Page 1

KEMAHIRAN METAKOGNISI DALAM PENYELESAIAN MASALAH ABSTRAK Jamailia bt Jumahari Saemah bt Rahman Berfikir merupakan proses menggunakan minda, sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap

sesuatu,

membuat

pertimbangan

atau

keputusan

serta

menyelesaikan masalah. Berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Menyedari pentingnya berfikir dalam pendidikan, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah menyemak semula pelaksanaan kurikulum sekolah dengan memberi penekanan kepada strategi pembelajaran yang mementingkan penerapan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam mata pelajaran sains, kemahiran berfikir merupakan satu aspek yang amat penting yang perlu diterapkan kepada murid. Ini selaras dengan matlamat pendidikan sains dan objektif kurikulum sains yang kelima iaitu mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah. Terdapat beberapa kemahiran berfikir yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), kemahiran berfikir secara berfikrah dan kemahiran metakognisi. Kertas konsep ini akan membincangkan kemahiran metakognisi dalam kalangan murid serta peranan kemahiran metakognisi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam penyelesaian masalah. Kertas konsep ini juga akan membincangkan peranan guru dalam memperkembang tingkah laku metakognisi dalam kalangan pelajar serta beberapa isu yang akan dibincangkan iaitu sama ada kemahiran metakognisi membantu murid dalam pembelajaran mereka. Tinjauan literatur mendapati bahawa kemahiran metakognisi sangat membantu murid dalam proses pembelajaran mereka terutamanya dalam mata pelajaran sains dan matematik serta dalam penyelesaian masalah.


PENGENALAN Pendidikan merupakan faktor utama dalam pembentukan peribadi manusia. Pendidikan bertujuan mengembangkan potensi pelajar supaya menjadi manusia beriman dan bertaqwa kepada tuhan yang maha Esa, berakhlak mulia, berbudi pekerti luhur, sihat rohani dan jasmani, bekerja keras, berdikari, mencintai keindahan, berilmu, kreatif, produktif, mampu bersaing, demokratik, memiliki wawasan keunggulan, harmonis dengan persekitaran, memiliki tanggungjawab sosial dan memiliki semangat kebangsaan untuk mencerdaskan kehidupan bangsa. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa: “Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara". Berdasarkan tujuan ini, sekolah memainkan peranan yang penting untuk melahirkan murid seperti yang diinginkan. Semua guru disarankan mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di mana guru perlulah menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid untuk mencapai hasrat dan matlamat pendidikan. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu dititikberatkan. Menurut pandangan ahli psikologi pendidikan, salah satu tujuan penting pendidikan yang perlu dititikberatkan untuk melahirkan ciri-ciri pelajar seperti yang diinginkan ialah dengan memperkembangkan penguasaan kemahiran belajar murid.


Tujuannya ialah untuk memperkembangkan kemahiran murid supaya bergerak ke arah pembelajaran berarahkan kendiri. Pendekatan metakognisi merupakan salah satu pendekatan yang dicadangkan yang dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran belajar dan berfikir sekaligus meningkatkan kualiti proses pembelajaran.

Menurut

Beyer(1997) ada dua unsur penting yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan proses berfikir itu sendiri. Sementara satu lagi elemen penting yang dinyatakan oleh Beyer yang membantu proses berfikir secara tidak langsung ialah apa yang dikenali sebagai metakognisi. Para penyelidik dalam pendidikan bersetuju tentang pentingnya peranan metakognisi dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya ialah Flavell (1993), Shucksmith (1988), Swartz dan Perkins (1990) dan Saemah Rahman (2006). Secara umum, penyelidik-penyelidik ini menegaskan, penguasaan kemahiran dan kesedaran metakognisi dalam pembelajaran dan berfikir dapat mewujudkan pelajar yang lebih berdikari dalam pembelajaran, bermatlamat, aktif berfikir dan sentiasa mengawal prestasi pembelajaran dan pelajarannya. Hal ini akan membawa kepada pembentukan sahsiah intelektual yang lebih positif. Kertas konsep ini akan membincangkan kesedaran metakognisi dalam kalangan murid serta peranan kemahiran metakognisi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam penyelesaian masalah. Kertas ini juga akan membincangkan peranan guru dalam memperkembangkan tingkah laku metakognisi dalam kalangan murid. MEMAHAMI KEMAHIRAN METAKOGNISI ‘Meta’ dalam bahasa Yunani bermaksud apa-apa sahaja yang dapat dirangkumi. Meta juga bermaksud sebagai segala yang di luar, lebih abstrak dan lebih tinggi pemahamannya. Manakala ‘kognisi’, merujuk kepada proses mental, berfikir dan menaakul (Flavell 1976; Kamus Oxford Fajar 2000). Apabila kedua-dua perkataan meta dan kognisi digabungkan maka metakognisi didefinisikan sebagai proses yang melibatkan individu mengetahui dan sedar ke atas perkara yang dilakukannya.


Metakognisi juga ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui seperti yang dinyatakan dalam modul belajar cara belajar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Metakognisi merujuk kepada pemikiran tinggi yang terlibat secara aktif dalam mengawal proses pemikiran semasa pembelajaran sedang berlaku yang diadaptasi daripada Flavell (1971) yang menyatakan bahawa metakognisi ialah berfikir tentang pemikiran sendiri. Dengan erti kata lain, metakognisi ialah pengetahuan dan kesedaran seseorang tentang proses dan strategi pemikirannnya serta kebolehan untuk meregulasikan pemikirannya sendiri (Wilson et al. 1998; Caviola et al. 2009). Berdasarkan beberapa definisi metakognisi, maka dapat dirumuskan bahawa metakognisi menjadikan seseorang bertanggungjawab atas kerja pemikirannya. Metakognisi dianggap sebagai tafsiran seseorang

ke atas pemikirannya termasuklah

pengetahuan dan kesedaran, kefahaman dan sensitiviti, penghakiman, pertimbangan, penilaian dan kemampuannya mengawal proses pemikiran (Mazlini & Zainah 2007). Strategi metakognisi merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari (Kementerian Pelajaran Malaysia 2001). TEORI METAKOGNISI Metakognisi telah mendapat perhatian ahli psikologi lebih 100 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, mereka tidak menggunakan istilah metakognisi tetapi idea mereka boleh dikaitkan dengan metakognisi. Antara mereka yang dikaitkan dengan metakognisi ialah William James yang menerangkan the mechanic of mental machine, John Dewey yang mencadangkan konsep pelajar sebagai pereka dan pembina pengetahuan mereka sendiri. Beliau juga mengetengahkan kepentingan kebolehan pemikiran reflektif. Manakala Vygotsky yang terkenal dengan teori perkembangan kognitif daripada perspektif sosiobudaya. Idea beliau menyamai konsep kawalan eksekutif dalam teori metakognisi masa kini (Mazlini & Zainah 2007).


Siapapun orang yang mula-mula sekali mengetengahkan konsep metekognisi, namun dua nama besar yang dianggap pelopor kepada metekognisi ialah Flavell (1979) dan Wilson et al. (1999). Kedua-dua mereka secara umumnya bersetuju mengatakan metakognisi boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu pengetahuan tentang kognisi dan regulasi kognisi. Mereka juga sepakat mengatakan bahawa metakognisi bertindak sebagai kesedaran individu terhadap pemikiran mereka sendiri dan penilaian serta regulasi ke atas pemikiran mereka (Mazlini & Zainah. 2007). Secara keseluruhannya model metakognisi menyatakan bahawa pelajar yang telah mempunyai kebolehan metakognisi yang baik seharusnya lebih berupaya mengawal proses pembelajaran mereka. KATEGORI METAKOGNISI Flavell (1976) mengklasifikasikan metakognisi kepada tiga kategori iaitu pengetahuan metakognisi (metacognitive knowledge), kemahiran metakognisi (metacognitive skills) dan

pengalaman

metakognisi

(metacognitive

experience).

Ketiga-tiga

kategori

metakognisi ini berkait rapat dengan pembelajaran dan ini dipersetujui oleh Garner (1987). Misalnya, dalam pembacaan, proses metakognisi akan berlaku di bawah bidang kognisi berikut: i)

Kawalan kefahaman (comprehension monitoring) iaitu kesedaran individu sama ada memahami apa yang sedang dibacanya ataupun tidak.

ii)

Semakan diri (self checking) iaitu kesedaran individu sama ada dirinya telah memahami dan menganalisis apa yang dibacanya dengan tetap ataupun tidak.

iii)

Kesedaran terhadap tujuan membaca dengan mengubahsuai teknik membaca berdasarkan objektif diri.


ISU-ISU Hasil pembacaan kajian lepas, banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan kemahiran

metakognisi

antaranya

ialah

kajian

kemahiran

metakognisi

dalam

penyelesaian masalah mata pelajaran fizik dan matematik serta fungi metakognisi dalam pembacaan. Daripada kajian yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa metakognisi membantu dalam pembelajaran seseorang individu. Dalam kertas konsep ini, terdapat dua isu utama yang akan dibincangkan. Pertama, adakah benar kemahiran metakognisi membantu murid dalam pembelajaran mereka?. Isu kedua, apakah peranan guru dalam memperkembangkan tingkah laku metakognisi dalam kalangan murid. Isu pertama: Adakah benar kemahiran metakognisi membantu murid dalam pembelajaran mereka? Sejauh manakah kemahiran metakognisi membantu seseorang individu dalam proses pembelajaran seseorang individu? Isu ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut berdasarkan dapatan-dapatan kajian lepas. Kajian tinjauan menggunakan instrumen Inventori Kesedaran Metakognisi oleh Schraw dan Dennison (1994) untuk mengkaji tahap kesedaran metakognisi kesedaran metakognisi yang telah dijalankan oleh Suriani & Saemah (2010). Seramai 60 orang pelajar dari aliran Sains dan Sastera terlibat dengan kajian ini dan hasilnya mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesedaran metakognisi pelajar mengikut aliran pengajian di mana pelajar aliran Sains mempunyai kesedaran metakognisi yang tinggi berbanding pelajar aliran sastera. Kajian lain yang telah dijalankan oleh Seth et al. (2007) menggunakan sampel seramai 1300 orang pelajar sekolah menengah menggunakan ujian kemahiran menyelesaikan masalah fizik (UKKMF) dan soal selidik kemahiran metakognisi (SSKM) mendapati

terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran metakognisi dan

penyelesaian masalah. Di mana, pelajar yang mempunyai kemahiran metakognisi yang tinggi dapat memperolehi skor yang baik dalam penyelesaian masalah fizik. Hasil dapatan ini disokong oleh Ozsoy & Ataman (2009) dan Hamidah (2004).


Selain daripada itu, kajian berkaitan dengan metakognisi dan ingatan seseorang yang dilakukan ke atas 33 orang kanak-kanak berusia 5-6 tahun menggunakan kaedah paparan gambar oleh Sussan & Son (2007) mendapati, terdapat korelasi signifikan antara ketepatan ingatan dengan tahap keyakinan memilih. Kanak-kanak yang diberikan pengajaran metakognisi boleh menerangkan cara mereka mendapatkan jawapan kepada permasalahan yang diberikan. Dapatan yang sama juga diperolehi dalam kajian oleh Caviola et al. (2009). Metakognisi memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah khasnya dalam menetapkan matlamat, menilai perkembangan matlamat dan membuat pembetulan yang sepatutnya (McNeil 1987). Kajian Swanson (1990) menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap metakognisi yang tinggi adalah lebih cekap dalam menyelesaikan masalah berbanding dengan pelajar yang mempunyai metakognisi yang rendah. Erickson & Erickson (1984) dan Blue (1997) dalam kajian mereka mengatakan kajian yang telah dijalankan oleh ahli fizik tentang metakognisi untuk membandingkan antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki mendapati secara umumnya membuktikan bahawa pelajar lelaki mempunyai kemahiran lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar perempuan dalam pembelajaran sains. Namun berlainan pula dengan dapatan oleh Fatin (2005) menggunakan sampel N=389 (sampel Johor bahru) mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran penyelesaian masalah Fizik dan kemahiran metakognitif yang mana pelajar perempuan adalah lebih baik. Dapatan ini juga disokong oleh Seth et al. 2007. Malah ada juga dapatan yang menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam penyelesaian masalah (Erickson & Erickson 1984; Blue 1997. Ini menunjukkan tahap penyelesaian masalah antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki adalah sama.


Berdasarkan dapatan-dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa kesedaran metakognisi dan kemahiran metakognisi memberi kesan yang positif dalam pembelajaran. Hal ini dilihat dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Strategi metakognisi juga dilihat dapat membantu murid dalam penyelesaian masalah. Ini membuktikan bahawa strategi metakognisi perlu diajar kepada murid-murid secara infusi iaitu dengan menyerapkan metakognisi dalam kaedah pengajaran agar dapat meningkatkan kebolehan mereka menyelesaikan masalah pembelajaran mereka., sekaligus meningkatkan minat murid kepada mata pelajaran sains (Kementerian Pelajaran Malaysia 2001). Isu kedua: Apakah peranan guru dalam memperkembangkan tingkah laku metakognisi dalam kalangan murid? Flavell (1979) menyatakan bahawa metakognisi adalah merupakan suatu pemprosesan mental yang menggunakan strategi kognitif untuk memantau dan mengawal prosesproses ingatan dan pembelajaran. Strategi-strategi kognitif yang dimaksudkan termasuklah raptai (rehearsal), pemantauan ke atas pemahaman (comprehension monitoring), menyusun atur (organization), penghuraian (elaboration) dan strategi afektif (seperti pengurusan masa, menumpu perhatian, mengawal kebimbangan dan sebagainya) (Gagne, Briggs & Wager, 1992; Jones, Farquhar & Surry, 1995). Terdapat dua ciri metakognisi yang terlibat secara langsung dengan pembelajaran, iaitu penilaian kendiri dan pengurusan kognisi secara kendiri (Paris & Winograd, 1990). Penilaian kendiri menjawab persoalan tentang ‘apa’ yang diketahui (pengetahuan deklaratif), ‘bagaimana berfikir’ (pengetahuan prosedur), ‘bila’ atau ‘mengapa’ sesuatu pengetahuan atau strategi digunakan (pengetahuan kondisional. Pengurusan kognisi secara kendiri pula melibatkan aktiviti perancangan sesuatu tugasan, mengubahsuainya apabila perlu ketika melaksanakan tugasan dan menilai serta memperbaiki tugasan berkenaan setelah siap.


Dalam hal ini, O’Neil & Abedi (1996) merumuskan empat komponen metakognisi bagi memperjelaskan pengoperasiannya, iaitu: a. Kesedaran: Keseluruhan proses penyelesaian masalah dari peringkat perancangan sehingga penyemakan adalah dilakukan secara sedar oleh individu. b. Strategi kognitif: Ia adalah penting dari segi pembelajaran kerana ia berupaya memandu murid untuk memilih dan mengubahsuai cara mereka belajar, mengingat dan berfikir. c. Perancangan: Individu perlu membentuk satu matlamat untuk dicapai atau diselesaikan. Oleh itu, satu perancangan mesti diwujudkan untuk membolehkan matlamat tersebut dicapai. Manakala Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) pula menyatakan strategi metakognisi merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Murid boleh menggunakan strategi metakognisi dan mengawal pembelajarannya melalui proses yang berikut: a)Merancang apa yang hendak dipelajari Dalam proses perancangan, murid meramal apa yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Selaian daripada itu, mereka juga, bersedia secara fizikal, mental dan psikologi di samping membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara. b)Memantau kemajuan pembelajaran diri Dalam proses ini murid perlu menanyakan soalan kepada diri sendiri seperti: Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?


c)Menilai apa yang dipelajari Dalam fasa penilaian, murid merefleksi untuk mengetahui: Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya? Mengapakah saya mudah atau sukar menguasainya? Apakah tindakan atau pengubahsuaian yang harus saya lakukan? Berdasarkan kajian-kajian lepas, dapatan menunjukkan kemahiran metakognisi membantu pelajar untuk belajar dengan lebih baik dan pembelajaran lebih bermakna, maka guru dikatakan adalah orang yang bertanggungjawab dalam mempertingkatkan tingkah laku metakognisi dalam kalangan pelajar. Isu kedua ini akan menerangkan bagaimana guru memainkan peranan mereka dalam merangsang dan mempertingkatkan metakognisi dalam kalangan pelajar dan bagaimana penerapan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk memperkembangkan tingkah laku metakognisi seseorang individu. Kementerian Pelajaran Malaysia 2001; Mazlini & Zainah 2007, menggariskan 12 strategi yang boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperkembangkan metakognisi pelajar iaitu: a) Merancang Ia melibatkan tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas aktiviti pembelajaran. Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan, guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut dipatuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan tuju hala yang harus diikuti. Semasa aktiviti dilaksanakan, guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran pula, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan yang dijalankan itu dipatuhi.


b) Menyoal pada semua peringkat Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. Pada peringkat ini, guru menggalakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat atau menonton sesuatu. c) Memilih secara sedar. Guru mengadakan perbincangan dengan murid tentang pemilihan dibuat oleh murid dari segi kesan baik dan kesan buruknya sebelum keputusan dibuat. d) Menilai berdasarkan pelbagai kriteria. Memberi peluang kepada murid untuk merefleksi dan mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebih kretiria penilaian. Misalnya mengenalpasti dan membezakan apa yang dilakukan iaitu menyenaraikan baik buruk sesuatu aktiviti. e) Mengambil kredit Guru harus meminta murid mengenalpasti apa yang positif atau baik daripada tindakan murid. Murid juga boleh mendapatkan maklum balas daripada rakan mereka dengan mengajukan soalan seperti ’Bagaimanakah tindakan itu sepatutnya diberi?”. Melalui cara ini murid akan menyedari tingkah laku yang baik dan akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan. f) Mengelak daripada menyatakan ”Saya tidak boleh” Murid perlu memikirkan beberapa soalan seperti ’Apakah maklumat yang diperlukan?’, ’Apakah alatan yang diperlukan?’ dan ’Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?’. Soalan-soalan ini akan menimbulkan kesedaran tentang pengetahuan batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Kesedaran ini akan membangkitkan keyakinan murid bahawa mereka boleh melakukannya.


g) Menggalakkan idea daripada murid Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan memparafrasa pernyataan yang diutarakan oleh murid contohnya, Guru: Apa yang ingin anda katakan ialah...... Guru: Saya rasa anda ingin memberitahu saya bahawa...... Melalui cara ini, mereka dibimbing agar menjelaskan, memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan lebih mendalam. h) Memberi label bagi sesuatu tindakan. Guru boleh menyedarkan murid tentang tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan yang diambil. Contohnya, guru boleh memuji dan memberi pengiktirafan dengan: �Bagus, awak sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi......� atau �Awak telah memberikan kerjasama kepada rakan kamu, dan itu satu sifat yang terpuji�. i) Menjelaskan maksud perkataan tertentu kepada murid Mengajar murid untuk mengelakkan diri mengeluarkan perkataan seperti tidak adil, tidak baik dan dia sangat tegas. Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan tidak adil, tidak baik dan sangat tegas agar murid lebih sedar dan bertanggungjawab terhadap impak kata-kata mereka. j) Main peranan dan simulasi Dengan kaedah main peranan, murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah laku secara metakognisi terhadap peranan tersebut. Simulasi pula, memberi peluang kepada murid untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan.


k) Menyimpan jurnal Guru perlu menggalakkan murid mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log, buku harian atau diari sepanjang pengalaman itu. Ini dapat membantu murid : •

Mensistesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbol atau grafik.

•

Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandungkan persepsi awal dengan keputusan baru.

•

Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan.

•

Mengenalpasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan dalam sesuatu percubaan.

l) Memberi teladan Guru perlu menunjukkan contoh dan teladan kerana ini akan menjadi ikutan yang berkesan kepada murid. Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana beliau merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah laku beliau supaya murid dapat mencontohinya. Berdasarkan strategi-strategi seperti yang telah dinyatakan di atas, guru perlu mempertingkatkan usaha mereka dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan menggalakkan proses pemikiran dalam kalangan murid dengan lebih aktif. CADANGAN Berdasarkan pembacaan kajian-kajian lepas terdapat beberapan cadangan yang diketengahkan oleh penulis berkaitan dengan kemahiran metakognisi dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah satu cadangannya ialah, guru perlulah mengajar kemahiran metakognisi ini kepada murid secara infusi, iaitu dengan menerapkan metakognisi dalam kaedah pengajaran agar dapat meningkatkan kebolehan mereka menyelesaikan masalah


pembelajaran mereka, sekaligus meningkatkan minat murid kepada mata pelajaran sains (Mazlini & Zainah 2007; Kementerian Pelajaran Malaysia 2001). Selain daripada itu, guru disarankan mengajar konsep-konsep fizik dengan menekankan tentang langkah-langkah yang betul serta membiasakan pelajar-pelajar menyemak jalan kerja. Memandangkan ada dapatan kajian yang menunjukkan pelajar perempuan lebih baik daripada pelajar lelaki, maka guru-guru Fizik disarankan agar memberikan lebih masa kepada pelajar yang lemah khasnya pelajar lelaki dalam membangunkan

kemahiran

metakognisi

dengan mementingkan

langkah-langkah

penyelesaian dalam menyelesaikan masalah Fizik (Seth et al. 2007; Fatin 2005). Tugas pendidik adalah membantu pelajar untuk menimba ilmu yang berguna untuk dimanfaatkan. Guru juga disarankan membantu pelajar menyedari proses pemikiran yang terlibat dalam proses pembelajaran mereka dan bagaimana mereka boleh menggunakan kesedaran tersebut dalam proses pembelajaran seterusnya.

Pelajar

seharusnya dibantu mempertingkatkan kebolehan metakognisi mereka dan digalakkan mengamalkan regulasi kendiri dalam proses pembelajaran yang dijalankan bagi memperbaiki pretasi akademik mereka.

KESIMPULAN Daripada perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa kemahiran metakognisi telah mendapat perhatian dan menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan negara masa kini. Oleh hal yang demikian, maka pelajar-pelajar perlu mempelajari kemahiran metakognisi agar mereka boleh meningkatkan kecemerlangan dalam pembelajaran mereka. Guru juga dilihat memainkan peranan yang penting dalam membangunan kemahiran ini dalam kalangan pelajar. Adalah diharapkan agar kerjasama daripad semua pihak dapat digembeling seoptimum mungkin bagi memastikan kejayaan penerapan kemahiran metakognisi dalam sistem pendidikan negara. Bantuan dari aspek kewangan, jurulatih dan sokongan moral sangat diperlukan agar sistem pendidikan negara setanding dengan sitem pendidikan luar negara yang diiktiraf antarabangsa.


Pelajar dan guru harus mengetahui peranan masing-masing dalam agar proses pendidikan dan berfikir menjadi lebih bermaknan dan berkesan. RUJUKAN Abd Rahim Md Nor. 1999. Kaedah Menganalisis Data Berkomputer. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Blue, J. 1997. Sex differences in physics learning and evaluations in an introductory course. Tesis Dr Fal, University of Minnesota. Caviola, S., Mammarella, I.C., Cornoldi, C., Lucangeli, D. 2009. A Metacognitive Visuospatial Working Memory Training for Children. International Electronic Journal of Elementary Education 2(1): 122-132. Charles, R., & Lester, F. (1982). Teaching problem solving: What, why & how. Palo Alto: Dale Seymour Publications. Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan: McGraw-Hill ( Malaysia ) Sdn. Bhd. Cronbach, L. J. (1955). The Meaning of Problems. In J. M. Seidman (Ed.), Reading in Educational Psychology (pp. 193-201). Boston: Houghton Mifflin Co. Davidson. E., Deuser, & R.J. Sternberg (1994) The role of metacognition in problem solving. In Metcalfe & Shimamura (eds) Metacognition (207-226) Cambridge: MIT press. Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad. 2007. Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Erickson, G. L. & Erickson, L. J. 1984. Females and Science Achievement: Evidence, Explanations, and Implications. Science Education. 68 (2). 63 – 89. Fatin Aliah Phang Abdullah. 2005. Hubungan dan Peranan Kemahiran Metakognisi dalam Menyelesaikan Masalah Fizik di kalangan Pelajar Sains Tingkatan Empat. Tesis Dr. Fal, Universiti Teknologi Malaysia.


Flavell, J.H. 1976. Metacognitive Monitoring. Dlm. Resnick, L. B. The nature of Intelligence. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers. Gage, N. L. & Berliner, D. C. (1988). Educational Psychology. 4th. ed. Boston: Houghton Mifflin Company. 170 – 201. Gagné, R. M., Briggs, L. J. & Wager, W. W. (1992). Principles of instructional design (4th ed.). New York: Harcourt Brace Jovanovich College Publishers. Gagne, R. M. 1977. The Conditions of Learning. 3rd. ed. USA: Holt, Rinehart And Winston. 155 – 179. Garner, R. 1987. Metacognition and Reading Comprehension. New Jersey: Ablex Publishing Corporation. Hamidah Maidinsah. 2004. Kesan Kaedah Pengajaran Metakognisi-Inkuiri terhadap Prestasi dalam matematik dan Penaakulan Saintifik di Kalangan Pelajar Diploma. Tesis Dr. Fal, Fakulti Matematik, Universiti Teknologi Mara. Hayes, S. C., & Hayes, L. J. (1989). The verbal action of the listener as a basis for rulegovernance. In S. C. Hayes (Ed.), Rule-governed behavior: Cognition, contingencies, and instructional control (pp. 153-190). New York: Plenum. Hembree, R. 1992. Experiments and relational studies in problem solving. Journal for Research in Mathematical Education 8: 163-180 Jausovec, N. 1994. Metacognition in Creative Problem solving. Dlm. Runco, M.A. (1994). Problem Finding & Creativity. New Jersey: Ablex Publishing Corporation. Jones, M. G., Farquhar, J. D. & Surry, D. W. (1995). Using metacognitive theories to design user interfaces for Computer-based learning. Educational Technology 35(4) pp. 12-22. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Modul Belajar Cara Belajar Strategi Metakognisi.


Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 6: Sains. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5: Sains. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610. Krulik, S., & Rudnick, J.A. (1989). Problem Solving: A handbook for senior high school teachers. Massachusetts: Allyn and Bacon Mok Soon Sang. 2005. Nota Ulangkaji dan Latihan PTK Bahagian I: Kompetensi Umum (Teras dan Profesional) . Puchong: Penerbit Multimedia-Es Resources Sdn Bhd. Mok Soon Sang. 2005. Nota Ulangkaji dan Latihan PTK Bahagian II: Khusus/Fungsi (P&P) . Puchong: Penerbit Multimedia-Es Resources Sdn Bhd. Nik Azis Nik Pa. 1996. Penghayatan Matematik KBSR & KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. O’Neil, H. F., & Abedi, J. (1996). Reliability and validity of a state metacognitive inventory: Potential for alternative assessment. Journal of Educational Research, 89, 234 – 245. Ozsoy, G. & Ataman, A. 2009. The Effect of Metacognitive Strategy Training on Mathematical Problem Solving Achievement. International Electronic Journal of Elementary Education 1(2): 67-79. Paris, S.G., & Winograd, P. (1990). How metacognition can promote learning and instruction. In B.F. Jones & L. Idol (Eds.), Dimensions of thinking and cognitive instruction (pp.15-52). Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Schunk, D. H. (1996). Learning Theories – An Educational Perspective. 2nd Ed. New Jersey: Prentice Hall. Schoenfeld, A. H. (1985). Mathematical Problem Solving. San Diego: Academic Press Inc.


Seth Sulaiman, Fatin Aliah Phang Abdullah & Marlina Ali. 2007. Kemahiran Metakognisi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Johor Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik. Tajaan Research Management Centre, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor, Mei. Sussan, D., Son, L.K. 2007. The Training of Metacognitive Monitoring in Children. Columbia Undergraduate Science Journal 2 (1): 98-109. Swanson, H.L. (1990). Influence of Metacognitive Knowledge and Aptitude on Problem solving. Journal of Educational Psychology. 82(2): 306-314. Wilson, J. 1997. Beyond the Basics: Assesing students’ metacognition. Paper presented at the annual meeting of Hong Kong educational Research Assosiation (14th, Hong Kong, Nov. 1997). Wilson, J. 1998. Assessing metacognition : Legitimising metacognition as teaching goal. Reflect, 4(1), 14-20. Wilson, J. 1999. Defining Metacogniton: A step towards recognizing metacognition as a worthwhile part of the curriculum. Kertas kerja yang dibentangkan di seminar AARE, Melbourne. (atas talian) http://www.aare.edu.au/99pap/wil99527.htm (1 Februari 2010).

kemahiran metakognisi dalam penyelesaian masalah  

metakognisi

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you