Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.2, No.05 (Mei-September 2005)

Page 6

Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat 2005 yang bertujuan mendekatkan Kumpulan Yayasan Sabah kepada rakyat telah dilancarkan oleh VB. Datuk Rahim Hj. Ismail selaku wakil YAB. Ketua Menteri pada 12 Jun 2005 di Padang Pekan, Papar. Selain membantu dan menokok tambah usaha kerajaan dalam peningkatan mutu kehidupan rakyat Malaysia di Sabah, Yayasan Sabah juga mengajak agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri bersama-sama menyemai konsep pengupayaan, perpaduan, dan patriotisme. "Pelancaran rasmi Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat yang bertemakan 'Sepakat Harmoni' disulami dengan pelbagai acara seperti jogathon, tiket bertuah, pertandingan mewarna dan melukis, demonstrasi dan pertandingan memasak, persembahan tarian tradisi, sukaneka rakyat dan gerai-gerai pameran. Sekitar 30 agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Institusi Pengajian Tinggi telah mengambil bahagian dalam pameran yang menjurus ke arah penghayatan 'Halatuju' kerajaan negeri dalam bidang pertanian, pelancongan dan pembuatan, di samping menyebarluaskan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

YBhg. Tan Sri Khalil Datu Khalil, dalam acara memasak

Penyampaian

piala kepada pemenang pertandingan

VB. Rosnah Shirlin dan VB. Datuk Rahim mengambil

bahagian

VB. Rosnah Shirlin dan YB Ghulam melancarkan jogathon


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.2, No.05 (Mei-September 2005) by Yayasan Sabah Group - Issuu