Aniqah Ogos 2009

Page 1



Ogos 09

1


Kandungan Ogos 2009 Kirana

10 Santun di Bulan Ramadhan 16 Anggun dengan Busana Batik 21 Serlah Gaya di Bulan Penuh Berkat Diskusi

26 Perkahwinan untuk Menutup Fitnah 29 Rahsia Membawa Padah... 31 alasan & Kerenah untuk Berpoligami 34 Keempat-empat isteri tidak ingin Berpisah Nutrisi

36 38

Manggis: Enaknya Ratu Buah Pemakanan Berkhasiat untuk Kekal Cergas

Muslimat

42 Menjaga Alam Sekitar: Tanggungjawab Manusia 45

Sebagai Khalifah di Bumi Allah Seni Sebagai Medium Dakwah

Global

50

47 Empat Wanita Catat Sejarah ke Parlimen Kuwait

Wajah Aniqah

Maiza Redha Hadapi Dugaan Mercu Dunia

54 Berkat Mengetuk Pintu ke Pintu Undang-undang

56 Talak Bid’ah: Cerai Isteri Selepas Bersama

2

Ogos 09


86

Wanita & Wang

58 Bijak Berbelanja Sepanjang

Mobil Anda

80 Ketahui Punca Enjin Panas

94

Bulan Puasa

Lazeez

Didik

60 Susu Ibu Anugerah Allah s.w.t.

82 Pembuka Selera di Bulan Ramadhan Variasi Kek Lapis Sarawak Ingin Kek yang Cantik & Enak?

62 Homeschooling Bantu Anak-anak

86 89

Novel

Relaks

untuk Ibu dan Anak

64 Makna-makna Merdeka

90 Restoran D’Santai: Enak Menjamu Selera, Tenang Gelora Jiwa

Sinar

68 Nur Farhana: Tidak Pernah Kesal Nurjannah

72 Kafarah Puasa Ramadhan 74 Pelbagai Fadilat dan Amalan di Bulan Penuh Keberkatan

Buntu?

76 Surah Al-Waqi’ah Sebagai Penawar Medik

78 Gejala Bronkitis Kronik

54

92 Percutian Ringkas yang Mendamaikan

Dekor

94 Seni Bina Tradisional Islam Masjid Al-Mukarramah

Renungan

96 Nilai Murni Sosio-Budaya Cicir dalam Arus Pembangunan

10 47

Ogos 09


PP 14381/10/2006

www.aniqah.com.my KETUA EDITOR KUMPULAN Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com PERUNDING EDITORIAL SARIMAH othman sari@mmpcommunications.com EDITOR Norkhairana Pilus kay@mmpcommunications.com EDITOR AGAMA Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com EDITOR BERSEKUTU Webah Salleh webah@mmpcommunications.com WARTAWAN Norzilawati Sidek

ziela@mmpcommunications.com

Norliza Wahid liza@mmpcommunications.com Roihan Mat Zaib roihan@mmpcommunications.com Farah Sheiakha Abd Wahid farah@mmpcommunications.com PENGARAH SENI Hanna khairuddin hanna@mmpcommunications.com PEREKA GRAFIK ANITA ISMAIL anita@mmpcommunications.com PEREKA GRAFIK KORPORAT SAIFUL HANAFI saiful@mmpcommunications.com JURU FOTO KANAN Asraf Dahari asraf@mmpcommunications.com JURU FOTO Mohd Yusri Mohd Shakjee yusri@mmpcommunications.com JASMAN MD NOOR jasman@mmpcommunications.com wan naqiuddin wan yaacob wan@mmpcommunications.com PENYELIDIK FOTO ARMAN BIN YUSUF arman@mmpcommunications.com WEB MOHD HAFIZI MD TAHIR hafizi@mmpcommunications.com PENGURUS KANAN PEMASARAN OMAR AHAD omar@mmpcommunications.com PENOLONG PENGURUS PEMASARAN SHAMSUL BAHRI ABD AZIZ shamsulbahri@mmpcommunications.com Eksekutif LANGGANAN Ridzuan Besiri ridzuan@mmpcommunications.com EKSEKUTIF PEMASARAN Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman nasa@mmpcommunications.com PENYELARAS PENGIKLANAN Zakhwan Md. Nawi @ Rizak zakhwan@mmpcommunications.com AZAM AKHBAR RAMAMAM azam@mmpcommunications.com PEREKA GRAFIK MOHD FIRDAUS ABD HALIM firdaus@mmpcommunications.com PENGURUS PRODUKSI & PENGEDARAN Khairi Ng Abdullah khairi@mmpcommunications.com EKSEKUTIF PENGEDARAN Rizal Abdul Rahman rizal@mmpcommunications.com Mohamad Zairull Mohd Yusof zairull@mmpcommunications.com Shahrul AzrIN SHAHARUDDIN azreen@mmpcommunications.com Zulkeflee Abdullah zulkeflee@mmpcommunications.com EKSEKUTIF PRODUKSI Widya Natasya Md Salleh widya@mmpcommunications.com PENERBIT MMP Communications Sdn Bhd (146937-W) 68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425

PENCETAK Times Offset (M) Sdn. Bhd.

Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: +603-5628 6888 Fax: +603-5628 6899

Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap ANIQAH.

A Member of:

Ogos 09 Magazine Publishers Association


Sepatah Bicara

Benarkah Bermadu Itu Manis? Assalamualaikum w.b.t., Di kalangan masyarakat kita, poligami bukanlah suatu isu yang besar namun ia kerap diperbincang dan diperkatakan oleh media massa, wanita serta dalam ceramah-ceramah agama. Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab seperti suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya; keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit; membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah s.w.t. dan isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan. Di negara kita setiap lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah sebelum dibenarkan berpoligami bagi kelayakan serta menjamin keadilan terhadap isteri-isterinya apabila berpoligami. Namun, tidak kurang juga kaum lelaki mengambil jalan mudah untuk berpoligami dengan bernikah di selatan Thailand kemudian merujuk ke Mahkamah Syariah untuk tujuan pendaftaran. Ada juga yang tidak mendaftarkan perkahwinannya di Mahkamah Syariah selepas berpoligami. Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada isteri dan anakanaknya jika berlaku kematian si suami, bukan itu sahaja. Anak yang dilahirkan itu tidak akan mempunyai nama ayah di dalam sijil kelahiran sudah pasti akan menyusahkan anak-anaknya untuk kehidupan seharian. Perkahwinan adalah jambatan bagi pasangan suami dan isteri untuk meraih ketenangan, cinta dan kasih sayang maka poligami juga bertujuan untuk itu. Namun, ramai yang gagal melihat daripada aspek ini kerana berasa ia hanya untuk perkahwinan pertama atau dengan isteri pertama sahaja. Ramai suami yang berpoligami membezakan layanan terhadap para isteri dan sering mengharapkan pengertian serta pengorbanan isteri-isteri untuk memastikan kesejahteraan hidup berpoligami sedangkan sebagai ketua keluarga dan pemimpin, dialah yang seharusnya melakukan pengorbanan untuk orang-orang yang dipimpin. Maka tidak hairanlah banyak pandangan negatif berkenaan poligami yang ada didengari atau dilalui sendiri oleh wanita yang pernah menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat. Justeru, masalah yang melanda datang bertimpa-timpa. Di sinilah letakkan kebijaksanaan dan kemampuan yang dimaksudkan oleh Islam apabila meletakkan syarat bersikap adil seorang suami kepada semua isteri dan anak-anaknya. Paparan ANIQAH bukan bertujuan menolak poligami apatah lagi ia dibenarkan oleh agama. Namun, setiap lelaki perlu berfikir dengan lebih mendalam sebelum mengambil keputusan berpoligami kerana ia bukanlah semudah yang disangka kerana kegagalan mereka bertindak sebagai ketua keluarga kepada isteri-isteri bakal mengundang masalah lebih rumit terutama kepada anak-anak apatah lagi jika tiada ilmu di dada. Wassalam.

Muka Hadapan

Penyelaras Norzilawati Sidek Koordinasi & Penata Gaya Hanna Khairuddin Foto Jasman Md Noor Mekap Hafiz, Comel Collection Pakaian Koleksi Myza Lokasi Hotel PeninsulaRseidence, Jalan Semantan Kuala Lumpur

Norkhairana Pilus

Ogos 09

5


Respons Pembaca

Sujudlah Wahai Khalifah “Maka dirikanlah sembahyang,

sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya”. Berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa, ayat 103 di atas, jelas menunjukkan sembahyang fardu lima waktu sehari semalam adalah wajib ke atas orang Islam. Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi ini sebagai khalifah yang mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab serta peranan. Salah satunya mendirikan solat. Bercucuranlah air mata kekesalan di akhirat nanti jika meninggalkan solat tanpa sebab kerana perkara pertama yang akan dihisab ialah solat. Walaupun ketika berada di dunia, terlalu banyak membuat kebaikan dan kebajikan, semua itu tidak akan dapat menolong manusia masuk syurga. Ini dapat dibuktikan berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalanamalan lainnya dan jika rosak sembahyang, maka binasalah amal-amal yang lain”. Pada saat ini, manusia sangat alpa tentang solat, malah solat amat dipandang suatu yang ringan dari segi penyempurnaan. Solat bagi golongan ini adalah suatu adat bukannya ibadah. Tidak ada perasaan bersalah dan takut kepada Allah s.w.t. jika meninggalkannya. Kesibukan dunia menghalang manusia daripada melaksanakan ibadah solat. Kemewahan dunia mengubah matlamat hidup manusia yang sebenar di dunia pinjaman ini. Kesibukan waktu mencari harta kekayaan dan pangkat membuatkan manusia lupa akan pencipta yang Maha Esa lagi berkuasa. Manusia dicampakkan di dunia sementara ini semata-mata untuk mencari bekalan akhirat, bekalan untuk hidup kekal di satu dunia lain. Dunia yang penuh nikmat dan kebahagiaan sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id dan Abi Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “ Adapun orang-orang yang hidup di dalam syurga sebagai ahli syurga di alam akhirat kelak, maka keadaan mereka akan hidup terus dan tidak akan mati lagi, sihat

Ogos 09

dan tidak pernah sakit, menjadi muda yang tidak akan tua selama-lamanya dan sentiasa mendapat nikmat, kesenangan dan bahagia tanpa menghadapi susah selamanya.” Kenikmatan di akhirat tidak dapat dibandingkan lagi dengan kenikmatan yang diperoleh di dunia yang fana ini. Kekayaan dunia memejamkan mata hati manusia untuk menilai satu sudut akan suruhan Allah s.w.t. yang wajib ditunaikan. Sampai bilakah manusia harus membiarkan hati dan jiwa sengsara di dunia dan membiarkan jasad dihukum di akhirat oleh Allah s.w.t. kerana meninggalkan suatu suruhannya. Sembahyang adalah ibadat yang menunjukkan keimanan dan keislaman seseorang yang mana akan meninggalkan kesan ke dalam jiwa manusia. Menunaikan kewajipan ini juga boleh meninggikan darjat dan membesarkan martabat manusia di saat berdepan dengan Allah s.w.t. nanti. Sembahyang adalah ibadat yang paling tinggi dan terbesar dalam mendekatkan diri kepadaNya. “Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah s.w.t.). Oleh itu, perbanyakan doa dalam sujud”. Pentingnya solat itu juga jelas melalui sabda Rasulullah s.a.w. tersebut. Solat adalah jalan perhubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. Ketika mendirikan solat, seseorang itu dapat menghampirkan diri dengan Allah s.w.t., bermesra dan bermunajat. Allah s.w.t. akan mengurniakan nur dan hidayah kepada umatnya yang ikhlas mengerjakan solat semata-mata keranaNya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah AlAnkabut ayat 45 “Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”. Ini jelas menunjukkan solat boleh berfungsi sebagai perisai dan benteng dalam menghadapi fitnah, kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan dan godaan syaitan yang sentiasa mencari peluang menyesatkan manusia. Syaitan telah berjanji dengan Allah s.w.t. akan menyesatkan manusia sehinggalah hari kiamat. Manusia yang nipis keimanannya kepada Allah s.w.t. akan mudah tersesat dengan tipu daya dan godaannya. Dalam al-Qur’an ditegaskan dengan jelas bahawa syaitan itu

Surat Pilihan

Pentingnya solat itu juga jelas melalui sabda Rasulullah s.a.w. tersebut. Solat adalah jalan perhubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. Ketika mendirikan solat, seseorang itu dapat menghampirkan diri dengan Allah s.w.t., bermesra dan bermunajat. Allah s.w.t. akan mengurniakan nur dan hidayah kepada umatnya yang ikhlas mengerjakan solat semata-mata keranaNya. musuh yang jelas dan nyata bagi manusia. Hal ini dijelaskan dalam surah Al-Baqarah dalam ayat 208. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. Kelalaian hidup manusia di dunia mendatangkan suatu kerugian yang amat besar bukan sahaja di dunia, malah di akhirat nanti kerana keadaan manusia dibangkitkan pada hari kiamat adalah berdasarkan amalnya termasuklah solat. Pada saat itu, apa lagi daya manusia untuk melaksanakan ibadah melainkan menanti saat perhitungan amalan di dunia. Kekesalan sudah tidak berguna lagi kerana Allah s.w.t. telah memberi masa ketika berada di dunia untuk menunaikan suruhanNya. Ingatlah wahai Muslimin dan Muslimat, pintu taubat sentiasa terbuka bagi hambaNya yang ingin bertaubat. Allah s.w.t. Maha Pengampun lagi Mengasihani hambaNya yang mengakui kesalahan dirinya. Janganlah membiarkan hambatan dosa mengiringi perjalanan hidup di dunia sehinggalah saat


Indahnya Kasih Sayang Kasih sayang adalah anugerah yang

istimewa. Islam amat menitikberatkan kasih sayang kerana tanpa kasih sayang hidup umpama tidak lengkap. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud: “…Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah An-Nisaa’:96) Bukti kasih sayang Allah s.w.t. kepada kita terlalu banyak. Melalui kejadian manusia, kita dikurniakan akal dan pancaindera. Allah s.w.t. juga memberikan kita petunjuk supaya tidak tersasar dari landasan yang betul. Selain itu, Allah s.w.t. menjadikan bumi sebagai tempat untuk mencari rezeki dan juga mengurniakan keamanan. Segala nikmat yang telah diberikan tidak mampu dihitung dan ditulis dengan tinta. Bayangkan jika semua nikmat ini tidak diberikan. Sejauh manakah kita bersyukur dengan semua nikmat yang dikurniakan atau adakah kita semakin jauh dari mengingati Allah s.w.t.? Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepada-Nya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia yang patut disembah?” (Surah Maryam:65) Kasih sayang adalah fitrah. Islam juga menganjurkan supaya kita mengasihi insan yang lain. Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”

ajal datang menjemput menemui Allah s.w.t. Disebutkan dalam hadith qudsi, Allah s.w.t. mengatakan bahawasanya seseorang hamba yang telah melakukan dosa, lalu dia bertaubat dengan taubat yang sebenar, Allah s.w.t. mengatakan hambaKu mengetahui dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa lalu, maka Aku terima taubatnya, tiba-tiba dia melakukan dosa lagi lalu dia bertaubat lagi dan Allah s.w.t. mengatakan, hambaKu mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosanya, Aku mengampunkan lagi dosanya.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Hidup kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kita perlu saling membantu kerana kita hidup bermasyarakat. Daripada Nu’man bin Basyir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Kemesraan, kasih sayang dan saling berbelas kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Melihatkan senario yang terjadi kepada segelintir umat Islam pada masa kini begitu membimbangkan. Masalah keruntuhan akhlak yang sering dipaparkan di media massa menggerunkan kita. Kes-kes seperti ragut, rogol, rompak, bunuh dan jenayahjenayah lain menunjukkan hilangnya sifat kasih sayang dalam diri. Seandainya umat Islam menghayati konsep kasih sayang yang diajar dalam Islam sudah tentu mereka tidak akan menzalimi diri dan orang lain. Justeru, sebagai manusia harus kembali ke pangkal jalan agar tidak terus hanyut dengan arus yang melalaikan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah An-Nisaa’:110) Semoga kita menghargai kasih sayang yang diberikan dan marilah buktikan kasih sayang kita selagi peluang masih diberikan.

Aniqah Memenuhi Naluriku Pertama kali mengenali ANIQAH, saya jatuh cinta pandang pertama.. Sebagai seorang Muslimah yang hidup dalam zaman serba mencabar ini, saya amat mendambakan bahan bacaan yang bersifat Islamik. Saya tercari-cari majalah yang betul-betul memenuhi naluri saya yang dahagakan ilmu dunia dan akhirat. Kini, pencarian saya menemui noktahnya. Dalam ANIQAH, saya terpaut pada susunan, informasi, warna dan segala-galanya. Pengisiannya yang santai tetapi penuh dengan maklumat. ANIQAH menyusuri pemikiran Muslimah yang semakin intelek. Terima kasih ANIQAH.

Haslina Masni Mohamad Khotib, Pulau Pinang.

Safida Muhammad Pulau Pinang.

Begitulah gambaran luasnya pintu taubat yang dibuka oleh Allah s.w.t. Jangan biarkan bisikan kalimat suci azan dan iqamat yang didengarkan saat menempuh alam dunia tidak memberi makna apa-apa kepada jiwa dan hati nurani kita. Biarlah kalimat suci itu hidup mekar dalam jiwa yang mendengarnya. Nor Zuhairiah Binti Yusof Taman Bukit Angkasa Kuala Lumpur.

Kami mengalu-alukan pandangan dan komen mengenai ANIQAH atau isu semasa untuk dikongsi bersama. Hantarkan kepada aniqah@ mmpcommunications.com atau poskan ke Aniqah (Ruangan Respons Pembaca), 68-B, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur. Surat pilihan akan menerima hadiah istimewa daripada penaja iaitu Hilyah Gifts (www.hilyah.com).

Ogos 09


Kirana Sekilas Kursus Kewartawanan islam MPi-Yayasan Taqwa Beri sumber inspirasi Penulisan

KURSUS dua hari yang anjuran Institut Akhbar Malaysia dengan kerjasama Yayasan Taqwa bertujuan memberi ilmu dalam penulisan Islam kepada para wartawan dan editor. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Beliau berharap agar para wartawan menulis dengan

fakta yang betul tanpa memburukkan pihak lain kerana mata pena lebih tajam daripada pedang. Sebagai umat Islam semua itu akan mendapat ganjaran ketika kita mengadap Allah s.w.t. nanti. Objektif sebenar kursus dua hari ini memberi pendedahan kepada peserta kaedah menulis laporan berunsur Islam yang tepat dan jelas. Ini amat penting dalam penulisan Islam. Selain itu, ia juga meningkatkan lagi pemahaman peserta mengenai isu-isu terkini berkaitan Islam. Ia juga dapat memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dalam penulisan dan juga pemberitaan mengenai Islam. Pada kursus tersebut lapan tajuk didedahkan kepada para peserta agar mendapat menfaat sewajarnya iaitu Penulisan Menurut Perspektif Islam, Asas & Prinsip Kewartawanan Islam, Laporan Berita Fitnah, Kod Etika Pelaporan Media Massa dalam Islam, Imej Islam dalam Media Perdana Antarabangsa, Kewartawanan Islam dan Konvensional: Suatu Perbandingan dan Forum; Memperbetulkan Persepsi Islam dalam Media. Kursus diakhir dengan penyampaian sijil kepada peserta.

Pelajar Perak Pecah Rekod Pertandingan Mengeja 130,000 orang pelajar dari 817 buah sekolah rendah di Perak

Minda Cergas Prestasi Hebat dengan Vavalert Adakah anda pernah mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan di dalam kelas atau di tempat kerja? Atau adakah anda mendapati keupayaan untuk mengingati apa yang anda pelajari semakin merosot? Semua ini boleh diatasi dengan Vavalert, bagi mempertingkatkan memori dan tumpuan. Vavalert adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin sentiasa aktif dan cergas malah Vavalert adalah yang pertama di dunia dan suplemen semula jadi berpaten yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kecergasan mental. Suplemen yang diperbuat 100 peratus daripada koko Belgium tulen dan ekstrak teh hijau membantu meningkatkan prestasi pembelajaran dengan hanya satu tablet sehari. Vavalert adalah alternatif yang selamat dan tidak menyebabkan ketagihan dalam kehidupan seharian. Vavalert kini boleh didapati di semua farmasi utama pada harga RM29.90 untuk pek 10 tablet dan RM75 untuk pek 30 tablet. Untuk maklumat lanjut mengenai produk yang unik ini, sila ke laman web Vavalert di www.vavalert.com atau hubungi Total Health Concept di 03-7965 2700.

8

Ogos 09

telah menyertai pertandingan mengeja paling besar di Malaysia dan sekaligus memecahkan rekod Malaysia Book of Records. Acara ‘Perak Spelling Day’ dianjurkan bersama oleh majalah Knowledge Discovery dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak bersama CHAMPS, jenama multivitamin kanak-kanak selaku penaja utama. Pertandingan ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran mengeja serta memantapkan perbendaharaan kata para pelajar sekolah rendah di samping menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris yang betul di kalangan para pelajar. Pengarah Urusan Kumpulan CCM Bhd, Datuk Dr Mohd Hashim Tajudin berkata, pertandingan mengeja itu memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk bersaing secara sihat dan positif. “Para pelajar juga dapat memperoleh kelebihan menyertai pertandingan mengeja selain daripada menguasai Bahasa Inggeris. Berdiri di depan para penonton saja semasa bertanding sudah dapat meningkatkan keyakinan diri mereka,� katanya.

Abdullah Mohd Yunus, Datuk Dr Mohd Hashim (tengah) dan Hj Mohd Idris Hj Ramli memperlihatkan sijil Malaysia Book of Records.


Anugerah Wartawan & Penulis Melayu Malaysia 2009

Ogy Ceriakan Program Laman Santai FINAS menerusi Bahagian Pemasaran & Promosinya telah

mengadakan satu program Laman Santai bertempat di Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur Jun lalu. Program dilaksanakan sempena memperingati Hari Seniman serta meraikan Festival Filem Malaysia ke 22 yang bakal diadakan di negeri Sabah pada Ogos ini. Sesuai dengan acaranya yang santai,laman yang terbuka itu dipenuhi para seniman, karyawan filem, penggiat seni serta peminat-peminat yang datang dari seluruh Negara untuk beramah mesra dan mengenali lebih dekat artis-artis pujaan mereka baru dan lama. Majlis turut dihiburkan oleh Rahim Maarof, Zamarul Hisham, Dafi, Latif Ibrahim, Sofia Ibrahim, Kaza, Rusdi Ramli, Daniel (MI), M.Subash serta sketsa jenaka dari A.R. Badol, Kencana Dewi dan Louisa Chong. Ogy selaku pengaraca majlis telah membuatkan Laman Santai sentiasa ceria dengan usikan dan gurauannya.

Khasiat Bijian Penuh Daripada aLIVE Nikmatilah kebaikan

bijirin penuh dengan aLIVE Whole Grain Cereals, bijirin inovatif yang dihasilkan istimewa untuk para pengguna yang mementingkan kesihatan. aLIVE Whole Grain Cereals mengandungi kandungan bijian penuh tinggi sebanyak 97 peratus! Setiap pek bijirin aLIVE mengandungi lebih banyak bijian penuh berbanding jenama lain di pasaran. Dengan aLIVE Whole Grain Cereals, para pengguna dijamin 50 peratus lebih banyak bijian penuh dalam bijirin mereka dan kurang gula antara 20 hingga 50 peratus daripada jenama-jenama lain. Malah bijirin aLIVE sedap dan merupakan makanan yang sihat.

Azah Aziz menerima hadiah daripada Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Datuk Zainal Abidin Borhan sambil diperhatikan oleh Dr. Alias Mohamed.

TIGA tokoh wartawan dan penulis veteran tanahair telah

menerima Anugerah Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia, 2009 di Majlis Makan Malam sempena penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia yang diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya baru-baru ini. Penerima-penerima anugerah itu terdiri Tan Sri Datuk Abdullah Ahmad, Tan Sri Datuk Mazlan Nordin dan Azah Aziz. Anugerah itu diberi atas perjuangan mereka dalam bidang penulisan berdekad lamanya tanpa mengenal erti penat dan jemu. Tan Sri Abdullah Ahmad memulakan karier sebagai wartawan dengan akhbar Strait Times dan kemudian New Straits Times pada awal 1960an seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarang merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan New Strait Times. Tan Sri Datuk Mazlan Nordin pernah membuat liputan dan mewawancara Natrah yang dikatakan masuk Kristian atas usaha ibu bapanya. Datuk Mazlan menjadi Ketua Editor Kumpulan Utusan Melayu pada 1973-1982 kemudian sebagai Pengarah Urusan hingga 1987. Azah Aziz adalah seorang wartawan, penulis dan budayawan. Beliau adalah pelopor wartawan wanita Malaysia dan pengasas Persatuan Wartawan Wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 1971.

Berbuka Puasa di Melting Pot CafĂŠ Sempena kedatangan

Ramadhan, Melting Pot Cafe mengadakan bufet berbuka puasa yang disediakan khas oleh Chef Abbas. Antara hidangan yang disajikan ialah nasi briyani dengan kambing, rendang tulang rawan daun cekur, kamb ing asam lemak, sotong berlado berserai, puyuh goreng halba, ayam panggang dan lain-lain lagi. Istimewanya ialah terdapat gerai-gerai yang menghidangkan hidangan panas antaranya cucur udang, popia otakotak dan samosa. Terdapat juga gerai ikan bakar yang menyediakan pilihan ikan selar, ikan pari dan ikan terubuk untuk pelanggan. Hidangan berharga RM82 setiap seorang dengan air teh tarik secara percuma dan Melting Pot Cafe boleh dihubungi melalui 02-21442200.

Ogos 09


Kirana Norzilawati Sidek FOtO: Yusri Shakjee PaKaiaN: Busana An-Nur, Lot 2.07B Tingkat 2, Kompleks PKNS Bangi (Terima Kasih Puan Norlizawati Darus) MEKaP: Comel Fadilah, Artis Studio (016-3197500) MODEl: Nani Roc lOKaSi: Residence Inn, Cherating Pahang PENYElaRaS:

di Bulan Ramadhan Ramadhan menjelma menjanjikan seribu berkat apatah lagi jika menjaga tertib dan gaya di bulan yang mulia ini. Koleksi Iman dari Busana AnNur memberi variasi penampilan Muslimah di bulan penuh berkat dengan rekaan jubah yang disuai padan dengan pelbagai paten tudung.

10

Ogos 09


Merah berani

– jubah merah berhias keemasan lengkap dengan tudung manik sedondon amat sesuai untuk majlis rasmi.

Ogos Julai 09

11


Miliki keanggunan dalam diri setiap muslimah... Langgan majalah Aniqah hanya

RM56.00 setahun www.aniqah.com.my

Julai 09

1


Serlah Gaya Roihan Mat Zaib FOTO: Yusri Shakjee Masjid Al-Mukarramah, Bandar Seri Damansara MODEL: Rini Mekap: Comel Fadilah (Artis Studio) pakaian: Beautiful Abaya PENYELARAS: LOKASI:

di Bulan Penuh Berkat

Melaksanakan rukun Islam ketiga, ramai yang masih tercari-cari pakaian yang sesuai terutamanya untuk ke majlis berbuka puasa, ke masjid atau ke mana sahaja. Pastinya bulan Ramadhan adalah bulan penuh keinsafan. Namun, bagi yang mementingkan penampilan dalam berfesyen, pemilihan pakaian tidak harus diketepikan. Dengan itu, penampilan sopan dengan abaya sentiasa menjadi pilihan.

Jubah hasil gabungan

jingga dan hijau sememangnya ‘kena’. Apatah lagi dengan pemilihan tudung dari warna senada. Didatangkan dari India, jubah potongan pasti membuatkan anda selesa untuk ke majlis berbuka puasa atau ke mana sahaja.

Ogos 09

21


Diskusi

Keempat-empat Isteri

Tidak Ingin Berpisah Tidak sukar untuk menguruskan keluarga besar kerana setiap isteri dan anak-anak ditanamkan rasa kecintaan kepada Allah s.w.t. melebihi yang lain.

34

Ogos 09

Wajahnya tenang ketika berbual dengan

kami di sudut sebuah kafe di Rawang, Selangor di pagi yang cerah itu. Dengan ceria Ustaz Hashim bercerita secara jujur pengalaman bagaimana dia boleh mengahwini seorang demi seorang isteri sehingga yang keempat dan boleh tinggal sebumbung serta hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Yang lebih menarik, bukan sahaja para isterinya, malah kesemua anaknya seramai 22 orang hasil perkongsian hidup bersama empat isteri itu (kini tinggal 21 kerana seorang daripadanya meninggal dunia sewaktu kecil), menerima dengan baik dan saling menyayangi antara satu sama lain tanpa membezakan siapa ibu mereka. Keakraban dan keharmonian mereka sehingga tiada seorang daripada mereka sanggup berpisah malah amat bimbang sekiranya berlaku perpisahan dan tidak dapat hidup bersama lagi. “Tak seronoklah kalau terpaksa berpisah. Nanti kami akan kehilangan dan tidak dapat menikmati hidup harmoni seperti sekarang. Kami akan sentiasa merindukan


Miliki keanggunan dalam diri setiap muslimah... Langgan majalah Aniqah hanya

RM56.00 setahun www.aniqah.com.my

Julai 09

1


ADVERTORIAL

A ura Seri Nur

Jamin Perlindungan Wanita 24 Jam

SEPERTI produk-produk

keluaran Aura Seri lainnya, cara penggunaan produk terbaru Aura Seri Nur juga sama iaitu dengan tiga langkah mudah bermula dengan titik, niat dan guna. Titikkan tiga hingga tujuh titis ke dalam kolah mandi atau timba, niatkan yang baik-baik dan rendam badan atau jadikan bilasan terakhir pada mandian. Atau titikkan di tapak tangan dan sapukan ke muka bermula dengan niat yang positif. Aura Seri Nur direka khusus untuk memenuhi keperluan wanita hari ini. Ia dilengkapi dengan pelan perlindungan insuran dengan menawarkan perlindungan 24 jam sehari di seluruh dunia yang pasti memberikan ketenangan minda kepada para wanita, tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan. Ia juga menawarkan manfaat setinggi RM64,800. “Dengan berbelanja hanya serendah RM78.00, setiap wanita berusia 18 hingga 65 tahun akan mendapat perlindungan insurans kemalangan diri sebanyak RM10,000 setahun.

40

Ogos 09

Kemalangan diri ini termasuk kes ragut, rompakan bersenjata, keganasan rumah tangga, kes rogol, kematian akibat kemalangan, hilang upaya ke-kal, elaun pendidikan anak, perbelanjaan perubatan dan banyak lagi,” jelas Datin Ira, pengasas Aura Seri yang yakin dapat menyasarkan sejuta wanita akan menyertai program ini. “Tidak mustahil sejuta wanita akan merebut peluang keemasan ini memandangkan mereka tidak mengalami apa-apa kerugian. Dengan membelanjakan sedikit wang, mereka bukan sahaja mendapat produk yang baik untuk keterampilan mereka malah dijamin dengan perlindungan insurans pula,” katanya yang akan mengatur strategi untuk turun ke padang bagi mempromosikan produk Aura Seri Nur yang mula dipasarkan Julai lalu. Aura Seri Nur dirumus khusus untuk wanita dari pati bunga-bungaan seperti kenanga, jasmin, kristal pink love, rose quartz dan sebagainya yang baik untuk wanita sebagai perlindungan berganda. Sementara Nur yang bererti cahaya, akan menyinar dari dalam di-ri seseorang wanita apabila menggunakan produk ini bagi memudahkannya melakukan

rutin seharian dalam mengurus diri dan rumah tangga. Ia merangsang minda agar sentiasa cergas, bertenaga dan dinamik serta merangsang sistem imun wanita. “Produk ini juga amat disyorkan bagi wanita yang menjalankan tugas seharian di pejabat atau di mana sahaja kerana ia mampu mencapai tahap kerohanian yang tinggi. Ia merangsang dan memulihkan aura tubuh serta memberikan ketenangan dan kestabilan emosi. Ia sangat sesuai dijadikan amalan di bulan Ramadhan bagi mempertingkatkan tahap kesabaran dan kestabilan emosi dalam saat menghadapi dugaan ketika menahan lapar dan dahaga,” jelasnya lagi. Aura Seri juga akan memperkenalkan beberapa produk lain dalam masa terdekat. Antaranya khusus untuk keintiman suami isteri iaitu Aura Seri Sensual; Aura Seri Sinus untuk penghidap resdung dan Aura Seri Menstrual bagi mengatasi masalah peredaran darah haid wanita. Terbaru, Aura Seri akan memperkenalkan pek percubaan yang dipanggil Aura Seri Nur Skin Care yang juga menawarkan insurans perlindungan wanita bernilai RM10,000 secara percuma.Q


Ogos 09

41


Miliki keanggunan dalam diri setiap muslimah... Langgan majalah Aniqah hanya

RM56.00 setahun www.aniqah.com.my

Julai 09

1


Ogos 09

51


Lazeez PENYELARAS: NORZILAWATI SIDEK

Chef Zulkarnain Che Amat, Residence Inn Cherating, Lot 826 Mukim Sungai Karang, Cherating 26080 Kuantan,

TERIMA KASIH:

82

Ogos 09

Pembuka Selera Di Bulan Ramadhan




Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.