Page 1

HADIAH HANYA

untukmu


Surprise! Inilah hadiah hanya untukmu


K

rismas tidak akan lengkap tanpa hadiah yang dibungkus dengan cantik, yang anda tidak sabar ingin membukanya. Adakah hadiah itu sekotak coklat yang sedap? Alat elektronik yang anda selalu inginkan? Atau lebih baik lagi, hadiah buatan tangan daripada orang yang anda paling kasihi?


Namun ada satu lagi kejutan daripada Krismas. Itulah hadiah yang terlepas perhatian atau dilupakan oleh ramai orang. Namun kita percaya hadiah ini akan betul-betul membawa kejutan. Hadiah ini dikhaskan untuk anda, dan diberikan oleh orang yang tahu dengan tepat apa yang anda perlukan. Sebelum anda berasa ragu-ragu atas tawaran ini, mengapa tidak

Hadiah ini ada beberapa kualiti yang

sangat istimewa ...


cuba membacanya? Marilah membuka hadiah kecil ini bersama-sama dan menemukan keistimewaannya.

Inilah yang anda betulbetul perlukan. Hadiah ini memenuhi keperluan anda di lubuk hati, misalnya persahabatan, harapan, penghiburan, keyakinan dan kedamaian. Ini kerana pemberi hadiah ini memahami hati kita, dia tahu dengan tepat apa yang anda perlukan.


Hadiah ini memberi anda harapan. Adakah anda dibebani oleh masalah kewangan, tekanan atau penyakit? Rasa sesat dan bingung? Hadiah ini memberi anda harapan. Hadiah ini akan menjadi penghiburan apabila anda berasa kecewa, dan memberikan keyakinan bahawa anda tidak keseorangan dalam perjalanan hidup yang sukar ini.


Hadiah ini memberikan permulaan baru Adakah anda berasa kesal akan kesalahan anda pada masa lalu, dan berharap anda boleh memulakan semula? Adakah anda rindu untuk mendengar, “Aku sudah mengampuni kamu, teruskan hidup kamu�? Inilah yang ditawarkan oleh hadiah tersebut— peluang untuk menjalani hidup baru, disertai ketulusan hati dan tujuan hidup.


Hadiah ini memberikan kepuasan yang sejati. Adakah anda orang yang memiliki pencapaian dan kekayaan yang tinggi, namun masih berasa ada sesuatu yang hilang dalam hidup? Hadiah ini akan memberi anda kepuasan yang benar, mendalam dan memperkenalkan makna yang baru dalam tujuan hidup anda.


Hadiah ini diberikan oleh seseorang yang istimewa. Hadiah ini adalah istimewa kerana diberikan oleh seseorang yang amat memahami dan mengasihi anda, lebih daripada sesiapa pun. Pemberi hadiah ini selalu memberi perhatian kepada anda, dan hanya mahu memberikan perkara yang terbaik bagi anda.


Han ya untu k kamu


Hadiah yang begitu baik ini memang wujud, betul! Sebenarnya, anda tidak perlu tunggu hingga Hari Krismas— anda boleh membuka hadiah ini pada bila-bila masa.


Ingin tahu selanjutnya? Bacalah seterusnya!


Hadiah ini sebenarnya seorang Peribadi —Peribadi ini sangat istimewa. Dia yang menjadi maksud sebenar kita menyambut Hari Krismas— Yesus Kristus, Anak Tuhan. Yesus datang untuk menunjuk kita jalan yang datang kepada Tuhan— Dia yang mencipta seluruh dunia ini dan semua manusia. Melalui Dia, kita boleh mengenal Pencipta kita dan mengalami berkatNya yang indah—memenuhi keperluan kita yang paling dalam; memberikan harapan yang bertahan walaupun dalam saat-saat yang mendesak; pengampunan atas dosa kita, serta peluang baru untuk


Yesus berkata, “Aku supaya manusia mendapat iaitu hidup yang �

datang

hidup, kelimpahan (Yohanes 10:10).

menjalani hidup yang ada ketulusan hati, kepuasan sejati; maksud dan tujuan hidup; kegembiraan dan kedamaian yang tidak ternilai; kasih yang mendalam dan tidak bersyarat. Adakah kehidupan ini yang anda


sedang carikan? Berita baiknya, hadiah ini sudah tersedia, dan sedang menantikan anda. Anda hanya perlu memberitahu Tuhan, yakni Pencipta dunia ini:

“Ya, aku mahu menerima hadiah ini, iaitu AnakMu, Yesus.� Atau mungkin anda belum pasti untuk menjawab “ya� dan memerlukan masa untuk berfikir lagi. Tidak apa! Mengapa tidak membaca lebih lagi? Perhatikan hadiah ini, dan menemukan sendiri jika hadiah ini betul-betul dapat memuaskan keinginan anda yang paling mendalam. Kami juga mencadang anda berbual dengan rakan Kristian untuk menemukan lebih banyak tentang Yesus. Kami juga ada


sebuah bahan lagi, Kisah tentang Harapan, sebuah buku kecil yang boleh memberitahu anda lebih banyak tentang Yesus. Sila hubungi kami untuk mendapatkan bahan ini.


XG107

Discovery House Distributors Sdn. Bhd. (Company No. 368775-M) Peti Surat 81, Taman Sri Tebrau, 80057 Johor Bahru. www.dhdmalaysia.com http://pedomanharian.org

Profile for Our Daily Bread Ministries

Hadiah Hanya Untukmu  

Risalah kecil "Hadiah Hanya Untukmu" yang ringkas dan menarik ini menceritakan hadiah yang sangat berharga—Yesus Kristus. Melalui cerita ini...

Hadiah Hanya Untukmu  

Risalah kecil "Hadiah Hanya Untukmu" yang ringkas dan menarik ini menceritakan hadiah yang sangat berharga—Yesus Kristus. Melalui cerita ini...