Majalah Aniqah November 2009

Page 18

Srikandi

Ummu Fadhl

Wanita Yang Membunuh Abu Lahab OLEH:

Hashim bin Ahmad

Nama sebenar Ummu Fadhl ialah Lulabah binti al-Harits. Beliau mendapat gelaran Lulabah al-Kubra, tetapi lebih dikenali dengan panggilan Ummu Fadhl yang membawa makna ibu Fadhl. Suami Ummu Fadhl ialah Abbas bin Abdul Mutallib, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. ummu Fadhl memeluk

agama Islam sebelum hijrah. Beliau merupakan wanita pertama selepas Khadijah binti Khuwailid yang memeluk agama Islam. Abbas, suami Ummu Fadhl hanya mengisytiharkan keIslamannya pada tahun Pembebasan Kota Mekah. Abu Rafi, hamba Nabi Muhammad menyatakan: “Saya pernah menjadi pelayan bagi Abbas bin Abdul Mutallib. Ketika Islam datang maka Abbas memeluk agama Islam

November 09

lalu diikuti oleh Ummu Fadhl dan saya juga memeluk agama Islam. Tetapi Abbas merahsiakan keislamannya.� Hasil perkahwinannya dengan al Abbas, Ummu Fadhl telah melahirkan enam orang anak lelaki yang bijak dan mulia. Mereka adalah Fadhl, Abdullah, Ubaidullah, Mabad, Qatsam dan Abdul Rahman. Ummu Fadhl dan Ummu Aiman telah diberi penghormatan oleh Nabi s.a.w. untuk


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.