencalonan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai calon Parlimen yang akan mewakili parti itu bagi kerusi Parlimen Pasir Mas. Nik Abduh adalah anak Nik Aziz yang juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka.

Abdul Fatah Haron

Pencalonan Nik Abduh sudah dijangka apabila memandangkan khabar angin sebelum ini bertiup kencang mengatakan beliau akan bertanding dan pencalonan Nik Abduh itu bukan sahaja menerusikan legasi Nik Aziz tetapi juga beliau dilihat sebagai pengganti bagi veteran PAS, Abdul Fatah

Haron yang tidak dicalonkan pada pilihan raya umum kali ini. Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang Nik Abduh adalah menantu kepada Abdul Fatah. Calon keluarga ini tidak hanya melibatkan Nik Aziz dan anaknya sahaja tetapi juga turut melibatkan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan yang juga calon DUN Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan calon PAS Pulai Chondong, Zulkifli Mamat. Difahamkan walaupun Zulkifli Mamat sudah tidak lagi menjadi Abdul Latif Abdul Rahman calon pilihan rakyat Pulai Chondong namun disebabkan hubungan kekeluargaan ini beliau sekali lagi dilantik menjadi calon. Selain itu, antara calon PAS yang mempunyai hubungan kekeluargaan ialah calon Parlimen Kubang Kerian, Baihaqi Atiqullah dan iparnya calon P PAS Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman. Oleh yang demikian PAS boleh disifatkan sebaris dengan sekutu mereka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP iaitu parti 'anak-beranak' yang mengamalkan dasar kronisme dan nepotisme terutamanya dalam soal pemilihan calon pilihan raya dengan mempertaruhkan anak beranak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh berkata budaya kronisme dan nepotisme yang mula diamalkan PAS itu membuktikan mereka kini sudah tidak ada beza lagi dengan PKR dan DAP yang sedia maklum sudah sekian lama mengamalkannya. "Perkara ini terbukti dengan keputusan Pas Kelantan yang mencalonkan anak Nik Aziz

bertanding pada PRU13 ini, " katanya pada pemberita selepas merasmikan Bilik Operasi Pemuda BN Kota Bharu di sini. Beliau berkata langkah ini diambil demi memastikan keturunan mereka kekal dalam jawatan politik memandangkan usia Nik Aziz yang sudah lanjut.

Karpal Singh turut mempertaruhkan anaknya menjadi wakil rakyat, " katanya.

Zulkifli Mamat

"Semua orang tahu Nik Aziz sudah lanjut usia dan entah berapa lama lagi akan mampu bertahan sebab itu beliau awal-awal lagi mempertaruhkan anaknya demi memastikan ada keturunan mereka kekal dalam jawatan politik, " katanya. Mohd. Fatmi berkata jika dilihat dalam DAP, Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan ahli

Ismail terus kekal menjadi presiden parti dan ahli parlimen serta anaknya Nurul Izzah turut sebagai ahli parlimen. "Nama sahaja Parti Keadilan Rakyat, tetapi sebenarnya parti anak beranak. "Ini bukti yang patut rakyat nilai, termasuk di Kelantan sendiri," katanya. Mohd. Fatmi yang juga merupakan calon BN Parlimen Kota Bharu berkata budaya begini tidak pernah berlaku pada BN apabila pemimpin masih berjawatan mempertaruhkan anak mereka untuk bertanding pada pilihan raya.

parlimen, anaknya, Lim Guan Eng bukan sahaja menjadi Ketua Menteri malah turut memegang jawatan penting di dalam parti.

“Sebagai contoh, Bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa mereka memegang jawatan itu tidak ada seorang pun anak mereka menjadi wakil rakyat.

Tidak cukup dengan itu, menantu Kit Siang yang juga merupakan isteri Guan Eng juga menjadi wakil rakyat. "Begitu juga dengan Pengerusi DAP,

Mohd Amar

Beliau berkata jika dilihat dalam parti PKR pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat parti manakala Datin Seri Wan Azizah Wan

Baihaqi Atiqullah

"Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak pernah mempertaruhkan anak untuk bertanding pada pilihan raya. Ini bezanya BN dan Pakatan Pembangkang,� katanya.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.