CUCUK SANGG

Page 1

NURNAZATHUL IDAYU BINTI SAFFI'AI

FASHION PROJEK

LUGGNAS KUCUC

DVF 50145

09DFP19F1002


01 Definisi Cucuk Sanggul

27

02 Senjata Melayu 03 Perhiasan dan Senjata 05 Bukti 1 06 Bukti 2 09 Asal Usul 10 Cucuk Sanggul 12 Syair Dang Sirat

13 Jenis Cucuk Sanggul 14 Konsep

CURSE

ENDEARING 15 Inspiration Board 16 Colour Forecasting 17 Look 26 Mood Board 27 StoryBoard 28 Trend Board 29 Company Board 30 Fabric Board 32 Analytical drawing

70

33 Development Design 58 Final Design


CUCUK SANGGUL Cucuk sanggul antara salah satu perhiasan diri bagi wanita Melayu , India dan Cina peranakan untuk mendandan rambut mereka yang panjang mengurai dan lebat. Bagi suku kaum Orang Asli, buluh atau kayu dijadiakan sebagai cucuk sanggul selepas ia diukir dengan teliti dan menarik sekali. Peranan utama cucuk sanggul yang sebenar ialah untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai.

| 01

Malaysia Art & Culture Traditional Contemporary


Persenjataan masyarakat Melayu terdahulu yang wujud dalam pelbagai variasi ini dikesan melalui tinggalantinggalan sejarah yang amat penting. Senjata tersebut kini

Malaysia Art & Culture

masih wujud dan disimpan dengan rapi oleh pihak muzium yang terdapat di dalam negara. Selain itu, terdapat juga senjata-senjata berkenaan yang masih disimpan oleh individu-individu tertentu sebagai koleksi peribadi. Warisan senjata untuk mempertahankan diri yang dimiliki oleh masyarakat Melayu ini jelas mempamerkan kemampuan pemikiran dan kemahiran mereka dalam menghasilkan senjata. Kewujudan senjata ini bukan sahaja membuktikan bahawa masyarakat Melayu bukan hanya mempunyai kebijaksaan dalam mencipta senjata berkenaan tetapi juga turut diselitkan dengan seni ukir yang amat menarik dan teliti.

SENJATA MELAYU Selain berfungsi untuk mempertahankan diri, senjata-senjata masyarakat Melayu juga mempunyai nilai sebagai alat perhiasan. Senjata-senjata berkenaan banyak digunakan sebagai perhiasan terutama untuk majlis-majlis penting seperti pertabalan raja dan perkahwinan. Keris misalnya seringkali dijadikan perhiasan yang melengkapi busana perkahwinan bagi pengantin lelaki. Namun begitu, penggunaan senjata tidak saja terhad kepada kaum lelaki sahaja. Suatu ketika dahulu kaum wanita juga mempunyai senjata sendiri untuk menjaga maruah dan keselamatan diri mereka terutama ketika berada di luar rumah. Jenis-jenis senjata yang biasa digunakan oleh kaum wanita seperti cucuk sanggul, badik, lawi ayam, kerambit

| 02


ATAJNES & NASAIHREP IAGABES Cucuk sanggul adalah antara senjata mempertahankan diri yang amat signifikan dalam perhiasan diri wanita Melayu. Cucuk sanggul diselitkan di sebalik rambut untuk memperkemaskan ikatan rambut. Cucuk sanggul ini lazimnya diperbuat logam, kayu dan buluh. Malaysia Art & Culture

Mohd Kassim Haji Ali dan Ramli Jaafar (2009: 46), wanita dari berbagai kaum di Malaysia telah lama memakai cucuk sanggul sebagai perhiasan diri dan sebagai senjata untuk mempertahankan diri dari serangan kaum lelaki atau orang yang berniat jahat.

Zakaria Abdullah (2007: 281) menyatakan bahawa cucuk sanggul adalah senjata yang ditakuti musuh kerana hikmatnya yang boleh menembusi kulit yang kebal. Keadaan ini menjadikan cucuk sanggul antara senjata mempertahankan diri yang seringkali dikaitkan dengan kaum wanita. | 03


Cucuk sanggul adalah sejenis senjata yang amat ringkas buatannya iaitu terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah kepalanya yang diperbuat dalam pelbagai bentuk dan dihiasi dengan ukiran serta batu permata. Bahagian kedua pula adalah batangnya yang bersifat meruncing ke hujung yang mempunyai fungsi tersendiri. Fungsi asasnya adalah bagi memudahkan cucuk sanggul diselitkan ke dalam rambut untuk merapikan ikatan rambut kaum wanita. Sebagai lambang kecantikan, cucuk sanggul akan menyerlahkan seri wajah seseorang wanita yang memakainya. Ismail Mat Amin (2009:76) menyatakan bahawa cucuk sanggul dianggap sebagai hiasan serbaguna kerana selain menghiasi sanggul ia juga berfungsi sebagai sikat berdasarkan bentuk pangkalnya. Cucuk sanggul yang diselitkan ini agak sukar untuk dikesan sebagai senjata kerana biasanya ia dihiasi dengan kuntuman bunga bagi melengkapkan pemakaian cucuk sanggul wanita.

Selain wujud dalam bentuk fizikal, senjata untuk mempertahankan diri dalam kalangan masyarakat Melayu terdahulu juga hadir dalam medium seni sastera masyarakatnya. Penggunaan pelbagai jenis senjata ini digambarkan oleh tukang cerita dalam cerita-cerita Melayu tradisional. Senjata-senjata berkenaan digambarkan dengan teliti tentang penggunaannya oleh masyarakat Melayu terdahulu hingga dapat diberikan gambaran sebenar oleh pembaca cerita berkenaan. Unsur-unsur senjata ini hadir dalam teks-teks kesusasteraan Melayu tradisional sama ada melalui hikayat, legenda atau mitos. Kehadiran penggunaan senjata di dalam teks-teks kesusasteraan ini memperlihatkan betapa masyarakat Melayu terdahulu mempunyai hubungan yang akrab dengan persenjataan. Oleh itu, makalah ini akan menjurus kepada penggunaan cucuk sanggul sebagai alat perhiasan dan senjata yang terdapat dalam kisah Puteri Saadong.

| 04


BUKTI 1 CUCUK SANGGUL SEBAGAI SENJATA Kisah Puteri Saadong secara umumnya adalah legenda yang terdapat di negeri Kelantan dan wujud dalam pelbagai versi. Kepelbagaian versi kisah Puteri Saadong ini menjadikan peristiwa yang ingin ditekankan di dalam makalah ini juga bersifat pelbagai. Namun, penekanan hanya akan diberikan terhadap peristiwa penggunaan cucuk sanggul sebagai senjata. Penggunaan cucuk sanggul di dalam kisah ini adalah amat terhad tetapi masih boleh diangkat sebagai salah satu aspek penting di dalam penghasilan makalah ini. Penggunaan cucuk sanggul sebagai perhiasan dan dan senjata rahsia dikesan di dalam salah satu versi. Manakala versi cerita yang lain pula menceritakan bahawa cucuk sanggul berkenaan tidak digunakan sebagai senjata tetapi hanya dijadikan sebagai alat untuk memegang simpulan sanggul untuk menyimpan air mawar. Air mawar tersebut mempunyai hikmat yang digunakan untuk menyembuhkan kembali Puteri Saadong daripada tikaman suaminya, Raja Abdullah. Dalam versi ini, cucuk sanggul mempunyai fungsi sebagai alat untuk menyembunyikan penawar rahsia yang dimiliki oleh Puteri Saadong. Penggunaan cucuk sanggul mengikut versi yang pertama dapat dilihat melalui petikan yang berikut: Berdasarkan petikan sebelah, jelas dinyatakan

Setelah sampai di istana, Puteri Saadong dapati suaminya sudahpun beristeri baru. Pertemuan itu mencetuskan perbalahan antara beliau dengan suaminya. Puteri Saadong merasakan suaminya, Raja Abdullah telah memungkiri janji mereka sebelum beliau berangkat ke Siam. Suaminya dianggap tidak setia pada janji yang dibuat. Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah berkahwin lagi setelah tahun demi tahun menunggu sehingga beranggapan Puteri Saadong tidak mungkin akan pulang lagi. Lebih-lebih lagi setelah diambil oleh raja Siam. Raja Siam sangat berkuasa pada masa itu dan untuk menyerang dan menyelamatkan isterinya tidak mungkin dapat dilakukannya. Pertemuan yang berlaku itu pada mulanya melibatkan perbalahan mulut. Namun perbalahan itu semakin panas sehingga Raja Abdullah memukul Puteri Saadong dan ini dikatakan menyebabkan Puteri Saadong telah mencabut cucuk sanggulnya dan menikam Raja Abdullah sehingga mangkat (Mohamad Nazri Ahmad, 2008: 147).

| 05

bahawa peristiwa perbalahan antara Puteri Saadong dengan suaminya Raja Abdullah berlaku setelah kembalinya Puteri Saadong daripada Siam. Kesan daripada perbalahan tersebut menyebabkan Raja Abdullah telah ditikam oleh Puteri Saadong dengan cucuk sanggulnya. Peristiwa ini memperlihatkan bahawa cucuk sanggul telah digunakan oleh Puteri Saadong untuk menikam Raja Abdullah sehingga mangkat.


BUKTI 2 CUCUK SANGGUL SEBAGAI PENYIMPAN PENAWAR Selain versi tersebut, terdapat juga versi lain tentang penggunaan cucuk sanggul oleh Puteri Saadong. Merujuk kepada versi kedua ini pula, penggunaan sanggul tidak diketengahkan dengan jelas tetapi masih menceritakan tentang sanggul Puteri Saadong yang befungsi untuk menyimpan air mawar. Keadaan ini dikisahkan apabila berlakunya peristiwa Puteri Saadong telah dipancung oleh Raja Abdullah setelah berlakunya perbalahan antara mereka. Puteri Saadong telah mewasiatkan kepada dayangnya supaya membuka sanggulnya dan mengambil jembul (bekas) yang berisi air mawar untuk merawat lukanya. Kata-kata Puteri Saadong yang merujuk kepada perkara ini adalah seperti berikut yang dipetik daripada Hikayat Puteri Saadong:

Jika aku mati berdarah, kamu ambillah satu jembul ke dalam sanggulku ini; maka dalam jembul itu berisi air mawar pemberian Encik Siti. Maka Encik Siti dapat daripada Tuan Puteri Minang Berembung (Siti Hawa Haji Salleh, 2006 :44)

Oleh itu, apabila Puteri Saadong telah ditikam oleh Raja Abdullah, dayangya telah menurut wasiat Puteri Saadong sehingga akhirnya Puteri Saadong kembali pulih. Peristiwa ini amat berlainan dengan peristiwa yang terdapat dalam versi pertama seperti yang telah dikemukakan. Namun, elemen penggunaan cucuk sanggul masih lagi terdapat di dalam versi yang kedua ini. Keadaan ini membuktikan bahawa cucuk adalah antara bahagian penting yang masih dikaitkan dengan diri seorang wanita bukan sahaja sebagai perhiasan dan senjata tetapi juga digunakan sebagai alat untuk menyimpan penawar untuk kegunaan dirinya sendiri. | 06


Kedua-dua versi kisah Puteri Saadong diatas memperlihatkan kelainan dari aspek penggunaan cucuk sanggul. Namun, pengkaji yakin bahawa cucuk sanggul masih lagi mempunyai kekuatan dalam kisah perkelahian antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. Hal ini sedemikian kerana cucuk sanggul juga mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang menyerupai keris. Bentuk cucuk sanggul yang meruncing di hujungnya memperlihatkan bahawa cucuk sanggul adalah sejenis alat perhiasan yang boleh digunakan sama seperti keris. Perkara ini dijelaskan oleh Faridah Sarudin et. al. (2015) yang menyatakan bahawa sebagai alat untuk mempertahankan diri, kebanyakan wanita gemar menggunakan barang perhiasan diri seperti cucuk sanggul sebagai senjata kerana rupa bentuk cucuk sanggul yang panjang, tajam, bersaiz kecil dan mudah disembunyikan. Oleh itu, ternyata bahawa sifat fizikal cucuk sanggul yang menyerupai keris atau senjata tajam boleh digunakan untuk kaum wanita mempertahankan diri dan menikam lawannya

| 07

Selain itu, berdasarkan kajian berkaitan dengan undang-undang sosiologi masyarakat Melayu terdahulu, seseorang wanita adalah tidak manis sekiranya membawa senjata seperti keris, parang, lembing dan sebagainya. Hal ini kerana senjata-senjata berkenaan seringkali dikaitkan dengan golongan lelaki sahaja. Oleh yang yang sedemikian, situasi ini dapat memperlihatkan bahawa cucuk sanggul adalah alat yang paling sesuai sebagai senjata yang digunakan oleh Puteri Saadong. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan mengambil pandangan daripada Yusman Ayob dan Mohamed Roselan (1995: 6) yang menyatakan bahawa sudah menjadi resam tidak manis bagi wanita untuk membawa dan mempamerkan alat berbahaya. Sudah diterima umum bahawa wanita sifatnya lembut, dan membawa senjata adalah sesuatu yang bertentangan dengan sifat itu. Kenyataan yang dikemukakan oleh kedua-dua sarjana ini amat jelas tentang sifat masyarakat Melayu yang tidak membenarkan golongan wanita membawa senjata. Pandangan ini mengukuhkan lagi dapatan kajian bahawa keris bukanlah senjata yang digunakan oleh Puteri Saadong untuk menikam Raja Abdullah. Sebaliknya, unsur cucuk sanggul yang memainkan fungsi sebagai senjata berkenaan. Hal ini kerana penggunaan cucuk sanggul tidak dilarang dalam kalangan masyarakat Melayu.


Ternyata bahawa cucuk sanggul adalah senjata yang boleh dianggap sebagai alat mempertahankan diri yang digunakan oleh Puteri Saadong. Pengukuhan pandangan mengenai cucuk sanggul sebagai senjata telah dibuktikan berdasarkan penjelasan yang diberikan dalam perbincangan diatas. Cucuk sanggul yang mempunyai bentuk dan reka corak yang menarik dengan pelbagai jenis hiasan seperti bunga harus dilihat bukan sahaja dari fungsinya untuk perhiasan. Cucuk sanggul juga adalah senjata rahsia yang digunakan oleh kaum wanita Melayu terdahulu untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang ancaman. Cucuk sanggul juga bersifat akrab dengan wanita kerana nilainya yang berbeza-beza mengikut taraf dan status diri seseorang wanita Melayu terdahulu. Namun, penggunaan cucuk sanggul dalam kalangan wanita moden adalah kurang popular kerana terdapat pelbagai hiasan lain yang telah wujud. Antaranya adalah seperti ikat rambut, scarf, tudung dan sebagainya. Oleh itu, melalui makalah ini mencadangkan agar cucuk sanggul sebagai salah satu warisan penting dalam dunia perhiasan dan persenjataan Melayu yang perlu dipertahankan.

| 08


ASAL USUL CUCUK SANGGUL Thailand, Indonesia juga ramai peranakan yang berkongsi cara hidup sama memakai cucuk sanggul Perdagang kaya cina singgah di perairan kita

Peranankan ini bukan sahaja di negeri selat (melaka, singapore & pulau pinang )

Wujud dalam perbagai culture

Tersebar luas di pelusuk nusantara Perhiasan kepala tradisi wanita melayu Asasnya berbentuk melitang di atas kepala & dihias dengan cucuk sangul berhias

Memakai cucuk sanggul berhias - Melaka 3 batang - Penang 7 batang Senjata bagi kaum wanita

| 09


CUCUK SANGGUL Bentuk asal ‘U’ (pacak) Faktor budaya setempat, menjadi kegunaan tarian Hari hari tertentu yang diraikan - kenduri, adat istiadat Bukan hanya bersangkul tetapi juga disisipkan perhiasan - bungan bunga hidup Orang melayu terutama orang johor akan dihiasi bunga wangi

FUNGSI Mengukuhkan simpulan yang di pintal Sanggul merupakan teknik mengemaskan perampilan diri Kukuhkan rambut yang dipintal (orang asli -duri landak @ buluh yang diraut) Lebih kepada astektik tujuan kecantikan (evolusi, era kemodenan)

Cucuk sanggul berhias dihias dengan batu batu permata beranika warna

| 10

Tempat perletakan sanggul lintang Kiri untuk anak dara Kanan untuk yang dah berkhawin

DIPERBUAT DARIPADA Buluh Emas Tembaga Perak Suasa

Corak motif cucuk sanggul Bunga pacak Bunga senayan Bunga sudah belom Bunga putih pendek Bunga paku putih panjang Kepang Pecah lima/ enam Jurai

Pakaian bersanding - Sibai, juntaan melor, gelang kaki tembaga dan kasut baldu (perempuan) - Jubah ala parsi (lelaki) Full set - Sibai(anak selendang/ alas dada) -Gandik (mahkota tutup dahi) -Juntai (bunga melor)


Golongan yang memakai cucuk sanggul Penggunaan perhiasan peribadi dikatakan dapat mengukur pangkat, status dan kedudukan seseorang Orang biasa dikatakan hanya menyemat atau memakai cucuk sanggul yang diperbuat daripada kayu atau buluh Istana raja akan memakai cucuk sanggul yang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga dengan motif bunga dan pelbagai motif

Sebab tu taman taman melayu, landskap melayu selalu ada bunga bunga yang wangi Bunga tanjung, bunga kesidang, melur, kenanga, tanjung Bukan sahaja disebabkan cantik dan wangi tetapi juga digunakan dalam perubatan tradisional Kegunaan bunga bunga yang wangi akan digunakan untuk menghias sanggul atau disorok dalam sanggul Orang melayu tidak memakai bunga orkit @ angerik (nama melayu) kerana tumbuhnya meliar dan akan diangap si pekaijuga liar Orang dahulu walaupun hanya memakai sanggul bunga bunga tersebut mempunyai maksud tersirat

| 11


Di dalam Syair Dang Sirat ada mengatakan seorang dayang yang bertugas sebagai biduan istana bernama Dang Sirat telah menggunakan ilmu sihir iaitu ilmu pengasih untuk memikat Sultan Johor dengan menggunakan cucuk sanggul. Zaman dahulu juga, mak andam memakaikan cucuk sanggul yang telah dijampi ilmu pengasih di kepala pengantinperempuan untuk mereka kelihatan berseri-seri pada hari tersebut.

SYAIR DANG SIRAT | 12


JENIS CUCUK SANGGUL CUCUK SANGGUL GOYANG

CUCUK SANGGUL PAKU/ KECIK

CUCUK SANGGUL WAU BULAN

CUCUK SANGGUL SUDU

CUCUK SANGGUL KEPANG

CUCUK SANGGUL PECAH

CUCUK JURAI | 13


CONCEPT The concept of contemporary traditional that I chose is to bring and absorb traditional elements in clothing. This is due to a lack of exposure to traditional clothing and jewellery among today's youth. Although it is well known that cucuk sanggul was a type of women's jewellery in ancient times, not everyone is aware of the storey behind the cucuk sanggul.

| 18 | 14


INSPIRATION BOARD | 15


COLOUR FORECASTING

| 16


LOOK

| 17


| 18


| 19


| 20


| 21


| 22


| 23


| 24


| 25


MOOD BOARD

| 26


STORY BOARD

| 27


TREND BOARD

| 28


COMPANY BOARD | 29


FABRIC BOARD | 30


| 31


ANALYTICAL DRAWING

| 32


DEVELOPMENT DESIGN

| 33


| 34


| 35


| 36


| 37


| 38


| 39


| 40


| 41


| 42


| 43


| 44


| 45


| 46


| 47


| 48


| 49


| 50


| 51


| 52


| 53


| 54


| 55


| 56


| 57


3 FINAL DESIGN

| 58


| 59


| 60


| 61


| 62


| 63


| 64


PREPARED BY NURNAZATHUL IDAYU BINTI SAFFI'AI 09DFP19F1002

LECTURER PROJECT MOHD FARHAIRUDIN BIN ANUAR NORULAINI BINTI MOHD RAMLY


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.