1 minute read

Perhiasan dan Senjata

Malaysia Art & Culture

I A G A B E S N A S A I H R E P A T A J N E S

Advertisement

Cucuk sanggul adalah antara senjata mempertahankan diri yang amat signifikan dalam perhiasan diri wanita Melayu. Cucuk sanggul diselitkan di sebalik rambut untuk memperkemaskan ikatan rambut. Cucuk sanggul ini lazimnya diperbuat logam, kayu dan buluh.

Mohd Kassim Haji Ali dan Ramli Jaafar

2009( : 46), wanita dari berbagai kaum di Malaysia telah lama memakai cucuk sanggul sebagai perhiasan diri dan sebagai senjata untuk mempertahankan diri dari serangan kaum lelaki atau orang yang berniat jahat.

Zakaria Abdullah (2007: 281) menyatakan bahawa cucuk sanggul adalah senjata yang ditakuti musuh kerana hikmatnya yang boleh menembusi kulit yang kebal. Keadaan ini menjadikan cucuk sanggul antara senjata mempertahankan diri yang seringkali dikaitkan dengan kaum wanita.

Cucuk sanggul adalah sejenis senjata yang amat ringkas buatannya iaitu terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah kepalanya yang diperbuat dalam pelbagai bentuk dan dihiasi dengan ukiran serta batu permata. Bahagian kedua pula adalah batangnya yang bersifat meruncing ke hujung yang mempunyai fungsi tersendiri. Fungsi asasnya adalah bagi memudahkan cucuk sanggul diselitkan ke dalam rambut untuk merapikan ikatan rambut kaum wanita. Sebagai lambang kecantikan, cucuk sanggul akan menyerlahkan seri wajah seseorang wanita yang memakainya. Ismail Mat Amin (2009:76) menyatakan bahawa cucuk sanggul dianggap sebagai hiasan serbaguna kerana selain menghiasi sanggul ia juga berfungsi sebagai sikat berdasarkan bentuk pangkalnya. Cucuk sanggul yang diselitkan ini agak sukar untuk dikesan sebagai senjata kerana biasanya ia dihiasi dengan kuntuman bunga bagi melengkapkan pemakaian cucuk sanggul wanita.

Selain wujud dalam bentuk fizikal, senjata untuk mempertahankan diri dalam kalangan masyarakat Melayu terdahulu juga hadir dalam medium seni sastera masyarakatnya. Penggunaan pelbagai jenis senjata ini digambarkan oleh tukang cerita dalam cerita-cerita Melayu tradisional. Senjata-senjata berkenaan digambarkan dengan teliti tentang penggunaannya oleh masyarakat Melayu terdahulu hingga dapat diberikan gambaran sebenar oleh pembaca cerita berkenaan. Unsur-unsur senjata ini hadir dalam teks-teks kesusasteraan Melayu tradisional sama ada melalui hikayat, legenda atau mitos. Kehadiran penggunaan senjata di dalam teks-teks kesusasteraan ini memperlihatkan betapa masyarakat Melayu terdahulu mempunyai hubungan yang akrab dengan persenjataan. Oleh itu, makalah ini akan menjurus kepada penggunaan cucuk sanggul sebagai alat perhiasan dan senjata yang terdapat dalam kisah Puteri Saadong.

This article is from: