Issuu on Google+

Keanggunan Wanita Berilmu

Kesan Emosi Remaja Menghitung Tiga Jumaat

Penangan Produk Kosmetik Daging Makanan Toksik Bersuci Cara Islam Punca Anak Berbohong

Usaha Modal

Muna

Langgan & Menang Muka surat

96

ISSN 1394-143 7

9 771823

644009

DISEMBER 2009 THN.4 Bil. 49 1430 - H Zulhijjah/Muharam Harga: RM5.50


“

“

J

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;

ika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia.

(Maksud surah an-Nisaa’ ayat 31)


Disember 09




Kandungan Disember 2009 Kirana

10 Selesa Bila Bersantai 16 Indahnya Rantai Perak 17 Kerlipan Swarovski 18 Halal, Natural Belum Tentu Thoyyib Diskusi

20 Islam Itu Cantik 23 Mencari Kosmetik Halal 25 Awas Jerat Iklan 27 Penjagaan Kulit 29 Ghairah Ingin Cantik Nurjannah

32 34

Kebersihan & Bersuci Cara Islam Lelaki Baligh Wajib Solat Jumaat

Undang-undang

38

Talak Raj’i

Global

40 Bencana Kemanusiaan di Somalia Srikandi

44 Ummu Sulaim Sinar

46 Juriah Janaki Korbankan Kerja Demi Islam Buntu

48 Isteri Derhaka

50 

Disember 09

Wajah Aniqah Anugerah Semarakkan Semangat Muna


88

09

10

78 Mercu Dunia

Tips Lazeez

54 Sabariah Pasarkan Minuman Herba 81 6 Kesalahan Ketika Cergas & Aktif

56 Berenang, Sihat Dan Menyeronokkan

Muslimat

58 Daging Makanan Toksik 62 Jihad Bisnes Jalan Menebus Maruah Ummah

Menyediakan Makanan

Dekor

82 Tenang Menerima Rawatan 85 Klasik Tempat Menyimpan Buku Relaks

86 Sepetang Di Tanjung Lumpur 88 Hotel Berkonsep KeIslaman

Medik

Mobil Anda

Syhhh...

Novel

Didik

Renungan

66 Osteoporosis Penyakit Senyap 69 Menjahit Kelambu Kaabah 70 Anak Berbohong 72 Emosi Remaja

91 Kendali Kemalangan dengan Bijak 92 Sebahagian Haruman Hayat 95 Persediaan Mental untuk Anak Ke Sekolah

Nutrisi

74 Rambutan 76 Percutian Dinikmati Kesihatan Diutamakan

Lazeez

78 Gabungan Sunda Dan Thai

86

82 Disember 09




PP 14381/10/2006

www.aniqah.com.my KETUA EDITOR KUMPULAN Datuk Jamaluddin Mansor jamal@mmpcommunications.com PERUNDING EDITORIAL SARIMAH othman sari@mmpcommunications.com EDITOR Norkhairana Pilus kay@mmpcommunications.com EDITOR AGAMA Raflis Sabirin raflis@mmpcommunications.com EDITOR BERSEKUTU Webah Salleh webah@mmpcommunications.com WARTAWAN Norzilawati Sidek

zila@mmpcommunications.com

Norliza Wahid liza@mmpcommunications.com Roihan Mat Zaib roihan@mmpcommunications.com Farah Sheiakha Abd Wahid farah@mmpcommunications.com PENGARAH SENI AZLAN SALIM azlan.salim@mmpcommunications.com PEREKA GRAFIK ANITA ISMAIL anita@mmpcommunications.com PEREKA GRAFIK KORPORAT MOHD FIRDAUS ABD HALIM firdaus@mmpcommunications.com JURU FOTO KANAN Asraf Dahari asraf@mmpcommunications.com JURU FOTO Mohd Yusri Mohd Shakjee yusri@mmpcommunications.com JASMAN MD NOOR jasman@mmpcommunications.com wan naqiuddin wan yaacob wan@mmpcommunications.com PENYELIDIK FOTO ARMAN BIN YUSUF arman@mmpcommunications.com WEB MOHD HAFIZI MD TAHIR hafizi@mmpcommunications.com PERUNDING JUALAN & PEMASARAN SHIKIN CHRISTINE LOUIS shikinchristine.louis@mmpcommunications.com PENOLONG PENGURUS PEMASARAN ANN NORIZAD ann@mmpcommunications.com Eksekutif kanan LANGGANAN Ridzuan Besiri ridzuan@mmpcommunications.com Eksekutif kanan JUALAN AZAM AKBAR RAMAMAM azam@mmpcommunications.com Eksekutif JUALAN Zakhwan Md. Nawi @ Rizak zakhwan@mmpcommunications.com Eksekutif ACARA & PROMOSI Shahrul AzrIN SHAHARUDDIN azreen@mmpcommunications.com Eksekutif SELIAAN PELANGGAN ADIBAH AHMAD adibah.ahmad@mmpcommunications.com PENGURUS PRODUKSI & PENGEDARAN Khairi Ng Abdullah khairi@mmpcommunications.com EKSEKUTIF PENGEDARAN Rizal Abdul Rahman rizal@mmpcommunications.com Mohamad Zairull Mohd Yusof zairull@mmpcommunications.com Zulkeflee Abdullah zulkeflee@mmpcommunications.com EKSEKUTIF PRODUKSI Widya Natasya Md Salleh widya@mmpcommunications.com ILYAH NAZRAH JAMALLUDIN ilyahnazrah.jamalludin@mmpcommunications.com PENERBIT MMP Communications Sdn Bhd (146937-W) 68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425

PENCETAK Times Offset (M) Sdn. Bhd. Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: +603-5628 6888 Fax: +603-5628 6899

Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap ANIQAH.

A Member of:



Disember 09

Magazine Publishers Association


Sepatah Bicara

Elakkan Produk Kecantikan yang Syubhah dan Haram Adakah wanita yang tidak ingin kelihatan cantik? Adakah manusia yang tidak suka melihat sesuatu yang cantik? Tidak keterlaluan jika saya katakan, hakikatnya manusia suka akan kecantikan. Justeru itu, lumrah bagi manusia untuk mencari kecantikan. Rumah di hias cantik, tubuh ditutup dengan pakaian cantik dan pastinya wajah juga disolek cantik. Malah, ada yang “mengubah suai� wajah dan tubuh kerana terlalu ghairahkan kecantikan. Baik lelaki mahupun wanita, masing-masing ada cara tersendiri dalam menghias dan merias diri. Harga bukanlah ukuran bagi mereka yang mendambakan wajah cantik. Apatah lagi, kini bidang pengeluaran kosmetik dan perkhidmatan kecantikan semakin maju. Para pengeluar berlumba-lumba mencuba pelbagai kaedah menarik untuk tujuan pemasaran. Iklan-iklan yang disiarkan amat menguja dan mempesonakan. Tanpa berfikir panjang, pengguna menjadi ghairah untuk mencuba. Maklum sajalah, siapa yang tidak ingin kelihatan cantik... Apakah produk-produk yang dibeli dan digunakan itu halal? Kita sering mempersoalkan status halal makanan, bagaimana pula dengan produk-produk kecantikan? Hakikatnya, sebahagian kecil sahaja yang terdapat di pasaran itu suci dan berstatus halal. Sedarkah kita bahawa kebanyakan umat Islam menjadi masyarakat pengguna dan bukannya pengeluar? Inilah cabaran besar bagi kita mengenai isu halal haram bagi makanan dan barangan. Kesedaran tentang isu halal amat penting kerana ia mempengaruhi tingkah laku kita. Kita bimbang makanan dan barangan dari sumber yang syubhah atau haram yang akan bertukar menjadi darah daging itu akan menjadikan kita manusia yang keras hati, malas beribadah dan sukakan yang mungkar. Maka kesudahannya akan menerima azab seksa daripada Allah s.w.t. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan hal ini: “Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan masuk ia ke dalam perkara yang haram laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larang Allah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.� Wassalam,

Muka Hadapan

Penyelaras Farah Sheiakha Foto Jasman dan Yusry Shakjee Solekan Asmarani Bidin Pakaian Butik Hajaba Model Muna Din

Sari

Sari Othman Perunding Editorial Disember 09




Respons Pembaca

Surat Pilihan

Jangan Abaikan Pendidikan Agama Anak-anak Assalamualaikum, Sebagai pembaca yang prihatin, saya ingin memberikan sedikit pendapat berkaitan pendidikan anak-anak. Seperti yang kita maklum, anak-anak adalah pewaris generasi akan datang. Justeru, pendidikan adalah perkara yang tidak harus diabaikan. Pendidikan yang dimaksudkan bukanlah pendidikan duniawi semata-mata tetapi bersangkutan juga dengan pendidikan agama. Pendidikan keagamaan bukan sahaja akan menjadi satu landasan ataupun ‘pelindung’ anak-anak agar tidak terjerumus dalam kancah kejahatan tetapi juga sebagai pembimbing akal fikiran dan pembakar semangat pada masa hadapan. Namun, yang paling dikesali adalah sikap sesetengah ibu bapa yang menjadikan pendidikan agama sebagai ilmu sampingan dan sering kali diabaikan. Mereka juga adakalanya berpendapat, pendidikan duniawi adalah yang paling penting terutamanya di dunia yang serba moden ini. Walhal, pendidikan agama adalah penunjuk jalan serta ilmu yang terbaik. Seharusnya, tanggapan ini dilupuskan untuk kebaikan generasi akan datang. Ingatlah, pendidikan agama tidak boleh dilupuskan malah seharusnya menjadi pembimbing seseorang insan dan bergerak seiringan kemajuan zaman. Tidak salah sekiranya ibu bapa mahukan pendidikan duniawi terbaik untuk anak-anak mereka tetapi aspek keagamaan tidak harus diabaikan walau sedikit pun. Tidak dinafikan, rata-rata ibu bapa menghantar anak-anak menghadiri kelas-kelas bimbingan al-Quran, Fardhu Ain dan pelbagai lagi kelas-kelas agama. Namun, adalah tidak wajar melepaskan tanggungjawab secara bulat-bulat (keseluruhan) kepada para pengajar kelas-kelas tersebut. Sebenarnya, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab lebih besar terhadap anakanak dalam membimbing, memberi tunjuk ajar dan mencorakkan masa depan mereka. Ibu bapa tidak boleh mengandai dan mengharapkan pembelajaran di luar rumah sebagai mencukupi. Sedarlah, segala ilmu, baik dunia mahupun akhirat yang dipelajari oleh anak-anak perlukan perhatian dan bimbingan ibu bapa. Ilmu agama itu adalah asas pendidikan yang amat penting untuk pembangunan insan. Nur Haiza Ibrahim, Jln Bagan Ajam, Butterworth.



Disember 09

Perbanyakkan Isu Kehamilan Salam, Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga kerja Aniqah kerana banyak memberikan pengetahuan kepada pembacanya. Sebagai salah seorang pembaca Aniqah, saya cukup berbangga kerana majalah yang menampilkan isu-isu keIslaman ini semakin mendapat tempat di hati pembaca. Semoga sambutannya semakin hebat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, saya ingin mencadangkan agar majalah Aniqah memperbanyakkan lagi kupasan isu berkaitan kehamilan kerana ia begitu menarik perhatian pembaca terutamanya golongan ibu. Umpamanya privacy ketika bersalin, cara bersalin dan persiapan menanti kehadiran anak yang pernah disiarkan Aniqah sebelum ini. Ternyata isu yang dibincangkan sangat menarik dan unik. Harapan saya juga agar majalah Aniqah mendapat sokongan daripada semua pihak dan kupasannya memberi manfaat kepada pembaca. Sama-samalah kita doakan semoga apa yang disampaikan dapat dimanfaatkan semua pihak. Wassalam. Isma Syuhada, Kerteh, Terengganu.

Kami mengalu-alukan pandangan dan komen mengenai ANIQAH atau isu semasa untuk dikongsi bersama. Hantarkan kepada aniqah@mmpcommunications.com atau poskan ke Aniqah (Ruangan Respons Pembaca), 68-B, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur. Surat pilihan akan menerima hadiah istimewa daripada penaja iaitu Phytoshoppe Sdn Bhd.


Disember 09




Kirana Sekilas OLEH:

Webah Salleh FOTO: Naqie

INSTITUT Pengupayaan Wanita

bagi Anggota Pergerakan Negaranegara Berkecuali NAM (NIEW) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Malaysia buat pertama kalinya telah menganjurkan Pameran Antarabangsa mengenai Wanita (NIEX ’09) akhir Oktober lalu bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. NIEX ‘09 merupakan platform untuk membina hubungan kerjasama, bertukar pandangan, berkongsi amalan yang baik dan makanisma serta menguatkan hubungan diplomatik dan dua hala antara Negaranegara Ahli pertubuhan NAM. Dengan adanya pameran ini orang ramai dapat melihat usaha yang dilaksanakan ahli-ahli NAM memperkasakan wanita mereka bagi mencapai kesamaan gender. Dengan tema WANITA NAM: SERIBU WAJAH, pameran ini bertujuan mempertingkatkan peranan wanita di seluruh dunia. Kesamaan tidak hanya berupa fizikal tetapi juga cabaran-cabaran yang dihadapi wanita di negara-negara terlibat dalam pertubuhan NAM. Dengan mengetengahkan tujuh isu utama Deklarasi Putrajaya iaitu: Wanita, Kemiskinan dan Perkembangan Ekonomi; Kuasa Wanita dalam Membuat Keputusan; Wanita dan Pelajaran; Wanita dan Kesihatan; Wanita, Media dan ICT; Keganasan Terhadap Wanita dan Wanita dalam Krisis Pengurusan, pameran ini mempamerkan isu wanita dalam negara-negara NAM melalui pertunjunjukan visual. Selaras dengan itu pertunjukan pentas juga diadakan sepanjang pameran itu. Antaranya persembahanpersembahan kebudayaan antarabangsa, ucapan-ucapan dan juga dokumentari video menunjukkan keunikan budaya dan tradisi negara-negara pertubuhan NAM. Bual bicara mengenai wanita, galeri foto, galeri jualan barangan antarabangsa, pemeriksaan kesihatan percuma dan juga kuiz. Dalam ucapan alu-aluan di majlis perasmian itu, Datuk Rafiah Salim selaku Pengarah NIEW



Disember 09

Pameran Wanita Seribu Wajah berkata, sehingga akhir tahun ini jadual aktiviti NIEW telah sarat dipenuhi. Antaranya pada November, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad akan memberikan ucapan berjudul “Peranan Wanita Dalam Membina Bangsa” di suatu majlis makan tengah hari. Kemudian diikuti pelancaran volum pertama jurnal yang diberi nama: The NIEW Journal. Upacara perasmian pameran itu telah disempurnakan Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dalam ucaptamanya beliau memuji sikap Datuk Rafiah Salim, sebagai pemimpin muka baru yang berani menyuarakan hasrat kaum wanita untuk diketengahkan kepada pihak kerajaan dan NAM. “Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Rafiah kerana di bawah pimpinan beliau telah berjaya mengadakan pameran ini dan berbagai aktiviti NIEW yang lain,” tegas beliau. Sebagai media yang prihatin dan sentiasa mendukung usaha pembangunan wanita, majalah ANIQAH turut bekerjasama dalam pengisian program dengan menganjurkan Beauty Talk dan Demonstrasi Produk

SAHARA Bloom Skin Care, persembahan band kanak-kanak Sekolah Sri Acmar, serta pertunjukan-pertunjukan fesyen dari Butik PSF dan Butik Zaljannah. Gerai ANIQAH yang mempromosikan majalah-majalah keluaran MMP COMMUNICATIONS SDN BHD iaitu ANIQAH, Milenia Muslim dan Forward juga turut dikunjungi oleh Dato Sri Shahrizat. Q


SAHARA Bloom di Kota Bharu Produk kecantikan, SAHARA

Bloom, baru-baru ini mengadakan bengkel sempena mempromosi produknya di Kota Bharu, Kelantan. Datin Siti Rohayah Datin Siti Rohayah Muhamad Yusup, Muhamad Yusuf Pengarah Urusan OxygenMD Sdn. Bhd., syarikat yang mengeluarkan produk SAHARA Bloom, menyarankan agar para peserta yang hadir, bukan sahaja memberi perhatian terhadap aspek kecantikan diri, malah pembangunan diri dan keluarga melalui perniagaan kecantikan. Antara produk-produk SAHARA Bloom termasuk gel penjagaan mata, masker, krim rawatan malam, serum jeragat, krim menegang wajah/anti kedutan, krim pelindung cahaya matahari dan serum penjagaan dalaman wanita. Selain penjelasan mengenai produkproduk, demonstrasi penjagaan wajah juga dianjurkan. Seorang pakar perubatan, Dr. Mudzakkir Kholil, juga dijemput untuk memberi penerangan mengenai wanita dan hormon serta keajaiban Pueraria Mirifica, yang juga dikenali sebagai ‘akar hikmat’ sejenis tumbuhan yang mengandungi kadar phytoestrogen dan isoflavenes tinggi yang amat berfaedah dalam penghasilan hormon wanita. Seramai kira-kira 100 orang menghadiri majlis tersebut. Sambutan para peserta terhadap produk SAHARA Bloom amat menggalakkan, malah, beberapa orang telah menandatangani perjanjian untuk menjadi pengedar.

Datin Dr Norazizah Taib

Perasmian mediNOR One Health Center MediNOR One Health Centre merupakan sebuah pusat

kesihatan yang menitikberatkan kecergasan, pemakanan serta kepentingan kehidupan individu secara sihat telah dirasmikan dalam satu majlis petang yang santai. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Dr Norazizah Taib, pusat kesihatan ini turut menyediakan bilik rawatan serta ruang senaman yang dilengkapi mesin canggih seperti Jet Vibe, Freemotion Cable Cross dan Treadmill yang berfungsi untuk program pengurusan berat badan, kardiovaskular dan latihan ketahanan tubuh badan yang mantap. Manakala setiap ruang pusat kesihatan ini diberi sentuhan moden agar pelanggan berasa tenang untuk menjalani pemeriksaan serta mengikuti program kesihatan yang bersesuaian. Perkhidmatan lain di mediNOR Onehealth Centre ialah Health Risk Appraisal (HRA) Survey, Program Fitness, Runding Cara Wellness dan rawatan komplimentari. Disember 09




Kirana

Terserlah kelembutan si gadis dalam rekaan merah jambu yang sering menjadi lambang kewanitaan dan pilihan kebanyakan wanita.

10

Disember 09


PENYELARAS:

Selesa Bila Bersantai

Norzilawati Sidek FOTO: Yusri Shakjee PAKAIAN: Hilyah Sales Office, 39 Jalan Waruna AR U5/AR, Taman Desa Subang, 40150 Shah Alam, Selangor (www.hilyah.com) TEL: 03-78473256 MEKAP: Comel Fadilah MODEL: Nani ROC

B

ersantai di tepian pantai, menghirup udara segar sambil menikmati kesegaran air kelapa muda pastinya sangat menenangkan jiwa. Anda tentu mahukan keselesaan tetapi masih tampil sopan pabila ditiup bayu laut. Paten t-shirt muslimah 100 peratus kapas dari Koleksi Hilyah ini amat sesuai untuk bersantai. Anda bebas bergerak dan berasa selesa pada kulit, rekaannya yang agak longgar tidak membataskan pergerakan. Malah tulisan/sulaman indah di sisi t-shirt menonjolkan kelainan pada rekaan. Bukan sekadar hiasan di pakaian, ia memberi maksud yang tersurat buat pemakainya yang menghargai erti kehidupan.

Disember 09

11


Kirana

t-shirt biru ini tampak menyerlah dalam suasana damai pantai, bagaikan sedondon apabila digayakan dengan seluar jeans.

12

Disember 09


SELESA dengan rekaan t-shirt hijau, tidak canggung untuk bergerak aktif ketika di tepi laut.

Disember 09

13


Kirana

Penyatuan warna t-shirt dan biru ombak menambahkan lagi seri si pemakai yang mahukan ketenangan di waktu petang.

14

Disember 09


KOMBINASI t-shirt dan selendang ungu memberikan penampilan ayu dan lembut kepada si pemakai.

Disember 09

15


OLEH: Norliza Wahid FOTO: Yusri Shakjee Terimakasih atas kerjasama D’or Rue Sdn. Bhd, 98&98M, Jalan SBC 3, Taman Seri Batu Caves, Selangor. Tel: 03-61841667/ 03-61841662.

Kirana

Indahnya Rantai Perak

RINGKAS tetapi tetap menyerlah apabila digayakan. Malah ia menambahkan keanggunan pemakainya. Rantai perak ini bukan sahaja sesuai dipakai untuk menghadiri majlis keraian malah untuk ke pejabat. Apa yang penting, si pemakai hendaklah tahu memilih pakaian yang sesuai sebagai gandingannya. Walaupun bentuknya kelihatan agak ringkas, ia sesuai digayakan dengan pelbagai jenis pakaian. Bagi wanita yang suka menggayakan pelbagai jenis fesyen, aksesori perak amat sesuai kerana ia kelihatan menarik serta menyerlah. Ramai di kalangan wanita masa kini memilih aksesori peraksama ada untuk digayakan ke pejabat mahupun menghadiri apa juga majlis formal atau kenduri. Jom belek-belek rantai perak, mungkin ada yang akan menawan mata dan memikat hati anda. Q

16

Disember 09


OLEH:

Farah Sheiakha FOTO: Yusry Shakjee (Terima kasih Aida Mohd Noor dari D’Little Asia Collections, Tingkat 1 Tesco Stores (M) Sdn Bhd, No 3 Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, Shah Alam)

Kerlipan Swarovski Gelang tangan, rantai leher dan cincin merupakan aksesori yang paling digemari oleh golongan wanita. Istimewa dari D’Little Asia Collections adalah aksesori ini yang direka khas menggunakan Crystallised Swarovski Elements dalam warna hijau yang menarik. Kerlipan batu Swarovski pasti akan membuatkan anda ingin memilikinya.

Disember 09

17


Kirana

Halal, Natural

Oleh Dr(H)Kirana Mohamad

Penghujung tahun ber-

Belum Tentu Thoyyib

erti sedikit kebahagiaan bagi ibu kerana inilah kesempatan untuk merapatkan hubungan anak dan keluarga. Mereka yang sedikit mampu mungkin merancang perkelahan manakala yang lebih mampu akan bercuti ke luar negara. Sebelum keluar rumah, eloklah mengambil makanan sederhana berat supaya tidak perlu berhenti beberapa kali untuk membeli jajan. Makan sambil memandu dalam kereta bukan sahaja tidak baik untuk penghadaman malah punca kepada gastrik, sembelit, sakit kepala dan perut buncit. Buahbuahan sesuai tetapi elakkan buah yang terlalu berair seperti tembikai atau yang berangin seperti durian, cempedak dan langsat. Tidak perlu pergantungan ubat tahan mengantuk atau tonik tenaga kerana ia bersifat stimulant (perangsang) yang memicu kepada ketagihan kafiena dan pengumpulan residu biokimia ke atas sendi, yang menjadi faktor penyumbang (co-faktor) kepada keluhan gout dan arthritis. Anda boleh merendam kurma dalam secawan air suam untuk semalaman. Kisar keesokan paginya dan ditambah sesudu madu, sehiris halia serta secubit gula perang untuk sinergi yang terbaik. Ramuan ini kaya vitamin B3 Niacin, bagus untuk ketenangan saraf, tumpuan dan membekal tenaga ekstra untuk pemanduan dan perjalanan. Gantikan santan nasi lemak kepada minyak kelapa dara (VCO), lebihkan hirisan halia dan racik sedikit daun pudina, Insya Allah segar dan awet muda. Untuk kembung perut, cirit-birit dan keracunan makanan, sebaiknya bawa minyak terapi (lavender + halia +geranium + grapefruit + chamomile). Baik sebagai sapuan, seduhan

18

Disember 09

Cadangan Makanan untuk Perjalanan Sarapan Makanan Ringan/Jajan 1. Roti Gandum 1. Buah potong: Jambu 2. Chapati Betik, ciku, pisang 3. Nasi Lemak 2. Kurma/Kismis Tanpa 4. Nasi Kerabu Sulfur 3. Kerepek Tanpa Garam

Hentikan Gantikan kepada 1. Kopi Herba 1. Tea + Halia 2. Herba 2. Tea Kayu Manis + Pelawas Pudina 3. Isotonik 3. Jus Kurma Madu 4. Tea Jamu 4. Air Kelapa Asli


Ramuan Fungsi Kimia Sodium Laureth Agen Buih Laureth/Lauryl Sulphate

Kesan Sampingan Lemak Babi/Mineral Radang saraf otak

Pilihan Selamat Tanpa Buih/Busa Beras + pati minyak

Zink Phyritione (ZPT) Anti Kelemumur

Radang Otak Depresi

Pati Selasih Pati Bunga Raya

1. Dicaliumphosphate Bahan Aktif 2. Flourida & Florida dalam Pasta Gigi

1. Serbuk Tulang Babi 2. Perosak kelenjar

Tanpa Florida Garam Bukit/Arang

1. Lanolin Agen Pelembap, 2. Allantoin pengikat cecair 3. Gliserin

Sumber mineral/haiwan syubahah + pelarut toksid

Bahan berasaskan air dan pati minyak

Aluminium

Agen Peluntur dalam SPF, Deodoran

Keracunan Saraf Otak, Nyanyuk, Parkinson

Air Mawar

Titanium

Agen Pemutih/ Pencerah Kulit

Penyumbang kepada Kanser Kulit, Payudara

Beras Pulut + Bunga Melur

Sangat Toksid, penyebab athma, radang peparu

Mengkudu Hutan Temulawak

Sulphur Agen Pengecut Jerawat terkuat Parrafinum

Bahan dasar Kerengsaan, berasal krim, losyen, balm daripada petroleum

Minyak Kelapa Dara (VCO)

Aurum Metallicum (Emas 24 karat)

Popular sebagai Depresi agen peremajaan Keracunan Darah untuk kulit matang

Minyak sayur Minyak Bijan Minyak Lobak Merah

Kojic Acid

Tonik Awet Muda Carcinogen (Agen Kanser)

Air Mawar + Pandan

Menthol Crystal bahan aktif untuk Residu kimia penyebab rasa panas auto imun diseases

Minyak sayur + Arnica Mengkudu, Hempedu bumi

Salicylic Acid Melegakan gatal, Residu kimia ke sendi ngilu, kerengsaan penyebab arthritis

Bunga Kekwa, Mengkudu Hutan, minyak terapi

dan bilasan jika berlaku cedera ringan. Bagi ibu mengandung, sapulah minyak tersebut sebelum dan ketika ‘jet lag’ perjalanan. Cirit-birit adalah haemostasis tubuh untuk melepaskan ‘racun’, justeru mengambil pil penahan cirit/muntah bukanlah sunnatullah. Rasulullah berpesan supaya tetaplah meminum air madu sehinggalah keluhan akut tersebut reda. Dalam tulisan lalu telah dinyatakan beberapa ramuan asas dalam kosmetik yang syubahah dan berbahaya. Perhatikan jadual di sebelah sebagai pedoman untuk memilih kosmetik yang Halalan Thoyyiban serta sesuai untuk perjalanan. Jenama dan kuasa iklan tidak penting! Anda mesti peka kepada ramuan dengan membaca label pada bungkusan produk. Dr(H)Kirana Mohamad merupakan perunding rawatan alternatif sepenuh masa di Kuala Lumpur dan menerima undangan bengkel & rawatan di Johor Bahru dan Kota Kinabalu setiap bulan. Layari www.biohijamah.blogspot. com Pembaca boleh mengemukakan soalan melalui emel kirana20@yahoo.com sertakan sekali gambar masalah anda. Surat yang tersiar akan menerima hadiah.

Bengkel Terapi Tusuk Jari

(10am-4pm) 19 Disember 2009 (Sabtu) Pembaca ANIQAH dipelawa menyertai Bengkel Intensif Terapi Tusuk Jari. Bengkel intensif ini dirangka bagi mereka yang terlalu sibuk tetapi ingin merawat diri sendiri atau ahli keluarga yang memiliki sejarah atau menghidap kanser dan penyakit kronik lain. Dengan sekali penyertaan, anda dapat mengikuti Bengkel yang sama pada masa hadapan tanpa dikenakan bayaran. Selepas tamat bengkel, peserta boleh membuat kelompok Tusuk Jari dan mengadakan tutorial untuk pemantapan secara Percuma. Yuran RM588 (Pembaca ANIQAH hanya RM388). Bahan Bengkel disediakan, makan minum sendiri. Cenderamata alatan terapi diberikan. Kandungan 1) Praktik Terapi Tusuk Jari 2) Kenal Saluran Tenaga (point) 3) Terapuetik Rawatan 4) Remedy untuk Rawatan Tempat Edde Homeopathy Medic, No 16A, Jalan Camar 4/3, Kota Damansara (Selepas Masuk Tol Kota Damansara, lepasi 2 lampu isyarat, belok kiri. Lokasi bersebelahan kedai 7-11, Tingkat 1) Maklumat lanjut, sila hubungi kirana20@yahoo.com.

Mengkudu hutan membantu melegakan gatal.

Disember 09

19


Diskusi

Islam

OLEH:

Itu Cantik

Norzilawati Sidek Unit Foto MMP

Foto:

Islam mengharuskan wanita berhias asalkan tidak berlebih-lebihan. Apa guna cantiknya muka Jika amal susuk dan saka Di dunia bolehlah bersuka-suka Tapi di akhirat menempah puaka Derita sengsara di dalam neraka

Bait-bait kata daripada Penceramah Bebas,

Ustazah Siti Nor Bahiyah memberi makna yang mendalam buat kita sebagai umat Islam apatah lagi yang bergelar wanita yang sudah sinonim dengan isu kecantikan. Kata beliau, setiap umat manusia yang dijadikan Allah s.w.t mahukan kecantikan dan sudah menjadi fitrah manusia suka berhias untuk kelihatan cantik dalam apa jua keadaan.

20

Disember 09


Keinginan naluri wanita untuk berhias agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata tidak pernah dihalang oleh Islam kerana ia adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia. Allah s.w.t juga memerintahkan anak cucu Adam agar berhias untuk sentiasa kemas, rapi, bersih, sopan dan berdisplin sebagai tanda kesykuran di atas berbagai nikmat yang telah dikuriakan-Nya kepada kita sebagaimana yang telah dinyatakan-Nya dalam Surah al-A’raf ayat 31 bermaksud, “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah (kemas, bersih, sopan) di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebihlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah, “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?” Katakanlah, “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.” “Allah s.w.t sukakan keindahan, kebersihan, dan kesopanan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan berpakaian demikian itu untuk mengerjakan ibadat,” ujar beliau. Malah kita juga disuruh bersyukur atas nikmat yang diperolehi seperti yang tertulis di dalam Surah ad-Dhuha ayat 11, “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (berzikirullah, bertahmid, bertasbih, bertaqdus) sebagai bersyukur kepadaNya.” Selain al-Quran, beberapa hadis turut meriwayatkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. juga mementingkan kecantikan dan nikmat bersyukur seperti yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Amru bin Syuaib, Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah suka melihat bekas pengaruh nikmatn-Nya (akhlak) pada diri hambaNya.” Nabi s.a.w. juga bersabda, “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah (cantik) dan sukakan keindahan (kecantikan).” (Baihaqi Kitab al-Sunan al-Kubra). Menurut isteri kepada penceramah tersohor itu,

Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, keinginan naluri wanita untuk berhias agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata tidak pernah dihalang oleh Islam kerana ia adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia. Namun ini tidaklah bermakna seorang wanita itu boleh berhias diri mengikut seleranya dengan mengenepikan apa yang telah dibataskan dan ditetapkan oleh syarak. Setiap wanita Islam yang berhias cantik, bagi yang telah bersuami hanya untuk suaminya saja, maka haram berhias yang menimbulkan syahwat selain suaminya. Dalam menghias diri wanita mestilah tidak terlibat dengan perkara-perkara berikut:

1

Tidak mengubah ciptaan Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah ar-Rum ayat 30, “Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Di antara usaha syaitan untuk menyesatkan manusia adalah dengan memerintahkan mereka agar merubah ciptaan Allah. Nabi Muhammad saw bersabda, “Allah melaknat para wanita yang menyambung rambutnya dan yang minta disambung, wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu,wanita yang mencukur alisnya dan yang meminta untuk dicukur alisnya” (Riwayat imam bukhari)

Ustazah Dato’ Siti Nor Bahiyah

3

Tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri. Nabi saw bersabda, “Barangsiapa yang menipu, maka dia bukan dari kalangan kami.”

4

Tidak membazir dalam menghias diri. Perkara ini Allah swt jelaskan di dalam surah al-A’raf ayat 31 dan ternyata membazir ini juga adalah sifat syaitan.

5

Tiada unsur najis dalam produk tersebut dan menjauhkan diri dari benda-benda yang diharamkan seperti botox yang telah diharamkan penggunaannya oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.

Allah melaknat para wanita yang mencukur dan membentuk bulu keningnya dan para wanita yang meminta dicukurkan dan dibentukkannya. Perbuatan ini merupakan dosa, dilaknat oleh Allah kerana dengan sengaja merubah apa yang telah Allah ciptakan.

2

Tidak memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 195, “Janganlah kamu sengaja mencampakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan.” Disember 09

21


Diskusi

6

Tidak menyerupai jantina berlainan. Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang membawa persamaan antara lelaki dan perempuan atau sebaliknya. Rasullah saw bersabda, “Allah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.” (Riwayat alBukhari).

7 8

Tidak menyerupai kafir dan fasiq.

orang

Wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya sahaja serta tidak mendedahkan aurat. Firman Allah di dalam surah anNur ayat 31 yang bermaksud, “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya iaitu muka dan kedua belah tapak tangan dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka.”

9

Saidatina Aishah r.a pernah memperbolehkan sahabat dan hamba perempuannya untuk memakai alat kosmetik dengan nipis

22

Disember 09

Tidak terlibat dengan perkara-perkara khurafat dan sihir seperti menggunakan tangkal azimat, jampi mantera, ilmu pengasih dan susuk. Ini ternyata dosa besar kerana telah menduakan Allah swt iaitu syirik kepada Allah. Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 72, “Sesungguhnya orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka pastilah Allah akan mengharamkannya masuk syurga dan tempatnya adalah dalam neraka.” Menurut Ustazah Siti Nor Bahiyah lagi, Islam mengharuskan wanita berhias bagi meraikan fitrah manusia. Sebagai contoh, Islam mengharuskan sutera dan emas buat wanita untuk berhias asalkan tidak berlebih-lebihan dan bukan untuk bermegah-megah atau selama mana ia tidak bertentangan dengan syarak seperti berhias sehingga mendatangkan fitnah atau menimbulkan keghairahan lelaki. Tambah beliau, Saidatina Aishah r.a pernah memperbolehkan sahabat dan hamba perempuannya untuk memakai alat kosmetik dengan nipis (Syeikh Ali Jumaat dalam Fatwa Kontemporari jilid 1/574).

Kata beliau, wanita harus menggunakan emas untuk kecantikan selagi ia tidak melampaui batas. Ali bin Abi Talib r.a. berkata, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil sutera lalu meletakkannya di tangan kanannya dan mengambil emas lalu meletakkannya di tangan kirinya, kemudian baginda bersabda, “Sesungguhnya kedua-dua ini haram bagi kaum lelaki dari umatku (dan halal bagi kaum wanita).” (hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Beliau juga mengulas mengenai amalan kearah kecantikan melalui penggunaan susuk. Susuk ada kaitan dengan makhluk halus yang melibatkan ilmu sihir. Ini bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur syirik kepada Allah swt. Pemakaian susuk mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa selain kuasa Allah. Penggunaan susuk juga perlu menjalani proses untuk memasukkan susuk ke dalam mana-mana bahagian tubuh badan atau wajah dengan menggunakan khidmat bomoh atau pawang yang disertai dengan jampi serapah. Nabi Muhammad saw pernah bersabda, “Sesungguhnya jampi mantera, tangkal azimat, ilmu pengasih adalah syirik.” (riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad). Dalam hadis lain pula baginda bersabda, “Barang siapa mendatangi tukang tilik lalu membenarkan apa yang diucapkannya, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” (riwayat Muslim). Susuk perlu mengikuti pantang larangnya, perlu dibuang sebelum meninggal dunia. Justeru bagi sesiapa yang memakai susuk, segeralah membuangnya dan bertaubat kepada Allah di atas segala perbuatannya itu sebelum terlambat. “Diingatkan kepada wanita, kecantikan pada wajah tiada nilainya di sisi Allah swt, andai hati tidak dipenuhi dengan sifat-sifat mahmudah atau terpuji. ,” tambah Ustazah Siti Nor Bahiyah. Bagi beliau, kecantikan rupa paras tiada maknanya jika diri tidak tunduk sujud mengabdikan diri pada Rabbul Izzati. Dari Abu Hurairah, baginda s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa seseorang kamu, mahupun harta benda kamu, tetapi sesungguhnya Allah melihat pada hati dan amalan kamu.” Q


Hampir setiap hari, kita dipaparkan dengan

OLEH:

Sarimah Othman Unit Foto MMP

Mencari Foto:

Kosmetik Halal

iklan produk penjagaan diri dan kosmetik terbaru khususnya yang berstatus halal. Perkembangan ini dilihat sangat membanggakan sekali gus menimbulkan persoalan apakah industri ini benar-benar dapat menjamin kesucian kosmetik khususnya ramuan mentah yang digunakan bagi menghasilkan setiap produk. Banyak yang telah kita dengar mengenai ramuanramuan dalam penggunaan kosmetik, antaranya uri, lemak babi dan sebagainya. Dalam pada pelbagai persoalan yang timbul, rata-rata, tidak dinafikan bahawa produk-produk kecantikan dari luar negara yang gah jenamanya terus mendapat sambutan. Apakah status halal tidak diambil kisah? ANIQAH menemui Dr(H)Kirana Mohamad, seorang pengamal rawatan alternatif yang turut terlibat dalam penghasilan produk organik Halalan Thoyyiban, untuk penjelasan lanjut. Disember 09

23


Diskusi Halal pada aspek sumber pendapatan, cara mendapatkan dan penyaluran serta bahan yang digunakan. Lalu kira-kira bagaimana penampilan (presentation) kita di hadapan Allah dengan unsur syubhah yang ‘melekap’ pada tubuh kita melalui pelembab bibir (gliserin), sabun mandi (sodium laureth sulphate), ubat gigi (dicalcium phosphate) dan minyak wangi (najis haiwan)? Cuba renungkan. Apakah aspek utama yang melibatkan isu halal dalam kosmetik? Isu yang utama tentulah bahan mentah dan pati (ekstrak) yang digunakan. Pengusaha setidak-tidaknya mempelajari cosmetoelogy, pharmakognosi, chemistry dan aromaterapi supaya tidak mudah diperdaya oleh pihak pengilang. Ini kerana tidak ada jaminan pengilang, ahli kimia dan perunding formulanya seorang yang memiliki fikrah Islami dan memperjuangkan halal secara kaffah. Rata-rata majoriti pengilang menggunakan Sodium Laureth Sulphate (SLeS) yang berasal daripada lemak haiwan (babi), alkohol dan mineral untuk produk-produk pencuci muka, krim mandian, sabun, basuhan wanita (feminine wash) dan syampu rambut.

Antara produk yang sesuai untuk muslimah.

Menurut rakan aromatherapist di Australia, mereka sudah tidak menggunakan bahan tersebut berikutan bantahan daripada pengguna (vegetarian dan new age) yang mendapati sumber lemak tersebut daripada babi! Wallahu ‘alam Bukankah agensi-agensi tertentu di negara ini mampu menguji kewujudan sel atau gen haiwan. Tidak mungkin mereka terlepas pandang? Jika masih ingat, pada sekitar tahun 80-90’an, di Asean heboh diperkatakan enzim babi dalam penambah perisa makanan. Pihak industri mendakwa bahawa ia berasal daripada ubi

24

Disember 09

kayu. Untuk proses crystalise (menjadikan ia kepada bentuk hablur seperti Kristal) diperlukan enzim. Enzim tersebut didapati daripada rawan babi. Apabila enzim tersebut dihubungkan kepada output ubi kayu, maka terbentuk kristal. Jadilah penambah perisa makanan. Halal atau haram? Saya tidak berani menjawab kerana ia adalah di bawah kuasa majlis fatwa. Terpulang kepada ijtihad dan mazhab individu. Cuma saya dapat menjelaskan bahawa dalam proses pembuatan kosmetik juga begitu. Terdapat bahan yang berasal atau bercampur dengan unsur syubhah tetapi tidak bermakna ia ‘dimasukkan’ sebagai kandungan. Kerana itu, sifatnya mungkin syubhah. Misalnya pati minyak, minyak wangi dan perahan ekstrak dalam proses enfleurage. Proses ini sudah tidak popular tetapi masih digunakan khususnya melibatkan pati minyak yang sukar diperah. Dengan menggunakan lemak haiwan sebagai perantara, terbitan minyak akan diikat oleh lemak, kemudiannya diperah. Kelebihan proses ini adalah kandungan aktifnya lebih baik daripada penyulingan hidro. Perahan tersebut dibekalkan ke seluruh dunia dalam bentuk cecair.

Majoriti pengilang menggunakan Sodium Laureth Sulphate(SLeS) yang berasal daripada lemak haiwan (babi), alkohol dan mineral

za. Di sinilah pentingnya pengusaha mengenal pasti sumber tersebut. Misalnya SLeS sudah ada penggantinya iaitu Sodium Lauryl Sulphate (SLS) daripada kimia sintetik. Perkataan mineral digunakan untuk ‘melembutkan’ unsur kimia tersebut. SLS ini asalnya digunakan dalam industri kerana keupayaannya menanggalkan gris, minyak pada enjin, peralatan industri dan Bagaimana pula aspek lantai restoran. Kini, popular digunakan untuk Thoyyiban ? Produk yang halal belum tentu pula snow car wash. Jadi pengguna boleh menilai thoyyib. Perlu daya peka pengguna sendiri di mana thoyyibnya menggunakan Muslim sendiri. Seringlah membaca kosmetik berbahan tersebut. label sebelum terpedaya dengan dakwaan Halal, Natural atau Herba. Bagaimana Dr menjelaskan kepentingan Halalan Thoyyiban? Pengalaman klinikal mendapati co-factor keDalam konteks kosmetik, penggupada barah payudara ialah abuse of cosmetics naan lanolin sebagai dasar losyen, pelembap dan krim perlu diperha- iaitu kesan buruk daripada penyalahgunaan tikan. Kalangan aromatherapist me- kosmetik. Mengapa dikatakan abuse? Kerana nolak penggunaannya berdasarkan: pengilang menggunakan bahan kasar industri “because of the many chemicals which untuk disapu di wajah yang lembut dan fragile. were poured on the sheep’s back. There Misalnya paraben itu sejenis antibakteria yang will still a pesticide residue in the wool digunakan untuk hospital dan keselamatan fat if the sheep have pasture which has tetapi dimasukkan ke dalam hampir 90peratus been treated with organophosphate produk harian. as these are deposited in the fat of Harus diingat wajah merupakan lapisan kulit both animals and humans and are yang paling tipis. Sehingga kekuatan kimia cumulative.” mampu menembus ke lapisan kulit seterusnya Seringnya komposisi tersebut ditambah paraf- ke kapilari dan salur darah. Himpunan residu kimia akan bertapuk di persendian, rawan dan finum, white oil, mineral oil yang mana dalam sel yang menunggu waktu apabila sistem ketilmu aromaterapi disebut “cheap oil that not ahanan tubuh (imuniti) seseorang itu menurun. much good for anyone and certainly not for babies! It is used widely by industries due to cheap Jadi jika pengguna hanya memikirkan soal halal and completely inert which gives it indefinite tapi tidak ambil kisah aspek thoyyib, nantinya shelf life.” bakal menempa musibah penyakit berupa depresi (derma cream), keracunan darah Tetapi bukankah dengan kecanggihan ter(pemutih), nyanyuk (deodoran), radang saraf kini, semua bahan sudah boleh dibuat dari(emas), radang hati (platinum) dan bermacampada mineral? Lanolin sudah dibuat daripada minyak biji bun- macam keluhan psikosomatik. Kedua-duanya ga matahari dan sintetik tetapi harganya berbe- penting, halalan dan thoyyiban! Q


Aniqah Disember 2009