1 minute read

Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat 2005 di Papar

Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat 2005 yang bertujuan mendekatkan Kumpulan Yayasan Sabah kepada rakyat telah dilancarkan oleh VB. Datuk Rahim Hj. Ismail selaku wakil YAB. Ketua Menteri pada 12 Jun 2005 di Padang Pekan, Papar.

Selain membantu dan menokok tambah usaha kerajaan dalam peningkatan mutu kehidupan rakyat Malaysia di Sabah, Yayasan Sabah juga mengajak agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri bersama-sama menyemai konsep pengupayaan, perpaduan, dan patriotisme.

"Pelancaran rasmi Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat yang bertemakan 'Sepakat Harmoni' disulami dengan pelbagai acara seperti jogathon, tiket bertuah, pertandingan mewarna dan melukis, demonstrasi dan pertandingan memasak, persembahan tarian tradisi, sukaneka rakyat dan gerai-gerai pameran.

Sekitar 30 agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Institusi Pengajian Tinggi telah mengambil bahagian dalam pameran yang menjurus ke arah penghayatan 'Halatuju' kerajaan negeri dalam bidang pertanian, pelancongan dan pembuatan, di samping menyebarluaskan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

YBhg. Tan Sri Khalil Datu Khalil, VB. Rosnah Shirlin dan VB. Datuk Rahim mengambil bahagian dalam acara memasak

This article is from: