Fikrah#6 Edisi 6 - sempena PRU13 Negeri Kelantan

Page 1

KHAMIS | 25 APRIL 2013 | 14 JAMADIL AKHIR 1434H

ISU #6

KALIMAH ALLAH

PAS jadikan barang pertaruhan demi politik Isu penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam mendapat perhatian serius daripada umat Islam di seluruh negara kerana ia membabitkan perkara yang amat sensitif. Pakatan pembangkang dengan angkuh masih berpegang kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Pembangkang yang membenarkan bukan Islam untuk mengunakan kalimah suci itu. Pakatan pembangkang ternyata terlalu angkuh dan tidak memahami sensitiviti umat Islam di negara ini kerana semua sedia maklum bahawa Islam tidak membenarkan agama lain menggunakan kalimah tersebut. Allah adalah tuhan yang maha Esa ,tidak berbapa dan beranak. Ia amat berbeza dengan Jesus yang berbapa dan beranak. Sebaliknya pembangkang cuba menggaburi dan menutup mata rakyat dengan mengeluarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Idris Jala mengenai kebenaran untuk mengimport Bible dalam Bahasa Melayu dari Indonesia dan ianya khusus untuk Sabah dan Sarawak sahaja, tidak sama sekali melibatkan semenanjung Malaysia. Dalam isu ini kita harus memahami keadaan yang berlaku di semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak amat berbeza. Justeru itu, kita harus melihat ia melalui dua prespektif yang berbeza.

Pertama perspektif sejarah, Sabah dan Sarawak atau dikenali sebagai Borneo Utara sebelum kemasukan ke Persekutuan Malaysia telah diperintah oleh keluarga Brooke setelah diserahkan oleh Sultan Brunei pada 1842. James Brooke telah meluaskan ajaran Kristian di situ sebelum kemasukan agama Islam, jadi semasa perundingan kemasukan Borneo Utara ke dalam persekutuan dengan kuasa populasi Kristian yang tinggi di situ mereka menetapkan syarat dalam perkara 20 Perlembagaan Negara yang mana Perkara 1 adalah Agama. Walaupun tiada bantahan terhadap Islam sebagai agam rasmi Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara dan segala perundingan mengenai agama Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara. Jadi tiadalah kuasa Persekutuan untuk menyekat bagaimana ajaran Kristian mahu diamalkan di situ. Oleh itu, seharusnya pembangkang membuat penyelidikan dahulu di mana had Persekutuan ke atas Sarawak sebelum membuat fitnah.. Kedua, penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam di semenanjung adalah disebabkan pembangkang yang menghidupkannya. Tanpa sokongan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz isu ini tidak akan berlaku.

Mereka yang sebenarnya menimbulkan isu ini dan lebih memualkan apabila PAS yang kononnya memperjuangkan Islam mengeluarkan fatwa yang berbelit-belit. Harus diingat sebelum Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan kenyataan, Presiden PAS telah menandatangani persetujuan bersama Anwar dan Guan Eng membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah tersebut. Dan sehingga hari ini biarpun mendapat desakan daripada akar umbinya sendiri, PAS masih belum menarik balik persetujuan yang dibuat bersama dengan kepala-kepala DAP dan PKR. Adakah ini pejuang Islam yang sebenarnya?. Apakah Islam boleh berubah-ubah? Di mana kredibiliti PAS sehingga membiarkan ahli serta penyokong-penyokongnya terkapai-kapai tidak tahu keputusan yang mana satu harus dipegang? Hakikatnya isu kalimah Allah tidak lebih daripada sentimen politik untuk menarik sokongan bukan Islam terhadap pembangkang. Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan PAS sanggup menggadaikan Islam dan maruah ahlinya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. PAS sudah terlajak jauh dan inilah masanya untuk kita menghukum mereka.


2

| FIKRAH PRU 13 golongan warga tua dengan menjalankan kempen dari rumah ke rumah sebagai sasaran mereka. Beliau berkata, rakyat seharusnya bijak menilai kerana tuduhan mereka hanya PAS yang memperjuangkan Islam dan UMNO pula tidak Islam dan sekular tidak benar sama sekali. "Pembangunan syiar Islam melalui usaha Kerajaan Pusat tidak pernah terabai, sebaliknya pelbagai peruntukkan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dalam usaha memperkasakan pembangunan Islam," katanya.

PAS BUKAN KOTA BHARU - Selain mencetuskan persepsi buruk rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai fitnah dan tuduhan, PAS terus memainkan sentimen pengundi dengan isu-isu agama untuk meraih sokongan rakyat dalam memastikan kemenangan parti mereka pada Pilihan Raya Umum - 13 (PRU - 13) ini. Mereka semakin berani memperdagangkan hukum Allah kononnya undi PAS masuk syurga, UMNO menolak dasar Islam, sembahyang UMNO tidak sah dan sebagainya. Mereka canangkan semua ini kepada rakyat semata-mata kerana politik.

TUHAN

Persoalannya, siapa PAS yang boleh menentu atau menghukum hak mutlak Allah SWT. Inilah satu senario yang harus ditakuti dan disedari masyarakat, apabila ada manusia yang meletakkan dirinya lebih tinggi dari tuhan maka sesenang hati menghukum seseorang dengan kafir, tak masuk syurga atau sebagainya.

Beliau berkata, sudah menjadi resam bagi PAS memperalatkan agama setiap kali pilihan raya termasuk melemparkan pelbagai tuduhan kepada UMNO dan pemimpin parti itu. Namun yang menjadi tanda tanya hingga sekarang ialah PAS belum mampu menunjukkan bukti kejayaan mereka dalam membangunkan Islam walaupun telah 23 tahun diberi mandat.

Justeru, rakyat diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan tindakan PAS yang terus memperalatkan agama seperti ganjaran pahala dan syurga sebagai strategi menarik undi orang Melayu. Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, PAS kini dilihat menjadikan

TOLAK PAS, AJAR DAP KOTA BHARU - Pengundi Islam perlu menolak PAS kerana mengundi parti itu bermakna memberikan sokongan secara nyata kepada DAP. Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, biarpun DAP tidak bertanding di negeri ini tetapi memberi kemenangan kepada PAS juga bererti memberi kemenangan kepada parti tersebut. Beliau berkata, DAP seharusnya ditolak kerana parti itu menolak hukum hudud dan 'tarbiyah' yang dilakukan oleh PAS tidak memberikan sebarang kesan kepada pemimpin parti itu sehingga kini. DAP tetap menunjukkan belangnya dan

saya berharap rakyat Kelantan membuat penilaian secara mendalam. Bagi saya kemenangan PAS adalah kemenangan bagi DAP, jika satu undi PAS di negeri Kelantan itu adalah undi DAP untuk seluruh Malaysia. "Sepertimana saya dan semua tahu DAP amat berpengaruh di Pulau Pinang antaranya adalah kerana PAS menyokong mereka. DAP tidak sekuat mana di Pulau Pinang sekiranya PAS tidak menyokong DAP, itu sebabnya DAP berpengaruh di Pulau Pinang," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penegasan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tetap menolak hudud meskipun DAP

terpaksa menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Mustapa berkata, hubungan di antara PAS dan DAP adalah 'perkahwinan sementara' semata-mata untuk politik dan bukannya atas dasar memperjuangkan Islam. Rakyat Malaysia dan umat Islam tahu hakikat itu. Orang PAS tegar sahaja yang sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa DAP tidak akan mesra Islam, mereka masih lagi bertegas dan masih tidak menerima hudud. "Semua tahu sehingga kini PAS masih gagal untuk mentarbiyah DAP dan parti itu masih konsisten dengan perjuangannya manakala PAS dasarnya telah terhakis," kata beliau.


FIKRAH PRU 13 |

PAS GAGAL

urus tanah di Kelantan, ambil sikap sambil lewa

3

menjadi isu yang berlarutan dan semakin membebankan rakyat. Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed berkata pemimpin kerajaan negeri sering memberi alasan kononnya wujud sindiket penerokaan tanah secara haram dan peneroka tidak mempunyai geran hak milik dan sebagainya. "Walau apapun alasan yang diberikan, kita tidak nampak kerajaan negeri cuba menunjukkan kesungguhan dalam menyelesaikan isu itu," katanya di sini. Sikap kerajaan negeri yang tidak mengambil peduli itu menyebabkan kira-kira 5,000 orang berkumpul di hadapan Istana Balai Besar di sini, untuk menyerahkan 'Memorandum Bantahan dan Penyelewengan Kerajaan Pas Kelantan Dalam Isu Tanah' kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Sebelum ini, pemilik tanah juga mengadakan demonstrasi aman bagi membantah pengambilan tanah mereka terutama di Hulu Kelantan seperti di Tanah Merah dan Gua Musang.

KOTA BHARU – Kebangkitan rakyat mengadakan beberapa demonstrasi terhadap kerajaan negeri berhubung isu tanah yang melanda penduduk di negeri ini terutama masyarakat Orang Asli membuktikan kerajaan Kelantan

pimpinan PAS gagal menyelesaikannya dengan baik.

Mustapa menyifatkan isu tanah merupakan suatu isu yang cukup mendukacitakan dan sebagai pemimpin BN, beliau memandang serius isu itu kerana ia boleh membebankan rakyat di kawasaan Hulu Kelantan, termasuk masyarakat Orang Asli.

Malah sikap pemimpin PAS yang dilihat tidak begitu serius untuk menyelesaikan masalah tanah ini juga membuatkan ia

Katanya rakyat berhak membangkitkan rasa tidak puas hati mereka terhadap ketidak berkesanan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu itu.

infrastruktur untuk peniaga diperbaiki kerana keadaan di sini agak daif dengan bangunan yang lama, keadaan lalu lintas, sistem perparitan akan menyebabkan banjir bila berlakunya hujan lebat.

"Jika peniaga kecil tidak dibela dan pendapatan di tahap lama, sudah pasti ini akan menggagalkan Wawasan 2020," katanya.

TOK PA beri perhatian terhadap rintihan 1,000 peniaga Rantau Panjang

PASIR MAS – Kemelut yang melanda lebih kurang 1,000 peniaga di Rantau Panjang berhubung isu perpindahan ke tapak Pasar Baru Rantau Panjang oleh Kerajaan PAS Kelantan mendapat perhatian, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Difahamkan peniaga menghadapi masalah untuk berniaga di tapak baru di bangunan bertingkat yang disediakan kerajaan negeri memandang sewa yang terlalu mahal iaitu di antara RM300 hingga RM3,000 sebulan mengikut unit berbanding kawasan asal yang lebih selesa dengan konsep terbuka. Mustapa ketika diminta mengulas isu tersebut berkata, berikutan keselesaan peniaga di tempat sedia ada, kawasan tumpuan pelancong itu perlu dibangun dan dinaik taraf lebih-lebih lagi kedudukan Rantau Panjang sebagai pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand. "Yang

penting

kita

hendak

pastikan

"Ini satu perkara yang perlu diatasi kerana kalau orang melancong ke Kelantan, ramai akan datang Rantau Panjang," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekitar pekan Rantau Panjang. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, peniaga di sini memerlukan tempat strategik untuk menjalankan perniagaan selain menarik pengunjung ke kedai mereka sekali gus membeli produk yang dijual. "Nasib peniaga kecil itu perlu diberi perhatian serius kerana mereka menjadi antara penyumbang kepada usaha kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Peniaga Melayu Rantau Panjang Ramli Abdullah berkata keadaan pasar sedia ada bukan sahaja tidak selesa malah saluran air di situ sering tersumbat. "Keadaan macam ni, kalau berterusan boleh kurangkan sumber pendapatan sebab pelancong rasa tak selesa melihat keadaan kedai yang tidak teratur," katanya. Beliau yakin jika BN menerajui Kelantan, masalah yang membelenggui peniaga di situ dapat diatasi. Seorang peniaga buah-buahan, Mazanah Che Soh, 46, juga berharap BN dapat menggantikan kerajaan PAS untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.


4

| FIKRAH PRU 13

PENDIRIAN PAS BELUM JELAS DALAM ISU KALIMAH ALLAH Persetujuan Abdul Hadi mendapat sokongan Nik Aziz dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun keputusan tersebut bertentangan dengan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang ternyata lebih berdasarkan kepada syarak untuk membuat sesuatu keputusan.

KOTA BHARU — Kegagalan PAS mempertahankan isu kalimah Allah yang menjadi pertikaian DAP sejak awal tahun lalu membuktikan parti itu tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam sebagaimana dicanang kepada rakyat selama ini. Sebaliknya, ketika ia menjadi perbahasan hangat, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyalahkan Barisan Nasional (BN) (tidak mempertahankan kalimah suci itu) sedangkan beliau sendiri telah mengumumkan kalimah suci itu boleh diguna pakai oleh bukan Islam.

Disebabkan itu beliau dikecam hebat dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan oleh sesetengah penyokong PAS kerana ia dianggap boleh merugikan perjuangan politik parti. Namun ketegasannya tidak pernah menuntutnya untuk menggadai kalimah suci itu kepada orang kafir. "Pada mulanya mungkin (penggunaan kalimah Allah) hanya dalam penerbitan mereka (tetapi) apabila diluluskan (dibenarkan) maka mungkin kalimah Allah akan diletakkan dalam gerejagereja, mungkin atasnya (kalimah) Allah di bawahnya digantung gambar ‚Isa› yang disalib atau atas badan 'Isa' sebagai anak Tuhan (son of god), atau diletakkan di atas kayu salib itu (kalimah) Allah atau (kalimah) Allah digantung (rantai leher) kepada orang," tegas beliau. Haron mahu seluruh umat Islam termasuk kerajaan dan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama memandang isu kalimah Allah ini dengan amat serius dan perlu cepat bertindak membuat keputusan yang jelas. Haron juga turut mempersoalkan kenapa selepas berkurun-kurun orang Kristian menggunakan istilah lain bagi merujuk tuhan mereka sekarang mereka hendak ubah kepada Allah? "Mesti ada sesuatu yang tersirat dan tersurat, meskipun saya tidak boleh membaca niat orang tetapi petanda-petanda yang ada boleh kita katakan ada niat, bila ada niat, ada soalan, (apakah) niat itu niat murnikah, niat baik kepada

agama Islam, kalau ia niat baik, kita katakan jangan guna kerana tidak memberi kebaikan kepada kami, (bagi) jangka pendek tidak ada kebaikan, jangka panjang lagi teruk," katanya. Haron sememangnya istiqomah dalam mempertahankan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam biar pun beberapa pemimpin atasan parti itu seperti Hadi dan Nik Aziz menunjukkan pegangan berbeza. Hakikatnya Haron tidak keseorangan di dalam PAS bagi mempertahankan kesucian kalimah Allah kerana terdapat ulama-ulama dan penyokong PAS yang bersama-sama dengan beliau. Tetapi persoalannya sejauh mana kemampuan mereka mampu bertahan dengan asakan dan desakan oleh rakan sekutunya supaya patuh kepada persetujuan yang telah dibuat oleh Hadi bersama-sama pemimpin PKR dan DAP. Tambahan pula, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempertahankan keputusan kepimpinan pakatan pembangkang itu dan ia seolah-olah memberi isyarat biar apa juga keputusan Majlis Syura Ulama PAS, pakatan berkenaan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat pada 8 Januari lalu. Atas sebab itulah, kepimpinan PAS terus didesak oleh penyokong dan ahli partinya supaya membuat satu kenyataan rasmi bahawa PAS menerima pakai keputusan majlis syura dan membatalkan persetujuan bersama PKR dan DAP. Tetapi sehingga ke hari ini, belum ada tindakan konkrit atau usaha bersungguh-sungguh ke arah itu, apa yang kita dengar ialah mainan lidah politik Abdul Hadi yang menyatakan bahawa PAS akan keluar daripada pakatan jika kerjasama itu merugikan Islam.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.