Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.4/2024 (Oktober-Disember 2024)

Page 1


KUMPULAN YAYASAN SABAH

PACU AGENDA PENDIDIKAN

Edaran Percuma
- Dis 2024
Jilid 4/2024

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji berucap semasa Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Negeri Sabah.

Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Negeri Sabah yang diadakan pada 4 Disember 2024 bertempat di Menara Kinabalu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Penyerahan bantuan kali ini disampaikan kepada 251 orang pelajar, terdiri daripada 100 penerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), 100 penerima Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), 40 penerima Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), 5 penerima Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU), 5 penerima Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) dan 1 orang penerima Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah (BISBAH). Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pendidikan dan memperkasakan para pelajar dalam merealisasikan aspirasi akademik mereka.

Turut hadir adalah Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Sabah merangkap Exco Agama & Pendidikan, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Haji Raisin bin Saidin, serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS yang lain.

Dengan penglibatan dalam TPNS, Kumpulan Yayasan Sabah mengukuhkan komitmen dalam memajukan pendidikan dengan menyediakan biasiswa yang membina asas kukuh bagi generasi akan datang. Inisiatif ini tidak hanya memperkasakan pelajar untuk mencapai kecemerlangan, tetapi juga membuka peluang yang lebih besar untuk kemajuan dan masa depan yang lebih cerah bagi Sabah.

Sebahagian penerima TPNS menerima bantuan pendidikan daripada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji. Turut dalam gambar, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kiri), Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (tiga dari kiri), Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar (empat dari kanan) dan Datuk Jasnih (dua dari kanan).

Tahniah Sekalung

Yang Berhormat

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, JP

Pengarah Yayasan Sabah

atas penganugerahan

Graduan Cemerlang Sarjana Profesional Sains Politik

bersempena dengan

Majlis Konvokesyen UTMSPACE ke-68, 2024

pada

23 November 2024

Ikhlas daripada

Pengurusan dan Staf Kumpulan Yayasan Sabah

BANTUAN PENDIDIKAN

KEPADA

PELAJAR YANG MEMERLUKAN

Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) memberikan bantuan, termasuk Bantuan Tabung Pendidikan dan Bantuan Cermin Mata yang bertemakan “TPNS – Life In My Eyes”. Inisiatif ini bertujuan menyokong maha siswazah diploma, ijazah sarjana, sijil, dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), serta murid sekolah yang memerlukan cermin mata.

OKTOBER 2024 | MENARA KINABALU

Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) memberikan bantuan, termasuk Bantuan

Tabung Pendidikan dan Bantuan Cermin Mata kepada 43 orang individu.

Dalam majlis tersebut, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana

Tabung Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Ariffin bin Datuk Haji Mohd

Arif menyerahkan bantuan kepada wakilwakil sekolah termasuk SM All Saints, SMK Maktab Sabah, SMKA Tun Ahmadshah, dan beberapa buah universiti serta institusi lain seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Kinabalu.

Sesi pemeriksaan mata dan pembuatan kaca mata juga disediakan untuk pe-

lajar dan tetamu hadir yang berminat membuat pemeriksaan dan menempah cermin mata.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Haji Raisin bin Saidin, Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS yang lain.

Gambar berkumpulan penerima TPNS bersama Datuk Dr. Haji Mohd Arifin, Datuk Haji Raisin, Encik Hanafiah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS.
Gambar berkumpulan penerima bantuan cermin mata bersama Datuk Dr. Haji Mohd Arifin, Datuk Haji Raisin, Encik Hanafiah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS.

Majlis Penyerahan Bantuan TPNS pada kali ini telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif.

Seramai 21 orang siswa siswi menerima bantuan TPNS manakala seramai 15 orang pelajar daripada SMKA Tun Ahmadshah, Inanam, SMK Tansau, Penampang dan SMK Petagas, Penampang menerima bantuan cermin mata.

Perkhidmatan pemeriksaan mata dan pembuatan kaca mata juga disediakan untuk pelajar dan tetamu hadir yang berminat membuat pemeriksaan dan menempah cermin mata.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Haji Raisin bin Saidin serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS yang lain.

Gambar berkumpulan penerima bantuan cermin mata bersama

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin (barisan belakang, empat dari kanan), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (barisan belakang, empat dari kanan), Datuk Haji Raisin (barisan belakang, dua dari kiri) dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS.

Gambar berkumpulan

TPNS bersama Datuk Dr.

Mohd Arifin (barisan belakang, lima dari

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (barisan belakang, empat dari

Datuk Haji Raisin (barisan belakang, enam dari kanan) dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS.

NOVEMBER 2024 | KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, WISMA BANDARAYA

Seramai 25 orang siswa siswi menerima bantuan TPNS yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Encik Syahrin Samsir, serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS yang lain.

Dalam majlis yang sama, Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra yang diwakili oleh Puan Siti Uraida binti Dulahi menerima sumbangan sebanyak RM3,000 bagi dana pelaksanaan program-program pendidikan sekolah tersebut.

penerima
Haji
kanan),
kanan),
Gambar berkumpulan siswa-siswi penerima TPNS.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar semasa menyempurnakan Majlis Konvokesyen KTYS ke-27.

MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 KTYS lahirkan GRADUAN CEMERLANG:

disempurnakan dengan PENUH GEMILANG

Ilmu dan kemahiran yang diperoleh di sini ialah bekalan penting dalam menghadapi dunia kerjaya serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negeri Sabah. Demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, dalam ucapannya semasa menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) ke-27 pada 29 Oktober 2024 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.

Beliau turut menyatakan bahawa KTYS terus memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan yang sejajar dengan keperluan industri masa kini melalui pembangunan kemahiran dan latihan praktikal. Usaha ini, katanya, membantu meningkatkan keboleh pasaran graduan untuk bersaing dalam dunia kerja yang semakin mencabar.

Pada majlis tersebut, seramai 228 orang graduan menerima sijil dan diploma masing-masing, menandakan kejayaan mereka menamatkan pengajian di KTYS. Perasaan bangga dan gembira jelas terpancar di wajah para graduan serta ibu bapa yang hadir menyaksikan pencapaian anak-anak mereka. Selain itu, pelajar-pelajar cemerlang turut diberi pengiktirafan khas sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kecemerlangan mereka.

Muhammad Yusuf menerima Anugerah Pingat Emas.

Anugerah Pingat Emas KTYS: Inspirasi

Kejayaan

Anugerah Pingat Emas KTYS dianugerahkan kepada Muhammad Yusuf bin Ariffin atas pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik dan penglibatan aktif dalam aktiviti kolej. “Anugerah ini adalah hasil pengorbanan ibu bapa, bimbingan pensyarah, dan sokongan rakan-rakan saya. Ia menjadi tanggungjawab saya untuk memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya. Muhammad kini melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Melaka dan bercitacita menjadi pendidik, khususnya dalam bidang pendidikan Islam.

Anugerah Ketua Eksekutif: Pemimpin

Masa Depan

Tiga orang pelajar cemerlang telah menerima

Anugerah Ketua Eksekutif iaitu Allysandra Allycia Avitus, Nur Hasya binti Mohd Hafiz, dan Che Hidahyati. Ketiga-tiga mereka menunjukkan kepimpinan kukuh, komitmen akademik yang tinggi, serta menjadi inspirasi kepada rakanrakan mereka.

Allysandra, lulusan Diploma Perakaunan, kini bekerja sebagai seorang Pegawai Pemasaran. Beliau menganggap mendiang bapanya sebagai inspirasi terbesar dalam hidupnya. “Pensyarah di KTYS banyak berkongsi pengalaman yang sangat berguna untuk saya mempersiapkan diri ke alam pekerjaan,” katanya. Allysandra merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan.

Nur Hasya binti Mohd Hafiz, lulusan Diploma Pengurusan, kini bekerja di TML Remittance Center, Kota Kinabalu. Beliau bersyukur atas anugerah yang diterima dan menganggap bimbingan ibu bapa dan pensyarah sebagai kunci kejayaannya. Beliau merancang melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan dan pengajian Islam.

Che Hidahyati, lulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kini bekerja sebagai Pengetua Tadika Al Baghdadi Orchid Villa Likas. Beliau berkata, “Anugerah ini memberi semangat kepada saya untuk terus maju ke hadapan.” Sokongan keluarga dan pengalaman di KTYS banyak membantu beliau dalam mengembangkan kemahiran dalam mendidik serta berkomunikasi dengan ibu bapa kanakkanak.

Allysandra menerima Anugerah Ketua Eksekutif.
Nur Hasya menerima Anugerah Ketua Eksekutif.
Che Hidahyati menerima Anugerah Ketua Eksekutif.

Komitmen KTYS untuk Melahirkan Modal Insan Berkualiti

Majlis ini bukan sahaja menjadi simbol kejayaan para graduan, tetapi juga penghargaan kepada tenaga pengajar, keluarga, dan pihak Pengurusan KTYS yang telah menyokong mereka sepanjang perjalanan akademik. KTYS, dengan sokongan berterusan daripada Kumpulan Yayasan Sabah, terus komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing, sekali gus memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan di negeri Sabah.

Para graduan Majlis Konvokesyen KTYS ke-27.
Muhammad Yusuf menyampaikan ucapan wakil graduan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (tiga dari kiri) melakukan gimik pecah tanah Projek Loji Janakuasa 100MW KPSB dan Sambutan Ulang Tahun Ke-15 KPSB di Stesen Janakuasa Kimanis, Papar. Turut melakukan gimik pecah tanah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (kiri), Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya (kanan), Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong (dua dari kiri), Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman (dua dari kanan) dan Pengerusi KPSB, Encik Abdul Aziz Othman (tiga dari kanan).

KPSB

15 Tahun rai pembangunan Loji Janakuasa 100MW baharu di Kimanis kejayaan bersama

Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikatnya, Kimanis Power Sdn. Bhd. (KPSB), mencatatkan satu lagi mercu tanda penting dalam pembangunan sektor tenaga negeri Sabah dengan penganjuran Majlis Pecah Tanah Projek Loji Janakuasa 100MW Kimanis Power (Dua) Sdn. Bhd. serta Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Kimanis Power Sdn. Bhd pada 12 November 2024.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama kehadiran Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar serta pemimpin industri dan masyarakat setempat.

Projek Loji Janakuasa 100MW Kimanis Power (Dua) ini merupakan inisiatif penting dalam memperkukuhkan bekalan tenaga elektrik di Sabah, selaras dengan visi Kumpulan Yayasan Sabah untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Dijangka siap pada tahun 2027, projek ini bakal menggunakan teknologi mesra alam yang terkini, memastikan kecekapan tenaga dan pematuhan kepada standard alam sekitar.

Dalam satu kenyataan, Dato’ Sri Gulamhaidar berkata, “Projek

ini mencerminkan dedikasi Kumpulan Yayasan Sabah dalam memastikan Sabah terus maju ke hadapan, bukan sahaja dari segi infrastruktur tenaga tetapi juga dari segi pembangunan mampan untuk manfaat jangka panjang rakyat negeri ini.”

Beliau seterunya berkata, “Sebagai salah satu cabang perniagaan strategik Kumpulan Yayasan Sabah, KPSB berbangga menyumbang kepada kemajuan Sabah. Projek baharu ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan kesinambungan tenaga dan ekonomi yang kukuh bagi generasi akan datang.”

Majlis ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan multimedia mengenai sejarah dan pencapaian KPSB, pameran teknologi loji janakuasa, serta pengiktirafan kepada staf dan rakan strategik yang telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan syarikat.

Sebagai sebuah entiti di bawah Kumpulan Yayasan Sabah, KPSB terus memainkan peranan aktif dalam memperkasakan pembangunan Sabah melalui inisiatif yang berpandukan kepada tanggungjawab sosial dan aspirasi negeri.

ICSB

KUKUHKAN PEMBANGUNAN SABAH MENERUSI DIVIDEN RM150 JUTA

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (tiga dari kiri) menerima pembayaran dividen daripada Datuk Jasnih (tiga dari kanan) pada Majlis Penyampaian Dividen dan Sumbangan Daripada Agensi Awam Kepada Kerajaan Negeri. Turut dalam gambar, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tengah), Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Majun (dua dari kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong (dua dari kanan), Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair (kiri) dan Pengurus Kumpulan Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Encik Joshua Ho Yee En (kanan).

Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) telah menyerahkan cek dividen kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Yayasan Sabah berjumlah RM3.6 juta dan RM146.5 juta masing-masing dalam satu majlis yang berlangsung di The Magellan Sutera, Sutera Harbour, Kota Kinabalu pada 26 November 2024.

Replika cek tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih bin Daya kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Penyerahan ini diadakan sempena Majlis Penyampaian Dividen dan Sumbangan Oleh Agensi Awam Kepada Kerajaan Negeri, yang bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara sektor korporat dan kerajaan negeri.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, yang menyatakan sokongan dan keyakinan terhadap inisiatif seperti ini dalam memperkukuh ekonomi negeri. Di samping itu, beliau turut memberikan pandangan mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang mampan dalam menjana nilai kepada semua pihak berkepentingan.

Penyerahan cek dividen tersebut turut mencerminkan kerjasama erat antara Kumpulan Yayasan Sabah dan anak syarikatnya dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri Sabah.

KEJAYAAN BUKTI PKAN KOMITMEN PEMERKASAAN KOMUNITI KUMPULAN YAYASAN SABAH

Program Khas Anak Negeri (PKAN) menjadikan jambatan untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar khususnya golongan B40.

Demikian menurut Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan merangkap Ahli Parlimen P180 Keningau/ADUN N39 Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan dalam ucapan beliau sempena Majlis Apresiasi Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah Sesi 2024 dan Pelancaran Craft Fiesta Pusat Kraftangan

Sabah 2024 yang diadakan pada 24 Oktober 2024 di Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Keningau.

Menyedari kejayaan program tersebut, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey menegaskan bahawa ia sejajar dengan konsep Malaysia Madani. Beliau yakin program ini membolehkan para peserta bukan sahaja bersaing dengan jenama kraf terkenal, tetapi juga memacu kemunculan gelombang baharu usahawan berkemahiran tinggi dan berdaya saing yang bersedia untuk

memajukan sektor kraf ke tahap yang lebih tinggi.

Tambah beliau lagi, “Besar harapan saya agar program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya dengan menawarkan lebih banyak bidang latihan agar lebih ramai lagi anak-anak negeri Sabah berpeluang menyertai latihan ini.”

Antara tujuan program ini ialah untuk menyediakan para peserta menjadi usahawan dalam pelbagai bidang kraf

Onsoiiii..!
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey melancarkan majlis. Turut dalam gambar ialah Encik Hanafiah Diman (kiri) dan Encik Samsul (kanan).
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey menyampaikan ucapan perasmian.

tangan. Selepas melalui sesi latihan ini, para peserta diharapkan komited untuk menjadi usahawan kraf setanding dengan usahawan jenama-jenama besar kraf tangan yang sedia ada, sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan baharu dengan kemahiran dan kepakaran dalam bidang kraf tangan.”

Beliau juga berharap agar program ini mendapat pengiktirafan sebagai salah satu bidang pendidikan yang setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran dan seumpamanya bagi mengangkat martabat pelatih sekali gus pengusaha kraf tangan.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey turut mencadangkan agar Craft Fiesta ini dianjurkan dengan melibatkan penyertaan daripada peserta luar seperti dari Sarawak, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam, dengan mengambil nama sebagai Borneo Craft Fiesta.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey dan Encik Hanafiah Diman melihat beg tangan wanita yang dihasilkan oleh PKS.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey melihat koleksi cooper tolling yang dipamerkan di ruang pameran KTYS.
Encik Hanafiah (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata berupa ukiran copper tolling potret Gunung Kinabalu dan Menara Tun Mustapha kepada Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey. Cenderamata ini dihasilkan oleh KTYS.
Encik Hanafiah (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata berupa ukiran copper tolling potret Gunung Kinabalu dan Menara Tun Mustapha kepada Encik Samsul bin Dollah, sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey.
Datuk Dr. Rafiq bin Idris menyampaikan cenderamata kepada
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey ketika melawat ruang pameran UCSF.

Seramai 551 orang peserta daripada pelbagai daerah di seluruh Sabah telah menamatkan program latihan selama lapan bulan di bawah inisiatif PKAN dan menerima sijil tamat latihan. Sebahagian peserta telah mengasah kemahiran kraf tangan di PKS, manakala yang lain telah menjalani latihan di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). Sepanjang program ini, para peserta mengikuti sesi latihan yang menyeluruh untuk meningkatkan kepakaran dan pengetahuan dalam bidang masing-masing. Latihan ini telah membekalkan mereka dengan pelbagai kemahiran penting yang diperlukan

untuk mencapai kejayaan dalam pasaran kerja yang kompetitif hari ini. Menjelang akhir program, mereka muncul sebagai profesional yang diperkasakan dan bersedia untuk membuat sumbangan bermakna kepada industri dan komuniti mereka.

Kumpulan Yayasan Sabah yakin program ini akan memperkasakan artisan tempatan, memastikan kraf tangan di negeri ini disambut dan dipelihara untuk generasi akan datang.

Dengan tumpuan yang kukuh untuk memupuk bakat, menggalakkan pembangunan ekonomi dan membasmi

kemiskinan, Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah dan makmur bagi semua rakyat Malaysia di Sabah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman mewakili Pengarah Yayasan Sabah, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Sabah, Encik Samsul bin Dollah mewakili Ketua Pengarah ICU, JPM, Pegawai Daerah Keningau, Encik Peter Jonu Moinjil, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan strategik PKS, UCSF dan KTYS serta pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah.

Peragaan fesyen fesyen bertemakan “Pesona Etnik dan Alam Semula Jadi” hasil karya Bengkel Tekstil Digital dan Batik Canting PKS. Koleksi “Whispers of Spice” membawakan elemen kayu manis secara abstrak diilhamkan oleh warisan tradisi kayu manis dari daerah Keningau dengan sentuhan moden. Koleksi Batik Canting dengan elemen

Harimau dan motif etnik, menampilkan rekaan mewah dan elegan yang menggabungkan simbolisme flora dan budaya tradisional.

Orkid

Peragaan fesyen Batik Botanik yang dihasilkan oleh UCSF menggunakan sumber tumbuh-tumbuhan seperti dedaun, bungaan, buah, dan kulit kayu memperlihatkan keunikan motif etnik dan budaya Sabah Negeri di Bawah Bayu. Corak abstrak menggunakan teknik mencanting, brushing dan tie and dye. Warna alam kemudiannya difiksasi atau dimatikan menggunakan kapur, tawas dan tunjung bagi memberi kesan warna cerah dan gelap pada kain.

Aktiviti interaktif kraf memberikan peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman sebenar membuat kraf tangan sendiri. Antara interaktif kraf yang disediakan ialah mewarna batik, memahat ukiran kayu, anyaman bakul, mewarna pelekat peti sejuk, membuat dompet mini dan sulaman linangkit.

Gambar kenangan bersama rakan-rakan strategik PKS. Turut dalam gambar ialah Pengurus Kumpulan Pusat Kraftangan Sabah, Puan Vivian Evans (tujuh dari kiri), Encik Hanafiah (lapan dari kiri), Ketua Eksekutif KTYS, Datuk Tah Nia (enam dari kanan) dan Naib Canselor UCSF, Datuk Dr. Rafiq (lima dari kanan).
Gambar kenangan bersama rakan-rakan strategik UCSF. Turut dalam gambar ialah Puan Vivian (empat dari kiri), Encik Hanafiah (lima dari kiri), Datuk Tah Nia (lima dari kanan) dan Datuk Dr. Rafiq (empat dari kanan).
Para peserta Program PKAN Sabah 2024 dibawah kendalian KTYS bergambar bersama Puan Vivian (lima dari kiri), Encik Hanafiah (empat dari kiri), Encik Samsul (tujuh dari kanan), Datuk Tah Nia (enam dari kanan) dan Datuk Dr. Rafiq (lima dari kanan).
Para peserta Program PKAN Sabah 2024 dibawah kendalian UCSF bergambar bersama Puan Vivian (tiga dari kiri), Encik Hanafiah (empat dari kiri), Encik Samsul bin Dollah (enam dari kanan), Datuk Tah Nia (lima dari kanan) dan Datuk Dr. Rafiq (empat dari kanan).
Para peserta Program PKAN Sabah 2024 dibawah kendalian PKS bergambar bersama Puan Vivian (sembilan dari kiri), Encik Hanafiah (sepuluh dari kiri), Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey (sebelas dari kiri), Encik Samsul bin Dollah (sebelas dari kanan), Datuk Tah Nia (sepuluh dari kanan) dan Datuk Dr. Rafiq (sembilan dari kanan).
Para peserta Program PKAN Sabah 2024 dibawah kendalian PKS bergambar bersama Puan Vivian (sembilan dari kiri), Encik Hanafiah (sepuluh dari kiri), Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey (sebelas dari kiri), Encik Samsul bin Dollah (sebelas dari kanan), Datuk Tah Nia (sepuluh dari kanan) dan Datuk Dr. Rafiq (sembilan dari kanan).

Craft Fiesta PKS 2024 diadakan selama empat hari bermula 24 sehingga 27 Oktober 2024 menyasarkan himpunan para usahawan, penggiat dan peminat seni kraf tangan. Program ini bertujuan untuk mempromosikan peranan PKS sebagai pusat pembangunan dan

latihan kraf tangan tempatan kepada masyarakat umum dan menjadi lapangan asuhan keusahawanan kraf. Pelbagai acara diadakan seperti aktiviti jualan, pameran, interaktif kraf, pertandingan kraf, lawatan berpandu, fun run, sukan rakyat, cabutan tiket bertuah, kempen derma darah dan persembahan busker.

Sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan terutamanya dari golongan muda dan masyarakat setempat. Lebih 2,000 pengunjung telah datang memeriahkan program selama empat hari program ini.

Aktiviti riadah aerodance yang dikendalikan oleh kumpulan kecerdasan. D’Queen berlangsung selama 90 minit.

Para peserta bergambar kumpulan bersama Datuk Robert Tawik @Nordin (baris depan, empat dari kiri), Penolong Pegawai Daerah Keningau Bahagian Pentadbiran, Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap ADUN N40 Bingkor, Puan Christine Tiffany Charles, (baris depan, tiga dari kiri), Puan Vivian (baris depan, lapan dari kanan) dan Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Utara, Encik Teo Guan Leck (baris depan, dua dari kiri).
Para pengunjung meninjau kiosk jualan berasaskan kraf tangan yang turut serta sempena Craft Fiesta ini.
“Fun Run” sejauh 3.5 km disertai seramai 238 orang peserta daripada kalangan masyarakat sekitar Keningau. Datuk Robert Tawik @ Nordin (kanan), melepaskan para peserta.
Encik Hanafiah Diman turut berkunjung ke salah sebuah kiosk pengusaha kraf.

Sukan rakyat menyumpit dan melastik turut menarik perhatian dan minat para pengunjung.

Aktiviti lawatan berpandu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelajar sekolah, NGO dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sekitar daerah Keningau dan dari luar kawasan seperti Kudat dengan mencatatkan jumlah pelawat seramai 502 orang. Mereka dibawa melawat ke pameran dan bengkel-bengkel kraf tangan serta Galeri Kraf.

Puan Nur Hasya Irsalina binti Jebin (berdiri, enam dari kanan) menjuarai Pertandingan Melukis bertemakan “Kraf tangan dan Kehidupan Alam.”

Bagi Pertandingan Pembuatan Kraf tangan, sebanyak 21 penyertaan diterima dengan menampilkan pelbagai rekaaan produk bertemakan “Home Deco”. Puan Shazanawati binti Kulinting (kiri) mempersembahkan kepada juri hasil rekaan pasu anyaman buluh yang diberi nama Tinalantar, yang merangkul johan bagi pertandingan ini.

Pemenang cabutan tiket bertuah, Puan Kanisah Yunus (kiri) membawa pulang hadiah utama berupa sebuah mesin basuh.

& BAHAYA MEROKOK KESIHATAN MENTAL

Penceramah jemputan, Puan Grace menyampaikan ceramah bertajuk “Kesihatan Mental.”

Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan dua ceramah kesihatan pada 1 Oktober 2024 sempena Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024, Kumpulan Yayasan Sabah. Ceramah tersebut telah dihadiri oleh seramai 74 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Ceramah pertama mengenai masalah kesihatan mental seperti stres, anxiety, kemurungan dan lain-lain telah disampaikan oleh Pegawai Psikologi, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Puan Grace Alliun. Beliau juga turut berkongsi tip penjagaan kesihatan mental dan pelbagai teknik senaman ringan untuk diamalkan.

Puan Grace (baju turquoise biru, baris depan, tengah) bergambar kumpulan bersama peserta ceramah.

Seterusnya, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Fatimah Sabrina binti Mohammad telah menyampaikan topik mengenai amalan serta kesan buruk jangka masa panjang merokok. Selain itu, beliau turut berkongsi pautan video yang menunjukkan anatomi paru-paru kesan merokok yang merupakan penyebab utama kanser paru-paru. Ceramah ini telah memberikan kesedaran positif bahaya rokok terhadap kesihatan.

“Cara

Penceramah jemputan, Dr. Fatimah menyampaikan ceramah bertajuk
Berhenti Merokok.”
Dr. Fatimah (kot hitam, baris depan, tengah) bergambar kumpulan bersama peserta ceramah.

Ceramah

KESELAMATAN SIBER & TIPS PENCEGAHAN

Pada 3 Oktober 2024, Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan ceramah keselamatan siber bersempena program Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah 2024. Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman keselamatan siber dan cara pencegahannya. Seramai 98 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah telah hadir dan mendapat manfaat daripada sesi yang penuh informasi ini.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia, Inspektor Mohamad Riduan bin Sani. Beliau berkongsi pelbagai maklumat mengenai jenis-jenis jenayah dalam talian, seperti penipuan internet dan serangan siber, di samping memberikan tip pencegahan yang relevan. Menurut beliau, langkah berjaga-jaga seperti menjaga kerahsiaan maklumat peribadi dan mengenali tanda-tanda penipuan dalam talian amat penting untuk melindungi diri dalam era digital.

Melalui perkongsian berharga daripada Inspektor Mohamad Riduan, para peserta telah diberi kesedaran yang mendalam mengenai ancaman siber serta langkahlangkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jenayah siber. Ceramah ini bukan sahaja memberikan panduan praktikal, tetapi juga menggalakkan staf untuk sentiasa waspada dan bertindak bijak dalam penggunaan teknologi. Keselamatan siber bukan sahaja tanggungjawab individu, tetapi juga menjadi aspek penting dalam memastikan keselamatan organisasi secara keseluruhan.

Gambar kumpulan staf bersama Inspektor Mohamad.
Sesi ceramah oleh Inspektor Mohamad.

tutup tirai Bulan Keselamatan Dan

Kesihatan Pekerjaan

Kemeriahan acara Berjalan 10,000 Langkah yang disertai oleh ratusan staf Kumpulan Yayasan Sabah.
Dato’ Sri Gulamhaidar turut serta dalam pelepasan acara Berjalan 10,000 Langkah.

Majlis Penutupan Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024 (OSH) Kumpulan Yayasan Sabah telah diadakan pada 10 Oktober 2024 dan disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar.

Acara tersebut disemarakkan dengan aktiviti Berjalan 10,000 Langkah di sekitar Menara Tun Mustapha, yang merupakan simbolik kepada usaha memperkasakan aspek kesihatan staf.

Bertemakan “Keselamatan dan Kesihatan: Tanggungjawab Bersama,” acara tersebut menyaksikan penyertaan sebanyak 350 orang peserta daripada pelbagai bahagian, zon, unit dan anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah.

Acara ini turut menampilkan senamrobik yang menyemarakkan lagi suasana program di samping mengukuhkan semangat keakraban dalam organisasi.

Dalam memupuk budaya keselamatan dan kesihatan yang kukuh, Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk memastikan semua staf dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran OSH yang diperlukan untuk masa depan yang lebih selamat.

Ini termasuk mengadakan pelbagai aktiviti demi meningkatkan kesedaran serta melengkapkan peserta dengan pengetahuan yang diperlukan untuk memperbaiki amalan keselamatan di tempat kerja.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah, Encik Isaac Grey Denis dari Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar.
Sesi senam aerobik sebelum aktiviti berjalan lalu 10,000 langkah bermula.

MAJLIS BERSAMA JABATAN KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah siri 4 bagi tahun 2024 telah diadakan pada 3 Disember 2024. Dalam mesyuarat kali ini, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar telah mempengerusikan mesyuarat selaku Pengerusi MBJ Kumpulan Yayasan Sabah.

Dalam ucapan aluan, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar merakamkan penghargaan kepada semua Wakil Pekerja MBJ dan Wakil Pengurusan atas kerjasama yang erat, bersama-sama berusaha dengan tekun untuk memastikan segala isu dibincangkan dan diselesaikan dengan harmoni sepanjang tahun 2024. Beliau juga berkata, “Semoga usaha dan kerjasama erat antara pihak Pengurusan dan staf akan terus dimantapkan.”

Sepanjang tahun 2024, sebanyak 38 isu yang telah dikemukakan kepada Pengurusan dan sebanyak 20 isu telah berjaya diluluskan, 10 isu tidak dapat diluluskan dan sebanyak 8 isu masih dalam proses. Isu yang masih dalam proses akan dibincangkan dan diselesaikan pada mesyuarat tahun hadapan.

Semoga dengan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak, sudah pasti Kumpulan Yayasan Sabah dapat mencapai visi untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan responsif kepada rakyat.

Program Sumbangan Kebajikan: Menyantuni Para Pelajar SM St. Francis Convent

Pada 6 Disember 2024, Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB), melalui kerjasama Perniagaan Ar-Rahnu X’Change Bank Rakyat, telah melaksanakan inisiatif amal dengan menyampaikan Program Sumbangan Pembangunan Kebajikan Sekolah berjumlah RM3,000.00 dan Sumbangan Asnaf bernilai RM7,200.00. Sumbangan tersebut diberikan kepada 32 orang pelajar dari Sekolah Menengah St. Francis Convent, Bukit Padang, yang telah dikenal pasti sebagai penerima layak oleh pihak Bank Rakyat. Program ini mencerminkan komitmen KPYSB dan Bank Rakyat dalam menyokong kesejahteraan pelajar dan meringankan beban keluarga asnaf yang memerlukan.

Mesyuarat MBJ dipengerusikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (lima dari kiri).
Gambar kenangan Jawatankuasa KPYSB dan staf Bank Rakyat bersama para penerima sumbangan.

MoU UCSF & SHANGRI-LA

PERKASA KERJASAMA

INDUSTRI & AKADEMIK

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani baru-baru ini di antara Universiti College Sabah Foundation (UCSF) dan Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada 2 Disember 2024.

MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UCSF, Datuk Dr. Rafiq Idris, dan Pengurus Besar STAR, Mr. Conor Hadlington.

Majlis menandatangani perjanjian itu turut dihadiri oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman dan Ketua Pegawai Operasi Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Encik Douglas Joinol bersama Pengurusan dan staf kedua-dua pihak.

Pada majlis tersebut Mr. Conor berkata, kerjasama itu menandakan langkah penting ke arah memperkukuh hubungan antara dunia akademik dan industri perhotelan.

“Kami berbangga dengan MoU ini. Perkongsian ini akan membuka peluang latihan, penempatan kerja dan pembangunan kerjaya yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada UCSF dan Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu tetapi juga kepada sektor pelancongan dan perhotelan yang lebih luas di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr. Rafiq berkata, MoU itu mewujudkan rangka kerja kerjasama yang saling menguntungkan bagi kedua-dua pihak.

Beliau menekankan komitmen kedua-dua organisasi untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk menyediakan penempatan latihan industri kepada pelajar UCSF serta melibatkan diri dalam inisiatif pendidikan.

“Perkongsian ini berpotensi melahirkan profesional mahir yang bersedia untuk memimpin dalam usaha ekopelancongan global,” katanya.

Beliau yakin MoU itu akan meningkatkan kerjasama dan memberikan manfaat kepada UCSF, STAR, dan pelbagai pihak berkepentingan di seluruh Sabah.

Mr. Conor (tiga dari kiri) dan Datuk Dr. Rafiq (tiga dari kanan) bertukar dokumen MoU pada majlis tersebut. Turut dalam gambar, Encik Hanafiah (dua dari kanan) dan Encik Douglas (dua dari kiri).

KPSB’S SOLAR INITIATIVE TRANSFORMS RURAL SABAH

Kimanis Power Sdn. Bhd. (KPSB) led a transformative social impact programme in the remote village of Kampung Katalirus, Nabawan, on 26 September 2024, aiming to bring sustainable development to rural Sabah.

Attended by 150 participants, including local villagers, the event underscored KPSB’s commitment to fostering well-being and sustainable progress for communities with limited access to essential infrastructure.

As part of this impactful initiative, KPSB installed 28 solar power systems through the “Illuminating Lives of Sabahans” programme, providing 25 households and a school, church, and community hall with reliable energy solutions.

This initiative seeks to empower isolated communities by providing reliable and eco-friendly energy solutions that improve quality of life and advance environmental

sustainability. With solar power installation, the villagers now have access to consistent electricity, enabling enhanced educational opportunities, economic growth, and an improved standard of living.

The handing over ceremony was attended by KPSB’s Chief Executive Officer, Encik Rozali Khamis, alongside the General Manager of PETRONAS Sabah and Labuan Regional Office, Puan Siti Ayu Abdul Wahab, Group Manager of Corporate Business Development Division, Tuan Haji Budirman Haji Daud, and the Kampung Katalirus village head, Encik Baginda Biong.

The programme exemplifies KPSB and the Yayasan Sabah Group’s dedication to sustainable development, particularly in Sabah’s rural areas. This initiative is a testament to the Yayasan Sabah Group’s vision to create impactful long-term programmes that empower Sabah’s communities and help them thrive in a sustainable future.

Encik Rozali (seated, centre), with guests and villagers during the handing over of the solar power systems in Kampung Katalirus. Also in the picture are Puan Siti Ayu (seated, third from left) and Tuan Haji Budirman (seated, second from right) and Encik Baginda (seated, right).

ZON PANTAI TIMUR UTARA

BANTUAN MENENGAH YAYASAN SABAH

BMYS RINGANKAN BEBAN PELAJAR

Pendidikan ialah kunci kejayaan seseorang individu, keluarga, malah negara. Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, cabaran yang dihadapi oleh pelajar semakin mencabar. Teknologi dan maklumat berkembang pesat, dan dunia pekerjaan juga berubah dan memerlukan kemahiran yang lebih tinggi.

Demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar ketika merasmikan program Ceramah Motivasi dan Majlis Penyampaian Skim Bantuan Menengah (BMYS) Yayasan Sabah pada 1 Oktober 2024 bertempat di Dewan Sri Libaran, Sandakan anjuran pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU) Yayasan Sabah.

Seramai 157 orang pelajar dari 21 buah sekolah menengah sekitar daerah Sandakan menerima BMYS. Dalam majlis sama, Pusat Pendidikan Khas Bersepadu SK Muhibbah, Sandakan turut menerima sumbangan RM5,000 untuk pembelian

alat bantu mengajar seperti televisyen dan set komputer untuk murid berkeperluan khas di SK Muhibbah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Puan Hajah Munah binti Haji Nasri, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Pengurus Kumpulan Bahagian Integriti dan Pengukuhan, Encik Midin Haji Asli, Pengurus Kumpulan Bahagian Hartanah, Encik Awangku Nazaruddin bin Datuk Pg. Hussein, Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Utara, Encik Teo Guan Leck, Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Selatan, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin, Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Selatan, Puan Siti Sheriffah Jabar Khan, Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Selatan, Puan Linda Anthony, Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Utara, Encik Adman Haji Samat, Pengurus Perkhidmatan Kewangan Kanan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan Yayasan Sabah, Puan Normah Ahmad, dan Pengurus

Perhutanan Wilayah Sandakan, Bahagian Perhutanan, Encik Ronnie Bibi.

Pada majlis tersebut turut diadakan beberapa sesi taklimat dan perkongsian. Antaranya, perkongsian tatacara permohonan tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah disampaikan oleh Pegawai Kanan Unit Biasiswa, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Mohd. Salim bin Japaran, perkongsian mengenai pengenalan dan kelebihan University College Sabah Foundation (UCSF) yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Pemasaran UCSF, Encik Adie Azizan bin Abd. Hamid, perkongsian mengenai peluang lanjutan ke institusi milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah – Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) disampaikan oleh Pegawai Pemasaran KTYS, Encik Rendy Ziki, serta ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah bebas, Encik Malin bin Manni.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan ucapan.
Kolej Vokasional Sandakan.
Kolej Tingkatan Enam Datuk Pangiran Galpam.
SMK Sandakan.
SMK Perempuan.
SMK Merpati.
SMK Batu Sapi.
SMK Libaran.
SMK Tinusa.
SMK Elopura Bestari.
SMK Taman Fajar.
SM St. Mary.
SM St. Cecilia.
SM Sung Siew.
SMKA Tun Juhar.
SMK Sandakan 2.
SM St. Micheal.
SMK Tiong Hua.
SMK Elopura 2.
SMK Gum Gum.

Penolong Kanan SK Muhibbah, Puan Marlina bte. Azadin menerima replika cek daripada Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU) telah melaksanakan penyampaian Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) yang dilaksanakan pada bulan Ogos 2024. Seramai 35 orang pelajar daripada 5 buah sekolah menengah di daerah Tongod dan Paitan telah menerima manfaat tajaan BMYS ini. Tajaan BMYS ditawarkan secara one-off dengan kadar RM250.00 bagi setiap pelajar yang terpilih bertujuan untuk menampung sebahagian perbelanjaan persekolahan pelajar sekali gus membantu meringankan beban kos perbelanjaan ibu bapa pelajar berkenaan.

Daerah Tongod

Daerah Paitan

SMK Entilibon, Tongod.
SK Bawang, Beluran.
SMK Penangah, Tongod.
SMK Pamol, Beluran.
SMK Tongod.
SMK Simpangan, Beluran.
SMK Segaliud.
SMK Muhibbah.

Pada 1 Oktober 2024, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar mengadakan lawatan kerja ke Sandakan bagi melawat pejabat ZPTU, pejabat Bahagian Perhutanan Wilayah Sandakan (BPWS) dan juga melawat ke tapak tanah milik Kumpulan Yayasan Sabah di Batu Sapi, Sandakan. Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dengan staf di zon dan wilayah.

Turut serta adalah Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Pengurus Kumpulan Bahagian Integriti dan Pengukuhan, Encik Midin Haji Asli, Pengurus Kumpulan Bahagian Hartanah, Encik Awangku Nazaruddin bin Datuk Pg. Hussein, Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Utara, Encik Teo Guan Leck, Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Selatan, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin, Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Selatan, Puan Siti Sheriffah Jabar Khan, Ketua Pentadbir Zon Pantai

Barat Selatan, Puan Linda Anthony, Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Utara, Encik Adman Haji Samat dan Pengurus Perkhidmatan Kewangan Kanan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan Yayasan Sabah, Puan Normah Ahmad.

Ketua Pentadbir ZPTU, Encik Abdul Rasid Abdul Sani menyampaikan ucapan aluan.
Staf BPWS menyambut ketibaan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.
Pengurus BPWS, Encik Ronnie Bibi menyampaikan ucapan aluan.
Dato’ Sri Gulamhaidar merasmikan Pondok Pengawal pejabat Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.
Encik Awangku Nazaruddin (dua dari kiri) memberikan penerangan kepada Dato’ Sri Haji Gulmhaidar.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan ucapan.

Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Pengarah Yayasan Sabah turut diadakan bertempat di Garden Aurora Hall, Sandakan. Malis ini dihadiri oleh staf pejabat ZPTU dan BPWS. Pada majlis tersebut, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar turut menyampaikan cenderamata kepada Puan Ane Abdul Rahman sempena persaraan beliau.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan cenderamata kepada Puan Ane (lima dari kanan). Turut serta dari kiri adalah Encik Ronnie Bibi, Encik Awangku Nazaruddin, Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan YS/ICSB, Encik Joshua Ho, Encik Midin Haji Ismail, Encik Abdul Rasid Abdul Sani, Encik Zulkhairi Haji Ismail, Encik Adman Haji Samat, Encik Teo Guan Leck, Puan Linda Anthony, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin dan Puan Siti Sheriffah Jabar Khan.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar turut menyumbangkan nyanyian.

Staf yang hadir mengambil peluang mengabadikan kenangan bersama Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

KETUA-KETUA PENTADBIR ZON SIRI 1/2024

Mesyuarat Ketua-ketua Pentadbir Zon Siri 1/2024 telah diadakan pada 2 Oktober 2024 bertempat di Hall 1, Livingstone Hotel, Sandakan. Mesyuarat ini diadakan buat julung-julang kalinya adalah bagi membincangkan isu-isu semasa serta merancang halhal berkaitan pengurusan dan kewangan di setiap pejabat zon. Turut hadir Encik Zulkhairi Haji Ismail Selaku Ketua Penyelaras Pentadbir Zon Yayasan Sabah, Ketua-ketua Pentadbir Zon, dan juga barisan Wakil Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA

PROGRAM MOTIVASI UNIT BIMBINGAN KAUNSELING 9 September 2024 @ SMK Simpangan, Paitan

Program motivasi ini bertujuan untuk menyuntik semangat kepada pelajar dalam menghadapi cabaran akademik dan kehidupan. Dengan sokongan daripada guru, kaunselor, dan penceramah yang komited, program motivasi ini menjadi langkah penting dalam membantu pelajar membina masa depan yang lebih cerah, sekali gus mencipta individu yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat.

Dato’ Sri Haji Ghulamhaidar menyampaikan amanat pengurusan sebelum mempengerusikan mesyuarat.
Sesi ceramah. Gambar berkumpulan.

PERTANDINGAN DART

8-9 November 2024 @ SK Penangah, Kg. Penangah, Tongod

Pertandingan dart yang diadakan sempena Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah telah menarik penyertaan seramai 44 orang peserta yang bersaing sengit untuk merebut gelaran juara. Acara ini bukan sahaja mempamerkan kemahiran hebat para peserta dalam sukan dart, tetapi juga berjaya mencipta suasana penuh semangat dan keseronokan. Pertandingan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti sambil memupuk semangat kesukanan.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

KURSUS ASAS MEMBUAT KEK 13 Julai 2024 @ Kg. Bakong-Bakong, Telupid

Seramai 19 orang peserta telah menyertai kursus ini. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pengalaman baharu serta meningkatkan kemahiran peserta. Melalui kursus ini, para peserta didedahkan kepada teknik pembuatan dua jenis kek, iaitu kek aiskrim dan kek mentega. Diharapkan kursus ini dapat membantu menambah pendapatan serta menaik taraf kehidupan keluarga penduduk di sekitar kampung.

KURSUS ASAS MEMBUAT KEK 15 Julai 2024 @ Kg. Semunduh

Seramai 21 orang peserta telah didedahkan kepada teknik-teknik asas dalam pembuatan kek, termasuk penyediaan bahan, teknik pengadunan, dan dekorasi. Dengan kemahiran baru ini, diharapkan penduduk setempat dapat meningkatkan pendapatan mereka melalui pembuatan dan penjualan kek, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Sesi pertandingan yang sengit antara pemain dart.
Gambar berkumpulan para pemenang pertandingan dart.
Sesi membuat kek.
Gambar berkumpulan.
Sesi latihan membuat kek. Gambar berkumpulan.

KURSUS ASAS MEMBAIKI TELEFON

6 Ogos 2024 @ Kg. Terasak Telupid

Seramai 22 orang peserta telah dilatih untuk membaiki pelbagai jenis fon, termasuk model-model terkini. Peserta didedahkan kepada prosedur penyelenggaraan asas, pengenalan kepada alat-alat pembaikan, serta teknik-teknik penyelesaian masalah yang sering dihadapi.

Sesi praktikal menggantikan bahagian telefon yang rosak menggunakan mesin.

KURSUS KRAF MANIK LANYARD

8-9 Ogos 2024 @ Kg. Basai, Paitan

Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik asas dalam pembuatan manik lanyard. Kursus ini juga memberi peluang kepada penduduk Kampung Basai untuk mengasah kemahiran tangan mereka serta mencipta aksesori yang menarik dan berguna. Diharapkan peserta dapat memanfaatkan kemahiran baru ini untuk menjana pendapatan tambahan dan memperkukuh ikatan sosial dalam komuniti melalui aktiviti kraf bersama.

KURSUS ASAS MENJAHIT BAJU

8-9 Ogos 2024 @ Kg. Simpang Entilibon

Dalam kursus ini, peserta diperkenalkan kepada teknik asas jahitan, termasuk cara mengukur, memotong kain, dan teknik menjahit untuk menghasilkan jahitan yang kemas dan berkualiti. Dengan kemahiran ini, peserta diharapkan dapat memanfaatkan pengetahuan baru mereka untuk pelbagai aplikasi, daripada projek peribadi hingga peluang perniagaan dalam bidang jahitan.

Gambar berkumpulan.
Proses memasang manik pada lanyard.
Kraf manik lanyard yang dihasilkan oleh peserta kursus.
Sesi melakar pola pakaian.
Sesi menjahit pakaian.
Gambar berkumpulan peserta yang memakai baju hasil jahitan mereka sendiri.
Gambar berkumpulan.

KURSUS ASAS SULAMAN TRADISI LABUK

27 September 2024 @ Kg. Gambaron Telupid

Seramai 13 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kaedah jahitan tangan, pemilihan motif tradisional, dan penggunaan warna yang sesuai, sambil menekankan nilai budaya dalam setiap hasil sulaman. Inisiatif ini diharapkan dapat memupuk minat terhadap pemeliharaan warisan budaya dan memastikan seni sulaman tradisional terus diwarisi oleh generasi muda, sekali gus mengukuhkan apresiasi terhadap seni dan budaya tempatan.

PROGRAM MEMBAIKI TELEFON

8 November 2024 @ Kg. Penangah, Tongod

Kursus ini menawarkan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas-asas pembaikan telefon, termasuk pengenalan kepada barang-barang penting yang digunakan dalam proses tersebut. Peserta juga akan didedahkan kepada pelbagai masalah biasa yang sering berlaku pada telefon mengikut jenis model, membolehkan mereka mengenal pasti dan menyelesaikan kerosakan dengan lebih cekap. Selain itu, kursus ini memberikan kemahiran praktikal yang relevan untuk dijadikan asas memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, menjadikannya pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan atau membina kerjaya dalam bidang teknologi.

KURSUS ASAS MENCETAK BAJU

21 Oktober 2024 @ Kg. Linayukan, Tongod

Dalam pada ini, kursus tersebut telah memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas-asas rekaan dalam mencipta logo, nama, dan nombor yang sesuai untuk bidang cetakan baju. Peserta telah didedahkan kepada pelbagai bahan dan teknik penting dalam menghasilkan produk cetakan berkualiti tinggi yang boleh dijadikan bahan jualan. Dengan kemahiran baru yang telah dipelajari, peserta berpeluang memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, sekali gus membina asas untuk mengembangkan perniagaan mereka sehingga mampu membuka kedai sendiri.

Sesi latihan amali. Gambar berkumpulan.
Sesi latihan amali. Gambar berkumpulan.
Sesi tunjuk ajar. Gambar berkumpulan.

Kumpulan Yayasan Sabah

turut serta dalam

anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah di

Para pengunjung diberi penerangan di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

Seiring dengan kluster Kesejahteraan Rakyat di bawah konsep Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya, Kumpulan Yayasan Sabah mengambil langkah proaktif dalam menjayakan program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah. Program ini diadakan di Padang SK Penangah, Tongod pada 9 November 2024, melibatkan lebih 26 jabatan dan agensi kerajaan dalam usaha memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Dalam program ini, Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk orang ramai antaranya peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). Penyertaan Pusat Kraftangan Sabah (PKS) dan Pejabat Zon Utara Pantai Timur (ZPTU) turut memeriahkan di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah dengan mengadakan pameran produk-produk kraf tangan hasil usahawan tempatan ZPTU.

Program MCS merupakan salah satu usaha kerajaan secara bersepadu untuk mendekatkan rakyat kepada pelbagai jenis perkhidmatan di lapangan khususnya di luar bandar dan pedalaman yang berhadapan dengan isu-isu kebolehcapaian. Menerusi program ini, Kumpulan Yayasan Sabah merakyatkan perkhidmatan masyarakat setempat menerusi akses dan informasi mengenai aktiviti pendidikan dan pembangunan kapasiti yang diterajui oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Dalam program yang sama, Kumpulan Yayasan Sabah turut menyampaikan sumbangan berupa pakaian seragam sekolah kepada 67 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terjejas akibat kebakaran di Kg. Seri Menanti, Penangah.

Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi bin

menyampaikan sumbangan pakaian seragam sekolah kepada salah

Haji Ismail (dua dari kiri)
seorang penerima.
Gambar berkumpulan mangsa terkesan kebakaran bersama-sama Encik Zulkhairi.

ZON PANTAI BARAT SELATAN

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

KURSUS FARDU KIFAYAH – PENGURUSAN JENAZAH

2 November 2024 @ Masjid Baitul Makmur Kg. Kota, Tuaran

Kursus pengurusan jenazah telah diadakan pada 2 November 2024

bertempat di Masjid Baitul Makmur, Kg. Kota, Tuaran. Kursus ini telah

dikendalikan oleh Ustaz Rani bin Abdul Rahman dan Ustazah Neng Athirah Malinda binti Joslan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

SESI CERAMAH DAN PRAKTIKAL

Para peserta kursus bersama pegawai Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dan pembimbing kursus.
Para peserta kursus bersama pegawai Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dan pembimbing kursus.
Kursus pengurusan jenazah telah diadakan pada 2 November 2024 bertempat di Masjid Baitul Makmur, Kg. Kota, Tuaran. Kursus ini telah dikendalikan oleh Ustaz Rani bin Abdul Rahman dan Ustazah Neng Athirah Malinda binti Joslan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

PROJEK BANTUAN PRASARANA KOMUNITI (PROJEK KECIL LUAR BANDAR)

Projek membina gelanggang Bola Tampar dan Sepak Takraw di Kg. Rapak, Ranau telah dilaksanakan pada bulan November 2024. Seramai 150 hingga 200 orang penduduk kampung menerima manfaat daripada projek ini.

Gambar Sebelum

Gambar Selepas

PROJEK BANTUAN PRASARANA KOMUNITI (PROJEK KECIL LUAR BANDAR)

Gambar Sebelum

Projek membaik pulih paip graviti di Kg. Kibunut, Penampang telah dilaksanakan pada 16 hingga 24 November 2024. Seramai 200 hingga 300 orang penduduk kampung menerima manfaat projek ini.

Gambar Sebelum
Gambar Selepas
Gambar Selepas

MERIAH DI SK TOMBONGON, MANGGATAL

Pada 29 November 2024, pejabat Ketua Penyelaras Pentadbir Zon dengan kerjasama SK Tombongon, Manggatal telah mengadakan Majlis Penutupan Program Perdana Badan Beruniform 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Tombongon, Manggatal, Kota Kinabalu.

Program ini bertujuan memupuk semangat kepimpinan, disiplin, dan kerjasama dalam kalangan pelajar sekolah rendah melalui aktiviti-aktiviti badan beruniform. Acara tersebut menyaksikan penglibatan 140 orang pelajar dari pelbagai sekolah sekitar Kota Kinabalu, yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik sepanjang program diadakan.

Turut hadir pada majlis penutupan program tersebut ialah Timbalan Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Encik Bunsu bin Gaga serta ibu bapa para peserta yang memberikan sokongan penuh sepanjang program berlangsung.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada 140 orang orang pelajar peserta program tersebut.

Dengan kejayaan program ini, Kumpulan Yayasan Sabah berharap dapat terus bekerjasama dengan pihak sekolah dan komuniti setempat dalam menganjurkan lebih banyak aktiviti yang memberi manfaat kepada generasi muda Sabah.

Pegawai Tadbir pejabat Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Mohd Fairuz bin Haji Mohd Yussof (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penerima sumbangan sambil disaksikan oleh Encik Bunsu (kanan).

Gambar berkumpulan peserta Program Perdana Badan Beruniform 2024 bersama dif-dif jemputan majlis penutupan program.

ZON PANTAI BARAT UTARA

PROGRAM SUMBANGAN IKHLAS KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Pada 10 Disember 2024 pejabat Zon Pantai Barat Utara telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg. Jawi-jawi dan Kg. Merabau, Kota Belud serta Kg. Taka, Pitas. Penyerahan sumbangan ini adalah bertujuan untuk memberikan sokongan moral kepada mangsa kebakaran ketika menjalani waktu sukar di samping membantu menyediakan keperluan tambahan untuk baik pulih rumah kepada keluarga Puan Jailom Apai dan Cik Nur Atiqah binti Abdul Malik. Manakala kemudahan asas barangan elektrik bagi keluarga Encik Abdul Kadir Jalani.

Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi bin Haji ismail (tiga dari kanan), menyampaikan sumbangan berupa keperluan tambahan bagi membaik pulih rumah kepada keluarga Puan Jailom Apai di Kampung JawiJawi, Kota Belud. Turut dalam gambar, Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Utara, Encik Adman bin Haji Samat (dua dari kanan).

Encik Zulkhairi (tiga dari kanan), menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas barangan elektrik kepada keluarga Encik Abdul Kadir Jalani (empat dari kanan) sambil disaksikan oleh Encik Adman (empat dari kiri), Ketua Kampung Marabau, Encik Bening Adnan (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Encik Abdul Rahim (dua dari kiri) di Kampung Merabau, Kota Belud.

Encik Zulkhairi (lima dari kanan) menyampaikan sumbangan berupa keperluan tambahan bagi membaik pulih rumah keluarga Cik Nur Atiqah binti Abdul Malik (empat dari kiri) sambil disaksikan oleh Ketua Kampung Taka, Encik Maharuddin (empat dari kanan), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Encik Zulkifli (dua dari kanan) dan Encik Adman (dua dari kiri) di Kampung Taka, Blok 5, Pitas.

ZON PEDALAMAN SELATAN

PROGRAM INTELEK MINDA

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SOALAN SPM & MUET TAHUN 2024

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) telah melaksanakan Program Teras Zon iaitu Program Intelek dan Minda pada 16 Oktober 2024 bertempat di Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut, Papar. Seramai 160 orang pelajar terlibat dan mengambil bahagian dalam program ini.

Program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Ustaz Abdul Rahman bin Hj. Talipudin. Turut hadir semasa program tersebut, Ketua Pentadbir Zon, Zon Pedalaman Selatan, Puan Siti Sheriffah Hj. Jabar Khan, Pengetua SMAN Toh Puan Hjh Rahmah, Puan Maskupah binti Limudin dan Pegawai Pendidikan, Kementerian Tugas-tugas Khas, Puan Noor Minawarah Abd Kahar.

Sesi Ceramah Motivasi Kecemerlangan yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Great Impact Resources, Encik Norhasdi bin Hasan selaku penceramah jemputan.
Sesi taklimat berkenaan tajaan Biasiswa Yayasan Sabah dari Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah yang disampaikan oleh Encik Salim bin Japaran.
Ustaz Rahman berucap merasmikan majlis berkenaan.

PROGRAM SKIM BANTUAN KHAS (SBK)

SEKOLAH KEBANGSAAN KEKAPOR, KUALA PENYU

Pejabat ZPS telah melaksanakan Majlis Penyerahan Skim Bantuan Khas (SBK) pada 17 Oktober 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kekapor, Kuala Penyu. Bantuan yang disampaikan berupa beg sekolah dan peralatan tulis. Seramai 100 orang murid yang terdiri daripada 60 orang murid Sekolah Kebangsaan Kekapor, Kuala Penyu, 12 orang murid Sekolah Kebangsaan St. Augustine, Kuala Penyu dan 28 orang murid Sekolah Kebangsaan Menunggang, Kuala Penyu telah menerima bantuan tersebut.

Majlis disempurnakan telah oleh Pegawai Pendidikan

Daerah Kuala Penyu, Dr. Suntik Tuin mewakili Menteri

Kerja Raya Sabah Merangkap ADUN N.33 Kuala Penyu, Yang Berhormat Datuk Limus Jury. Turut hadir semasa program tersebut Ketua Pentadbir Zon, Zon Pedalaman Selatan, Puan Siti Sheriffah Hj Jabar Khan, Guru Besar, SK. Kekapor, Encik Ismail Musleh, Guru Besar, SK St. Augustine, Encik Peter Atang dan Guru Besar, SK Menunggang, Encik Jamawi Kanapih.

Dr. Suntik Tuin (empat dari kiri) diiringi oleh Puan Siti Sheriffah (tiga dari kiri) dan para jemputan menyampaikan sumbangan kepada para murid.
Sesi bergambar bersama wakil murid daripada setiap sekolah yang terlibat.
Antara murid-murid sekolah yang hadir dalam majlis berkenaan.
Sesi bergambar berkumpulan bersama perasmi program, para jemputan, guru-guru dan para peserta program.
Sesi taklimat dan pameran turut diadakan oleh pihak Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF) semasa program tersebut.

SEMINAR TINJAUAN HIDUPAN LIAR DAN SUMBER

DI LEMBANGAN MALIAU

KUMPULAN YAYASAN SABAH KUKUHKAN USAHA KONSERVASI

Encik Douglas Joinol (dua dari kiri), Ketua Pegawai Operasi Innoprise Corporation Sbdn. Bhd. mewakili Pengarah Yayasan Sabah menyampaikan cenderamata kepada Datuk Abidin.

Dalam ucapan beliau, Datuk Abidin menzahirkan penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah yang telah melaksanakan tinjauan selama 14 hari pada Mei 2024. Usaha ini bertujuan untuk mendapatkan data terkini tentang hidupan liar, menilai ancaman yang dihadapi, serta meneroka potensi pembangunan ekopelancongan di kawasan Lembangan Maliau. Beliau turut menekankan Sabah sebagai “Negeri Di Bawah Bayu” dan syurga biodiversiti, yang memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara dengan mega-kepelbagaian biologi.

“Sabah bertuah dengan keindahan alam semula jadi dan kekayaan biodiversiti, yang memberi nilai tinggi bukan sahaja dari segi alam sekitar, malah ekonomi dan sosioekonomi rakyat,” ujar Datuk Abidin.

“Kawasan-kawasan konservasi seperti Lembah Danum, Lembangan Maliau, dan Gunung Kinabalu menjadi tarikan ekopelancongan utama yang juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah,” ulas beliau lagi.

Program tinjauan ini melibatkan kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah dengan pelbagai agensi kerajaan dan NGO, termasuk Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Taman-Taman Sabah, WWF-Malaysia, HUTAN- Program Pemuliharaan Orangutan Kinabatangan, Universiti Malaysia Sabah, Institut Pelancongan Borneo dan Persatuan Pemandu Pelancong Sabah serta organisasi antarabangsa seperti

Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan Seminar Tinjauan Hidupan Liar dan Sumber Kawasan Konservasi Lembangan Maliau pada 14 November 2024 bertempat di Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Seminar yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir ini menampilkan penemuan terkini tentang biodiversiti di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (MBCA), selain memperkukuh usaha konservasi di Sabah.

Yayasan Sow-A-Seed IKEA. Seramai 130 orang peserta, termasuk penyelidik dan pakar dari pelbagai institusi, menyertai tinjauan yang merangkumi sembilan tapak perkhemahan di Lembangan Maliau.

Datuk Abidin turut mengucapkan penghargaan beliau kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam atas sokongan dana menerusi Dana Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF), yang penting bagi kelangsungan usaha konservasi ini.

“Komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dan sokongan daripada pelbagai pihak telah memberi sumbangan besar dalam usaha melindungi khazanah biodiversiti Sabah. Seminar ini adalah bukti kesungguhan kita untuk memastikan khazanah ini terpelihara untuk generasi akan datang,” tambah beliau.

Sebahagian peserta seminar berkongsi hasil kajian tentang khazanah alam Lembangan Maliau yang perlu dilindungi.
seminar ini yang
pelbagai agensi dan penyelidik.

BORNEO RAINFOREST LODGE SOARS

A Quadruple Triumph in Conservation & Hospitality

The Borneo Rainforest Lodge (BRL) triumphed at the 14th Bornean Bird Festival 2024, emerging as the highly competitive ‘Big Year’ category champion. On 27 October 2024, BRL’s team outshone 17 other participants by identifying an impressive 123 bird species, showcasing their exceptional birdwatching and wildlife conservation skills. Held annually, the festival celebrates Borneo’s incredible avian diversity and the vital role of eco-tourism in conservation efforts. BRL’s victory underscores the Lodge’s commitment to protecting Borneo’s unique ecosystems and highlights the importance of preserving the region’s rich biodiversity for future generations.

In addition to its birdwatching triumph, BRL earned a prestigious 5-star rating and was awarded the esteemed Rated Green Hotel status, solidifying its place among Borneo’s top luxury accommodations. This recognition celebrates its unparalleled service and its seamless integration of comfort with the breathtaking natural beauty of the rainforest. Furthermore, BRL’s commitment to sustainability is evident through its eco-friendly infrastructure and energy-efficient practices, all designed to minimise its environmental footprint while providing guests with an immersive and responsible eco-tourism experience.

The BRL birding team (from second left) seasoned nature guides –Encik Sabinus Sadah, Encik AK Mohd Shahrin and Encik Nevin Wolli with researcher Dr Robert Ong (left) and photographer Gary Albert (right).

The culmination of BRL’s achievements came with the Global Sustainable Tourism Council (GSTC) certification. This global recognition confirms the Lodge’s ongoing commitment to sustainable tourism, ensuring its operations positively impact the environment, respect local communities, and contribute to the region’s economic well-being. The GSTC certification underscores the Lodge’s role as a model for sustainable tourism in Borneo and beyond.

By excelling in birdwatching, sustainability, and responsible tourism, the Lodge contributes to preserving Borneo’s rich biodiversity and sets a new standard for eco-conscious travel. These accolades reflect its unwavering commitment to environmental conservation. The lodge offers guests a unique, immersive experience that balances luxury with sustainability, ensuring a brighter, greener future for the region and the global eco-tourism industry.

Chief Executive Officer of Sabah Tourism Board (STB), Encik Julinus Jimit (third from right), receiving the GSTC certificate on behalf of BRL from the General Manager of Vireo Sustainable Certification Sdn Bhd., Encik Danny Ng, at the STB office. Looking on is the Chief Executive Officer of BRL, Encik Freddie Coleman (second from right).
The BRL Management and staff proudly display the 5-star award, the first jungle resort in Malaysia to achieve the feat.
GSTC certificate.

DARI DaMaI KE DUNIA

MENYEMAI KESEDARAN DI

Gambar berkumpulan bersama Encik Hanafiah (duduk empat dari kanan). Turut dalam gambar ialah Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Dr Waidi Sinun (duduk, dua dari kanan) dan Pegawai Daerah Tongod, Encik Yuesri Ismail bin Yusof (duduk, lima dari kanan).

Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA), yang dikenali sebagai Lembah Tersembunyi Borneo, membuka peluang kepada pengunjung untuk meneroka pesona alam semula jadi yang menakjubkan sempena Hari Terbuka ICCA pada 12 hingga 14 Disember 2024 di Tongod.

Program hari terbuka selama tiga hari ini dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Sabah Environmental Trust yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memacu usaha pemuliharaan bagi melindungi salah satu ekosistem paling berharga di Borneo, iaitu Lanskap Hutan Hujan Lembah DanumLembangan Maliau-Kanyon Imbak (DaMaI).

Menurut Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, “Kanyon Imbak merupakan komponen penting dalam Landskap Hutan Hujan DaMaI. Ia berfungsi sebagai koridor hidupan liar yang membolehkan pergerakan bebas hidupan liar dan memastikan pemeliharaan kepelbagaian genetik yang terancam untuk jangka masa panjang serta kelestarian ekosistem. Koridor unik ini menyokong biodiversiti dan memainkan peranan utama dalam mengekalkan keseimbangan warisan semula jadi di Sabah bagi memastikan spesies dapat berkembang maju di seluruh landskap.”

“Oleh itu, program ini merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan untuk mendidik masyarakat mengenai Landskap Hutan Hujan DaMaI, serta memastikan pemeliharaan dan pemahamannya dapat diwarisi oleh generasi akan datang,” kata Dato’ Sri Haji Gulamhaidar dalam ucapannya yang disampaikan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman.

Encik Hanafiah menyampaikan ucapan.

Dalam menyedari kepentingan penglibatan orang awam dan komuniti setempat dalam usaha pemeliharaannya, Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif berasaskan komuniti bagi meningkatkan kesedaran tentang pemeliharaan Landskap Hutan Hujan DaMaI untuk generasi akan datang.

Para pengunjung diberi penerangan di ruang pameran.
Para pengunjung tiba dengan penuh keterujaan di Air Terjun Imbak, menikmati keindahan semula jadi yang memukau di kawasan tersebut.

The newly constructed MajuMas Pasifik Sdn. Bhd. (MPSB) Palm Oil Mill (POM) in Sugut, Sandakan was officiated on 23 October 2024. This state-of-the-art facility is a joint venture project between Danau Hartamas Sdn. Bhd. (holding 70%) and Sri Kamusan Sdn. Bhd. (30%). Danau Hartamas

itself is a partnership between Silam Forest Products Sdn. Bhd., wholly owned by Yayasan Sabah Group and Binary Rhythm Sdn. Bhd., under Leong Hup International Berhad. Meanwhile, Sri Kamusan Sdn. Bhd. is a PPB Oil Palms Berhad subsidiary, part of the Wilmar International Ltd. Group.

Chief Operating Officer of Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB), Encik Douglas Joinol, representing the Executive Chairman of ICSB, delivering a speech at the opening ceremony.
Unveiling of the commemorative plaque by MPSB Chairman, Tan Sri Francis Lau (second from right), with Encik Jeremy Goon (second from left) and Encik Douglas (left).

Construction of the palm oil mill began in 2022 and completed in 2024, with successful testing and commissioning on 19 June 2024. Built at RM76 million, the POM has an initial processing capacity of 45 tonnes per hour, expandable to 60 tonnes per hour. Production at the mill commenced in August 2024, and it currently operates at 43 tonnes per hour across two shifts, with expected profitability by the end of 2024.

Group photo after the plaque unveiling (from left): Deputy Chief Conservator of Forests (Operations) Encik Zulkifli Suara, Encik Prakash Subramaniam (Wilmar International Ltd.), Encik Jeremy Goon (Wilmar International Ltd.), Tan Sri Francis Lau (Leong Hup International Berhad), Encik Douglas Joinol (Yayasan Sabah Group), Encik Tan Lai Kai (Ikatan Kayangan Sdn. Bhd.), Dr. Esther Li (Yayasan Sabah Group), and Encik Joshua Ho (Yayasan Sabah Group).

With this strategic facility now in full operation, all Fresh Fruit Bunches (FFB) from the Ikatan Kayangan Sdn. Bhd. and Kelola Maju Sdn. Bhd., plantations will be processed at the POM. Yayasan Sabah Group continues to emphasise sustainable practices and collaborative growth, ensuring that economic benefits align with environmental stewardship for the people of Sabah.

The new MajuMas Pasifik Sdn. Bhd. POM facility in Sugut, Sandakan.

Splashes Of Magic: A Night With Mermaids And More!

The Magical Mermaids Show spellbound families at the Aquascape Center on 7 December 2024, a night of wonder and excitement. Special mermaid guests from Indonesia brought their underwater charm to life, enchanting both young and old with dazzling performances that peaked at 7:00 pm.

But the magic didn’t stop there. Visitors revelled in a flurry of festive activities, from heartwarming meet-and-greet moments with Santa Claus to vibrant live music that set the mood for celebration. The fun escalated with an exhilarating costume competition, where creativity stole the spotlight.

Guests also delight in unique experiences like the Live Fish Feeding Show, whimsical mermaid photo sessions, and a jolly Santa photoshoot. Children lit up with joy as their faces were painted amidst the twinkle of a beautifully illuminated garden, perfect for strolls and magical memories.

This was a night where the sea’s magic met the season’s spirit!

memories! Families and little

An enchanting underwater spectacle! The Magical Mermaids mesmerised the audience with their graceful performance, bringing the magic of the ocean to life at the Aquascape Center.
Making magical
ones pose with the enchanting mermaids at the Magical Mermaids Show, surrounded by festive cheer and twinkling lights.
Festive fun at the Magical Mermaids Show. Smiles all around as Santa Claus and friends bring holiday cheer and ocean magic to life at the Aquascape Center.

LATIHAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENULISAN MINIT MESYUARAT

Gambar berkumpulan.

Pada 20 November 2024, seramai 20 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah telah terpilih untuk menghadiri program latihan bertajuk Managing Meeting and Minute of Meeting yang diadakan bertempat di Kinabalu Room 1 & 2, Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada staf mengenai prosedur pengurusan mesyuarat yang efektif, termasuk asas-asas pengendalian mesyuarat, serta langkahlangkah yang perlu dilakukan sebelum dan selepas mesyuarat. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada teknik penulisan minit mesyuarat yang tepat dan teratur.

Peserta program dilatih untuk memahami konsep pengendalian mesyuarat yang baik dan kaedah penyediaan minit mesyuarat yang berkualiti agar memastikan mesyuarat yang dijalankan produktif, sementara minit mesyuarat yang dihasilkan dapat mendokumentasikan keputusan dengan jelas dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan keputusan tersebut. Program ini mencerminkan usaha berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkasakan kemahiran profesional dalam kalangan staf yang terlibat.

Peserta tekun mengikuti penerangan untuk memperkukuhkan kemahiran pengendalian mesyuarat dan dokumentasi minit secara profesional.

MD. ARSHAD AHMAD

Pembantu Tadbir

Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 21 Jun 1999, di Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak. Sepanjang lebih dua dekad perkhidmatan saya, banyak pengalaman berharga yang saya peroleh, yang bukan sahaja memperkayakan pengetahuan kerja tetapi juga membentuk kematangan dalam diri saya.

Bekerja di organisasi ini memberikan saya peluang untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak dan menyaksikan secara langsung usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam membangunkan pendidikan kanak-kanak. Ia ialah satu pengalaman bermakna yang memberi kepuasan, kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif yang memberi impak positif kepada generasi muda.

Persekitaran kerja yang harmoni dan kerjasama erat dengan rakan-rakan sekerja mendorong saya bekerja dengan penuh semangat dan motivasi. Saya amat menghargai budaya kerja di sini yang menekankan hormat-menghormati dan sokongan antara satu sama lain, yang mana ini membantu saya melaksanakan tugas dengan lebih efektif.

Harapan saya agar organisasi ini terus berjaya dalam memperjuangkan misi dan visi yang telah direncanakan, khususnya dalam memperkasakan pendidikan kanak-kanak di Sabah. Saya juga berharap agar setiap staf sentiasa komited dan bersatu hati untuk membawa organisasi ini ke tahap yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Saya bersyukur atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah dan berterima kasih atas semua sokongan dan pengalaman yang telah membantu saya berkembang, baik daripada segi profesional mahupun peribadi.”

ABEL BIN GINTOD

Pemandu

Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar – Tawau

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1999. Sepanjang 25 tahun berkhidmat di organisasi ini, saya berasa amat selesa dan gembira, lebih-lebih lagi dengan peluang untuk memperoleh pengalaman baharu.

Bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah telah membawa perubahan besar dalam kehidupan saya dan keluarga, sesuatu yang amat saya syukuri. Harapan saya dalam tempoh 25 tahun akan datang ialah organisasi ini terus berkembang maju dan mempunyai barisan staf yang cemerlang serta berdedikasi.”

JERRY BIN GODONG

@ ASRY

Kerani Kanan

Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar

“Syukur Alhamdulillah, sudah 25 tahun saya berkhidmat di Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar, Kumpulan Yayasan Sabah. Saya menyertai organisasi ini pada 1 November 1999. Sepanjang tempoh ini, organisasi ini telah memberikan saya banyak ilmu dan pengalaman yang sangat berharga, yang memperkaya kehidupan saya.

Harapan saya agar organisasi ini terus memberikan sumbangan yang bermakna kepada rakyat Sabah. Saya juga berharap kawasan-kawasan konservasi dan pemuliharaan di bawah seliaan Kumpulan Yayasan Sabah akan terus dipelihara, bukan hanya untuk kita tetapi juga untuk generasi masa depan, kerana kita sudah mulai merasai kesan perubahan iklim yang berlaku apabila hutan belantara diterokai.

Selama saya bekerja di sini, banyak pengalaman pahit dan manis yang saya tempuhi. Sebahagian besar masa saya habiskan dengan kerja-kerja luar kawasan, memasuki kawasan konservasi dan pemuliharaan. Saya berpeluang berinteraksi dengan pelbagai organisasi, baik dalam mahupun luar negara, yang memberikan sumbangan dalam membantu Kumpulan Yayasan Sabah menjaga kawasan konservasi ini. Selain itu, saya juga terlibat dalam kerja-kerja perkeranian, yang menambah kemahiran dan kebolehan saya. Pengalaman-pengalaman ini adalah sesuatu yang sangat berharga dan akan kekal dalam ingatan saya selama-lamanya.”

FATIMAH BINTI AHMAD

Penolong Pegawai Tadbir

Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian

“Bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun sejak 2 Januari 1999 merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan penuh kepuasan. Sepanjang tempoh ini, saya berpeluang menyaksikan perkembangan dan kejayaan organisasi ini dalam memperkasa kehidupan masyarakat serta memajukan pembangunan negeri Sabah. Pengalaman ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran profesional saya, malah memperkukuhkan nilai-nilai murni seperti komitmen dan ketabahan. Melalui pelbagai cabaran dan kejayaan yang dilalui, saya belajar tentang pentingnya dedikasi dalam menjayakan sesuatu matlamat. Setiap kejayaan Kumpulan Yayasan Sabah memberi kepuasan mendalam kerana saya tahu usaha saya sedikit sebanyak menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.

Menjelang 25 tahun akan datang, harapan saya adalah agar Kumpulan Yayasan Sabah terus maju dan kekal relevan dalam membawa impak positif kepada rakyat Sabah. Saya ingin melihat organisasi ini terus meneroka inisiatif-inisiatif baharu serta kekal sebagai peneraju dalam memajukan pendidikan, alam sekitar, dan ekonomi. Harapan saya adalah agar Kumpulan Yayasan Sabah dapat memperkasakan lebih ramai generasi muda, membuka peluang pendidikan yang lebih meluas, dan menjadi inspirasi kepada organisasi lain di Malaysia. Dengan sokongan dan semangat yang ada, saya percaya kita akan terus berkembang dan mewujudkan legasi yang membanggakan untuk masa hadapan.

Bekerja di organisasi ini bukan sahaja mengubah kerjaya saya, malah memberi impak besar dalam kehidupan peribadi. Saya menjadi lebih terbuka, memahami keperluan masyarakat, dan melihat pentingnya memberi semula kepada komuniti. Melalui peluang pekerjaan ini, saya telah bertemu dengan ramai individu yang memberikan inspirasi, mempelajari banyak kemahiran baharu, dan membina keyakinan diri. Saya menjadi lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran. Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa memberikan sokongan yang kukuh dalam pembangunan kerjaya, dan setiap hari di sini membuatkan saya bersyukur kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada organisasi yang membawa impak positif kepada orang ramai.”

ROBIN CHRISTIANUS

Penolong Akauntan

Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB)

“Saya memulakan perkhidmatan di Kumpulan Yayasan Sabah pada 21 Jun 1999. Saya sangat berbesar hati dapat menyumbang kepada pelbagai inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat. Bekerja dengan pasukan yang berdedikasi dan berpengalaman telah memberi saya peluang untuk berkembang secara profesional dan peribadi, serta memperkukuhkan komitmen saya terhadap pembangunan sosial.

Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan terus berusaha untuk memberi sumbangan yang terbaik kepada rakyat Sabah yang berbilang kaum dan kepercayaan.

Adalah penting untuk memahami keperluan setiap lapisan masyarakat dan memastikan setiap langkah yang diambil adalah inklusif dan memberi manfaat kepada semua. Dengan pendekatan yang adil dan saksama, kita dapat meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperkukuhkan keharmonian antara kaum di Sabah.

Selama bertugas di organisasi ini, kehidupan keluarga saya kian bertambah baik dalam pelbagai aspek. Kestabilan dalam pekerjaan membolehkan saya sekeluarga menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama, serta memperbaiki hubungan dan komunikasi sesama kami. Keadaan kewangan yang lebih kukuh membolehkan kami merancang percutian dan menghadiri aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, serta menyediakan keperluan yang lebih baik untuk keluarga.

Peningkatan dalam kesejahteraan mental dan emosi turut membawa kepada suasana rumahtangga yang lebih harmoni dan bahagia. Semua perubahan ini telah membawa kepada kehidupan keluarga yang lebih sejahtera dan penuh kebahagiaan, serta memperkukuhkan ikatan antara kami.”

JASAMU DIKENANG

ABDUL KARIM ISKANDAR

Penguasa Keselamatan Operasi Hutan Bahagian Perhutanan - Lahad Datu

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 27 Ogos 1989. Antara aspek terbaik sepanjang perkhidmatan saya ialah gaji tetap yang diberikan tepat pada masanya, mencerminkan komitmen organisasi terhadap kebajikan staf. Namun, saya juga merasakan terdapat cabaran dalam proses kenaikan pangkat yang wajar diberi perhatian.

Kini, saya aktif dalam bidang politik, tetapi pengalaman saya bersama Kumpulan Yayasan Sabah tetap tidak akan dilupakan. Salah satu pengalaman paling bermakna ialah ketika saya diberi tanggungjawab menguruskan pengagihan jutaan ringgit wang Amanah Rakyat Negeri Sabah (ARNS), satu amanah besar yang meninggalkan kesan mendalam kepada saya.

Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah adalah agar sistem kenaikan pangkat menjadi lebih telus, adil, dan berlandaskan merit. Ini penting untuk memastikan semua staf merasa dihargai dan bermotivasi untuk terus memberi sumbangan terbaik.

Sebagai pesanan kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, saya mengusulkan agar persaraan wajib dipastikan dilaksanakan sepenuhnya. Ini akan membuka peluang kepada generasi baharu untuk memikul tanggungjawab dan terus membawa organisasi ini ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.”

ABDUL RAHNI BIN AWANG DAMIT

Penolong Pegawai Tadbir Unit Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB)

“Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada 11 Januari 1990.

Banyak pengalaman serta cabaran yang saya lalui semasa bekerja di organisasi ini. Antara kekangan atau cabaran yang dihadapi semasa bertugas adalah apabila tugas yang diamanahkan tidak dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan; selalunya akibat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Hati ini sentiasa risau dan rasa terganggu bila kita tahu masih ada tugasan yang masih belum selesai.

Saya amat gembira dapat berbakti dengan organisasi ini sehinggalah bersara. Persaraan ini bagi saya adalah seperti kebebasan. Saya amat berharap agar saya dapat melakukan perkara yang sebelum ini saya terlepas kerana kesuntukan masa. Terima kasih saya ucapkan buat semua rakan sekerja, maafkan segala perkara yang saya lakukan sekiranya ada menyinggung perasaan kawan-kawan dan halalkan makan minum saya.

Saya pasti akan merindui majlis gah setiap tahun Kumpulan Yayasan Sabah iaitu Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah.

Akhir sekali, buat kawan-kawan yang masih meneruskan perjuangan bekerja, ingatlah bahawa bekerja biarlah berkat. Sentiasa tanamkan rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain untuk menyelesaikannya.

Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus kekal gemilang.”

ASIAH BINTI DUMAHAT

Kerani Penghantar Borneo Security Centre Sdn. Bhd.

”Saya telah memulakan perjalanan kerjayanya bersama Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Ogos 1990. Sepanjang lebih tiga dekad, saya telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pengalaman saya berkhidmat di organisasi ini amat bermakna untuk diri saya kerana kerjaya saya bukan sahaja mengajar tentang disiplin dan tanggungjawab, tetapi juga bagaimana bekerjasama dalam pasukan untuk mencapai matlamat organisasi.

Sepanjang tempoh berkhidmat, saya amat menghargai suasana kerja yang harmoni serta sokongan daripada rakan sekerja dan pihak Pengurusan. Kerjasama yang erat di antara kami membolehkan saya menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Hubungan yang akrab ini adalah antara kenangan manis yang akan sentiasa saya kenang.

Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah terus berkembang maju dan terus menjadi platform untuk staf lain mencapai potensi terbaik mereka. Saya percaya organisasi ini mampu melahirkan lebih ramai bakat yang boleh membawa perubahan positif kepada rakyat dan negeri Sabah.”

BAINI BINTI PANUNGGOH

Pengasuh

Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 21 Jun 1999 selama 24 tahun 11 bulan.

Aspek terbaik selama saya bekerja dengan organisasi ini adalah kebajikan staf tidak pernah diabaikan serta peluang untuk belajar juga dibuka kepada staf yang berminat. Dari aspek kerjaya, sebagai seorang pengasuh, ianya membuka peluang kepada diri saya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Sepanjang tempoh berkhidmat, kesukaran yang saya hadapi adalah jarak tempat tinggal ke tempat kerja agak jauh, ada masanya keadaan tersebut menyukarkan saya ke tempat kerja. Namun, atas komitmen kerja, ianya tidak menghalang saya untuk terus berkhidmat sehingga bersara. Dari segi cabaran kerja pula, sebagai seorang pengasuh, keselamatan dan kesihatan kanak-kanak tersebut adalah amanah berat yang perlu dijaga dalam tempoh seharian bersama mereka.

Setelah bersara, saya kini meluangkan masa bersama keluarga di kampung dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang lama dirancang.

Kenangan bersama staf Bahagian Perkembangan KanakKanak Kumpulan Yayasan Sabah semasa menyertai kem bina semangat pada 18 sehingga 19 November 2023 di Usukan Cove Lodge Kuala Abai, Kota Belud merupakan kenangan terindah dan akan sentiasa dirindu. Ikatan kasih sayang yang terjalin di kalangan anak-anak asuhan akan menjadi memori yang tidak akan saya lupakan kerana kanak-kanak ini merupakan amanah besar yang perlu saya galas sebagai seorang pengasuh.

Saya juga merupakan penerima Anugerah Khas Kehadiran Cemerlang pada tahun 2011 sempena Hari Guru, Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak. Pada tahun 2013, sekali lagi saya telah menerima Anugerah Khas daripada Guru Besar Taska Ria iaitu Anugerah Pengasuh Berdedikasi sempena Hari Guru. Saya juga telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Majlis Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah tahun 2016.

Akhir sekali, berkhidmatlah dengan penuh integriti dan ikhlas dalam melakukan pekerjaan yang telah dipertanggungjawab kepada kita.”

FRANCIS TOTU MATALING

Pegawai Akaun Kanan

Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar

“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 12 Mei 1989 di bawah anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah iaitu Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. Selepas itu, saya dihantar ke Pusat Perhutanan Luasong, Tawau untuk membangunkan sistem perakaunan yang mana pada masa itu belum diguna pakai secara sistematik. Bertugas di tempat yang agak terpencil dan tanpa pengalaman dalam sistem perakaunan perladangan hutan serta berjauhan dengan keluarga banyak mengajar saya menjadi lebih matang dan berdikari.

Dalam banyak-banyak kenangan sepanjang bertugas, terdapat beberapa kenangan yang tidak akan saya lupakan. Pertama, saat ketika saya sakit teruk dan terpaksa ke Hospital Tawau dalam ambulans yang uzur. Kedua, apabila saya dijangkiti Malaria sebanyak 13 kali tetapi syukur kepada Tuhan, saya sembuh juga. Ketiga adalah apabila saya diperlukan untuk menyiapkan kerja sehingga subuh, tetapi tidak menjadi masalah kerana ini sudah menjadi kebiasaan tugasan.

Seperti rakan-rakan pesara lain, sudah semestinya saya menghabiskan masa untuk bersama dengan keluarga tercinta. Selain itu, saya melakukan pekerjaan ringan seperti berkebun dan lain-lain kerja yang termampu. Karenah teman-teman sepejabat yang lucu dan sentiasa bersikap positif sudah tentu menjadi tanda ingatan yang dikenang sampai bila-bila masa. Perkara-perkara negatif tidak perlulah dikenang.

Saya berharap agar rakan-rakan yang masih bertugas dapat menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan dedikasi dan integriti yang cukup tinggi. Staf harus mempertimbangkan tugas yang dilakukan harus berpadanan dengan gaji yang dibayar kepada kita, janganlah mengeluh jika diperlukan untuk melakukan tugas lain.

Saya sayang organisasi ini…semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus maju dan berdaya saing. Terima kasih yang tiada terhingga Kumpulan Yayasan Sabah!”

GALINA @ ANGELINA BINTI ANAK

Penolong Pegawai Tajaan

Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian

“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 2 November 1987. Pada pendapat saya, antara aspek terbaik bekerja dengan organisasi ini adalah mendapat peluang untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pendidikan di Sabah. Selain itu, persekitaran kerja yang baik serta dedikasi rakan sekerja menjadi salah satu aspek yang paling bermakna. Dalam apa juga bidang, kita tidak dapat lari berdepan dengan cabaran. Cabaran utama saya adalah memastikan komunikasi berkesan terhadap pelanggan.

Saya menikmati hari-hari persaraan saya dengan dengan melakukan lebih banyak aktiviti yang saya gemari, seperti bersiar dan meluangkan masa bersama keluarga.

Apa yang pasti, saya merindui suasana kerja yang harmoni serta peluang untuk terlibat dalam projek yang memberi impak kepada komuniti. Hubungan dengan rakan sekerja dan perasaan bangga dapat berkhidmat untuk masyarakat juga merupakan perkara yang saya rindui.

Saya juga tidak akan melupakan perasaan bangga dan gembira apabila berjaya melaksanakan program yang memberikan manfaat kepada masyarakat, serta apabila usaha kita diiktiraf dan dihargai oleh pihak Pengurusan dan juga komuniti.

Buat rakan-rakan seperjuangan yang masih berkhidmat, terus berkhidmat dengan dedikasi, semangat berpasukan dan integriti. Sentiasalah mencari peluang untuk belajar perkara baharu dan berkembang agar terus maju dalam pekerjaan.”

Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 21 Jun 1996. Sejak hari pertama, saya sangat bersyukur di atas peluang menjadi sebahagian daripada organisasi ini. Bagi saya, selain daripada gaji, perhatian yang diberikan oleh pihak Pengurusan terhadap kebajikan staf adalah antara aspek terbaik yang saya hargai.

Kerjaya saya turut melibatkan kerja lapangan di luar tugasan hakiki, yang memberikan pengalaman berharga dan penuh cabaran.

Antara yang paling saya akan rindu adalah rakan-rakan seperjuangan. Terlalu banyak kenangan bekerja bersama, daripada tekanan dan kepayahan, perselisihan pendapat, hingga kegembiraan apabila berjaya menyelesaikan projek atau tugasan yang diberikan. Hari-hari terakhir sebelum persaraan amatlah sukar untuk saya kerana harus meninggalkan rakanrakan yang sudah saya anggap seperti keluarga. Saya terharu apabila mereka mengiringi kepulangan saya dengan linangan air mata, satu momen yang akan kekal dalam ingatan saya.

Pengalaman di lapangan, khususnya di kawasan terpencil tanpa kemudahan air, juga tidak akan saya lupakan. Kami terpaksa mencari air perigi untuk mandi, ibarat kanak-kanak penuh keriangan. Sebenarnya, ada seribu satu cerita dan pengalaman yang menjadi kenangan berharga, dan semua itu saya simpan sebagai memori.

Mengenai perancangan masa depan, setakat ini saya belum membuat sebarang keputusan yang muktamad, masih dalam proses memikirkan hala tuju selepas persaraan.

Nasihat saya kepada semua ialah bekerjalah dengan jujur, laksanakan tugasan yang diamanahkan dengan penuh sabar dan kebijaksanaan. Jangan segan bertanya jika menghadapi permasalahan, sentiasalah patuh kepada arahan, dan hormatilah pihak atasan kita.”

GLENDA VERONIQUE DAIM

Kerani Akaun Kanan

Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Penyelidikan

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 25 Februari 2008. Aspek terbaik bekerja dalam organisasi ini adalah apabila diberikan peluang berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah. Antara cabaran yang dilalui sepanjang perkhidmatan saya adalah penugasan berbilang dalam menyelesaikan tugasan. Saya merindui bekerja dengan rakan-rakan di Bahagian Penyelidikan terutama sekali apabila meraikan perayaan dan sambutan hari jadi bersama-sama rakan sekerja. Saya berpesan kepada semua staf yang masih berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah agar meneruskan bekerja secara berpasukan dan sentiasa produktif dalam menyelesaikan tugasan anda. Kekalkan semangat kerjasama dan komitmen dalam mencapai matlamat organisasi.”

HAJAH HAILANAH BINTI MOHAMAD TAHIR

Pengurus

Pejabat Setiausaha Korporat

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Mac 1985. Sepanjang perkhidmatan, saya telah menikmati pelbagai aspek terbaik bekerja di sini, yang menjadikan pengalaman saya sangat berharga. Saya bersyukur kerana tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam menjalankan tugas; ini kerana saya sentiasa menerapkan keikhlasan dalam bekerja. Kini, setelah bersara, saya terus mengekalkan fokus dan disiplin dalam kehidupan, sama seperti ketika berada dalam alam pekerjaan.

Saya amat merindui peluang untuk terus menyumbang bakti kepada Kumpulan Yayasan Sabah. Antara saat-saat yang paling bermakna bagi saya ialah berpeluang berinteraksi dengan pelbagai golongan tanpa mengira usia dan latar belakang, sesuatu yang memperkaya pengalaman dan perspektif saya.

Nasihat saya kepada generasi yang masih berkhidmat adalah agar sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan. Saya juga ingin berkongsi lima pesanan yang pernah diberikan oleh ketua-ketua saya terdahulu sebagai panduan dalam melaksanakan tugas: sentiasa utamakan keselamatan, patuhi segala peraturan, elakkan teguran audit, jaga etika kewangan, dan pastikan staf yang tepat diletakkan di tempat yang sesuai.”

JULKIFLEH BAKAR

Pengurus

Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian

“Syukur Alhamdullilah ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan kebesaran-Nya saya diberikan peluang dan ruang berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah selama 34 tahun 10 bulan 22 hari sejak 1 November 1989.

Antara aspek terbaik bekerja dengan organisasi ini adalah mendapat banyak peluang menimba ilmu dan pengalaman berharga dapat berkhidmat kepada masyarakat di Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) sebelum berpindah ke Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian (BPPP) sehinggalah saya bersara. Kenangan bersama rakan-rakan setugas yang baik, sporting, peramah dan sering bantu-membantu satu sama lain akan saya kenang sampai bila-bila masa.

Kumpulan Yayasan Sabah banyak mengajar saya untuk terus cemerlang dan komited di sepanjang tempoh saya berkhidmat di sini. Menerusi organisasi inilah juga tahap ekonomi saya sekeluarga bertambah baik dan pada masa yang sama juga saya berpeluang melawat ke seluruh pelosok negeri Sabah.

Manakala aspek yang sangat mencabar bagi saya adalah semasa penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan yang teruk di seluruh dunia. Walaupun terkesan dengan penularan wabak penyakit ini, saya amat bersyukur kerana Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa memastikan kebajikan staf dijaga dengan sebaiknya.

Satu lagi cabaran yang sukar dilupakan ialah semasa menganjurkan program Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR). Ketika itu, Pengurusan memutuskan untuk program YSBR tersebut diadakan di daerah Kudat. Sepanjang tiga hari tersebut kami bekerja siang dan malam demi menjayakan program

tersebut. Alhamdullilah berkat kesabaran, kerjasama padu sesama warga Kumpulan Yayasan Sabah, program tersebut berjaya dilaksanakan mengikut objektif yang ditetapkan.

Pengalaman-pengalaman bersama organisasi akan tersemat di hati. Saya akan merindui rakan-rakan di ZPBU serta BPPP. Di kesempatan ini, saya juga amat berterima kasih kepada Pengurus Kumpulan BPPP, Encik Sharuddin Mohd. Wali yang sangat knowledgeable serta sporting. Begitu juga kepada rakanrakan sepejabat yang saling bantu-membantu.

Selepas bersara, sudah tentu saya akan memberikan tumpuan dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga yang tersayang di samping memperbanyakkan lagi amal ibadat kepada Allah SWT.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang masih lagi berkhidmat bersama organisasi ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk memberi pesanan agar terus berusaha dengan gigih selaras dengan visi Kumpulan Yayasan Sabah iaitu “Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin”. Teruskan usaha meningkatkan prestasi pencapaian demi organisasi yang kita sayangi. Diharap juga semua warga organisasi ini berkhidmat dengan bersih, cekap dan amanah agar Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa maju jaya dalam usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat khasnya di Sabah dan amnya di Malaysia.

Akhir kata saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah yang telah memberikan saya peluang dan ruang menyumbang tenaga kepada organisasi yang disayangi ini.”

JAMILAH BINTI SUNGGAS

Pembantu Tadbir Kanan Bahagian Pembangunan Pendidikan

“Saya mula bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Jun 1984 di Bahagian Pembangunan Pendidikan yakni selama 40 tahun 4 bulan.

Saya amat bersyukur dengan keprihatinan Kumpulan Yayasan Sabah menjaga kebajikan staf dengan menyediakan kemudahan subsidi perumahan, rawatan perubatan dan sebagainya. Saya merindui suasana kerja semasa bertugas, terutama rakan-rakan sekerja yang banyak membantu dalam semua aspek terutama dalam tugasan harian. Saat yang tidak dilupai adalah ketika menyertai perbarisan kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah sebanyak tiga kali.

Kini, saya memanfaatkan masa terluang bersama keluarga dengan pengisian seperti berkebun dan beramal. Saya berpesan kepada staf yang masih berkhidmat agar menyayangi organisasi kita dan berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

KASMER KUOR BINTI KARAM SINGH

Penolong Pegawai Tadbir

Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 April 1985. Pada mulanya saya berkhidmat di Jabatan Kebajikan. Seterusnya saya ditempatkan di Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan. Selepas itu pula di Mini Market Koperasi Perumahan Pekerja Yayasan Sabah, Pejabat Kawasan Sandakan dan yang terakhir di Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak.

Banyak aspek terbaik telah saya rasakan ketika bertugas dalam organisasi selama 39 tahun seperti kemudahan rawatan perubatan dan pinjaman perumahan.

Aspek yang paling sukar yang pernah saya hadapi adalah ketika saya bertugas di Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan. Ketika itu, saya ditugaskan sebagai Kerani Pembayaran Tuntutan Pembayaran (BPP). Hanya saya seorang staf yang membuat kerja tersebut dalam membuat pembayaran untuk seluruh Bahagian/ Jabatan dan Pejabat Kawasan. Segala tuntutan yang dihantar harus diselesaikan dalam tempoh masa tiga hari untuk dihantar ke Bahagian Kewangan. Walau bagaimanapun, saya dapat menyelesaikannya. Saya seringkali bekerja lebih masa tanpa mengira masa bekerja agar kerja tersebut siap.

Ketika di Mini Market Koperasi Perumahan Pekerja Yayasan Sabah, saya terpaksa melakukan kerja seorang diri daripada awal hingga akhir. Walaubagaimanapun, saya berjaya melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya sehingga tamat tempoh saya bertugas di sana.

Saya turut mengalami kemalangan di tempat kerja sebanyak tiga kali yang mengakibatkan kecederaan patah kaki sebanyak dua kali dan patah tangan sekali. Kesan insiden tersebut, sehingga kini, tangan saya masih belum sembuh sepenuhnya dan saya masih melakukan rawatan terapi di Hospital Queen Elizabeth II. Walaupun demikian, saya tidak pernah berputus asa, saya masih dapat memberikan khidmat tenaga dengan ikhlas tanpa mengira waktu bekerja sebab saya amat menyukai pekerjaan saya.

Tentu sekali saya merindui kawan-kawan seperjuangan saya yang selama ini bekerja bersama sebagai satu pasukan yang sentiasa menyokong dan berganding bahu dalam apa-apa pun program serta aktiviti yang dijalankan di Bahagian Perkembangan KanakKanak.

Nasihat saya kepada semua staf bekerjalah dengan penuh semangat. Bekerja lebih gigih tanpa mengira kerja lebih masa dan berkhidmatlah dengan penuh dedikasi. Kepada pihak Pengurusan, hargailah staf yang telah berkhidmat selama ini dan berikan penghargaan kepada staf atas sumbangan dan jasa mereka berkhidmat di organisasi ini. Semoga segala titik-peluh yang disumbangkan bakal menjadi pedoman dan contoh bagi menyemarakkan semangat kerja warga Kumpulan Yayasan Sabah ke arah mencapai sebuah organisasi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.”

MURIAH DIUN

Kerani Kanan

Bahagian Komunikasi Korporat

“Syukur Alhamdulillah tidak terasa 34 tahun saya bersama dengan organisasi ini. Sejak saya mula bekerja pada 10 Mei 1990, saya telah ditempatkan di pelbagai bahagian atau unit.

Organisasi ini banyak memberikan kemudahan bagi staf termasuklah menjaga kebajikan yang telah banyak membantu kehidupan dan kesejahteraan saya sekeluarga. Terima kasih kepada barisan Pengurusan melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang sentiasa prihatin menyampaikan permasalahan dan kebajikan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Bagi saya, semasa bertugas di pelbagai unit dalam organisasi ini, saya tidak pernah mengharungi kesukaran semasa bertugas kerana saya sentiasa dikelilingi kawan-kawan sekerja yang baik serta saling membantu dalam pekerjaan seharian.

Kini saya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemajuan menaiktarafkan kehidupan penduduk kampung sambil berniaga kecil-kecilan.

Saya bangga dapat berkhidmat bersama staf Bahagian Komunikasi Korporat yang menitik-beratkan kerja berpasukan, saling bantu membantu, tanpa mengira pangkat dan kedudukan, sama-sama bekerja dalam menyelesaikan tanggungjawab sehingga selesai. Senda gurau ketika bekerja tidak akan saya lupakan, saya merindui semua itu. Saya juga akan sentiasa mengingati semangat komitmen staf dalam menjayakan sesuatu majlis.

Akhir kata, sentiasalah menjaga kesihatan, bekerja dengan jujur dan amanah serta berikanlah perkhidmatan setimpal dengan kemampuan kita. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus maju menjadi sebuah organisasi yang terulung dan kebanggaan rakyat Sabah.”

MELEZAH BINTI RUHIMIN @ MEELEZAH

Penolong Pegawai Tadbir

Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB)

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 17 September 1988 dan bersara wajib pada 31 Ogos 2024.

Syukur Alhamdulillah, saya berasa amat bangga kerana berpeluang berkhidmat selama 35 tahun bersama organisasi ini. Tempoh ini telah memberi saya peluang untuk meningkatkan pengetahuan, menghadapi pelbagai cabaran, dan mengubah kehidupan saya terutama daripada segi kewangan serta keyakinan diri. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju, berjaya, dan teguh dalam mencapai misi, visi, serta objektif organisasi.

Antara masa yang paling mencabar ialah ketika pandemik COVID-19, di mana semua kerja perlu dilakukan secara dalam talian. Keadaan ini amat sukar, terutama apabila ramai yang sakit dan perlu berhadapan dengan penyakit yang mudah berjangkit serta berbahaya. Walaupun begitu, kami menghadapi cabaran ini dengan tabah dan reda.

Kini, saya hanya menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak, menikmati masa yang lebih santai selepas bersara.

Kenangan manis sepanjang bekerja banyak sekali, tetapi yang paling saya kenang ialah ketika bertugas di Unit Pentadbiran. Semua rakan sekerja sangat baik, dan para ketua yang prihatin menjadikan suasana kerja begitu selesa dan menyeronokkan. Banyak pengalaman indah yang saya simpan sebagai memori yang tidak akan dilupakan.

Harapan saya adalah agar Kumpulan Yayasan Sabah terus berjaya dalam semua perancangan dan terus melangkah maju demi mencapai matlamat kejayaan pada masa hadapan. Terima kasih atas pengalaman yang sangat bermakna ini.”

MOKTAR BIN SHAIEB Penguatkuasa Keselamatan Kanan

Bahagian Keselamatan & Penguatkuasaan

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 5 Januari 1995 sebagai anggota keselamatan. Sejak itu, banyak aspek yang menarik dan memberikan manfaat, terutama dari segi kemudahan rawatan kesihatan yang disediakan untuk ahli keluarga, di mana klinik panel sentiasa tersedia.

Sepanjang bertugas di organisasi ini, saya tidak pernah menghadapi cabaran yang sukar kerana amalan bekerja secara berkumpulan dan semangat kerjasama sesama rakan sekerja dalam semua jabatan sentiasa wujud. Persaraan saya kini telah bermula, dan saya berkecimpung dalam bidang pengangkutan khas bagi pelancong dari luar Sabah.

Aspek yang paling saya akan rindu ketika bekerja ialah budaya kerja yang tidak memandang pangkat dan kedudukan. Semua staf bersikap ramah dan banyak memberi tunjuk ajar yang baik. Setiap momen ketika bertugas adalah kenangan yang tidak akan saya lupakan.

Sebagai nasihat kepada semua staf dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, sentiasalah menunjukkan dedikasi yang tinggi dalam menjalankan tugas. Wassalam.”

PUDIN IBRAHIM

Pegawai Kawasan Kota Marudu

Zon Pantai Barat Utara Kota Kinabalu

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 Jun 1984 di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens. Pada tahun 2003, semasa skim pemisahan sukarela, saya ditawarkan untuk bertugas di pejabat Zon Pantai Timur Utara di Sandakan. Kemudian pada tahun 2009, saya berpindah ke pejabat Zon Pedalaman Selatan di Beaufort sebelum berpindah ke pejabat Zon Pantai Barat Utara pada 5 Mei 2015.

Sesungguhnya bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah lebih kurang 40 tahun 6 bulan merupakan satu tempoh yang begitu lama buat diri saya dan telah memberikan banyak pengalaman yang begitu bermakna dan berharga bagi diri saya. Apa juga pengalaman yang saya peroleh semasa berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah menjadi panduan kepada kehidupan seterusnya bersama keluarga tercinta Insya-Allah.

Sepanjang tempoh berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sejujurnya saya katakan banyak cabaran pahit dan manis yang telah saya lalui, namun begitu membuatkan saya berani mengambil cabaran tersebut apabila diberikan tanggungjawab yang agak besar untuk melakukan aktiviti mempromosi program pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di samping program-program komuniti setempat seperti sosioekonomi dan sosiobudaya.

Kini setelah bersara, saya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti bersifat amal jariah bila mana ada ruang. Dalam masa yang sama saya juga berhasrat untuk membawa seisi keluarga. InsyaAllah, menunaikan umrah bersama, di samping itu akan terus menikmati kehidupan yang dianugerahkan oleh yang Maha Esa.

ROGER AH SING

Pegawai Keselamatan

Bahagian Perhutanan - Sandakan

“Saya telah menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 26 Jun 2002. Sepanjang berkhidmat, saya berpeluang memperoleh pengalaman bekerja di pelbagai unit, yang memberikan pendedahan berharga dalam bidang keselamatan dan perhutanan. Namun, antara cabaran terbesar adalah bertugas di hutan belantara, jauh dari penempatan manusia dan keluarga, yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental.

Kini, setelah bersara saya menceburi bidang pertanian. Sepanjang bertugas, pengalaman yang paling saya rindu ialah semasa terpilih menyertai Sukan Se-Malaysia (PESAYA) dan Sukan Antara Daerah (PESAWI). Saat-saat yang tidak dapat saya lupakan termasuk ketika menjalankan tugas dalam hutan dan menghadapi pelbagai risiko, seperti serangan haiwan liar, khususnya gajah, serta kejadian banjir yang menghanyutkan barangan keperluan kami.

Nasihat saya kepada staf terutama sekali untuk mantan unit saya (Keselamatan), laksanakan tugas dengan penuh disiplin dan turut setiap arahan agar perjalanan tugas sentiasa sihat, baik dan terkawal.”

Aspek yang saya akan rindu ialah penglibatan saya dalam aktiviti sukan Kumpulan Yayasan Sabah dan mewakili Kumpulan Yayasan Sabah di Pesta Sukan Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) dalam sukan boling dan karom dari awal tahun 80 puluhan sehingga tahun 2024.

Saat yang tidak akan saya lupakan ketika bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah bersama rakan-rakan dari semua peringkat zon yang begitu perhatian dan baik hati semasa bekerja di perantauan. Satu perkara lagi yang tidak akan saya lupakan apabila dapat beraksi dan mengharumkan nama Kumpulan Yayasan Sabah di peringkat negeri serta dapat menyumbang pingat dalam aktiviti sukan boling dan karom untuk Kumpulan Yayasan Sabah pada sukan-sukan yang telah saya sertai.

Nasihat saya kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah teruskan usaha murni anda untuk memberi khidmat sepenuh hati kepada organisasi yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Sabah. Saya sangat teruja untuk melihat bagaimana Kumpulan Yayasan Sabah akan terus berkembang dan mencapai objektifnya. Terima kasih atas sokongan kemesraan dan banyak detik indah yang telah dikongsi, saya doakan yang terbaik untuk warga dan Kumpulan Yayasan Sabah.”

Penolong Pegawai Penerbitan dan Percetakan

Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah di Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) pada 12 Ogos 1985 sebagai Pelukis.

Antara aspek terbaik bekerja dengan organisasi ini ialah peluang untuk menyumbangkan tenaga dan bakti yang diperlukan oleh BPKK, sesuatu yang amat membanggakan bagi saya.

Namun, cabaran tidak pernah terlepas. Pengalaman menghadapi pelbagai dugaan, terutama dalam melaksanakan program-program besar seperti Majlis Penyampaian Sijil dan Konsert Kanak-Kanak, merupakan antara aspek paling mencabar sepanjang kerjaya saya di sini.

Kini, selepas bersara, saya meneruskan minat saya dengan menulis dan mengilustrasi buku cerita bergambar untuk kanakkanak.

Apa yang paling saya rindui ialah suasana kerja yang sangat harmoni di BPKK. Hubungan erat dengan rakan-rakan seperjuangan, yang sentiasa menyokong dan bekerjasama, menjadikan setiap tugasan lebih bermakna. Kenangan bersamasama mereka akan sentiasa terpahat di ingatan saya sebagai saat-saat paling berharga sepanjang bekerja di organisasi ini.

Harapan saya adalah agar semua staf dapat melaksanakan tugas dengan ikhlas dan penuh dedikasi demi kecemerlangan masa depan organisasi. Dengan semangat kerjasama yang tinggi, saya yakin Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju dan berjaya.”

Penolong Pegawai Pelajaran

Bahagian Pembangunan Pendidikan

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah sejak 27 Januari 1996. Selama berkhidmat 28 tahun, saya dapat merasakan aspek terbaik dalam bekerja di sini ialah fungsi utama organisasi yang memberi sumbangan besar, terutamanya dalam menyokong pendidikan anak-anak Sabah. Sepanjang bertugas di sini, tiada aspek yang dirasakan sukar. Walaupun jarak rumah saya ke pejabat sejauh 89 km, ia tidak menjadi halangan kerana persekitaran kerja yang sangat kondusif dan tidak pernah memberi tekanan.

Insya-Allah, jika diizinkan Allah SWT dengan kesihatan dan kudrat yang baik, kini setelah bersara, saya bercadang untuk mengisi masa lapang dengan menjalankan perniagaan kecilkecilan.

Apa yang paling saya akan rindui ialah suasana pejabat bersama rakan-rakan. Kenangan bersama rakan-rakan sekerja tidak akan dilupakan, kerana melalui mereka banyak pengalaman berharga telah dilalui dan dikongsi bersama.

Nasihat saya, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh demi kemajuan Kumpulan Yayasan Sabah agar misi, visi, dan fungsi utama organisasi dapat dicapai dengan jayanya. Jalankanlah tugas dengan penuh ketekunan dan integriti untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif, kerana inilah yang telah kami praktikkan sepanjang bekerja di sini demi kesejahteraan dan ketenangan bersama.”

HAJAH SARIFAH JAMILAN BINTI SHARIF LAWI

HAJAH SAINABEH BINTI MOHD ALI

Setiausaha

Bahagian Penyelidikan

“Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1984 dan menerima pengesahan jawatan pada tahun 1985 sebagai seorang Jurutaip, dan seterusnya dinaikkan pangkat ke Kerani Kanan dan seterusnya sebagai Setiausaha sehinggalah saya bersara. Saya telah bertugas bersama organisasi ini selama 39 tahun 8 bulan.

Bertugas di organisasi ini telah banyak memberikan saya pengalaman yang terbaik daripada segi pengurusan kerja dan cara-cara menjalankan tugas dengan lebih baik dan menjadikan saya seorang yang bertanggungjawab dalam tugas-tugas di pejabat atau di luar pejabat. Ia juga telah memberikan saya impak yang penting daripada segi kewangan dan kehidupan di mana saya dan keluarga telah menunaikan Ibadat Haji, melancong ke luar negara dan dapat membiayai anak-anak saya sehingga ke peringkat universiti. Ini ialah hasil dan aspek terbaik yang diberikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Memang tidak dinafikan banyak kesukaran yang dihadapi semasa bertugas, banyak kenangan yang tidak diduga seperti tugas yang diberikan terlalu mencabar, mempunyai seorang ketua yang serius dan tegas dalam tugasan pejabat dan ada kalanya terasa bosan, sedih dan sebagainya dengan tugastugas yang terlalu banyak.

Semasa bekerja bermula di Bahagian Perhutanan dan selepas itu di Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar dan kemudian Bahagian Penyelidikan, telah banyak memberikan kenangan yang tidak akan dilupakan. Saya akan mengingati dan merindui suasana kerja dengan rakan sekerja setiap hari, bertungkus lumus tetapi dapat juga berborak serta bercerita, ketawa, minum dan makan bersama, bekerja berpasukan dan banyak lagi kenangan yang tidak dapat diceritakan. Tiada yang senang dan tiada yang sukar untuk dicapai. Semuanya saat-saat yang tidak dapat digambarkan dan dilupakan ketika bekerja di organisasi ini.

Selepas perkhidmatan telah tamat iaitu dalam 58 tahun persaraan wajib, saya kini berehat setelah penat bekerja sejak berumur 19 tahun lagi.

Akhir sekali, saya berpesan pada semua agar menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik, jujur dan ikhlas, menghormati ketua walaupun tugasan diberikan terlalu mencabar sebab sebarang tugasan bakal membuatkan diri kita serba serbi tahu di samping mengukuhkan lagi kejayaan organisasi daripada segi pentadbiran, kewangan dan sebagainya yang membolehkan organisasi ini terus maju ke hadapan. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus sukses dan berjaya.”

SINAH BINTI BAGU

Penolong Pegawai Tadbir & Kewangan

Sunwise Crystal Sdn. Bhd.

“Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1995 sebagai seorang Kerani Akaun dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Kerani Akaun Kanan dan akhir sekali sebagai Penolong Pegawai Akaun di Sunwise Crystal Sdn. Bhd. sehinggalah saya bersara wajib pada 8 Ogos 2024.

Bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah banyak mengajar saya untuk tenang dan sabar dalam menghadapi segala tugasan di samping menimba ilmu pengetahuan dalam pengurusan dan perakaunan. Bekerja dengan sebuah organisasi yang besar seperti Kumpulan Yayasan Sabah amatlah mencabar sekali daripada segi ketangkasan membina kerjaya yang lebih baik, semuanya ini meningkatkan pengalaman dan jati diri saya.

Banyak cabaran yang dihadapi ketika saya bekerja yang menuntut jangka masa pendek dalam menyiapkan tugasan. Semuanya perlu disiapkan dengan cepat dan tepat.

Sejak mula bekerja, kehidupan seharian saya dikelilingi oleh teman-teman seperjuangan, pegawai dan pengurus serta orang-orang atasan yang berkaliber. Saya merindui gurau senda, teguran membina serta susah-senang ketika bersamasama mereka. Hari-hari bekerja sangat manis dalam kenangan dan tidak dapat saya lupakan.

Dalam alam pekerjaan segala kesukaran ada penyelesaian dan tiada yang manis melainkan kegembiraan. Segala usaha yang kita buat mendapat penghargaan semasa berkhidmat seperti kenaikan gaji, pangkat dan penghargaan yang lain dan inilah saat-saat yang sukar saya lupakan sampai sekarang.

Akhir sekali, saya berpesan agar semua staf Kumpulan Yayasan Sabah melakukan tugasan secara tekun dan terbaik agar mendatangkan hasil yang cemerlang.”

SOMINEH SIPIN

Pegawai Kanan

Bahagian Komunikasi Korporat

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 10 Januari 1985 di Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (Yayasan Sabah) dan kemudiannya berpindah ke Innoprise Corporation Sdn. Bhd. pada tahun 2000.

Organisasi ini mempunyai barisan Pengurusan yang sangat prihatin terhadap stafnya. Kemudahan staf yang pelbagai merupakan salah satu aspek terbaik bekerja di organisasi ini.

Antara cabaran yang saya lalui sepanjang perkhidmatan adalah menyiapkan tugasan tertentu pada tarikh akhir dan dalam masa yang sama terlibat dengan pengendalian majlis-majlis yang besar. Namun Alhamdulillah semua dapat ditempuhi dengan jayanya.

Sangat banyak perkara yang saya rindu ketika bekerja antaranya pengalaman dahulu semasa program Yayasan Sabah Bersama Rakyat yang melibatkan staf Bahagian Komunikasi Korporat bertugas di beberapa kawasan seluruh Sabah. Pelbagai hal yang menarik dan pahit terjadi yang tidak akan saya lupakan. Selain itu sudah tentu pengalaman mengendalikan majlismajlis di hotel-hotel ternama dan juga di Sabah International Convention Centre (SICC), menjadi salah satu kenangan yang sangat dirindukan.

Selain itu, penganjuran International CEO Conference bertempat di The Magellan Sutera Harbour Resort beberapa tahun yang lalu juga merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Semasa persidangan tersebut, kami berpeluang untuk berinteraksi dengan peserta dari seluruh dunia dalam suasana yang berbeza.

Nasihat saya untuk semua staf, bekerjalah bersungguhsungguh, jujur, amanah, sabar dan mestilah tangkas dalam menghadapi sebarang cabaran mendatang.”

HAJAH SARIPAH BINTI MUSAH @ MUSA Penolong Guru Besar Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 5 Mac 1989. Banyak aspek terbaik yang telah saya terima semasa bekerja dengan organisasi ini, terutamanya rawatan perubatan, bonus setiap tahun, pinjaman perumahan, biasiswa belajar, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Jubli Perak.

Alhamdulilah ketika bertugas, tiada kesukaran yang dihadapi, malah telah dilalui dengan mudah kerana saya ada rakan-rakan kerja yang sentiasa bekerjasama dengan baik, bertimbang rasa serta memiliki semangat kerja dalam kumpulan, prihatin dalam segala hal, semua ini telah memudahkan segala apa yang telah dirancang dilaksanakan dengan baik.

Setelah bersara, saya bertugas sepenuh masa menguruskan perniagaan keluarga dalam bidang pelancongan.

Selama 35 tahun berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah, terlalu banyak kenangan manis yang telah saya lalui terutamanya ketika bersama rakan-rakan sekerja yang baik hati, peramah dan perihatin. Saya merindui semua saat-saat itu.

Saya berharap agar segala bentuk penghargaan untuk staf diteruskan kerana ini merupakan pemangkin semangat untuk generasi muda berkhidmat dengan sebaik mungkin. Kepada rakan-rakan seperjuangan, teruskan usaha kamu demi kejayaan organisasi. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus maju, gagah berdiri demi masa depan anak bangsa kita.”

SELUIN BINTI SEMPURU

Pegawai Tadbir Kanan

Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian

“Saya bersyukur kepada Tuhan dan berasa bangga dapat berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sejak 13 Mei 1989. Organisasi ini telah banyak membantu mengubah corak taraf hidup keluarga saya menjadi lebih baik. Selain itu, saya sebagai bekas pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, berasa sangat gembira apabila melihat ramai bekas pelajar-pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah yang berjaya sampai ke menara gading dan sukses dalam kerjaya masing-masing.

Tugas saya sebagai salah seorang pegawai di Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian ialah satu tugas yang sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana saya berurusan secara langsung dengan para peminjam. Pengalaman ini menjadikan saya lebih kuat, sabar dan bertanggungjawab. Di sebalik cabaran tersebut, kenangan paling manis bagi saya ialah ketika saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2012. Sudah pasti, saya akan merindui suasana bekerja di sini terutamanya saat-saat bergurau senda bersama rakanrakan sekerja. Kini saya merancang untuk mengusahakan tanah warisan keluarga dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta.

Kepada warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah, saya berharap anda semua akan sentiasa setia, jujur dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diamanahkan. Jadilah teladan yang baik dalam pertuturan dan tingkah laku. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus relevan selaras dengan objektif penubuhannya, iaitu membantu membangunkan negeri Sabah.”

THOMAS JOSEPH

Pembantu Tadbir

Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 12 Jun 1999. Sepanjang 25 tahun saya berada dalam organisasi ini, sehingga bersara pada 31 Ogos 2024, saya merasa sangat dihargai. Persekitaran kerja di sini amat menyenangkan, dengan rakan-rakan sekerja yang saling menghormati dan bekerjasama dengan baik. Budaya kerja yang harmoni ini telah memberi saya motivasi untuk terus memberi yang terbaik dalam setiap tugasan.

Saya berharap agar organisasi ini terus membantu pelajarpelajar yang kurang berkemampuan dengan menaja mereka untuk melanjutkan pelajaran, memberikan mereka peluang yang lebih baik untuk masa depan. Selain itu, saya juga berharap Pengurusan akan terus berkembang ke arah yang lebih baik, dengan sistem pengurusan yang teratur dan efisien.

Bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah telah membawa perubahan besar dalam kehidupan saya. Saya diberi peluang untuk berkhidmat di Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, yang memberikan saya pengalaman berharga. Selain itu, saya juga bersyukur kerana mendapat peluang untuk kenaikan pangkat dan menghadiri pelbagai kursus bagi meningkatkan kemahiran kerja. Kesemua pengalaman ini bukan sahaja memperkayakan karier saya tetapi juga memberi impak positif kepada kehidupan peribadi dan profesional saya.

Saya amat berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas peluang dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Semoga organisasi ini terus maju dan menjadi sumber kemajuan generasi akan datang.”

“I began my career with Yayasan Sabah Group on March 17, 1986, embarking on a rewarding 38-year journey. Over the years, I’ve gained invaluable knowledge and skills, both in accounting and teamwork, and have been grateful to contribute to an organisation deeply committed to Sabah’s development. This role has been more than a job; it has been a second home, with colleagues who have become like family.

While meeting deadlines for accounts was challenging, it taught me resilience, precision, and the importance of teamwork. I haven’t made specific retirement plans yet, but I look forward to exploring new pursuits when the time comes. Leaving behind friends who have shared over 30 years of laughter, challenges, and late nights will be difficult.

Some of my best memories are from outstation stock-taking trips and events like the PESAYA games, which brought camaraderie and a unique joy to my journey here. To all staff, my advice is to find purpose and positivity in your work, enjoy the journey, and make the most of your time with this remarkable organisation.”

JEFFREY RICHARD BAXTER

Audio Visual Executive Corporate Communications Division

“I joined on 11 January 1990. Over the years, the best aspects of working with Yayasan Sabah Group have been the job and my colleagues, who have been a constant source of support and inspiration.

The most challenging part of my role has been working with officers who lack the necessary knowledge in technical areas. After retirement, I am focusing on God, family, and hobbies.

What I will miss most about my job are the work and the wonderful colleagues I’ve had the pleasure of collaborating with, along with the incredible heads and staff from various divisions, departments, and units, including CEOs, GMs, and Benta Wawasan Sdn. Bhd., Sabah Softwoods Berhad, Borneo Nature Tours, and many others.

I will especially remember leaders like Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul, Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki, the Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, the Executive Chairman of Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih Daya, and the State Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif.

My most memorable moments were setting up RM750,000 worth of editing equipment without help from Sony Malaysia in 1992 and creating our first digital library in CCD in 2006 with Encik Oliver Fung, the then Graphic & Audio Visual Unit Manager.

My advice to all staff and Management in Yayasan Sabah Group is this: be honest, do good, work smart, try to enjoy what you do, and be a team player. Think outside the box and be frank but not rude if you think a decision made by your head isn’t quite right. Flexibility is key; I was not just a technician but also a photographer, videographer, video editor, journalist, researcher, librarian, and more. I loved to help and assist my colleagues and superiors in solving problems, not being the problem.”

“I joined the Yayasan Sabah Group on 8 July 1985.

One of the best aspects of working with the Yayasan Sabah Group has been the emphasis on collective decision-making. In my role here, I faced significant challenges when deciding on new strategies. Instead of making decisions individually, we opted for a collective approach to ensure we considered all perspectives and expertise within the team.

Being in retirement, I am embarking on my plans soon, which include travelling and exploring new places I haven’t had the chance to visit. I am dedicating time to my hobbies, such as reading and decorating, which I find relaxing and fulfilling. Additionally, I’m interested in volunteering and giving back to the community, as it’s important to me to stay engaged and make a positive impact.

I look forward to enjoying leisure, learning, and contributing to causes I care about soon.

What I missed most about my job is the sense of camaraderie and teamwork. Working closely with such a dedicated and supportive group of colleagues has been incredibly rewarding. I also missed the daily challenges and the opportunity to problem-solve and innovate. The satisfaction of seeing our

collective efforts make a real difference has been a major highlight of my career. These connections and experiences have made my time here so memorable.

One of the most memorable aspects of working here has been successfully implementing various programmes and initiatives. Each time we achieved a milestone or saw a project come to fruition, I felt immense pride in my colleagues and the collective effort that went into it. These moments of success, where we overcame challenges and achieved our goals together, are ones I’ll always cherish. They highlight our team’s hard work and dedication and create lasting memories that make my time here unique.

I advise all staff and Management of the Yayasan Sabah Group to continue fostering a culture of collaboration and innovation. Recognising and celebrating each team member’s strengths and contributions can drive greater success. It’s also important to maintain open lines of communication and support ongoing professional development, as this will enhance individual skills and benefit the organisation. Lastly, staying adaptable and receptive to change will help navigate future challenges and seize new opportunities. Your dedication and hard work have been commendable, and by building on these foundations, rest assured you will continue growth and success.”

Batik Bayu ANUGERAH SABAH TRUSTED BRAND AWARD 2024 diiktiraf dengan

Batik Bayu, jenama di bawah naungan Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB) telah menerima penghargaan tinggi menerusi Anugerah Sabah Trusted Brand Award (STBA) 2024 pada 30 November 2024.

Pengurus Kristal Handal Sdn Bhd, Puan Azeera Mangguna, telah menerima anugerah tersebut pada Majlis Sabah Trusted Brand Award (STBA) 2024, yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Negeri Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan keunggulan jenama Batik Bayu dalam industri fesyen.

Lebih mengujakan, malam tersebut turut diserikan dengan persembahan peragaan fesyen batik daripada koleksi Batik Bayu, hasil sentuhan kreatif Encik Azizul Abd Kadir. Persembahan ini berjaya memukau para hadirin, sekali gus menampilkan keunikan dan kecantikan rekaan batik Sabah di pentas yang berprestij.

Model-model anggun memperagakan keindahan dan keunikan rekaan Batik Bayu, menggabungkan seni tradisional dengan keanggunan kontemporari di pentas peragaan.

Datuk James (dua dari kanan) menyampaikan Anugerah STBA 2024 kepada Puan Azeera pada Majlis STBA 2024 bertempat di SICC.

PENGUNGSIAN

BAHAGIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BANGUNAN

Pada 5 dan 6 November 2024, Bahagian Perkembangan Kanak-kanak (BPKK) telah mengadakan latihan pengungsian kebakaran bangunan bertempat di Bangunan Tadika Ria, Menara Tun Mustapha dan Tadika Kristal Ria, Sadong Jaya.

Latihan pengungsian ini dikendalikan oleh

Pegawai Keselamatan dan Kebakaran

Kanan, Bahagian Hartanah, Encik Felix Santos dan disertai oleh staf BPKK.

Kesemua pelajar tadika dibawa ke tempat berkumpul (Fire Assembly Point) oleh guru-guru dan staf yang terlibat dalam latihan tersebut bagi tujuan melatih dan mengenal pasti laluan serta arahan yang perlu diikuti ketika kebakaran atau bencana sebenar berlaku.

Proses pengungsian diselia rapi oleh guru-guru yang bertugas di kedua-dua buah lokasi tadika.
Pelajar tadika berkumpul di lokasi tempat berkumpul semasa latihan pengungsian di Bangunan Tadika Ria, Menara Tun Mustapha (bawah) dan Tadika Kristal Ria, Sadong Jaya (kanan).

WISMA INNOPRISE

Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan latihan pengungsian kebakaran pada 7 November 2024 di bangunan Wisma Innoprise. Latihan tersebut dimulakan dengan penggera menandakan simulasi kecemasan untuk mengarahkan staf mengosongkan ruang kerja mereka dan meneruskan ke tempat berkumpul semasa kecemasan yang ditetapkan di luar bangunan. Pegawai keselamatan terlatih juga turut memantau proses untuk memastikan semua staf diambil kira dan selamat.

Latihan ini bertujuan untuk melatih staf dengan prosedur kecemasan dan mengukuhkan kepentingan tindak balas

yang pantas semasa kebakaran yang sebenar, di samping mempromosikan kesedaran keselamatan di kalangan staf di dalam bangunan.

Sesi taklimat juga diadakan bagi membolehkan staf berkongsi maklum balas dan cadangan penambahbaikan dalam proses latihan kebakaran itu.

Kumpulan Yayasan Sabah menekankan komitmen terhadap keselamatan tempat kerja dalam mengekalkan budaya kesiapsiagaan setiap situasi berbahaya dalam organisasi.

Proses pengungsian staf berjalan lancar semasa latihan kebakaran.
Staf di tempat berkumpul untuk memastikan keselamatan semua orang semasa latihan.

Gambar berkumpulan Ahli

Ubaidillah (baris hadapan, tengah) dan Dato’ Haji Jaafar (baris hadapan, enam dari kiri).

Pada 30 Oktober 2024, Kumpulan Yayasan Sabah telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Ramah Mesra Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Negeri Sabah bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha. Majlis ini dihadiri oleh seramai 25 orang Ahli Jawatankuasa PIKM Negeri Sabah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Presiden PIKM Malaysia, Datuk Mohammad Ubaidillah Bin Enam @ Iman, bersama Naib Presiden PIKM Malaysia, Dato’ Haji Jaafar bin Haji Mat.

PIKM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Ahli-ahli persatuan ini terdiri daripada syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar

KUMPULAN YAYASAN SABAH

HOS MAJLIS

PIKM ZON SABAH

dan dilesenkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 Kementerian Dalam Negeri (KDN). Keahlian jawatankuasa pula diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarah setiap syarikat keselamatan.

Dalam majlis tersebut, Datuk Mohammad Ubaidillah telah menyerahkan Sijil Penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa PIKM Sabah bagi sesi 2022/2023. Seterusnya, watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa PIKM Sabah sesi 2024/2025 telah disampaikan kepada Pengurus Borneo Security Centre Sdn. Bhd. (BSCSB), Puan Norjie Binti Haji Busu, yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi II, PIKM Negeri Sabah yang baharu. Majlis ini turut menyelitkan sesi dialog santai untuk menjawab persoalan serta

membincangkan isu-isu semasa berkaitan industri keselamatan di Malaysia.

Presiden PIKM, Datuk Mohammad Ubaidillah, bersama Naib Presiden, Dato’ Haji Jaafar, serta Pengerusi PIKM Negeri Sabah, Tuan Mohd Ismail bin Ayob, turut berkesempatan melawat pejabat Borneo Security Centre Sdn. Bhd. yang terletak di Aras 11, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.

Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan di antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Ahli Jawatankuasa PIKM Malaysia malah turut memberikan peluang kepada Kumpulan Yayasan Sabah untuk terus memperkukuhkan keupayaan industri keselamatan di negeri Sabah.

Jawatankuasa PIKM negeri Sabah bersama Datuk Mohammad
Datuk Mohammad Ubaidillah menyampaikan Sijil Penghargaan dan pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa PIKM kepada Puan Norjie dan Pegawai Pemasaran BSCSB, Tuan Sulok bin Saidin.

Benta Wawasan Sdn. Bhd.

TEAM BUILDING PROGRAMME - OUTWARD BOUND SABAH (OBS)

Program Pembinaan Pasukan yang melibatkan seramai 45 orang staf Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) [Eksekutif dan Bukan Eksekutif] telah dilaksanakan pada 29 hingga 30 Julai 2024, bertempat di OBS, Kinarut.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan staf dalam bekerja sebagai satu pasukan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada program ini dapat diaplikasikan dalam tugasan harian, sekali gus menyumbang kepada kemajuan diri dan kejayaan BWSB.

Pada 6 Oktober 2024, BWSB telah mengambil bahagian dalam sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat perbandaran Tawau yang berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau. Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan yang turut hadir untuk memeriahkan acara dan menyemarakkan semangat cinta kepada Rasulullah SAW.

Sambutan ini bertujuan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat. Penglibatan BWSB dalam program ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat, khususnya dalam menyokong aktiviti keagamaan dan budaya tempatan. Dengan menyumbangkan tenaga kerja dan sumber, BWSB memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis ini.

Majlis dimulakan dengan alunan selawat yang disambut penuh kesyahduan, diikuti dengan persembahan nasyid oleh pelajarpelajar sekolah setempat. BWSB turut menyumbang makanan dan minuman kepada semua hadirin, yang bukan sahaja menambah kemeriahan majlis tetapi juga memastikan para tetamu dapat menikmati acara dalam suasana yang selesa dan ceria.

Kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan, termasuk pemimpin setempat, pegawai kerajaan, dan penduduk sekitar, melambangkan semangat perpaduan dan kasih sayang yang dipupuk melalui sambutan ini. BWSB berbangga menjadi sebahagian daripada majlis ini dan berharap penglibatan mereka akan menginspirasi syarikat lain untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang memperkukuhkan nilai-nilai murni dan keharmonian dalam masyarakat.

KARNIVAL SUKAN BWSB 2024: MEMUPUK

SEMANGAT KESUKANAN DAN KEBERSAMAAN

Karnival Sukan BWSB 2024 telah berlangsung dengan meriah pada 12 hingga 13 Oktober serta 19 hingga 20 Oktober 2024. Acara tahunan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para staf BWSB untuk mengimbangi komitmen kerja dengan aktiviti riadah, sambil memupuk semangat kesukanan dan kebersamaan dalam kalangan staf.

Sebanyak 10 jenis sukan telah dipertandingkan dalam karnival kali ini, termasuk bola sepak, futsal, sepak takraw, bola tampar, bola jaring, karom, dart, badminton, E-sports, dan petanque. Setiap perlawanan berlangsung dengan semangat juang yang tinggi dan persaingan yang sihat antara pasukan.

Pada edisi kali ini, pasukan Southern Squad berjaya mengungguli kejohanan dan dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Tempat kedua dimenangi oleh Gabungan Rangers, manakala Northern Warriors meraih tempat ketiga. Kejayaan karnival ini bukan sahaja menyerlahkan bakat sukan staf BWSB tetapi juga mempererat hubungan dan kerjasama di antara mereka.

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BWSB: KOMITMEN TERHADAP KESEJAHTERAAN UMMAH

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan BWSB bagi tahun kewangan berakhir 2022, yang berjumlah RM2,190,000.00 telah diadakan di Istana Seri Kinabalu pada 7 November 2024.

Penyerahan tersebut disampaikan oleh Pengerusi BWSB, Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid kepada Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh (ketika itu)

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Mohd Arif serta Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar.

Datuk Haji Abdul Karim (lima dari kiri) menyampaikan cek zakat perniagaan BWSB kepada Datuk Seri Panglima Haji Yahya (empat dari kanan) sambil disaksikan oleh Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar (enam dari kanan), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (empat dari kiri) dan Datuk Dr. Haji Mohd Arifin (lima dari kanan).

Majlis Penutupan Program Daurah Aspirasi Remaja Islami 2024 anjuran Panitia Pendidikan Islam, SMK Tulid telah diadakan pada 1 Disember 2024 bertempat di Trusmadi Campsite Resort, Apin-Apin, Keningau.

Program tiga hari yang bermula pada 30 November hingga 1 Disember 2024 tersebut bertujuan membentuk sahsiah dan ketakwaan remaja Islam melalui pengisian rohani dan aktiviti kepimpinan. Seramai 70 orang pelajar SMK Tulid telah menyertai program ini, diiringi oleh Pengetua SMK Tulid, Encik Samidi @ Mohd Faizal bin Kautis, bersama beberapa orang guru pengiring.

Program ini ditaja sepenuhnya oleh Kumpulan Yayasan Sabah sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mendukung pembangunan pendidikan dan sahsiah pelajar di negeri ini.

Sebagai tanda sokongan terhadap program ini, Kumpulan Yayasan Sabah telah menyumbangkan wang tunai berjumlah RM5,000.00 kepada para peserta. Sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu memperkasakan usaha dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti bermanfaat pada masa akan datang.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta dan persembahan kumpulan nasyid pelajar. Program ini telah memberi impak positif kepada para peserta, khususnya dalam memperkukuh jati diri dan keimanan mereka.

Kumpulan Yayasan Sabah berharap dapat terus memainkan peranan aktif dalam menyokong programprogram pembangunan sahsiah dan kerohanian generasi muda di negeri ini.

Pegawai Kanan, pejabat Ketua Penyelaras Pentadbir, Encik Mohd Fairuz Haji Mohd Yussof (dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan program kepada salah seorang peserta Progrm Daurah Aspirasi Remaja Islami 2024. Turut dalam gambar Encik Samidi (kiri).

Badan Kebajikan dan Amal Institut Aminuddin Baki (BAKIB) |

9 Disember 2024

Pada 9 Disember 2024, Badan Kebajikan dan Amal Institut Aminuddin Baki (BAKIB), cawangan Genting Highlands berkunjung ke Menara Tun Mustapha sempena lawatan kerja pemantapan pengurusan BAKIB cawangan Genting ke Sabah. Rombongan tersebut diketuai oleh Yang Dipertua BAKIB, Dr. Ramli bin Yaakob bersama-sama 39 orang ahli BAKIB.

Rombongan BAKIB disambut oleh Pengerusi Badan Kebajikan Pekerja Islam Yayasan Sabah (BAKIYS), Encik Mohd Salim bin Japaran bersamasama dengan Ahli-ahli Jawatankuasa BAKIYS. Pada lawatan tersebut, tiga taklimat disampaikan iaitu taklimat Kumpulan Yayasan SABAH, BAKIYS dan BAKIB. Sejurus selepas itu, BAKIB dan BAKIYS telah menandatangani Sijil Kerjasama Pemantapan Pengurusan.

Para peserta BAKIB turut melawat galeri Tun Mustapha, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens dan Galeria Artisan.

Encik Mohd Salim menyampaikan taklimat mengenai programprogram BAKIYS yang telah dilaksanakan dan perancangan program tahun 2025.
Taklimat BAKIB disampaikan oleh Dr. Ramli bin Yaakob.
Rombongan BAKIB bergambar kenangan di mural Menara Tun Mustapha.
Lawatan ke Galeri Tun Mustapha. Eksekutif Kanan Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Farrah Fadzil Mairon menyampaikan cenderamata kepada Dr. Ramli.
Dr. Ramli (tiga dari kiri) dan Encik Mohd Salim (tiga dari kanan) mempamerkan Sijil Kerjasama Pemantapan Pengurusan BAKIB dan BAKIYS yang telah ditandatangani.
Lawatan ke Galeria Artisan.
Lawatan ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

SK Pengalat Besar, Papar | 10 Disember 2024

Seramai 107 orang ahli rombongan dari SK Pengalat Besar, Papar yang terdiri daripada 13 orang guru dan 94 orang pelajar mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha. Rombongan tersebut turut melawat Galeri Tun Mustapha dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

SK Tungku, Lahad Datu dan Sekolah Kemabong, Tenom | 19 Disember 2024

Seramai 92 orang ahli rombongan SK Tungku, Lahad Datu, dan Sekolah Kebangsaan Kemabong, Tenom, telah mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha. Lawatan ini melibatkan 12 orang guru pengiring dan 33 orang pelajar SK Tungku, serta 14 orang guru pengiring dan 30 orang pelajar SK Kemabong.

Sepanjang lawatan, rombongan tersebut berpeluang melawat Galeri Tun Mustapha yang memaparkan sejarah Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, serta Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, yang terkenal dengan koleksi bahan penyelidikan berkaitan Borneo.

Lawatan ke Galeri Tun Mustapha.
Sesi taklimat.
Lawatan ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.
Rombongan SK Pengalat Besar bergambar kenangan di mural Menara Tun Mustapha.
Lawatan ke Galeri Tun Mustapha.

Atlet Kumpulan Yayasan Sabah

Cemerlang di SUKSEM 2024

Seramai 18 orang atlet daripada Kumpulan Yayasan Sabah telah terpilih untuk menyertai kontinjen Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah dalam Kejohanan Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri Se-Malaysia (SUKSEM) 2024.

Pada edisi kesembilan kejohanan ini, kontinjen negeri Sabah muncul sebagai naib johan keseluruhan, mencatatkan pencapaian yang membanggakan dengan meraih lima buah pingat perak dan satu gangsa. Negeri Sabah mengutip 33 mata, berada di tempat kedua di belakang juara keseluruhan, Terengganu, yang mengumpul 89 mata.

Pingat perak yang diraih ialah menerusi acara badminton, bola jaring, ping pong, e-sports, dan sepak takraw, manakala gangsa diperoleh dalam acara tenpin boling. Kontinjen negeri Sabah juga telah dinobatkan sebagai kontinjen paling sporting, mengekalkan gelaran tersebut selepas pencapaian naib johan di temasya yang lalu di Selangor.

Atlet Kumpulan Yayasan Sabah turut mencatatkan pencapaian cemerlang di SUKSEM 2024. Dalam acara Tenpin Boling, mereka berjaya meraih pingat emas bagi kategori terbuka lelaki, sementara kategori terbuka wanita dan pegawai masing-masing menyumbangkan pingat perak. Dalam acara ping pong, pasukan Kumpulan Yayasan Sabah membawa pulang pingat perak dalam kategori berpasukan, manakala dalam acara badminton, mereka juga meraih pingat perak dalam kategori berpasukan. Kejayaan ini menunjukkan dedikasi dan semangat juang tinggi atlet Kumpulan Yayasan Sabah, yang menjadi kebanggaan kontinjen Sabah.

Kejohanan ini melibatkan kontinjen negeri Sabah yang terdiri daripada 155 orang atlet dan menyertai sembilan acara sukan. Amanat Pengurusan Yayasan Sabah kepada para atlet sebelum kejohanan, turut membakar semangat mereka pada kejayaan di SUKSEM ini seterusnya turut memberikan motivasi agar bersedia menghadapi Temasya Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) yang akan datang.

Majlis penutupan SUKSEM 2024 telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil, bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Kontinjen negeri Sabah diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Dr. Ahemad bin Sade, yang juga bertindak sebagai Chef de Mission (CDM).

Atlet-atlet Kumpulan Yayasan Sabah di SUKSEM 2024.
Kontinjen Sabah berarak masuk ketika Majlis Perasmian Kejohanan.
Encik Saef-ul Baree Rusnan, Mohd Redzuan bin Mohamad Zin dan Puan Nurul Ashikeen Salehuddin menyinar dalam acara tenpin boling.
Encik Mohd Al-Amin Thani cemerlang membantu pasukan badminton Sabah membawa pulang pingat perak.
Aksi Puan Florence Chia dalam acara karom.
Para pemain ping pong Kumpulan Yayasan Sabah membantu pasukan Sabah muncul pemenang pingat perak berpasukan.
Atlet-atlet golf Kumpulan Yayasan Sabah dalam kejohanan berkenaan.

PERTANDINGAN BADMINTON DALAMAN KUMPULAN YAYASAN SABAH 2024

Pada 26 Oktober 2024, Innoprise Capital Sdn. Bhd. menganjurkan

Pertandingan Badminton Dalaman Kumpulan Yayasan Sabah 2024 di Dewan Badminton Kompleks Sukan Tun Adnan. Acara dari 8:15 pagi hingga 9:30 malam ini disertai ramai peserta dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Pertandingan melibatkan tujuh kategori, dengan keputusan utama seperti berikut:

• Perseorangan Lelaki Novis: Johan – Encik M. Shahrul M. Maaruf, Naib Johan – Encik Mohd Nur Syaiful bin Bakhri.

• Perseorangan Lelaki Terbuka: Johan – Encik Muhamad Al Amin Abdul Thani, Naib Johan – Encik Mohd Rizal bin Rosman.

• Beregu Wanita Novis: Johan – Puan Aisyah Farhana binti Abdul Karim dan Puan Kasmira Amran, Naib Johan – Puan Amira binti Rosman dan Puan Norjie binti Haji Busu.

• Beregu Wanita Terbuka: Johan – Puan Crystal Pooh Jeffrey dan Puan Octvia Endi, Naib Johan – Puan Erziana Jaison dan Puan Ummi Sarahyati Janney.

• Beregu Lelaki Terbuka: Johan - Encik Khairil bin Sadi Mudi dan Encik Muhamad Al Amin, Naib Johan - Encik Mohamed Haziq bin Mohamed Harun dan Encik Mohd Raihan bin Abdul Anim.

• Beregu Lelaki Novis: Johan – Encik Mohd Shahrizan bin Mohd Yassin dan Encik M. Shahrul, Naib Johan – Encik Mohd Nur Syaiful dan Encik Ahmad Ridzal bin Abdl Rashid.

• Beregu Campuran Terbuka: Johan - Encik Lorenzo Lowrince dan Puan Crystal, Naib Johan – Encik Mohd Nur Syaiful dan Puan Erziana.

Acara ini mengeratkan hubungan dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga Kumpulan Yayasan Sabah.

Kategori Perseorangan Lelaki Novis dimenangi oleh Encik M. Sharul.
Kategori Perseorangan Lelaki Terbuka dimenangi oleh Encik Muhamad Al Amin.
Kategori Bergu Wanita Novis dimenangi oleh Cik Aisyah Farhana (kiri) dan Cik Kasmira (tiada dalam gambar).
Kategori Bergu Campuran Terbuka dimenangi oleh Encik Lorenzo (kanan) dan Puan Crystal.
Kategori Bergu Lelaki Novis dimenangi oleh Encik M. Shahrul dan Encik Mohd Shahrizan (tengah).
Kategori Bergu Lelaki Terbuka dimenangi oleh Encik Khairil (tengah) dan Encik Muhamad Al Amin.
Kategori Bergu Wanita Terbuka dimenangi oleh Puan Crystal (tengah) dan Puan Octvia (kiri).

Gambar berkumpulan para peserta pertandingan persahabatan sukan boling.

PERTANDINGAN PERSAHABATAN SUKAN BOLING DI ANTARA

ZON PEDALAMAN SELATAN, PELAJAR ASRAMA SIPITANG DAN BORNEO SECURITY CENTRE SDN. BHD.

Ketua Pentadbir Zon ZPS, Puan Siti Sheriffah Haji Jabar Khan (kiri) menyampaikan hadiah kepada johan keseluruhan Kategori Lelaki Jatuhan Pin Tertinggi, Encik Awang Zamrey bin Awang Masi (BSCSB).

Pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) telah menganjurkan Pertandingan Persahabatan Sukan Boling Di antara ZPS, pelajar Asrama Sipitang dan Borneo Security Centre Sdn. Bhd. (BSCSB) pada 19 Disember 2024 bertempat di KK Galaxy Bowl, Aras 8, Centre Point. Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga ZPS, pelajar Asrama Sipitang dan BSCSB menerusi aktiviti sukan. Tahniah kepada pasukan Team Hitam yang telah menjadi johan pertandingan tersebut. Diharapkan agar pertandingan seumpama ini akan terus menjadi platform untuk memperkukuhkan kerjasama dan semangat kesukanan semua pihak yang terlibat.

Puan Norjie binti Busu (BSCSB) menerima hadiah johan keseluruhan Kategori Wanita Jatuhan Pin Tertinggi.

Wakil pasukan Team Hitam, Encik Abg Kassim Bin Haji Khamis (tiga dari kiri) menerima hadiah.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (kanan), bersama barisan pemimpin negeri menyaksikan perbarisan yang penuh kemegahan sempena Ulang Tahun Rasmi ke-71 TYT Sabah.

KUMPULAN YAYASAN SABAH RAIHKAN

ULANG TAHUN KE-71 TYT SABAH

Kumpulan Yayasan Sabah turut mengambil bahagian dalam istiadat perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, yang diadakan pada 5 Oktober 2024 bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah (berdiri, tengah) menyampaikan piala dan sijil tempat ketiga kepada salah seorang kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Ahmad Fauziee bin Wasimin (berdiri, tiga dari kanan).

Turut dalam gambar, Puan Izan binti Awang Razli (berdiri, dua dari kiri) dan sebahagian anggota kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah.

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori komersial/swasta. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan disiplin anggota kontinjen, malah memberikan impak positif terhadap imej Kumpulan Yayasan Sabah sebagai sebuah organisasi yang bukan sahaja komited dalam pembangunan sosioekonomi negeri, malah aktif dalam memupuk semangat patriotisme.

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah berjaya menunjukkan kebersamaan dan semangat kerja berpasukan yang tinggi, selari nilai-nilai korporat Kumpulan Yayasan Sabah. Pencapaian ini juga membuktikan bahawa Kumpulan Yayasan Sabah bukan sahaja terlibat dalam pembangunan rakyat Sabah menerusi program sosial dan ekonomi, tetapi juga dalam menyemai semangat kebangsaan dan kesedaran sivik dalam kalangan staf.

Kejayaan ini memberikan impak besar kepada Kumpulan Yayasan Sabah. Penyertaan dan kemenangan dalam acara peringkat negeri ini meningkatkan lagi reputasi organisasi sebagai entiti yang dihormati dan disegani. Lebih penting lagi, ia meningkatkan semangat dan kebanggaan dalam kalangan staf, mengukuhkan rasa kekitaan dan kepunyaan terhadap organisasi.

Melalui penyertaan dalam acara berprestij seperti ini, Kumpulan Yayasan Sabah dapat membentuk warga kerja yang berdaya saing, berdisiplin dan bermotivasi tinggi. Kejayaan dalam perbarisan ini juga menjadi dorongan kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pekerjaan, sekali gus memperkukuh imej organisasi di mata masyarakat.

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah berarak penuh disiplin dan semangat, mempamerkan kredibiliti tinggi berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori komersial/swasta pada sambutan Ulang Tahun Rasmi ke-71 TYT Sabah.
Kontinjen Perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah bergambar kenangan sejenak meraih tempat ketiga.

Kategori

YSG IDOL

2024

PENTAS MENYERLAHKAN BAKAT TERPENDAM

Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah (KRKYS) telah menganjurkan Pertandingan YSG Idol Siri-2 2024 pada 9 November 2024, bertempat di Lobi, University College Sabah Foundation (UCSF), Kota Kinabalu. Seramai 25 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang terdiri daripada staf Kumpulan Yayasan Sabah yang bertugas di ibu pejabat, zon, dan anak syarikat, serta pelajar UCSF dan juga Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).

Melalui penganjuran program ini, KRKYS berusaha mencungkil bakatbakat terpendam dalam kalangan staf Kumpulan Yayasan Sabah, pelajar UCSF, dan KTYS. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk mengasah bakat dalam bidang nyanyian dan persembahan.

Dalam pertandingan ini, Puan Belinda Jane Andrew dari Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) telah dinobatkan sebagai juara YSG Idol Siri-2 2024, membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta sijil penghargaan. Naib juara dimenangi oleh Puan Ramlah Sidin dari Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTM&K), yang membawa pulang hadiah wang tunai RM400, sijil penghargaan, serta memenangi kategori khas vokal terbaik dengan hadiah tambahan wang tunai RM150. Tempat ketiga pula disandang oleh Cik Deirdre Julius Kulip dari Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar (BK&PAS), yang menerima hadiah wang tunai RM300 berserta sijil penghargaan.

Bagi Kategori Pelajar, juara dimenangi oleh Cik Attey Paunil, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300 berserta sijil. Naib juara disandang oleh Encik Sebastian Suipin, yang menerima hadiah wang tunai RM200 dan sijil penghargaan. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Encik Mohammad Ifhan Hafizi, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150 serta sijil penghargaan. Ketiga-tiga pemenang kategori pelajar ini merupakan pelajar dari UCSF.

Pemenang Tempat Ketiga YSG Idol Siri-2Cik Deirdre dari BK&PAS).

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi KRKYS, Encik Salim Japaran bersama wakil Penasihat KRKYS, Pengurus Kristal Handal Sdn. Bhd., Puan Azeera binti Mangguna, yang bertindak sebagai wakil kepada Penasihat KRKYS, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor UCSF, Datuk Dr. Rafiq Bin Idris, serta Pengurus Kumpulan, Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Encik Joshua Ho Yee En.

Juara YSG Idol Siri-2 - Puan Belinda dari BPKK.
Naib Juara YSG Idol Siri-2 serta pemenang
Khas Vokal TerbaikPuan Ramlah dari BTM&K.
Cik lsabel Fulgentius, Bahagian Perundangan.
Encik Mohammad Sazwan bin Rosman, Bahagian Pungutan Pinjaman Pendidikan
Encik Mohd Zaiyaadi bin Mohd Yaakub, Bahagian Perhutanan
Encik Mohamed Saafiuddin bin Mohamed Idris, Bahagian Pungutan Pinjaman Pendidikan.
Encik Affiz Ariffin, Bahagian Pungutan Pinjaman Pendidikan.
Encik Aliman Sani, Zon Pedalaman Selatan.
Puan Salina Abdul Rahman, UCSF.
Puan Hartini Ishak, Bahagian Perhutanan.
Puan Siti Sheriffah Jaba Khan, Zon Pedalaman Selatan.
Penyampaian hadiah kepada juara YSG Idol Siri-2, Puan Belinda, oleh Puan Azeera (kiri), disaksikan oleh Encik Salim (tiga dari kanan).
Sebahagian para penonton yang hadir pada YSG Idol Siri-2.
Gambar berkumpulan para peserta YSG Idol Siri-2 bersama AJK KRKYS.

Suzanirihwati mencipta kegemilangan di 12th

Kecemerlangan SUZANIRIHWATI:

Inspirasi Sukan & Kerjaya

Tahniah kepada Cik Suzanirihwati binti Haji Abd Ghani dari Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) atas kejayaan dalam bidang olahraga. Pada 12th Sabah Masters Open Athletics Championship 2024 yang berlangsung pada 21 hingga 22 September 2024 di Kompleks Sukan Keningau, beliau memenangi pingat perak dalam acara lompat kijang dan perlumbaan berjalan kaki 3000 meter, pingat gangsa dalam larian 3000 meter, serta tempat keempat dalam lari bergantiganti 4x100 meter dan 4x200 meter.

Beliau meneruskan kecemerlangan di 36th Malaysian International Open Masters Athletics Championships pada 12 hingga 13 Oktober 2024 bertempat di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan pingat gangsa dalam berjalan kaki 2000 meter serta tempat keempat pada lompat kijang, lembing, dan lari berganti-ganti 4x100 meter.

Athletics Championship 2024, Keningau.

Suzanirihwati (kanan) menerima pingat gangsa acara lompat kijang dan perlumbaan berjalan kaki 3000 meter 36th Malaysian International Open Masters Athletics Championships di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

EDITORIAL

PENASIHAT

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP

SIDANG EDITORIAL

Sam S. Karnail

Rosly R. T. Jr.

Mohd. Redzuan Mohd. Zin

Dorothea @ Dolly Tay

Azli Mohd. Abu Bakar

Zairulazrin Delin

Earizan Mustin (praktikal)

Adriana Arissa Ahmidin (praktikal)

Adlie Hamizan Khan (praktikal)

Terbaharu, pada Johor-Singapore International Masters Athletics Championship yang diadakan pada 15 hingga 16 November 2024 bertempat di Stadium Mount Austin Athletics, Johor Bahru, beliau mencatat pencapaian gemilang dengan pingat emas dalam acara berjalan kaki 2000 meter dan lompat kijang, pingat perak dalam lembing dan lari berganti-ganti 4x100 meter (Terbuka Wanita), serta pingat gangsa dalam lompat jauh. Kejohanan ini melibatkan penyertaan 600 orang atlet dari Malaysia, Singapura, Brunei, India, Sri Langka, Iran, dan pelbagai negeri dalam Malaysia.

Kejayaan beliau diharap dapat menjadi inspirasi kepada semua staf untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. “Syabas Cik Suzanirihwati. Teruskan usaha dan kecemerlangan anda!”

Suzanirihwati mencatat pencapaian gemilang dengan pingat emas dalam acara berjalan kaki 2000 meter dan lompat kijang pada Johor-Singapore International Masters Athletics Championship di Stadium Mount Austin Athletics, Johor Bahru - mempamerkan semangat juang dan dedikasi yang luar biasa dalam setiap acara yang disertainya.

SUMBANGAN RENCANA

Staf Bahagian Komunikasi Korporat

Staf Pejabat Ketua Pegawai Operasi ICSB

Staf Pejabat-Pejabat Zon

Staf Pusat Kraftangan Sabah

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Staf Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad

Staf Borneo Nature Tour Sdn. Bhd.

Staf Inno Travel & Tour Services Sdn. Bhd.

Staf Borneo Security Centre Sdn. Bhd.

Staf University College Sabah Foundation

REKA BENTUK & SUSUN ATUR

Alastair Nicholas Peter

Ahmad Fauziee bin Wasimin

Juliana Lim Yuen Ling

Muhammad Fahmi Abdul Alim

Hannah Hidayati Zainudin

JURUGAMBAR

Samson Lawrence

Zairulazrin Delin

Azli bin Mohd. Abu Bakar

Junior Juryzam

Hannah Hidayati Zainudin

Staf Pejabat Ketua Pegawai Operasi ICSB

Staf Bahagian Komunikasi Korporat

Staf Pejabat-pejabat Zon

Staf Pusat Kraftangan Sabah

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Staf University College Sabah Foundation

Staf Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad

Staf Borneo Nature Tour Sdn. Bhd.

Staf Inno Travel & Tour Services Sdn. Bhd. Suzanirihati binti Haji Abd Ghani

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan
Sabah Masters Open

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.4/2024 (Oktober-Disember 2024) by Yayasan Sabah Group - Issuu