LAPORAN RAHMAN TALIB 1960

Page 1

Penyarah : Pn. Hjh Sarimah binti Saad

LAPORAN RAHMAN TALIB 1960


a n k a o i l d e e h s i : D

SITI NURFATEHA BINTI IBRAHIM

NURALIEYA NISHA BINTI OMRAN

SITI ZULAIKHA BINTI ZULKIFLI


EDUP3093

PENGENALAN LAPORAN RAHMAN TALIB 1960


PENGENALAN Laporan Rahman Talib 1960 merupakan lanjutan daripada Laporan Razak

Laporan Rahman Talib 1960 yang diperakui dalam Akta 1961 ini telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang

Tujuan laporan yang mengandungi usul dan saranan yang penting ini adalah untuk memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu

Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran Kebangsaan telah ditubuhkan pada Jun 1960 dan dipengerusikan oleh Encik Abdul Raman bin Haji Talib

Laporan dibentangkan di Parlimen dan dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961


T U J U A N P E M B E N T U K A N L A P O R A N Mengemas kini serta mengkaji semula syor-syor yang terkandung dalam Penyata Razak Meminda dan mengubahsuaikan kelemahan terdapat dalam laporan Razak 1956

Menyemak semula Penyata Razak dan kesan pelaksanaannya Menyemak semula pelaksanaan Dasar Pelakaran Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Penyata Razak

Menggariskan hasrat Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat masa kini

Mewujudkan Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan memberikan penekanan terhadap perpaduan antara kaum

Bertujuan untuk memantau Ordinan Pelajaran 1957


4 ASPEK PENTING DALAM LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 Menjadi titik permulaan kearah pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar

Memberi penekanan kepada Pendidikan Moral dan Keagamaan sebagai teras keperluan kerohanian

Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas

Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir


HUBUNGKAIT 1 Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Apabila penggunaan bahasa Melayu menjadi pengantar utama, murid-murid dapat memahami pembelajaran yang diajar oleh guru-guru. Oleh itu, negara akan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan. Bahasa Kebangsaan

Masyarakat dapat berkomunikasi dan bergaul dengan baik apabila menggunakan bahasa pengantar utama walaupun berlainan kaum dan dapat menambah ilmu pengetahuan yang meluas.

Laporan Rahman Talib 1960

Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar di semua peringkat sekolah, dan di institusi pengajian tinggi Digunakan dalam peperiksaan awam dan diwajibkan lulus sebelum masuk ke sekolah

Guru yang memelihara masyarakat yang bersatu padu

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Penekanan penggunaan bahasa Melayu di setiap sekolah dan institusi pendidikan dapat merapatkan jurang antara kaum sejak kecil Dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan antara kaum dan mengelakkan berlakunya perselisihan faham terutamanya dalam bidang pendidikan


HUBUNGKAIT 2 Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan

Mata pelajaran Islam yang ditawarkan kepada murid beragama Islam dapat menjadi panduan kepada mereka untuk melakukan perkara yang baik dan menghindari segala kejahatan. Penekanan mata pelajaran pendidikan Moral kepada murid bukan beragama Islam dapat melahirkan murid yang mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan membentuk invidu yang sentiasa patuh kepada Tuhan.

Laporan Rahman Talib 1960

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Mata Pelajaran Akhlak Mata pelajaran yang diwajibkan ialah Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam dan mata pelajaran pendidikan Moral untuk murid bukan beragama Islam.

Melahirkan guru yang berpekerti Mulia Guru yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik akan membentuk tingkah laku yang positif dan guru yang berpekerti mulia dalam semua aspek. Apabila guru mempunyai akhlak yang baik guru juga akan menjadi individu yang sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang


HUBUNGKAIT 3 Melahirkan Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Apabila murid-murid mengetahui peperiksaan akan berlangsung mereka akan melakukan ulang kaji bagi memantapkan ilmu yang sedia ada secara tidak langsung dapat manambah ilmu pengetahuan yg baharu. Potensi murid dalam sesuatu bidang juga dapat dikembangkan kerana ilmu pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki.

Sistem Peperiksaan Laporan Rahman Talib 1960

Sistem peperiksaan persekolahan yang sama diwujudkan walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas.

Guru yang menjamin perkembangan individu

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Sistem peperiksaan juga membantu guru untuk menguji kefahaman dan tahap penguasaan murid-murid dalam sesuatu bidang kerana perkara tersebut penting dalam proses perkembangan individu Guru juga dapat kembangkan potensi dan bakat murid ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, terdapat murid yang mahir dalam menyiapkan soalan matematik dengan pantas jadi guru boleh mengembangkan bakat murid tersebut dengan menyertai pertandingan


HUBUNGKAIT 4 Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Melahirkan rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab Apabila murid didedahkan tentang sejarah negara kita sejak dari bangku sekolah mereka akan mempunyai semangat patriotik yang tinggi serta mereka akan sentiasa bertanggungjawab untuk melindungi negara kita dari dijajah. Melalui mata pelajaran sejarah juga murid-murid akan menghargai segala jasa pejuang-pejuang tokoh yang telah mempertahankan negara kita dan mereka merasa beetanggungjawab untuk mengharumkan nama negara.

Laporan Rahman Talib 1960

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Penekanan mata pelajaran sejarah

Penekanan mata pelajaran sejarah kepada sekolah rendah dan sekolah menengah untuk menanam perasaan cinta dan setia pada negara. Guru yang menyanjung warisan kebudayaan Negara

Guru boleh menjadi role model untuk memperkenalkan warisan budaya yang terdapat dalam negara kita melalui matapelajaran sejarah. Guru boleh mengadakan aktiviti tentang warisan budaya kita seperti aktiviti pakaian tradisional dan aktiviti membuat kuih tradisional setiap kaum.


HUBUNGKAIT 5 Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Laporan Rahman Talib 1960

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Pendidikan ialah satu usaha berterusan Memastikan kelangsungan kepada setiap individu untuk menerima pendidikan tanpa menjalani peperiksaan Hal ini kerana, setiap individu mempunyai tahap perkembangan yang berbeza Ia memberi peluang kepada semua murid khususnya golongan murid yang kurang berkebolehan dalam akademik agar mereka tidak ketinggalan daripada mendapat pendidikan secara formal

Kenaikan Srcara Automatik Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah

Guru yang menjamin perkembangan individu Guru mempunyai peranan untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka secara holistik dan bersepadu Hal ini kerana, murid-murid memerlukan seorang guru untuk membimbing dan memberi dorongan kepada mereka Sebagai contoh, guru membiarkan mereka memilih aktiviti kokurikulum berdasarkan minat mereka.


HUBUNGKAIT 6 Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Laporan Rahman Talib 1960

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Memperkembangkan lagi potensi individu Murid -murid yang gagal memasuki sekolah akademik diberi peluang untuk menguasai kemahiran-kemahiran dalam bidang pekerjaan supaya mereka dapat mengaplikasikan pada masa hadapan Mereka yang ditawarkan pendidikan teknik dan vokasional mampu menguasai kemahiran tertentu sekaligus menjadi tenaga mahir yang berperanan pemting dalam pembangunan negara seperti sektor perindustrian

Penekanan kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional Menawarkan kursus vokasional selama tiga tahun kepada murd yang gagal memasuki sekolah Akademik Sekolah Menengah Teknik perlu ditubuhkan

Guru yang melahirkan masyarakat yang progresif Guru memberi kebebasan kepada murid untuk memilih aneka jurusan yang terdapat di sekolah seperti sains rumah tangga, kulinari dan sebagainya Hal ini kerana, ia akan menggalakkan mereka untuk mengemukakan idea mereka sendiri dan menggalakkan murid yang berfikiran jauh Secara tidak langsung, mereka akan mempunyai kemahiran tersendiri yang berguna pada masyarakat


HUBUNGKAIT 7 Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Laporan Rahman Talib 1960

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Rakyat yang berketerampilan Merombak semula sistem latihan guru di mana guru-guru dilantik di Institusi Pendidikan Guru dan akan mengikuti kursus selama satu tahun Hal ini kerana, melahirkan guru-guru yang sentiasa komited dengan tugas-tugasnya seperti menonjolkan diri dalam aktiviti-aktviti di sekolah Kesannya, ia akan menaikkan nama sekolah sekaligus memberi kelebihan dalam bidang pendidikan

Kenaikan Pangkat Guru-Guru Kenaikan pangkat yang dibuat oleh Jemaah Pengurus hendaklak disahkan oleh Menteri Pelajaran

Guru yang berpandangan progresif dan saintifik Guru akan mempunyai minda yang ke hadapan dan sentiasa menambah pengetahuan dan kemahiran yang selaras dengan perkembangan pendidikan secara global. Seseorang guru akan sentiasa mencari idea untuk memastikan pengajarannya adalah menarik dan berkesan kepada murid-muridnya Contohnya, guru menggunakan pelbagai Alat Bantu Mengajar (ABM)


HUBUNGKAIT 8 Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Laporan Rahman Talib 1960

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Insan yang seimbang dan harmonis Kewujudan kelas peralihan kepada pelajar dari SJKC dan SJKT adalah untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu mereka masih mantap dan betul. Mereka juga tidak akan mendapat kejutan budaya jika masuk ke kelas biasa pada tahun berikutnya kerana dalam kelas peralihan itu sendiri, mereka sudah mula belajar dan melihat sendiri persekitaran pembelajaran mereka. Tambahan pula, kelas peralihan yang dilaksanakan ini memberi banyak manfaat antaranya, membolehkan murid menguasai bahasa Malaysia dengan secukupnya, membolehkan murid berkomunikasi dengan berlesan dan memupuk semangat kewarganegaraan serta menerapakan nilai-nilai murni dalam diri. Kesannya, ia dapat melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang dan harmonis dari semua aspek

Kelas peralihan Diwujudkan bagi membantu meningkatkan penguasaan bahasa bagi pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) yang bertukar ke sekolah menengah Melayu atau sekolah Menengah Inggeris. Mereka akan dimasukkan ke dalam kelas peralihan

Guru yang memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu Kelas peralihan adalah salah satu hasrat kerajaan untuk memastikan murid-murid yang bersekolah di SJKC dan SJKT boleh berinteraksi dengan bahasa Melayu dengan baik setelah lama menggunakan bahasa ibunda mereka untuk berkomunikasi di sekolah Di dalam kelas itu juga, murid-murid akan ditanamkan sikap nilai-nilai murni dan kewarganegaraan untuk menyedari betapa pentingnya bahasa Melayu supaya semua rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai kaum ini dapat bekerjasama dan memupunyai rasa toleransia antara satu sama lain walaupun berlainan agama dan bangsa namun, bahasa Melayu dan sikap patriotisme yang menyatukan kita


HUBUNGKAIT 9 Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pendidikan ialah satu usaha berterusan Pendidikan ialah satu proses yang berterusan yang berlaku dalam diri setiap individu sejak mereka lahir sehingga ke akhir hayat. Oleh itu, dengan wujudnya cadangan dalam Laporan Rahman Talib tentang pendidikan secara percuma. Kesannya, semua murid dapat meneruskan pengajian mereka tanpa perlu membebankan diri dengan kos pembayaran yuran persekolahan. Kesimpulannya, ia dapat membolehkan muridmurid untuk menuntut ilmu pengetahuan dan memajukan diri secara berterusan

Laporan Rahman Talib 1960

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Pendidikan secara percuma Bantuan persekolahan diberikan kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah supaya dapat meringankan beban rakyat

Guru yang menjamin perkembangan individu

Pelaksanaan pendidikan secara percuma membantu murid-murid agar dapat melanjutkan pelajaran dan semangat untuk datang kesekolah. Perkara ini memudahkan guru-guru untuk mengajar dan mencurahkan ilmu kepada semua murid secara sama rata serta dapat menjadikan mereka seorang yang berilmu kerana mereka sebenarnya mampu dan ada potensi dengan sentiasa digilap dan di kembangkan, ia hanya memerlukan sokongan dan dorongan daripada guru supaya mereka memulakan langkah


HUBUNGKAIT 10 Pendidikan ialah satu usaha berterusan Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Laporan Rahman Talib 1960

Umur persekolahan dari umur 12 tahun kepada 15 tahun dengan mengadakan sekolah Pelajaran lanjutan ini merupakan satu usaha yang dapat membantu muridmurid mendapat tempat atau pendidikan yang sewajarnya. Perkara ini juga bertepatan dengan FPK yang menyatakan bahawa pendidikan ialah satu usaha berterusan yang dapat melahirkan individu yang berfikiran matang dan kreatif

Umur persekolahan dari 12 tahun hingga 15 tahun Umur berhenti sekolah dinaikkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun dengan mengadakan sekolah Pelajaran lanjutan

Guru yang menjamin perkembangan individu

Hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Sorang guru pastinya menginginkan kemenjadian murid dan mahu mereka mencuba setiap peluang yang ada dalam membina kemajuan diri ketika di usia yang sepatutnya mereka bersekolah Oleh itu, umur persekolahan yang diwajibkan ini dapat memberi guru peluang bagi membantu murid-murid untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dalam pelbagai aspek


RUMUSAN Kesimpulannya, cadangan-cadangan yang terdapat dalam Laporan Rahman Talib 1960 pada akhirnya telah diterima dan digunapakai dalam Akta Pendidikan 1961 dan digubal semula kedalam Akta Pendidikan 1996 dan diaplikasikan serta menjadi panduan kepada sistem pendidikan pada hari ini. Sesungguhnya, semua cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib 1960 ini mempunyai hubungkaitnya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana, FPK dan FPG merupakan asas dan panduan untuk membentuk sistem pendidikan yang teratur dan terancang. Selain itu, pelaksanaan FPK dan FPG mampu untuk melahirkan dan membentuk perkembangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Semua cadangan yang termaktub di dalam Laporan Rahman Talib 1960 adalah penting untuk merealisasikan elemen- elemen yang terkandung dalam FPK dan FPG untuk mencapai matlamat negara yang memfokuskan untuk menjadikan pendidikan lebih cemerlang dan mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.


VIDEO REFLEKSI, SILA TEKAN PADA SETIAP GAMBAR

NURALIEYA NISHA BINTI OMRAN

SITI ZULAIKHA BINTI ZULKIFLI

SITI NURFATEHA BINTI IBRAHIM


RUJUKAN


sekian, terima kasih!


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.