1 minute read

Senjata Melayu

Persenjataan masyarakat Melayu terdahulu yang wujud dalam pelbagai variasi ini dikesan melalui tinggalantinggalan sejarah yang amat penting. Senjata tersebut kini masih wujud dan disimpan dengan rapi oleh pihak muzium yang terdapat di dalam negara. Selain itu, terdapat juga senjata-senjata berkenaan yang masih disimpan oleh individu-individu tertentu sebagai koleksi peribadi. Warisan senjata untuk mempertahankan diri yang dimiliki oleh masyarakat Melayu ini jelas mempamerkan kemampuan pemikiran dan kemahiran mereka dalam menghasilkan senjata. Kewujudan senjata ini bukan sahaja membuktikan bahawa masyarakat Melayu bukan hanya mempunyai kebijaksaan dalam mencipta senjata berkenaan tetapi juga turut diselitkan dengan seni ukir yang amat menarik dan teliti.

S E N J A T A

Advertisement

M E L A Y U

Malaysia Art & Culture

Selain berfungsi untuk mempertahankan diri, senjata-senjata masyarakat Melayu juga mempunyai nilai sebagai alat perhiasan. Senjata-senjata berkenaan banyak digunakan sebagai perhiasan terutama untuk majlis-majlis penting seperti pertabalan raja dan perkahwinan. Keris misalnya seringkali dijadikan perhiasan yang melengkapi busana perkahwinan bagi pengantin lelaki. Namun begitu, penggunaan senjata tidak saja terhad kepada kaum lelaki sahaja. Suatu ketika dahulu kaum wanita juga mempunyai senjata sendiri untuk menjaga maruah dan keselamatan diri mereka terutama ketika berada di luar rumah. Jenis-jenis senjata yang biasa digunakan oleh kaum wanita seperti cucuk sanggul, badik, lawi ayam, kerambit

This article is from: