Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.2, No.05 (Mei-September 2005)

Page 3

"Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" satu ungkapan yang menjadi wawasan Kampung Bayangan di Keningau yang telah mendapat anugerah Gerakan Daya Wawasan peringkat negeri pada tahun 2005. Kampung Bayangan telah menarik minat Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah untuk membuat kajian bagi mengenalpasti fa ktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan Kampung Bayangan dalam mencapai status sebagai kampung terbaik di seluruh Malaysia. Hasil penemuan tersebut diharap dapat digunakan sebagai garis panduan untuk ~mbantu kawasan luar bandar di seluruh negeri Sabah. Lawatan muhibah ke Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Bayangan Keningau bertujuan melihat sendiri kelebihan dan tatacara serta pendekatan yang digunakan oleh pengurusan GDW Kg. Bayangan sehingga diiktiraf sebagai Gerakan Daya Wawasan peringkat kebangsaan. Rombongan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah telah diberi taklimat mengenai latar belakang Kampung Bayangan termasuklah aktiviti-aktiviti demografi oleh Timbalan Pengerusi GDW Kampung Bayangan, Encik Azman Hj. Ruslan yang juga merupakan seorang eguam dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Liawan bersama-sama ahliahli jawatankuasa Pengurusan GDW, Kampung Bayangan. Rombongan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Tuan Hj. Dollah Mahmood selaku wakil Pengarah Yayasan Sabah telah dibawa melawat sekitar perkampungan Kampung Bayangan bagi melihat sendiri keadaan Kampung Bayangan yang tersusun dan bersih serta indah dengan hiasan hasil seni kreatif landskap yang menarik. Selepas meninjau persekitaran Kampung Bayangan, Tuan Hj. Dollah Hj Mahmood, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon dan Encik Andi Francis K. Toyong, Pengurus Kumpulan Bahagian Kewangan dan Pelaburan (Kumpulan) Yayasan Sabah telah menyempurnakan acara menanam pokok bertempat di tapak cadangan Bayangan Resort.

Pada sebelah petangnya, perlawanan badminton persahabatan di antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Kampung Bayangan telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Kampung Bayangan. Selepas itu perlawanan bolasepak persahabatan turut diadakan kedua-dua pihak. Pada malamnya pula, rombongan

Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah telah diraikan dengan majlis makan malam yang turut dihadiri oleh VB. Datuk Hj. Sairin Kamo, ADUN N. 30, Liawan dan Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Zulkifli Hj Nasir dan Pengerusi GDW Kg. Bayangan, Encik Kaipin Rusmin serta para penduduk kampung.

Pasukan bolasepak Kumpulan Yayasan Sabah diketuai oleh Tuan Haji Dollah menyampaikan sumbangan sebiji bola kepada pasukan GDW Kg. Bayangan

Rombongan pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah diberi taklimat mengenai Kg. Bayangan

Encik Andi FK. menanam pokok

T u a n H j . Doll a h H j . M a h moo menyempumakan acara menanam pokok

Tak terdaya menentang pasukan badminton Kg. Bayangan

d

Tuan HI Dollah HI Mahmood melihat hasil kreativiti produk berasaskan tayarterpakai yang dijadikan perhiasan taman

Toyong

sewaktu

acara

Majlis makan malam turut dihadiri oleh YB Datuk HI Sairin Kamo


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.2, No.05 (Mei-September 2005) by Yayasan Sabah Group - Issuu