'BERItyJ\. YAYASAN SABAH
YAYASAN SABAH
Yayasan Sabah baru-baru ini telah melahirkan falsafahnya sendiri sebagai tenaga pemandu dalam menyediakan matlamat yang jelas bagi perkembangan dan kemajuan masa depan dan sebagai tempat rujukan dalam penyusunan matlamat-matlamat tertentu. Walaupun matlamat Yayasan Sabah tercatit pada kata pendahuluan ·nakmen Yayasan Sabah 1966, mun ianya tidak lengkap untuk dijadikan sebagai falsafah. Matlamatnya, seperti yang tercatit adalah hanya satu aspek tujuan di mana Yayasan Sabah ditubuhkan. Falsafah sesebuah pertubuhan haruslah ringkas, padat dan pemupuk semangat serta pedoman dalam perkem bangan dan kemajuannya. Adalah dirasakan falsafah ini boleh dijelaskan dalam tinjauan seluasluasnya dan lebih ringkas seperti berikut:
Memberi sumbangan ke arah kemajuan mutu hidup rakyat Sabah. Jika dijelaskan, ungkapan perkataan mutu/kualiti hidup termasuklah perkembangan sosio-ekonomi yang berkait dengan hidup manusia. Ia akan dijadikan sebagai pemupuk semangat yang akan mendorollg Yayasan Sabah mencari jalan dan
cara meningkatkan rakyat dinegeri ini.
mutu
hidup
Setelah falsafah Yayasan Sab ah dijelaskan, pihak Pengurusan pula menggariskan matlamat asas, peranan dan 0 bjektifnya. Sesuatu matlamat asas dapat didefinasikan sebagai tugas sesebuah pertubuhan dan apa yang sewajarnya. Satu definasi yang jelas mengenai matlamat asas adalah perlu untuk keazaman realistik objektifnya. Memandangkan ia berkaitan dengan Yayasan Sabah, ia telah, se perti yang ditafsirkan dari objektif-objektif yang dibentangkan dibawah Enakmen Yayasan Sabah 1966, satu matlamat serampang dua mata - yakni kemajuan sosial dan pembangunan ekonomi. Matlamat asas kemajuan sosial termasuk meningkatkan mutu hidup rakyat di Sabah. Matlamat pembangunan ekonomi pula, termasuk aktiviti-aktiviti yang menyediakan peruntukan untuk program-program sosial Yayasan. Peranan utama sesebuah pertubuhan boleh didefinasikan sebagai peranan yang dapat dimainkan olehnya dalam batasan undangundang, sosial dan politik untuk
mencapai objektifnya. Sejak awal 1965, pihak kerajaan negeri sedar akan ke pen tingan m ewujudkan sebuah organisasi yang mempunyai kelonggaran untuk bertindak dengan segera di kawasan dan suasana yang memerlukan, dan mencari jalan serta kaedah mengatasi keadaan sedemikian. Dengan itu, Yayasan Sabah ditubuhkan semata-mata untuk mengenali masalah tertentu dan keperluan rakyat Sabah yang mana kerajaan, disebabkan mempunyai keutamaannya sendiri, tidak dapat bertindak segera, dan mengam bil langkah tertentu atau mencari jalan serta kaedah bagi memenuhi kep erluan -keperlu an ini.
Oleh kerana Yayasan Sabah digubal dibawah Dewan Undangan Negeri, ianya tertakluk dibawah kawalan kerajaan negeri dengan demikian bergerak sebagai sebuah badan untuk kemajuan so sial dan strategi pem bangunan ekonomi kerajaan. Oleh itu, Yayasan Sabah memainkan peranan hanya untuk menambah dan membantu aktiviti-aktiviti Kerajaan N egeri dan Kerajaan Persekutuan dibidang pendidikan, kesihatan dan kebajikan. Sekiranya Yayasan Sabah harus bertindak segera di kawasan keperluan maka ia perlu memelihara kelonggaran yang mencukupi dalam operasinya, dalam mana membolehkannya melaksanakan projekprojeknya, samaada dalam bidang pendidikan, kesihatan, dan kebajikan, setelah memulakan lalu dipindahkan kepada pihak berkenaan, dan mengam bilalih projekprojek yang baru dimana terdapat keperluan yang dikehendaki atau diketahui. Dalam pada ini, Yayasan Sabah dalam peranannya menambah dan membantu juga bertugas sebagai agen perubahan.