BERITA 2025 VOL.3 (8.10.2025)

Page 1


KUMPULANYAYASANSABAH

PELAJAR CEMERLANG,

GENERASI GEMILANG

- Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor

Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
Edaran Percuma Jul - Sept 2025
Jilid 3/2025

ANUGERAH BIASISWA CEMERLANG NEGERI SABAH: Generasi Harapan Negeri Sabah

Mohammad Arif bin Mohammad Adam menerima
ABCNS yang disampaikan oleh
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Usaha memartabatkan pendidikan yang berkualiti melalui pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri Sabah diteruskan dengan penganjuran Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah siri ke-36 dianjurkan secara bersama oleh Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Seramai 40 pelajar cemerlang SPM telah menerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) tajaan Kumpulan Yayasan Sabah. Di samping itu, 50 orang pelajar STPM dan 10 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara menerima Anugerah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), manakala 17 orang pelajar STAM menerima Anugerah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik mereka.

Majlis ini turut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada 21 Julai 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

“Saya mendapat panggilan telefon daripada Guru Kaunseling SMK Bahang yang merupakan cikgu saya semasa belajar di sana yang lebih dikenali sebagai Cikgu Linus. Beliau menyampaikan berita mengenai penganugerahan ABCNS kepada saya. Saya berasa sangat terharu dan gembira yang tidak terkata. Saya juga berasa lega mengetahui keluarga saya tidak akan terbeban dengan pengajian saya,” Joyce Nicole Nicholas Mojugit, 18, menceritakan detik-detik apabila mengetahui menjadi salah seorang penerima ABCNS.

Joyce berasal daripada daerah Penampang dan merupakan anak ke dua daripada tiga orang adik-beradik. Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat Asasi Sains. Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, Joyce berasa bersyukur dianugerahkan ABCNS.

“Saya akan melanjutkan pengajian ke Semenanjung Malaysia dan akan berjauhan daripada keluarga. Saya percaya, tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah ini dapat meringankan beban ibu saya yang menanggung tiga orang anaknya bersendirian. Tajaan pendididkan ini merangkumi perbelanjaan tiket penerbangan, yuran pengajian, perbelanjaan makanan, keperluan asrama dan keperluan pembelajaran yang sudah pasti memakan belanja yang agak besar,” kata Joyce yang menyimpan cita-cita untuk menjadi Doktor Pakar Pediatrik.

Tambahnya lagi, tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah merupakan inisiatif yang efektif dalam membuka peluang kepada anak-anak yang berpotensi di negeri ini ke peringkat yang lebih tinggi walaupun menghadapi kekangan kewangan keluarga. Tajaan ini juga menjadi motivasi dalam meningkatkan prestasi pelajar dan memartabatkan identiti sebagai seorang rakyat Sabah yang berpendidikan.

“Kepada pelajar yang ingin memohon biasiswa daripada Kumpulan Yayasan Sabah, teruslah berusaha dengan gigih dalam meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Berdoa kepada Tuhan dan berusahalah pasti akan dibukakan peluang untuk mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran,” ujar Joyce berkongsikan tip dalam persediaan sebelum memohon biasiswa bagi melanjutkan pelajaran.

Gambar penerima ABCNS siri ke-36.

“Saya berasa amat terharu dan sangat gembira apabila mendapat penganugerahan ABCNS. Saya juga berasa dihargai dan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan yang saya impikan. Tajaan ini bukan sahaja akan meringankan beban kewangan keluarga saya, tetapi juga satu bentuk kepercayaan terhadap potensi saya untuk menjadi anak negeri ini yang bertanggungjawab dan mempunyai masa depan yang cemerlang,” kata Adam Hariz bin Sulhajji, 17, yang berasal daripada Kota Kinabalu.

Bercita-cita menjadi Doktor Veterinar pertama dalam kalangan ahli keluarganya, Adam melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Asasi Sains Pertanian. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik ini berpendapat, tajaan daripada Kumpulan Yaysan Sabah merupakan satu inisiatif yang sangat bermakna dan memberikan impak yang sangat besar kepada anak-anak di negeri ini. Tambahnya lagi, tajaan ini bukan sahaja satu bentuk sokongan kewangan tetapi juga pengiktirafan kepada potensi pelajar yang telah berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran.

“Untuk mendapat ABCNS ini bukanlah suatu perkara yang mudah namun ia tidak mustahil. Belajarlah bersungguhsungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang kerana ini adalah peluang yang mampu mengubah masa depan kita dan negeri ini,” kata Adam yang berkongsi nasihat kepada pelajar yang berhasrat untuk mendapatkan tajaan pendidikan sama sepertinya.

“Saya menganggap ABCNS ini sebagai satu pengiktirafan kepada kerja keras yang telah saya lakukan. Anugerah ini juga merupakan salah satu pencapaian terbesar yang telah saya perolehi,” kata Intan Syurayanie Sofea, 18, salah seorang penerima ABCNS yang berasal daripada daerah Kudat.

Menurutnya, selepas mendapat tahu terpilih menjadi salah seorang penerima ABCNS, beliau berkongsi berita berkenaan bersama ahli keluarganya yang turut terharu dan bersyukur atas peluang yang diberikan kepadanya sebagai salah seorang pelajar yang ditaja oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

“Saya yakin tajaan ini mampu meringankan beban kewangan keluarga saya. Saya merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Tajaan ini akan membantu dalam menampung keperluaan sepanjang pengajian saya tanpa perlu risau untuk mencari pekerjaan sambilan dan saya dapat fokus sepenuhnya kepada pelajaran,” kata Intan yang melanjutkan pengajian di dalam bidang Asasi Sains Hayat di Universiti Malaya.

“Seperti yang kita sedia maklum, ramai sebenarnya anakanak Sabah yang berpotensi besar namun terhalang akibat kekangan kewangan. Oleh itu, tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah ini amat bermakna dan berharga sebagai penggalak kepada pelajar cemerlang yang memerlukan bantuan kewangan,” tambah Intan yang bercita-cita untuk menjadi seorang pakar ahli kimia.

“Jangan rasa terhalang dengan latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan. Kita mesti berusaha dan yakin dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk melayakkan kita mendapatkan tajaan ABCNS ini. Tajaan ini merupakan satu amanah yang perlu kita pikul. Ia bukan sekadar menampung perbelanjaan pelajaran tetapi sebagai pendorong untuk berjaya dan menjadi rakyat yang berjasa,” ujar Intan.

“Apabila dihubungi pegawai daripada Kumpulan Yayasan Sabah mengenai penganugerahan ABCNS ini, saya sangat gembira dan terkejut kerana ianya diluar jangkaan saya. Saya percaya ramai pejalar cemerlang memohon tajaan yang berprestij ini,” kata Mohammad Arif bin Mohammad Adam,18, penerima ABCNS yang berasal daripada Kota Kinabalu.

“Dengan adanya ABCNS ini, ibu bapa saya tidak perlu risau mengenai perbelanjaan pengajian saya dan boleh fokus dengan perbelanjaan adik-beradik saya yang lain,” kata Arif. Menurutnya, tajaan pendidikan ini dapat meringankan bebanan kewangan keluarganya. Beliau merupakan anak ke dua daripada empat orang adik-beradik, melanjutkan pengajian ke Kolej Yayasan UEM di peringkat A-level.

Tambahnya, tajaan ini merupakan satu pelaburan daripada Kerajaan Negeri Sabah kepada anak-anak negeri ini yang akan memberikan manfaat kepada negeri dan negara di masa akan datang. “Penerima tajaan ini memikul tanggungjawab yang besar dan perlu berbakti semula kepada Sabah. Tajaan pendidikan bukan hanya sekadar pembiayaan kewangan tetapi juga adalah harapan negeri ini kepada kepada pelajar untuk memajukan negeri ini,”kata Arif yang berharap agar menjadi seorang Jurutera Kimia satu hari nanti.

Bagi Arif kecemerlangan dapat dicapai sekiranya seseorang berusaha bersungguh-sungguh. Tambah beliau, untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, pelajar seharusnya sentiasa bertanya soalan dan mendapatkan bantuan jika tidak mampu menyelesaikan sesuatu tugasan. Hal ini dapat membantu dalam meningkatkan potensi diri yang seterusnya akan membawa kepada kejayaan.

Adam bersama ibu bapanya.

Joyce, Intan dan Nazrin menerima ABCNS.

“Saya sebenarnya memang memerlukan tajaan biasiswa ini untuk melanjutkan pengajian. Semasa ditawarkan tajaan, saya terus terima tanpa keraguan kerana ini adalah satu-satunya peluang untuk saya menyambungkan pelajaran ke peringkat universiti dan saya sangat bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang penerima ABCNS. Yuran pengajian, elaun buku, tiket penerbangan, elauan penginapan dan elaun sara hidup yang ditawarkan dalam tajaan ini merupakan satu pakej yang lengkap dan menyeluruh untuk seorang mahasiswa. Saya hanya perlu fokus untuk memastikan pencapaian cemerlang dalam akademik tanpa perlu risau akan kekangan kewangan,” kata Mohammad Nazrin Syah bin Abdul Shah, 18, yang bakal menuntut di University Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) dalam program Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat. Bercita-cita untuk menjadi seorang Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Berlesen, Mohammad Nazrin Syah bin Abdul Shah, 18, bersyukur dan berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas penganugerahan ABCNS kepadanya. Menurutnya, tajaan ini menyediakan ruang dan peluang yang sangat besar kepada pelajar-pelajar cemerlang yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran. Beliau juga berpendapat tajaan ini adalah langkah proaktif Kumpulan Yayasan Sabah dalam membantu menjamin kemampanan dan kemajuan modal insan di negeri ini pada masa akan datang.

“Fokus utama yang perlu diberikan perhatian adalah mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Jangan lalai dengan godaan dunia dan carilah kawan yang boleh dijadikan mentor. Setiap kejayaan hanyalah dengan izin Tuhan, usaha yang jitu dan berkat doa daripada ibu bapa serta guru,” kata Nazrin, menerangkan prinsip beliau dalam mendapatkan keputusan cemerlang yang membawa kepada penganugerahan ABCNS kepadanya.

ABCNS bukan sekadar sebuah ganjaran akademik, tetapi lambang harapan dan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam membina masa depan yang lebih cerah buat generasi muda negeri ini. Pelaksanaannya telah memperlihatkan bagaimana inisiatif ini mampu membuka pintu kepada pendidikan berkualiti, sekaligus memberi peluang kepada anak-anak Sabah yang berpotensi tanpa mengira latar belakang geografi atau sosioekonomi.

Pengiktirafan ini bukan sahaja memberi motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang, malah turut menyuntik semangat kepada ibu bapa, pendidik dan komuniti untuk bersama-sama menjulang nilai pendidikan sebagai aset terpenting dalam pembangunan negeri. Dengan kesinambungan usaha sebegini, Sabah berada di landasan yang tepat dalam melahirkan modal insan berilmu, berdaya saing dan berwawasan. Diharapkan program ini akan terus diperkasa dan diperluas liputannya agar budaya kecemerlangan pendidikan dalam kalangan anak-anak Sabah dari generasi ke generasi terus tersemai.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, menerima cenderamata lakaran gambar beliau semasa di zaman kanak-kanak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (tiga dari kanan) menyempurnakan pelancaran Jerayawara YSBR 2025 sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima

Dr. Jeffrey (lima dari kiri), Datuk Seri Panglima

Dr. Joachim (dua dari kanan), Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (kiri), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (kanan), Datuk Jasnih (empat dari kiri), Datuk James (tiga dari kiri) dan Tuan Sobitun (dua dari kiri).

Majlis PELANCARAN JERAYAWARA YAYASAN SABAH

BERSAMA

RAKYAT (YSBR) Mendekati Rakyat, Memperkasa Komuniti

Majlis Pelancaran Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) 2025 mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkasa rakyat, sekali gus menegaskan komitmen mendekati komuniti di semua peringkat sebagai wadah strategik memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada 28 Ogos 2025 bertempat di Pisompuruan Square, Tambunan, dengan sambutan meriah daripada masyarakat setempat.

Para hadirin.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan; Timbalan Menteri II/ Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Tabung Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib; Pengerusi Tanjung Aru Eco Development/Special Envoy BIMP-EAGA, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Pandikar Amin Haji Mulia; Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jerayawara YSBR 2025, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng; Pengerusi Desa Plus Sdn. Bhd., Bridgadier Jeneral (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah; Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jerayawara YSBR 2025, Datuk Jasnih bin Daya dan Pegawai Daerah Tambunan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jerayawara YSBR peringkat Zon Pedalaman Utara, Tuan Sobiton Makajil serta barisan pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, pengurusan kanan kerajaan negeri, agensi, dan Badan Bukan Kerajaan.

Majlis ini turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta, sekali gus menyerlahkan semangat kerjasama dan komitmen kolektif dalam menjayakan agenda pembangunan rakyat di Sabah.

Dalam satu kenyataan daripada Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, pelaksanaan YSBR 2025 adalah bukti nyata komitmen Kumpulan Yayasan Sabah untuk terus menyantuni rakyat di semua peringkat sama ada di bandar mahupun di ceruk kampung. Beliau menekankan bahawa usaha sebegini membolehkan keperluan sebenar rakyat dikenal pasti, sekali gus memastikan pembangunan disalurkan secara menyeluruh.

Jerayawara YSBR 2025 telah menampilkan pelbagai pengisian bermakna yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Antara program utama yang dilaksanakan termasuk taklimat pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah, sesi ceramah motivasi, kaunter Rebat Madani, serta pameran keusahawanan dan kraf tempatan.

Tidak ketinggalan, pameran khas daripada pelbagai pihak seperti pejabat daerah Tambunan, Keningau, Tenom & Sook, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah serta Kumpulan Yayasan Sabah yang mengetengahkan bidang teras meliputi pendidikan, sosioekonomi, pemuliharaan alam sekitar, kebajikan masyarakat dan budaya. Inisiatif ini terbukti menjadi platform interaksi mesra rakyat dengan kerajaan, sekali gus mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi, Badan Bukan Kerajaan dan sektor swasta.

Selain itu, jerayawara ini turut diserikan dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif rakyat, antaranya penyampaian Tajaan Pendidikan Yayasan Sabah, Sijil Anugerah Pengusaha Kraf tangan Berpotensi Kumpulan Yayasan Sabah, Dana Mula Niaga Program Khas Anak Negeri (PKSN) Sabah, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Inisiatif Bantuan Pendidikan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) serta penyerahan Warta Tapak Perkampungan.

Kumpulan Yayasan Sabah telah menjadi pemacu pembangunan pendidikan, sosioekonomi, pemuliharaan alam sekitar dan kebajikan rakyat. Menjelang ulang tahun ke-60 pada 2026, Kumpulan Yayasan Sabah terus mengukuhkan legasinya sebagai simbol aspirasi dan harapan negeri.

“Dengan mandat itu, Kumpulan Yayasan Sabah bukan sahaja meningkatkan taraf kehidupan rakyat, tetapi turut membuka peluang pendidikan yang telah mengubah kehidupan puluhan ribu anak Sabah, ramai di antaranya kini berjaya sebagai doktor, jurutera, usahawan, pendidik dan pemimpin masyarakat,” ulas beliau.

Antara pengunjung di pameran

Kumpulan Yayasan Sabah.

Pendidikan kekal sebagai kunci transformasi Sabah, di mana ribuan anak-anak negeri daripada pelbagai latar belakang telah menerima manfaat melalui biasiswa, dermasiswa, dan pinjaman pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah. Institusi milik Kumpulan Yayasan Sabah, iaitu Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF), telah melahirkan graduan yang kini menyumbang tenaga dan kepakaran di pelbagai sektor penting, bukan sahaja di Sabah, malah di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah telah memperkenalkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) sebagai satu usaha membantu anak-anak Sabah daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya golongan B40, memastikan tiada seorang pun tercicir daripada melanjutkan pengajian tinggi kerana kekangan kewangan.

“Sejak 2022, sebanyak RM17.8 juta telah disalurkan menerusi TPNS, yang secara langsung telah memberi manfaat kepada seramai 10,912 orang pelajar di seluruh negeri,” jelas beliau.

Selain pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah terus komited memperkasa masyarakat melalui pelbagai inisiatif keusahawanan, latihan kemahiran, pertanian, perikanan dan pembangunan luar bandar. Melalui pelaksanaan Program Teras dan Sokongan di enam zon negeri, usaha ini menjadi platform penting dalam meningkatkan minda, sosioekonomi dan jati diri rakyat, khususnya di kawasan pedalaman.

Bagi merealisasikan agenda tersebut, Program Teras memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan dan kemahiran masyarakat. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk seminar motivasi dan bimbingan akademik, aktiviti kesukarelawanan serta perpaduan masyarakat, di samping latihan kemahiran dan keusahawanan tempatan.

Encik Salim Japaran dari Bahagian Pembangunan Pendidikan menyampaikan taklimat bantuan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah.

Gambar berkumpulan penerima Sijil Anugerah

Pengusaha Kraftangan Berpotensi

Kumpulan Yayasan Sabah bersama

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

Gambar berkumpulan penerima Tajaan Pendidikan Yayasan Sabah bersama

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

Usahawan seni kraf, Puan Emily Jeneble, berkongsi kisah kejayaannya dalam sesi taklimat yang penuh inspirasi.

Gambar berkumpulan penerima Dana Mula Niaga, Program Khas Anak Negeri (PKAN) bersama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

Gambar berkumpulan penerima Dana Mula Niaga, Program Khas Anak Negeri (PKAN) bersama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

Melengkapi usaha tersebut, Program Sokongan memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan. Skim pendidikan seperti Skim Bantuan Khas Yayasan Sabah (SBK) dan Skim Bantuan Menengah Yayasan Sabah (BMYS) membantu pelajar B40, manakala Asrama Daerah Yayasan Sabah memberi peluang pelajar luar bandar melanjutkan pelajaran di kawasan bandar. Selain itu, program komuniti seperti Program Komuniti Kraf (PKK), pembangunan prasarana asas, serta Program Bantuan Bencana Alam memperkukuh jaringan sosial, meningkatkan taraf hidup, dan memulihkan kehidupan rakyat yang terkesan oleh bencana.

Kesemua inisiatif ini digerakkan melalui enam pejabat zon Kumpulan Yayasan Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tawau, Sandakan, Beaufort, dan Keningau, serta berperanan sebagai penghubung utama dalam penyampaian perkhidmatan supaya manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh di seluruh negeri.

“Jerayawara YSBR 2025 merupakan manifestasi kesinambungan usaha murni ini, dengan menghimpunkan pelbagai agensi, membuka peluang luas serta menyalurkan perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, agar mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan negeri,” tambah beliau.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bersama para hadirin mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol semangat patriotisme bersempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah dan Hari Malaysia.

Dalam usaha melengkapkan peranan dalam aspek sosial dan pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah turut memberi penekanan kepada pemeliharaan warisan budaya serta pemerkasaan komuniti luar bandar melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS).

Sejak ditubuhkan pada tahun 2012 di Keningau, PKS telah berkembang sebagai hab utama pembangunan kraf tangan Sabah, merangkumi latihan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran serta pelbagai kerjasama strategik. Melalui pendekatan bersepadu ini, PKS bukan sahaja memelihara warisan budaya bumiputera, malah memastikan ia kekal relevan dalam pasaran moden. Antara inisiatif utamanya termasuk melatih golongan belia menghasilkan kraf berkualiti tinggi melalui Program Rural Integrated Craft Heritage (RICH), serta melaksanakan Program Penanaman Rotan dan Buluh di kawasan seluas 200 ekar di Hutan Simpan Sungai Pinangah.

“Sehingga kini, seramai 21,925 orang individu telah menerima manfaat, khususnya wanita dan komuniti terpinggir, dengan peluang mendapatkan SKM Tahap 2 melalui kerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Perkayuan (WISDEC),” tambah beliau.

“Dalam arus pembangunan, Kumpulan Yayasan Sabah tetap teguh memikul tanggungjawab memelihara alam sekitar. Sabah kekal sebagai antara negeri terakhir di Malaysia yang memiliki kawasan hutan hujan tropika dara terluas. Lebih daripada sekadar pemacu sosial dan ekonomi, Kumpulan Yayasan Sabah turut tampil sebagai peneraju utama dalam pemuliharaan dan kelestarian alam,” kata Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Kawasan konservasi di bawah jagaan Kumpulan Yayasan Sabah seperti Lembah Danum, Lembangan Maliau, Kanyon Imbak, Sungai Taliwas dan Pesisiran Pantai Silam diiktiraf sebagai rujukan saintifik dunia, mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam melindungi khazanah alam Sabah.

“Kumpulan Yayasan Sabah terus membuktikan bahawa sektor komersial dan tanggungjawab sosial mampu digerakkan seiring. Melalui Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) bersama anak-anak syarikatnya, organisasi ini menjana sumber pendapatan penting yang kemudiannya disalurkan semula bagi membiayai program-program untuk rakyat,” ujar Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Antara artis jemputan yang menyerikan

Jerayawara YSBR di Tambunan.

“Pada tahun 2024, ICSB telah mengisytiharkan pembayaran dividen kepada Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri berjumlah RM150 juta, menjadikannya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Kerajaan Negeri yang mengisytiharkan dividen tertinggi untuk empat tahun berturut-turut,” tambah beliau.

Selaras dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), Jerayawara YSBR 2025 menegaskan komitmen Kumpulan Yayasan Sabah untuk pembangunan yang menyeluruh, adil, dan lestari bagi seluruh rakyat Sabah. Peningkatan pelaburan, pembangunan infrastruktur, dan akses lebih baik kepada perkhidmatan asas di kawasan luar bandar menjadi bukti usaha kerajaan merealisasikan agenda pembangunan negeri.

“Semua pencapaian ini hanya dapat direalisasikan apabila wujud kestabilan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan,” ujar Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

YSBR 2025 adalah manifestasi komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam membina Sabah yang inklusif, berdaya saing, dan bersatu padu. Program ini membawa semangat perpaduan, aspirasi bersama, serta peluang dan harapan kepada setiap lapisan masyarakat, memberi anakanak negeri ruang untuk berkembang, menyumbang, dan menikmati manfaat pembangunan secara menyeluruh.

Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk terus menyantuni rakyat, memperkasakan komuniti, dan memastikan negeri terus maju ke hadapan, sekaligus mengukuhkan legasi sebagai pemacu pendidikan, sosioekonomi, pemuliharaan alam sekitar, dan kebajikan rakyat di Sabah.

Cakerawala Band Kumpulan Yayasan Sabah turut mempersembahkan lagu bagi memeriahkan suasana.
Antara pemenang hadiah utama cabutan tiket bertuah.

YAYASAN BERSAMA RAKYAT Jerayawara SABAH

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin menerima cenderamata di pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

Majlis Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) 2025 yang dianjurkan di Tawau terus memperkukuh peranannya sebagai platform utama dalam menjalin hubungan erat antara Kumpulan Yayasan Sabah dan komuniti di sekitar Tawau. Tahun ini, YSBR Tawau hadir dengan tema “Lestari Perpaduan & Digitalisasi Niaga”, selaras dengan aspirasi pembangunan negeri Sabah yang menitikberatkan peningkatan kehidupan rakyat, daripada aspek sosial dan daya tahan ekonomi dalam era transformasi digital.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif mewakili Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada 29 Semptember 2025 bertempat di Dewan Masyarakat Tawau.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jerayawara YSBR 2025, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji

Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Andy Suryady Haji Bandi, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Haji Raisin bin Saidin, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Tuan Pang Pick Lim @ Joseph serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, barisan pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, agensi, dan Badan Bukan Kerajaan.

Majlis ini turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta, sekali gus menyerlahkan semangat kerjasama dan komitmen kolektif dalam menjayakan agenda pembangunan rakyat di Sabah.

Dalam satu kenyataan daripada Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, pelaksanaan YSBR 2025 adalah bukti nyata komitmen Kumpulan Yayasan Sabah untuk terus menyantuni rakyat di semua peringkat sama ada di bandar mahupun di ceruk

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bersama para hadirin yang hadir memeriahkan suasana YSBR 2025 di Tawau.
Gambar berkumpulan penerima Skim Bantuan Khas (SBK) bersama Datuk Dr. Haji Mohd Arifin.
Gambar berkumpulan penerima Tajaan Pendidikan Yayasan Sabah bersama Datuk Dr. Haji Mohd Arifin.

kampung. Beliau menekankan bahawa selain memfokus kepada perpaduan dan digitalisasi, YSBR turut menampilkan pelbagai aktiviti yang menyentuh aspek pendidikan, sosioekonomi, alam sekitar dan kebajikan Masyarakat.

“Jerayawara YSBR 2025 telah menampilkan pelbagai pengisian bermakna seperti pameran informasi yang memperkenalkan program

Kumpulan Yayasan Sabah dalam bidang pendidikan, biasiswa, latihan Kemahiran keusahawanan dan kraf tempatan, pemeliharaan alam sekitar serta pembangunan komuniti,” kata beliau.

Tidak ketinggalan, pameran khas daripada pelbagai pihak seperti pejabat Majlis Perbandaran Tawau, agensi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) cawangan Tawau, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), dan

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Unit Tugas-Tugas Khas) serta Kumpulan Yayasan Sabah yang mengetengahkan bidang teras meliputi pendidikan, sosioekonomi, pemuliharaan alam sekitar, kebajikan masyarakat dan budaya. Inisiatif ini terbukti menjadi platform interaksi mesra rakyat dengan kerajaan, sekali gus menyediakan maklumat mengenai biasiswa dan inisiatif bantuan pendidikan serta memberikan maklumat berharga kepada rakyat.

“Menerusi jerayawara ini, Kumpulan Yayasan Sabah berhasrat melahirkan masyarakat Sabah yang progresif, berdikari, berilmu dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Selaras dengan tema, perpaduan sosial dan digitalisasi niaga menjadi prinsip panduan dalam membina sebuah negeri yang inklusif dan berdaya tahan,” tambah beliau.

Selain pameran, jerayawara ini turut diserikan dengan penyerahan pelbagai inisiatif rakyat, antaranya penyampaian Skim Bantuan Khas (SBK), Tajaan Pendidikan Yayasan Sabah, Sijil Anugerah Pengusaha Kraf tangan Berpotensi Kumpulan Yayasan Sabah, Dana Mula Niaga Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah, Program CSR Sabah Softwoods Berhad, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Inisiatif Bantuan Pendidikan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) serta penyerahan Rumah Mesra SMJ.

“Jerayawara YSBR 2025 merupakan manifestasi kesinambungan usaha murni ini, dengan menghimpunkan pelbagai agensi, membuka peluang luas serta menyalurkan perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, agar mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan negeri,” ujar beliau.

Gambar berkumpulan penerima Sijil Anugerah Pengusaha Kraftangan Berpotensi Kumpulan Yayasan Sabah bersama Datuk Dr. Haji Mohd Arifin.
Gambar berkumpulan penerima Dana Mula Niaga, Program Khas Anak Negeri (PKAN) bersama Datuk Dr. Haji Mohd Arifin.
Gambar berkumpulan penerima Program CSR Sabah Softwoods Berhad bersama Datuk Dr. Haji Mohd Arifin.

Bagi komuniti luar bandar, program YSBR ini memberi ruang untuk berinteraksi terus dengan agensi kerajaan serta mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan asas, sekaligus mengurangkan jurang maklumat antara bandar dan luar bandar.

Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk terus menyantuni rakyat, memperkasakan komuniti dan memastikan negeri terus maju ke hadapan, sekaligus mengukuhkan legasi sebagai pemacu pendidikan, sosioekonomi, pemuliharaan alam sekitar, dan kebajikan rakyat di

Sabah.
Gambar berkumpulan penerima Bantuan TPNS bersama Datuk Dr. Haji Mohd Arifin.
Gambar berkumpulan penerima Inisiatif Bantuan Pendidikan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) bersama Datuk Dr. Haji Mohd Arifin.
Gambar berkumpulan penerima Rumah Mesra SMJ bersama Datuk Dr. Haji Mohd Arifin.
Antara artis jemputan yang menyerikan Jerayawara YSBR di Tawau.
Antara artis jemputan yang menyerikan Jerayawara YSBR di Tawau.
Antara artis jemputan yang menyerikan Jerayawara YSBR di Tawau.
Cakerawala Band Kumpulan Yayasan Sabah turut mempersembahkan lagu bagi memeriahkan suasana.
Antara pemenang hadiah utama cabutan tiket bertuah.
Antara pemenang hadiah utama cabutan tiket bertuah.
Antara pemenang hadiah utama cabutan tiket bertuah.

547 orang pelajar & 4 buah sekolah terima manfaat TPNS @ Sandakan

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (kiri) menyampaikan bantuan TPNS kepada salah seorang pelajar cemerlang SPM 2024 sambil disaksikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (kanan).

Dato’

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (kiri) menyampaikan bantuan TPNS kepada salah seorang pelajar cemerlang STPM (Sekolah Luar Bandar) 2024 sambil disaksikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (kanan).

Komitmen Kerajaan Negeri Sabah melalui Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkasakan pendidikan diperkukuh melalui penyerahan bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang diadakan pada 19 Ogos 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif. Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah selaku Timbalan Pengerusi Pelaksana TPNS, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Ahli-ahli Jawatankuasa TPNS serta wakil agensi kerajaan dan institusi pendidikan.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (kiri) menyampaikan bantuan TPNS kepada salah seorang pelajar cemerlang STPM 2024 sambil disaksikan oleh
Sri Haji Gulamhaidar (kanan).

Majlis kali ini menyaksikan seramai 39 orang pelajar cemerlang terdiri daripada 16 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dua pelajar Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET), 17 pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan empat pelajar STPM (Sekolah Luar Bandar) tahun 2024. Para penerima menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi pelajar cemerlang SPM, STPM dan MUET, serta RM500 bagi pelajar STPM luar bandar bagi meringankan beban kewangan mereka dalam usaha melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi.

Selain itu, seramai 441 orang mahasiswa golongan B40 menerima

Bantuan One-Off yang terdiri daripada 17 mahasiswa Politeknik Sandakan, 143 mahasiswa Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Sandakan, 35 mahasiswa Kolej Komuniti Sandakan, 51 mahasiswa Kolej Kemahiran TVET Sandakan, 104 mahasiswa Ijazah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), dua mahasiswa Sarjana, UMS, 86 mahasiswa Open University Malaysia (OUM) Pusat Pengajian Sandakan, dan tiga mahasiswa Institut Pengajian Tinggi sekitar daerah Sandakan.

Dalam majlis yang sama, seramai 50 pelajar turut menerima bantuan cermin mata, serta tiga buah sekolah menerima

Bantuan Sekolah Angkat iaitu SK Sungai Manila, Sandakan dan SK Pulau Timbang, Sandakan masing-masing menerima bantuan sebanyak RM5,000 serta SMK Tongod yang menerima bantuan sebanyak RM10,000. Sekolah Pondok Miftahussalam, Sandakan menerima bantuan sebanyak RM6,500.

Antara pelajar yang hadir.
Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (tengah) menyampaikan jumlah Bantuan One-Off kepada para pelajar ILP Sandakan.

bantuan pendidikan – Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin turut menyampaikan Honarorium Tokoh Pelajar Daerah Sandakan kepada Mohammad Azmir bin Misnani atas pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Dalam majlis yang sama, bantuan pendidikan turut disampaikan kepada pelajar menerusi beberapa inisiatif sedia ada, termasuk Bantuan Galakan Usaha Sekolah (BAGUS), Skim Umum Kecemerlangan Siswa (SUKSES), Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI) dan Bantuan Insentif Siswa Terbaik (BISTARI) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam menyokong pembangunan modal insan negeri ini.

TPNS merupakan inisiatif proaktif Kerajaan Negeri Sabah melalui Kumpulan Yayasan Sabah dalam usaha meringankan beban kewangan golongan keluarga berpendapatan rendah. Ia turut mencerminkan komitmen untuk memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Majlis ini diharap menjadi pemangkin inspirasi kepada para pelajar untuk terus gigih mencapai kecemerlangan, sekali gus melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing yang mampu menyumbang secara menyeluruh kepada kemajuan negeri.

Gambar berkumpulan bersama para penerima bantuan TPNS.

Pameran
Para pelajar mengambil peluang berkunjung ke pameran pendidikan – University College Sabah Foundation (UCSF).

TPNS TERUS MEMPERKASA PENDIDIKAN

NEGERI

Kota Kinabalu (Selasa) : Komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkasa pendidikan terus terserlah menerusi

Majlis Penyampaian Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang berlangsung di Wisma Bandaraya Kota Kinabalu pada 9 September 2025.

Majlis ini disempurnakan oleh Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin

Datuk Haji Mohd. Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama, Exco Pendidikan dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS.

Dalam majlis ini, bantuan TPNS telah diserahkan kepada seramai 46 orang penerima yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi dari pelbagai institut pengajian tinggi.

Sehingga kini, seramai lebih 15,221 orang pelajar telah menerima manfaat daripada bantuan pendidikan TPNS sejak diperkenalkan melibatkan peruntukan melebihi RM17 juta. Usaha ini sebagai langkah proaktif dalam membantu meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah. Usaha ini mencerminkan iltizam kerajaan untuk menjadikan pendidikan sebagai hak yang harus dinikmati semua, bukan keistimewaan yang dimiliki segelintir. Ia adalah komitmen bahawa setiap anak Sabah layak diberi peluang untuk maju, tanpa dihalang oleh batasan ekonomi.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin menyampaikan bantuan TPNS kepada salah seorang penerima.
Gambar berkumpulan.

TPNS PRIHATIN NASIB

MANGSA BANJIR SABAH

Kota Kinabalu (Jumaat) : Komitmen Kerajaan Negeri

Sabah terus terserlah menerusi Majlis Penyampaian Bantuan Banjir oleh Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang berlangsung di Wisma Bandaraya Kota Kinabalu pada 26 September 2025.

Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif. Turut hadir Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin dan Ahli-ahli Jawatankuasa TPNS.

Baru-baru ini, negeri Sabah ditimpa bencana banjir besar yang melibatkan beberapa buah daerah mengakibatkan ramai terjejas termasuk sekolah dan institusi pendidikan. Sehubungan itu, dalam majlis ini bantuan banjir TPNS telah diserahkan kepada 57 buah sekolah, 8 buah Pusat Penempatan Sementara dan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Usaha ini mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri melalui TPNS untuk meringankan beban sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas akibat banjir dan yang dijadikan Pusat Penempatan Sementara semasa bencana banjir berkenaan.

Gambar berkumpulan.

KELUARGA ALLAHYARHAMAH ADIK ZARA QAIRINA Ziarah Rahmah

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bersama Dato’ Sri Gulamhaidar menziarah keluarga Allahyarhamah.

Pada 21 Julai 2025, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap EXCO Agama, EXCO Pendidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Datuk Dr. Haji Mohd Ariffin bin Datuk Haji Mohd. Arif dan Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar telah menziarahi keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Kampung Kalamauh, Mesapol, Sipitang bagi menyalurkan bantuan TPNS.

Turut hadir dalam ziarah ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri N.35 Sindumin, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Malai Ali bin Malai Ahmad dan Pengurus Kumpulan Bahagian Tabung Pendidikan Negeri Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah, Puan Bahiwata Sayangan Haji Mulia.

Allahyarhamah Zara Qairina yang berusia 13 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran bangunan asrama sekolah menengah di Papar dan dilaporkan dunia di Hospital Queen Elizabeth 1 pada 17 Julai 2025 .

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin dan Dato’ Sri Gulamhaidar bersama Ustazah Noraidah Lamat, ibu Allahyarhamah.
Bacaan doa
Penyampaian bantuan TPNS oleh Datuk Dr. Haji Mohd Arifin kepada Ustazah Noraidah Lamat

MANGSA KEBAKARAN di Skim Penempatan KINARUT, PAPAR Sumbangan kepada

Sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib penduduk yang terkesan, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang terjejas. Insiden tragis tersebut berlaku di Skim Penempatan Kinarut, Papar pada 31 Julai 2025.

Kebakaran tersebut telah mengakibatkan beberapa rumah penduduk musnah sepenuhnya, memaksa sejumlah keluarga kehilangan tempat tinggal serta harta benda. Dalam semangat prihatin dan tanggungjawab sosial, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar telah menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan asas dan sumbangan kewangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Majlis penyerahan bantuan tersebut berlangsung di kawasan penempatan mangsa, disaksikan oleh penduduk setempat. Dalam ucapan ringkasnya, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk, dan menyeru agar masyarakat terus bersatu dalam membantu golongan yang sedang diuji.

“Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa komited dalam membantu rakyat yang memerlukan, terutama dalam situasi kecemasan seperti ini. Saya berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran,” ujar beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa Kumpulan Yayasan Sabah akan terus memantau situasi serta bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan mangsa mendapat sokongan berterusan sehingga mereka dapat kembali membina kehidupan seperti sediakala.

Penduduk yang menerima bantuan menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada Dato’ Sri Haji Gulamhaidar dan Kumpulan Yayasan Sabah atas keprihatinan dan sokongan moral yang diberikan pada saat-saat sukar ini.

Antara keluarga terjejas kebakaran yang hadir ke majlis ini.

Salah seorang daripada mangsa kebakaran yang diberikan sumbangan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (empat, kiri).
Antara sumbangan yang diberikan.

Mesyuarat MBJ sedang berlangsung.

MAJLIS BERSAMA JABATAN Kumpulan Yayasan Sabah

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah siri 3 bagi tahun 2025 telah diadakan pada 12 Ogos 2025. Dalam mesyuarat kali ini, mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi MBJ Kumpulan Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar pada peringkat awal dan diteruskan oleh Encik Joshua Ho, Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB).

Mesyuarat MBJ menjadi platform penting untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan kebajikan, hal ehwal kerja, serta cadangan penambahbaikan di tempat kerja.

Pengerusi menyatakan bahawa pihak Pengurusan akan sedaya upaya berusaha untuk menerima permintaan-permintaan yang dikemukakan oleh Wakil Pekerja. Ada yang diluluskan dan ada yang tidak dapat diterima berdasarkan kemampuan dan juga berpandukan polisi-polisi organisasi. Beliau juga berharap, semoga usaha dan kerjasama erat antara pihak Pengurusan dan staf akan terus dimantapkan.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa isu telah dibincangkan dan keputusan-keputusan yang dicapai pada mesyuarat tersebut merupakan langkah penting ke arah memperkukuh pentadbiran Kumpulan Yayasan Sabah. Dalam masa yang sama, terdapat beberapa cadangan dan isu yang tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut diambil dengan penuh pertimbangan demi kepentingan jangka panjang dan kelestarian Kumpulan Yayasan Sabah secara keseluruhannya. Keutamaan diberikan kepada strategi yang selari dengan visi, misi dan keupayaan semasa organisasi agar sebarang tindakan yang diambil dapat memberi impak positif secara menyeluruh.

Semoga dengan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak, Kumpulan Yayasan Sabah dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan responsif kepada rakyat.

Gambar berkumpulan.

Sumbangan kepada MANGSA KEBAKARAN di Kampung Mengkabong, Tuaran

Sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib penduduk yang terkesan, Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon telah menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Mengkabong, Tuaran.

Kebakaran yang berlaku pada 26 Julai 2025 itu telah memusnahkan sebanyak 26 buah rumah dan member kesan kepada 35 Ketua Isi Rumah (KIR), melibatkan seramai 105 orang mangsa. Daripada jumlah tersebut, seramai 30 orang merupakan murid dan pelajar sekolah termasuk 18 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkabong dan 12 pelajar dari S ekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin. Kanak-kanak dan remaja terlibat adalah dalam lingkungan umur antara 6 hingga 17 tahun.

semua mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Seri Sulaman bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan segera. Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih Bin Daya, menyatakan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam membantu masyarakat yang ditimpa musibah.

“Kumpulan Yayasan Sabah akan sentiasa komited membantu masyarakat dalam situasi kecemasan dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Langkah ini membuktikan kesungguhan Kumpulan Yayasan Sabah dalam menjaga kebajikan rakyat serta memastikan sokongan dan bantuan diberikan pada waktu yang paling diperlukan. Ia juga mencerminkan nilai tanggungjawab sosial yang terus diterapkan dalam budaya kerja organisasi ini.

Menurut laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),
Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon (tiga dari kiri) bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah yang hadir semasa penyerahan sumbangan tersebut.
Antara barangan bantuan yang disalurkan kepada mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara.
Salah seorang mangsa kebakaran menerima sumbangan daripada pihak Kumpulan Yayasan Sabah.
Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon (tengah) menyerahkan sumbangan kepada salah satu mangsa kebakaran.

Program Kuliah

Maal Hijrah 1447H anjuran Badan Kebajikan Islam

Yayasan Sabah (BAKIYS)

Sempena menyambut tahun baru Islam 1447 Hijrah, Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS), telah menganjurkan Program Kuliah Maal Hijrah pada 10 Julai 2025 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Program ini bertujuan untuk memperingati peristiwa bersejarah hijrah Rasulullah SAW dan memperkukuhkan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga Kumpulan Yayasan Sabah. Program ini juga menjadi platform untuk muhasabah diri serta menggalakkan perubahan positif daripada segi rohani, akhlak dan amalan harian.

Pengisian utama program ialah kuliah khas yang disampaikan oleh Ustaz Ramli bin Sarabi, yang juga merupakan Pendakwah dan Guru Agama di Pertubuhan Ghulam Al-Dakwah Selangor. Beliau menyentuh tentang kepentingan hijrah dalam konteks kehidupan moden, termasuk aspek kerohanian, keluarga, dan masyarakat.

“Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi berpindah daripada keburukan kepada kebaikan. Ia memerlukan keazaman, istiqamah dan sokongan komuniti,” ujar beliau.

Ustaz Ramli memberi ceramah kepada staf yang hadir bertajuk “HIJRAH”.
Gambar kenangan staf bersama Ustaz Ramli.

Program

Outreach KWSP

Program Outreach Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Kumpulan Yayasan Sabah telah diadakan pada 3 Julai 2025 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. KWSP diketuai oleh Pegawai Khidmat Nasihat Pelanggan, Puan Easter @ Mandy Bolingin, Pegawai Kerani Kanan Khidmat Nasihat Pelanggan, Puan Samai Anak Jampong dan juga Encik Mohd. Rosdi Awang Hussain.

Program ini bertujuan bagi memberi penerangan mengenai simpanan masa depan, dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWSP.

Seramai 100 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah hadir di sesi taklimat ini. Program ini turut bersiaran secara penstriman langsung melalui Facebook: KYS - Kumpulan Yayasan Sabah dan juga YouTube Yayasan Sabah Live yang disaksikan oleh staf Kumpulan Yayasan Sabah yang berada di luar kawasan Kota Kinabalu.

Antara staf yang hadir.

KWSP turut membuka Kaunter Mobile untuk memudahkan staf berurusan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tengah) bergambar kenangan dengan (dari kiri ke kanan) Pengurus Kumpulan, Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Sam S. Karnail, Pengurus Kumpulan, Bahagian Tenaga & Fasiliti, Tuan Haji Ir. Rohan bin Haji Ahmat, Puan Samai, Encik Mohd. Rosdi, Puan Easter, Pembantu Eksekutif kepada Pengarah Yayasan Sabah, Puan Rodhaizah Izzah binti Abdul Rashid, staf Kristal Handal Sdn. Bhd., Puan Nuraina Halim dan staf Pejabat Pengarah Yayasan Sabah, Encik Mohd. Hanafi bin Ishak.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar turut berkunjung mendapatkan khidmat di kaunter KWSP.
Gambar berkumpulan.
Puan Easter menyampaikan taklimat.

“MASTERING GENERATIVE AI: Tools, Techniques & Applications” Course

To enhance employees’ practical skills, Yayasan Sabah Group organised the “Mastering Generative AI: Tools, Techniques and Applications” course, which involved 28 participants. The course was held at The Palace Hotel, Kota Kinabalu, from 29 to 30 July 2025.

This course aims to help employee enhance their efficiency and creativity in using AI technology at the workplace. This initiative serves as an early preparation for the future world of work, which is increasingly dependent on technology.

The course was facilitated by Mr. Kanniah Jogulu, a distinguished speaker, trainer and coach specialising in organisational strategic management. Recently, he has been expanding his expertise by focusing on conducting training sessions related to AI tools, such as ChatGPT and other AI applications that can enhance employee productivity.

The course comprises eight structured modules designed to provide comprehensive knowledge and practical skills, including Generative AI Fundamentals, Ethical AI Implementation, The AI Tool Landscape, Mastering Prompt Engineering, Professional Problem-Solving with AI, Data Analysis and Insights, Advanced Content Creation, and Implementation Planning and Measurement.

During the practical sessions, participants were introduced to the advancement of AI and its impact on workplace transformation. They also acquired skills in selecting suitable AI tools for specific tasks, retrieving relevant data with AI assistance, tailoring that data to align with work content, and applying enhanced writing techniques powered by AI.

Mr. Kanniah delivering “Mastering Generative AI: Tools, Techniques, and Applications” to the participants.
Group photo of the participants together with Mr. Kanniah (centre).
The participants paid close attention during the explanation of each module throughout the course.
Sharing sessions by one of the participants.

Peserta kursus sedang fokus mendengar penerangan

Puan Lira sedang memberikan penerangan kursus.

NLP & APLIKASI

Bahagian Integriti dan Pengukuhan, Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan kursus dalaman Neuro Linguistic Programming (NLP) dan Aplikasi di Tempat Kerja pada 6 hingga 7 Ogos 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre.

Seramai 19 orang staf telah menyertai kursus ini yang telah dikendalikan oleh Puan Lira Ida Joanes daripada WRK Learning Development PLT. Beliau merupakan seorang berpengalaman dalam pengendalian kursus seumpama ini.

Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah pendekatan yang mempelajari bagaimana otak manusia memproses informasi serta bagaimana bahasa mempengaruhi fikiran dan perilaku. Melalui NLP, kita dapat memahami dan mengubah pola pikiran dari kebiasaan agar lebih selaras dengan tujuan yang ingin dicapai. Dalam konteks kerja, NLP membantu meningkatkan komunikasi, membangun hubungan yang lebih baik, mengelola emosi dan memotivasi diri.

Gambar berkumpulan.

dari Puan Lira.

KURSUS

PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PERKUKUH PROFESIONALISME KERANI DAN PEMBANTU TADBIR

berkumpulan.

Kursus Pembangunan Kemahiran untuk Kerani dan Pembantu Tadbir telah diadakan pada 26 hingga 27 Ogos 2025 bertempat di Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan kerja dan memperkukuh nilai profesionalisme dalam melaksanakan tugasan harian.

aktiviti “Work Smart”.

Seramai 26 orang peserta terlibat dengan sesi yang disampaikan oleh Nur Hidayah binti Mohd Seni dari syarikat TH Learning Resources Sdn. Bhd. selaku penceramah jemputan.

Selama dua hari penganjuran kursus, enam modul utama telah diketengahkan meliputi penyesuaian diri dengan tugasan, kemahiran pengkeranian, komunikasi berkesan, pengurusan masa, etika kerja dan hubungan kerja yang positif.

Pada hari pertama, para peserta didedahkan kepada peranan dan tanggungjawab kerja, teknik “Work Smart”, perancangan tugasan serta kemahiran berkomunikasi. Di samping itu, aspek pengurusan masa, etika kerja profesional dan kepentingan kecerdasan emosi di tempat kerja merupakan perkara yang ditumpukan pada hari kedua.

Bagi meningkatkan pemahaman terhadap kandungan yang disampaikan, para peserta turut diberikan peluang melibatkan diri dalam aktiviti interaktif dan sesi perkongsian.

Kursus diakhiri dengan sesi penilaian dan rumusan sebagai refleksi kepada pembelajaran yang telah diperoleh.

Gambar
Sesi perkongsian tentang etika kerja daripada para peserta. Sebahagian daripada
Aktiviti interaktif antara para peserta.

Kursus KOMUNIKASI TIGA HALA

Encik Midin (kanan) sedang memberikan penerangan kursus.

Staf dari Bahagian Penyelidikan, Encik Mohd. Razi Naning berkongsi pendapat bersama peserta kursus.

Bahagian Integriti dan Pengukuhan telah mengadakan kursus dalaman Komunikasi Tiga Hala pada 30 Jun hingga 1 Julai 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre. Program ini dihadiri seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Kursus ini dianjurkan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi individu dalam pelbagai konteks, termasuk komunikasi interpersonal, komunikasi dalam organisasi serta membina keyakinan diri dalam berkomunikasi dan memahami proses komunikasi secara keseluruhan.

Kursus ini disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Integriti dan Pengukuhan, Encik Midin Haji Asli selaku penceramah. Turut hadir, Encik Salim Japaran, Pegawai Pelajaran Kanan, Bahagian Pembangunan Pendidikan yang berkongsi pengalaman dengan peserta kursus.

Gambar berkumpulan.

Lawatan pemeriksaan di tempat kerja Jawatankuasa Keselamatan

& Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di SICC

Lawatan pemeriksaan di tempat kerja telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kumpulan Yayasan Sabah pada 6 Ogos 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Lawatan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihak pengurusan dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Lawatan ini melibatkan ahli-ahli JKKP yang terdiri daripada wakil majikan dan pekerja, dengan objektif utama untuk menilai dan mengenal pasti sebarang potensi risiko serta memastikan

pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994).

Lawatan seperti ini bukan sahaja bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan, tetapi juga sebagai satu platform untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan budaya kerja selamat. Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah tanggunjawab bersama. Dengan adanya kerjasama antara pihak majikan dan pekerja, warga di organisasi ini mampu mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan produktif.

Gambar kenangan JKKP Kumpulan Yayasan Sabah bersama staf D’ Heritage Sdn. Bhd.
Pengarah Keselamatan & Perlindungan D’ Heritage Sdn. Bhd. Encik Subash Kumaran, sedang memberi taklimat di dalam bilik CCTV utama kepada semua JKKP KYS mengenai prosedur pemantauan keselamatan.

Nitepicnic @ Kulung

Kukuhkan Apresiasi Seni Tempatan

Program NitePicnic @ Kulung dan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Karya Artis Undangan ke-32, JENDELA

tahun 2025 telah diadakan pada 29 hingga 31 0gos 2025 bertempat di Balai Seni Lukis Sabah, Kota Kinabalu.

Majlis penutupan yang mengetengahkan konsep suasana tamu dulu-dulu ini disempurnakan oleh tetamu kehormat, Puan Noraini Abdul Ghapur, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Seramai 70 orang peserta program yang terdiri daripada para penggiat seni dan pengusaha kraf tangan tempatan diberi peluang untuk mengekspresikan karya mereka di galeri luar ruang konvensional bagi memudahkan para pengunjung menghayati pameran tersebut dan mendekatkan unsur kesenian dalam hati mereka.

Program anjuran Balai Seni Lukis Sabah, Pusat Kraftangan Sabah & Syarikat Brutti yang berlangsung selama tiga hari ini berjaya menarik perhatian lebih 2,000 orang pengunjung melalui pelbagai aktiviti kebudayaan seperti Seni dan Kraf Tamu Dulu-Dulu yang mengetengahkan hasil kraf unik Sabah, Wayang Pacak yang menghidupkan kembali nostalgia layar perkampungan, Interaktif Kraf untuk memberi peluang pengunjung menghasilkan karya sendiri, Ruang Bergambar Kreatif Tamu Dulu-Dulu yang berlatarkan seni tradisi dan Sesi Bersama Artis yang membolehkan pengunjung berinteraksi secara langsung dengan artis tempatan.

Program NitePicnic @ Kulung dilihat berupaya menterjemah apresiasi para pengkarya dan peserta Program JENDELA dengan kerjasama Balai Seni Lukis Sabah (BSLS), di samping menyokong dan mengetengahkan pengusaha kraftangan tempatan melalui pertukaran kreativiti dalam penghasilan seni. Program ini juga membuka ruang kepada para peserta untuk terlibat dalam industri kraftangan serta membantu para pengkarya memasarkan dan menonjolkan kepakaran masing-masing kepada kumpulan sasar.

Penganjuran program ini membuktikan bahawa seni dan kraf tangan terus relevan sebagai nadi identiti masyarakat, sekali gus mengukuhkan usaha menjadikan Balai Seni Lukis Sabah (BSLS) sebagai wadah apresiasi seni dan warisan untuk generasi kini dan akan datang.

Penyampaian sijil penghargaan oleh Puan Noraini Abdul Ghapur kepada salah seorang peserta.
Suasana semasa pameran hasil karya seni dan kraf tangan tempatan.
Gambar berkumpulan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Puan Noraini Abdul Ghapur (tengah) bersama wakil-wakil Kumpulan Yayasan Sabah (barisan hadapan) dan para peserta.

Kraf Tangan Medan MEMPERKASAKAN EKONOMI GOLONGAN KELAINAN UPAYA

Kraf tangan bukan sekadar manifestasi kesenian dan kreativiti individu tetapi turut menjadi medan membangunkan potensi dan ekonomi diri. Pusat Kraftangan Sabah (PKS) di bawah program pembangunan modal insan sentiasa berusaha untuk menyemai pembangunan potensi diri dan ekonomi para peserta, termasuklah masyarakat secara umum melalui pelbagai penganjuran kursus dan kolaborasi.

menghasilkan acuan untuk membuat magnet peti sejuk, teknik tuangan dan nisbah campuran bahan resin. Dalam proses ini, mereka menghasilkan acuan menurut kreativiti masing-masing sehingga terhasilnya magnet peti sejuk yang diinginkan. Kemudian, mereka diajar bagaimana menghasilkan rantai kunci daripada epoksi. Campuran warna dengan kesan khas diguna untuk menjadikannya bersinar dalam gelap (glowinthedark).

Pada 3 hingga 4 September 2025, seramai 11 orang ahli Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kg. Merampong Keningau telah menyertai Kursus Pembuatan Hiasan Bermagnet dan GlowinTheDarkKeychain. Tiga daripada peserta kursus ini merupakan pelatih kelainan upaya. Kursus ini telah dijalankan di bengkel epoksi dan resin PKS dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pengajar dan peserta PKAN 2025.

Melalui kursus ini, para peserta diberikan tunjuk ajar dan pendedahan dalam proses menghasilkan kraf tangan dan hiasan berasaskan resin dan epoksi. Mereka telah diajar cara

Gambar berkumpulan.

Kursus ini dilihat sebagai satu cara untuk memberikan latihan kemahiran kepada para sukarelawan dan pelatih PPDK untuk menjana pendapatan sendiri melalui penghasilan produk kraf berasaskan epoksi dan resin. Golongan kelainan upaya ini mempunyai potensi untuk berdikari dan membangun dari segi ekonomi dengan bimbingan serta sokongan masyarakat. PKS sebagai agensi pembangunan kraf tangan sangat berbesar hati dapat berkongsi kemahiran dan kepakaran bersama PPDK Kg. Merampong, Keningau. Semoga para pelatih PPDK terus maju dalam usaha membangunkan taraf ekonomi diri melalui kraf tangan.

Karya Kraf Tangan PKS di Pameran “Jendela” Karya Jemputan Ke - 32 Balai Seni Lukis Sabah 2025

Penggiat Kraf PKS yang menjayakan program

Sebanyak 12 karya hasil tangan para penggiat kraf Pusat Kraftangan Sabah (PKS) dan para peserta Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah 2025 telah berjaya dipamerkan di Balai Seni Lukis Sabah bersempena dengan Pameran “Jendela” Karya Jemputan Ke – 32. Pameran ini bermula pada 12 Jun 2025 sehingga 31 Ogos 2025.

Karya-karya hasil cetusan ilham tenaga pengajar dan peserta Rural Integrated Craft Heritage (RICH) ini datang dalam pelbagai medium kraf tangan seperti ukiran kayu, anyaman rotan, anyaman buluh, batik canting, tekstil digital, jahitan beg dan jahitan tekstil. Bengkel Program Penanaman Bahan Mentah - Buluh dan Rotan (PPBM) juga tidak ketinggalan menghasilkan karya daripada buluh dan gabungan teknik lasercut.

Pameran “Jendela” ini membawakan tema mengetengahkan pemerhatian dan renungan visual para pengkarya serta

penggiat kraf terhadap kehidupan yang menjadi asas kepada persepsi dan cerminan diri. Para penggiat kraf PKS cuba menzahirkan pandangan mereka tentang kehidupan, tradisi dan emosi mereka melalui ekspresi kraf tangan yang dihasilkan. Pelbagai sudut pandang dicurahkan ke dalam karya mereka seperti perspektif budaya, kehidupan harian, alam sekitar dan tradisi tempatan. Ternyata, para penggiat kraf dan peserta PKAN Sabah 2025 mampu menghasilkan karya yang hebat dan penuh makna.

Peluang mempamerkan karya seni bermediumkan kraf tangan ini sememangnya cukup berharga dan bermanfaat untuk meluaskan lagi peluang pemasaran kraf tangan, selain mengetengahkan bakat para penggiat kraf tempatan. Pameran ini juga mengangkat nilai kraf tangan sebagai satu seni yang berharga. Diharapkan pameran seperti ini akan melonjakkan semangat para pengkraf untuk lebih serius dalam berkarya dan gigih menghasilkan karya-karya bermutu tinggi.

Gambar berkumpulan para peserta.

Lawatan Rasmi

ke GALLERIA ARTISAN

Galleria Artisan telah menerima kunjungan rasmi daripada pihak Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) pada 25 Julai 2025. Lawatan ini melibatkan seramai enam orang wakil termasuk Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Encik Junady Nawawi.

Sepanjang lawatan, para pelawat telah dibawa meninjau ke ruang bengkel batik dan diberi penerangan berkaitan proses penghasilan produk batik yang dihasilkan oleh penggiat tempatan.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan lebih dekat terhadap aktiviti dan hasil kraf tangan tempatan yang diusahakan di bawah kelolaan Kumpulan Yayasan Sabah.

Kehadiran pihak rombongan TERAJU ini disambut mesra oleh Pengurus Galleria Artisan, Puan Azeera Mangguna dan staf, sekali gus menunjukkan komitmen terhadap usaha memperkenal dan memartabatkan hasil seni warisan negeri Sabah.

Lawatan ke bengkel batik di tingkat bawah Galleria Artisan.
Gambar berkumpulan.
Encik Junady menandatangani buku pelawat.

BORNEO FLORAL FESTIVAL 2025

Serlahkan Keindahan Seni & Kraf Tangan Tempatan

Majlis Perasmian Borneo Flora Festival @ Labuan telah berlangsung di Taman Rekreasi Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 26 Julai 2025.

Majlis telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia.

Turut hadir, Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah.

Pusat Kraftangan Sabah juga turut menyertai festival ini dengan membuka ruang pameran di Artis Bazaar, mempamerkan pelbagai hasil seni dan kraf tangan tempatan.

Perasmian Majlis Borneo Flora Festival.
Tuan Haji Hanafiah mengukir corak batik semasa mengunjungi pameran.
Sebahagian daripada hasil seni dan kraf tangan tempatan di pameran Artis Bazaar.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kemudahan pembelajaran berasaskan alam yang terdapat di pusat ini, selain dapat meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam semula jadi. Pendidikan alam tidak hanya menjana ilmu, tetapi juga dapat membentuk sahsiah diri para pelajar. Program ini juga berfungsi sebagai ruang interaksi antara sekolah dan agensi, membuka peluang kerjasama jangka panjang dalam pelbagai bentuk sama ada melalui program angkat kawasan konservasi, modul pembelajaran bersama, atau aktiviti komuniti berasaskan alam.

Aktiviti memerhati burung.

Seramai 60 orang peserta terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pegawai pendidikan daerah, pelajar-pelajar dan guruguru sekolah. Antara sekolah-sekolah di daerah Tongod yang terlibat adalah SMK Tongod, SMK Beluran, SMK Penangah, SK Imbak, SK Pekan Tongod, dan SK Keramuak. Manakala bagi daerah Telupid pula, sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMK Telupid, SMK Entilibon, SMK Timbua Ranau, dan SK Penangah.

Kumpulan Yayasan Sabah komited dalam usaha berterusan untuk menyemarakkan semangat cinta akan alam sekitar dalam membentu generasi muda yang lebih peka, bertanggungjawab dan berpengetahuan dalam usaha melindungi dan memulihara alam sekitar. Kanyon Imbak, destinasi pelancongan berasaskan pendidikan dan alam semula jadi dengan keindahan dan keunikannya yang tiada tandingan, bukan sahaja mencerminkan kekayaan ekologi negeri ini, malah menjadi simbol harapan bahawa dengan kesedaran, kerjasama dan komitmen bersama, warisan alam ini dapat dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Gambar berkumpulan.

Contoh kulat liar yang boleh dimakan (Lentinula sp.), salah satu spesies yang sedang dikaji untuk potensinya dalam sektor makanan dan perubatan.

PACU EKONOMI KOMUNITI Kulat & Tuhau Imbak

Potensi biodiversiti halia liar, atau lebih dikenali sebagai tuhau (Etlingera coccinea), dan kulat liar di Sabah sedang diterokai dengan giat melalui Projek Bio-Prospek Penyelidikan dan Pembangunan Kulat Liar dan Halia Liar (TUB). Usaha strategik ini yang merupakan inisiatif lima tahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan peruntukan RM5 juta, bertujuan untuk mengenal pasti, melindungi dan memanfaatkan spesies tempatan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sekuriti makanan negara. Projek TUB kini sedang dijalankan di Kawasan Konservasi Lembah Danum, Lembangan Maliau dan Kanyon Imbak.

Tuhau Liar (Etlingera coccinea), sejenis halia liar yang berharga kerana pucuknya yang beraroma, merupakan fokus Projek TUB kerana potensi ekonomi dan kulinanya.

Projek TUB, yang merupakan kerjasama antara Kumpulan

Yayasan Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah mengadakan

Bengkel Tuhau dan Kulat Liar di Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA). Bengkel selama tujuh hari dari 1 hingga 7 Ogos 2025 ini telah berjaya menghimpunkan 86 peserta dari kampung-kampung sekitar ICCA dan para penyelidik bagi memperkukuh pengetahuan mengenai potensi biodiversiti halia dan kulat liar di Sabah.

Bengkel ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman peserta mengenai tuhau dari aspek ekologi, morfologi, kegunaan tradisional dan potensi komersial, tetapi juga mendedahkan mereka kepada kaedah penyelidikan saintifik seperti kajian DNA dan teknik penanaman terkawal. Para peserta juga diberi latihan praktikal mengenai teknik penyemaian dan cara menghasilkan produk komersial daripada tuhau.

Sekumpulan peserta penduduk kampung tekun mengikuti sesi demonstrasi praktikal membuat produk tuhau daripada Ts. Dr. Elia Godoong, Universiti Malaysia Sabah (gambar kiri, berbaju merah jambu) semasa bengkel.

Sementara itu, berkenaan kulat liar pula, telah memberi tumpuan kepada pendedahan pengetahuan tentang kulat liar dan potensinya dalam bidang perubatan dan makanan. Melalui aktiviti Fungal Foray (ekspedisi ke hutan), peserta berpeluang memproses sampel kulat dan belajar membezakan antara kulat yang boleh dimakan dan yang beracun.

Bengkel ini merupakan platform penting untuk memindahkan ilmu pengetahuan dan teknologi kepada komuniti setempat. Para penyelidik bukan sahaja ingin melindungi biodiversiti ini, tetapi juga ingin memastikan komuniti mendapat manfaat ekonomi daripadanya.

Peserta bengkel mendengar taklimat Prof. Madya Dr. Jaya Seelan, UMS sebelum memulakan aktiviti ‘Fungal Foray’ di dalam hutan Kanyon Imbak.

Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Penyelidikan Kumpulan Yayasan Sabah, Dr. Yap Sau Wai. Dalam ucapannya, Dr. Yap menyatakan bahawa projek ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya Matlamat 2 (Kelaparan Sifar), Matlamat 8 (Pekerjaan Berkualiti dan Pertumbuhan Ekonomi), dan Matlamat 15 (Kehidupan di Daratan).

Kumpulan Yayasan Sabah melihat Projek TUB sebagai pemangkin penting dalam pembangunan lestari. Projek ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengenal pasti, melindungi, dan memanfaatkan spesies halia dan kulat liar di Sabah. Ini bukan sahaja mengukuhkan status Sabah sebagai pusat biodiversiti yang penting, tetapi juga menyumbang kepada sekuriti makanan negara dan pembangunan ekonomi secara keseluruhan.

Kumpulan Yayasan Sabah berperanan sebagai agensi penyelaras utama, memastikan peruntukan dana Persekutuan dimanfaatkan secara optimum melalui kerjasama padu dengan SFD dan UMS. Inisiatif ini juga melahirkan siswazah Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana Sains (MSc) yang kompeten dalam bidang kepakaran berkaitan, sekali gus membina modal insan yang berkemahiran tinggi untuk Sabah dan Malaysia. Pemindahan pengetahuan dan teknologi kepada komuniti tempatan dan usahawan pula membuka peluang baharu untuk pembangunan produk inovatif dan bernilai tambah, seterusnya menjana pendapatan dan pekerjaan berkualiti.

Amanita sp., sejenis kulat liar yang beracun, merupakan spesies penting untuk peserta pelajari cara mengenal pastinya bagi memastikan keselamatan makanan.

Seorang peserta menunjukkan sampel kulat liar yang baru ditemui semasa sesi

‘Fungal Foray’, salah satu aktiviti utama dalam bengkel tersebut.

Tiga orang para penyelidik dari UMS berkongsi pengalaman mereka:

Ts. Dr. Elia Godoong, Pakar Penyelidik Tuhau, UMS: “Bengkel ini memberi peluang kepada kami untuk mendalami pengetahuan komuniti tentang tuhau. Sesi ‘Cerita & Soal Jawab’ bersama penduduk kampung mendedahkan kami kepada kaedah penjagaan dan pencarian tuhau yang diwarisi turun-temurun, yang amat berharga untuk penyelidikan kami. Kerjasama dua hala ini amat penting untuk memastikan usaha konservasi dan komersialisasi tuhau dapat berjalan dengan jayanya.”

Prof. Madya Dr. Jaya Seelan A/L Sathiya Seelan, Pakar Penyelidik Kulat Liar, UMS: “Melalui aktiviti Fungal Foray, kami dapat menunjukkan kepada peserta betapa kayanya biodiversiti kulat di ICCA. Peserta sangat bersemangat semasa memproses sampel dan belajar mengkategorikan kulat. Ia bukan sekadar penyelidikan, tetapi juga satu usaha mendokumentasikan khazanah alam kita bersama komuniti.”

Cik Nur Amanina binti Usimin, Penyelidik Kulat Liar, UMS: “Penyertaan dalam bengkel ini memberi saya pendedahan yang unik. Saya dapat menyampaikan perkongsian mengenai Kulat Payung Beracun (Amanita sp.) kepada komuniti. Melalui interaksi ini, saya dapati masyarakat tempatan mempunyai pemahaman asas yang baik tentang kulat, dan bengkel ini membantu memperkukuh dan menyempurnakan pengetahuan mereka secara saintifik.”

dikaji untuk potensinya dalam sektor makanan dan perubatan.

Tiga peserta dari penduduk kampung turut berkongsi pandangan mereka:

Encik Jalius bin Tabi, Ketua Kampung Imbak: “Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menyertai bengkel ini. Kami kini faham cara penanaman tuhau yang lebih teratur dan bagaimana kulat di sekeliling kami mempunyai nilai ekonomi. Saya akan kongsikan ilmu ini kepada penduduk kampung saya agar kami dapat memajukan ekonomi bersama.”

Puan Masnah binti Rikin, Peserta Bengkel: “Sebelum ini, saya hanya tahu menjeruk tuhau secara tradisional. Selepas bengkel,

saya belajar teknik baharu untuk membuat serunding tuhau mini dan bagaimana untuk memastikan kualitinya. Saya percaya produk ini berpotensi besar untuk dijual di pasar. Ilmu yang diberikan oleh penyelidik dari UMS ini membuka mata saya.”

Encik Rasyid bin Musa, Peserta Bengkel: “Saya paling suka sesi lawatan ke hutan bersama penyelidik. Mereka mengajar kami cara mengenal pasti kulat yang berbeza dan mengumpulnya untuk penyelidikan. Kami juga faham mengapa penting untuk tidak merosakkan habitat kulat. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kami tetapi juga kepada generasi akan datang.”

Gambar berkumpulan para peserta bersama Prof. Madya Dr. Jaya (tengah).

Contoh kulat liar yang boleh dimakan (Lentinula sp.), salah satu spesies yang sedang

“Rimba Eksotik”

Eksotika Alam, Ekspresi Budaya!

Tema di atas menjadi jiwa kepada peragaan fesyen Koleksi Eksklusif Batik Pusat Kraftangan Sabah (PKS) yang berlangsung pada 28 Jun 2025 bersempena dengan Karnival Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sabah 2025 Zon Keningau X The Crocker Range Festival Season 8 2025.

Sebanyak 18 helai busana indah telah diperagakan oleh 18 orang finalis Miss & Mr Crocker Range 2025. “Rimba Eksotik” merupakan peragaan yang membawakan citra rekaan penuh karakter dan makna, diilhamkan oleh flora eksotik serta warisan budaya Borneo. Koleksi ini merupakan ilham Pereka PKS, Encik Viaezley Michael dan Puan Nurul Izahfarahanah Binti Tangah, Pengajar Seni Kraf Batik, PKS.

Dengan menggabungkan teknik batik canting dan cetakan digital moden, setiap helaian busana menjadi satu bentuk naratif visual yang menyulam elemen tradisi, alam semula jadi, dan inovasi dalam satu persembahan bergaya kontemporari. “Rimba Eksotik” bukan hanya koleksi fesyen, tetapi juga satu ekspresi seni tentang identiti dan jati diri Negeri di Bawah Bayu.

Begitu indah setiap koleksi eksklusif yang diperagakan dalam pertunjukan fesyen tersebut. PKS berbangga dapat mempamerkan hasil kraf tangan tekstil yang dibuat oleh para karyawannya.

Bersempena dengan perasmian karnival ini, Puan Emily Jeneble yang merupakan bekas peserta Program Kraf Komuniti Pejabat Zon Pedalaman Utara dan Puan Lily Naming, bekas peserta Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah

telah menerima Bantuan SME-UP 2024 daripada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) dalam aspek pembungkusan dan bantuan mesin bagi membantu memajukan perusahaan kraftangan mereka.

Di karnival ini juga, PKS telah diberikan penghargaan menjadi barisan juri bagi Pertandingan Anyaman Tradisional. Pengurus Kumpulan PKS, Puan Vivian Evans selaku Ketua Juri dan Encik Vieazley Michael selaku juri telah melaksanakan tugas penjurian bagi menobatkan pemenang pertandingan tersebut.

Semoga PKS terus aktif dan cemerlang dalam menjayakan wawasan membangunkan seni kraf tangan warisan dan memartabatnya ke peringkat yang lebih tinggi melalui pelbagai platform di masa akan datang.

Gambar batik yang diperagakan oleh Miss & Mr Crocker Range 2025.
Miss & Mr Crocker bersama Puan Vivian (sepuluh dari kanan).

YSG BIOSCAPE Connecting Nature, Community & Education

Aquascape Center

The past few months have been a truly vibrant and memorable season at the Aquascape Center. From the laughter of school children on field trips, to the sparkle of mermaids delighting families, to our community involvement at the Agriculture Research Centre (ARC) Tuaran Open Day, every event has brought new energy and joy to our center. Here’s a closer look at some of the highlights.

Educational School Visits

One of our greatest joys has been welcoming school groups for educational tours. Dozens of curious young faces have filled our center, eager to learn about the natural world.

These visits are designed to give students the opportunity to explore beyond the classroom where they can see, touch, and experience nature up close. They discover a variety of tropical freshwater fish, including our famous Arapaima gigas, admire our lush aquascaping plants, and even get to meet some of our friendly small animals, such as turtles and rabbits.

Rabbit Grooming by Kae Grooming & Spa

Our beloved rabbits also had their special day! Thanks to the generosity of Kae Grooming & Spa, who volunteered their time and expertise, our rabbits enjoyed a professional grooming session.

Not only did the rabbits look neat and fresh, but their health and comfort were also improved through proper grooming. Visitors who dropped by that day saw the rabbits looking extra fluffy and well cared for. It was a small act of kindness, but one that made a big difference for our furry friends.

The Magical Mermaid Show

One of the most enchanting highlights of the season was the Magical Mermaid Show. This event transformed the Aquascape Center into a realm of fantasy, where shimmering mermaids, vibrant decorations, and an engaging array of activities welcomed families.

The highlight of the day was undoubtedly the Mermaid Costume Contest. Children showcased their creativity and charm by dressing up in dazzling mermaid outfits.

The joy on their faces illuminated the entire event, while parents proudly cheered from the sidelines. It was truly an occasion that captured the imagination of both children and adults alike.

Looking Ahead

It has been a busy and joyful season at the Aquascape Center, and we look forward to welcoming more visitors and hosting more exciting events in the months ahead. The journey continues, and we hope you’ll be part of it with us.

ARC Tuaran Open Day Participation

Beyond our own grounds, YSG Bioscape & Aquascape Center also took part in the Agriculture Research Centre (ARC) Tuaran Open Day. This was an excellent opportunity to showcase our expertise in tissue-cultured plants and engage with the broader community.

Visitors to our booth were eager to learn how tissue culture plants are grown and their importance in agriculture and aquascaping. It was also an opportunity for us to introduce people to the other activities and attractions we offer at the center.

PENUTUPAN AUDIT MESYUARAT

Mesyuarat Penutupan Audit Innoprise Corporation

Sdn. Bhd. (ICSB) telah berlangsung pada 24 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Sipadan, Wisma Audit Negara.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan hasil dapatan audit serta membincangkan penambahbaikan yang perlu bagi memastikan tahap tadbir urus korporat dan pengurusan syarikat terus dipertingkatkan.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil pengurusan kanan ICSB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Douglas J. Joinol, bersama wakil dari Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan Sabah.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana kerjasama yang baik serta komitmen tinggi semua pihak kearah pematuhan tadbir urus yang lebih cekap dan berkesan.

Duduk dari kiri : Encik Joshua Ho, Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS,ICSB), Encik Zakri bin Mamat, Pengarah Audit Negeri Sabah dan Encik Douglas J. Joinol, Ketua Pegawai Operasi, ICSB.

HARI POTENSI

Pamer Bakat Kemahiran Kanak-Kanak

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak telah menganjurkan Program Hari Potensi 2025 yang merangkumi Bulan Membaca, Bulan Kemerdekaan dan Hari Kanak-Kanak Sedunia bermula 7 Ogos sehingga majlis penutupan pada 23 Ogos 2025 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Majlis yang meriah ini telah disempurnakan oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Puan Rosmini Simin. Kehadiran Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Puan Rabiatul Adawiyah binti Ahmad turut menyerikan lagi suasana majlis.

Pelbagai pertandingan telah diadakan sempena majlis penutupan Hari Potensi tersebut, antaranya ialah: Pertandingan Pakaian Kreatif (Taska), Peragaan Busana Bahan Terpakai (Tadika), Nyanyian dan Gerakan (Tadika), Pertandingan Mewarna (Taska dan Pusat Jagaan Ria) serta Pertandingan Ubah Imej (Pusat Jagaan Ria).

Hari Potensi bukan sahaja menjadi platform untuk kanak-kanak mempamerkan bakat dan kemahiran mereka, malah turut memberikan peluang kepada ibu bapa dan guru untuk bersama-sama meraikan perkembangan dan pencapaian kanak-kanak dalam pendidikan awal.

Pertandingan Busana Bahan Terpakai.
Antara persembahan sempena Hari Potensi 2025.
Pemenang Busana Bahan Terpakai, adik Zara Ayana binti Zosya.
Pertandingan Mewarna dari kanak-kanak Pusat Jagaan Ria.
Pertandingan Busana Bahan Terpakai.

lawatan SEKOLAH AGAMA RENDAH ALAMESRA

KE MENARA TUN MUSTAPHA

Sekolah Agama Rendah (SAR) Alamesra telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Tun Mustapha dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens pada 24 Julai 2025.

Lawatan ini melibatkan seramai 64 orang peserta termasuk guru pengiring. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sejarah dan peranan Kumpulan Yayasan Sabah dalam agenda pembangunan negeri.

Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberi taklimat mengenai Kumpulan Yayasan Sabah di Bilik Multivision oleh Encik Mohd. Redzuan bin Mohd. Zin, Eksekutif Tadbir, Bahagian Komunikasi Korporat dan seterusnya para pelajar turut melawat ke Galeri Tun Mustapha dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

Lawatan ini bukan sahaja mencetus minat dalam kalangan pelajar terhadap ilmu pengetahuan dan sejarah negeri, tetapi juga mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Sesi bergambar berkumpulan bersama para peserta, guru pengiring dan wakil Kumpulan Yayasan Sabah.
Sesi taklimat berkenaan aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah
Lawatan ke Perpustakaan untuk mengenali kemudahan dan koleksi bahan bacaan.
Lawatan di Galeri Tun Mustapha

MMSJ & KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sebuah kunjungan hormat daripada Majlis Mahasiswa Sabah Jordan (MMSJ) telah berlangsung pada 25 September 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat tingkat 10, Pejabat Setiausaha Korporat, Menara Tun Mustapha.

Sesi pertemuan dan perkongsian tersebut diadakan bersama pihak Kumpulan Yayasan Sabah selaku badan penaja. Rombongan MMSJ diketuai oleh Muhammad Izzat bin Halimuddin selaku Yang Dipertua, Nurul Ain Hawadah Salwa (Timbalan Yang Dipertua), Ahmad Farhan binti Ansir (Setiausaha Agung), Anis Nasyitah binti Nahad (Timbalan Setiausaha Agung) dan Hamiz Asrar bin Saimin (Bendahari Agung).

Kunjungan yang bermula pada 11.30 pagi itu membincangkan beberapa agenda, antaranya perkongsian perkembangan suasana pembelajaran mahasiswa Sabah di Jordan untuk mengetengahkan potensi dan cabaran semasa yang dihadapi, di samping membincangkan langkah penyelesaiannya.

Selain itu, rombongan MMSJ turut membentangkan perancangan program bagi sesi 2025/2026 sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama dengan pihak Kumpulan Yayasan Sabah, sekali gus memastikan kebajikan serta pembangunan pelajar terus terjamin.

L AWATAN EKSPLORASI ILMU PKAB KUKUHKAN PERANAN KUMPULAN YAYASAN SABAH DALAM PENDIDIKAN

Program Lawatan Eksplorasi Ilmu di bawah Program Kecemerlangan Akademik Bersepadu (PKAB) Pejabat Pendidikan Lahad Datu telah diadakan pada 25 September 2025 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.

Program anjuran Pejabat Pendidikan Lahad Datu dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah ini disambut meriah dengan penyertaan 69 orang murid SMK Agaseh dan sepuluh orang guru yang mengiringi seorang wakil pegawai PPD Lahad Datu.

Taklimat Tajaan Pendidikan Yayasan Sabah merupakan pengisian utama program dengan objektif memberi pendedahan dan maklumat terperinci skim tajaan pendidikan yang ditawarkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Selain itu, memberi kefahaman kepada para pelajar mengenai syarat kelayakan, proses permohonan, tanggungjawab dan

komitmen sebagai penerima tajaan, di samping meningkatkan imej serta peranan Kumpulan Yayasan Sabah sebagai agensi yang prihatin terhadap pembangunan pendidikan negeri Sabah.

Kejayaan program dapat dilihat melalui penglibatan dalam sesi soal jawab bersama para peserta yang memperlihatkan kefahaman lebih jelas tentang peranan Kumpulan Yayasan Sabah dalam membantu para pelajar melanjutkan pengajian serta tanggungjawab mereka selepas menerima tajaan.

Pelaksanaan program secara tidak langsung, memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap Kumpulan Yayasan Sabah sebagai institusi yang beriltizam dan komited membantu pembangunan pendidikan di Sabah.

Perbincangan bersama rombongan MMSJ diketuai oleh Tuan Haji Hanafiah Diman, Setiausaha Korporat Kumpulan Yayasan Sabah (tengah, berbaju hitam).
Sesi bergambar mesra antara rombongan MMSJ dengan pihak Kumpulan Yayasan Sabah.
Suasana perbincangan antara rombongan Majlis Mahasiswa Sabah Jordan (MMSJ) dengan pihak Kumpulan Yayasan Sabah.
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohd Salim bin Japaran, Pegawai Pelajaran Kanan Kumpulan Yayasan Sabah.
Gambar berkumpulan para pelajar SMK Agaseh, guru-guru pengiring, wakil pegawai PPD Lahad Datu bersama Encik Mohd Salim bin Japaran, Pegawai Pelajaran Kanan Kumpulan Yayasan Sabah (tengah, berbaju hijau).

Puan Zaidah Hussain Pengurus Kanan Cawangan YSKL

Sesi temuramah kali ini diadakan bersama dengan puan Zaidah Hussain selaku Pengurus Kanan Yayasan Sabah Kuala Lumpur untuk mendengarkan beberapa perkongsian pengalaman berharga beliau.

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 10 Januari 1985. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah bekerja seiring dengan misi dan visi Kumpulan Yayasan Sabah.”

Bercakap mengenai aspek paling sukar ketika bertugas pula, puan Zaidah memaklumkan, “menjadi cabaran buat saya untuk memulakan atau merancang aktiviti-aktiviti baharu agar Kumpulan Yayasan Sabah terus relevan di masa hadapan”.

Meninjau perancangan beliau pada waktu persaraan kelak, beliau berkata, “Selepas persaraan, saya berhasrat meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya di Sabah. Insya Allah.”

Soalan seterusnya bertanyakan tentang perasaan beliau tentang aspek-aspek yang akan dirindui sepanjang bekerja

di Kumpulan Yayasan Sabah, beliau berkata, “Selepas 40 tahun 8 bulan, saya bakal merindui jadual program-program bidang pendidikan khususnya apabila bekerja di samping warga Kumpulan Yayasan Sabah sebagai “Teamwork” yang terbaik.”

Ketika mengimbau kenangan beliau tentang saat-saat yang tidak boleh dilupakan ketika bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah, dan beliau menjawab, “waktu-waktu yang tidak akan dilupakan adalah pengalaman merancang, melaksanakan Majlis Berbuka Puasa (MBP), Program Cuti Sekolah dan lawatan rasmi bagi tempoh 37 tahun di dalam dan luar negara.”

Soalan terakhir yang diajukan kepada beliau merupakan soalan yang meminta sedikit nasihat daripada beliau sebagai pegawai yang sudah lama berbakti kepada Kumpulan Yayasan Sabah, lalu beliau menasihatkan, “Kakitangan dan Pengurusan perlu meneruskan visi dan misi asal Kumpulan Yayasan Sabah seiring dengan perkembangan semasa kerana Kumpulan Yayasan Sabah mesti relevan demi anakanak negeri Sabah.”

ZON PANTAI BARAT SELATAN

PROGRAM KEMAHIRAN ASAS PENGUCAPAN AWAM

9 Julai 2025 @ SM ST. Michael, Penampang

PROGRAM MOTIVASI: SUCCESS IN YOUR HANDS

22 Julai 2025 @ di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Seramai 166 orang pelajar dari SMK Tansau telah menyertai Program Motivasi: Success In Your Hands yang berlangsung dengan penuh semangat dan interaktif dan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Norhasdi bin Hassan dan Encik Yusuf Hasni.
Lawatan ke Galleria Artisan Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Pengarah Yayasan Sabah (tengah) dan Puan Linda Anthony, (dua dari kiri)mengambil gambar bersama pelajar dan guru pengiring SMK Tansau.

Encik Zulkhari bin Haji Ismail (tengah) dan Puan Linda Anthony (dua dari kanan) merakam kenangan bersama penceramah jemputan, Encik Yusuf Hasni dan Encik Norhasdi bin Hassan (Pak Boi) (dua dari kiri) serta Cikgu Dayang Fauziah binti Datu Ibrahim Ketua Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Tansau (kanan).

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

PROGRAM DERMA DARAH

12 Jun 2025 @ Kampung Bongkud, Ranau

Pihak Unit Transfusi Darah Hospital Ranau menjalankan ujian saringan.

Puan Linda Anthony (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang penderma yang berbentuk bakul makanan diiringi dengan Pengerusi JKKK Kampung Bongkud iaitu Tuan Bindang Mantakag (kiri) dan wakil Juruteknologi Makmal Perubatan di Unit Patologi dan Transfusi Darah Hospital Ranau iaitu Puan Rodziah @ Nurul Ain binti Abdullah (kanan) di Mini Dewan Guntab Kampung Bongkud, Ranau pada 12 Jun 2025.

Puan Linda Anthony (tengah) menyampaikan cenderamata kepada wakil Juruteknologi Makmal Perubatan di Unit Patologi dan Transfusi Darah Hospital Ranau bagi Program Derma Darah iaitu Puan Rodziah @ Nurul Ain binti Abdullah (kanan) diiringi dengan Tuan Bindang Mantakag, Pengerusi JKKK Kg. Bongkud, Ranau (kiri).

Para penderma yang telah melepasi ujian saringan dan lulus untuk menderma darah adalah terdiri daripada golongan belia.

PERTANDINGAN SEPAK MANGGIS YAYASAN SABAH

29 Jun 2025 @ Kampung Sekambu, Kampung Petagas, Kampung Petagas Baru dan Kampung Tengah Padang

Pertandingan tersebut telah berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw, Kampung Sekambu, Petagas. Tiga kategori dipertandingkan dalam Pertandingan Sepak Manggis tersebut iaitu kategori pertama untuk kanak-kanak, kategori kedua untuk berpasangan suami dan isteri manakala kategori ketiga pula adalah terbuka untuk keempat-empat kampung.

Pertandingan ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N.23 Petagas merangkap Pengerusi Qhazanah Technology Sdn. Bhd., Datuk Awang Ahmad Sah bin Datuk Haji Awang Sahari. Turut hadir dalam majlis perasmian pertandingan ini adalah Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony.

Gimik perasmian menyepak bola takraw oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N.23 Petagas merangkap Pengerusi Qhazanah Technology Sdn. Bhd., Datuk Awang Ahmad Sah bin Datuk Haji Awang Sahari.

Ucapan perasmian Ahli Dewan Undangan Negeri N.23 Petagas merangkap Pengerusi Qhazanah Technology Sdn. Bhd., Datuk Awang Ahmad Sah bin Datuk Haji Awang Sahari.

berkumpulan.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

KURSUS PENANAMAN DAN MASAKAN KULAT SISIR (KODOP) 11 Jun 2025 @ Dewan Terbuka Kampung Libang, Ranau

Para peserta kursus bergambar bersama Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu), Puan Linda Anthony (tengah berbaju putih), Puan Margriet Abbas (lima dari kanan) dan Encik Azrin bin Numat, Pengerusi JKKK Kampung Libang (lima dari kiri).

Puan Margriet Abbas (kanan, berbaju hitam) berkongsi cara untuk membuat torehan bongkah kulat sisir.
Gambar
Peserta pertandingan sepak manggis.

31 Julai 2025 @ Raia Hotel, Kota Kinabalu.

Saiful Maun,

Jemputan berkongsi langkah beliau dalam memulakan kerjaya sebagai Content Creator.

Puan Dina Melisa binti Mohamad Maidin sebagai penceramah jemputan program.
Encik
Influencer
Encik Zulkhairi bin Haji Ismail melihat produk jualan yang dipamerkan oleh para peserta program.
(Barisan Hadapan) Encik Zulkhairi bin Haji Ismail (tengah), Puan Linda Anthony (kiri),Puan Dina Melisa binti Mohamad Maidin (kanan). (Barisan kedua hadapan dari kiri) Mohd Azubair Sainuddin, Pegawai Tadbir Kanan, ZPBS (KK), Encik Justin@Petrus bin Gilob Pengurus ZPU (Keningau), Encik Adman Haji Samat, Ketua Pentadbir Zon ZPBU (Kota Marudu), Puan Siti Sheriffah Jabar Khan, Ketua Pentadbir Zon ZPS (Beaufort), Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin, Ketua Pentadbir Zon ZPTS (Tawau), Encik Abdul Rasid bin Abdul Sani, Ketua Pentadbir Zon ZPTU (Sandakan) dan Mohd Fairuz bin Haji Mohd Yussof, Pengurus pejabat KPPZ bergambar kenangan bersama 133 orang peserta.

SKIM BANTUAN MENENGAH YAYASAN SABAH

Program Penyerahan Skim Bantuan Menengah Yayasan Sabah (SBMYS) 2025 telah dilaksanakan pada Julai 2025 yang bertempat di Sekolah di bawah kawasan Zon Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu).

SM LOK YUK
KOLEJ TINGKATAN 6
SM ALL SAINTS
SMK BANDARAYA
SM ST PETER TELIPOK
ST FRANCIS CONVENT
SMK INANAM
SMK PEREMPUAN
SMKA KOTA KINABALU
SMK KOLOMBONG
SMK TAMAN TUN FUAD
SMKA TUN AHMAD SHAH
SMK LIKAS
SMK TEBOBON
SMJK SHAN TAO

Encik Saef-Ul Baree Rusnan menyerahkan SBMYS 2025 kepada pelajar yang layak di empat buah sekolah menengah daerah Tamparuli.

TUARAN

Encik Muhamad Al Amin Abdul Thani menyerahkan SBMYS 2025 kepada pelajar yang layak di enam buah sekolah menengah daerah Tuaran.

SMK PEKAN TELIPOK
SMK TENGHILAN
SM ST JOHN
SMK SRI NANGKA

Encik Mohd. Shari bin Tek Seng menyerahkan SBMYS 2025 kepada pelajar yang layak di lapan buah sekolah menengah daerah Putatan.

PENAMPANG

Encik Azlan bin Mohd. Hanif menyerahkan SBMYS 2025 kepada pelajar yang layak di empat buah sekolah menengah daerah Penampang.

SM LA SALLE
SMK PETAGAS
SMK SANZAC
SM MAKTAB SABAH
SMK PULAU GAYA
SMK TANSAU
SM STELLA MARIS
SMK PUTATAN

Encik Muhammad Syimir bin Rasidi menyerahkan SBMYS 2025 kepada pelajar yang layak di 11 buah sekolah menengah daerah

Encik Nazreen bin Hasim menyerahkan SBMYS 2025 kepada pelajar yang layak di sekolah menengah daerah Kiulu.

KIULU
SMK LOHAN
SMA AL- IRSYADIAH
SMKA MOHAMAD ALI

BANTUAN MANGSA KEBAKARAN

BANTUAN BAKUL MAKANAN DAN WANG TUNAI BAGI MANGSA KEBAKARAN

25 Jun 2025 @ Kampung Darau, Kota Kinabalu

Lawatan ke kawasan kebakaran di Kampung Darau, Kota Kinabalu. Kebakaran ini melibatkan satu buah rumah yang didiami oleh tujuh keluarga.

Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Kumpulan Yayasan Sabah (dua dari kiri) menyerahkan bakul makanan kepada ketua isi keluarga mangsa kebakaran Kampung Darau, Kota Kinabalu.

SUMBANGAN KUMPULAN YAYASAN SABAH KEPADA MANGSA KEBAKARAN

KAMPUNG MENGKABONG, TUARAN

29 Julai 2025 @ Dewan Sri Sulaman, Tuaran

Encik Zulkhairi bin Haji Ismail (tengah) menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran bersama Puan Linda Anthony (dua, kanan), Encik Irwandie Haji Matshah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N13 Pantai Dalit (kanan), Encik Suhaimie Shafieeh, Pegawai Khas Datuk Jasnih Daya (tiga, kiri) dan Encik Mohd Hasranizam bin Haji Kiran, Pejabat Pengarah Yayasan Sabah (empat, kiri).

Selain wang tunai, Kumpulan Yayasan Sabah turut menyumbangkan bakul makanan kepada setiap ketua isi rumah bagi mangsa kebakaran.

ZON PANTAI BARAT UTARA

PROGRAM INTELEK MINDA

Pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) telah menganjurkan Karnival Pendidikan dan Perkampungan Pelajar pada 11 hingga 13 Jun 2025 yang melibatkan 80 orang murid SK Manggis, Pitas.

Antara program yang dijalankan adalah sesi ceramah motivasi untuk membina sahsiah diri dan pemantapan disiplin yang disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pitas, Tuan Haji Mausal @ Musa bin Haji Aliasah dan Pegawai Pelajaran Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah, Puan Norbijaya Timala Hj. Maskor. Antara pengisian lain adalah latihan dalam kumpulan, pertandingan mewarna dan sukaneka yang disertai para peserta.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Manggis, Encik Aslly Anak Randang dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Manggis, Encik Jamala bin Mattalam.

Taklimat keselamatan kepada murid-murid sekolah.

Program Membina Insaniah Pelajar Peringkat Sekolah Menengah pada 24 Jun 2025 bertempat di Dewan Al-Imtiaz SMK Abdul Rahim 2, Kudat.

Program ini terdiri daripada empat sesi ceramah yang disampaikan oleh Kaunselor SMJK Lok Yuk, Kudat, Encik Komar bin Abd Wahid, Pegawai Hal Ehwal Pelajar University College Sabah Foundation (UCSF), Encik Hariffin bin Lokman, Pegawai Jabatan Pemasaran Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), Encik Rendy Ziki dan TYMBA Education Group, Encik Alif Iman bin Ali. Seramai 100 orang pelajar telah menyertai program ini.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi bimbingan dan galakan kepada pelajar untuk berpandangan jauh dalam membina kerjaya pada masa akan datang terutamanya selepas tamat sesi persekolahan.

Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kudat, Encik Amiluddin bin Majuki dan Pengetua SMK Abdul Rahim 2, Encik Jota bin Magain.

Encik Komar menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar.
Encik Rendy menyampaikan taklimat mengenai program yang ditawarkan di KTYS.
Encik Hariffin menyampaikan taklimat mengenai program yang ditawarkan di UCSF.
Encik Alif menyampaikan ceramah Hala Tuju Selepas SPM dan memberikan sedikit taklimat mengenai TYMBA Education Group.
Pertandingan mewarna bagi murid darjah 1. Sesi sukaneka untuk murid lelaki.

Para peserta gotong-royong memasang pagar baharu dan mengecat dinding masjid.

Program Gotong-Royong Mengecat dan Membaiki Pagar Masjid pada 27 Jun 2025 bertempat di Masjid Kg. Tanah Merah, Matunggong.

Program ini dijayakan dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Masjid Kg. Tanah Merah. Program ini telah melibatkan 30 orang penduduk kampung dan staf ZPBU yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara staf dan penduduk setempat di samping mengeratkan silaturahim.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kg. Tanah Merah, Encik Jimshien bin Totong, Pengerusi JKKK Kg. Tanah Merah, Puan Lisah Alfredo, Pengerusi Masjid Kg. Tanah Merah, Encik Maljada bin Haji Tang, dan Timbalan Pengerusi Masjid Kg. Tanah Merah, Encik Wahab bin Abdua.

Program Sumbangan Ikhlas kepada Mangsa Kebakaran pada 11 Julai 2025 bertempat di Kg. Ginapas, Kg. Wokok dan Kg. Bobot, Kota Belud.

Penyampaian sumbangan ini telah disampaikan kepada tiga kampung yang terletak di daerah Kota Belud. Terdapat enam buah keluarga yang menerima sumbangan di Kg. Ginapas, tujuh buah keluarga di Kg. Wokok dan sebuah keluarga di Kg. Bobot. Penyaluran sumbangan ini untuk membantu mangsa kebakaran dengan keperluan tambahan dan sokongan moral oleh Kumpulan Yayasan Sabah melalui ZPBU terhadap kejadian yang menimpa mereka. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.

Penyerahan sumbangan di Kg. Ginapas.
Sesi pembersihan dalam masjid.
Para peserta menanggalkan pagar lama masjid.
Penyerahan sumbangan di Kg.Wokok.
Penyerahan sumbangan Kg. Bobot.

Kursus Fardu Kifayah (Pengurusan Jenazah) pada 12 Julai 2025 bertempat di Masjid Al-Amin Kg. Rasak Laut, Kota Marudu. Taklimat kursus ini telah disampaikan oleh Naib Ketua Belia USIA Sabah, Encik Salleh bin Jatil kepada 43 orang peserta. Penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai asas pengurusan jenazah mengikut syariat Islam. Di samping itu, kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan komuniti yang celik fardu kifayah dan bersedia membantu dalam pengurusan jenazah walaupun di mana berada. Selain itu, kursus ini juga merupakan salah satu platform bagi mengukuhkan hubungan silaturahim melalui aktiviti keagamaan dalam kalangan penduduk kampung.

Turut hadir, Ketua Kampung Kg. Rasak Laut, Encik Oardin bin Alipudin, Pengerusi JKKK Kg. Rasak Laut, Encik Mastun bin Amit, Setiausaha Masjid Al-Amin Kg. Rasak Laut, Encik Rosdi bin Abdul Sait.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

Kursus Asas Mencantum dan Penanaman Pokok Durian pada 10 Jun 2025 bertempat di Dewan Terbuka SK Manggis, Pitas. Kursus ini merupakan hasil kerjasama ZPBU dengan SK Manggis, Pitas yang disampaikan oleh seorang pengusaha tempatan, Encik Jarion bin Mobik dan dihadiri oleh 20 orang peserta. Objektif program ini adalah untuk memberikan bimbingan dan kemahiran asas mengenai pencantuman dan penanaman pokok durian.

Turut hadir ialah Ketua Panitia Reka Bentuk Teknologi SK Manggis, Pitas, Encik Johnior Mime@Mine Lucresio.

Bengkel Asas Penyelenggaraan Kenderaan Bermotor (Motosikal) pada 25 Jun 2025 bertempat di Dewan Terbuka Kg. Damaran, Banggi. Bengkel ini dianjurkan untuk membimbing dan memberi kemahiran asas penyelenggaraan kenderaan bermotor terutamanya motosikal kepada 40 orang peserta. Taklimat telah disampaikan oleh pengusaha bengkel tempatan, Encik Muhammad Shari bin Diring.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Banggi, Encik Ramlan Haji Alipah, Pegawai Perpaduan Daerah Kudat, Matunggong dan Banggi, Encik Nasirudin bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung (JKKK) Kg. Damaran, Encik Abdul Hadun bin Jadis, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Damaran, Encik Jaidal bin Antah dan Pengerusi Kelab Belia Berwawasan Damaran, Encik Jamahsil bin Ismail.

Encik Salleh menunjukkan demonstrasi memandikan jenazah.
Encik Salleh menunjukkan demonstrasi mengkafankan jenazah.
Encik Jarion (kanan) menyampaikan taklimat kepada para peserta.
Para peserta mencuba mengendalikan enjin motosikal dengan bimbingan Encik Shari.
Para peserta mencuba membuat cantuman pokok.
Para peserta membuat latihan amali tatacara solat jenazah.

Kursus Asas Membuat Gong pada 8 Julai 2025 bertempat di Bengkel Membuat Rony, Matunggong. Kursus ini telah diadakan untuk memberi bimbingan dan kemahiran kepada peserta cara-cara membuat gong. Taklimat kursus telah disampaikan oleh pengusaha kraf tangan berasaskan gong tempatan, Puan Solina binti Magimbing kepada 21 orang peserta.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kg. Sumangkap, Encik Majiki Kunama dan Pengerusi JKKK Kg. Sumangkap, Encik Mehail Mapaas.

membuat gong.

Kursus Asas Ternakan Ayam Daging dan Telur pada 17 Julai 2025 bertempat di Dewan Belia dan Sukan, Pitas. Penganjuran kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan bimbangan dan pengetahuan asas mengenai pengurusan ternakan ayam daging dan telur kepada para peserta. Taklimat kursus telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengembangan Tenusu, Keningau Jabatan Perkhidmatan Veterinan Sabah, Encik Pirid bin Sulangi.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kg. Sumbilingon, Encik Labin bin Monsu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kg. Sumbulingon, Encik Juzin bin Antau.

Kursus Mengukur dan Menyusun Bata pada 24 Julai 2025 bertempat di Dewan Terbuka PPMS Batu Layar, Banggi. Kursus ini telah diadakan dengan kerjasama GiatMara Cawangan Kota Marudu dan KRT Pekan Karakit, Banggi. Taklimat disampaikan oleh Tenaga Pengajar Kanan GiatMara, Encik Azlan bin Awal kepada 28 orang peserta kursus. Kursus ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu para peserta yang ingin menceburi bidang pembinaan.

Turut hadir ialah Pengerusi KRT Pekan Karakit, Encik Haridun bin Mejan.

Puan Solina menunjukkan demonstrasi memotong logam untuk
Para peserta mengukur dan menyusun bata masing-masing.
Encik Azlan menyampaikan taklimat teori kepada para peserta.
Gambar berkumpulan bersama peserta kursus.
Para peserta mencuba untuk membuat gong masing-masing.
Para peserta membancuh simen untuk digunakan dalam penyusunan bata.

SKIM BANTUAN MENENGAH YAYASAN SABAH

Penyampaian bantuan ini telah diadakan di 23 buah sekolah di beberapa buah daerah antaranya Matunggong, Kota Marudu, Pulau Banggi, Pitas, Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud pada 21 hingga 31 Julai 2025. Bantuan telah diserahkan kepada seramai 190 orang pelajar.

Pemberian bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar di peringkat sekolah menengah. Skim Bantuan Menengah Yayasan Sabah ini adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan beban ibu bapa pelajar. Di samping itu, program ini merupakan usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam memberi motivasi dan galakkan kepada para pelajar agar terus meningkatkan prestasi akademik mereka.

21 JULAI 2025 @ DAERAH MATUNGGONG

22 JULAI 2025 @ DAERAH KOTA MARUDU

23-24 JULAI 2025 @ DAERAH PITAS
22 JULAI 2025 @ DAERAH PULAU BANGGI
SMK Matunggong.
SMK Sikuati 2.
SMK Pulau Banggi.
SMK Telaga.
SMK Pinggan-pinggan.
SMK Pitas 1.
SMK Kanibongan.
SMK Pulau Bongkol.
SMK Pitas 2.
SMK Kota Marudu.
SMK Salaping.
SMK Pinawantai.
SMK Sikuati 1.
30 JULAI 2025 @ DAERAH KOTA MARUDU
31 JULAI 2025 @ DAERAH KOTA BELUD
SMK Bengkongan.
SMK Narinang.
SMJK Lok Yuk.
SMK Abdul Rahim.
SMK Abdul Rahim 2.
SMK Kudat 2.
SMk Kudat 1.
SMk St Peter.
SMK Bandau.
SMK Langkon.

ZON PANTAI TIMUR UTARA

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DAN SMART SOLAT

21 Jun 2025 @ Masjid Daerah Tongod

Seramai 30 peserta telah menyertai kursus tersebut bagi memperkasa ilmu fardu kifayah dalam kalangan masyarakat setempat. Kursus ini memberikan pendedahan menyeluruh merangkumi teori dan praktikal, termasuk tatacara memandikan, mengkafankan, penyediaan kain kafan, kedudukan tali serta tertib pengurusan jenazah berlandaskan syariat Islam.

Inisiatif ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pelapis muda yang berpengetahuan dalam pengurusan jenazah demi kesejahteraan komuniti setempat.

KURSUS PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN

28-30 Julai 2025 @ Bilik Mesyuarat Pejabat Zon Pantai Timur Utara

Kursus ini bertujuan memelihara dan memperkukuh amalan tradisi berpantang sambil memberi peluang kepada peserta untuk menguasai kemahiran penjagaan ibu selepas bersalin. Sepanjang tiga hari, peserta dibimbing mengenai tatacara perkhidmatan berpantang secara menyeluruh yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya masyarakat, termasuk teknik urutan, bertungku, pemakaian bengkung, penggunaan param dan pilis, serta panduan pemakanan yang sesuai sepanjang tempoh berpantang.

Selain memperkukuh kefahaman terhadap nilai budaya, kursus ini turut membuka ruang kepada peserta untuk memulakan Perkhidmatan Berpantang Bergerak (Mobil Confinement Service). Pendekatan teori dan praktikal yang dijalankan bukan sahaja mengekalkan warisan penjagaan tradisional, malah menggalakkan penglibatan generasi muda dalam memartabatkan ilmu berpantang sebagai identiti sosiobudaya yang terus relevan dalam masyarakat.

Tenaga

Gambar berkumpulan.

Sesi latihan mengkafankan jenazah.
Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Utara, Encik Abdul Rasid Abdul Sani (kiri) menyampaikan dua buah kotak Kit Jenazah kepada Pengerusi Masjid Daerah Tongod, Encik Sabarjoo bin Abdul Rahman (dua dari kiri).
pengajar, Cik Maria Matusin, menerangkan herba tradisional yang digunakan dalam amalan penjagaan ibu berpantang.

PROGRAM KEPENTINGAN KESEDARAN TERAPI DALAM KALANGAN AWAL KANAK-KANAK

3 Ogos 2025 @ Batu 9, Sandakan

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan komuniti tentang kepentingan terapi awal kanakkanak. Peserta diberi pendedahan mengenai pelbagai jenis terapi serta panduan mengenal pasti tanda-tanda kelewatan perkembangan, sekali gus membantu mereka memahami keperluan intervensi sejak peringkat awal.

Selain itu, program ini menggalakkan peranan aktif ibu bapa dalam menyokong proses terapi serta membina jaringan sokongan antara komuniti, pusat terapi tempatan dan Kumpulan Yayasan Sabah. Pendekatan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama semua pihak demi kesejahteraan dan perkembangan optimum kanak-kanak.

PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI

Program anjuran Pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU) ini dilaksanakan bagi menggalakkan semangat kerjasama, memperkukuh perpaduan dan memupuk nilai kesukarelawanan dalam kalangan komuniti. Inisiatif ini bukan sahaja menanam rasa tanggungjawab bersama terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat, malah sedikit sebanyak membantu membaik pulih fasiliti komuniti di kawasan yang memerlukan.

Di samping itu, program ini menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran kampung yang bersih, selamat dan sihat. Aktiviti gotong-royong juga mengeratkan silaturahim antara penduduk dengan Kumpulan Yayasan Sabah melalui kerja bersama membaik pulih projek di lokasi terpilih. Pendekatan turun padang sebegini membolehkan Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Pejabat ZPTU mendekatkan diri dengan rakyat dan memahami keperluan mereka dengan lebih berkesan.

29 Julai 2025 @ Majid Babus Salam Kampung Maunad, Beluran

31 Julai 2025 @ Kampung Bahagia, Sandakan

1-3 Ogos 2025 @ Kampung Lumou, Telupid

Demonstrasi teknik terapi bagi mengawal kanak-kanak yang meragam.
Gambar berkumpulan.

8-10

4-12 Ogos 2025 @ Kampung Sinar Jaya, Kinabatangan

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

KURSUS ASAS MEMBUAT DIMSUM DAN DUMPLING

28 Jun 2025 @ Kopel Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh, Kinabatangan

Seramai 35 peserta telah menyertai kursus ini yang memberikan pendedahan tentang penyediaan dimsum dan dumpling secara tradisional serta moden, termasuk teknik menghasilkan produk berkualiti untuk pasaran.

Latihan praktikal membantu peserta meningkatkan kemahiran dan memupuk minat terhadap keusahawanan makanan. Program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan setempat.

Gambar berkumpulan.

Latihan amali.

ZON PEDALAMAN UTARA

PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA

PROGRAM INSPIRASI KECEMERLANGAN SPM FASA 2, 2025

1 Julai 2025 @ Dewan Jaya SMK Bingkor, Keningau

Seramai 195 orang pelajar tingkatan 5 tahun 2025 menghadiri program yang dikendalikan oleh penceramah, Encik Jumat bin Mat Salleh iaitu seorang guru yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai, Kunak, Sabah. Beliau dikenali sebagai seorang pendidik yang sangat prihatin terhadap kebajikan pelajarnya dan aktif dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Bingkor, Keningau.

Objektif program ini adalah untuk memupuk dan membentuk keyakinan diri yang tinggi dan sikap positif pelajar untuk terus berusaha tanpa putus asa, membantu meningkatkan motivasi dan kesedaran pelajar terhadap kepentingan kecemerlangan dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan masa dan kemahiran belajar yang berkesan agar dapat menguasai teknik menghadapi peperiksaan.

CERAMAH MOTIVASI “ASPIRASI CEMERLANG, MELAKAR IMPIAN” 1 Julai 2025 @ SMK Kemabong, Tenom

Seramai 195 orang pelajar tingkatan 5 tahun 2025 menghadiri program yang dikendalikan oleh penceramah, Encik Jumat bin Mat Salleh iaitu seorang guru yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai, Kunak, Sabah. Beliau dikenali sebagai seorang pendidik yang sangat prihatin terhadap kebajikan pelajarnya dan aktif dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Bingkor, Keningau.

Objektif program ini adalah untuk memupuk dan membentuk keyakinan diri yang tinggi dan sikap positif pelajar untuk terus berusaha tanpa putus asa, membantu meningkatkan motivasi dan kesedaran pelajar terhadap kepentingan kecemerlangan dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan masa dan kemahiran belajar yang berkesan agar dapat menguasai teknik menghadapi peperiksaan.

SEMINAR MOTIVASI PEMANTAPAN KESEDARAN IBUBAPA TERHADAP KECEMERLANGAN ANAK-ANAK “BE GOOD, DO GOOD” SK LOGONGON K9, PEGALUNGAN, NABAWAN 23 Julai 2025 @ Dewan Terbuka Daerah Kecil Pengalungan, Nabawan

Program yang diadakan dengan kerjasama SK Logongon K9, Pegalungan, Nabawan disertai oleh seramai 116 pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 serta 42 orang ibubapa . Program ini dikendalikan oleh penceramah bertauliah daripada Jana Mahir Sdn. Bhd., sebuah konsultan pendidikan, iaitu Encik Sekaran Abdul Wahid dan Puan Shafeah binti Preeh.

Objektif program ini adalah untuk menjelaskan kepentingan peranan ibu bapa dalam perkembangan anak-anak dari segi akademik, emosi, sosial, dan sahsiah serta memberikan ibu bapa pengetahuan dan kemahiran untuk membimbing anak-anak mencapai potensi penuh mereka, sama ada dalam bidang akademik atau bidang lain yang diminati sekaligus membantu pelajar membina keyakinan diri dan semangat juang untuk mencapai potensi penuh mereka dalam bidang akademik.

Encik Jumat bin Mat Salleh memberikan ceramah kepada para peserta.
Penceramah daripada IZ Resources, Encik Yusuf bin Hasni (gambar kiri) dan Encik Amir Shah bin Noor Ahmad (gambar kanan) menyampaikan ceramah motivasi.
Taklimat disampaikan oleh Pegawai Pemasaran UCSF, Encik Encik Harifin Lokman.
Penglibatan peserta dalam setiap aktiviti sepanjang program berlangsung.

Majlis Penutupan Program ini disempurnakan oleh Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

KURSUS ASAS PENYELENGGARAAN JENTERA KECIL PERTANIAN

20 Ogos 2025 @ Majlis Daerah Nabawan

Pejabat YSZPU dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat P.182 Pensiangan telah menganjurkan kursus ini bagi membantu golongan belia, khususnya petani dan pekebun kecil, menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran dalam bidang pertanian. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan kemahiran menyelenggara jentera kecil pertanian seperti mesin pemotong rumput, yang bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah berpotensi dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan melalui perniagaan membaiki mesin pemotong rumput dan peralatan yang berkongsi fungsi mekanikal yang sama. Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada penjaja dan peniaga kecil dari setiap daerah telah mengikuti program sehari ini, yang dikendalikan oleh tenaga pengajar GiatMARA Tenom melalui sesi ceramah dan latihan praktikal.

Tenaga pengajar GiatMARA, Encik July Saleh (kanan) menerangkan kepada para peserta mengenai komponen-komponen mesin dalam proses menyelenggara mesin rumput.

Encik July memberi tunjuk ajar proses meleraikan seluruh bahagian dan komponen pada mesin rumput yang dibawa sendiri oleh peserta.

KURSUS MEMPROSES MI KUNING, MEMBUAT KEREPEK UBI, KEREPEK PISANG, AISKRIM DAN JEM KAYA

25 Ogos 2025 @ Dewan Serbaguna, Sook

Pejabat YSZPU dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat P.182 Pensiangan telah menganjurkan kursus ini bagi membantu golongan belia, khususnya petani dan pekebun kecil, menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran dalam bidang pertanian. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan kemahiran menyelenggara jentera kecil pertanian seperti mesin pemotong rumput, yang bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah berpotensi dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan melalui perniagaan membaiki mesin pemotong rumput dan peralatan yang berkongsi fungsi mekanikal yang sama. Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada penjaja dan peniaga kecil dari setiap daerah telah mengikuti program sehari ini, yang dikendalikan oleh tenaga pengajar GiatMARA Tenom melalui sesi ceramah dan latihan praktikal.

Proses menyelenggara komponen karburetor dua lejang.
Encik Zulkhairi bin Haji Ismail menyampaikan ucapan penutupan program.
Para peserta yang terdiri daripada ibubapa dan pelajar
Gambar berkumpulan.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Pemasaran UCSF, Encik Encik Harifin Lokman.

Puan Corzanie Jifiri menunjukkan demonstrasi pembuatan jem kaya.

Peserta menunjukkan hasil produk hasil produk mi kuning, kerepek ubi, kerepek pisang, aiskrim dan jem kaya yang disiapkan.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

GOTONG-ROYONG BAIK PULIH PAGAR DAN SUMBANGAN PERALATAN“SURAU BERSIH IBADAH TENANG”

13 Julai 2025 @ Surau An-nur, Kg. Pamunterian,

Nabawan

Seramai 35 orang penduduk kampung telah menyertai gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran surau serta membaiki pagar Surau An-nur, Kg. Pamunterian, Nabawan.

Objektif program adalah untuk membaiki kemudahan surau yang memberi manfaat kepada 100 orang penduduk beragama Islam di Kg. Pementerian, Nabawan serta mengekalkan amalan bergotong-royong bagi memupuk semangat kerjasama, mengeratkan hubungan silaturahim, dan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan bersama.

Selain itu, pejabat ZPU turut menyampaikan sumbangan berupa peralatan kipas, kerusi plastik dan tikar getah.

Kerja-kerja pembaikan, penukaran tikar getah dan pemasangan kipas dinding sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat ZPU yang dilakukan secara bergotong-royong.

GOTONG-ROYONG KECERIAAN DAN SUMBANGAN PERALATAN“KOMUNITI PRIHATIN SURAU TERPELIHARA”

19 Julai 2025 @ Surau Al-Falah Kg. Bunut, Tenom

Objektif program adalah untuk memelihara budaya gotong-royong dan mengekalkan semangat muafakat dan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung serta memberi kemudahan dan keselesaan penduduk kampung untuk melaksanakan program dan aktiviti keagamaan di surau tersebut.

Antara aktiviti pengisian program ini ialah gotong-royong menyimen lantai konkrit di halaman surau untuk kegunaan dan kemudahan pihak surau melaksanakan program/aktiviti, membersihkan kawasan sekitar surau dan penyerahan sumbangan berupa peralatan storage box dan cooleman cooler box.

Gotong-royong yang disertai seramai 35 orang penduduk kampung ini memberi manfaat kepada lebih kurang 300 orang penduduk kampung tersebut.

Proses menyimen lantai konkrit perkarangan surau.

Perkarangan surau yang telah siap. Pegawai Bertanggungjawab ZPU,Encik Justin@Petrus bin Gilob (berdiri,enam dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Surau Al-Falah, Encik Yahman Tensim (berdiri, tujuh dari kiri), bersama-sama denganPegawai Kawasan Tenom, Encik Mohd. Mubarak bin Mohd. Kiflee (duduk, kiri), Pegawai Kawasan Nabawan, Encik Suwandy Sundu, (duduk, kanan) dan juga sebahagian penduduk kampung yang hadir.

20 Julai 2025 @ Tanah Perkuburan Kg. Bamban, Tenom

Program gotong-royong ini merupakan anjuran Pejabat ZPU dengan kerjasama Jawatankuasa Tanah Perkuburan Kg. Bamban, Tenom, dan telah disertai oleh seramai 34 orang penduduk kampung. Kemudahan yang ditambah baik melalui program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih kurang 500 orang penduduk setempat.

Objektif program adalah untuk menyemai semangat gotong-royong dan perpaduan dalam kalangan penduduk, selain membaik pulih serta menambah kemudahan di kawasan perkuburan agar sentiasa terpelihara. Inisiatif ini juga mencerminkan rasa hormat dan kasih kepada mereka yang telah meninggal dunia, di samping mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan kawasan awam.

Antara pengisian aktiviti termasuklah mengganti dan memasang semula atap zink pondok serta tangki air, membersihkan persekitaran tanah perkuburan, dan penyerahan sumbangan berupa mesin pemotong rumput serta set pengurusan jenazah kepada AJK Tanah Perkuburan.

Peserta menunjukkan hasil produk hasil produk mi kuning, kerepek ubi, kerepek pisang, aiskrim dan jem kaya yang disiapkan.

PROJEK BANTUAN PRASARANA KOMUNITI

Pejabat ZPU telah melaksanakan Program Gotong-Royong Komuniti (Projek Bantuan Prasarana Komuniti) yang melibatkan lima program di bawah Fasa Pertama (Ogos 2025).

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan infrastruktur awam di luar bandar melalui pembinaan dan baik pulih prasarana asas. Projek-projek kecil yang dilaksanakan memberi tumpuan kepada keperluan mendesak penduduk, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan komuniti melalui pendekatan gotong-royong setempat.

Seramai 2,080 orang penduduk telah mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pelaksanaan projek turut dibantu oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dalam mengenal pasti lokasi, manakala kerja-kerja pelaksanaan dijalankan secara bergotong-royong oleh komuniti setempat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Masjid atau Gereja berkenaan.

Projek Membaik Pulih Paip Graviti @ Kg. Bandukan Lama Bingkor, Keningau.

Tarikh mula : 16 Ogos 2025

Tarikh siap : 23 Ogos 2025

Penyerahan sumbangan mesin pemotong rumput dan set pengurusan jenazah kepada Pengerusi Masjid Darussalam Kg Bamban,Encik Johari Haji Zamry Yong (tiga dari kanan, berbaju oren).
Gotong - royong membaik pulih paip graviti oleh penduduk kampung turut disertai oleh empat orang staf ZPU.

Projek Membaik Pulih Paip Graviti @ Kg. Bomboi, Sook.

Tarikh mula : 15 Ogos 2025

Tarikh siap : 22 Ogos 2025

Gotong-royong membaikpulih paip graviti oleh penduduk kampung turut disertai oleh

Encik Victor Petrus Gansau, serta tiga orang staf ZPU.

Projek Menyimen Perkarangan Masjid Al-Bai’Ah, Kg. Pulutan, Batu 38, Nabawan.

Tarikh mula dan siap : 13 Ogos 2025

Projek Membaik Pulih Paip Graviti @ Kg Langsat Melalap, Tenom.

Tarikh mula : 23 Ogos 2025

Tarikh siap : 29 Ogos 2025

Projek Menyimen Perkarangan @ Gereja St. Frances Cabrini, Kg. Nambayan, Tambunan

Tarikh mula : 14 Ogos 2025

Tarikh siap : 16 Ogos 2025

Proses menyimen perkarangan masjid
Perkarangan masjid setelah selesai.
Penduduk kampung bergotong-royong membaik pulih paip graviti.
Semasa proses menyimen.
Sebelum
Keadaan perkarangan gereja yang telah selesai disimen dan menunggu kering.

ZON PANTAI TIMUR SELATAN

BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH

Pejabat ZPTS telah melaksanakan penajaan Skim Bantuan Menengah Yayasan Sabah (SBMYS) bagi tahun 2025. Seramai 280 orang pelajar daripada 42 buah sekolah di daerah Tawau, Kalabakan, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Tungku telah menerima manfaat daripada SBMYS ini. Tajaan SBMYS disampaikan secara one-off dengan kadar RM250.00 bagi setiap pelajar yang terpilih dan bertujuan untuk menampung sebahagian perbelanjaan persekolahan mereka bagi membantu meringankan beban kos perbelanjaan ibu bapa pelajar berkenaan.

DAERAH TAWAU

DAERAH KALABAKAN

Kolej PRA-Uni KPM Kampus Tawau.
SMK Merotai Besar.
SMK Kalabakan III.
SM Holy Trinity.
SMK Jambatan Putih.
SMK Titingan III.
Sekolah Menengah Kebangsan Balung.
SMK Kinabutan.
SMK Jalan Apas.
SMK Kinabutan II.
SMK Wakuba.
SMK Titingan II.
SMK Tawau II.

Kumpulan Yayasan Sabah TEMPAT

KETIGA

pertandingan berjalan lalu sempena

Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025

Pada 31 Ogos 2025 bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah telah menghantar kontinjen untuk menyertai acara perbarisan di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu. Kumpulan Yayasan Sabah telah berjaya mendapat tempat ketiga dengan markah 85 peratus dalam kategori Swasta dan Komersial.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah.

Sebanyak 126 kontinjen perbarisan dan 43 kontinjen aset/ kenderaan menyertai acara ini.

Acara sambutan dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman dan Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan serta barisan kabinet negeri.

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah.
Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah meraikan kemenangan.

Majlis Amanat SEMANGAT JUANG TINGGI

Siap Tempur KUMPULAN YAYASAN SABAH

Majlis Amanat Pengarah Yayasan Sabah kepada Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah telah diadakan pada 3 Julai 2025, bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan, Kumpulan Yayasan Sabah, sebagai suntikan semangat menjelang Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-15 yang berlangsung di Kelantan pada 12 hingga 21 Julai 2025.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Turut hadir ialah Setiausaha Korporat Yayasan Sabah merangkap Ketua Penyelaras dan Ketua Kontinjen PESAYA ke-15, Encik Hanafiah Diman, Timbalan Ketua Kontinjen 1, merangkap Pengurus Kumpulan Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/

ICSB), Encik Joshua Ho, Timbalan Ketua Kontinjen 2 merangkap Pengurus Kumpulan Bahagian Audit Dalaman (YS/ ICSB), Puan Hajah Ainahwati binti Haji Abdul Sani serta Ahli-ahli Jawatankuasa Induk PESAYA ke-15, para pengurus dan timbalan pengurus pasukan, serta atletatlet Kumpulan Yayasan Sabah yang membawa cabaran negeri ke temasya tersebut.

Seramai 123 orang atlet termasuk 28 pegawai mewakili Kumpulan Yayasan Sabah dalam 10 acara sukan yang dipertandingkan, iaitu Badminton, Dart, E-sukan, Futsal (Terbuka dan Veteran), Golf, Tenpin Boling, Karom, Petanque dan Ping Pong.

Majlis turut menyaksikan beberapa acara simbolik, antaranya penyerahan bendera

kontinjen oleh Pengarah Yayasan Sabah kepada Ketua Penyelaras merangkap Ketua Kontinjen PESAYA ke-15 sebagai simbol rasmi penyertaan dan amanah yang diberikan kepada kontinjen untuk mengharumkan nama Kumpulan Yayasan Sabah dan negeri Sabah di peringkat kebangsaan.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Mencipta Slogan PESAYA Kumpulan Yayasan Sabah, di mana slogan “Yayasan Sabah Jiwa Juara” telah dipilih sebagai slogan rasmi kontinjen. Pertandingan ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan penglibatan kreatif serta memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja.

Lafaz ikrar.
Gambar berkumpulan.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan amanat kepada kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah.

Seterusnya, majlis diserikan dengan bacaan ikrar oleh para atlet kontinjen, yang mencerminkan komitmen, semangat kesukanan dan disiplin tinggi dalam membawa cabaran Kumpulan Yayasan Sabah ke PESAYA ke-15.

Dalam amanatnya, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menegaskan bahawa penyertaan dalam PESAYA bukan sahaja manifestasi kepada semangat kesatuan dan daya saing sihat dalam kalangan warga kerja, tetapi juga membina pasukan kerja yang cemerlang, sihat dan berdaya tahan.

Kumpulan Yayasan Sabah telah menyertai PESAYA sejak tahun 1990 dan mencatat sejarah sebagai kontinjen paling banyak menjuarai temasya tersebut, dengan lapan gelaran johan serta pencapaian sebagai naib johan pada penganjuran terdahulu. Dengan semangat baharu dan tekad yang tinggi, kontinjen meneruskan penyertaan kali ini dengan misi menjuarai temasya, selaras dengan motto kontinjen, ‘Yayasan Sabah Jiwa Juara’.

PESAYA 2025 bukan sahaja merupakan medan pertandingan, tetapi juga platform memperkukuh jalinan kerjasama dan perpaduan antara yayasanyayasan negeri melalui penganjuran aktiviti sukan, kebudayaan serta penghayatan nilai-nilai korporat yang berteraskan semangat kekeluargaan, kerjasama dan kebersamaan.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan hadiah kepada naib johan pertandingan mencipta slogan, Encik Joefairul Johari dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dengan slogannya ‘Bersatu Gagah, Bersukan Megah’.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (lima dari kiri) menyerahkan bendera Yayasan Sabah kepada Encik Hanafiah (lima dari kanan) sebagai simbol penyertaan rasmi ke PESAYA 2025.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan mencipta slogan, Encik Afnansyah Agimin dari Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, dengan slogannya ‘Yayasan Sabah Jiwa Juara’.

Dart.
Futsal Terbuka.
Futsal Veteran.
E-Sports (FIFA 2025).
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar beramah mesra dengan para atlet Kumpulan Yayasan Sabah.
Golf.
Karom.
Petanque.
Ping Pong.
Tenpin Boling.

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah PESAYA KE-15

Kelantan Darul Naim ke

Dengan semangat membara, kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah menyertai Kejohanan Pesta Sukan Antara Negeri seMalaysia (PESAYA) edisi ke-15 di Kelantan. Sejumlah sebelas Yayasan-yayasan Negeri menyertai kejohanan kali ini iaitu Yayasan Kelantan, Yayasan Sarawak, Kumpulan Yayasan Sabah, Yayasan Terengganu, Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Pahang, Yayasan Perak, Yayasan Negeri Sembilan, Yayasan Islam Kedah, Yayasan Islam Perlis dan Yayasan Selangor. Kejohanan yang berlangsung bermula 12 hingga 21 Julai 2025 ini menyaksikan sejumlah dua belas acara dipertandingkan iaitu badminton, bola tampar, bola jaring, dart, e-sports, futsal terbuka, futsal veteran, golf, karom, petanque, ping pong dan tenpin boling. Kumpulan Yayasan Sabah menyertai semua acara kecuali bola tampar dan bola jaring.

Kontinjen kita mengakhiri sepuluh hari kejohanan tersebut dengan mendapat tempat keempat keseluruhan. Senarai pungutan pingat Kumpulan Yayasan Sabah seperti berikut :

Emas : Dart

Perak : Tenpin Boling (Individu Wanita) & Golf

Gangsa : Futsal Veteran, Karom, Petanque & Badminton

Keempat : Futsal Terbuka, Ping Pong, Tenpin Boling (Masters Lelaki)

Majlis Perasmian kejohanan berlangsung pada 12 Julai 2025 di Dewan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Kota Bharu, Kelantan. Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar hadir menyertai kemeriahan kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah di majlis berkenaan. Manakala Majlis Penutupan dihadiri oleh Ketua Kontinjen, Encik Hanafiah Diman berserta barisan atlet kita. Majlis berkenaan diadakan pada 21 Julai 2025 di Hotel Renai, Kota Bharu Kelantan yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud.

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah, sesuai dengan motto ‘Yayasan Sabah Jiwa Juara’, berazam akan terus bangkit di kejohanan akan datang yang akan diadakan di Terengganu Darul Iman.

MAJLIS PERASMIAN

Sekitar Majlis Perasmian PESAYA ke-15 Kelantan.

FUTSAL TERBUKA

FUTSAL VETERAN

DART

KAROM
PETANQUE

PING PONG

BADMINTON

GOLF

TENPIN BOLING

MAJLIS PENUTUPAN

Sekitar Majlis Penutupan PESAYA ke-15 Kelantan.

KUMPULAN YAYASAN SABAH

muncul

NAIB JOHAN

KEJOHANAN PESTA SUKAN MUHIBAH

Jabatan Ketua Menteri Kali Ke-14

Kumpulan Yayasan Sabah sekali lagi menyertai Kejohanan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri Kali ke-14, 2025 yang berlangsung dari 19 hingga 26 September 2025 dengan kejayaan gemilang. Setelah muncul Naib Johan pada kejohanan lalu, penyertaan kali ke-2 ini membuahkan hasil yang membanggakan apabila kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah berjaya mempertahankan gelaran Naib Johan di belakang Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Sebanyak 15 acara sukan yang dipertandingkan iaitu Badminton, Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Catur, Dart, E-Sports, Futsal, Golf, Karom, Petanque, Ping Pong, Sepak Takraw, Tarik Tali dan Tenpin Boling. Kejohanan melibatkan 7 pasukan berentap iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), JKM Perdana, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Tanah & Ukur, Kumpulan Sawit Kinabalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah menzahirkan perasaan gembira dengan pencapaian ini dan memberikan penghargaan kepada pengurusan kontinjen yang diketuai oleh Encik Joshua Ho dan 244 orang atlet yang terlibat. Pengurusan akan terus memberikan sokongan padu kepada usaha dan hala tuju atlet-atlet kita demi mengekalkan kejayaan di masa hadapan.

Majlis Perasmian Kejohanan telah disempurnakan oleh Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah manakala Majlis Penutupan disempurnakan oleh Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri mewakili Ketua Menteri Sabah.

Pencapaian kontinjen kita adalah seperti berikut

PERAK

Majlis Perasmian

Tarik Tali
Karom

Tenpin Boling

Bola Tampar

Petanque

Dart

Badminton
Bola Jaring

Sepak Takraw

E-Sports

Golf

Bola Sepak

Ping Pong

Majlis Penutupan

EDITORIAL

PENASIHAT

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP

SIDANG EDITORIAL

Sam S. Karnail

Mohd. Redzuan Mohd. Zin

Shazwi Izzry bin Anwar

Azli Mohd. Abu Bakar

Mazeilla Mahali

Zairulazrin Delin

Dgku. Lailatul Nor Sa’adah binti Pg. Masbah (pelatih)

Rozanna binti Kunan Singh (pelatih)

SUMBANGAN RENCANA

Staf Bahagian Komunikasi Korporat

Staf Bahagian Pembangunan Pendidikan

Staf Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi & Keselamatan Kesihatan Pekerjaan

Staf Bahagian Akuan dan Perkhidmatan Kewangan

Staf Bahagian Audit Dalaman

Staf Bahagian Integriti dan Pengukuhan

Staf Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

Staf Pejabat-pejabat Zon

Staf Pusat Kraftangan Sabah

Staf Galleria Artisan

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Staf Sabah Softwoods Berhad

Staf Kolej Teknologi Yayasan Sabah

Staf University College Sabah Foundation

Staf Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad

Staf Borneo Nature Tour Sdn. Bhd.

Staf Inno Travel & Tour Services Sdn. Bhd.

REKA BENTUK & SUSUN ATUR

Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin

Juliana Lim Yuen Ling Muhammad Fahmi Abdul Alim

Hannah Hidayati Zainudin

JURUGAMBAR

Samson Lawrence

Ahmad Fauziee bin Wasimin

Mazlan Haruddin

Shazwi Izzry bin Anwar

Azli bin Mohd. Abu Bakar

Mohammad Fahmi bin Abdul Alim

Junior Juryzam bin Jumat Zairulazrin Delin

Staf Pejabat-pejabat Zon

Staf Pusat Kraftangan Sabah

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Staf Sabah Softwoods Berhad

Staf Borneo Nature Tour Sdn. Bhd.

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.