
3 minute read
Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Maulidur Rasul dan Kejayaan Penganjuran ICC2005
MAlLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN KE1AVAAN PENGAN1URAN ICC200S
3t
Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datu Khalil bin Datu Hj. Jamalul bersama warga Kumpulan Yayasan Sabah di Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Maulidur Rasul dan Kejayaan Penganjuran ICC2005 pada 5 Mei 2005
Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Maulidur Rasul dan Kejayaan Penganjuran ICC2005 pada 5 Mei 2005. Majlis ini telah dihadiri oleh warga Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Aras 1, Wisma Innoprise di Kota Kinabalu.
Majlis ini turut dihiasi dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Bungsu Aziz, Pensyarah di UiTM, Kota Kinabalu.
Terdahulu dalam ucapannya, Pengarah Yayasan Sabah, YBhg. Tan Sri Datu Khalil bin Datu Hj. Jamalul melahirkan kesyukurannya kerana Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan International CEOs Conference (ICC2005) dengan jayanya.
"ICC2005 sedikit sebanyak telah memberi impak positif kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan Negeri Sabah secara amnya", kata Tan Sri Datu Khalil.
Tan Sri Datu Khalil berkata, .
"Kumpulan Yayasan Sabah perlu sentiasa bergerak ke hadapan dalam arus pembangunan perdana". Justeru itu beliau menyeru semua warga Kumpulan Yayasan Sabah supaya memainkan peranan yang proaktif dalam memartabatkan Kumpulan Yayasan Sabah sebagai sebuah agensi yang dapat menyumbang kepada pembangunan ummah. Kita perlu bersama-sama mencari pendekatan yang relevan dalam menghadapi masa hadapan yang kian mencabar. Dalam usaha ini, saya yakin pendekatan Islam Hadhari mampu menjadi landasan kukuh dalam corak pengurusan yang dinamik sesuai dengan keperluan dan pereda ran semasa", tambah Tan Sri Datu Khalil.
Sebahagian kaum hawa warga Kumpulan Yayasan Sabah semasa di majlis tersebut
TAKLIMAT KEPADA PELAWAT
Tuan Hj. Darus Nasir (kiri) pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan menyampaikan cenderakenangan kepada ketua rombongan Yayasan Pendidikan Johor pada 1 Ogos 2005
Cik Izan Awang Razli (kiri) EksekutifKanan, Bahagmn Komunikasi Korporat menerima cenderakenangan daripada wakil St. Ursula pada 3 Jun 2005
Rombongan daripada Tabika Kemas Kg. Serusup Tuaran yang diketuai oleh Encik Nassiruddin Hj. Budiman mendengar taklimat mengenai Kumpulan Yayasan Sabah pada 25 Julai 2005
Bangunan menara Tun Mustapha menjadi salah satu destinasi untuk dikunjungi oleh pelbagai rombongan pelawat termasuk pelawat daripada Yayasan pelajaran Johor. Sepanjang siri lawatan tersebut para pelawat telah diberikan taklimat oleh para pegawai dari Bahagian Komunikasi Korporat dan juga Bahagian Pembangunan Pendidikan.
SUMBANGAN BUKU
Dr. Johan Arriffin Datuk HI A. Samad, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan bahan bacaan kepada Puan Malia Binti Ali Guru Besar, SUIS, Kg. Pengalat Besar, Papar. Turut kelihatan Haji Dollah @A. Zunaidey Hj. Mahmood, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Kumpulan Yayasan Sabah dan Puan Zaiton Bakri, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Mohd Fuad Stephens, Kumpulan Yayasan Sabah pada 3Jun 2005
Sumbangan buku kepada Guru Besar SK. Kebuluh disampaikan oleh En. Zulkhairi Hj. Ismail, Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Utara, Kumpulan Yayasan Sabah Kumpulan Yayasan Sabah melalui Zon Pantai Timur Utara telah menyampaikan buku kepada SK. Kebuluh Paitan, Beluran pada 12 Mei 2005 sewaktu Seminar Kemahiran Keibupaan diadakan di daerah tersebut.

Kumpulan Yayasan Sabah juga telah menyumbangkan bahan bacaan untuk Pusat Sumber Sekolah Ugama Islam Sabah (SUIS), Kg. Pengalat Besar, Papar. Majlis Penyerahan Sumbangan Buku telah diadakan pada 3 Jun 2005, bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 19, Menara Tun Mustapha. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dr. Johan Arriffin Datuk Hj. A. Samad, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah.
Dalam ucapannya, Dr. Johan Arriffin berharap sumbangan sebanyak 100 buah buku bacaan yang dikelolakan oleh Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Mohd Fuad Stephens ini dapat membantu menambahkan lagi koleksi buku-buku di Pusat Sumber Sekolah Ugama Islam Sabah, Kampung Pengalat Besar, Papar supaya hasrat untuk melihat generasi akan datang membangun dengan progresif, berkemahiran dan berpengetahuan akan menjadi realiti.
Sementara itu sumbangan yang sama telah disampaikan kepada Jabatan Pelajaran Beaufort untuk disampaikan kepada Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Beaufort pada 5 Julai 2005 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelajaran Gabungan Beaufort. Majlis ini disempurnakan oleh En. Fredrick Junius, Ketua Pentadbir Zon, Yayasan Sabah, Zon Pedalaman.
Di antara objektif usaha ini adalah untuk menokok tambah usaha Jabatan Pelajaran dalam mempertingkatkan peratus akademi Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah, terutamanya dalam peperiksaan UPSR.