penulisan akademik 2

Page 12

Kerangka konseptual kajian ď‚—

Kerangka konseptual kajian ini diadaptasi dan diubahsuai dari model metakognisi Wilson (1999). Menurut Wilson (1999), 3 fungsi metakognisi iaitu kesedaran, penilaian dan regulasi dapat menerangkan tingkah laku pelajar. Kesedaran dan penilaian merupakan komponen bagi aktiviti pemikiran yang dipanggil pemantauan. Manakala komponen refleksi adalah proses di mana kesedaran membangkitkan penilaian dan seterusnya penilaian membangkitkan regulasi kepada proses pemikiran.

ď‚—

Kemahiran metakognisi yang merangkumi komponen perancangan, pemantauan, penilaian dan pengawalaturan membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih baik. Metakognisi memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah seperti menetapkan matlamat, menilai dan membuat pembetulan (Mcneil 1987).

ď‚—

Apabila kemahiran metakognisi wujud kebolehan murid dalam penyelesaian masalah boleh dipertingkatkan sekaligus menjadikan pembelajaran bermakna kepada mereka. Dalam kerangka konseptual ini juga ada ditunjukkan faktor demografi iaitu jantina murid. Menurut Seth et al. 2007; Fatin 2005 kemahiran metakognisi antara jantina menunjukkan perbezaan kebolehan murid dalam penyelesaian masalah.

12


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.