Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol. 1/2021

Page 1

Edaran Percuma

KUMPULAN YAYASAN SABAH Januari - Mac 2021

“LKRC bakal MERANCAKKAN semula ekonomi negeri Sabah”

- Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Jilid 1/2021


Pembangunan

Lok Kawi Resort City. “Pelancaran pembangunan LKRC akan membawa masuk lebih ramai pelabur tempatan dan asing, pemaju hartanah serta menaikkan semula industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Di samping itu, saya yakin pelaksanaan vaksinasi secara menyeluruh menjelang akhir tahun ini, negeri Sabah yang kaya dengan tarikan pelancongan akan kembali aktif menerima pelancongpelancong dari luar negara sekaligus merancakkan kembali ekonomi negeri,” jelas Tan Sri Muhyiddin. Pembangunan berimpak besar ini terletak di Kampung Meruntum, Lok Kawi, Putatan iaitu tanah milik Kumpulan Yayasan Sabah dengan keluasan 411 ekar. Patuh SOP. Tan Sri Muhyiddin menggunakan aplikasi MySejahtera apabila tiba di SICC.

2

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Projek pembangunan ini akan mengubah landskap Kampung Meruntum menjadi pusat pembangunan bercampur yang mengandungi pejabat, perumahan, hotel, pusat membeli-belah dan taman tema dengan jangkaan Nilai Pembangunan Kasar (Gross Development Value, GDV) sebanyak RM7 billion. Projek ini dijangka mengambil masa 15 tahun. Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada syarikat Tegas Bangsa Sdn. Bhd. yang merupakan rakan sekutu dengan Kumpulan Pavilion atas keyakinan melaburkan sejumlah besar pelaburan untuk projek pembangunan di negeri Sabah.

Beliau juga memaklumkan bahawa selain daripada projek pembangunan LKRC, Kerajaan Negeri Sabah turut berjaya menarik beberapa lagi pelaburan tempatan berskala besar masuk ke Sabah. Ini jelas membuktikan keyakinan para pelabur tempatan dan asing kepada keupayaan Kerajaan Negeri Sabah dalam mengusahakan tanah dan sumber di negeri ini demi manfaat rakyat keseluruhannya. Pada masa yang sama, Tan Sri Muhyiddin turut menggesa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengambil langkah lebih berani dengan menjalinkan lebih banyak kerjasama bersama pelabur luar dalam melaksanakan projek-projek pembangunan secara Private Finance Initiative (PFI) dengan lebih meluas.


Tan Sri Muhyiddin memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan memastikan Sabah mendapat layanan yang adil dalam semua aspek.

Lakaran artis.

Tambah beliau lagi, “Persaingan untuk mendapatkan modal agak sengit kerana jumlah modal yang ada di pasaran global terbatas. Hanya negara yang bersungguh-sungguh dan memberikan insentif akan berjaya menarik pelabur.” “Justeru, gandingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri penting dan inisiatif pelaburan LKRC hari ini merupakan contoh terbaik kerjasama yang mampu membangunkan sektor ekonomi negeri ini khususnya dalam sektor pembuatan,” kata beliau. Malaysia merupakan negara yang pertumbuhan ekonominya dipacu oleh eksport, sentimen pelabur amat penting sebagai sumber penciptaan pekerjaan dan dalam aspek ini, keyakinan terhadap

pasaran Malaysia tetap teguh terutama daripada pelabur asing berdasarkan pelaburan berjumlah RM18.3 bilion dalam pasaran bon sehingga akhir Disember 2020. “Walaupun dilanda pandemik COVID-19, pelaburan asing bersih ke Malaysia juga kekal positif daripada RM2.2 bilion pada suku kedua 2020 kepada RM6.1 bilion pada suku keempat tahun sama. Ini menunjukkan keyakinan pelabur luar apabila melihat usaha giat Kerajaan Malaysia memahami kehendak industri dalam tempoh pelaksanaan kawalan pergerakan. Di samping itu, usaha menarik pelaburan tambahan dan baharu sentiasa giat dijalankan,” katanya. Beliau turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan penuh terhadap pelan pembangunan negeri Sabah dan akan memastikan negeri Sabah mendapat layanan yang adil dalam semua aspek. Hasrat ini telah pun direalisasikan dengan pewujudan portfolio Hal Ehwal Sabah Sarawak dalam Kabinet Persekutuan untuk membolehkan lebih banyak perhatian diberikan terhadap negeri Sabah.

Tan Sri Muhyiddin turut menyentuh masalah pengangguran yang semakin meningkat terutamanya dalam kalangan anak-anak muda yang menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan. “Saya berharap seluruh rakyat Sabah menggunakan semua peluang yang tersedia semasa dan selepas pembangunan LKRC siap sepenuhnya,” demikian harapan beliau. Pada majlis itu, Tan Sri Muhyiddin turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Inisiatif Pelaburan Asing dan Domestik antara Kota Kinabalu Industrial Park Sdn. Bhd. (KKIP Sdn. Bhd.) dan SK Nexilis Co. Ltd., syarikat dari Korea Selatan bagi pembinaan kilang pengeluaran kerajang tembaga, serta Kerajaan Negeri Sabah dan Linaco Group of Companies bagi projek penanaman pokok kelapa hibrid hasil tinggi. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

3


Datuk Seri Hajiji ketika menyampaikan ucapan aluan beliau.

“Pembangunan LKRC bakal buka

PELUANG PEKERJAAN

kepada rakyat Sabah”

- Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor

Demikian menurut Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor ketika berucap pada majlis Pelancaran Pembangunan Lok Kawi Resort City (LKRC) pada 22 Mac 2021 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC). Menurut beliau, “Kerajaan Sabah yakin sektor pelancongan akan bertambah pesat sebaik sahaja pandemik COVID-19 dapat ditangani dan pembangunan LKRC ini dijangka akan membuka peluang pekerjaan yang luas terutamanya dalam bidang hospitaliti, pelancongan dan penyelidikan.” Tambah Datuk Seri Hajiji, pembinaan beberapa hotel bertaraf bintang antarabangsa akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan seluruh rakyat di negeri Sabah khususnya para graduan yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang pelancongan dan perhotelan. Di samping itu, pembinaan hotel-hotel bertaraf bintang antarabangsa di LKRC akan turut menangani isu kekurangan bilik penginapan dan pusat peranginan bagi menampung keperluan yang tinggi apabila beroperasi sepenuhnya sejajar dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ). 4

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pembangunan LKRC merupakan salah satu inisiatif SMJ di bawah kluster pelancongan. Pelan SMJ merangkumi tiga teras utama iaitu sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan sebagai fokus pertumbuhan ekonomi, modal insan dan kesejahteraan rakyat serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hjiau yang akan bergerak seiring dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. “Pembangunan ini akan tentunya mewujudkan landskap baru dan moden kepada kawasan daerah Putatan yang bakal menjadi tumpuan masyarakat di masa hadapan. Malahan, menyediakan ruang luas untuk para peniaga berdekatan kawasan daerah Putatan serta Papar bagi membekal makanan tempatatan ke hotel yang bertempat di LKRC. Demikian juga, nilai hartanah akan meningkat dari semasa ke semasa dan ini akan dapat meningkatkan lagi kedudukan ekonomi khususnya dalam sektor kewangan negeri Sabah,” jelas beliau. Tambah Datuk Seri Hajiji, “Pada dasarnya, LKRC akan menjadi Daerah Pusat Perniagaan atau Central Business District sebaik sahaja pembangunan tersebut disiapkan secara berperingkat bermula pada tahun ini.”

Manakala bagi Kumpulan Yayasan Sabah pula, “Sebanyak 12 peratus daripada Nilai Pembangunan Kasar (Gross Development Value, GDV) atau minimum RM840 juta hak akan diberikan kepada Kumpulan Yayasan Sabah untuk melaksanakan pembangunan LKRC,” kata Datuk Seri Hajiji. Menyentuh mengenai dua memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada majlis tersebut, MoU antara KKIP Sdn. Bhd. dan SK Nexilis Co. Ltd., Datuk Seri Hajiji berkata, “Syarikat pengeluar kerajang tembaga yang berpangkalan di Korea Selatan bersetuju melaburkan RM2.3 bilion dan Kerajaan Negeri Sabah mensasarkan 500 peluang pekerjaan dalam sektor pengilangan akan dibuka apabila mula beroperasi pada 2023.” Manakala bagi MoU antara Kerajaan Negeri Sabah dan Linaco Group of Companies yang merupakan syarikat terkemuka yang membekalkan produk berasaskan kelapa kepada lebih 40 buah negara, Datuk Seri Hajiji menganggarkan sebanyak RM200 juta pelaburan awal akan di bawa masuk apabila kilang memproses kelapa secara bersepadu mula beroperasi kelak.


Sebahagian daripada pemimpin Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Kumpulan Yayasan Sabah yang hadir.

5


Lok Kawi Resort City.

“Pembangunan

akan menjadi

SIMBOLIK NEGERI SABAH

Datuk Gulamhaidar (kiri) di temu ramah oleh Wartawan Kanan Seksyen Berita Ehwal Semasa RTM Sabah, Encik Salleh Jikri.

Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar sempat di temu ramah oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada majlis pelancaran pembangunan LKRC. Datuk Gulamhaidar menyatakan pembangunan LKRC merupakan sebuah projek bersepadu merangkumi bangunan komersial, pejabat, kediaman, resort hotel, kompleks membeli-belah dan taman tema. “Pada dasarnya, secara tidak langsung projek pembangunan ini bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Sabah, sama ada ketika pembangunan dijalankan dan lebih banyak peluang pekerjaan lain setelah pembangunan selesai,” kata Datuk Gulamhaidar lagi.

6

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Gulamhaidar berkata lagi, “Projek pembangunan LKRC juga akan memberi kesan kepada sosioekonomi negeri Sabah dimana prasarana yang berkonsepkan bandar resort yang dilengkapi dengan taman tema akan menjadikan tempat ini salah satu tumpuan masyarakat pada masa hadapan bagi aktiviti rekreasi.” Seterusnya, apabila ia menjadi tempat tumpuan kepada masyarakat luar dan dalam negeri, secara langsung ia memberi kesan kepada ekonomi setempat kerana pendapatan akan meningkat. “Selain itu, projek pembangunan ini akan merubah wajah kawasan Lok Kawi kepada sebuah bandar resort yang moden dan berteknologi tinggi yang dapat menandingi negara-negara membangun yang lain,” tambah Datuk Gulamhaidar.

Penduduk di kawasan ini juga akan mempunyai persekitaran kehidupan yang selesa dan serba lengkap dengan pelbagai kemudahan pada masa hadapan. Di akhir temu ramah berkenaan, Datuk Gulamhaidar meluahkan harapan beliau agar projek pembangunan ini dengan sokongan Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan berjaya serta memberikan impak besar kepada sosio ekonomi negeri Sabah dalam jangka masa panjang.


Lakaran artis - LKRC akan mengubah landskap Kampung Meruntum menjadi sebuah bandar resort moden dan berteknologi tinggi.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

7


Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Hajiji menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara KKIP Sdn. Bhd. dan SK Nexilis Co. Ltd.

Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Hajiji menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Negeri Sabah dan Linaco Group of Companies.

8

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Timbalan Ketua Menteri 3 merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis Co. Ltd., Encik Shin Dong Hwan, mempamerkan dokumen MoU yang telah dimeterai.

Timbalan Ketua Menteri 2 merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan (kiri) wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Pengurus Besar, Linaco Group of Companies, Encik Joe Ling mempamerkan dokumen MoU yang telah dimeterai.


Sidang media bersama Tan Sri Muhyiddin. Turut sama Datuk Seri Hajij (kanan) dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Azmin Ali.

Tan Sri Muhyiddin melambai tetamu dan petugas yang hadir sebelum beredar dari SICC.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

9


Barisan pemimpin Kerajaan Negeri dan Persekutuan menerima buku Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021 - 2025).

Hala Tuju

SABAH MAJU JAYA HAK RAKYAT SABAH “Sabah Maju Jaya (SMJ) adalah hala tuju bersama milik semua anak watan Sabah dan bukan milik peribadi kerajaan.”

Kesejahteraan Rakyat; dan (J) Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Alam,” katanya.

Demikian menurut Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dalam ucapan pada Majlis Amanat dan Pelancaran Hala Tuju SMJ 1.0 (20212025) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN), pada 29 Mac 2021 di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu.

Beliau yakin dengan potensi dan sumber semula jadi yang dimiliki Sabah, ianya dapat diperkasakan untuk menyumbang hasil kepada negeri ini.

“Dalam hala tuju SMJ, kerajaan akan memfokuskan kepada tiga sektor utama iaitu,(S) Sektor Pertanian, Perindustrian, Pelancongan; (M) Modal Insan, Datuk Seri Hajiji menyampaikan ucapan perasmian.

10

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Seri Hajiji merasmikan pameran jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

“Kejayaan pelaksanaan Hala Tuju SMJ adalah tanggungjawab kita bersama. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing,” jelas beliau. Menurutnya lagi selaku ketua kerajaan, beliau memberikan sepenuh komitmen, jiwa dan raga demi untuk merealisasikan perubahan dan aspirasi rakyat.

Antara pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Kumpulan Yayasan Sabah yang hadir.


“Pelan Pembangunan SMJ adalah pemangkin untuk menjayakan aspirasi perubahan itu,” katanya.

Datuk Haji Gulamhaidar (kanan) menerima sijil penyertaan gerai pameran daripada Datuk Seri Hajiji.

Dalam majlis tersebut, Kumpulan Yayasan Sabah turut mengambil bahagian dalam pameran dengan mempamerkan aktiviti sosial, konservasi dan komersial. Penyertaan anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah, Kristal Handal Sdn. Bhd. memberi peluang untuk mempromosikan hasil produk batik dan kraf tangan tempatan kepada para pengunjung. Di samping itu, penyertaan University College Sabah Foundation (UCSF) dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) juga memberi ruang untuk mempromosikan program-program pendidikan yang ditawarkan. Dalam majlis berkenaan, Datuk Seri Hajiji sempat melawat gerai pameran Kumpulan Yayasan Sabah sambil diiringi oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar.

Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat, Encik Stephen Jilimin (kanan) menerangkan peranan Kumpulan Yayasan Sabah kepada pengunjung pameran.

Para pengunjung pameran mendapat info kursus-kursus yang ditawarkan oleh KTYS. Gimik pelancaran SMJ.

11


KUMPULAN YAYASAN SABAH

TERIMA DIVIDEN RM1.2

JUTA

Anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah, Silam Forest Products Sdn. Bhd. menerima dividen bernilai RM1.2 juta daripada syarikat Ikatan Kayangan Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama Kumpulan Yayasan Sabah. Satu majlis penyerahan dividen telah diadakan pada 3 Februari 2021 bertempat di Aras 19 Menara Tun Mustapha, yang turut menyaksikan Pengerusi Eksekutif, Ikatan Kayangan Sdn. Bhd., Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang menyerahkan cek dividen tersebut kepada Pengarah Yayasan Sabah Merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar.

Pengerusi Eksekutif Ikatan Kayangan Sdn. Bhd, Tan Sri Francis Lau (empat dari kanan) menyampaikan dividen RM1.2 juta kepada Datuk Haji Gulamhaidar. Turut kelihatan pegawai-pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah dan Ikatan Kayangan Sdn. Bhd.

Pada tahun 2007 Kumpulan Yayasan Sabah, menerusi anak syarikatnya, Silam Forest Products Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat termasuk Ikatan Kayangan Sdn. Bhd. dalam mengusahakan tiga lot tanah seluas 31,126 hektar untuk penanaman kelapa sawit menerusi pemilikan ekuiti saham sebanyak 30 peratus bagi setiap lot tanah tersebut. Kerajaan Negeri Sabah telah mengamanahkan Kumpulan Yayasan Sabah untuk mengusahakan projek tersebut di Beluran, Sandakan menerusi pembahagian tiga zon berasingan meliputi Lot 1 (Utara), Lot 2 (Tengah), dan Lot 3 (Selatan), selama 60 tahun. Syarikat Ikatan Kayangan Sdn. Bhd., yang menyumbangkan dividen sebanyak RM1.2 juta, bertanggungjawab dalam membangun serta menjalankan projek penanaman kelapa sawit di Lot 1 sejak tahun 2007. Datuk Haji Gulamhaidar mengucapkan tahniah kepada Ikatan Kayangan Sdn. Bhd. atas kejayaan serta pencapaian mereka. Beliau turut menyandarkan harapan kejayaan masa hadapan di samping menekankan peningkatan pulangan yang optimum bagi pemegang pelabur saham. “Kumpulan Yayasan Sabah akan terus memantau serta memastikan agar anak syarikat serta syarikat usaha samanya terus berprestasi baik dan relevan bukan sahaja untuk Kumpulan Yayasan Sabah malah demi rakyat dan negeri Sabah,” katanya. “Kejayaan mutlak setiap syarikat dapat diterjemahkan menerusi kemampuan syarikat berkenaan meningkatkan keuntungannya secara konsisten, meningkatkan nilai pemegang saham di samping melaksanakan strategi pertumbuhan yang memberangsangkan,” tambahnya. “Peningkatan keuntungan memberikan hasil dividen yang lebih tinggi bagi Kumpulan Yayasan Sabah, dan ini penting bagi Kumpulan Yayasan Sabah dalam memenuhi komitmen objektif korporatnya dalam menokok tambah serta melengkapkan usaha kerajaan membawa kemajuan dan kesejahteraan sosioekonomi bagi rakyat Sabah,” jelas Datuk Haji Gulamhaidar. 12

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Datuk Haji Gulamhaidar (berdiri, enam dari kanan) merakamkan kenangan bersama para pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah.

PENGARAH YAYASAN SABAH / PENGERUSI EKSEKUTIF ICSB

MELAWAT YSKL

Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar telah membuat lawatan kerja sehari ke pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur (YSKL) pada 5 Januari 2021. Kehadiran beliau disambut oleh Pengurus Kanan Cawangan YSKL, Puan Zaidah Hussain, warga kerja dan para pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah.

Datuk Haji Gulamhaidar (tiga dari kanan) beramah mesra bersama warga kerja YSKL.

Tujuan lawatan kerja ini antara lain adalah untuk meninjau peranan YSKL dan sekaligus melihat keadaan bangunan Wisma YSKL. Datuk Haji Gulamhaidar juga sempat beramah mesra dan menyampaikan amanat kepada warga kerja YSKL. Dalam lawatan tersebut, beliau juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada 19 orang pelajar sekolah menengah yang berada di Tingkatan 5 di bawah tajaan Kumpulan Yayasan Sabah. Para pelajar ini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Datuk Haji Gulamhaidar (tiga dari kanan) merakamkan kenangan bersama warga kerja YSKL. XX

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13


Datuk Haji Gulamhaidar (kanan) membincangkan isu-isu yang diketengahkan oleh Wakil-wakil Pekerja .

MBJ

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah telah membuka sesinya untuk tahun ini pada 25 Mac 2021. Pengerusi MBJ, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar berharap agar semua Wakil Pekerja dapat meneruskan sumbangan mereka terhadap staf dan organisasi ini. Mesyuarat MBJ Siri 1 ini telah dihadiri oleh seramai dua orang Wakil Pekerja

dari kawasan Kota Kinabalu iaitu Encik Jeffrey Baxter dan Encik Salim Japaran serta Urus Setia MBJ. Manakala Wakil Pekerja dari luar daerah Kota Kinabalu iaitu Puan Bibiana Stephens, Encik Mohd. Zulhairy bin Zakaria dan Encik Abdul Karim Iskandar menghadiri mesyuarat kali ini secara maya sesuai dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Seramai dua orang Wakil Pengurusan yang baharu telah menghadiri mesyuarat MBJ buat pertama kalinya iaitu Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi Haji Ismail dan Pengawal Kewangan (ICSB), Encik Francis Omamalin. Sementara itu, Pengurus Kumpulan Bahagian

Antara mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut. 14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Perhutanan, Dr. Esther Li kembali semula menjadi Wakil Pengurusan MBJ Kumpulan Yayasan Sabah. Pada mesyuarat kali ini sebanyak 19 isu baharu telah dibincangkan yang melibatkan isu-isu sumber manusia, Pekerja Bergaji Hari (Daily Paid Worker, DPW), kursus persaraan dan bazaar Ramadan. Memandangkan PKPP, Wakil Pekerja MBJ tidak membuat sebarang perjumpaan dengan staf Kumpulan Yayasan Sabah bagi mendapatkan isu-isu untuk dibawa ke mesyuarat induk MBJ. Sebaliknya isu-isu diperoleh melalui kaedah WhatsApp dan telefon. Untuk mesyuarat yang akan datang jika keadaan mengizinkan, Wakil Pekerja menyarankan agar mesyuarat secara bersemuka dapat dibuat.


ZON PEDALAMAN UTARA PROGRAM BANTUAN BAKUL MAKANAN Program Bantuan Bakul Makanan bagi golongan B40 merupakan program kerjasama Yayasan Hasanah dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Yayasan Hasanah telah memperuntukkan sejumlah RM190,000.00 melalui peruntukan Kementerian Kewangan Malaysia dan program ini dilaksanakan oleh Pejabat-pejabat Zon Kumpulan Yayasan Sabah. Program ini bertujuan membantu golongan sasar dengan meringankan bebanan mereka ketika pandemik COVID-19. Agihan bantuan bakul makanan ini dilaksanakan bermula 18 hingga 29

Encik Ginno B. Juanjis, salah seorang penerima daripada Kg. Singgah Mata, Keningau.

Januari 2021 yang melibatkan daerah Keningau sebanyak 70 Ketua Isi Rumah (KIR), daerah Tenom sebanyak 47 KIR, daerah Tambunan sebanyak 24 KIR, dan daerah Nabawan sebanyak 24 KIR. Program pengagihan ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak tertentu seperti pejabat daerah, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kebajikan, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dan Pejabat Perhubungan Parlimen. Agihan disampaikan kepada penerima dari rumah ke rumah dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian

Encik Dapar @ Jafar B. Antaim daripada Kg. Bahagia, Nabawan diwakili oleh isteri beliau menerima bantuan bakul makanan.

Encik Kilat @ Primus B. Andial, salah seorang penerima daripada Kg. Ansip Laut, Sook.

Kesihatan Malaysia dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Sabah. Agihan bantuan bakul makanan diserahkan terus kepada penerima ataupun wakil ahli keluarga terdekat bagi penerima yang uzur, hilang upaya fizikal ataupun penerima tidak berada di rumah semasa proses agihan bakul makanan dilaksanakan. Setiap KIR menerima bakul bantuan yang mengandungi beras, gula, serbuk kopi, susu krimer, sardin, mi segera, minyak masak dan telur. Bantuan ini telah memanfaatkan seramai 165 KIR.

Encik Gloryian Gregory Koloi, penerima daripada Kg. Tanaki, Tambunan.

Peralatan Perlindungan Diri (Personal Protective Equipment, PPE) dibekalkan sepasang bagi setiap petugas oleh pihak PKOB Daerah Keningau bagi tujuan perlindungan diri semasa pengagihan bakul makanan.

ZON PEDALAMAN SELATAN Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu telah menyerahkan bantuan bakul makanan yang bermula pada bulan November 2020 hingga Januari 2021. Program tersebut bertujuan untuk membantu para penduduk yang kurang berkemampuan serta mengurangkan beban mereka yang berada di sekitar tiga kawasan iaitu di Klias, Lumadan dan Membakut. Penyerahan bakul bantuan makanan kepada Pegawai Daerah Kuala Penyu, Encik Sebastian Ingkim (tiga dari kiri) oleh Encik Ganilin Haji Hashim, Pegawai Tadbir Kanan, ZPS (dua dari kanan) untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Encik Abidin O.T Udin (tengah), dari kampung Bambangan, Membakut menerima bantuan bakul makanan.

Penerima bantuan bakul makanan, Encik Hasan bin Sanawi dari kampung Bintuka, Beaufort.

Penerima bantuan bakul makanan, Encik Bangon bin Lajim, daripada kampung Lago, Beaufort.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


ZON PANTAI TIMUR SELATAN PROGRAM BANTUAN BAKUL MAKANAN Pada 22 hingga 27 Januari 2021, Pejabat Zon Pantai Timur Selatan (ZPTS) telah menyerahkan bantuan bakul makanan, hasil kerjasama antara Yayasan Hasanah dan Kumpulan Yayasan Sabah kepada seramai 140 orang penerima di sekitar daerah Tawau, Lahad Datu, Tungku dan Kunak. Penyerahan sebanyak 24 set bakul makanan bagi daerah Tawau dan Kalabakan telah disampaikan oleh Pegawai Kawasan Yayasan Sabah, Encik Matley bin Musir. Manakala penyerahan sebanyak 23 set bakul makanan bagi daerah Semporna disampaikan oleh Pegawai Kawasan Yayasan Sabah, Encik Aisal bin Mali. Sementara itu, sebanyak 23 bakul makanan juga diserahkan kepada penduduk di daerah Lahad Datu, Tungku dan Kunak. Bantuan masing-masing disampaikan oleh Pegawai Kawasan Yayasan Sabah, Encik Kadir bin Tahir dan Pemangku Pegawai Ekonomi Yayasan Sabah, Encik Zamree Izwan bin Haji Hasim.

Encik Aisal (kanan) menyerahkan bantuan makanan kepada Pegawai Kebajikan Daerah Semporna, Puan Nurul Fadilah Abd Hamid (kiri), disaksikan oleh Pegawai Daerah Semporna, Encik Suhaimi bin Haji Ejip.

Encik Matley (kiri) bergambar bersama bantuan makanan yang disampaikan kepada Pegawai Pembangunan Daerah Kalabakan, Puan Nony binti Tuah dan Penolong Pegawai Tadbir Luar Bandar Majlis Daerah Tawau, Encik Maseji Ladun (tengah).

Encik Kadir menyerahkan set bakul makanan kepada Pegawai Kebajikan Daerah Lahad Datu, Puan Dayang Darweena Dardie.

Pembantu Tadbir, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Daerah Tungku, Puan Norhalida Abd. Raul menerima set bantuan makanan daripada Encik Kadir.

Encik Zamree Izwan menyampaikan bantuan makanan kepada Penolong Pegawai Daerah Kunak, Puan Kenal binti Salim.

KTYS BUKA PENGAMBILAN DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM MEI/JUN 2021

Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) menawarkan program Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia di City Campus, Sembulan. KTYS memperkenalkan program itu dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan pendaftarannya dibuka untuk pengambilan baharu pada Mei/ Jun 2021. Penyelaras Program Kerjasama KTYS-KUIM Ustazah Mazni Muhammad berkata, “Tempoh masa pengajian pula dijadualkan selama tiga tahun ataupun enam semester. Syarat kemasukan adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada masa sama memenuhi syarat minima mendapat tiga kredit dalam SPM termasuk Bahasa Melayu. Mereka yang layak memohon juga perlulah lulus Bahasa Arab atau Pengajian Islam.” Ustazah Mazni berkata bidang ini menjadi pilihan ramai mahasiswa sejak kebelakangan ini berikutan kewujudan peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja berkaitan. Menurutnya, kini timbul kesedaran ramai terhadap kepentingan pembinaan kerjaya dan jati diri Islamik yang seiring antara duniawi dan ukhrawi. “Program ini akan memberikan pengenalan dan pengetahuan berhubung ilmu-ilmu Islam, pentadbiran dan pengurusan sumber manusia kepada mahasiswa terlibat,” katanya. Beliau berkata graduan juga berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam atau Pengurusan Sumber Manusia di institusi pengajian tinggi lain. Mengulas lanjut, beliau percaya program KTYS ini memudahkan pelajar-pelajar negeri ini untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan tanpa perlu merantau jauh. Pendaftaran boleh dilakukan melalui portal admission.ktys.edu.my atau hubungi 088-239810 / 088-239637 / 019-8233369 (Bahagian Pengambilan Pelajar) atau 011-29047370 (Penyelaras Program). 16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


KTYS AWARDED 4 STARS

MYQUEST

4 STARS

COMPETITIVE RATING

Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) has been awarded 4-Star for MyQuest (Malaysia Quality Evaluation System for Private Colleges) 2018/2019. The evaluation was assessed by the Ministry of Higher Education (MoHE). This assessment is initiated to improve the quality of education in Malaysia. Designed to encourage quality improvements among the colleges, MyQuest looks into five core quality criteria, namely student profile, programme recognition, graduate recognition, quality of resources, and soundness of governance. KTYS are extremely proud to achieve this 4-star rating in the College Based Category.

UCSF HELP STUDENTS GETTING READY FOR SPM AND STPM

University College Sabah Foundation (UCSF) for the second year in a row, organised two workshops this year to help students prepare for SPM and STPM exams. Previously, the workshops were held at UCSF main campus Sembulan. However, due to the unprecedented COVID-19 pandemic, both workshops were conducted virtually. The first workshop was held on 6 February 2021 that focuses on students preparing for the SPM examination. The one day workshop offered three subjects namely Bahasa Melayu, Mathematics and English. A total of 270 students attended the workshop and the majority were from SMK Bengkongan, Kota Marudu.

Teachers of SMK Bengkongan arranged livestream for their students.

Meanwhile, the second workshop was held on 20 February 2021 that focuses on students preparing for the STPM examination. A total of 101 students attended the workshop which covers two subjects namely Biology and Economics. The majority of the students were from Sabah and some were from Peninsular Malaysia. Both workshops were organised as part of UCSF community programmes to help the students prepare for their exams.

Students of SMK Bengkongan attending the workshop at the comfort of their classroom.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

17


LAWATAN KERJA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH

BENTA WAWASAN SDN. BHD. Pada 17 Mac 2021, Pengerusi Lembaga Pengarah Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB), Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid telah membuat lawatan kerja ke ladang kelapa sawit di BWSB. Tujuan lawatan adalah untuk memberi peluang kepada beliau melihat dengan lebih dekat pembangunan perladangan anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah ini. Pengurusan BWSB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Dominic Dambul amat berbesar hati dengan lawatan rasmi Pengerusi BWSB ke ladang-ladang syarikat dan Kilang Kelapa Sawit Seraya. “Lawatan ini sebenarnya telah lama dirancang untuk dilaksanakan setelah Pengerusi BWSB dilantik pada bulan November 2020. Walau bagaimanapun lawatan ini terpaksa ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan di negeri ini,” demikian menurut Encik Dominic. Lawatan kerja rasmi ini dipastikan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Lawatan ini dimulakan di Ladang Keruing iaitu ladang yang menjadi pintu masuk ke bahagian operasi perladangan. Satu taklimat khas mengenai status kemajuan terkini ladang-ladang di wilayah utara dan wilayah selatan telah disampaikan oleh Penguruspengurus Kanan Wilayah. Pengerusi dan rombongan kemudiannya dibawa melawat ke Ladang Menggaris, Ladang Merbau, Ladang Seraya, Ladang Belian, Ladang Agathis, Ladang Kapur, Ladang Binuang dan Ladang Selangan Batu. Di dalam program lawatan ini juga Tuan Haji Karim turut dibawa melawat ke Pejabat Operasi Ladang Seraya dan Kilang Kelapa Sawit Seraya.

Tuan Haji Karim (kanan) dan rombongan tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh salah seorang pegawai BWSB.

Tuan Haji Karim (tengah) beramah mesra dengan staf di pejabat Ladang Agathis.

Di setiap pejabat yang dilawati, beliau tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan para pegawai dan staf yang menanti kunjungannya. Warga syarikat amat gembira dengan kehadiran semula Tuan Haji Karim yang telah bersara daripada syarikat sejak Disember 2018 setelah mencurah bakti lebih 13 tahun kepada syarikat. Tuan Haji Karim berasa gembira dan berpuas hati dengan prestasi syarikat khususnya aspek pengeluaran hasil tanaman kelapa sawit. Beliau juga sempat menyampaikan ucapan

penghargaan kepada kumpulan pengurusan, para pegawai dan staf di semua lokasi yang dilawati. “Jika inginkan bonus untuk tahun ini, warga kerja perlu memperkasa gerak kerja berpasukan di samping komitmen, perancangan strategik dan peringkat operasi yang perlu terus diperkasa dan berkesinambungan,” jelas beliau secara berseloroh. Menurut beliau lagi sikap amanah dan berintegriti seharusnya menjadi pedoman kepada setiap pegawai dan staf dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Gambar berkumpulan Tuan Haji Karim (tengah) bersama para pengurus dan staf di Ladang Agathis. 18

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Tuan Haji Mohamed Idris (tengah) merakamkan kenangan bersama Sabah F.C.

SABAH F.C BERLATIH di GIMNASIUM KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pasukan bola sepak Sabah F.C menggunakan kemudahan gimnasium Kompleks Sukan Tun Adnan, Kumpulan Yayasan Sabah sebagai pusat latihan kecergasan dan ketahanan fizikal. Sesi latihan ini telah diadakan pada 15 Disember 2020. Seramai 20 orang pemain profesional Sabah F.C terlibat dengan sesi latihan yang pertama kalinya menggunakan kemudahan gimnasium Kumpulan Yayasan Sabah. Pada musim baharu ini, Sabah F.C akan bersaing dalam Liga Super bersama dengan 12 pasukan terbaik di seluruh negara. Antara saingan yang dihadapi oleh Sabah F.C ialah skuad yang dibarisi pemain-pemain ternama seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah dan Selangor. Menurut Pengurus Kanan Innoprise Capital Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohamed Idris Shafi, penggunaan kemudahan Kompleks Sukan Tun Adnan yang berterusan oleh Sabah F.C akan terus mendapat perhatian oleh ahli sukan profesional lain dari dalam dan luar negeri.

Para pemain Sabah menggunakan kemudahan gimnasium Kompleks Sukan Tun Adnan. Para pemain Sabah menjalankan latihan kecergasan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

19


COV ID -1 9

STAF

KONGSI PENGALAMAN

Pada awal tahun 2020, seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan wabak baru iaitu koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2) yang kemudiannya dikenali sebagai COVID-19.

batuk atau bersin demam, batuk, sesak nafas dan lapisan masyarakat hilang deria rasa dan bau. Virus ini menyerang setiaptanpa mengira umur.

COVID-19 boleh tersebar melalui titisan pernafasan dari dan gejala umum termasuk

Ikuti temu bual Berita Kumpulan Yayasan Sabah dengan staf yang telah pulih dari COVID-19. Sebagai menghormati privasi staf, maka nama mereka tidak dinyatakan. “Saya risau tentang kematian kerana antibodi yang tidak kuat dan sekiranya berlaku jangkitan dalam kalangan keluarga terdekat serta rakan-rakan sekerja.” Itulah luahan emosi salah seorang staf yang telah pulih daripada jangkitan virus COVID-19. Menerusi temu bual melalui aplikasi WhatsApp, staf berkenaan berkata simptom awal yang dialami adalah demam panas. Walaupun telah mengambil ubat dan antibiotik, suhu badan tetap meningkat. Di samping itu, beliau turut kehilangan deria rasa.

Menceritakan pengalaman semasa berada di hospital selama 17 hari di mana 14 hari berada di Unit Rawatan Rapi (Intensive Care Unit, ICU), kata beliau “Saya mengalami sesak nafas dan diberikan bantuan pernafasan selama 10 hari. Namun, pada satu tahap saya sukar untuk bernafas dan tiub telah dimasukkan ke dalam paru-paru saya. Keadaan saya juga semakin teruk dengan tahap gula dalam darah yang meningkat secara mendadak sehingga perlu diberi suntikan insulin. Di samping itu, kepekatan darah juga berlaku dan saya diberikan ubat untuk mencairkan darah. Menurut doktor yang merawat, virus COVID-19 mengganggu sistem dalam badan,” jelas beliau. Menurut beliau lagi, doktor memaklumkan tidak ada ubat khusus untuk COVID-19 dan hanya bergantung kepada kekuatan semangat dan badan masing-masing untuk sembuh. Selama berada di ICU beliau tidur secara bertiarap bagi memudahkan pernafasan.

“Saya kehilangan berat badan sebanyak

15 kg disebabkan

tekak saya tidak dapat menelan makanan,”

kata beliau.

Sementara itu, beliau menjelaskan untuk sembuh sepenuhnya mengambil masa tiga hingga enam bulan atau mungkin sampai setahun disebabkan imunisasi badan yang lemah dan besar kemungkinan virus berkenaan boleh menyerang semula. Beliau berkata pengalaman yang menginsafkan dan sukar untuk dilupakan ialah apabila seorang pesakit COVID-19 yang dirawat di sebelah katil beliau, meninggal dunia dalam usia yang sangat muda. Beliau turut menyeru kepada orang ramai di luar sana agar sentiasa mematuhi SOP dan kurangkan kegiatan di luar sekiranya tidak ada keperluan. “Jika tidak sihat, segera dapatkan rawatan dan kuarantin diri daripada orang ramai,” kata beliau lagi. Seorang lagi staf mengimbau kembali tanda-tanda awal jangkitan virus COVID-19 dimana beliau,

mengalami demam, pening, tidak ada selera makan, batuk kering dan lemas

seluruh anggota badan.

“Apabila diberitahu keputusan ujian saringan COVID-19 saya adalah positif, saya sangat terkejut dan cuba menerima berita tersebut secara positif. Pertama sekali, saya berfikir di manakah saya terjangkit virus ini dan kedua, saya khuatir keadaan kedua ibu bapa dan anakanak saya di kampung yang merupakan kontak rapat. Hakikat ini membuatkan saya berasa takut dan serba salah,” jelas beliau.

20

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Menceritakan pengalamannya selama 16 hari berada di hospital, beliau telah diberi antibiotik jenis cecair lebih 10 botol dan diberikan antibiotik kapsul selama empat hari untuk membunuh virus yang bersarang di paru-paru. “Pada minggu kedua, saya diberikan suntikan antibiotik jenis cecair kerana darah saya telah dijangkiti virus berkenaan. Pengalaman dalam wad bersama-sama pesakit lain juga menyentuh hati saya apabila ada yang mengeluh sudah terlalu lama berada di hospital (lebih dari dua bulan) kerana timbulnya penyakit lain serta menghadapi pelbagai ragam pesakit yang berada di wad yang sama,” kongsi beliau. Dalam pada itu, beliau bersyukur kerana dapat melaluinya dengan tenang. “Walaupun saya pesakit COVID-19 yang telah sembuh, saya masih menjaga keberadaan saya dan takut untuk mendekati orang ramai terutamanya keluarga saya sendiri,” demikian menurut staf berkenaan. Nasihat beliau kepada staf ialah sentiasa amalkan norma baharu, sentiasa menjaga kebersihan diri, amalkan penjarakan fizikal dan patuhi SOP yang disediakan. Seorang lagi staf menjadikan pengalaman di pusat kuarantin sebagai pengalaman yang amat bermakna. Beliau tidak menafikan perasaan takut dan terkejut apabila disahkan dijangkiti COVID-19. Simptom awal yang dialami ialah demam, batuk, selesema dan hilang deria rasa dan bau. Beliau turut memuji pusat kuarantin di mana beliau ditempatkan dengan mengatakan bahawa ianya merupakan pusat kuarantin yang terbaik. “Pusat ini berfungsi lebih kepada pengasingan dan saya banyak menghabiskan masa di dalam bilik dengan membaca buku,” jelas beliau lagi.

“Pakailah pelitup muka, jaga penjarakan, banyakkan makanan yang membantu menguatkan imunisasi badan dan

sentiasa menggunakan hand sanitizer,” nasihat beliau kepada staf. “Saya mengalami demam. Apabila saya mengetahui bahawa ujian saringan COVID-19 adalah positif, saya seolah-olah hilang arah dan berasa bimbang serta tertekan,” demikian keluhan seorang lagi staf, bekas pesakit COVID-19. Beliau mengambil masa untuk menenangkan diri tetapi pada masa yang sama sentiasa berdoa memohon kekuatan semangat, agar berfikiran positif dan percaya bahawa Tuhan pasti memberikan kesembuhan kepada beliau. “Berada di pusat kuarantin selama 15 hari dan sentiasa berada di bilik sepanjang masa, saya rasakan masa sangat panjang serta menguji emosi dan mental kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Perasaan diri terkurung itu agak mengganggu perasaan,” jelas beliau. Menurut beliau lagi, dalam menghadapi situasi ini, kita harus mempunyai semangat kuat untuk pulih dan bebas daripada virus pandemik dan tidak terlalu melayan perasaan tertekan. Di pusat kuarantin tersebut beliau dapat menyaksikan betapa petugas kesihatan bekerja keras untuk memberi layanan terbaik kepada para pesakit dan mereka bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memutuskan rantaian COVID-19. Setiap hari petugas kesihatan (doktor dan jururawat) akan memantau tahap kesihatan pesakit.

“Nasihat saya kepada staf

teruskan mematuhi SOP dan amalkan kawalan kendiri. Marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh dunia khususnya negara Malaysia bebas daripada pandemik ini. Kita jaga kita,” nasihat beliau dengan penuh semangat. Marilah kita sama-sama patuh kepada SOP dan mengamalkan penjagaan kendiri untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti. Dengan laporan kes positif harian COVID-19 yang masih tinggi, kita masih belum menang dan perang menentang pandemik ini semakin sengit. Kita berdoa agar virus ini akan lenyap setelah pembekalan vaksin dalam tiga fasa mula diberikan kepada 32 juta orang rakyat Malaysia bermula pada penghujung bulan Februari 2021. Semoga kita menjalani kehidupan normal sepertimana sebelum pandemik ini muncul. Kita jaga kita, kita mesti menang.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

21


EDITORIAL

PENASIHAT Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Somineh Sipin Farrah Fadzil Mairon Mohd. Redzuan bin Mohamad Zin SUMBANGAN RENCANA Staf CCD Staf Pejabat-pejabat Zon Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Staf KTYS Staf UCSF Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd. REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin Mawi Haji Hassan Juliana Lim JURUGAMBAR Samson Lawrence Jeffrey R. Baxter Bertille Alex Boyou Zairulazrin Delin Pejabat-pejabat Zon Benta Wawasan Sdn. Bhd.

KTYS UCSF Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd. Sabah F.C TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Unit untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.