BKYS.VOL.1.2022 FINAL (PDF to ICT)- approved by YS Director

Page 1

Edaran Percuma

KUMPULAN YAYASAN SABAH Januari - Mac 2022

Jilid 1/2022

“The Pavilion Harbour City Project is expected

to generate Sabah’s economy

and create more employment opportunities benefiting the people of the State.” – Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

From left: Encik Hanafiah Diman (Corporate Secretary Yayasan Sabah) , Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar (Director Yayasan Sabah cum Executive Chairman ICSB), Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong (Sabah State Secretary) Tuan Haji Jameson bin Pias (Director of Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd.) and Encik Timmy Gan Ve Li (General Manager of Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd.).


YAYASAN SABAH VENTURES INTO

PAVILION HARBOUR CITY PROJECT

Yayasan Sabah signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd. for the development of Pavilion Harbour City on 18 January 2022, held at the Sabah International Convention Centre (SICC). The signing ceremony was witnessed by the Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. The project with an estimated Gross Development Value of RM2.0 billion is a joint development project between Yayasan Sabah and Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd., an affiliate of the Pavilion Group, a renowned company, and developer with experience in high-end commercial and residential development.

In realising the importance of nature’s sustainability, the project’s development process shall go through a substantial approval process involving relevant government departments and agencies.

The total number of employment opportunities during the construction period is estimated to be about 1,000 people and 2,000 people after completion of the development.

The project intends to utilise a platform approach that is in line with the development policy of the area that does not allow sea reclamation. Hence, there will be minimal impact on the environmental ecosystem.

This project is yet another milestone for Yayasan Sabah in substantiating real estate development in Sabah and will continue to do so in a sustainable manner.

In the signing ceremony, Yayasan Sabah was represented by the Director of Yayasan Sabah cum Executive Chairman of Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar witnessed by Yayasan The Pavilion Harbour City will include Sabah Corporate Secretary, Encik residences, a waterfront restaurant, fish Hanafiah Diman while Pavilion Kota market, and a luxury hotel resorts, and Kinabalu Sdn. Bhd. was represented The development will cover an area of 30 recreational activities. Thus, there will be by Tuan Haji Jameson bin Pias, Director acres of sea-land next to the Northeast an increase in employment opportunities of Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd. boundary of SICC and will be completed for the people of Sabah. witnessed by Encik Timmy Gan Ve within ten years. Li, General Manager of Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd.

2

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

With the development, the area will be a tourist attraction that will have a tremendous economic impact on the State by attracting global investors.


The Pavilion Harbour City Project.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (standing, middle) and Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar (standing, second from right) witnessing the signing ceremony. Also in the picture are Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (seated, second from left), Encik Hanafiah (left), Tuan Haji Jameson (seated, second from right) and Encik Timmy (right).

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

3


MENERAJU USAHAWAN KE

PASARAN GLOBAL Program Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC) yang merupakan usaha berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) merancakkan lagi usaha dalam memperkasa para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) B40 dan M40 Sabah dan membuka peluang pasaran industri global. Seramai 15 usahawan IKS menandatangani surat tawaran untuk menyertai program GLOPEC pada 27 Januari 2022 di Foyer Auditorium, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. Program GLOPEC ini penting untuk memberikan peluang kepada usahawan Bumiputera Sabah dalam meningkatkan lagi keupayaan mereka agar lebih berdaya saing dan dapat menyemarakkan inspirasi kepada generasi muda Sabah yang akan datang untuk lebih berinovatif dalam bidang perusahaan.

Menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, strategi pemasaran yang dilaksanakan melalui program GLOPEC akan membuka jalan lebih besar untuk para usahawan memasarkan produk mereka secara global. Usaha untuk mempercepatkan proses mengeksport produk buatan Sabah juga dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat apabila laluan eksport dibuka kepada para pedagang. Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk mendukung realisasi dalam membantu usahawan IKS di Sabah ke peringkat antarabangsa sekali gus menyemarakkan lagi pembangunan di negeri ini dalam pelbagai sektor utama ekonomi. Hal ini dapat dilihat melalui strategi menghasilkan video pengenalan “Made in Sabah” dalam lima Bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa

Mandarin, bahasa Arab dan juga bahasa Perancis bagi memudahkan rakan strategik antarabangsa yang dilantik untuk mempromosikan produk-produk buatan Sabah di persada antarabangsa. Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk menyertai program ini dan kesemua usahawan tersebut telah berjaya memenuhi syarat tersebut. Antaranya ialah para peserta perlu mempunyai syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai premis atau kilang, mempunyai satu atau lebih pensijilan (MeSTI, Halal, GMP, HACCP dan Certificate of Origin), merupakan Bumiputera Sabah dan bahan-bahan untuk menghasilkan produk perlu diambil daripada B40 Sabah agar golongan B40 turut tidak tertinggal dalam manfaat program ini.

Sebahagian para usahawan menandatangani surat tawaran usahawan GLOPEC.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (baris hadapan, enam dari kiri), Puan Zaition Bakri, Ketua Program GLOPEC (baris hadapan, lima dari kiri) dan Encik Mohd. Lan bin Muslim, Pengarah Bersekutu TERAJU (baris hadapan, tujuh dari kiri) bersama para usahawan GLOPEC. 4

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Dato’ Sri Haji Gulamhaidar meneliti produk hasil para usahawan GLOPEC.

Program GLOPEC kini dijalankan di pasaran United Kingdom, Perancis, Jerman, Belanda, China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Indonesia dan Thailand. Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyeru kepada para usahawan GLOPEC untuk memanfaatkan program ini sebaik mungkin demi memacu kejayaan mereka. Program ini merupakan satu peluang perniagaan yang tidak harus disia-siakan. “Rebutlah peluang-peluang perniagaan dalam pasaran yang mempunyai nilai dagangan yang mencecah jutaan ringgit setiap tahun,” katanya. Seterusnya, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyifatkan perincian program ini sinonim dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (Pelan SMJ) di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, dengan mengutamakan kemajuan serta kesejahteraan rakyat selaras dengan misi Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah. “Terima kasih juga kepada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) dan semua pihak yang memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha ini,” ujar beliau. Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menzahirkan harapan beliau semoga program ini terus memberikan manfaat kepada usahawanusahawan Sabah untuk menaiktaraf perniagaan dan menambahkan lagi hasil pendapatan mereka.

KOMEN SEBAHAGIAN

USAHAWAN GLOPEC: Encik Hendry Charles Pemborong Mangkab Enterprise Sdn. Bhd. Tambunan (Halia dan madu) “Pada pendapat saya, program GLOPEC ini sangat baik dari segi objektif penubuhannya. Program ini dapat membantu usahawan seperti saya dari segi mewujudkan pasaran baharu dan membantu produk saya menembusi pasaran antarabangsa.” Encik Rozekin bin Suratman Rosmie Snack Industry Sdn. Bhd. Tawau (Amplang) “Program GLOPEC merupakan platform dalam membantu para usahawan Sabah seperti kami mengorak langkah mencipta kecemerlangan dengan membawa produk tempatan ke peringkat global. Untuk membantu para usahawan seperti kami, pihak GLOPEC telah berusaha untuk membawa produk kami ke peringkat antarabangsa.” Puan Lotiah Kariki Kraftangan Maju Enterprise Kota Belud (Kraf tangan rotan Ribu-Ribu) “Program GLOPEC ini sangat baik dan sesuai untuk para usahawan. Program ini membantu perniagaan saya dengan pemasaran produk kepada pelanggan-pelanggan di dalam dan luar negara. Terima kasih GLOPEC, terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.” Encik Matthias Liew Uinah Sdn. Bhd. Kota Kinabalu (Minuman botanikal) “Program GLOPEC telah membantu saya dengan memperkenalkan jaringan pelanggan yang berpotensi di luar negara di samping membimbing saya mendapat pensijilan penting bagi produk saya agar diterima dari segi pengesahan kualiti dan keselamatan pengguna.” Puan Hasrah binti Malik Millionaire Industries Sdn. Bhd. Tuaran (Produk snek pisang) Terima kasih saya ucapkan kepada Kumpulan Yayasan Sabah, TERAJU dan GLOPEC kerana memilih syarikat kami untuk melebarkan pemasaran produk ke luar negara. Program GLOPEC juga sangat membantu kami memantapkan lagi kriteria penting dalam memastikan produk kami mencapai tahap piawaian bertaraf dunia.” BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

5


Produk IKS

ke UK

Konsainan pertama produk “Made in Sabah” melalui Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC) yang dilancarkan pada 7 Mac 2022 ke United Kingdom (UK), memberikan rangsangan positif kepada potensi produk tempatan.

Bangunan GLOPEC, Neutron Riverside, Inanam, Kota Kinabalu turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Sabah dan GLOPEC.

Majlis simbolik pelepasan konsainan ini telah disempurnakan oleh Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd (ICSB). Majlis tersebut yang diadakan di

Majlis ini adalah sebahagian daripada komitmen yang dilakukan menerusi GLOPEC, sebuah platform yang ditubuhkan pada 2021, hasil perkongsian strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU untuk meningkatkan jejak global bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah daripada segmen B40 dan M40 yang di bawah Dana

Pembangunan Usahawan Bumiputera 2020 di Sabah sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-11. Dalam kenyataannya, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar berkata, sejak penubuhannya, GLOPEC telah terlibat secara aktif dengan rakan usaha sama strategik antarabangsanya, agensi berkaitan perniagaan, badan pentadbir, serta pembekal dan pengguna, dalam menerokai jaringan kerjasama perniagaan baharu untuk pasaran global.

Encik Zulkhairi (lima dari kiri) menyempurnakan pelepasan konsainan pertama produk IKS GLOPEC untuk dieksport ke UK.

“Meskipun pandemik COVID-19 telah memperlahankan perdagangan global sejak dua tahun lepas, GLOPEC sentiasa menilai dan menganalisis perkembangan perniagaan antarabangsa, serta merangka pelbagai strategi untuk meningkatkan

6

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

peluang perniagaan bagi produk Sabah. Tambahan pula, GLOPEC bakal mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai pameran perdagangan antarabangsa dan forum perniagaan dalam fasa akan datang demi

mempromosikan produk buatan Sabah,” tambahnya. Walaupun persekitaran ekonomi global kian mencabar, Kumpulan Yayasan Sabah tekad membangunkan ciptaan dan inovasi baharu dalam perniagaan.


Sebahagian produk GLOPEC yang dieksport ke UK, terang Pengarah GLOPEC, Encik Azmi Aziz (kiri).

“Sememangnya, ia membantu dalam kematangan kreativiti, produktiviti, dan ekonomi secara keseluruhan. Produk IKS GLOPEC, seperti makanan kesihatan berasaskan sumber semula jadi dan

produk kecantikan, memenuhi keperluan pengguna global. Begitu juga dengan batik dan kraf berasaskan sumber hutan; kedua-duanya menunjukkan bukti jelas kemajuan pembuatan kraf tangan

dan keupayaan kita dalam menyemai kemahiran teknikal peringkat tinggi dalam menghasilkan produk dunia untuk pasaran global,” ujar Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Encik Azmi memberi penerangan tentang peluang yang disediakan oleh GLOPEC kepada pengusaha tempatan IKS untuk menembusi pasaran global.

Pengurus Besar Kristal Handal Sdn. Bhd., Puan Zaiton Bakri menerangkan perkongsian pintar Kumpulan Yayasan Sabah dengan agensi seperti TERAJU berperanan penting dalam pembangunan IKS di negeri ini.

Antara produk yang dieksport ke UK.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

7


PRODUK BUATAN SABAH BAKAL

BERKEMBANG ke PASARAN

KOREA SELATAN

Kumpulan Yayasan Sabah melalui syarikat milik penuhnya, Kristal Handal Sdn. Bhd. menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Korrich Holdings Sdn. Bhd. untuk menyumbang kepada pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah dengan meneroka pasaran baharu di Korea Selatan. MoU tersebut ditandatangani pada 30 Mac 2022 di Menara Tun Mustapha. Dalam majlis ini, Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Pengurus Besar Kristal Handal Sdn. Bhd, Puan Zaiton Bakri manakala Korrich Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik David Gwonha Kim dan Encik Jahipin Juanis. Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Encik Hanafiah Diman, Setiausaha Korporat Yayasan Sabah mewakili Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB dan Pengarah Bersekutu TERAJU Sabah, Encik Mohd. Lan bin Muslim. Korrich Holdings Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan logistik seperti perkhidmatan kurier penerbangan dan eksport dan import antara Korea Selatan dan Sabah yang akan menjadi

aspek penting dalam memanfaatkan pertumbuhan IKS Sabah dalam segmen B40 dan M40 di bawah program Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC) melalui dana yang disalurkan oleh TERAJU. Penglibatan signifikan Korrich Holdings Sdn. Bhd. dalam industri perniagaan tersebut akan meningkatkan kedudukan GLOPEC dalam pasaran baharu ini dengan mengurangkan kerumitan urusan perdagangan dengan Korea Selatan, sekaligus mengurangkan risiko gangguan rantaian bekalan. Justeru, Korrich Holdings Sdn. Bhd. akan menjadi pengedar utama produk GLOPEC di Korea Selatan dan meluaskan jangkauan produk siap tempatan.

Inisiatif ini sejajar dengan komitmen program ini untuk mengoptimumkan prestasi IKS Sabah bagi meningkatkan nilai produk dan daya saing. Secara tidak langsung, ini akan menyokong pembangunan negeri Sabah dan usahawan GLOPEC. Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pelaburan Pembangunan Malaysia (MIDA) dan pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah.

Puan Zaiton (kiri) dan Encik David (kanan) menandatangani dokumen MoU sambil disaksikan oleh Encik Hanafiah (dua dari kiri) dan Encik Mohd. Lan (dua dari kanan).

Puan Zaiton (lima dari kiri) and Encik David (empat dari kanan) mempamerkan dokumen yang telah ditandatangani sambil disaksikan oleh Encik Hanafiah (enam dari kiri) dan Encik Mohd. Lan (lima dari kanan). 8

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PAMERAN Kumpulan Yayasan Sabah menyertai dua pameran peringkat negeri anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Pameran pertama adalah sempena Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Sabah (SIBES2022) yang diadakan pada 17 dan 18 Januari 2022. Pameran kedua adalah sempena dengan sambutan setahun hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2022. Kedua-dua pameran yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Pameran pertama memberi fokus kepada aktiviti sosial, komersial dan konservasi, manakala pameran kedua memberi fokus kepada modal insan dan kesejahteraan rakyat seiring dengan salah satu teras SMJ.

SIBES 2022

Para pengunjung di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji sambil disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong (kiri).

SHOWCASE SMJ

Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan menyampaikan cendera kenangan kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

Antara pengunjung di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

9


KIMANIS POWER PAYS 30 MILLION DIVIDEND TO YAYASAN SABAH GROUP

Encik Abdul Aziz (second from left) is seen handing over the mock cheque to Datuk Sam witnessed by Datuk Seri Panglima Hajiji (centre).

Yayasan Sabah Group through its subsidiary NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd. received its second interim dividend from Kimanis Power Sdn. Bhd. (KPSB) valued at RM18 million. With last year’s first interim dividend of RM 12 million, Yayasan Sabah Group received a total of RM30 million.

The presentation was held on 11 January 2022 at Menara Kinabalu. On hand to receive the mock cheque from the Chairman of Kimanis Power Sdn. Bhd., Encik Abdul Aziz Othman was the Deputy Director of Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan representing the Director of Yayasan Sabah cum

Executive Chairman of ICSB, while witnessed by the Chief Minister of Sabah cum Chairman of the Yayasan Sabah Board of Trustees, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji bin Haji Noor. Also present were Yayasan Sabah Corporate Secretary, Encik Hanafiah Diman, and Chief Executive Officer of KPSB, Encik Mohd. Zainuddin bin Yahaya.

YAYASAN MELAKA COURTESY CALL TO

DEPUTY DIRECTOR OF YAYASAN SABAH Delegates from Yayasan Melaka headed by its General Manager, Datuk Yusof bin Jantan paid a courtesy call to the Deputy Director of Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan. The purpose of the visit is to strengthen the relationship between both organisations while discussing possible future collaborations. The visit took place at the Deputy Director Office’s at Menara Tun Mustapha on 13 January 2022.

10

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Sam (second from left) receiving a memento from Datuk Yusof. Also in the picture are the Chief Operating Officer of ICSB., Encik Douglas Joinol (from left) and Special Officer to the General Manager of Yayasan Melaka, Puan Suhailah binti Ngadmid.


UNIFORM BAHARU

Pelancaran PASUKAN PENGUAT KUASA

KU M P U L A N YAYA S A N S A B A H

Pelancaran Uniform Pasukan Penguat Kuasa Kumpulan Yayasan Sabah yang baharu disempurnakan pada 28 Februari 2022 di Menara Tun Mustapha. Uniform baharu ini menggantikan uniform yang sedia ada bagi mengukuhkan lagi imej Kumpulan Yayasan Sabah dengan memberikan penampilan terbaik di samping keterampilan yang tinggi pasukan penguat kuasa tersebut. Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin @ Yusof Khan Bahadar. Turut hadir menyaksikan pelancaran uniform baharu ini ialah Pengurus Kumpulan Kanan Kanan, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.

Penyerahan topi kepada salah seorang pasukan Penguat Kuasa Kumpulan Yayasan Sabah sebagai tanda simbolik pelancaran uniform baharu . Perarakan keluar Pasukan Penguat Kuasa Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Gulamhaidar sedang memperbetulkan topi seorang Pengawal Keselamatan.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kanan) mendengar lafaz ikrar Pasukan Penguat Kuasa Kumpulan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Encik Yunis Sandadar. Turut dalam gambar ialah Encik Zulkhairi bin Haji Ismail (tiga dari kanan),Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) danPuan Ramsina Hamsaran (kanan), Pengurus Kanan, Unit Keselamatan & Penguatkuasaan.

XX

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

11


KUMPULAN YAYASAN SABAH

Terima Watikah

KERAJAAN NEGERI SABAH Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (dua dari kiri) menerima watikah bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah yang disampaikan oleh Datuk Seri Panglima Masidi sambil disaksikan oleh Datuk (Dr.) Haji Mohd Arifin (kanan).

Kumpulan Yayasan Sabah diberi penghormatan daripada Kerajaan Negeri Sabah dengan lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah. Watikah tersebut disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Masidi bin Manjun yang mewakili Ketua Menteri Sabah sempena Majlis Penyampaian Bantuan Bakti dan Pelancaran BAGUS, BISBAH dan AKSA di Menara Kinabalu pada 19 Januari 2022. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk (kini Dr.) Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif selaku Exco Pendidikan Sabah. Jawatankuasa ini berperanan sebagai badan yang bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti berkaitan pendidikan di Sabah.

LAWATAN TOH PUAN KHADIJAH KE GALLERIA ARTISAN, MENARA TUN MUSTAPHA

Isteri kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Noor telah membuat lawatan ke Galleria Artisan, Kumpulan Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha pada 21 Disember 2021. Lawatan ini bersempena dengan delegasi lawatan kerja Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke negeri Sabah pada 17 hingga 22 Disember 2021. Pada lawatan tersebut, rombongan telah dibawa melawat oleh Pegawai Tadbir Galleria Artisan, Encik Afnansyah Agimin.

Encik Afnan (kiri) memperlihatkan salah satu kain batik kepada Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah di Galleria Artisan.

Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah menandatangani buku lawatan sejurus tiba di Galleria Artisan.

12

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah, mengagumi hasil produk baju tradisi Murut sambil disaksikan oleh Encik Afnansyah (kiri).


Visit Of

SWEDEN AMBASSADOR TO GALLERIA ARTISAN

H.E Dr Joachim Bergstrom observing the batik canting.

The Ambassador of Sweden to Malaysia, His Excellency Dr Joachim Bergstrom, visited Galleria Artisan at Menara Tun Mustapha on 18 January 2022. Welcoming His Excellency Dr Joachim was the General Manager of Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB), a wholly-owned company of Yayasan Sabah Group, Puan Zaiton Bakri and KHSB staff. His Excellency Dr Joachim toured the gallery during the visit, admiring the various batik pieces. He expressed his admiration and appreciation for the batik art produced. He also had the opportunity to visit the gallery’s batik canting workshop. His Excellency Dr Joachim also expressed an interest in future collaboration between Sabah and Sweden on batik weaving designs.

H.E. Dr Joachim Bergstrom accompanied by Puan Zaiton, admiring the beautiful batik pieces.

H.E Dr Joachim Bergstrom (third from right) and Puan Zaiton (third from left) posing for the camera. Also in the picture are KHSB staff and escort officers to Dr. Joachim.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13


MAJLIS BERSAMA JABATAN

Pemilihan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah sesi 2022-2024 telah diadakan serentak di semua bahagian/zon/unit/wilayah Kumpulan Yayasan Sabah pada 11 Januari 2022. Pemilihan yang diadakan di kawasan masing-masing ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari staf. Seramai 680 orang staf (70.6%) dari seluruh kawasan telah memilih calon masing-masing. Proses pemilihan Wakil Pekerja di zon/wilayah/kawasan konservasi dikendalikan oleh Pegawai

Penyelaras yang telah dikenal pasti, manakala di Ibu Pejabat dikendalikan oleh Urus setia MBJ yang terdiri dari staf Bahagian Komunikasi Korporat.

Hasil daripada pemilihan tersebut seramai enam orang staf telah dipilih sebagai Wakil Pekerja yang baharu bagi sesi 2022-2024.

Pemilihan kali ini menyaksikan hanya dua kawasan sahaja yang dipertandingkan iaitu kawasan Zon/Wilayah Keningau/ Beaufort/Kudat dan kawasan Kota Kinabalu (YS).

Mereka ialah Puan Bibiana @ Flora Stephen wakil untuk Zon/Wilayah Keningau/Beaufort/Kudat, Encik Fyzli Yusof wakil untuk Kota Kinabalu (ICSB), Encik Kadir @Abdul Kadir bin Tahir wakil untuk Zon/Wilayah Tawau, Encik Mohd. Zulhairy bin Zakaria wakil untuk Zon/ Wilayah Sandakan, Encik Abd. Karim Iskandar wakil untuk Wilayah Lahad Datu dan Puan Irene Ambrose wakil untuk Kota Kinabalu (YS).

Ini adalah kerana seramai empat orang Wakil Pekerja yang masing-masing mewakili kawasan Kota Kinabalu (ICSB), Lahad Datu, Tawau dan Sandakan menang tanpa bertanding.

Unit Pentadbiran (YS/ICSB).

Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak.

Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar.

14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan (YS/ICSB).

Bahagian Audit Dalaman (YS/ICSB).

Unit Pengurusan Sumber Manusia (YS/ICSB).


Beaufort.

Kanyon Imbak.

Keningau.

Kota Marudu.

Lahad Datu.

Lembangan Maliau.

Sandakan.

Tawau.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Dato’s Sri Haji Gulamhaidar (tengah) mempengerusi mesyuarat MBJ.

MBJ saluran terbaik selesai masalah staf: Dato’ Sri Haji Gulamhaidar

Sebarang isu mengenai masalah staf boleh diselesaikan dalam suasana harmoni di meja mesyuarat. Demikian kata Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar pada mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Siri 1/2022 yang diadakan pada 17 Mac 2022. “Sudah tentu semua keluhan dan masalah yang rumit perlu diketengahkan di meja perbincangan seperti MBJ. Perkara yang kita rasa perlu dan boleh diselesai akan dipertimbangkan oleh pihak Pengurusan mengikut peraturan yang sedia ada. Manakala, terdapat juga perkara yang tidak dapat dipersetujui dan adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan Wakil Pekerja untuk memberi penjelasan di peringkat zon dan wilayah. Pihak Wakil Pekerja dan Pengurusan perlu seiring dalam setiap tindakan yang diambil,” katanya.

Dato’s Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan kepada sijil penghargaan kepada salah seorang Wakil Pekerja Sesi 2019-2022, Encik Mohd. Salim Japaran. Turut kelihatan dalam gambar ialah Encik Zulkhairi (kiri), Puan Felicia (dua dari kanan) dan Puan Irene.

Januari lalu. Beliau turut menzahirkan rasa penghargaan kepada Wakil Pekerja Sesi 2019-2021 yang telah bertungkuslumus memberikan kerjasama yang baik dalam membantu menyelesaikan masalah staf dan dalam masa yang sama berharap Wakil Pekerja yang baharu dibawah kepimpinan Puan Irene Ambrose selaku Pengerusi Wakil Pekerja akan terus menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.

Dato’s Sri Haji Gulamhaidar bersama Wakil Pengurusan dan Wakil Pekerja Sesi 2022-2024.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengurus Kumpulan Kanan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Puan Felicia Matayun serta Wakil Pengurusan dan Wakil Pekerja. Beliau bersyukur pemilihan Wakil Pekerja untuk Sesi 20222024 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada bulan

“Kita sudah tentu mengharapkan agar kerjasama yang telah dilakukan sebelum ini akan dapat diteruskan oleh barisan kepimpinan baharu. Kepimpinan Kumpulan Yayasan Sabah akan sentiasa peka dan terbuka untuk mendengar keluhankeluhan daripada staf. Suara daripada akar umbi warga Kumpulan Yayasan Sabah akan kita dengar melalui kepimpinan yang telah dipertanggungjawabkan di setiap peringkat zon dan sebagainya,” tambah beliau. Pelbagai isu yang melibatkan kebajikan staf dibincang pada mesyuarat tersebut. Isu-isu berkenaan dibincang dalam suasana harmoni sesuai dengan tujuan MBJ iaitu mewujudkan hubungan yang rapat di antara pihak Pengurusan dengan staf. Di akhir mesyuarat tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Wakil Pekerja Sesi 2019-2021. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

17


TUAN HAJI MOHD. DAUD HAJI TAMPOKONG dilantik

CEO SSB

Tuan Haji Mohd. Daud Haji Tampokong dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Softwoods Berhad (SSB) bermula 1 April 2022. Majlis serah tugas Datuk Haji Mohd. Hattah bin Jaafar disaksikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Majlis tersebut diadakan pada 29 Mac 2022 di Brumas, Tawau. Dalam ucapannya, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada Datuk Haji Hattah atas perkhidmatan cemerlang beliau semasa di SSB. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan pegawai-pegawai SSB yang cukup berdedikasi. Datuk Haji Hattah mula berkhidmat di SSB pada 1 Mac 1998 dan kemudian dilantik sebagai CEO pada 19 Oktober 2007. “Bila saya imbas kembali ketika masuk sebelum ini ke SSB, kem ini kini jauh berbeza. Perubahan lebih dari sembilan puluh peratus,” kata Dato’ Sri Haji Gulamhaidar. Di bawah kepimpinan beliau, SSB telah berkembang menjadi antara syarikat perladangan yang terbesar di negara ini. “Semasa pengurusan beliau, SSB buat pertama kalinya mencatat keuntungan sebelum cukai RM100 juta pada tahun 2008. Sehingga kini, Sabah Softwoods merupakan antara penyumbang utama dari segi dividen kepada Kumpulan

Penyerahan tugas daripada Datuk Haji Hattah kepada Tuan Haji Daud (dua dari kanan) dan disaksikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Encik Zulkhairi (depan, kanan) dan pegawai-pegawai kanan SSB.

Yayasan Sabah,” terang Dato’ Sri Haji Gulamhaidar. “Bagi menambah nilai kepada produk dan operasi, Sabah Softwoods telah memperoleh persijilan Forest Stewardship Council (FSC) dan Chain of Custody (COC) pada tahun 2007,” katanya. Tambah beliau, demi mengekalkan pendapatan yang berkesan, Datuk Haji Hattah juga berusaha gigih dalam mempastikan Sabah Softwoods melalui perladangan kelapa sawitnya memperoleh persijilan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO). Dengan adanya MSPO, Sabah Softwoods dapat memenuhi keperluan pasaran dan komitmen dalam urusan pengeluaran kelapa sawit yang mapan. Dalam mengekalkan keuntungan, beliau tidak lupa kepada kepentingan penjagaan kelestarian alam sekitar demi memastikan operasi syarikat tidak mengancam habitat hidupan liar dan ekosistemnya. Pada masa yang sama, dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat, berjuta Ringgit dibelanjakan di

Datuk Haji Hattah berkongsi pengalaman beliau sebagai CEO SSB serta mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Daud atas pelantikan beliau sebagai CEO baharu. 18

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

bawah pengurusan Datuk Haji Hattah untuk kemudahan perumahan dan infrastruktur. “Dengan pengamalan pengurusan yang cekap dan nilai-nilai diri yang murni, maka tidak hairanlah Sabah Softwoods telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat Kumpulan Yayasan Sabah, negeri dan juga kebangsaan,” jelas beliau. Pada kesempatan itu, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar juga mengalu-alu pelantikan Tuan Haji Daud sebagai CEO Sabah Softwoods yang baharu. “Saya berharap barisan pegawaipegawai kanan dan staf Sabah Softwoods akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Tuan Haji Daud sebagai mana sokongan yang diberikan kepada Datuk Haji Hattah sebelum ini,” katanya. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Kumpulan Kanan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi Haji Ismail dan pegawaipegawai kanan SSB.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar beramah mesra dengan staf SSB.


Lawatan ke Tapak Projek Pembinaan

Asrama Pelatih & Mesin Cetak Digital Tekstil PKS Satu lawatan kerja ke tapak projek pembinaan asrama pelatih dan mesin cetak digital tekstil Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Keningau telah diadakan pada 3 Mac 2022.

Lawatan ke tapak asrama.

Lawatan tersebut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Sabah (ICU JPM), Tuan Haji Abdul Halim bin Hamzah. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat ICU JPM, Encik Jamarusalam bin Abdullah, Pengarah, Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal ICU JPM, Encik Ir Mohd. Ridzwan bin C. Chik dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman yang mewakil Pengarah Yayasan Sabah. Lawatan tersebut turut melibatkan pelbagai agensi iaitu Jabatan Kerja Raya Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Kolej Teknikal Yayasan Sabah dan University College Sabah Foundation. Projek pembinaan asrama pelatih PKS yang bernilai RM15.8 juta ini bila siap kelak pada bulan Mei 2023 boleh menempatkan seramai 200 orang pelatih.

Lawatan ke mesin cetak digital.

Manakala mesin cetak digital tekstil yang bernilai RM1.4 juta melibatkan lima komponen utama iaitu mesin cetak digital, dryer, mesin padding, steamer dan mixer dan wince machine. Melalui lawatan ini, PKS mengorak langkah ke arah perkembangan dan peningkatan melalui pembangunan infrastruktur. Perkembangan yang positif ini dapat dicapai melalui latihan dan kemahiran kraf tangan di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah dan ia sejajar dengan hala tuju Kerajaan Negeri Sabah iaitu ‘SABAH MAJU JAYA’ (SMJ) bagi memperkasa dan mendokong aspirasi kerajaan melalui peningkatan ekonomi rakyat dan pembangunan modal insan yang berkemahiran dan berdaya saing.

Puan Vivian Evans, Pegawai Bertanggungjawab PKS, sedang memberikan penerangan tentang latihan yang dikendalikan antaranya adalah reka bentuk pakaian.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

19


MESYUARAT AGUNG

KPYSB

Barisan Ahli Lembaga KPYSB bergambar kenangan bersama wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dari kiri: Encik Stephen Jilimin (Ahli Lembaga), Encik Gerard Clement Mojiliu (Ahli Lembaga), Encik Clarence Estrop (Ahli Lembaga), Encik Christopher Robin Manjaji (Bendahari), Encik Jessel (Pengerusi), Puan Mastizah bt. Mohd. Jaffar dan Puan Shirley binti Nasun, wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Puan Susan Malagob (Setiausaha), Puan Lenny Lee (Ahli Lembaga) dan Puan Zaiton Bakri (Ahli Lembaga).

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) telah diadakan pada 15 Disember 2021 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. Tidak ada pencalonan baharu memandangkan Ahli-ahli Lembaga KPYSB lama masih diberi kepercayaan untuk menerajui pengurusan tertinggi KPYSB. Banyak perkara diutarakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. Antaranya adalah mengenai penjualan empat unit rumah apartmen milik KPYSB di Taman Bakti Ikhlas dan sebuah pejabat lama KPYSB di Bunga Raja Shopping Complex. Tujuan penjualan aset-aset KPYSB ini adalah untuk menambah dana dan juga sebagai modal tambahan untuk perniagaan Ar-Rahnu yang sedang dijalankan oleh KPSYB.

Sebahagian anggota KPYSB yang hadir.

“Sokongan dan kesetiaan anggota-anggota KPYSB pastinya memberikan semangat kepada KPYSB untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi. Pengurusan yang cekap, amanah dan telus bukan sahaja menunjukkan imej yang murni, malahan boleh memberi impak positif, dan keyakinan kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah yang lain untuk menjadi anggota KPYSB,” kata Encik Jessel Kamijan, Pengerusi KPYSB dalam ucapan beliau semasa mesyuarat agung tersebut. Dalam majlis tersebut, Encik Jessel turut menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM kepada adik Nurain binti Maksan. Adik Nurain merupakan pelajar Sekolah SMK Pekan Telipok yang mendapat keputusan 8A. Beliau merupakan anak kepada Puan Asiah bt. Dumahat, staf Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan. Anugerah ini diberikan kepada anak-anak anggota KPYSB yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama iaitu SPM dengan keputusan 8A, PT3 dengan keputusan 7A dan STPM dengan keputusan 4A. 20

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Jessel (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM kepada adik Nurain (dua dari kanan). Turut serta Encik Andrew Woo Ken Kiong, Pengurus Kanan KPYSB (kiri) dan juga Puan Asiah (kanan).


MESYUARAT AGUNG

BAKIYS

Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) telah mengadakan mesyuarat agung dan dihadiri hampir 100 orang ahli di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha pada 28 Februari 2022. Dalam mesyuarat agung ini, Ahli Jawatankuasa Sesi 2020/2021 dibubarkan dan proses memilih Ahli Jawatankuasa untuk Sesi 2022/2023 telah dijalankan. Tuan Haji Mohammed Idris Mohammed Shafi (Pengerusi BAKIYS), Encik Salim Japaran (Timbalan Pengerusi), Puan Norjie Haji Busu (Setiausaha), Puan Nur Hidayati Ayub (Timbalan Setiausaha), Puan Siti Sheriffah Haji Jabar Khan (Bendahari), Encik Mohd Nadzri Faisal Ansit (Penolong Bendahari), Encik Mohd Rafiqi Mohd Yussof (Juruaudit 1), Encik Mohd Hazidin Gapinin (Juruaudit 2), Encik Norzaman Abdul Ghaffar, Encik Mohd Azubair Sainuddin, Encik Mohd Azri Abd Manan, Puan Fairuz As Saadah Haji Sulaiman, Puan Latifah Khamis sebagai Ahli Jawatankuasa. Majlis ini disempurnakan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah merangkap Penaung BAKIYS.

Penyampaian cendera kenangan kepada Encik Hanafiah (dua dari kiri).

Encik Hanafiah berucap mewakili Pengarah Yayasan Sabah.

Sesi pengundian Ahli Jawatankuasa BAKIYS.

Ahli Jawatankuasa BAKIYS 2022/2023 merakamkan gambar kenangan bersama Encik Hanafiah (depan, empat dari kiri). BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

21


Majlis

PENYAMPAIAN SIJIL PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Adik Nur Afda Lina Sofiyah binti Sofhian salah seorang pelajar cemerlang bergambar kenangan bersama guru-guru.

Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Kanak-Kanak yang bertemakan “We Are Stars” pada 16 Mac 2022 bertempat di bangunan Tadika Ria, Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah, Likas. Majlis diadakan dengan mematuhi serta mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepenuhnya yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seramai 44 orang kanak-kanak dari Taska Ria, Taska Kristal Ria, Tadika Kodidik dan Tadika Ria telah menerima sijil pendidikan prasekolah dan seramai enam orang telah mendapat sijil cemerlang.

Adik Farid Atallah Zulkifle salah seorang kanak-kanak yang menerima sijil pendidikan prasekolah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kanak-kanak prasekolah yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan di prasekolah. Semoga kanak-kanak ini akan menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan sejajar dengan matlamat Kumpulan Yayasan Sabah untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan mempunyai kredibiliti tinggi. Tahniah juga diucapkan kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan dan dedikasi mereka dalam mendidik serta memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak tersebut.

Ibu bapa patuh dengan amalan SOP dengan hanya pandu lalu anak-anak mereka untuk bergambar di pentas khas.

22

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


TAKLIMAT KEPADA

PEGAWAI PERHUBUNGAN

KKP

Taklimat Kepada Pegawai Perhubungan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) telah diadakan oleh Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB). Program tersebut telah dirasmikan oleh Puan Ramsina Hansaram, Pengurus Kanan, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan pada 29 Mac 2022 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustpha. Seramai 53 orang staf telah menyertai taklimat tersebut.

Encik Hidzwan menyampaikan taklimat beliau.

Taklimat ini bertujuan untuk membantu staf memahami tanggungjawab mereka di bahagian/ zon/unit masing-masing agar dapat menjalankan tugas dengan lebih efesien dan efektif. Encik Hidzwan Hasnan daripada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan mengetuai taklimat tersebut selaku penceramah. Taklimat tersebut merangkumi Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Perhubungan KKP, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Jentera dan Kilang 1967. Penerangan Hazard, Risiko dan Kebersihan di Tempat Kerja dan Sistem Pelaporan Hazard.

Sesi soal jawab.

Para peserta bersama pegawai-pegawai Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

23


ZON PANTAI BARAT UTARA BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH Pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU), Kota Marudu telah mengadakan penyerahan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) di 33 buah sekolah menengah di sekitar daerah Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Pitas, daerah kecil Matunggong dan Banggi. Seramai 280 orang pelajar mendapat manfaat dari program ini yang melibatkan perbelanjaan keseluruhan

Matunggong), Puan Octvia Endi (Penolong Pegawai Kawasan Kota Marudu), Encik Mohd Noor Ag. Kassim (Penolong Pegawai Tadbir), Cik Rusnah Damparan (Pemangku Penolong Pegawai Kawasan Banggi) di samping staf lain ZBPU iaitu Puan Jasinah Kumpit, Cik Norashimah Kasmat, Encik Zunaidi Ambang @ Ampang dan Encik Julnairi Nasib.

berjumlah RM70,000. Setiap pelajar menerima RM250 wang saku harian. Pegawai yang terlibat dalam program ini dari 23 November hingga 1 Disember 2021, termasuklah Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman Haji Samat, Encik Jikim Rumangun (Pegawai Kawasan Pitas), Encik Milus Suaip (Pegawai Kawasan Kota Belud), Encik Pudin Ibrahim (Pegawai Kawasan

DAERAH KOTA BELUD Di daerah Kota Belud terdapat sembilan buah sekolah menengah dimana seramai 75 orang pelajar telah menerima bantuan BMYS berjumlah RM18,750.

SMK Taun Gusi

Smk Taun Gusi II

SMK Usukan

Penyampaian BMYS di SMK Taun Gusi oleh Encik Adman bersama Encik Milus. Seramai lapan orang pelajar menerima BMYS pada 23 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Taun Gusi II oleh Encik Adman bersama Encik Milus (kanan). Seramai 10 pelajar menerima BMYS pada 23 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Usukan oleh Encik Adman bersama Encik Milus. Seramai sembilan orang pelajar menerima BMYS pada 23 November 2021.

SMKA Tun Said

Penyampaian BMYS di SMKA Tun Said oleh pengetua sekolah berkenaan, Ustaz Jafran Haji Kusin dan disaksikan oleh Encik Milus serta dibantu oleh Puan Octvia. Seramai lapan orang pelajar menerima BMYS pada 24 November 2021.

SMK Tambulion

Penyampaian BMYS di SMK Tambulion oleh pengetua sekolah berkenaan, Encik Nasdin bin Pumpunga dan di saksikan oleh Encik Milus. Seramai sembilan orang pelajar menerima BMYS pada 25 November 2021. 24

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

SMK Pekan II

SMK Pekan

Penyampaian BMYS di SMK Pekan II oleh pengetua sekolah berkenaan, Encik Jainol Sair dan disaksikan oleh Encik Milus dan Puan Octvia. Seramai tujuh orang pelajar menerima BMYS pada 24 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Pekan oleh Encik Milus dan dibantu oleh Puan Octvia kepada guru biasiswa di sekolah berkenaan bagi mewakili pelajar yang tidak dapat hadir ketika itu. Seramai sembilan orang pelajar menerima BMYS pada 24 November 2021.

SMK Narinang

SMK Arshad

Penyampaian BMYS di SMK Narinang oleh pengetua sekolah berkenaan, Encik Soo Yong Huat dan disaksikan oleh Encik Milus. Seramai lapan orang pelajar menerima BMYS pada 25 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Arshad oleh pengetua sekolah berkenaan, Encik Yakup Nasip dan disaksikan oleh Encik Milus. Seramai tujuh orang pelajar menerima BMYS pada 25 November 2021.


DAERAH KOTA MARUDU Di daerah Kota Marudu terdapat tujuh buah sekolah menengah dimana seramai 60 orang pelajar telah menerima bantuan BMYS berjumlah RM15,000.

SMK Bengkongan

SMK Kota Marudu

SMK Langkon

SMK Tandek

Penyampaian BMYS di SMK Bengkongan oleh Encik Adman bersama Puan Octvia dan Puan Jasinah. Seramai sembilan orang pelajar menerima BMYS pada 25 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Kota Marudu oleh Encik Adman bersama Puan Octvia dan Puan Jasinah. Seramai lapan orang pelajar menerima BMYS pada 25 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Langkon disampaikan oleh Encik Adman bersama Puan Octvia. Seramai sembilan orang pelajar menerima BMYS pada 25 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Tandek disampaikan oleh Puan Octvia kepada wakil sekolah berkenaan pada 26 November 2021. Seramai sembilan orang pelajar menerima BMYS di sekolah berkenaan.

SMK Tandek II

SMK Bandau

SMK Kota Marudu II

Penyampaian BMYS di SMK Tandek II disampaikan oleh Puan Octvia bersama dengan Puan Jasinah. Seramai lapan orang pelajar menerima BMYS pada 26 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Bandau oleh Puan Octvia dan dibantu oleh Encik Mohd Noor. Seramai lapan orang pelajar menerima BMYS pada 26 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Kota Marudu II oleh Encik Mohd Noor bersama Puan Octvia dan Puan Jasinah. Seramai sembilan orang pelajar menerima BMYS pada 29 November 2021.

DAERAH KUDAT Di daerah Kudat terdapat enam buah sekolah menengah dimana seramai 49 orang pelajar telah menerima bantuan BMYS berjumlah RM12,250.

SMK Abdul Rahim

SMK Abdul Rahim II

SMK Kudat II

Penyampaian BMYS di SMK Abdul Rahim disampaikan oleh Cik Norashimah dan Encik Mohd Noor. Seramai tujuh orang pelajar menerima BMYS pada 23 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Abdul Rahim II disampaikan oleh Cik Norashimah dan Encik Mohd Noor. Seramai lapan orang pelajar menerima BMYS pada 23 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Kudat II disampaikan oleh Cik Norashimah bersama Encik Mohd Noor. Seramai 10 orang pelajar menerima BMYS pada 23 November 2021.

SM. Lok Yuk

SM ST. Peter

Penyampaian BMYS di SM. Lok Yuk disampaikan oleh Encik Adman bersama Cik Norashimah. Seramai sembilan orang pelajar menerima BMYS pada 24 November 2021.

Penyampaian BMYS di SM ST. Peter disampaikan oleh Encik Adman bersama Cik Norashimah. Seramai tujuh orang pelajar menerima BMYS pada 24 November 2021.

SMK Kudat

Penyampaian BMYS di SMK Kudat disampaikan oleh Encik Adman bersama Cik Norashimah. Seramai lapan orang pelajar menerima BMYS pada 24 November 2021. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25


DAERAH KECIL PITAS Di daerah Pitas terdapat enam buah sekolah menengah dimana seramai 51 orang pelajar telah menerima bantuan BMYS berjumlah RM12,750.

SMK Bongkol

SMK Pitas II

SMK Telaga

Penyampaian BMYS di SMK Bongkol disampaikan oleh Encik Jikim kepada guru biasiswa sekolah berkenaan pada 26 November 2021. Seramai 10 orang pelajar menerima bantuan BMYS.

Penyampaian BMYS di SMK Pitas II disampaikan oleh Encik Jikim dan dibantu oleh Encik Zunaidi. Seramai tujuh orang pelajar menerima BMYS pada 26 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Telaga disampaikan oleh Encik Jikim. Seramai 10 orang pelajar menerima BMYS pada 26 November 2021.

SMK Kanibungan

SMK Pinggan-Pinggan

SMK Pitas

Penyampaian BMYS di SMK Kanibungan disampaikan oleh Encik Adman bersama Encik Jikim. Seramai lapan orang pelajar menerima bantuan BMYS pada 29 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Pinggan-Pinggan disampaikan oleh Encik Adman bersama Encik Jikim. Seramai enam orang pelajar menerima BMYS pada 29 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Pitas disampaikan oleh Encik Adman bersama Encik Jikim dan dibantu oleh Encik Zunaidi. Seramai 10 orang pelajar menerima BMYS pada 29 November 2021.

DAERAH KECIL BANGGI Di daerah kecil Banggi terdapat sebuah sekolah menengah dimana seramai 10 orang pelajar telah menerima bantuan BMYS berjumlah RM2,500.

DAERAH KECIL MATUNGGONG Di daerah kecil Matunggong terdapat empat buah sekolah menengah dimana 35 orang pelajar telah menerima bantuan BMYS berjumlah RM8,750.

SMK Banggi

SMK Sikuati

SMK Sikuati II

Penyampaian BMYS di SMK Banggi disampaikan oleh Encik Jikim bersama Cik Rusnah. Seramai 10 orang pelajar menerima BMYS 23 November 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Sikuati, Matunggong disampaikan oleh Encik Pudin. Seramai sembilan orang pelajar menerima BMYS pada 1 Disember 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Sikuati II disampaikan oleh Encik Pudin bersama Encik Julnairi. Seramai lapan orang pelajar menerima BMYS pada 1 Disember 2021.

SMK Pinawantai

SMK Matunggong

Penyampaian BMYS di SMK Pinawantai disampaikan oleh Encik Adman. Turut sama ialah Encik Pudin, Puan Octvia dan Encik Mohd Noor. Seramai 10 pelajar menerima BMYS pada 30 Disember 2021.

Penyampaian BMYS di SMK Matunggong disampaikan oleh Encik Adman. Turut sama ialah Encik Pudin, Puan Octvia dan Encik Mohd Noor. Seramai lapan orang pelajar menerima BMYS pada 30 Disember 2021.

26

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


JELAJAH UCSF Pejabat ZPBU telah menjalinkan kerjasama dalam membantu University College Sabah Foundation (UCSF) semasa pendaftaran terbuka sesi Februari 2022 yang diadakan pada bulan Januari 2022.

Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman Haji Samat (Gambar kanan, berdiri kiri), dan Penolong Pegawai Kawasan Kota Marudu, Puan Octvia Endi (Gambar kiri, menghadap kamera) turut hadir membantu UCSF di Astaka Padang Kota Marudu pada 15 Januari 2022.

Pendaftaran terbuka UCSF di Pentas Dataran Pekan Tomborungus, Kudat pada 17 Januari 2022. Turut Hadir Encik Adman (duduk dua dari kanan) bersama Pegawai Kawasan Kudat, Puan Dg. Sapiah Abrain @ Aprain (duduk dua dari kiri), serta staf ZPBU, Encik Madarif Haji Ostin (berdiri dua dari kiri).

Pendaftaran terbuka UCSF di Dewan Terbuka Dataran Pitas pada 18 Januari 2022. Gambar menunjukkan Encik Adman menyerahkan surat tawaran kepada dua orang pelajar baharu UCSF.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27


MANGSA KEBAKARAN

TERIMA SUMBANGAN

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Selaras dengan peranan Kumpulan Yayasan Sabah bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran dan bencana alam, seramai 176 keluarga menerima sumbangan bakul makanan pada 21 Februari 2022. Keluarga tersebut terbabit dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut, Kudat pada 16 Februari 2022. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (lima dari kiri) bergambar bersama sumbangan bakul makanan Kumpulan Yayasan Sabah. Turut dalam gambar ialah Pegawai Daerah Kudat, Tuan Haji Bakri Haji Nanun (empat dari kiri), Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (empat dari kanan) dan Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Utara, Encik Adman Haji Samat (dua dari kiri).

Merujuk kepada kesukaran yang dihadapai oleh mangsa yang terkesan, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar mengulas, “Tragedi ini berlaku tatkala masyarakat berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang berterusan. Kini mereka terpaksa berhadapan dengan ujian getir yang serius dan mencabar. Apabila tragedi melanda masyarakat seumpama ini, kita perlu bersama untuk membantu mereka yang memerlukan.” Sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah tersebut diterima oleh ketua keluarga mangsa kebakaran yang terjejas yang ditempatkan sementara di Dewan Masyarakat Tun Mustapha, Kudat.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar melawat mangsa kebakaran yang ditempatkan sementara di Dewan Tun Mustapha, Kudat. 28

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


ZON PANTAI TIMUR SELATAN

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (berdiri enam dari kiri) bergambar bersama sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah. Turut dalam gambar ialah Datuk Haji Nizam (berdiri lima dari kiri).

SUMBANGAN Bencana Kebakaran

Mangsa kebakaran Kampung Lorong Sungai Buaya, Tawau telah menerima sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah pada 25 Februari 2022.

Satu majlis ringkas penyerahan sumbangan telah diadakan berhampiran lokasi kebakaran yang menyaksikan seramai 58 ketua keluarga mangsa kebakaran yang terjejas menerima sumbangan tersebut.

“Kami di Kumpulan Yayasan Sabah amat bersimpati terhadap mangsa bencana yang terjejas dan mendoakan agar mereka tabah dalam menghadapi ujian yang sukar ini,” tambahnya.

Pada 8 Januari 2022, sebanyak 58 buah rumah di Kampung Lorong Sungai Buaya musnah akibat kebakaran.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi N.56 Apas, Datuk Haji Nizam bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan. Menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar yang berada di majlis tersebut, “Keperluan harian termasuk peralatan elektrik sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah telah diserahkan terus kepada setiap keluarga. Kami amat berharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka khususnya mereka yang mempunyai anak kecil.”

Datuk Haji Nizam (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

29


ANALISIS S.W.O.T. BAGI PENGURUSAN KAWASAN KONSERVASI KUMPULAN YAYASAN SABAH

Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar telah menganjurkan program berkaitan Analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity & Threats) pada 9 dan 10 Disember 2021 di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. Program tersebut yang dihadiri oleh staf bahagian berkenaan telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan mengikut kawasan konservasi masing-masing. Kumpulan tersebut merangkumi Lembah Danum, Lembangan Maliau, Kanyon Imbak, Sungai Taliwas, Pesisiran Pantai Silam, INFAPRO dan INIKEA.

Sesi pembentangan dari hasil perbincangan setiap kumpulan yang diadakan di Teater Tun Hamdan.

Wakil dari setiap kumpulan telah memberikan maklum balas mengenai pengurusan kawasan konservasi masing-masing melalui sesi pembentangan yang diadakan oleh setiap kumpulan pada hari kedua program tersebut.

TRAINING IN HOSPITALITY & NATURE GUIDING SKILLS The Conservation and Environmental Management Division organised a training course on Hospitality and Nature Guiding Skills for the rangers, guides and porters at two of Yayasan Sabah Group conservation areas. The training was conducted at Imbak Canyon Conservation Area from 2 to 3 November 2021 and at the Maliau Basin Conservation Area from 11 to 12 November 2021 with 24 participants from each conservation area. Two accredited trainers from the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia conducted the training. The trainers were Ms Chee Yee Aun @ Yvonne and Encik Alim Biun with both having over 25 years of experience in the tourism industry.

Imbak Canyon Studies Centre’s rangers, guides and porters with their certificates after completing their training.

The training touched on Hospitality Skills for Tourism Frontlines, Essential Nature Guiding Skills and Thematic Interpretation. The methods included classroom instructions, practical, group discussions, role play, video presentation and games. Maliau Basin Studies Centre’ s rangers and guides ready for action.

30

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


AKTIVITI

Di samping itu, program ini juga memberikan peluang kepada para peserta untuk berkongsi idea-idea yang bernas dan mengenal pasti aktiviti Program Pendidikan Alam Sekitar yang sesuai dianjurkan mengikut saiz, umur, masa dan latar belakang kumpulan atau pelawat.

Pembentangan hasil kerja setiap kumpulan.

Aktiviti di bilik kuliah.

Program Train-the-Trainers Pendidikan Alam Sekitar anjuran Kelab Pencinta Alam Sabah (KPAS) untuk staf Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar telah diadakan pada 22 hingga 26 November 2021 di Pusat Luar Lembah Danum, Lahad Datu. Seramai 30 orang staf dari kawasan konservasi seliaan Kumpulan Yayasan Sabah telah mengikuti program tersebut. Dua pegawai dari KPAS menjalankan program tersebut iaitu Puan Rose John Kidi dan Encik Andreas Boital dengan sokongan seorang jurulatih, Encik Terrence Dolinting dari Natai Adventure & Cultural Village, Kg. Natai, Telipok. Progam selama lima hari ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai cara untuk membentuk aktiviti Program Pendidikan Alam Sekitar dengan menggunakan sumber alam yang terdapat di sekeliling kita.

Pendedahan menggunakan sumber alam yang terdapat di sekeliling.

Lawatan UMS ke KANYON IMBAK & LEMBAH DANUM Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin serta rombongan telah membuat lawatan kerja ke Kawasan Konservasi Kanyon Imbak dan Lembah Danum. Lawatan pertama dibuat pada 11 hingga 13 November 2021 di Kanyon Imbak manakala lawatan kedua di Lembah Danum pada 27 hingga 30 Januari 2022. Lawatan di Kanyon Imbak bertujuan untuk meninjau potensi kerjasama penyelidikan di antara UMS dan Kumpulan Yayasan Sabah untuk melahirkan pakar tempatan dalam bidang Ecological Function dan Local Iconic Species.

Gambar kenangan semasa di air terjun Kanyon Imbak.

Menerusi taklimat yang diadakan, UMS akan menyediakan peluang pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang tersebut di samping bercadang untuk mewujud dan mentransformasikan makmal yang bersesuaian untuk pengesktrakan tumbuhan semula jadi untuk dianalisis. Semasa sesi taklimat di Lembah Danum, antara perkara yang dalam perhatian ialah kajian spesies unggulan (flagship species) yang bakal dilaksanakan kelak melibatkan spesies Harimau Dahan Borneo, subspesies Gajah Borneo, Orang Utan dan lain-lain spesies yang menjadi penanda aras kepentingan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu habitat dan ekosistem.

Aktiviti luar semasa di Kawasan Konservasi Lembah Danum.

Turut direncanakan adalah usaha kitar semula fasiliti sedia ada seperti sangkar badak yang bertujuan untuk penyelidikan. Prospek kajian lebah tualang dan madu tualang, pelbagai tanaman herba termasuk halia liar bagi tujuan ubat-ubatan serta kajian cendawan juga menjadi antara topik perbincangan. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

31


Anugerah

JUBLI PERAK Dr. Hamzah bin Tangki Pengurus Kanan Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar “Berkhidmat selama 25 tahun bersama Kumpulan Yayasan Sabah sangat membanggakan. Dalam tempoh tersebut saya telah melalui banyak pengalaman dan pembelajaran yang sedikit sebanyak meningkatkan cara dan gaya kehidupan. Di samping itu, saya juga mendapat peluang untuk sama-sama berkhidmat dengan organisasi ini bagi melaksanakan pengurusan dan pembangunan konservasi dan pemuliharaan hutan di Sabah. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju, makmur dan relevan dengan peredaran zaman yang pasti berubah mengikut keperluan. Ini adalah demi pembangunan rakyat di negeri Sabah khasnya dan generasi akan datang amnya. Saya amat bersetuju bahawa berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah mengubah kehidupan saya. Tidak dapat dinafikan bahawa organisasi ini telah memberi peluang kepada saya untuk terus melangkah ke hadapan demi mencapai impian dan memperoleh ilmu yang bermanfaat untuk diri saya. Demikian juga dengan penglibatan terhadap masyarakat, saya berpeluang memberi khidmat bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah yang lain untuk kemajuan negeri Sabah melalui tugasan yang telah dilaksanakan selama 25 tahun lalu.”

Encik Sablan bin Ambang @ Norsidek Pembantu Akauntan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB) “Saya rasa bertuah, bersyukur dan berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana diberi peluang untuk berkhidmat di organisasi ini. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan terus berkembang maju di tahun-tahun yang akan datang untuk kesinambungan generasi seterusnya. Alhamdulilah, selama berkhidmat 25 tahun banyak perkara telah mengubah kehidupan saya sekeluarga.”

32

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25 Tahun

Encik Haidy bin Othman Pembantu Tadbir Kanan Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian “Saya sangat gembira dan tidak percaya, doa saya semasa kecil menjadi kenyataan. Pada masa itu ibu bapa saya membawa kami sekeluarga melawat bangunan Yayasan Sabah (Menara Tun Mustapha) dimana pada masa itu satu-satunya bangunan kebanggaan rakyat Sabah. Saya telah berdoa di pintu masuk bangunan Yayasan Sabah semoga pada satu hari nanti saya dapat bertugas di bangunan kebanggaan rakyat Sabah ini. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan dan saya bertugas di bangunan Yayasan Sabah pada tahun 1996. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju dan masih menjadi kebanggaan rakyat Sabah pada masa-masa akan datang. Banyak perubahan dalam kehidupan saya selama bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Perubahan dari kehidupan yang sederhana kepada peningkatan taraf kehidupan yang lebih baik dan stabil. Alhamdulillah, terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

Encik Mod Razali bin Andisin Pemandu Bahagian Perhutanan, Kota Kinabalu “Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang berkhidmat dan menjadi sebahagian daripada warga Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun ini. Harapan saya semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan tetap teguh dan terus berkembang maju. Selama berkerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah, ianya telah mengubah kehidupan saya dari segi kewangan. Tidak saya nafikan sememangnya Kumpulan Yayasan Sabah adalah punca sumber rezeki saya dan sekeluarga. Selain itu, saya juga diberi peluang menambah ilmu melalui kursus-kursus yang dianjurkan untuk memajukan diri dan meningkatkan lagi pengetahuan serta keyakinan diri.”


Puan Saunah binti Haji Jual Penolong Pegawai Tadbir Kanan Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak “Saya mula bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah pada 10 Jun 1996 sebagai Kerani di Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran. Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk berkhidmat dengan organisasi yang sangat penting di negeri Sabah.” Harapan saya buat Kumpulan Yayasan Sabah dalam masa 25 tahun agar dapat mempelbagaikan bidang perniagaannya yang secara langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak watan negeri ini. Selain daripada itu, saya juga berharap agar organisasi ini memberi galakan dan bimbingan kepada anak-anak watan yang berminat menjadi usahawan dengan memberi pinjaman atau modal serta latihan dalam bidang yang diceburi. Tidak dinafikan sejak saya mula bertugas di organisasi ini, ianya banyak memberi manfaat kepada diri saya. Saya dapat mengubah kehidupan yang lebih baik bersama keluarga. Saya amat bersyukur atas nikmat yang telah diberikan. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

Encik Zulkiflee bin Ahmadul Pemandu Unit Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) “Saya sangat gembira dan bersyukur menjadi sebahagian daripada organisasi berprestij seperti Kumpulan Yayasan Sabah. Cabaran dan halangan yang wujud dalam Kumpulan Yayasan Sabah adalah suatu perkara yang biasa dihadapi oleh mana-mana organisasi. Oleh itu, saya ingin melihat pada masa akan datang Kumpulan Yayasan Sabah dapat mengharungi apa jua cabaran, lebih maju dan berdaya saing sebagai sebuah organisasi Kerajaan Negeri yang unggul serta berjaya menerokai prospek-prospek baharu yang boleh mendatangkan kejayaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah.”

Puan Siti Norani binti Bedin Kerani Kanan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB) “Syukur Alhamdulillah, saya berasa amat bertuah dan berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar Kumpulan Yayasan Sabah. Berkhidmat selama 25 tahun, banyak pengalaman yang telah dilalui membuatkan saya lebih matang dan berasa yakin dalam melaksanakan tugasan seharian serta memperolehi pengetahuan yang amat berguna dalam perkembangan kerjaya dan juga kehidupan peribadi. Dalam masa 25 tahun akan datang, harapan saya agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus berdiri megah, tetap utuh dan akan terus maju serta dapat menceburi bidang-bidang baharu agar lebih berdaya saing demi kesinambungan generasi yang seterusnya. Tidak dapat dinafikan sejak berkerja di Kumpulan Yayasan Sabah banyak memperbaiki tahap kehidupan saya sekeluarga. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

Puan Hajah Sarifah Jamilan Sharif Lawi Pembantu Tadbir Bahagian Pembangunan Pendidikan “Saya sangat bersyukur dan gembira kerana diberi peluang bekerja di organisasi ini yang menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Sabah. Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah pada 25 tahun akan datang agar terus maju membantu rakyat Sabah terutama sekali dari aspek pendidikan dan pekerjaan kerana seiring dengan objektif penubuhan organisasi ini. Sememangnya berkhidmat di organisasi ini telah banyak mengubah kehidupan saya terutama sekali daripada segi keselesaan hidup.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

33


Encik Mad Ariff bin Ostin Penolong Pegawai Kawasan Zon Pantai Barat Utara (Kota Marudu) “Sejak kecil saya memang amat tertarik dan jatuh hati kepada Kumpulan Yayasan Sabah terutamanya logo Yayasan Sabah yang unik dan mempunyai maksud yang tersendiri dan amat bermakna. Ini mencetuskan citacita saya untuk mahu menjadi sebahagian daripada warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah suatu hari nanti. Syukur ke hadrat Allah SWT, berkat usaha dan doa ibu bapa, saya bertuah apabila mendapat tawaran untuk bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 14 Jun 1996. Peluang bekerja dan menyumbang bakti bersama Kumpulan Yayasan Sabah saya menafaatkan sepenuhnya sebagai sumber rezeki utama untuk menyara keluarga dan mendapatkan pendidikan terbaik buat anak-anak. Sepanjang tempoh berkhidmat, saya telah merasai pelbagai pengalaman bertugas bersama ketua jabatan dan rakan sekerja. Perkara yang paling berharga adalah apabila diberi peluang oleh Pengurus Kumpulan saya untuk membantu menyemak penyediaan draf ucapan YAB Ketua Menteri Sabah dan Pengarah Yayasan Sabah sempena program Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) di daerah Sandakan. Selain itu, saya juga diberi peluang untuk membantu dalam pelaksanaan program-program Kumpulan Yayasan Sabah di kawasan kepulauan dan perkampungan luar bandar yang terpencil dan sukar dilalui. Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah adalah akan terus berdiri megah sepertimana saya melihat organisasi ini sejak dari bangku sekolah dahulu sekali gus memperbaiki dan mempertahankan status prestijnya mengharungi waktu-waktu sukar akibat kegawatan ekonomi dan pandemik COVID-19. Bersama kita berdoa untuk kejayaan Kumpulan Yayasan Sabah. Sabah Maju Jaya.”

Puan Jaidah binti Amit Penolong Pegawai Tadbir Unit Hartanah “Saya sangat bersyukur dan berasa sangat bertuah kerana diberi peluang berkhidmat selama 25 tahun di Kumpulan Yayasan Sabah. Syukur Alhamdulillah, sokongan rakan-rakan sekerja, tunjuk ajar serta bimbingan ketua selama berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah banyak ilmu yang saya peroleh. Sememangnya ini semua banyak membantu mengubah kehidupan.”

34

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Puan Munaliza binti Mumin Pegawai Tadbir Pejabat Setiausaha Korporat “Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1996 dan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Korporat sehingga kini. Sudah tentu saya berasa gembira dan bertuah menjadi warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah kerana organisasi ini dikenali sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri ‘Bertaraf Lima Bintang’ yang bukan sahaja dikenali di seluruh Malaysia malah di peringkat antarabangsa dan menjadi kebanggaan saya sebagai rakyat negeri Sabah. Harapan saya kepada Kumpulan Yayasan Sabah dalam masa 25 tahun akan datang, semoga menjadi sebuah organisasi yang dinamik, mantap, berdaya maju dan terus relevan dengan usaha-usaha murni dalam meningkatkan mutu pendidikan, mengatasi masalah kemiskinan dan terus memberi tumpuan dari aspek kebajikan khas kepada rakyat negeri Sabah selaras dengan objektif penubuhannya sejak 55 tahun yang lalu. Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi dan berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana selama 25 tahun di organisasi ini, telah mengubah kehidupan saya dan keluarga melalui kemudahan pinjaman perumahan, kewangan, kenderaan, rawatan perubatan dan lain-lain.”

Puan Noraineh binti Ahmad Pembantu Akauntan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB) “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah di Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan pada Jun 1996. Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang berkhidmat selama 25 tahun dengan organisasi yang menjadi mercu kebanggaan negeri Sabah. Harapan saya kepada Kumpulan Yayasan Sabah untuk 25 tahun akan datang agar terus berkembang maju untuk memberi manfaat kepada generasi seterusnya. Selama berkhidmat, organisasi ini telah banyak membantu saya dan ahli keluarga dari segi ekonomi sekali gus mengubah ke arah kehidupan yang lebih baik.”


Puan Rose John Kidi Jontili Senior Officer Conservation & Environmental Management Division, Kota Kinabalu “I couldn’t imagine that I have been working with this organisation for 25 years. It seems like i was just with Yayasan Sabah Group only yesterday because every day is a new day. I am glad to be a part of Yayasan Sabah Group because I have the opportunity to return the favour to the Group for providing me with their utmost support during my student days. I am sure most people want to work with Yayasan Sabah Group. I want to look back on what the organisation was like 25 years ago and the changes it has today. Good luck to those who just started working at Yayasan Sabah Group especially the young generation. I hope they can bring better ideas to enhance the great image of Yayasan Sabah Group. Your life will truly change wherever you work if you learn how to appreciate it. I am thankful that I work in Yayasan Sabah Group under a good leader and work with other esprit de corps colleagues. I am privileged to learn so many things. The 25 years in Yayasan Sabah Group shaped me to become who I am today.

Encik Ruzaini bin Ag. Damit Penolong Multimedia Unit Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) “Alhamdulillah, tanpa saya sedari sudah 25 tahun berlalu. Saya amat terharu dan bersyukur kerana dapat menyumbang tenaga dan idea selama berkhidmat di organisasi ini terutamanya di Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Saya sentiasa berdoa dan berharap semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan lebih maju dan berjaya. Sememangnya Kumpulan Yayasan Sabah adalah sumber rezeki saya selama ini dan banyak pengalaman yang diperoleh selama saya bekerja. Saya berpeluang berkomunikasi baik bersama staf yang lain dan mendapat kerjasama sepasukan yang mantap. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah terus unggul seiring dengan hala tuju Sabah Maju Jaya.”

What I appreciated the most was the freedom to network with many people not only in Yayasan Sabah Group but also internationally, which is useful when I leave this great organisation soon.“ “Thank you Yayasan Sabah Group - I feel great being part of you.”

Puan Shariffah binti Shariff Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Penasihat Korporat Kepada Yayasan Sabah “Alhamdulillah, saya amat bertuah dan bersyukur menjadi sebahagian daripada warga Kumpulan Yayasan Sabah yang telah berkhidmat selama 25 tahun.

Puan Salbiah binti Skil @ Datu Skil Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Pembangunan Pendidikan “Tanpa disedari sudah 25 tahun berlalu. Saya sangat bangga dapat berkhidmat di organisasi yang gah di mata masyarakat serta bersyukur kerana diberi peluang untuk menyumbang khidmat kepada rakyat Sabah. Harapan saya agar Kumpulan Yayasan Sabah terus berkembang maju dan sentiasa memberi khidmat kepada rakyat Sabah yang benar-benar memerlukan bantuan.

Saya sentiasa berharap dan berdoa agar Kumpulan Yayasan Sabah terus unggul dan berbakti kepada rakyat Sabah. Saya juga berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah lebih mantap dan Anak-anak syarikatnya berjaya ke arah globalisasi. Selama 25 tahun berkhidmat, saya bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan yang luas malah juga dapat menghantar anak saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi dan mampu membeli rumah sendiri dengan kemudahan subsidi yang diberikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.”

Saya amat berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah yang telah banyak mengubah kehidupan saya dan keluarga.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

35


Encik Bawal Bahari bin Okiun Pegawai Kawasan Zon Pantai Timur Utara (Sandakan) “Saya tidak pernah bercita-cita untuk bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Akan tetapi sebagai anak jati negeri Sabah, adalah menjadi kebanggaan saya selama 25 tahun ini dapat berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah yang satu-satunya agensi yang perkhidmatannya berorentasikan pembangunan masyarakat di Sabah. Selama 25 tahun saya berasa bertuah dan berbangga berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah dengan jajaran pencapaian demi pencapaian unggul organisasi, begitulah juga harapan saya, bukan sahaja untuk 25 tahun yang akan datang bahkan untuk selamanya. Berkhidmat selama 25 tahun adalah satu rentetan waktu yang panjang. Dalam perkhidmatan selama 9,125 hari dengan Kumpulan Yayasan Sabah, seluruh hala tuju perjalanan kehidupan adalah bersama dengan organisasi ini. Arus dan badai tetap ada dalam setiap keadaan akan tetapi lingkar dalam secara keseluruhannya telah mengubah corak dan gaya kehidupan berkerjaya saya.”

Encik Waimin bin Asun Pembantu Tadbir Bahagian Pembangunan Pendidikan “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1996 sebagai pemandu. Kemudian pada tahun 2015 saya dipindahkan ke Bahagian Pembangunan Pendidikan sebagai Pembantu Tadbir di Unit Pentadbiran. Saya berasa bangga dapat berkhidmat di organisasi ini dan banyak pengalaman yang telah saya perolehi.

Puan Ismah binti Mohd Yunus Kerani Am Unit Kejuruteraan & Fasiliti Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) “Saya amat bersyukur dan gembira dapat bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun bermula pada bulan Mac 1996 sehingga kini. Rezeki bekerja di usia muda, menimba ilmu dan juga pengalaman pahit dan manis serta susah senang bersama sabahat-sahabat seperjuangan yang lama juga baharu dan bersama orang-orang yang lebih jauh berpengalaman walaupun dalam bidang yang berlainan. Harapan masa akan datang semoga Kumpulan Yayasan Sabah dapat meneruskan visi dan misinya dalam membentuk organisasi yang bergerak maju dalam meneruskan khidmat dalam hal kebajikan dan kekeluargaan kepada rakyat Sabah. Alhamdulillah dan terima kasih atas segala kemudahan serta peluang pekerjaan yang telah diberikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah kepada saya. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan terus unggul.”

Puan Nursahaya binti Asmah Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Setiausaha Korporat “Perasaan sangat bersyukur saya ke hadrat Allah SWT diberi rezeki untuk berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah yang begitu sinonim dengan imej negeri Sabah. Mula berkhidmat pada tahun 1996, saya gembira dan berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Kumpulan Yayasan Sabah.

Saya bersyukur atas peluang berkhidmat selama ini dan harapan saya agar organisasi ini terus maju ke hadapan, berbakti dan terus kekal teguh sebagai sebuah organisasi yang berprestij sesuai dengan moto Dinamik, Berjiwa Rakyat, Prihatin dan Komited.

Syukur Alhamdulillah selama bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah telah mengubah kehidupan saya sekeluarga melalui kemudahan pinjaman kenderaan, kewangan, rawatan perubatan dan lain-lain.

Selama saya berkhidmat, banyak perubahan berlaku terutama kemajuan dalam kehidupan. Setinggi-tinggi terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas anugerah ini.”

Harapan saya untuk 25 tahun akan datang adalah Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menyumbang bakti kepada rakyat Sabah melalui bidang pendidikan dan sosioekonomi khasnya kepada penduduk luar bandar.”

36

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Puan Hajah Safiah binti Haji Ibrahim Pegawai Sumber Manusia Kanan Unit Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) “Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana telah berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun di bawah pengurusan ketua bahagian/unit yang berwibawa dan dalam suasana pejabat yang cukup selesa. Persekitaran ini membantu saya menimba pelbagai ilmu pengetahuan, memberikan pengalaman kerja yang berguna dan persahabatan yang amat bermakna dalam kehidupan. Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah menjadi sumber rezeki selama ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah yang pernah menjadi ketua saya dan sahabat yang sentiasa berkongsi ilmu, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang perkhidmatan saya di sini. Saya berasa amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Pengurusan yang telah memberi Anugerah Jubli Perak sempena perkhidmatan 25 tahun ini kepada saya. Harapan saya semoga Kumpulan Yayasan Sabah kekal selamanya sebagai tempat berteduh dan mencari rezeki pada generasi akan datang. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan terus kukuh, unggul dan maju jaya di semua peringkat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan visi dan misinya. Diharap organisasi ini akan kekal menjadi organisasi yang sentiasa berjiwa rakyat, prihatin dan komited untuk membantu membangunkan ekonomi dan kehidupan rakyat dan terus menjadi peneraju kepada agenda mengangkat martabat pendidikan anak-anak Sabah dalam menyediakan modal insan yang berkemahiran tinggi. Saya dapat menjana pendapatan dengan bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Pendapatan ini telah membantu saya dan keluarga membina kehidupan yang lebih sempurna dan selesa. Lebih-lebih lagi Kumpulan Yayasan Sabah sangat prihatin dalam soal kebajikan warganya contohnya bantuan rawatan perubatan setiap tahun banyak meringkankan kos sara hidup saya. Di samping itu, dengan adanya Skim Persaraan Warga Yayasan Sabah (SPWYS) untuk warga yang bersara juga memberi kelegaan dan jaminan masa depan kepada saya selepas bersara kelak.”

Encik Shajami bin Moksan Pembantu Tadbir Bahagian Pembangunan Pendidikan “Saya sangat bersyukur dan bangga dapat berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah kerana dengan itu saya telah menimba banyak pengetahuan dan pengalaman. Saya berharap semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju menjadi sebuah organisasi yang terbaik di Malaysia. Sepanjang berkhidmat, Kumpulan Yayasan Sabah telah menjamin kesejahteraan saya dan keluarga terutama sekali dari segi ekonomi. Segala apa yang saya miliki adalah berpunca daripada khidmat saya dengan Kumpulan Yayasan Sabah, terima kasih. Sabah Maju Jaya.”

Encik Adman bin Haji Samat Pegawai Tadbir Kanan Zon Pantai Barat Utara (Kota Marudu) “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Syukur Alhamdulillah. Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurniaan kesihatan dan peluang yang baik, saya berkesempatan mencurahkan bakti kepada negeri ini melalui perkhidmatan saya dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Sepanjang tempoh berkhidmat, banyak pengalaman kerja yang saya perolehi serta ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Semua ini adalah atas sokongan dan kepercayaaan sepenuhnya daripada pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana memberi saya peluang berkhidmat dengan organisasi ini selama 25 tahun. Menjadi harapan saya agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus relevan dan mencapai banyak kejayaan pada masa akan datang di samping terus mengekalkan momentum menyumbang bakti kepada rakyat negeri Sabah selari dengan hala tuju kerajaan negeri. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

37


Anugerah

Jasamu Dikenang Puan Momoi @ Nani binti Ambun Pustakawan Kanan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens Puan Yong Ng Moi @ Theresa Yong Pengurus Pejabat Setiausaha Korporat “Saya mula berkhidmat pada 1 Julai 1986. Tiga puluh lima tahun berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah merupakan satu rahmat untuk saya. Organisasi ini banyak mengubah kehidupan saya dan keluarga ke arah yang lebih baik. Untuk itu, saya amat berterima kasih atas ruang dan peluang yang telah diberikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Sehingga kini, setiap kali nama Kumpulan Yayasan Sabah dipetik, saya berasa bangga dapat berkhidmat bersama organisasi ini yang dinamik, prihatin, berjiwa rakyat dan menjadi kebanggaan rakyat Sabah. Antara pengalaman manis bersama Kumpulan Yayasan Sabah ialah ketika kami menjayakan program teras/Yayasan Sabah Bersama Rakyat di peringkat daerah. Di sini, kami berpeluang berinteraksi, beramah mesra serta berkenalan dengan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Malahan, berkhidmat di pejabat Zon Kumpulan Yayasan Sabah dan mengendalikan program sosial merupakan pengalaman yang banyak mengubah kehidupan dan membuka pandangan terhadap keperluan rakyat di peringkat akar umbi. Pengalaman-pengalaman manis ini mendorong saya untuk terus bergerak dalam program-program Badan Bukan Kerajaan (NGO). Oleh itu, walaupun telah bersara, saya akan terus berkhidmat kepada masyarakat melalui Pertubuhan Paradigma Wanita Sabah (AWAS), sebuah NGO yang menganjurkan program-program membantu membangunkan para wanita di Sabah. Paling penting, sekarang saya akan meluangkan lebih banyak masa dan aktiviti bersama ahli keluarga. Nasihat saya kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah yang masih berkhidmat, stay committed and united in whatever you do. Enjoy your work and do your best. May Yayasan Sabah Group continues to prosper to greater heights.”

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Februari 1982. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah ialah seperti kemudahan dan ganjaran yang diberikan kepada staf. Aspek yang paling sukar ketika bertugas ialah kehilangan ramai rakan sekerja apabila organisasi terpaksa melaksanakan VSS pada tahun 2003. Kini, saya berehat dan banyak meluangkan masa bersama keluarga. Saya akan merindui suasana bekerja di pejabat dan rakan-rakan yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. Saat-saat yang tidak akan dilupakan ialah peluang yang telah diberikan untuk mengetuai urus setia k@Borneo iaitu usaha kolektif untuk bekerjasama di peringkat antarabangsa dalam mengenal pasti dan memelihara bahan Borneo di antara tiga buah negara iaitu Malaysia (Sabah & Sarawak), Indonesia (Kalimantan) dan Brunei Darussalam. Kepada staf yang masih berkhidmat, bekerjalah dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus relevan dan berkembang maju.”

Puan Hailin binti Ubis Penolong Pengasuh Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 12 November 1990 dan berkhidmat selama 30 tahun dalam organisasi ini. Secara umumnya, aspek terbaik bekerja dengan organisasi ini ialah suasana kerja yang baik dan kondusif. Saya menikmati masa saya di sini dan pasti akan merindui rakan sekerja apabila bersara. Selama 30 tahun, saya berbangga untuk mengatakan bahawa saya tidak menghadapi sebarang kesulitan semasa bekerja di sini. Nasihat saya kepada semua staf dan pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah adalah untuk bekerja dengan jujur dan berdedikasi untuk mencapai visi, misi dan objektif Kumpulan Yayasan Sabah.”

38

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Encik Ganilin Hashim Pegawai Tadbir Kanan Zon Pedalaman Selatan (Beaufort) “Saya telah berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 32 tahun bermula pada tahun 1986 di bawah Rakyat Bersatu dan kemudian diserapkan ke Yayasan Sabah pada tahun 1989. Sejujurnya, saya amat teruja apabila diberikan tanggungjawab melaksanakan tugas kemasyarakatan luar bandar di seluruh Sabah membantu Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan mutu pendidikan dan mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Sabah. Aspek yang paling sukar ketika bertugas ialah berdepan dengan kekurangan peruntukan untuk melaksanakan program kemasyarakatan, perbezaan fahaman politik dalam kalangan pemimpin masyarakat dan isu logistik apabila bertugas di luar bandar. Dalam tempoh persaraan ini, saya meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini. Pada masa yang sama, saya amat merindui kemudahan yang diberikan, masa bersama rakan-rakan sekerja, tugasan yang mencabar, merindui masyarakat di luar bandar dan majlis makan malam tahunan Kumpulan Yayasan Sabah. Detik yang saya tidak akan lupakan ialah ketika diberi kepercayaan menyandang jawatan sebagai Naib Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Kumpulan Yayasan Sabah. Pesanan saya untuk rakan-rakan yang masih berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah, teruskan berkhidmat selaras dengan visi dan misi Kumpulan Yayasan Sabah. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

Puan Jane Dullah Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada Disember 1982 di Bahagian Pembangunan Pendidikan. Pada tahun 2020, saya dipindahkan ke Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian. Aspek terbaik semasa saya bertugas di kedua-dua bahagian ini ialah kerjasama baik yang ditunjukkan antara rakan sekerja semasa bertugas. Selain daripada itu, sikap toleransi antara satu sama lain bagi mengeratkan hubungan silaturahim juga baik walaupun berbeza bangsa dan agama. Dalam menjalankan tugasan harian sudah tentu kita menghadapi pelbagai dugaan. Begitu juga saya. Saya sering menghadapi masalah dengan para peminjam yang ingkar dan tidak memberi kerjasama ketika membuat perbincangan mengenai pinjaman mereka. Namun begitu, saya amat gembira kerana masalah yang timbul dapat diselesaikan. Perancangan saya selepas bersara termasuklah membuka perniagaan secara kecil-kecilan dan mengusahakan tanaman bunga serta herba. Saya akan merindui semua staf yang baik, sporting, peramah dan sering membantu saya. Suasana pejabat yang sibuk, happening dengan keadaan penghawa dingin yang tidak menentu. Terlalu banyak memori yang tidak dapat saya lupakan. Antaranya ialah saya dapat menyiapkan tugasan yang sukar dalam tempoh yang singkat dan saya dapat bertemu para peminjam ketika bertugas di luar daerah. Pesanan saya kepada kawan-kawan yang masih bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah, berkhidmatlah dengan penuh dedikasi dan berintegriti. Selamat maju jaya.”

Encik Bahrah bin Tuni Chief Chargeman Bahagian Perhutanan, Lahad Datu “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada Oktober 1987 dan telah bertugas selama 33 tahun. Aspek terbaik semasa saya bertugas di organisasi ini ialah bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan. Dalam menjalankan tugasan harian sudah tentu kita menghadapi pelbagai dugaan. Saya juga sering menghadapi masalah apabila menerima laporan kerosakan yang lambat dibaiki. Jika dikenang kembali, itulah aspek yang paling sukar ketika bertugas. Namun, saya gembira kerana apa jua masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Antara memori yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika mengiringi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dalam lawatan Baginda ke Kumpulan Yayasan Sabah. Saya juga pernah mengiringi menterimenteri dan orang kenamaan yang mengadakan lawatan bersama-sama wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan, Kumpulan Yayasan Sabah. Nasihat kepada semua staf yang masih berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah, sentiasa amalkan sikap bersih, cekap dan amanah.” BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

39


Encik Chu Nyuk Sang @ Patrick Chu Penolong Pegawai Tadbir Kanan Zon Pedalaman Utara (Keningau)

Tuan Haji Hadzis Jumat Pegawai Kawasan Zon Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu) “Saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 35 tahun bermula pada 16 Januari 1986. Saya berasa amat bangga kerana diberi peluang berkhidmat dengan organisasi yang memainkan peranan besar di negeri ini. Saya juga berpeluang memajukan diri dari peringkat bawah hingga ke peringkat tinggi dengan memegang jawatan Pegawai Kawasan Zon Pantai Barat Selatan (ZPBS). Pengalaman paling sukar yang pernah saya lalui ialah apabila diberi sesuatu tugasan yang belum pernah dibuat sebelum ini dan dikehendaki siap dalam masa tertentu yakni bekerja dalam keadaan tertekan dan mencabar. Segala kerja yang sukar boleh menjadi mudah pada kemudian hari dan menjadi suatu kepuasan apabila tugasan tersebut dapat disempurnakan. Kini, saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga dan memantapkan diri dalam aspek keagamaan. Saya amat merindui rakan-rakan di pejabat ZPBS kerana kami menempuhi susah dan senang bersama ibarat sebagai sebuah keluarga yang sudah saling mengenali hati budi masing-masing. Saya juga merindui pelaksanaan program-program teras zon dan interaksi bersama masyarakat. Saat yang paling tidak boleh saya lupakan ialah memori ketika menaiki bot yang hampir karam di muara Sungai Beluran pada musim tengkujuh bulan Disember 1995 dalam satu misi tinjauan projek pembinaan Asrama Desa Yayasan Sabah di Kampung Sungai-Sungai, Beluran. Pesanan saya kepada rakan-rakan agar berkhidmat dengan jujur, ikhlas, berlaku adil, patuhi undangundang dan berilah khidmat terbaik kepada rakyat Sabah tanpa memilih warna kulit, kaum dan agama. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus Maju Jaya.”

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Mac 1994 dan berkhidmat selama hampir 28 tahun dalam organisasi ini. Antara aspek terbaik sepanjang tempoh berkhidmat adalah semangat kerja berpasukan yang mantap dalam kalangan staf. Semangat kerja berpasukan inilah yang banyak mengajar saya betapa pentingnya hubungan dengan rakan-rakan dalam menjalankan tugasan seharian kita. Sepanjang berkhidmat, saya tidak pernah mengalami tempoh kesukaran sama ada menjalankan tugasan di dalam ataupun di luar pejabat. Perancangan setelah bersara kelak, saya akan bersama-sama dengan keluarga untuk mengusahakan kebun di kampung. Setelah berkhidmat dalam tempoh masa yang lama, tentunya saya akan merindui rakan-rakan sekerja, banyak kenangan yang dilalui bersama. Antara situasi kerja yang saya tidak dapat lupakan sepanjang tempoh perkhidmatan adalah semasa saya bertugas di Bahagian Ambulans, bersiap sedia untuk program Climbathon dengan kurang persediaan latihan, saya cedera semasa menuruni gunung dan keadaan itu menyukarkan saya untuk berjalan. Sebagai nasihat khas buat semua warga Kumpulan Yayasan Sabah, bekerjalah dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Semoga visi dan misi Kumpulan Yayasan Sabah akan tercapai dengan jayanya untuk anak-anak kita di masa hadapan.”

Encik David Yuntalla Guru Tadika Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak “Saya ditawarkan jawatan sebagai Jurulatih Muzik Kanan di Pusat Perkembangan Kanak-kanak Yayasan Sabah pada 7 Mei 1990. Sebagai penggiat seni, semestinya aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah apabila saya dapat menjalankan tugas dengan baik dan profesional melalui ciptaan-ciptaan lagu baharu lalu menyampaikannya kepada kanak-kanak. Lazimnya, aspek yang agak mencabar kepada guruguru di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak ialah dari segi pengawalan kelas, kerana perangai dan tingkah laku kanak-kanak tidak sama. Namun, saya akan tetap merindui suasana riuh rendah dan juga gelagat kanak-kanak di Tadika Ria Kumpulan Yayasan Sabah. Rancangan saya selepas bersara ialah saya ingin menghasilkan lagu kanak-kanak melalui YouTube. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memberi peluang untuk berkhidmat selama 31 tahun.”

40

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Encik Sapinin bin Nawawi Pegawai Hutan Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar (Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam) Lahad Datu “Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 2006. Pengalaman bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah, khususnya di pejabat Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar memberi impak positif kepada saya terutama dalam kerja-kerja berkumpulan dan kebersamaan ketika susah dan senang. Penerapan budaya gotong-royong, ketekunan dan kesabaran menerima tugasan yang diamanahkan merupakan aspek penting terutama ketika ditempatkan tengah hutan belantara. Sepanjang bekerja, tiada masalah sukar yang pernah dirasakan selain saat-saat apabila diperlukan menghantar staf yang sakit ke hospital. Perjalanan jauh dengan jalan licin berlumpur atau putus sangat menyukarkan untuk segera sampai ke hospital sehingga terdapat kes meninggal dunia sebelum sampai ke hospital. Selepas bersara, saya berniaga secara kecil-kecilan berdasarkan pengalaman bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah terutama sekali dalam bidang ekopelancongan. Saya merindukan suasana kekeluargaan antara staf tanpa mengira pangkat dan bekerja dengan pihak Pengurusan yang sentiasa berkongsi ilmu. Suasana sebegini merupakan nostalgia yang tidak akan dilupakan. Kesempatan bekerja di beberapa kawasan selama belasan tahun merupakan suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan tidak akan saya lupakan sampai akhir hayat. Kepada staf yang masih berkhidmat, bekerjalah sebaik mungkin serta bersifat jujur sepanjang bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Teruslah mencari ilmu dan tunjukkan kemampuan anda sesuai dengan bidang yang anda minati.”

Puan Ting Ming Chu Akauntan Kanan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB) “Saya menyertai Bahagian Akaun dan Kewangan pada 4 Mac 1985. Sepanjang perkhidmatan, saya telah didedahkan dengan pelbagai program sosial Kumpulan Yayasan Sabah yang memberi pengalaman kepada staf untuk memupuk semangat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Selain aktiviti sosial, saya juga didedahkan pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan berkaitan aktiviti komersial. Antara suasana yang akan saya rindui adalah persekitaran Menara Tun Mustapha yang indah, perhubungan baik dengan rakan-rakan sepejabat dan rakan-rakan luar pejabat. Walau bagaimanapun, saya juga menghadapi cabaran yang tidak dapat dielakkan. Tugas harian memerlukan tenaga kerja secara berpasukan untuk menyempurnakan sasaran kerja dan gangguan dalam rangkaian pasukan menimbulkan kesukaran dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan ialah semasa menghadiri temu duga untuk bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah yang pada ketika itu diadakan di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd Fuad Stephens. Saya juga tidak akan lupa hari pertama saya melapor diri bekerja di Bahagian Akaun dan Kewangan. Saya sangat bersyukur dapat berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sehingga saya bersara wajib. Saya akan meneruskan kerja-kerja amal melalui persatuan sukarelawan dalam tempoh persaraan ini. Diharapkan semoga warga Kumpulan Yayasan Sabah berkhidmat dengan bersih, cekap dan amanah agar Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa maju jaya dalam usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat di negeri ini.”

Puan Hajah Muhilim @ Masniah bt. Buaya @ Buayie Pengurus Unit Tajaan Bahagian Pembangunan Pendidikan “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada Januari 1980 dan amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang berkhidmat selama 41 tahun. Dengan kerjasama yang baik daripada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah, saya tidak pernah mengalami sebarang kesukaran selama tempoh saya berada di organisasi ini. Selepas bersara, saya pasti merindui rakan-rakan sekerja. Nasihat khas saya kepada semua, berkerjalah dengan penuh keikhlasan dan teruskan sikap berkerjasama yang baik dalam kalangan staf agar dapat menjaga nama baik organisasi ini.” BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

41


Puan Susan binti Malagob Pembantu Eksekutif kepada Ketua Pegawai Eksekutif D’Heritage Sdn. Bhd. “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada bulan Ogos 1983 di Jabatan Perkhidmatan Komputer sebagai Computer Programmer. Aspek terbaik bertugas dengan Kumpulan Yayasan Sabah ialah keprihatinan organisasi ini terhadap kebajikan staf dalam menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi perumahan, perubatan, peluang untuk melanjutkan pelajaran, sistem persaraan yang munasabah dan banyak lagi. Setiap tugasan mempunyai cabaran tersendiri terutama sekali apabila bertugas di luar negara untuk mempromosikan Sabah International Convention Centre (SICC) yang pada ketika itu bangunan tersebut masih belum siap. Apabila bersara kelak, saya akan berkecimpung dalam bidang perniagaan dan aktif dalam beberapa pertubuhan seperti Sabah Business Event Association dan sebagainya. Saya akan merindui SICC. Sepanjang bekerja di SICC, saya telah didedahkan dengan banyak perkara-perkara baharu, bertemu dengan ramai orang daripada pelbagai industri, pendedahan terhadap teknologi yang baharu dan sebagainya. Saat-saat yang tidak dapat dilupakan apabila saya berjaya ke garis penamat perkhidmatan saya dengan Kumpulan Yayasan Sabah dan bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan kesihatan yang baik. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah dan semoga organisasi ini akan terus maju, terbilang dan cemerlang.”

Puan Mariam A. Bagul Penolong Pegawai Kawasan Zon Pantai Timur Selatan (Tawau) “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Mei 1989. Setelah bersara, kini saya lebih selesa untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Antara aspek yang saya sangat rindui ketika bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah adalah suasana bekerja berkumpulan, berkomunikasi antara rakan sekerja dengan baik dilengkapi dengan situasi pejabat yang selamat dan harmoni. Nasihat saya buat staf yang masih bekerja, laksanakanlah kerja harian kamu dengan jujur, amanah dan integriti.”

Puan Catherina Marcus Kondungan Kerani Am/Jurutaip Bahagian Audit Dalaman (YS/ICSB) “Saya mula bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 April 1981, dan saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat di organisasi ini selama 40 tahun. Pada pendapat saya, aspek terbaik berkerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah ialah budaya kerja berpasukan dengan semua staf dan juga pihak Pengurusan yang sentiasa memberi bimbingan dan sokongan. Saya pasti akan merindui ini semasa persaraan saya. Saya ingin menambah bahawa saya tidak pernah menghadapi sebarang kesulitan sepanjang tempoh saya berkhidmat. Rancangan saya selepas bersara ialah mengusahakan kebun saya sendiri dan cuba menanam hasil tanaman seperti buah-buahan. Kepada staf yang masih dalam perkhidmatan, saya berharap anda semua akan terus bekerja dengan dedikasi demi kebaikan generasi akan datang.”

Puan Verna Onoh Penolong Pegawai Kawasan Zon Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu) “Bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah bermula tahun 1982 telah mendedahkan saya dengan pelbagai pengalaman kerja luar bandar. Saya terlibat dalam mengadakan program-program seperti intelek minda di sekolah-sekolah luar bandar, program sosioekonomi bagi membantu pendapatan keluarga luar bandar seperti petani dan juga program sosiobudaya. Melalui pengalaman ini, saya dapat mengetahui kehidupan masyarakat di luar bandar dan cara mereka mendidik anak-anak sehingga berjaya mendapat pendidikan yang dibanggakan. Saya juga pernah berhadapan dengan cabaran ketika bertugas apabila terdapat kumpulan sasaran yang enggan memberi kerjasama ketika pelaksanaan program besar. Budaya bekerjasama sebagai satu pasukan dalam menjayakan program anjuran jabatan dan peluang melancong bersama rakan-rakan sepejabat dan ketua jabatan adalah antara pengalaman yang paling saya rindui. Antara kenangan lain yang tidak dapat saya lupakan adalah peluang menyertai program motivasi staf di luar pejabat. Selepas menamatkan perkhidmatan, saya banyak meluangkan masa bersama anak-anak yang berada di luar negeri di samping terus aktif dalam aktiviti kerohanian. Nasihat saya kepada staf dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah adalah bekerjalah dengan penuh dedikasi selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya.”

42

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Encik Arthur Galing Asai Manager Borneo Security Centre Sdn Bhd Encik Primus bin Majaing Pemandu Unit Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) “Saya telah berkhidmat selama 32 tahun empat bulan sejak mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 3 Januari 1989 sebagai pemandu. Sepanjang berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya tidak berasa stres kerana selalu ditugaskan ke luar daerah membawa staf Kumpulan Yayasan Sabah. Walau bagaimanapun, setiap perjalanan ke luar daerah tersebut pasti ada cabaran yang terpaksa dilalui terutama sekiranya membawa staf masuk ke kawasan hutan. Sebagai pemandu, saya bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan penumpang. Setelah bersara, saya menjalankan aktiviti seperti menjaga kebun dan juga membuat kerja kontrak kecil-kecilan bagi mengisi masa yang ada memandangkan sudah biasa bekerja. Saya merindui saat-saat bersama rakan sekerja terutamanya ketika bertugas di luar daerah. Sepanjang dalam perkhidmatan, banyak perkara yang amat lucu namun semangat kerjasama dan sikap saling mengambil berat amat dititikberatkan. Kepada sahabat-sahabat yang masih bertugas, bekerjalah sebaik mungkin kerana kita bekerja bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk semua.”

Encik Jounin bin Gukung Pemangku Penolong Pegawai Tadbir Unit Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1991. Setelah bersara saya lebih selesa meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Antara aspek yang saya bersyukur ketika bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah adalah jumlah gaji yang sesuai buat saya, perkhidmatan kesihatan, pemberian bonus tahunan dan pelbagai peluang buat saya menghadiri kursus dalaman yang ditawarkan. Setelah bersara, saya kini lebih santai dan selesa untuk menjadi petani moden. Saya amat merindui sifat kerjasama baik semua staf daripada peringkat paling rendah hingga ke peringkat tinggi. Nasihat saya buat staf yang masih bekerja, laksanakanlah kerja harian dengan jujur, amanah dan berintegriti.”

“I joined Yayasan Sabah Group in September 1982, after completing my studies in Holland under the Yayasan Sabah Group scholarship. For me, the best aspect of working with Yayasan Sabah Group is the ability to gain numerous exposure and experiences. With that said, I would say that the most challenging component of work at Yayasan Sabah Group was assigned to run a subsidiary of Yayasan Sabah Group. When the pandemic reared its head, the company was affected. Nevertheless, I would miss the challenges during my retirement. My fondest memory of working with Yayasan Sabah Group was assigned to the Yayasan Sabah Concession Area in Papua New Guinea in 1996. I was one of the first two staff to set foot in the jungle after sailing in a canoe along the Fly River for four days, infested with crocodiles. I am grateful to Yayasan Sabah Group that I provided for my family. I also learned to be a responsible individual during my time at Yayasan Sabah Group. As a result, I hope that Yayasan Sabah Group personnel would take advantage of this chance to learn to be reliable and diligent in carrying out their tasks and obligations.”

Encik Cosmas Ong Draughtsman Forestry Division, Kota Kinabalu “I started working for Yayasan Sabah Group on the 1st of April 1980 and by the grace of God, I was able to devote 41 years to this prestigious organisation. In my opinion, the best aspect of working with Yayasan Sabah Group was being able to provide and improve my family’s life. Working with Yayasan Sabah Group also shape me into a better person. I only faced difficulties during the COVID-19 pandemic. Other than that, it was smooth sailing, and I will miss my colleagues here in Yayasan Sabah Group. My advice would be that success is sweet, but how successful you become is up to you, pandemic or no pandemic. Tough times don’t last; tough people do. Work as a family and put your best effort into Yayasan Sabah Group. I leave behind one of the best stages of my life with a heavy heart. Thank you Yayasan Sabah Group.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

43


Encik Yun Ted Yong Internal Auditor Internal Audit Division (YS/ICSB) “I joined Yayasan Sabah Group in February 1998. The best aspects of working with Yayasan Sabah Group were job security, benefits and job opportunities towards achieving the set missions of the organisation. The most challenging aspects while working with Yayasan Sabah Group was time management for completion of tasks and remaining objective when reporting. Now that I am retired, I would spend time doing activities such as fishing, walking, hiking and reading. I certainly would miss going to the office everyday, and I would miss a few friends. I hope the staff will work hard and that Yayasan Sabah Group will continue to excel in the years to come.”

Puan Janet Damean Giluk Assistant Company Secretary Company Secretary “I joined Yayasan Sabah Group in 1985. Working with Yayasan Sabah Group has given me a sense of security, assurance and comfort, which contributed significantly to my achievements and changed my life and family. For that, I am forever grateful to Yayasan Sabah Group. However, it can be quite an unpleasant experience dealing with a demanding boss. Well, it’s part and parcel of working life. Now that I have retired, I will have an abundance of time to spend with my family. I am going to miss my working lifestyle and my colleagues. I will treasure the friendship and the sweet memories that we have gone through over the years. I hope that all staff still in service do their best to serve Yayasan Sabah Group with dedication. May Yayasan Sabah Group continues to be successful in carrying out its vision, mission and objectives.”

Mini SPORTS CARNIVAL

Among the winners competing in darts, carrom, table tennis and petanque.

Innoprise Capital Sdn. Bhd. organised a two-day in-house mini sports carnival on 30 to 31 January 2022 at the Tun Adnan Sports Complex. Ninety-two staff from Yayasan Sabah Group including Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) and University College Sabah Foundation (UCSF) took part in the two-day event. Four games were organised, namely dart, table tennis, carrom, and petanque. In the table tennis event, Encik Mohd Azuan bin Burahan from UCSF emerged as champion in the singles category. The runner-up went to Encik Mohammad Nasrun bin Abdullah also from UCSF. In the doubles category, both players combined to emerge as champions. Encik Razak Abdul Majid from Information and Communication Technology Section and Encik Khairul Adha Ibrahim from Borneo Security Centre Sdn. Bhd. took the runner-up prize. In the mixed doubles category, Encik Tony bin Alias and Puan Siti Fatimah Lailatul Qadrina, both from East Coast South Zone, won the top prize. Encik Mohd Hasnarol Ekhzan dan Puan Sharmimie Mohd Hussain from UCSF, had to settle for the runnerup spot. In the carrom event, the winner for the singles category went to Encik Rohan bin Sapri from KTYS. The runner-up prize went to Encik Rahmat bin Abdul Hamid from the Education Development Division (EDD). In the ladies singles category, Puan Rafidah binti Ahmad Kepala from RBJ Tawau took the top prize, and the runner-up went to Puan Irene Vung from EDD. 44

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


For the men’s doubles category, the top prize went to Encik Khairul Paiman and Encik Syafiq Ashraf Ignatius Abdullah from the Enrichment and Monitoring Unit (EMU) while Encik Rahmat Abd. Hamid and Encik Norzaman Ghaffar from EDD took away the runner-up prize. In the mixed doubles, Encik Mohd Jainin Min and Puan Rafidah binti Kapala from RBJ Tawau took the top and the runner-up prize went to Puan Badariah Ismail from EDD and Encik Rohan Sapri from KTYS. In the petanque event, Encik Suziman Salleh from RBJ Tawau won the top prize in the men’s singles category, while the runner-up prize went to Rumansah Adam from UCSF. In the ladies’ singles category, Puan Rafidah binti Kapala from RBJ Tawau grabbed the top prize while Puan Rovica Kinupal, also from RBJ Tawau, took the runner-up prize. Encik Syafiq Ashraf Ignatius Abdullah and Encik Rumansah Adam from EMU performed well to emerge as champions in the men’s doubles. Encik Andrianus Lolon and Ismail Baki from RBJ Tawau had to settle with the runner-up prize. The mixed doubles result saw Encik Mohd Jainin Min and Puan Rafidah from RBJ Tawau snatched the top prize, leaving the runner-up prize to Encik Masdin from RBJ Tawau and Cik Suzanirahwati Abd. Ghani from the Administration Unit. In the dart competition, Encik Abd. Wahap Abd. Latif from RBJ Tawau emerged as champion in the singles category after having outplayed all his opponents. Encik Hazidin Gaphin from the Account and Financial Services Division (YS/ICSB), had to settle for the runner-up prize. Puan Joanna Lojikim from the Corporate Secretary’s Office managed to grab the top prize in the ladies singles category. Her final opponent Puan Florence Yap from Child Development Division, took away the runner-up prize. In the men’s doubles, Encik Ismail Baki and Encik Abd. Wahap Abd. Latif from RBJ Tawau took away the top prize. While their opponents, Encik Zulkifli Yahya and Encik Muhammad Sunny Harizam, also from RBJ Tawau, settled for the runner-up prize. In the mixed doubles category, Encik Ismail Baki and Puan Rovica Kinupal from RBJ Tawau performed well to emerge as champion, while the runner-up prize went to Encik Abd. Wahap Abd. Latif and Cik Siti Khadizah Abd. Fattah, also from RBJ Tawau.

Staff in action.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

45


PERTANDINGAN

SUKAN MEMANCING Innoprise Capital Sdn. Bhd. telah menganjurkan Pertandingan Sukan Memancing Kumpulan Yayasan Sabah pada 26 Mac 2022 yang lalu bertempat di tembok pantai Menara Tun Mustapha, Likas. Kejohanan ini disertai oleh dua puluh empat orang staf Kumpulan Yayasan Sabah termasuk Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). Tempat pertama dimenangi oleh Encik Raymeo Priestly Kudin daripada Unit Hartanah dengan berat ikan 1,755 gram. Tempat kedua, dimenangi oleh Encik

Pemenang tempat pertama, Encik Raymeo Priestly Kudin.

Abdal Mantamin daripada Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan dengan berat ikan 750 gram. Tempat ketiga, dimenangi oleh Encik Suzelan bin Suhaimin daripada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan dengan berat ikan 650 gram. Seterusnya, tempat Keempat, dimenangi oleh Encik Mandari Gepong daripada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan dengan berat ikan 400 gram. Manakala, tempat Kelima, dimenangi oleh Encik Abdul Rashid Mahali daripada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan dengan berat ikan 350 gram. Tempat keenam pula dimenangi oleh Encik Laxmi

Pemenang tempat kedua, Encik Abdal Mantamin.

Abul Sali juga daripada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan dengan berat ikan 300 gram. Bagi penerima sagu hati pula terdiri daripada Encik Joefairul bin Johari daripada Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Encik Mohd Hishamuddin Shah bin Yusof daripada Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Encik Azmi bin Mokhtar daripada Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ ICSB) dan Encik Jeffry Kalbi daripada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan dengan masing-masing berat ikan 200 gram.

Pemenang tempat ketiga, Encik Suzelan bin Suhaimin.

Suasana pada hari pertandingan.

46

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


DO YOU

KNOW? Higher than the Statue of Liberty of the US, the tallest tropical tree in the world is a 100.8 metre-tall (330.7 feet) Yellow Meranti (species: Shorea faguetiana), discovered in Danum Valley Conservation Area in 2019. It’s the second tallest tree in the world, just behind Hyperion, the 115.92-metre-tall (380.3 Feet) Coast redwood in California’s Redwood National Park.

Photo by Dr. Arthur Chung

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

47


D o w n M e m o r y

EDITORIAL

PENASIHAT Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Rosly R. T. Jr Jeffrey Richard Baxter SUMBANGAN RENCANA Staf Pusat Kraftangan Sabah Staf Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar Staf Pejabat Zon Pantai Barat Utara

L a n e REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin Muhammad Fahmi Abdul Alim Hannah Hidayati binti Zainudin Juliana Lim JURUGAMBAR Bertille Alex Boyou Jeffrey R. Baxter Samson Lawrence Azli Abu Bakar Mazlan Haruddin Junior Juryzam bin Jumat

Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd. Staf Pusat Kraftangan Sabah Staf Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar Staf Pejabat Zon Pantai Barat Utara TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.