Fikrah Edisi Khas

Page 1

KHAMIS | 2 MEI 2013 | 21 JAMADIL AKHIR 1434H

EDISI KHAS

KHAYALAN 23 Tahun Apa guna berjanji, kalau tidak ditepati. Sebelum kita benarkan PAS menggunakan janji-janji barunya untuk memancing undi, elok kita tanya kepada mereka tentang janji-janji lapuknya. Sejak 23 tahun, PAS Kelantan telah berdusta dengan membuat pelbagai dasar dan projek pembangunan tetapi tidak ditunaikan. Menjelang hari mengundi pada 5 Mei 2013, PAS sekali lagi menabur janji. Bagaimana dengan janjinya yang lepas? Berikut adalah sedikit dari janji-janji dusta Kerajaan Nik Aziz sejak 1990.

Laksana Hudud (PRU Penggal 19901995) (Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada 1993 tetapi sehingga hari ini tidak diwartakan)

Jawatankuasa Hisbah – Isytihar Harta Wakil Rakyat (PRU Penggal 1990-1995) Pemberian RM100 kepada setiap warga emas (PRU Penggal 1990-1995) Sediakan tapak rumah untuk rakyat miskin dan pesara tentera (PRU Penggal 1990-1995) Projek Bandar Baru Pengkalan Kubor (PRU Penggal 1990-1995) Sediakan peluang pekerjaan kepada anak muda (PRU Penggal 1990-1995) Projek Petrokimia Pantai Senok (PRU Penggal 1990-1995) Pengisytiharan lesen pemberian balak. (PRU Penggal 1990-1995)

Memberi tanah kepada peneroka tanah kerajaan (PRU Penggal 1990-1995)

Terminal bas bersepadu Kubang Kerian (Menjelang PRU 2008)

Projek Pelabuhan Darat di Kuala Krai (PRU Penggal 1995-1999)

Projek Jihad Ternak (Menjelang PRU 2008)

Projek Afta City di Rantau Panjang (PRU Penggal 1995-1999) Projek lembu daging 800 ekar di Mukim Apam Pasir Mas (PRU Penggal 1995-1999)

Projek Koridor Depu (Menjelang PRU 2008) Projek Agro Tourism Pergau (Menjelang PRU 2008)

Bandar Multimedia seluas 400 hektar (PRU Penggal 1995-1999)

Rumah mampu milik rakyat miskin (Menjelang PRU 2008)

Pelabuhan Tumpat (PRU Penggal 1995-1999)

Bandar Baru Dabong (Menjelang PRU 2008)

Membina terminal bas di Bandar Baru Tunjong (PRU Penggal 2004-2008) Stadium berkolam renang tertutup (PRU Penggal 2004-2008) Stadium wanita tertutup (PRU Penggal 2004-2008) Pembinaan masjid negeri baru (PRU Penggal 2004-2008) Jambatan baru Kg. Cina – Palekbang (PRU Penggal 2004-2008) Jambatan berkembar Sultan Yahya Petra (PRU Penggal 2004-2008) (dibina oleh Kerajaan Persekutuan) Projek pelancongan Danau Tok Uban (PRU Penggal 2004-2008) Kajian seismik untuk carigali petroleum di Bachok dan Tumpat (PRU Penggal 2004-2008)

Projek bandaraya sukan – Bandar Red Warriors (Menjelang PRU 2012) Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai (Menjelang PRU 2012) Projek Keretapi Laju (Menjelang PRU 2012) Kajian seismik untuk carigali petroleum di Kota Bharu dan Tumpat (Menjelang PRU 2012) Kegagalan Kerajaan PAS di Kelantan menunaikan semua janji-janji mereka membuktikan PAS sebenarnya suka berjanji kosong. Sebaliknya mereka tidak berupaya dan tidak berkemampuan menunaikan janjijanji mereka.


2

| FIKRAH PRU 13

KERAJAAN NIK AZIZ

ROMPAK MISKIN UNTUK YANG KAYA ENJOY!

Projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) adalah bukti kezaliman PAS kepada rakyat Kelantan terutamanya golongan miskin.

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang mengesyorkan jumlah yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri oleh pemaju bernilai RM318,288,564.

Sebelum projek PTSK, kawasan subur di Lembah Sireh diusahakan oleh para petani. Selepas PTSK, tanah itu diserahkan kepada tauke besar tanpa memberi faedah kepada para petani apalagi membantu mereka keluar dari kemiskinan.

Sebaliknya Exco PAS Kelantan telah dalam mesyuarat yang sama mengesyorkan firma audit swasta dilantik dengan kos perkhidmatan sebanyak RM37,100 bagi tujuan menilai semula jumlah sumbangan yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.

Projek PTSK dibuat tanpa penilaian projek dan kepentingan rakyat tidak terjamin. Mengapa ini berlaku? Adakah disebabkan ada tangan-tangan ghaib yang campur tangan? Keraguan telah timbul bila mesyuarat exco menolak cadangan alternatif penyelesaian

Laporan firma audit swasta itu diterima oleh kerajaan negeri pada April 2012 dan mengesyorkan pembayaran sebanyak hanya RM213.30 juta dibuat kepada kerajaan negeri. Kurang RM105 juta dari nilaian yang dibuat oleh UPEN.

Bukankah exco sepatutnya menjaga kepentingan kerajaan dan bukan menjaga kepentingan syarikat lebih dari kerajaan. Adakah ini berlaku kerana ada unsurunsur lain diluar kerajaan yang melibatkan individu-individu dan Parti PAS mendapat keuntungan? Ini bukti nyata konsep Negara Kebajikan PAS, rampas dari yang miskin dan beri kepada yang kaya. Dan yang kaya itu itu bukan setakat tauke-tauke besar tetapi juga keluarga Nik Aziz, exco-exconya dan broker-broker yang berkeliaran dalam PAS di Kelantan.


FIKRAH PRU 13 |

3


BN perkasakan 4

| FIKRAH PRU 13

BN Kelantan akan memastikan peranan ilmuan Islam Bahang pilhanraya Umum ke-13 (PRU13) semakin hangat dengan kesemua parti sudah mula memalu gendang untuk dipersembahkan kepada rakyat. Barisan Nasional (BN) Kelan- tan dibawah kepimpinan Datuk Seri Mustapa Mohamed diketahui berkerja sejak awal lagi bagi menarik sokongan rakyat. Bagi mengetahui usaha dan hasrat beliau, ikuti intipati wawancara beliau yang diadakan di Kota Bharu baru-baru ini. Soalan: Ada yang berpendapat, sokongan Barisan Nasional (BN) Kelantan meningkat,malah ada yang menyatakan kemungkinan BN akan menang dan mampu merampas semula pemerintahan Kelantan. Jika ia berlaku, apakah perubahan yang bakal dibawa untuk rakyat di negeri ini? Mustapa: InsyaALLAH, keinginan rakyat Kelantan untuk berubah ke pada BN begitu positif sekali sekarang, berkat semangat yang tinggi serta doa daripada banyak pihak. Kita harap, BN akan mengambil alih pentadbiran Negeri Kelantan. Bagaimanapun, PAS yang tertekan dengan sambutan baik yang diberikan penduduk Kelantan kepada BN mula menyebarkan fitnah bahawa jika BN kembali mentadbir Kelantan, BN akan membawa pelbagai bentuk maksiat seperti judi, toto dan lainlain. Ini adalah fitnah kerana tidak ada sebab dan alasan untuk BN membuat sebegitu. Izin saya petik firman Alla S.W.T yang berbunyi, Katakanlah:

di Kelantan ini sejak PAS memerintah selama 23 tahun, gejala sosial, seperti di laporkan media massa terus berleluasa. PAS hanya tahu berpolitik, bagi mereka, setiap hari di pejabat hanyalah berfikir untuk melawan dan memburukan UMNO, segala dasarnya hanya untuk keuntungan politik. Kebanyakan wakil rakyatnya sibuk dengan ceramah dan tak cekap sangat tentang hal pentadbiran. Hampir tiap-tiap malam berceramah. Berceramah pula bukan untuk kebaikan masyarakat, tetapi untuk menabur fitnah dan memburukburukan sesama umat Islam dan menafikan kebaikan dibawa oleh BN. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri selalu mendabik dada bahawa kerajaan yang diperintahnya mengeluarkan wang dari akaun riba dan masuk ke dalam Bank Islam untuk mengelak riba, saya nak tanya, Bank Islam yang tidak berdasarkan riba itu siapa yang asaskan? Siapa yang melaksanakan perbankan Islam bermula dengan penubuhan Bank Islam? Universiti Islam, Tabung Haji, pendidikan Islam, penerapan nilainilai Islam dan lain-lain lagi kalau tidak kerajaan BN yang berteraskan Umno. Apakah yang PAS buat? PAS hanya buat benda-benda yang kosmetik atau luaran sahaja. Dan semua itu hanya hiasan tetapi tidak ada sumbangan kepada dunia Islam apa lagi memartabatkan Islam. Apa papan tanda bertulisan jawi itu dapat menyumbang kepada kemajuan dunia Islam? Bandingkan dengan peranan Bank Islam yang diterokai Umno dan sumbangan ke arah sistem kewangan Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Bandingkan dengan profesional dan ilmuan Islam yang dilahirkan dari Universiti Islam Antarabangsa diseluruh dunia yang dilahirkan oleh UMNO. Tugas utama seorang khalifah (pentadbir) apabila dipertanggungjawabkan ialah membawa kemakmuran yang menyeluruh meliputi segala-galanya, dunia dan akhirat melahirkan khoiro ummah.

”Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?” (Al-A’raf :28) Sebaliknya, BN Kelantan berazam untuk membawa satu kerajaan berasaskan Islam yang progresif yang menepati tuntutan Maqasid Syariah sebagaimana di gariskan Islam bukannya Kerajaan Islam ala Soalan: Melihatkan peningkatan PAS. sokongan kepada Umno/BN apakah Soalan: Walaupun PAS diberi BN akan meneruskan dasar-dasar mandat selama 23 tahun namun Islam di dalam pentadbiran jika parti itu dikatakan masih gagal menang pada PRU 13 nanti? hapuskan gejala sosial sepenuhnya, malah ia terus berleluasa. Apa Mustapa: Apa yang baik kita akan diteruskan. Penduduk Kelantan, dan komen Datuk Seri? pengundi Kelantan yang tinggal Mustapa: Benar. Sebab itu BN diluar Kelantan tidak perlu risau, akan bawa ciri-ciri Kerajaan Islam saya beri jaminan bahawa sekiranya yang berlandaskan pendekatan BN dipilih untuk mentadbir semula Ilmu dan pendidikan dan bukannya Kelantan, negeri tumpah darah kita ini slogan semata-mata. PAS gagal akan di tadbir dengan berlandaskan menghapuskan gejala sosial bahkan kefahaman Islam sebenar, bukan

“Kerajaan Negeri selalu mendabik dada bahawa kerajaan yang diperintahnya mengeluarkan wang dari akaun riba dan masuk ke dalam Bank Islam untuk mengelak riba, saya nak tanya, Bank Islam yang tidak berdasarkan riba itu siapa yang asaskan?” kefahaman parti politik seperti apa yang PAS buat selama hampir 23 tahun ini. Yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal. Bahkan kita akan menambah baik apa yang ada. PM sendiri pernah berkata bahawa jika BN mentadbir semula Kelantan, PM mahu lihat Kelantan menjadi pusat memajukan Islam selaras dengan cita-cita kita menjadikan Malaysia negara Islam pertama yang diiktiraf sebagai negara maju. Soalan: PAS mendakwa jika UMNO/ BN memerintah Kelantan, gejala sosial akan terus meningkat. Tetapi apa yang kita lihat PAS sendiri masih tidak mampu membanteras perkara ini sepenuhnya. Jika diberikan mandat oleh rakyat mampukah BN mengurangkan atau membanteras kegiatan berkaitan? Mustapa: PAS memang suka cakap benda bukan-bukan. Maksiat ini berpunca dari nafsu manusia. Nafsu ini benda semula jadi. Setakat menamakan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam takkan dapat menghapuskan maksiat. Sewaktu pemerintahan PAS sebelum 1978, maksiat berleluasa di Kota Bharu. Bahkan ada tempat yang diberi jolokan ‘Biaritz Park’ dekat dengan Jalan Hamzah. Tetapi bila BN menang, pentadbiran Allahyarham Ayah Mat telah membangunkan kawasan tersebut secara strategik dan ini membersihkan kawasan itu dari menjadi pusat maksiat, tetapi, masalah mereka yang cari makan melalui aktiviti maksiat di situ perlu diatasi juga kalau tidak mereka ini sekadar akan berpindah dari tempat asal ke tempat lain. Ada diantara mereka yang terjebak dengan aktiviti pelacuran ini adalah kerana masalah ekonomi yang antara lain disebabkan gagal mendapat sumber pencarian halal yang antara sebab utamanya adalah kurang didikan agama dan tidak ada peluang pekerjaan.


ulama - Tok Pa

FIKRAH PRU 13 |

5

dikekal dan ditingkatkan sekiranya menang dalm PRU13 “Sewaktu pemerintahan PAS sebelum 1978, maksiat berleluasa di Kota Bharu. Bahkan ada tempat yang diberi jolokan ‘Biaritz Park’ dekat dengan Jalan Hamzah. Tetapi bila BN menang, pentadbiran Allahyarham Ayah Mat telah membangunkan kawasan tersebut secara strategik...” Kita perlu selesaikan masalah bermula dari akar umbi. Tak cukup dengan menutup pusat maksiat, kita kena cari jalan untuk bantu mereka ini kembali ke dalam masyarakat. Proses pemulihan dan menyediakan latihan kemahiran-kemahiran perlu. Contohnya pada pertengahan 1980 -an Kerajaan Negeri pimpinan BN telah menyusun semula kawasan yang miskin dan daif di seksyen 7 Kota Bharu menjadi kawasan perniagaan. Kawasan terbabit dibangunkan Pasar Siti Khadijah, 6 blok rumah pangsa, Bazar Buluh Kubu dan ratusan lot kedai. Ini membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk dan meningkatkan juga sumber pendapatan mereka dengan membuka peluang-peluang pekerjaan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Itulah tangungjawab kita sebagai Kerajaan. Kita bertanggungjawab kepada Allah S.W.T kerana kita memikul amanah untuk menjaga hamba-hambanya di dunia ini. Sebab itu Allah berfirman, Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. (An-Nisaa : 58) Soalan: Masih wujud kelemahan ketara dalam pentadbiran Pas Kelantan, apakah dasar atau prinsip yang memberikan kesan kepada seluruh rakyat kelantan? Mustapa: PAS hapuskan semua lesen premis judi dan premis hiburan. Tapi ini tidak menghapuskan judi dan maksiat lain. Setakat kerajaan PAS berbangga bahawa di Kelantan tidak ada premis judi atau maksiat yang berlesen. Tetapi kaki judi masih terus berjudi. Pusat hiburan begitu juga

Tok Pa pastikan peranan ulama diperkasakan di Kelantan

beroperasi secara haram. Kata orang, sapu masalah bawah permaidani sahaja. Bila tidak diberi lesen, bukan bererti benda itu semua takkan ada. Bagaimanapun, ini tidak bererti jika BN mentadbir Kelantan maka kita akan keluarkan lesen judi dan lesen pusat hiburan. Dakyah PAS memberi persepsi kita BN jahil sangat, kita pun Islam, menghayati Al Quran, dan faham Islam. Kita akan menepati tuntutan Maqasid Syariah sebagaimana digariskan Islam bukannya Kerajaan Islam ala PAS. Kita sebagai pentadbir kena adil. Dalam apa yang kita laksanakan, Allah sentiasa ingatkan kita supaya berlaku adil. Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya,(demikian pula) kamu akan kembali (kepada-Nya). (Al A’raf :27) Soalan: Adakah BN akan melantik tokoh-tokoh agama atau ulama untuk menubuhkan jawatankuasa

khas dalam bidang agama bagi membasmi gejala maksiat yang berleluasa di kelantan? Mustapa: Seperti kata Datuk Seri Najib, zaman kerajaan tahu segalagalanya sudah berakhir. InsyaALLAH, jika BN dipilih mentadbir Kelantan selepas pilihanraya 2013 ini, kita akan membawa ulama-ulama iaitu pakar-pakar untuk bersama kita. Kita mahu mengurus bukan buat arahan itu dan ini, sekatan itu dan ini. Untuk itu kita mesti mendapat nasihat dari pakar- pakar dalam setiap bidang dan paling atas sekali ialah pakar-pakar di dalam bidang agama Islam. Ini sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan mengikut perlembagaan Negara Malaysia. Jadi apa sahaja yang kita hendak buat kita hendak melihat dari aspek agama Islam dan mesti sejajar dengan Al Quran dan Hadis. Ini selari dengan hasrat Dato’ Sri Najib mahu menjadikan Kelantan sebagai pusat memajukan Islam. Alhamdulillah, semakin ramai ulama dan cendikiawan Islam memberi komitmen untuk bersama BN melaksanakan pentadbiran Islam yang lebih baik di Kelantan. InsyaAllah, kita akan pastikan hubungan erat terjalin dengan ulama dan umarak.


6

| FIKRAH PRU 13

NEGARA KEBAJIKAN PAS

RAMPAS

dari 'si miskin' beri kepada 'si kaya'

banyak lagi tanah yang direntah rakyat akan dirampas. Kroni Siapakah Tauke Ini?

Ladang Rakyat adalah perancangan tersusun PAS mencari kekayaan untuk parti dan pimpinannya atas nama ‘mengurangkan kadar kemiskinan rakyat’. Apa yang berlaku ialah dengan adanya projek Ladang Rakyat, rakyat telah bertambah miskin dan tersiksa. Berikut adalah fakta-fakta yang membuktikannya. Peluang Pekerjaan Orang asing diutamakan dan penduduk tempatan terpinggir. Jumlah pekerja asing ialah 639 orang berbanding hanya 282 pekerja tempatan. Tanah Terokaan Di Rampas Sudahlah tidak diberi pekerjaan, tanah yang dulu diterokai rakyat dan memperolehi hasil menerusi tanaman seperti pokok-pokok buah-buahan dan juga getah kini dirampas oleh PAS dan dipajakan kepada syarikat swasta. Sehingga kini 27,649 ekar tanah yang diterokai oleh rakyat telah diambil. Sekiranya PAS terus memerintah, lebih

Tanah Orang Asli Habis Penduduk orang asli yang bergantung rezeki kepada alam semulajadi tidak terlepas dari terseksa oleh kezaliman PAS. Sehingga hari ini seluas 32,487 ekar tanah orang asli telah dirampas dan dipajakan kepada syarikat swasta. Akibatnya orang asli bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan tetapi kualiti hidup mereka turut terjejas bila pembangunan tanah secara rakus oleh pemaju swasta telah memusnahkan ekosistem dan mengakibatkan pencemaran yang kritikal terhadap sumber air mereka. Peserta Ladang Rakyat Ditipu Kezaliman PAS bukan sahaja setakat merampas hak rakyat tetapi mereka juga tergamak menipu penyokong mereka sendiri bila peserta-peserta Ladang Rakyat (yang rata-rata orang PAS) dijanjikan penempatan dan pekerjaan tetapi semua itu janji air liur. 269 orang peserta dari Ladang Rakyat Limau Kasturi dan Ladang Rakyat Paloh 4 di janjikan pekerjaan, rumah dan tanah sejak 2005 lagi. Tetapi sehingga hari ini janji-janji itu tidak ditunaikan. Lebih malang lagi, ladang yang sepatutnya

RAMPAS TANAH

RAKYAT

SERAH KEPADA

KRONI

Wakil penduduk, Halim Ismail, 45, berkata, PAS ternyata gagal untuk mendengar rintihan dan masalah yang dihadapi rakyat malah pemimpin negeri ini semakin angkuh kerana terlalu lama berkuasa.

KUALA KRAI – Tindakan PAS Kelantan mengambil sebahagian daripada 900 hektar tanah dan menyerahkan kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan sebagai ladang komersial di Kampung Senduk dan Serasa Dabong menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk di kawasan berkenaan yang mengusahakan tanah terbabit. Sikap kerajaan negeri yang tidak endah dengan bantahan yang dibuat penduduk menyebabkan mereka yang terbabit mengadakan perhimpunan aman selepas bertemu Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim sebagai wakil kerajaan negeri sejak 2011 dikatakan tidak membuahkan hasil. Selain membawa pelbagai sepanduk bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan Negeri, penduduk turut melahirkan keyakinan, masalah mereka hanya akan selesai jika BN kembali sebagai kerajaan di Kelantan selepas PRU13.

Katanya, mereka telah bertemu dengan wakil kerajaan negeri iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Arifabillah Ibrahim ketika masalah ini mula timbul pada tahun 2011 namun ia tidak memberi sebarang kesan. Segala penat lelah dan usahanya selama lebih 15 tahun mengusahakan tanah seluas 3.6 hektar itu menjadi sia-sia selepas semuanya musnah dalam sekelip mata. Ketika pertemuan yang turut dihadiri oleh wakil syarikat pemaju itu, Arifabillah bersetuju untuk memulangkan semula tanah kami tetapi selepas dua minggu keputusan itu berubah. "Ketika pertemuan itu berlangsung wakil syarikat tersebut yang juga anak kepada seorang aktivis PAS telah mengeluarkan senapang dan menembak pokok petai, untuk apa dia mengeluarkan senapang? Kami tidak takut kerana ini adalah hak dan maruah kami," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

diusahakan sendiri oleh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLR) itu telah dipajakkan kepada Eastbay Venture Sdn Bhd mulai Mac 2012. Wang Akaun Amanah Peserta Disapu Laporan Ketua Audit Negara mendapati wang berjumlah RM1 juta telah dikeluarkan pada tahun 2008 atas kelulusan Ahli Lembaga Pengarah untuk dilaburkan didalam 2 skim pelaburan yang mencurigakan. Pengeluaran ini melanggar arahan amanah kerana wang tersebut HANYA untuk kegunaan bantuan bulanan kepada orang miskin dan peserta yang miskin. Kedua-dua pelaburan itu kini bermasalah dan ada antaranya dibekukan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Akibatnya pulangan pokok sebanyak RM1 juta tidak dikembalikan. Semua kita tahu bahawa setiap jenis pelaburan sebegini dibuat menerusi agen dan agen itu sudah tentu mendapat pulangan yang lumayan tetapi yang menjadi mangsa ialah orang-orang yang miskin. Inilah bentuk kebajikan yang diuar-uarkan oleh PAS. Rampas dari yang miskin dan beri kepada yang kaya.

Halim menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri ini memang zalim, betul-betul zalim. "Sepatutnya bincang dulu dan utamakan penduduk yang usahakan tanah ini sejak berpuluh-puluh tahun dan bukannya orang luar. "Saya tanam tak kurang 60 pokok petai dan 200 dokong. Semua pokok sudah berbuah. Tapi sekarang hanya tinggal petai dua tiga pokok saja," katanya. Menurutnya, dia tetap bertegas tidak akan benarkan syarikat itu mengambil walau seinci daripada tanah yang diusahakannya itu dan sanggup melakukan apa sahaja. Che Kob Che Ngah, 80, berkata, tindakan kerajaan negeri itu menyebabkan getah ditanamnya di atas kawasan seluas tiga hektar dan sudah boleh ditoreh, semuanya habis ditebang syarikat pemaju. "Saya sudah teroka tanah ini lebih 30 tahun. Deposit tanah pun sudah dibayar pada 2010. Kalau tak boleh (jadi hak milik), sepatutnya beritahu masa nak sukat tanah dulu lagi," katanya. Menurut Che Kob, sebagai pihak yang mendakwa memperjuangkan Islam, kerajaan PAS Kelantan sepatutnya lebih bertimbang rasa kerana penduduk terlibat dengan pengambilan tanah itu semuanya orang Melayu. “Kerajaan negeri patut faham kesusahan kami yang mengusahakan tanah ini sejak lebih 30 tahun dan keadaan selepas ini kerana kami tidak ada tanah lain,” katanya.


FIKRAH PRU 13 |

7

UA KED AN BAT JAM SULTAN YAHYA PETRA Kota Bharu

28 MAC 2013

5 FEBRUARI 2013

dibuka a m a t r e p g n Loro

3 1 0 2 i r a u r b e 5F

Kos Projek

RM184.8 juta

Jejantas KB Mall dib uka

10 April 2013

Siap peng sepe hujun nuh g Jul nya ai 2 013

binaan m e p n a at n • Kelew an pertambaha disebabk dasar sungai an kedalam ang dahulunya ky • Cerucu 45 meter telah adi sedalam 14 meter menj ah bertamb r 59 mete cerucuk 2 2 n a k t • Meliba

“Alhamdulillah, rakyat Kelantan menerima faedah besar hasil pembinaan jambatan baru oleh Kerajaan Persekutuan”


8

| FIKRAH PRU 13


FIKRAH PRU 13 |

9


10 | FIKRAH PRU 13

MTJDA

Kawasan Malaysia-Thailand Joint Development Area MTJDA

PM 3

PM 2

CA

A

THAILAND Kota Bharu

LAUT CINA SELATAN Kuala Terengganu

ROYALTI : MALAYSIA

PUTAR BELIT PAS Sejak tahun 2008, hanya satu isu yang didendangkan secara konsisten oleh PAS dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa dan menutup pelbagai kelamahan. Isu royalti minyak sengaja digembar gemburkan oleh pemimpin PAS supaya rakyat merasa benci kepada Kerajaan Pusat yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) kerana itu adalah cara terbaik untuk menutup kegagalan mereka mengurus tadbir negeri ini selama 23 tahun. Biarpun pelbagai tohmahan yang dilemparkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed menanganinya dengan penuh kebijaksanaan agar ia memuaskan hati semua pihak. Untuk itu, sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ditubuhkan. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. Apa yang lebih penting, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut memberi perkenan penubuhan jawatankuasa itu dan menghantar adinda baginda sendiri, Tengku Mahkota, YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra sebagai wakil Kelantan.

Tindakan baginda itu amat jelas kerana tidak mahu isu itu terus dipolitikkan kerana ia akan merugikan rakyat di negeri ini.

Ini adalah bukti bagaimana pembohongan dilakukan oleh PAS semata-mata untuk terus meniupkan api kebencian kepada rakyat.

Jadi untuk apa lagi pemimpin PAS terus membuat bising mengenai isu tersebut di atas pentas ceramah sedangkan kerajaan mereka sendiri telah bersetuju dan Sultan Muhammad V telah memberi perkenan?

Untuk rekod sehingga kini wang ehsan sejumlah RM142.6 juta telah diberikan kepada Kelantan dan sebahagiannya telah diagihkan secara terus kepada rakyat, terutama untuk pendidikan anak-anak selain daripada membantu masyarakat yang ditimpa bencana serta tidak berkemampuan.

Oleh itu, perkembangan ini juga menunjukkan bahawa tuntutan royalti minyak sebanyak RM12 bilion hanya retorik dan satu pembohongan. Sila tunjukkan mana asas tuntutannya. Satu fakta yang perlu diketahui adalah tidak ada sempadan laut di antara negeri yang diwartakan. Jadi kerajaan PAS Kelantan tidak boleh menuntut sebahagian daripada telaga minyak dan gas yang hasilnya diserahkan kepada Terengganu. Hakikat tidak ada sempadan laut itu diakui sendiri oleh Kerajaan PAS Kelantan dalam satu sidang akhbar di bilik mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan tahun lalu. Pada masa yang sama, Kerajaan PAS Kelantan mendakwa bahawa mereka tidak menerima wang ehsan tetapi apakah mereka sedar bahawa tidak ada satu peruntukkan undang-undang pun yang memperuntukkan bahawa wang ehsan tersebut wajib disalurkan kepada kerajaan negeri. Malah kepemimpinan kerajaan PAS Kelantan dengan angkuh menolak jemputan Kerajaan Pusat supaya menghantar dua wakil dalam jawatankuasa yang memantau pengagihan wang ehsan pada Februari 2010.

Kerajaan PAS Kelantan juga berbohong apabila menyatakan perjanjian di antara Petronas dengan Sabah dan Sarawak adalah sama dengan perjanjian di antara Kelantan dengan Petronas. Lagi pun keadaan di Sabah dan Sarawak amat berbeza di sini. Di Sarawak minyak ditemui di daratan manakala di Sabah sumber asli itu ditemui di kawasan perairan wilayah. Pemimpin PAS mengetahui semua perkara ini tetapi mereka lebih gemar menjadi munafik, terus berdusta kepada rakyat demi kepentingan politik. Daripada rentetan ini, satu kesimpulan mudah boleh dibuat iaitu pemimpin PAS terutama Datuk Husam Musa adalah penderhaka dan semua tuntutan yang dibuat oleh PAS mahu pun NGO R sudah tidak relevan lagi. Beri peluang dan ruang yang sepenuhnya kepada YTM Tengku Mahkota untuk mewakili Kelantan sudah pasti baginda akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri ini.


FIKRAH PRU 13 |11

KE MANA DIBELANJAKAN ? BANTUAN PELAJAR

RM 51 JUTA JUMLAH PENERIMA 170,598

• Pelajar IPTA Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah • Pelajar Sekolah Menengah • Pelajar Sekolah Rendah • Pelajar Mesir • Pelajar Cemerlang UPSR/ PMR/ SPM/ STPM • Awal Persekolahan Anak Yatim

WANG EHSAN BANTUAN BAIKPULIH RUMAH

RM 12 JUTA JUMLAH PENERIMA 3,594

RM142 JUTA BANTUAN BENCANA

RM 5 JUTA

JUMLAH PENERIMA 27,849

Kebakaran| | Ribut | Mangsa Banjir

Bayaran Dari PETRONAS dan Kerajaan Persekutuan Sejak Ogos 2010

BANTUAN KECEDERAAN & KEMATIAN

RM 0.3 JUTA JUMLAH PENERIMA 642 BERMULA JANUARI 2013

PERBELANJAAN PETRONAS

BAYARAN DARI

RM142 JUTA

RM68.3 JUTA

BAKI SEHINGGA

26 MAC 2013 RM73.7 JUTA

AKAN DITERIMA SELEPAS MEI 2013


12| FIKRAH PRU 13

KALIMAH ALLAH

PAS jadikan barang pertaruhan demi politik Isu penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam mendapat perhatian serius daripada umat Islam di seluruh negara kerana ia membabitkan perkara yang amat sensitif. Pakatan pembangkang dengan angkuh masih berpegang kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Pembangkang yang membenarkan bukan Islam untuk mengunakan kalimah suci itu. Pakatan pembangkang ternyata terlalu angkuh dan tidak memahami sensitiviti umat Islam di negara ini kerana semua sedia maklum bahawa Islam tidak membenarkan agama lain menggunakan kalimah tersebut. Allah adalah tuhan yang maha Esa ,tidak berbapa dan beranak. Ia amat berbeza dengan Jesus yang berbapa dan beranak. Sebaliknya pembangkang cuba menggaburi dan menutup mata rakyat dengan mengeluarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Idris Jala mengenai kebenaran untuk mengimport Bible dalam Bahasa Melayu dari Indonesia dan ianya khusus untuk Sabah dan Sarawak sahaja, tidak sama sekali melibatkan semenanjung Malaysia. Dalam isu ini kita harus memahami keadaan yang berlaku di semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak amat berbeza. Justeru itu, kita harus melihat ia melalui dua prespektif yang berbeza.

Pertama perspektif sejarah, Sabah dan Sarawak atau dikenali sebagai Borneo Utara sebelum kemasukan ke Persekutuan Malaysia telah diperintah oleh keluarga Brooke setelah diserahkan oleh Sultan Brunei pada 1842. James Brooke telah meluaskan ajaran Kristian di situ sebelum kemasukan agama Islam, jadi semasa perundingan kemasukan Borneo Utara ke dalam persekutuan dengan kuasa populasi Kristian yang tinggi di situ mereka menetapkan syarat dalam perkara 20 Perlembagaan Negara yang mana Perkara 1 adalah Agama. Walaupun tiada bantahan terhadap Islam sebagai agam rasmi Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara dan segala perundingan mengenai agama Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara. Jadi tiadalah kuasa Persekutuan untuk menyekat bagaimana ajaran Kristian mahu diamalkan di situ. Oleh itu, seharusnya pembangkang membuat penyelidikan dahulu di mana had Persekutuan ke atas Sarawak sebelum membuat fitnah.. Kedua, penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam di semenanjung adalah disebabkan pembangkang yang menghidupkannya. Tanpa sokongan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz isu ini tidak akan berlaku.

Mereka yang sebenarnya menimbulkan isu ini dan lebih memualkan apabila PAS yang kononnya memperjuangkan Islam mengeluarkan fatwa yang berbelit-belit. Harus diingat sebelum Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan kenyataan, Presiden PAS telah menandatangani persetujuan bersama Anwar dan Guan Eng membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah tersebut. Dan sehingga hari ini biarpun mendapat desakan daripada akar umbinya sendiri, PAS masih belum menarik balik persetujuan yang dibuat bersama dengan kepala-kepala DAP dan PKR. Adakah ini pejuang Islam yang sebenarnya?. Apakah Islam boleh berubah-ubah? Di mana kredibiliti PAS sehingga membiarkan ahli serta penyokong-penyokongnya terkapai-kapai tidak tahu keputusan yang mana satu harus dipegang? Hakikatnya isu kalimah Allah tidak lebih daripada sentimen politik untuk menarik sokongan bukan Islam terhadap pembangkang. Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan PAS sanggup menggadaikan Islam dan maruah ahlinya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. PAS sudah terlajak jauh dan inilah masanya untuk kita menghukum mereka.


FIKRAH PRU 13 |13

BUKAN LADANG RAKYAT tapi LADANG 'KANDI PITIH' PAS Ladang Rakyat adalah satu projek kontroversi Kerajaan Nik Aziz yang banyak menumpahkan air mata rakyat. Puluhan ribu rakyat Kelantan di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli telah terjejas akibat projek ini tetapi yang menikmati hasilnya hanyalah segelintir penduduk Kelantan yang menjadi ahli PAS.

kepada syarikat swasta termasuklah dari luar Kelantan selama 99 tahun. Tanah-tanah ini dipajak pada harga hanyalah RM150 – RM300 seekar. Pajakan ini terpaksa dibuat kerana PPLR amat lemah dalam soal pengurusan dan juga gagal untuk memajukan sendiri tanah-tanah tersebut.

Projek Ladang Rakyat dilaksanakan di bawah sebuah badan yang dinamakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLR). Ia diperbadankan pada tahun 2006. Bukti projek ini penuh dengan masalah ialah bila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 telah menegur projek ini.

Akibatnya PPLR hanya menerima hasil sebanyak RM21 setahun berbanding dengan syarikat yang memajak tanah itu yang memperolehi sebanyak RM1.62 billion setahun.

Perkara yang disentuh oleh LKAN ialah berhubung pemajakan tanah kepada syarikat-syarikat swasta yang tidak menguntungkan kerajaan dan rakyat Kelantan. Lebih menyedihkan lagi penemuan LKAN mendapati janji-janji PPLR terhadap peserta Ladang Rakyat sendiri tidak ditunaikan. Projek Ladang Rakyat melibatkan tanah seluas 81,095 ekar dan menurut LKAN, 94% dari jumlah tanah itu telah dipajak

Perolehan PPLR yang terlalu rendah berbanding pendapatan syarikat yang memajak tanah itu menimbulkan kecurigaan. Apatah lagi langsung tidak ada ketelusan di dalam pengurusan dan pembahagian pajakan oleh PPLR. LKAN menegur prosedur pemilihan syarikat yang tidak dibuat secara terbuka. Projek Ladang Rakyat juga gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat apabila PPLR tidak mengenakan syarat kepada syarikat pemajak untuk menggunakan khidmat

pekerja tempatan. Akibatnya hanya pekerjapekerja asing yang diambil pekerja. Ladang Rakyat adalah projek zalim PAS yang mengamalkan rampas dari yang miskin dan beri kepada yang kaya. Tanahtanah yang dahulunya di terokai oleh penduduk-penduduk setempat dan orang asli yang rata-ratanya daif dan miskin di ambil dan diberikan kepada tauke-tauke yang sudah sedia kaya raya. Apakah inilah bentuk kebajikan yang diamalkan oleh PAS? Tidak hairanlah selepas 23 tahun, rakyat Kelantan akhirnya sedar wajah sebenar PAS. Selama 23 tahun rakyat Kelantan dizalimi menerusi amalan pilih bulu, kronisme dan nepotisme yang berleluasa dalam PAS. Pimpinan PAS hanya mementingkan kandi politik mereka dan mengisi kocek masingmasing. Bagaimanapun rakyat Kelantan tidak lagi perlu menunggu lebih lama, kerana pada 6 Mei 2013, Kelantan akan memiliki kerajaan negeri yang baru dan PAS akan diusir dari Kelantan.


14 | FIKRAH PRU 13

PAS LARIKAN DUIT DERMA MASJID Bandar Baru Tunjong, di mana Masjid Al Hussain? Yang ada hanya pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan.

KOTA BHARU – Sejajar dengan pembukaan Bandar Baru Tunjong, kerajaan Kelantan turut mengisytihar akan membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Al-Hussain di kawasan bandar baru itu.

Persoalannya, sehingga kini bayang masjid tersebut tidak juga kelihatan. Malah lebih sensitif dari itu persoalannya, mana perginya wang wakaf/derma yang dikumpulkan dan berapa pula jumlahnya.

Perisytiharan itu dibuat semasa majlis pelancaran Kutipan Wakaf atau Derma Tapak pembinaannya pada 14 September 2009.

Ekoran itu wujud dakwaan mengatakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bermain wayang dalam isu pembinaan masjid ini.

Difahamkan, pembinaan masjid tersebut membabitkan tapak seluas kira-kira 9.4 ekar yang terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai- Kota Bharu dan Jalan Kota BharuRantau Panjang.

Mana tidaknya, tokoh korporat terbabit telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan tapak masjid berkenaan.

Pembinaan masjid dengan reka bentuk yang bercirikan zaman Othmaniah dan Fatimiah ini menelan kos hampir RM8 juta pada awalnya mendapat sumbangan peribadi dari seorang tokoh korporat sebanyak RM7 juta dan dijangka siap pada Julai 2012.

Sehubungan itu tokoh korporat terbabit juga dikatakan turut memaklumkan bahawa beliau akan membina sendiri masjid berkenaan dan apabila siap sepenuhnya, masjid tersebut akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Sewaktu majlis pelancaran derma tersebut, pihak kerajaan negeri telah mengumumkan masjid itu akan dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam, Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid akan siap dalam tempoh 34 bulan.

Untuk melaksanakan projek tersebut semua persediaan termasuk urusan pelantikan arkitek, kontraktor yang akan menyiapkan masjid berkenaan disediakan malah beliau juga telah membuat akujanji akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan masjid berkenaan, bagaimanapun

hasratnya itu mendapat tentangan daripada Kerajaan Negeri. Ini kerana kerajaan negeri mahukan agar masjid berkenaan diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui PMBK manakala kontraktor yang akan membina projek tersebut hendaklah daripada pilihannya (kerajaan negeri) sendiri. Begitu juga dalam soal pembayaran tanah secara langsung kepada pemilik tanah yang sah tidak dipersetujui oleh PMBK yang mengarahkan supaya pembayaran dilakukan melalui anak syarikat kerajaan itu, sedangkan tanah bagi tujuan projek tersebut adalah tanah-tanah persendirian yang tidak ada kena mengena dengan PMBK. Dalam persoalan ini kerajaan PAS Kelantan mesti jelaskan keperluan sebenar tujuan kutipan derma tersebut sedangkan ahli korporat terbabit sudahpun bersetuju untuk menanggung semua kos pembinaan. Dan rakyat Kelantan ingin tahu berapa nilai keseluruhan selain ke mana perginya wang yang telah didermakan itu sedangkan bayangan tapak masjid masih juga tidak kelihatan.


FIKRAH PRU 13 | 15 yang melibatkan pembangunan infrastruktur dan pembangunan akan disiapkan dalam tempoh 12 tahun bermula 2003 dan berakhir 2015. Walaupun hanya tinggal 2 tahun lagi sebelum projek sepatutnya siap, tetapi syarikat didapati masih gagal memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri seperti dalam perjanjian. Selain itu kemajuan projek juga tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Disebalik kegagalan syarikat itu menunaikan perjanjian, sejumlah 716.8 tanah telah dipindah milik kepada LSSB tanpa sekatan kepada syarikat. Pindah milik dibuat pada tahun 2003 hingga 2009. Sebahagian tanah telah dicagarkan oleh syarikat kepada bank. Sepatutnya Kerajaan PAS wajib memastikan syarikat menunaikan janji dan sumbangan mereka seperti perjanjian dan penyerahan milik hanya dibuat selepas projek diselesaikan.

LEMBAH SIREH :

apa istimewanya

Liziz Standaco? Projek pembangunan dan pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) adalah projek usaha sama di antara Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Stadaco Sdn Bhd (LSSB). Kertas cadangan itu dikemukakan oleh syarikat berkenaan pada bulan April 2001 dan diluluskan oleh mesyuarat exco Kerajaan PAS pada 19 Jun 2002. Perjanjian projek PTSK telah ditandatangani pada bulan Julai 2003 melibatkan persetujuan Kerajaan PAS menyerahkan lebih kurang

1,000 ekar tanah kepada syarikat itu. Sebagai balasan syarikat tersebut sepatutnya memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta kepada kerajaan negeri. Sehingga November 2011, Kerajaan PAS telah menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar kepada LSSB meliputi 4 zon iaitu Kg. Tikat – Pulau Jerami, Istana Kota Lama – Kg Cina, Sebelah Kg Laut, Tumpat dan Tesco – Kg Pintu Geng. Projek

Selain dari masalah di atas, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) juga mendapati perancangan projek tersebut bergantung sepenuhnya kepada syarikat tanpa kajian terperinci dan penilaian projek sewajarnya oleh Kerajaan PAS Kelantan. Keputusan membenarkan pindah milik itu dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK yang dipengerusikan oleh Ahmad Yacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Jawatankuasa ini telah bersetuju membenarkan syarikat mencagar tanah itu kepada bank sebelum ianya di angkat ke mesyuarat exco untuk pertimbangan dan kelulusan. Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman bank ini mendatangkan risiko besar kepada kerajaan sekiranya pinjaman itu gagal dijelaskan. Kerajaan PAS juga memberi keistimewaan kepada syarikat melanggar perjanjian dengan tidak menunaikan bon jaminan sehingga laporan audit 2012 dikeluarkan walhal bon itu patut dilunaskan dalam tempoh 3 bulan dari perjanjian bermula.

MENANG SORAK

KAMPUNG TERGADAI

Projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (LTSK) menjanjikan komponen sumbangan bernilai RM389.09 juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan tetapi akhirnya ia hilang begitu sahaja.

Sumbangan RM389.09 juta itu termaktub di dalam perjanjian projek usaha sama di antara kerajaan negeri dengan Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd yang diluluskan oleh mesyuarat exco pada 19 Jun 2002. Bagaimanapun sehingga ke hari ini komponen sumbangan itu tidak kelihatan walaupun projek PTSK sepatutnya siap sepenuhnya pada 2015. Komponen sumbangan itu adalah seperti di bawah,

Pembinaan masjid bernilai RM20 juta – belum dilaksanakan walaupun tarikh penyerahannya ialah pada November 2005.

sepatutnya membayar gantian wang dengan nilai setara kos semasa berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh JKR.

Pembinaan stadium wanita tertutup bernilai RM25 juta – belum dilaksanakan walaupun tarikh penyerahannya pada November 2005.

Tabungan skim perumahan kos rendah bernilai RM15 juta – hanya dibayar RM3 juta.

Jambatan baru Kg Cina – Palekbang bernilai RM150 juta – belum dilaksanakan walaupun tarikh penyerahannya ialah pada November 2005. Jambatan berkembar Sultan Yahya Petra bernilai RM90 juta – tidak dilaksanakan dan pada 2007 Kerajaan Persekutuan telah membina jambatan berkembar itu dan telah siap sebahagiannya pada awal 2013. Pemaju

Penyediaan tanah seluas 25 ekar kepada kerajaan negeri bernilai RM87.11 juta – sehingga kini hanya 11.77 ekar diserahkan bernilai hanya RM41 juta. Sehingga hari ini rakyat hanya mampu melopong, melihat tapak yang dulunya kawasan pertanian subur kini menjadi gah tetapi hakikatnya, menang sorak kampung tergadai!


16 | FIKRAH PRU 13

PERUNTUKAN

Kerajaan Pusat memperuntukkan

UNTUK ELAUN

setahun Untuk membayar elaun Imam, Guru Kafa dan Takmir

KERAJAAN PUSAT

IMAM, GURU KAFA DAN TAKMIR Bilangan Imam yang menerima

Elaun RM750 sebulan seramai 900 orang

Elaun Imam sebanyak RM150 turut dibayar oleh MAIK

Bilangan Guru Takmir Yang menerima elaun

RM800 sebulan Seramai 400 orang

RM62.59 JUTA

Semua elaun Ini di bayar sejak tahun

2011 sehingga sekarang Bilangan Guru Kafa yang menerima elaun

RM800 sebulan seramai 5277 orang

“KERAJAAN PERSEKUTUAN SENTIASA

MEMARTABATKAN ISLAM DI PERINGKAT AKAR

UMBI SEJAK DULU, KINI DAN SELAMANYA.”


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.