Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol. 1/2019 (Januari-Mac 2019)

Page 1

KUMPULAN YAYASAN SABAH Edaran Percuma

Januari - Mac 2019

Jilid 1/2019

KANYON IMBAK

Datuk Seri Shafie (tengah) bersama-sama dengan Datuk Ahmad Nizam (kiri), Tan Sri Wan Zulkiflee (dua, kiri), Datuk Haji Jamalul (dua, kanan) dan Datuk Mashor (kanan) menanam pokok Durian Merah.


Perasmian Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak (ICSC) berpotensi meningkatkan keupayaannya sebagai pusat kajian alam sekitar serta biodiversiti kelas dunia. Demikian menurut Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal semasa berucap merasmikan Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak, Tongod pada 26 Mac 2019. “Hanya dengan meningkatkan kapasiti dalam pembangunan dan penyelidikan barulah masyarakat kita boleh maju ke hadapan dengan hasil-hasil penyelidikan yang memanfaatkan bukan sahaja masyarakat tempatan tetapi antarabangsa,” terang Datuk Seri Shafie. Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Shafie berharap kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah dan PETRONAS akan berusaha untuk menarik lebih ramai para penyelidik untuk menggunakan kemudahan penyelidikan yang terdapat di ICSC.

Dari kiri: Datin Zainab Haji Jaafar, Dr. Yap Sau Wai, Encik Rashid, Datin Grace Elvira Ewon Ebin, Datuk Saddi, Datuk Masiung, Tan Sri Wan Zulkiflee, Datuk Seri Shafie, Datuk Ahmad Nizam, Datuk Haji Jamalul dan Datuk Mashor tidak melepaskan peluang untuk turun ke kawasan Air Terjun Kanyon Imbak.

Menurut beliau lagi, “ICSC merupakan langkah penting dalam usaha kerajaan negeri untuk melindungi warisan alam semula jadi dan persekitaran hutan hujan negeri ini.”

Salah seorang daripada ahli Kelab Pencinta Alam Sabah (SNC) menunjukkan hidupan sungai yang ditemui kepada Datuk Seri Shafie.

“Kekayaan khazanah perlu diuruskan dengan baik dan ICSC merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk melindungi warisan alam semula jadi dan persekitaran hutan hujan negeri ini,” tegas beliau.

Datuk Seri Shafie sendiri menggunakan kanta mata pembesar untuk melihat hidupan sungai yang dikumpul ahli-ahli SNC.

Datuk Seri Shafie bergambar berkumpulan dengan 30 orang ahli-ahli SNC bersama guru-guru pengiring.

Pegawai-pegawai Kanan Kumpulan Yayasan Sabah turut mengabadikan kenangan di Air Terjun Imbak sementara menunggu ketibaan Ketua Menteri Sabah. Thumbs up! Untuk keindahan semula jadi Air Terjun Imbak. 2


Manakala dalam ucapannya Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram berkata, “Kumpulan Yayasan Sabah menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam melindungi khazanah warisan alam semula jadi kerana kepelbagaian biodiversiti merupakan aset berharga Kanyon Imbak.” “Sebagai hutan semula jadi asli, Kanyon Imbak mempunyai peranan utama sebagai bank gen untuk pemulihan hutan pada masa akan datang. Selain itu, Kanyon Imbak juga merupakan salah satu komponen penting dalam koridor biodiversiti khususnya hidupan liar mamalia yang menghubungkan Lembangan Maliau di selatan dan Lembah Danum di timur.

Datuk Haji Jamalul (dua, kiri) menerangkan kepada Datuk Seri Shafie keunikan Kanyon Imbak.

Datuk Seri Shafie menyarungkan vest kepada Pengerusi Persatuan Porter dan Malim Kanyon Imbak Daerah Tongod, Sabah, Encik Masdan Gindar sebagai simbolik pelancaran persatuan tersebut.

Di samping itu, Kanyon Imbak juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air untuk sistem sungai terpanjang di Sabah iaitu Sungai Kinabatangan,” jelas Datuk Haji Jamalul.

Datuk Seri Shafie menandatangani plak sebagai simbolik perasmian ICSC.

Sementara itu Pengerusi PETRONAS dan Yayasan PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam pula berkata, “ICSC merupakan nadi usaha konservasi di Kanyon Imbak. Sebagai usaha untuk memacu aktiviti penyelidikan di sini, PETRONAS melalui Yayasan PETRONAS merancang untuk memperkenalkan geran penyelidikan alam semula jadi bagi mendorong kajian berkaitan sekuestrasi karbon, biodiversiti serta tenaga baharu.” Tambah Datuk Ahmad Nizam lagi, PETRONAS yakin dengan kerjasama yang terjalin bersama Kumpulan Yayasan Sabah, hak cipta intelektual yang mungkin terhasil daripada penyelidikan yang dijalankan di Kanyon Imbak dapat dilindungi. Datuk Seri Shafie menyaksikan pertukaran dokumen MoU di antara Datuk Haji Jamalul dan Encik Ahmad Redza B A Wahab, Ketua UndangUndang, Perkhidmatan Korporat merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan PETRONAS. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

3


Surprise! Datuk Seri Shafie terpegun melihat gambar beliau di Air Terjun Imbak yang diambil sejurus ketibaan beliau di Kanyon Imbak.

Sejak 2010, PETRONAS telah memperuntukkan sejumlah RM83 juta dana untuk melestarikan Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA). Daripada jumlah tersebut, RM77 juta digunakan untuk pembinaan ICSC manakala RM8 juta lagi digunakan untuk melaksanakan lapan program teras. Program-program teras tersebut terdiri daripada pendidikan alam sekitar, kesedaran awam, jalinan komuniti, penyelidikan, survei dan dokumentasi etno-perhutanan, pengukuhan keupayaan staf, formulasi Pelan Pengurusan Strategik di ICCA dan pembinaan ICSC di mana penyelidikan, latihan dan program pendidikan alam sekitar dapat dilaksanakan di bawah satu bumbung. Majlis tersebut juga turut menyaksikan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan PETRONAS diteruskan dengan menandatangani memorandum persefahaman bersama Yayasan PETRONAS yang akan meneroka potensi program pembangunan mapan ICCA bagi memulihara kawasan konservasi ini sebagai Kawasan Perlindungan. Melalui persefahaman ini juga, keduadua pihak akan meneroka potensi imbangan karbon dalam pemulihan hutan dan pembangunan aktiviti-aktiviti penyelidikan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, ADUN N.47 Kuamut, Datuk Masiung Banah, ADUN N.48 Sukau, Datuk Saddi Rahman, Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Mashor Mohd. Jaini, Pegawai Daerah Tongod, Encik Rashid Abdul Harun, Pegawai-pegawai Kanan Kumpulan Yayasan Sabah dan PETRONAS. 4

Dr. Abdul Hamid Ahmad dari Universiti Malaysia Sabah (kanan) menerangkan keistimewaan fizikal dan biologi fauna Tembadau kepada Datuk Seri Shafie.

Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar, Dr. Yap Sau Wai (kanan) menerangkan keistimewaan buah Durian Merah yang hanya terdapat di Daerah Tongod kepada Datuk Seri Shafie dan Datuk Masiung (tengah). Datuk Seri Shafie bergambar bersama-sama staf Kawasan Konservasi Kanyon Imbak sebelum beredar meninggalkan majlis.


KELAB PENCINTA ALAM SABAH (SNC) “Kami rasa teruja berada di Kanyon Imbak” - Ahli Kelab Pencinta Alam Sabah.

‘Kami rasa teruja berada di Kanyon Imbak’, demikian menurut para pelajar Kelab Pencinta Alam Sabah. Encik Amshari Agimin, renjer hutan ICCA menerangkan ciri-ciri tumbuhan di ICCA.

Ahli-ahli SNC bergambar di Air Terjun Imbak yang merupakan air terjun terlebar di Sabah. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

Semangat bekerjasama diterapkan semasa membuat tugasan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

5


Para pelajar menyediakan nota pembentangan.

Salah satu aktiviti ekologi sungai.

Aktiviti meninjau burung.

Para pelajar bergambar berkumpulan sebelum aktiviti mengutip habitat sungai di sekitar Sungai Kangkawat.

6

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Belajar mendirikan khemah di Big Belian Camp (BBC).

Para pelajar mengenalpasti jenis tumbuhan di Kem BBC.


Gambar berkumpulan para media bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah dan PETRONAS sebelum bertolak ke ICCA.

Eksekutif Media, PETRONAS, Encik Winston Foo (berdiri, kanan) memberikan taklimat kepada para media.

LAWATAN MEDIA SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN

.ICSC.

Sebahagian daripada media beredar ke kereta masing-masing sebelum memulakan perjalanan ke Kanyon Imbak.

Rombongan melawat ke Pusat Maklumat Ulu Kinabatangan di Kg. Imbak. Encik Pius Pansang, Pegawai Bertanggungjawab ICCA (tiga, kanan) menerangkan lokasi Stesen Penyelidikan Kuli kepada ahli media.

Dr. Yap menerangkan keunikan bentuk geografi Kanyon Imbak.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

7


Tidak sah kunjungan ke Kanyon Imbak jika tidak berkunjung ke Air Terjun Imbak.

Pemangku Pengurus Kanan, Biodiversiti & Kawasan Lindungan, Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Dr. Hamzah Tangki, memberikan penerangan mengenai kemudahan yang terdapat di ICSC sebelum media melawat setiap kemudahan.

Dr. Yap (depan) membawa para media menggunakan jambatan gantung yang menghubungkan bangunan pejabat utama dan galeri serta kafe.

8

Rombongan media melawat salah satu kemudahan yang terdapat di ICSC.

Para media mengambil kesempatan menemuramah Dr. Yap dengan berlatarbelakangkan keindahan Kanyon Imbak.


Para media wanita mengukur saiz diameter Pokok Belian Gergasi yang terdapat di Kanyon Imbak.

Renjer Hutan Kanan, Encik Kho Ju Ming (kanan) menerangkan keunikan Pokok Belian Gergasi. Antara cabaran yang dilalui sebelum menuju drop off point Stesen Penyelidikan Kuli (KRS).

Encik Saiful Narimin, Renjer Hutan ICCA (dua, kanan) memberikan penerangan sebelum rombongan media trekking masuk ke KRS. Para media perlu melalui tiga anak sungai sebelum tiba ke KRS.

Antara trekking yang perlu dilalui ke KRS.

Pada waktu malam, para media diberikan penerangan berkenaan trekking ketika bermalam di KRS.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

9


Kepenatan trekking terubat dengan keaslian keindahan alam semula jadi semasa menuju Air Terjun Maya. Air Terjun Maya diberi nama sempena lawatan artis Malaysia, Maya Karin ke KRS beberapa tahun yang lalu.

Sebahagian daripada rombongan media bergambar di Air Terjun Maya.

Goodbye, until we meet again Kuli Research Station! It was fun! 10

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Datuk Seri Shafie signing the guestbook. Also in the picture are Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji. Mohd. Zakaria (third, left), Director of Yayasan Sabah and Datuk Mashor Mohd. Jaini (second, left), Chief Conservator of Forests, Sabah.

“Transcending Boundaries for a New Conservation Era” Yayasan Sabah Group (YSG) participated in a two-days exhibition in conjunction with the International Conference of The Heart of Borneo “Transcending Boundaries for a New Conservation Era” at The Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. The event was held from 21 to 22 March 2019. The event was officiated by Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal. This year’s exhibition became more interesting with the higher institutions and secondary schools participating in the Forest Hunt Quiz in an effort to build awareness on the Heart of Borneo especially all the agencies involved. The highlights of Yayasan Sabah Group’s booth came from the conservation areas namely, Danum Valley, Maliau Basin, Imbak Canyon, Taliwas River and Silam Coast besides the two forest rehabilitation projects, INFAPRO and INIKEA, ecotourism sites, Borneo Rainforest Lodge and Kawag Danum Rainforest Lodge, Environmental Education and community involvement.

Datuk Jamalul presenting a picture of the magnificent Maliau Falls to Datuk Seri Shafie.

Encik Stephen Jilimin of Yayasan Sabah Group sharing to university graduates on Yayasan Sabah Group conservation area activities.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

11


Datin Seri Hajah Shuryani presenting memento to Her Majesty.

Raja Permaisuri Agong Her Majesty the Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al- Marhum AlMutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Al-Haj paid a visit to Galleria Artisan at Menara Tun Mustapha on 8 March 2018. During the visit, Her Majesty was given a tour by the Group Manager, Pusat Kraftangan Sabah, Puan Zaiton Bakri.

visits

GALLERIA ARTISAN

Accompanying Her Majesty were Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni, the consort of the Head of State and Datin Seri Panglima Hajah Shuryani binti Shuaib, wife to the Chief Minister of Sabah and Datin Hajah Sa’aidah binti Datuk Haji Mohd. Yusof, wife of Director Yayasan Sabah. Her Majesty signing the guest book upon arrival at Galleria Artisan.

Her Majesty admiring a batik design at the batik workshop, Galleria Artisan.

12

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Her Majesty admiring a handmade bag weaved by Puan Julitah Kulinting (right).

Her Majesty exchanging pleasantries with Hajah Pandian Haji Sulaiman (seated), who was awarded a National Craft Figure and Master Craftperson by Kraftangan Malaysia.

Her Majesty marvelling Galleria Artisan’s wide ranging textiles and attire.

Her Majesty was impressed with the woven textile displayed by Cik Yong Han Hui, one of the handicrafts entrepreneurs. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13


BANTUAN PENDIDIKAN ONE-OFF beri MANFAAT kepada 1,000 SISWA/I dan PELAJAR SEKOLAH MENENGAH Seramai 1,300 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta 300 orang pelajar daripada sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu menerima bantuan OneOff daripada Kumpulan Yayasan Sabah. Seramai 1,000 orang pelajar UMS tersebut menerima bantuan RM1,000 seorang manakala 300 orang pelajar Sekolah Menengah golongan B40 dari 10 buah sekolah menerima bantuan sebanyak RM200 seorang. Bantuan tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal pada majlis penyampaian yang diadakan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua UMS pada 24 Januari 2019. Datuk Haji Jamalul (kiri) menyampaikan mock cheque kepada Naib Canselor UMS sebagai simbolik bantuan pendidikan one-off.

Para pelajar sekolah menengah bersalaman dengan Datuk Seri Shafie.

14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Datuk Seri Shafie berkata bantuan tersebut merupakan salah satu usaha untuk menambah bilangan anak-anak negeri Sabah yang melanjutkan pelajaran ke menara gading. “Pembangunan kini bukan hanya dari segi kejayaan dalam sektor pembangunan negeri sahaja tetapi juga melalui sektor pendidikan dan kesihatan yang amat ditekankan. Sudah sampai masanya kita menjadikan sektor pendidikan anak-anak negeri dan negara ini untuk berubah ke arah yang lebih baik,” katanya. Sementara itu Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria dalam ucapannya berkata, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus memberi fokus kepada pembangunan pendidikan khasnya dari segi penyediaan bantuan dan biasiswa kepada anak-anak negeri Sabah yang berjaya menyambung pengajian.

Datuk Seri Shafie menyampaikan bantuan pendidikan kepada pelajar sekolah menengah.

“Sejak tahun 1968 hingga kini, sejumlah 19,093 orang pelajar telah menerima manfaat daripada tajaan biasiswa dan dermasiswa pengajian tinggi Kumpulan Yayasan Sabah di pelbagai bidang ilmu. Jumlah tajaan biasiswa pengajian tinggi ini telah menelan perbelanjaan sebanyak RM327.12 juta. Manakala sejumlah 73,245 orang pelajar telah menerima tajaan Biasiswa/Dermasiswa Menengah dengan perbelanjaan sebanyak RM112.09 juta,” katanya. Tambah beliau lagi sehingga tahun 2018, sebanyak RM766.5 juta tajaan pendidikan untuk peringkat menengah dan pengajian tinggi telah diberikan kepada anak-anak Sabah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pelajaran dan Innovasi, Datuk Dr. Yusof B. Yacob, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk K.Y Mustafa, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D. Kamarudin D. Mudin, Ketua-ketua Jabatan Negeri, Persekutuan, Kumpulan Yayasan Sabah dan UMS.

Datuk Seri Shafie menyampaikan bantuan pendidikan one-off kepada para mahasiswa/i.

Datuk Seri Shafie bergambar kenangan bersama penerima-penerima bantuan dan dif-dif jemputan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


Penerima bantuan, Nico Paraghs, 17, ketika ditemui sidang pengarang Berita Kumpulan Yayasan Sabah berkongsi kegembiraanya atas bantuan itu. “Saya berasa sangat gembira dipilih sebagai salah seorang penerima bantuan pendidikan tersebut.” Nico yang berasal dari Kota Kinabalu dan pelajar SMK Taman Tun Fuad berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana diberi peluang menerima bantuan pendidikan ini. Beliau berpendapat bahawa Bantuan Balik Sekolah yang diberikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah adalah satu usaha yang bernas dalam membantu pelajar meringankan beban mereka terutamanya pelajar yang kurang berkemampuan. “Dengan bantuan pendidikan yang diterima, serba sedikit telah menambah peruntukan pelajar untuk membeli keperluan dan peralatan belajar,” tambah beliau lagi. Menurut Nico lagi, bantuan ini juga dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar dengan adanya kelengkapan untuk belajar sekaligus meningkatkan semangat mereka untuk mentelaah pelajaran dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Nabilah binti Junaidy Nico Paraghs

Seterusnya, seorang lagi pelajar yang terpilih menjadi penerima bantuan ini ialah Nabilah binti Junaidy, 16, yang berasal dari Kudat dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ahmadshah, Inanam. Beliau berpendapat bahawa usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam menyediakan Bantuan Balik Sekolah Menengah kepada pelajar merupakan salah satu langkah yang bagus. “Dengan inisiatif yang telah diambil oleh Kumpulan Yayasan Sabah dalam pemberian bantuan kepada pelajar, lebih ramai pelajar sekolah menengah dapat mengejar impian mereka dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading,” jelas beliau. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah memberi saya peluang untuk menerima bantuan pendidikan ini dan dapat meringankan beban kos pembelajaran saya. Saya juga berharap agar bantuan pendidikan ini dapat diteruskan pada masa hadapan agar menjadi motivasi kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh,” jelas Nabilah dengan penuh semangat. Selain itu, Saiful Adli bin Harris, 21, anak kelahiran Tuaran yang merupakan mahasiswa Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan di UMS turut berkongsi kegembiraan dengan bantuan itu. “Saya berasa gembira dan amat bersyukur kerana Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan buat generasi muda,” katanya. Beliau juga berpendapat bahawa Kumpulan Yayasan Sabah telah mengambil keputusan yang baik untuk melabur dalam pendidikan generasi muda. “Langkah ini boleh dikatakan secara tidak langsung melabur dalam ekonomi dan infrastruktur negeri Sabah,” katanya. Dengan harapan yang tinggi, beliau berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus meningkatkan peruntukan bantuan pendidikan setiap tahun agar lebih ramai anak-anak Sabah dapat menikmati manfaat ini. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memberi bantuan pendidikan ini kepada saya. Dengan bantuan ini saya akan manfaatkannya untuk kebaikan saya dan keluarga,” kata beliau. 16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Yvonne Yap Saiful Adli bin Harris

Yvonne Yap, 20, merupakan seorang lagi penerima bantuan pendidikan one-off yang merupakan mahasiswi Fakulti Kejuruteraan di UMS berasal dari Tambunan. “Saya berasa sangat bersyukur menjadi salah seorang daripada penerima bantuan pendidikan ini yang membantu pelajar yang sangat memerlukan. Secara langsung juga, bantuan ini membantu memenuhi keperluan pelajar, terutamanya pelajar yang kurang berkemampuan,” demikian menurut Yvonne. Tambah Yvonne lagi, bantuan pendidikan one-off yang diberikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah menggambarkan keprihatinan mereka terhadap pelajar yang memerlukan bantuan dari segi kewangan bagi membantu menampung keperluan pembelajaran. “Bantuan yang diterima ini dapat membantu pelajar untuk membayar yuran pembelajaran yang tertangguh serta dapat mengurangkan kos perbelanjaan pelajar,” jelas beliau lagi. “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah memilih saya sebagai salah seorang penerima bantuan pendidikan one-off ini dan berharap bantuan ini akan diteruskan di masa hadapan agar pelajar seterusnya dapat menikmati bantuan ini dan mengurangkan kos perbelanjaan mereka,” kata beliau dengan penuh harapan.


Program

Pertukaran Pelajar Sabah-Sarawak mengeratkan kerjasama antara dua negeri

Pertukaran pelajar di antara Yayasan Sarawak dan Kumpulan Yayasan Sabah telah bermula semenjak 1983. Sehingga kini seramai 494 orang pelajar telah ditaja di bawah skim biasiswa ini. Pada tahun ini, dua orang pelajar dari Sarawak menyambung pelajaran mereka di Maktab Sabah dan SMKA Limauan, Kimanis. Manakala, seramai sembilan orang pelajar dari Sabah sedang belajar di SM Sains Kuching, Kolej Tun Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching, SMKA Miri dan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri.

Puan Hajah Muhilim@‑Masniah Buayie, Pengurus Unit Tajaan, Bahagian Pembangunan Pendidikan memberi taklimat kepada para pelajar, guru-guru dan para pegawai Yayasan Sarawak. Encik Zamahari (enam, kiri) secara simbolik menerima para pelajar Sabah daripada Puan Hajah Muhilim (empat, kanan).

Kedua-dua orang pelajar dari Sarawak telah diserahkan kepada guru bertanggungjawab dari sekolah yang telah dipilih. Pelajar-pelajar dari Sabah pula secara rasminya telah diserahkan kepada pegawai dari Yayasan Sarawak iaitu Encik Zamahari bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Biasiswa. Majlis pertukaran pelajar Sabah-Sarawak ini telah diadakan di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha pada 18 Januari 2019. Gambar berkumpulan para pelajar, guru-guru dan pegawai yang terlibat.

17


Gambar beramai-ramai.

Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat cawangannya di Kuala Lumpur menganjurkan sesi bersama mahasiswa-mahasiswi di institusi pengajian tinggi di negeri-negeri zon utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pada 23 Februari 2019 bertempat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Acara yang dihadiri oleh seramai 520 orang mahasiswamahasiswi telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof B. Yacob. Dengan visi sebagai organisasi yang Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin, Kumpulan Yayasan Sabah berusaha untuk mendekati para pelajar Sabah yang menuntut di Semenanjung Malaysia melalui program ini.

dan visi

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria berkata dalam ucapannya, “Acara ini diadakan sebagai platform untuk para mahasiswa-mahasiswi memahami aspirasi dan menghargai perkembangan terbaru di negeri ini di bawah kepimpinan kerajaan semasa.”

Para pelajar di kaunter pendaftaran.

“Anda adalah harapan negeri kita di masa hadapan untuk memimpin dan membangunkan negeri ke arah yang lebih baik” - Datuk Dr. Yusof 18


Antara lain, matlamat program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan antara pemimpin dengan golongan belia serta memberi peluang perbincangan dua hala mengenai peranan keduadua pihak. “Kumpulan Yayasan Sabah terus bergerak ke hadapan dalam meningkatkan usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pembangunan negeri, terutamanya dari segi pendidikan,” kata Datuk Haji Jamalul. “Fokus membantu memperkasa pendidikan anak-anak negeri diteruskan sehingga ke hari ini melalui bantuan dermasiswa, biasiswa dan pinjaman pengajian tinggi untuk anak-anak yang layak tanpa mengira latar belakang dan kaum,” tambahnya. “Kumpulan Yayasan Sabah bertuah kerana Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal sentiasa memberikan penekanan terhadap peruntukan untuk penajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah,” kata Datuk Haji Jamalul. “Datuk Seri Shafie memperkenalkan Bantuan Pendidikan One-Off dengan peruntukan RM10 juta untuk disalurkan kepada pelajar yang layak. Pengagihan bantuan ini telah dilaksanakan secara berperingkat sejak dilancarkan pada September tahun lepas. Saya percaya bahawa bantuan ini akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai rakyat Sabah mendapat manfaat,” katanya. “Dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, saya percaya impian untuk melihat tahap pendidikan meningkat di Sabah dapat direalisasikan,” tambahnya. “Nasihat saya, fokus pada pengajian anda. Ia menjadi harapan keluarga dalam membina masa depan yang lebih cerah. Ingatlah, pendidikan akan dapat

Panel sesi dialog.

Sesi dialog para pelajar.

Sebahagian para mahasiswa/siswi yang hadir dalam majlis ini.

menjamin kesejahteraan hidup kita,” kata Datuk Haji Jamalul mengakhiri ucapan beliau. Datuk Dr. Yusof dalam ucapannya pula menekankan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam membangunkan sistem pendidikan di negeri ini. “Sektor pendidikan dan pembangunan modal insan dititikberatkan kerana ia adalah pemangkin kepda pertumbuhan dan produktiviti negara,” katanya.

“Kerajaan negeri juga berjanji akan memastikan agar penajaan pendidikan kepada anak=anak Sabah diperluaskan lagi agar lebih ramai yang berpeluang untuk mendapat kemudahan tajaan terutama sekali biasiswa,” tambahnya. Kerajaan sekarang konsisten dengan misi melahirkan lebih ramai anak-anak memperoleh insentif demi memastikan transformasi pembangunan modal insan di negeri ini berjalan lancar. “Saya menitipkan pesan kepada anak-anak semua yang sedang menuntut di IPT, belajarlah bersungguh-sungguh kerana hanya ilmu pengetahuan yang mampu menjamin masa depan dan mengubah nasib keluarga kepda yang lebih baik. Anda semua adalah warisan negeri kita yang begitu berharga di masa hadapan,” kata Datuk Dr. Yusof. Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Mohammad Mohamarin, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah.

Gambar kenangan bersama Datuk Dr. Yusof.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

19


USAHA

MEMPERKASA PENDIDIKAN DITERUSKAN

Para pelajar mengabadikan kenangan bersama Dr. Mohamad Haleem dan Tuan Haji Azmi serta jemputan lain.

“Kumpulan Yayasan Sabah akan terus fokus kepada usaha memperkasa pendidikan melalui bantuan pendidikan kepada mereka yang memerlukan.” Demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria dalam ucapannya di Majlis Penutupan Program Perkampungan Pelajar di Dewan Utama, University College Sabah Foundation (UCSF) pada 28 Mac 2019. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Canselor UCSF, Dr. Mohamad Haleem bin Mohamad Razi. Program ini merupakan kolaborasi antara Yayasan Sarawak dan Kumpulan Yayasan Sabah sempena cuti sekolah yang bermula daripada 22 hingga 29 Mac 2019. Menurut beliau lagi sejak tahun 1976, Kumpulan Yayasan Sabah telah memperkenalkan Program Pertukaran

Antara aktiviti pentas yang ditunjukkan oleh para pelajar yang terlibat dengan program perkampungan. 20

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pelajar Sabah dan Sarawak. Program ini merupakan hasil persetujuan bersama Yayasan Sarawak dan kekal berjalan sehingga ke hari ini. Tambah beliau “Kerjasama yang dijalankan di bawah program ini adalah melalui penajaan anak-anak dari Sarawak di bawah Kumpulan Yayasan Sabah dan begitu juga sebaliknya.” Dalam hal ini, beliau seterusnya menasihatkan para pelajar agar peluang yang dimiliki sebagai pelajar tajaan ini digunakan sebaiknya. “Bantuan yang diberikan harus digunakan bagi menampung kehidupan di sekolah dan seterusnya berjaya dalam pembelajaran,” katanya. Tambahnya lagi “Sesungguhnya anakanak sekalian adalah insan terpilih dan merupakan duta kecil negeri masingmasing dalam usaha murni memperkasa integrasi nasional. Ini sesuai dengan tema perkampungan pada kali ini iaitu

Dr. Mohamad Haleem (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang wakil kumpulan yang terbaik sambil diperhatikan oleh Tuan Haji Azmi (dua, kanan) dan jemputan lain.

Integrasi Memacu Transformasi,” jelas beliau. Beliau juga ingin melihat pencapaian akademik para pelajar meningkat dari semasa ke semasa kerana hanya ilmu pengetahuan sahaja yang boleh mengubah nasib diri dan keluarga ke arah yang lebih baik di masa depan. Seramai 101 orang pelajar dari Sabah dan Sarawak terlibat dengan Program Perkampungan selama lapan hari ini. Turut hadir adalah Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang dan pegawai-pegawai kanan dari keduadua yayasan. Di majlis tersebut, sidang pengarang Berita Kumpulan Yayasan Sabah sempat menemuramah beberapa orang pelajar yang terlibat dengan program perkampungan tersebut. Antaranya adik Nur Angelina binti Mohd Masran, 17, pelajar sekolah SM Sains Sabah yang berasal dari Kota Marudu. Menurut beliau, antara pengisian aktiviti yang telah dilaksanakan dalam program perkampungan kali ini ialah sesi suai kenal melalui beberapa permainan pendidikan yang sangat menghiburkan serta slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang bertujuan untuk menguji kemahiran pelajar dan mendidik sahsiah diri, memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan komunikasi yang berkesan. Selain daripada itu, ujian


“Program seperti ini telah memberikan pengalaman yang pelbagai dan berbeza kepada para pelajar yang terlibat. Keserasian kami terbentuk di sepanjang program di samping dapat belajar bendabenda baharu dari pelajar lain yang mempunyai idea kreatif masing masing,” kata Adly. Nur Angelina

personaliti dan kerjaya juga diadakan di samping ceramah akademik bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan matematik serta aktiviti kerohanian dan riadah. “Saya sangat menikmati keseronokan sepanjang program diadakan terutamanya lawatan sambil belajar ke Kundasang. Semasa lawatan tersebut saya dapat berkumpul bersama rakanrakan baru yang menjadikan lawatan ini lebih bermakna,” kata beliau. Apabila ditanya apakah cadangan beliau bagi mempertingkatkan prestasi pengendalian program ini, Nur Angelina mencadangkan agar sesi ceramah dan motivasi dipelbagaikan agar lebih menarik perhatian para pelajar. “Cadangan saya adalah untuk mempelbagaikan keceriaan dalam paparan slaid yang sedia ada, agar dapat menarik perhatian pelajar terhadap penceramah dan lebih fokus,” jelas beliau. “Saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan agar pelajar di bawah tajaan Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak dapat menerima manfaat daripada program ini. Selain daripada itu, program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar untuk menjadi seorang yang berdikari dan berdisiplin walaupun berjauhan daripada keluarga,” katanya.

“Dalam satu-satu aktiviti yang diadakan, pelajar akan dipecahkan kepada beberapa buah kumpulan yang akan mencampurkan pelajar daripada negeri yang berlainan. Selain daripada berkenalan dan menambah kawan baru, perkongsian cerita dan pengalaman merupakan pengalaman yang menyeronokkan serta dapat belajar banyak daripada suatu pengalaman yang dikongsikan,” jelas beliau dengan penuh semangat. Beliau berharap program ini akan diteruskan kerana kerjasama antara dua yayasan dengan tujuan yang sama dapat memberi manfaat kepada para pelajar di samping mengeratkan hubungan silaturahim. Adik Tracy Viviana Titus, 17, merupakan seorang lagi pelajar yang berasal daripada Nabawan, Keningau yang sedang bersekolah di SM Sains, Miri, Sarawak turut menyertai program perkampungan pelajar ini. Tracy berpendapat usaha Kumpulan Yayasan Sabah mengadakan program perkampungan pelajar ini adalah sangat menarik dan memberi banyak manfaat serta kebaikan kepada para pelajar yang menyertainya. “Saya yakin para pelajar yang menyertai program ini telah belajar pelbagai benda baharu dan menambah pengetahuan serta berfikiran secara meluas,” kata Tracy.

Tracy Adly

Seorang lagi pelajar yang berkongsi pendapat adalah adik Adly bin Akiah, 16, yang merupakan anak jati Tawau dan belajar di Sekolah Sains Miri, Sarawak. Beliau berpendapat program perkampungan pelajar yang dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah ini telah menggabungkan pelajar dari dua negeri yang berbeza dalam satu program.

Hal ini adalah kerana pelajar digabung daripada negeri berbeza yang menjadikan perkongsian maklumat lebih bervariasi. Menurut Tracy lagi, kesemua aktiviti yang diadakan lebih kepada sahsiah dan jati diri yang memberi kesedaran kepada pelajar untuk lebih berdisiplin. “Setiap pelajar yang menyertai program ini membawa pulang diri yang lebih

Elmmernod

berdisiplin dan lebih berdikari kerana semua aktiviti yang diadakan adalah berasaskan peningkatan jati diri seseorang individu,” jelas beliau. “Cadangan saya adalah agar pihak penganjur mengadakan pengisian aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan lebih menarik untuk para pelajar. Selain itu, di samping mengadakan aktiviti yang menarik, pihak penganjur juga perlu memberi pelajar peluang untuk bergembira dan bebas seperti aktiviti riadah ke Kundasang, Ranau baru-baru ini,” tambah Tracy. Tracy mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah yang telah menganjurkan program ini yang banyak memberi manfaat kepada para pelajar dengan penyampaian ceramah, motivasi dan pengisian aktiviti yang diadakan. Sementara itu seorang lagi pelajar yang terlibat dengan program perkampungan ini adalah adik Elmmernod Ouasin, 17, bersekolah di bawah tajaan Kumpulan Yayasan Sabah. Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini bersekolah di SM Sains, Sabah sejak beliau di tingkatan satu lagi. “Ilmu, idea, kreativiti serta maklumat yang telah saya peroleh menambahkan pengetahuan saya sepanjang saya mengikuti program ini,” kata beliau. Elmmernod juga berpendapat kolaborasi antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak adalah satu usaha yang sangat baik. “Pada pandangan saya, perkongsian idea dan maklumat serta cara dua yayasan ini bekerjasama menjadikan program ini satu kejayaan yang bermakna dan perlu diambil sebagai sesuatu yang sangat positif,” tambah beliau. Beliau juga berpendapat program lawatan perlu diperbanyakkan kerana ia dapat memberi pengalaman kepada para pelajar secara langsung. “Dari pengalaman dan pandangan saya, pengetahuan dan maklumat sepanjang program lawatan tersebut lebih cepat diaplikasikan dan difahami oleh pelajar daripada aktiviti yang diadakan dalam kumpulan,” demikian penjelasan beliau. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

21


Datuk Seri Shafie disambut oleh staf BWSB.

KUNJUNGAN KETUA MENTERI SABAH ke Benta Wawasan

Sektor pertanian merupakan penyumbang ketiga tertinggi terhadap hasil negara dan Sabah perlu memastikan peningkatan aktiviti hiliran supaya kelangsungan sumber dalam sektor ini dapat menambah hasil negara serta membuka peluang pekerjaan kepada belia di negeri ini.

Gambar beramai-ramai bersama staf BWSB dan para jemputan.

Demikian menurut Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. Menurut Datuk Seri Shafie lagi, penekanan perlu diberi kepada perubahan dengan meneroka produk hiliran bagi setiap komoditi memandangkan terdapat ketidaktentuan harga komoditi di pasaran dunia. “Kita perlu ada perubahan dari segi pengurusan dan kekayaan Sabah, jangan hanya fokus kepada menanam komoditi, 22

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

kalau boleh kita wujudkan aktiviti hiliran, tanam getah dan buat tayar, tanam koko dan buat kek coklat, tanam sawit dan buat minyak sawit jenama Sabah. Ketika ini kita tidak memiliki aktiviti hiliran walaupun kita banyak ladang tanaman. Pelbagai yang boleh kita teroka dan kajian mesti dijalankan untuk

meningkatkan aktiviti hiliran ini,” tambah beliau yang juga Pengerusi Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) semasa perhimpunan korporat BWSB pada 26 Januari 2019 di Dewan Serbaguna, Ladang Seraya. Beliau seterusnya berkata BWSB perlu berubah supaya ditadbir secara lebih telus, amanah serta cemerlang agar manfaatnya dapat dikembalikan kepada rakyat. “Sokongan serta komitmen daripada semua pihak termasuk warga kerja Benta Wawasan dapat mengembalikan hasil dalam bentuk faedah yang dapat dinikmati seluruh rakyat Sabah,” katanya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria, Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Pegawai Eksekutif ICSB, Encik Dalahan Buduk, Ketua Pegawai Eksekutif BWSB dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah BWSB.

Acara menanam pokok oleh Datuk Seri Shafie (gambar kiri) dan Datuk Haji Jamalul Kiram (gambar kanan).


MBJ KUMPULAN YAYASAN SABAH Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah sekali lagi bermesyuarat buat pertama kalinya untuk tahun 2019. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria ini telah diadakan pada 13 Mac 2019. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai enam orang Wakil Pekerja dan tujuh orang Wakil Pengurusan termasuk Urus setia MBJ.

Salah seorang staf DPW yang bertugas di Perhutanan Wilayah mengemukakan isu-isu DPW semasa Mesyuarat MBJ Wakil Pekerja bertempat di Pusat Perhutanan Luasong.

Pada mesyuarat kali ini sebanyak 29 isu baru telah dibincangkan yang melibatkan isu-isu pentadbiran, sumber manusia, kebajikan staf, Pekerja Bergaji Hari (DPW) dan infrastruktur. Sebelum mesyuarat bermula, Wakil Pekerja, Encik Jalius Kasing dihadiahkan gambar kenangan Wakil Pekerja dan barangan kraf oleh Naib Pengerusi MBJ Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Stephen Jilimin sebagai penghargaan atas sumbangan beliau selaku Setiausaha Wakil Pekerja yang akan bersara pada bulan Mei 2019. Pada 29 Januari 2019, Wakil Pekerja MBJ juga telah membuat perjumpaan bersama staf Perhutanan Wilayah Tawau dan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar di Pusat Perhutanan Luasong. Perjumpaan ini sepertimana lazimnya, memberi peluang kepada staf wilayah ini untuk mengemukakan isu-isu semasa kepada Wakil Pekerja. Isu-isu ini kemudiannya dibawa ke Mesyuarat Induk MBJ Kumpulan Yayasan Sabah untuk dibincangkan. Encik Stephen (tiga, kiri) menyampaikan cenderahati kepada Encik Jalius sempena persaraan beliau pada bulam Mei 2019. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

23


Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek INIKEA ke-17.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu

Projek INIKEA ke-17

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) Innoprise-IKEA Tropical Forest Rehabilitation Project (INIKEA) ke-17 telah diadakan di Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau, Tawau pada 5 Disember 2018. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria. Ia turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada IKEA Sweden, Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Perhutanan Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Tawau, Forest Research Institute Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan WWF-Malaysia. Mesyuarat turut membincangkan laporan kemajuan Projek INIKEA, sistem mikro-hidro, dana IKEA untuk fasa ke-4 di samping peluang penyelidikan pascasiswazah. Datuk Haji Jamalul bersama Ahli Jawatankuasa Pemandu INIKEA telah menyempurnakan acara pecah tanah di Pusat Penyelidikan Agathis yang akan

Upacara pecah tanah di Stesen Penyelidikan Agathis yang disempurnakan oleh Datuk Haji Jamalul (kiri) dan Mr. Ulf G. Johansson, Pengerusi Sow A Seed Foundation.

dibaik pulih untuk kegunaan para penyelidik dan pelawat menjalankan aktiviti penerokaan hutan ke Pusat Penyelidikan Nepenthes atau Pusat Penyelidikan Ginseng.

Sow A Seed Foundation (SASF) ditubuhkan oleh IKEA bagi menyokong aktiviti rehabilitasi hutan. Buat masa ini hanya satu projek sahaja ditaja oleh IKEA iaitu INIKEA. Oleh itu semua dana IKEA untuk menyokong rehabilitasi hutan disalurkan ke SASF.

Lawatan ahli jawatankuasa ke tapak lama Stesen Penyelidikan Agathis.

24


The Sabah Environmental Trust (SET) on 12 March 2019 handed-over three units of Nissan Navarra NP300 to Yayasan Sabah Group (YSG) to be used at the Danum Valley, Maliau Basin and Imbak Canyon conservation areas. The vehicles were handed-over by the Founder cum Chief Executive Officer of SET, Dr. Rahimatsah Amat to the Director of Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria at Menara Tun Mustapha. Also in attendance were Chairman of SET, Datuk Verus Aman Sham and its Legal Advisor, Datuk Haji Adnan Puteh.

SE T presents three 4WD

vehicles to YSG

Datuk Haji Jamalul expressed his appreciation to SET for such effort. “With these vehicles, YSG will be able to increase patrolling activities in its conservation areas and improve communication in preventing poaching activities,” he said. According to Dr. Rahimatsah, the vehicles are equipped with walkie talkie that links to YSG’s radio frequency and a satellite phone that can access Whatsapp application through hotspot connection. “The vehicles are also equipped with GPS tracking system and dashboard camera which are useful as pictures of suspicious activities can be taken as evidence,” said Dr. Rahimatsah. Besides this, SET has also fixed realtime cameras in strategic areas where pictures of any poaching activities can be sent immediately to headquarters in Kota Kinabalu within 30 seconds. “With these vehicles on standby, it is easier for us to mobilise our team and move faster to prevent such activities,” added Dr. Rahimatsah. Datuk Jamalul (third, right) receiving the keys from Dr. Rahimatsah.

Dr. Rahimatsah showing Datuk Jamalul the equipments retrofitted in the vehicle.

Datuk Haji Jamalul testing out the new car. Also in picture is Dr. Rahimatsah.

Since 2017, SET has been collaborating on an initiative entitled the DaMal Initiatives; Patrolling (Monitoring & Enforcement) with YSG and the Sabah Forestry Department. This initiative was established under the MoU agreement between the Sabah State Government (through Sabah Forestry Department), SET and YSG to focus on strengthening the protection and management of the Danum, Maliau and Imbak rainforest network in Sabah. Part of the initiatives stated under the MoU are to enhance the team capacity through the Global Park Defence (GDP) deployment, a global conservation initiative. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25


Lawatan Sambil Belajar

DELEGASI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG Delegasi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan lawatan ke Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau bermula 4 hingga 6 Mac 2019. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengetahui cara pengurusan dan penjanaan ekonomi kawasan konservasi. Selain memilih Lembangan Maliau, rombongan ini juga melawat Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Suhaimi Mohd. Yunus bersama ketua-ketua jabatan negeri Pahang dan Persekutuan.

Dr. Yap Sau Wai (kanan), Pengurus Kumpulan, Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Suhaimi.

Renjer Hutan, Encik Mius Nambalek (satu, kanan) memberi penerangan.

Aktiviti meninjau suasana kawasan konservasi dari aras yang lebih tinggi.

Gambar kenangan rombongan yang diketuai oleh Dato’ Suhaimi.

26


Datuk Madius (kiri) bersama-sama staf menikmati keindahan Lembangan Maliau.

Lawatan

KEMENTERIAN PERDAGANGAN & PERINDUSTRIAN LEMBANGAN MALIAU Pada 8 hingga 9 Mac 2019, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah serta agensi kementerian, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah telah mengadakan lawatan ke Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau.

Lawatan ini merupakan satu pendedahan mengenai keindahan Lembangan Maliau. Rombongan ini telah dipandu arah oleh Encik Jadda Suhaimi, Pengurus Kawasan Konservasi Lembangan Maliau.

ke

Turut serta dalam lawatan ini ialah Datuk Seri Panglima Madius Wilfred Tangau, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian,Tuan Azhar Haji Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian bersama-sama isteri masing-masing. Turut bersama ialah Datuk Madiyem Layapan, Setiausaha Tetap, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Gambar berkumpulan warga Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27


Bengkel

Seni & Media Kreatif UCSF

Salah seorang peserta bengkel, Encik Muhammad Manan bin Damsing dengan hasil karya beliau.

Sebahagian daripada peserta yang terlibat dalam bengkel tersebut.

Seramai 14 orang peserta menyertai Bengkel Seni dan Media Kreatif yang diadakan di University College Sabah Foundation (UCSF) pada 9 Januari 2019.

pasaran ekopelancongan dan juga potensi membantu menyumbang kepada peningkatan pendapatan komuniti di kawasan kajian.

Bengkel ini bertujuan untuk berkongsi hasil dapatan kajian tentang motif dan corak tradisional etnik Murut Tahol, Ulu Tomani, Tenom. Bengkel ini turut membincangkan potensi produk seni yang bermotif tradisional Murut Tahol untuk

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang bengkel tersebut adalah beberapa siri pembentangan dan demonstrasi mengenai motif dan corak tradisional, serta penghasilan lakaran idea karya motif dan corak tradisional Murut Tahol oleh para peserta bengkel.

Peserta bengkel bergambar bersama Dr. Mohamed Haleem bin Mohamed Razi (berdiri, baris belakang, empat, kiri) Naib Canselor UCSF dan Prof. Dr Junaenah Sulehan (berdiri, baris belakang, enam, kanan) Pengarah Institute Borneo Studies UCSF.

28

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


UCSF Green Talk Series “Sea Turtles In Troubled Waters”

As part of the Green Talk Series, Centre for Research and Innovation Management (CRIM) organised a talk on “Sea Turtles in Troubled Waters” on 27 February 2019. The series is part of University College Sabah Foundation (UCSF) green initiative towards conservation and sustainability.

It was delivered by Dr. Juanita Joseph, a lecturer from Borneo Marine Research Institute, UMS with the aim to introduce the importance of sea turtles to the ecosystem, conservation status and threats in Malaysia. During the talk, Dr. Juanita shared interesting facts on sea turtles especially regarding the number of sea turtle species found in Malaysia. Out of the seven sea turtle species in the world, four can be found in Malaysia.

However, increasing threats caused by humans have driven them to extinction. Continuous over-exploitation of eggs and adults, habitat loss, environmental degradation, direct human disturbances and pollution are among the identified threats. These threats to sea turtles are obviously too big to overcome, however, there are things within our control that can be changed. One of it is by public awareness and support for the sea turtle conservation initiative. The talk was attended by academicians, UCSF staff, students of UCSF and invited guest from Sabah Parks as well as students and teachers from Maktab Sabah. Also present during the talk were Dr. Mohamed Haleem Mohamed Razi, Vice Chancellor of UCSF and Prof. Dr. Junaenah Sulehan, Director of CRIM.

Dr. Juanita Joseph, a lecturer from Borneo Research Marine Institute (BMRI) UMS presenting her talk on “Sea Turtles in Troubled Water”.

Dr. Mohamed Haleem, Vice chancellor of UCSF presenting a memento to Dr. Juanita. Students from Maktab Sabah attended the talk. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

29


UCSF Discourse Series The Centre for Research & Innovation Management (CRIM) organised a discourse on current issues entitled “From Smallholder to Rural Entrepreneur: Exploring the Drivers of Success” on 22 February 2019. It was delivered by Assoc. Prof. Dr. Sivapalan Selvadurai, from Centre for Development, Social and Environment, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. The deliberation aims to explore the internal and external drivers that influenced successful rural entrepreneurs who were initially involved in palm oil smallholdings at UCSF. In his talk, Assoc. Prof. Dr. Sivapalan revealed that internal factors played a critical role in the success of entrepreneurs in rural entrepreneurship, primarily due to their attributes in terms of persistence, seeking information and capitalising opportunities, risk-taking ventures, creative and innovative behaviour and passion for business. Meanwhile, the external factors played a secondary Miss Nuratiqah Aqilah, student from Faculty of Development & Multicultural Studies, UCSF during Q & A session.

role in their success in terms of their prior business experience, social network and support and asset ownership. This discourse was attended by academicians, UCSF staff and students as well as invited guests. Also present during the talk were Dr. Sharifah Nurafizah, Coordinator Director of CRIM, Prof. Dr. Junaenah Sulehan of Research, Industrial presenting a memento to Prof. Dr. Sivapalan. Linkages, Community & Alumni Network, Universiti Teknologi MARA, Puan Pauline Yong from Faculty of Humanities, Arts & Heritage, Universiti Malaysia Sabah and Dr. Rainal Lasumin, Mr. Andree Funk, Puan Doulin Salag and Encik Sintar Laus from Koperasi Pembangunan Desa Sabah.

BORNEO ART NEWCOMERS (BANCO) 2019 The “Borneo Art Newcomers 2019” was held at UCSF by the short course students, also known as the residential students of Program Khas Anak Negeri (PKAN) under UCSF Teaching and Learning Factory (TLF) unit.

The four-day programme which began on 25 February 2019, offered opportunity for participants to view the talented residential students’ creative artwork and experience various fun-filled art activities organised by TLF. The artworks on display also featured remarkable sculptures, paintings and Botanic Batik done by students.

Datuk Zolkopli (seated third from right), Dr. Mohamed (seated second from left) and Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi (seated third from left), Sabah State Development Officer posing for a group photo with PKAN residential students and trainers at the closing ceremony of BANCO 2019.

30

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Some of the artworks done by the students.

Datuk Zolkopli presenting the Best Student Award (Art Painting) to Elza Emerald Justin.

Meanwhile, the closing ceremony of the event took place on 28 February 2019 and was officiated by Director of Implementation & Coordination Unit of the Prime Minister’s Department (ICU, JPM), Datuk Zolkopli bin Dahalan. Also present during the ceremony were State Development Officer, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi and UCSF Vice Chancellor, Dr. Mohamed Haleem bin Mohamed Razi.

Dr. Mohamed Haleem (left) presenting a souvenir to Datuk Zolkopli. Also seen in the photo is Datuk Haji Ruji. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

31


NOTES OF UNDERSTANDING

Between KTYS and Kolej Vokasional Keningau Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) and Kolej Vokasional Keningau (KVK) signed a Notes of Understanding (NoU) on 20 February 2018 at City Campus, Sembulan. KTYS was represented by Deputy Chief Executive Officer, Encik Waky Taim while KVK was reperesented by their Deputy Director of Academics, Puan Noorhayati Hashi Harun. The KVK delegation of 20 people also visited the technical campus in Likas after the signing ceremony. The objective of the NoU is to create a platform for both parties in knowledge sharing for various programmes particularly from the Department of Skills Development (JPK) and the Malaysian Qualifications Agency (MQA). Additionally, the NoU would also benefit both parties through the various programmes soon to be implemented.

Encik Waky and Puan Noorhayati Hashi (centre) holding the signed NoU.

Also present at the event were KTYS Registrar, Puan Noor Arfiah Ampong and KVK’s Head of Quality Assurance, Encik Kilin Toyou. Antara staf yang menderma darah.

KEMPEN DERMA DARAH SSB

Sabah Softwoods Berhad (SSB) dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tawau telah menjayakan kempen derma darah bertempat di Dispensari SSB, Brumas pada 9 Februari 2019. Aktiviti tanggungjawab sosial korporat ini adalah bagi menangani masalah kekurangan darah di hospital kerajaan di samping meningkatkan kesedaran dan pendedahan warga SSB tentang kebaikan menderma darah. Kempen itu juga memupuk semangat kerjasama berpasukan antara staf SSB dan Unit Tabung Darah, Tawau. Lebih kurang 100 orang staf SSB telah menjayakan program berkenaan dan telah berjaya mengumpul lebih kurang 85 pain darah.

Sebahagian daripada staf SSB yang terlibat dengan kempen derma darah. 32

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Program

GOTONG ROYONG SK PERDANA Seramai 30 orang staf Sabah Softwoods Berhad (SSB) Tawau yang terdiri daripada ibu bapa, pegawai serta pelajar yang diketuai oleh Pengurus, Komunikasi Korporat SSB, Encik Sahruddin Paidi terlibat dalam projek komuniti di SK Perdana, Pasir Putih, Tawau pada 16 Februari 2019.

Antara aktiviti projek komuniti SSB kali ini adalah mengecat semula pagar dan pondok riadah sekolah, membaik pulih pondok riadah, mengganti logo dan papan tanda sekolah serta membersihkan sekitar kawasan sekolah.

Membaik pulih pondok riadah.

Pihak Pengurusan SSB amat menitikberatkan kebajikan bukan sahaja kepada staf syarikat tetapi juga kepada anak-anak mereka serta murid yang bersekolah di SK Perdana.

Mengecat pagar sekolah.

Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan seterusnya mengeratkan hubungan antara staf SSB, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah. Pada masa yang sama, SSB telah menyumbang sebuah komputer riba dan penghawa dingin bagi kegunaan bilik komputer sekolah berkenaan. Tanggungjawab sosial korporat syarikat ini diharap dapat membantu dan memberikan keceriaan kepada murid-murid berkenaan dan penduduk setempat.

Penyerahan sumbangan daripada SSB.

33


Chinese New Year celebration was held on 18 February 2019 at the Sabah Softwoods Berhad (SSB), Tawau. The management team and staff from various departments attended the event. A total of 300 staff and family members attended the celebration. The climax of the event was a grand performance of six lion dance groups from various associations. The performances were followed by fire crackers performance symbolising hope and aspiration for business growth and prosperity. Ang pows were also distributed to children, gardeners and office assistants. It is hoped that this event will become an annual event to strengthen the ties among staff and management.

Encik Dominic Dambul, Chief Operating Officer of SSB offers oranges to the lion dance performer as symbol of Chinese New Year celebration.

Chinese New Year Celebration 2019

Lion dance performance.

Group photo of Management and staff of SSB.

34

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

The best part of Chinese New Year, collecting ang pows!


PROMOTIONAL ADVERT

LOCAL LIVING

EXPERIENCE A Home....Away From Home

Stay tuned with the local ethnic of Sabah, get to know their unique cultures by living with them. Feel home away from home. We provide our guests with different local living experience with the local ethnic at various locations throughout Sabah.

A blessing New Year kick-off for Borneo Refugia Adventure by introducing the company’s Community-Based Tourism product at Kg. Singgaron Baru, Ranau. The package “Local Living Kg. Singgaron” aim to provide our beloved guest the experience and opportunity to live with the people that reside in

the periphery of the Bornean Natural Heritages. Kg. Singgaron Baru has a long relationship with Yayasan Sabah Group under the Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB), a comprehensive rural development effort with an emphasis on the holistic development of human capital through the empowerment of the rural communities. Through this relationship, Borneo Refugia foreseen the potential of this village to be marketed as Community Based Tourism. Borneo Refugia has been communicating with Sabah Parks about Kg. Singgaron that leads to the Scientific Exploration in 2016. The exploration unveiled the potential of the village as a tourism destination for its abundance biodiversity, the uniqueness of the culture and sustainable management of its surrounding environment. The information gathered from this exploration had assured Borneo Refugia to develop further on the package for “Local Living Kg. Singgaron”. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

35


Immerse in the jungle and enjoy the serene atmosphere while learning the Dusun ancestor hunting skills.

Experience the life of the Dusun ethnic at Kg. Singgaron Baru, Ranau. A small village located 24km from Ranau town surrounded by steep terrain and rugged hills. Majority of the people here are the indigenous Dusun living in a simplicity and harmony lifestyle. While modern life has caught up, some are still following and maintaining the tradition and customs of the elders. In the evening, you may see kids playing some traditional games such as the “Rampanau”; the men go out to attend their paddy farm and orchard farm, while the women are busy picking “Pakis” - a wild fern for dinner. The uniqueness of this village is their undisturbed Community Conserve forest which places a very important roles in sustaining good quality of water to the villagers as well as the irrigation system of the paddy field. It is also a source of natural products for the village’ use. While the lower part of the catchment has been converted to agricultural area such as paddy field, fruit orchard and rubber plantation, much of the upper catchment has remained undisturbed and covered with old growth tropical rainforest. Apart from that, the villager also have a unique way of conserving the nature by not fishing at the river at certain time. Tagal is a traditional fish conservation practices by the villagers to conserve and preserve the river and the fishes.

Explore the tropical river located in the midst of a village and be friend with the local fishes with catch and release activity. 36

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Breath the fresh air while enjoying the beautiful view of the waterfalls at Kg. Singgaron Baru, Ranau.

Some trees have a unique shape like large and bulky trunks, some of them might be coloured in the most fantastic ways or just have that special something that catches your eyes and make you stop to admire.


“Rampanau” is a traditional game played by kids back in the olden days. To play this game, you will have to use ‘high heel’ made out of bamboo and walk to the finishing line.

Going green anyone? Try the “Linopot” rice wrapped in macaranga leaves. This is a traditional way of the dusun community of packed their meals when going into the forest or farm.

Experience the life of a rubber tapper in Kg. singgaron Baru, Ranau and be one of the contributor to the Malaysia rubber industry.

Activities for the Local Living package include:

During the season, you might catch the sight of the world renowned largest flower, Rafflesia, only if you’re lucky.

• Live with the Indigenous Dusun Community and enjoys the carefree life away from the hectic city. • Immerse in the jungle while learning Dusun ancestor hunting skills. • Catch the sight of the world-renowned largest flower, Rafflesia. • Explore the tropical river located in the midst of a village and learn about the Tagal System, a system created mainly to conserve the river resources.

Live with the indigenous dusun community and enjoy the carefree life away from the hectic city.

Learn how to process the paddy using traditional way of separating rice from its husk which is called ‘monutu’. This activitiy can be done by more than one person. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

37


TAKLIMAT KPI

Encik Ramlee menyampaikan taklimat.

Pada 29 Mac 2019, Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi dengan kerjasama Unit Penyampaian Perkhidmatan (UPP), Jabatan Ketua Menteri telah menganjurkan Taklimat Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator – KPI) bertempat di Teater Tun Hamdan. Taklimat ini diadakan untuk memberi penjelasan dan kesedaran mengenai penggunaan KPI dalam kalangan

anggota pentadbiran negeri dan pegawai perkhidmatan awam. KPI dalam sektor perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Sabah merupakan satu amalan pengurusan yang penting bagi memastikan tahap prestasi tercapai. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah UPP, Encik Ramlee bin Haji Kariah. Seramai 200 staf telah menghadiri taklimat tersebut.

Sesi soal jawab. 38

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


FOKUS BAHARU Pejabat Zon

“Pejabat Zon mempunyai fokus baharu yang menekankan kepada kecemerlangan pelajar secara seimbang dalam bidang akademik dan bukan akademik,” kata Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria, dalam Garis Panduan Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah: Program Teras Pejabat-Pejabat Zon Yayasan Sabah. Taklimat mengenai fokus baharu ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Menara Tun Mustapha pada 21 Januari 2019. “Garis panduan ini terbahagi kepada tujuh bahagian yang berkaitan dengan dasar, hala tuju, konsep program, mekanisma dan rangka kerja pelaksanaan, pelan tindakan, peruntukan dan penilaian,” kata Datuk Haji Jamalul. Bahagian Satu

memaparkan rangka dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang berkaitan dengan aspirasi pendidikan dan sumber manusia di negara ini untuk memandu pendekatan, mekanisma dan strategi pelaksanaan program. Bahagian Dua memberi penekanan kepada konsep dan hala tuju program dari sudut pandang Kumpulan Yayasan Sabah. Manakala Bahagian Tiga memaparkan program dan strategi pelaksanaannya. Program itu terbahagi kepada program motivasi dan merangkumi kelas tuisyen dan penggayaan pelajar. Bahagian Empat pula membincangkan mengenai sistem pelaporan dan mekanisma pelaksanaan program. Aktiviti pemantauan dan penilaian program ke atas kumpulan sasar iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah diterangkan dalam Bahagian Lima. Bahagian Enam pula merangkumi

perkara yang berkaitan peruntukan manakala Bahagian Tujuh menerangkan pelan tindakan yang telah dilaksanakan dan pelan yang bakal dilaksanakan di tahun-tahun akan datang. “Adalah menjadi harapan saya agar garis panduan ini menjadi sumber rujukan bagi warga kerja Pejabat-pejabat Zon yang terlibat secara langsung dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program ini. Turut menjadi harapan saya agar pelaksanaan program yang telah diketengahkan akan memberi kesan ketara kepada kumpulan sasar,” kata Datuk Haji Jamalul. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh Pengurus-pengurus Kumpulan Zon bersama beberapa orang Pengurus Kumpulan dan pegawai kanan daripada bahagian lain yang berkaitan dalam pelaksanaan program-program oleh Pejabat-pejabat Zon.

Datuk Haji Jamalul (tengah) mempengerusikan mesyuarat.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

39


Sebahagian ibu bapa yang hadir.

KEPENTINGAN

MAKLUMAT PENDIDIKAN & PENJAGAAN KANAK-KANAK

Ibu bapa yang mengambil berat hadir mendengar taklimat.

Taklimat kepada ibu bapa telah diadakan di Teater Tun Hamdan pada 2 Februari 2019. Seramai 80 orang ibu bapa telah menghadiri taklimat ini. Program ini turut dimuatkan dengan ceramah dari Dr. Shakiroh Abdul Mokti, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Luyang, Kota Kinabalu. Ceramah mengenai kanak-kanak berkeperluan khas telah diadakan sebelum sesi taklimat dijalankan. Antara intipati program adalah pengenalan kepada Bahagian Perkembangan KanakKanak (BPKK), program yang dijalankan di taska, tadika dan pusat transisi, BPKK. Selain daripada itu, ibu bapa diberi peluang untuk berdialog dengan para panel dari BPKK. Sesi soal jawab ibu bapa kepada panel BPKK. 40

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PROGRAM WISMA YAYASAN SABAH KAHERAH, MESIR

Ustaz Hafiz (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tuan Yang Terutama Mohd Haniff Abd. Rahman, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir.

Ustaz Hafiz (tengah) semasa Program Ramah Mesra dan Sesi Dialog.

Ustaz Hafiz bin Datuk Dr. Hamzah Al-Hafiz, Pegawai Tadbir Kanan, Wisma Yayasan Sabah, Kaherah, Mesir telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Mohd Haniff Abd. Rahman, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir pada 2 Januari 2019 di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Pada 3 Januari 2019, Ustaz Hafiz telah membuat kunjungan hormat kepada Encik Aizal Annual, Pengarah Pendidikan Malaysia, Kaherah di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah. Program Ramah Mesra dan Sesi Dialog bersama para pelajar Sabah yang menuntut di Kaherah juga telah diadakan pada 29 Januari 2019. Seramai 130 orang pelajar telah menghadiri program tersebut.

Ustaz Hafiz (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Encik Aizal Annual.

Gambar berkumpulan Ustaz Hafiz (duduk, tiga, kanan) bersama pelajar yang menghadiri Program Ramah Mesra dan Sesi Dialog.

41


PROGRAM

KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH

Sesi penyampaian cenderahati daripada Encik Halim Bidin, Pengetua SMK Bandau, Kota Marudu kepada Encik Shahrum Haji Sulaiman, Pengurus, Unit Pentadbiran Zon.

Pejabat Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi (BPPE) telah melaksanakan Program Kecemerlangan/ Motivasi Pelajar Sekolah (PKPS) - Motivasi di beberapa sekolah menengah di Sabah antaranya di SMK Bandau, Kota Marudu melalui pejabat Zon Pantai Barat Utara pada 20 Mac 2019 dan di SMK Apin-Apin, Kota Marudu melalui Zon Pedalaman Utara pada 21 Mac 2019. Rombongan tersebut memaklumkan bahawa sejajar dengan dasar pendidikan yang ditekankan oleh pentadbiran negeri Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah melaksanakan program motivasi bagi pelajar sekolah rendah dan menengah serta sekolah agama setempat atau pun berpusat yang dinamakan sebagai Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Dari kiri : Encik Taidin Suhaimin, Penceramah Motivasi, Usahawan Group Management Consultant, Encik Shahrum, Encik Zainurin Sahat, Pegawai Kanan, Zon Pantai Barat Utara dan Encik Kipli bin Gitam, Pegawai, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah semasa di SMK Bandau.

Objekif program ini adalah untuk menjenamakan semula program sosial Kumpulan Yayasan Sabah selaras dengan aspirasi pengurusan baharu serta memperkasa sistem penghantaran program berkenaan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar melalui seminar motivasi dan program pengayaan pelajar sekaligus membantu meningkatkan prestasi pelajar ke tahap lebih tinggi serta menggalakkan penyertaan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka. Sasaran utama untuk program ini adalah pelajar tahun lima dan enam diikuti dengan pelajar tingkatan empat dan lima. Manakala, sasaran sampingan program ini adalah pelajar tingkatan tiga dan ibu bapa pelajar. Program motivasi yang diadakan adalah Kelas Tuisyen SPM dan pengayaan pelajar.

Sesi bergambar bersama pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pengurus Kanan Urusetia Zon, Kumpulan Yayasan Sabah, pegawai-pegawai daripada Kumpulan Yayasan Sabah, guru-guru serta 175 orang pelajar SMK Bandau. 42

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Staf daripada Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) memberi penerangan kepada para pelajar tentang program-program yang terdapat di KTYS bertempat di SMK Apin-Apin, Kota Marudu.

Staf daripada University College Sabah Foundation (UCSF) sedang memberi penerangan kepada para pelajar tentang pelbagai program dan kemudahan yang terdapat di UCSF di SMK Apin-Apin.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

43


PROGRAM PENDIDIKAN PELAJAR

CEMERLANG

KUMPULAN YAYASAN SABAH LAHIRKAN

Pelajar terbaik ialah Mohd Shafiq bin Mutamad yang bersekolah di SM Sains Muzaffar Syah, Melaka dengan pencapaian 7A+, 1A, 1A-.

“Program Penghantaran Pelajar Tajaan Yayasan Sabah ke Semenanjung Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang dari Sabah. Saya berpendapat program ini wajar diteruskan,” tambah Shafiq. Selain itu, Julainah binti Jumat yang bersekolah di SMKA Johor Bahru juga cemerlang dengan keputusan 6A+, 3A, 1A-, 1B+.

Shafiq

Ditanya apakah perasaan beliau dengan kejayaan ini, beliau bersyukur dan gembira kerana hasil usaha gigih selama ini dan pengorbanan masa telah Sejak penubuhannya, Kumpulan Yayasan menghasilkan keputusan yang cukup Sabah gigih menjalankan tanggungjawab memberangsangkan. untuk melengkapi keperluan rakyat “Rahsia kejayaan saya dalam pembangunan pendidikan. Antara program pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah ialah Program Penghantaran Pelajar ke Semenanjung Malaysia. Di bawah program ini, setiap tahun Kumpulan Yayasan Sabah menghantar pelajar sekolah menengah untuk bersekolah di 26 buah sekolah terpilih di Semenanjung Malaysia. Usaha ini membuahkan hasil apabila enam daripada 22 orang pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah di Semenanjug Malaysia yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 telah memperoleh keputusan cemerlang.

dalam SPM adalah sentiasa beringat bahawa tiada kejayaan yang mudah untuk dikecapi.

Semua memerlukan pengorbanan termasuk mengulangkaji di waktu malam, membuat semua soalan ramalan dan mendapatkan keredhaan guru-guru. Saya juga mengamalkan solat sunat dan bacaan alQuran setiap hari,” kata Shafiq. Beliau bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di United Kingdom.

44

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Julainah

“Saya ingin melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan di Manipal University atau di Universiti Malaya (UM). Saya amat gembira kerana berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang dan saya akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai impian menjadi seorang doktor perubatan,” kata Julainah.


Dengan keputusan yang diperoleh, beliau ingin melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrikal di luar negara. Bagi Mohd Fikry bin Sakimin, pelajar dari SM Sains Banting, Selangor, keputusan cemerlang membuka peluang untuk beliau mengejar cita-cita.

Ariq Sharman

Bagi Mohd. Ariq bin Bobie Irawan, yang juga merupakan pelajar SMKA Johor Bahru, mengulangkaji pada waktu malam merupakan rahsia kejayaan beliau.

Sharman ingin melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Petroleum di Universiti Teknologi Petronas. Sharman merupakan pelajar SM Sains Sultan Muhammad Jiwa.

“Dengan kejayaan ini, saya lebih bersemangat untuk mencapai citacita saya untuk menjadi seorang peguam,” kata Ariq. Beliau ingin mengejar impian untuk melanjutkan pengajian di luar negara seperti di United Kingdom ataupun Australia.

Fikry

“Saya bercita-cita ingin menjadi seorang doktor perubatan dan melanjutkan pengajian dalam bidang ini di Universiti Malaya ataupun Universiti Kebangsaan Malaysia,” kata beliau. Selain Fikry, seorang lagi pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah ialah Sharman bin Jaidin.

Norfadzil

“Terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas peluang yang diberikan kepada saya. Saya berpendapat bahawa Program Penghantaran Pelajar ke Semenanjung Malaysia haruslah diteruskan agar lebih ramai pelajar dapat menikmati kemudahan biasiswa dan bersekolah di sekolah-sekolah terbaik di Malaysia,” kata Sharman. Kumpulan Yayasan Sabah akan terus memainkan peranan dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah dari semua aspek dan terus menokok tambah dalam usaha pembangunan pendidikan di negeri ini.

Seorang lagi pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah, Mohamed Norfadzil bin Yusof, yang bersekolah di SBP Integrasi Gombak, Kuala Lumpur, juga ingin melanjutkan pengajian di luar negara.

“Rahsia kejayaan saya ialah selalu rajin bertanya guru tentang teknik-teknik menjawab soalan. Selain itu, saya juga selalu mengamalkan ulang kaji berkumpulan,” kata Norfadzil. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

45


Gambar peserta sebelum pembukaan Kejohanan Badminton Tertutup Kumpulan Yayasan Sabah yang terdiri daripada staf Kumpulan Yayasan Sabah daerah Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Separuh Akhir kategori Bergu Campuran di antara Encik Abdillah / Puan Maznah (kiri) dan Cik As Nuur / Encik Irwan bersama Encik Datu Syahruddin bin Datu Abdul Kadir (tiga, kiri), pengadil dan hakim garis Cik Nor Suadah binti Mohd Salin (empat, kanan) serta Encik Mohd Za’im Zharfan bin Abdul Haling (kanan).

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Mohd Al Amin (kanan), johan Kategori Perseorangan Lelaki.

Kejohanan Badminton Tertutup Kumpulan Yayasan Sabah anjuran Innoprise Capital Sdn. Bhd. telah diadakan di Dewan Badminton, Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah pada 19 hingga 20 Mac 2019. Kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan staf bergiat aktif dalam sukan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan antara staf. Pihak pengurusan Innoprise Capital Sdn. Bhd. berharap program ini dapat memberikan manfaat serta impak yang positif kepada semua yang terlibat dari segi semangat kesukanan dan disiplin.

Encik Mohd Nor Nazirul bin Tamjit (tengah) dan Encik Abdillah Suman (kanan) merangkul gelaran sebagai johan bagi Kategori Bergu Lelaki.

Encik Mohd Al Amin Abd. Thani merangkul gelaran sebagai johan bagi Kategori Perseorangan Lelaki. Penyampaian hadiah oleh Tuan Haji Mohamed Idris Mohamed Shafi, Pengurus Kanan Innoprise Capital Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi Penganjur Kejohanan Badminton Tertutup Kumpulan Yayasan Sabah. Tempat kedua dimenangi oleh Encik Khairil Saidi, manakala pemenang separuh akhir I disandang oleh Encik Jais Mat Salleh dan pemenang separuh akhir II oleh Encik Abdillah Suman. Encik Khairil Saidi naib johan bagi Kategori Perseorangan Lelaki. Encik Abdillah Suman dan Puan Maznah binti Budin dinobatkan sebagai johan bagi Kategori Bergu Campuran.

Encik Ivanley Wontik dan Encik Irwan bin Abd. Patta merangkul gelaran sebagai naib johan bagi Kategori Bergu Lelaki.

46

Gambar berkumpulan peserta bersama Tuan Haji Mohamed Idris.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Mohd Al Amin (kiri) dan Encik Khairil Saidi (kanan) bersama pengadil Encik Datu Syahruddin.

Encik Mohd Nor Nazirul bin Tamjit dan Puan Nor Suriani A. Yong merangkul gelaran sebagai naib johan bagi Kategori Bergu Campuran.


Program

BAHAGIAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN EKONOMI Beberapa program telah diadakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi. Antara aktiviti dan program tersebut adalah seperti kunjungan hormat yang membincangkan perkara seperti pelaksanaan Program Kecemerlangan/Motivasi anjuran Kumpulan Yayasan Sabah, mesyuarat pertama Jawatankuasa Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators, KPI), taklimat KPI serta taklimat kerjasama pintar latihan industri dan penempatan pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah bersama Kulim Advanced Technologies Sdn. Bhd.

Kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bruno Vun (dua, kiri) Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran dan Inovasi (ketika itu) pada 10 Januari 2019. Cenderahati daripada Dr. Ishak Haji Johari, Pengurus Kumpulan BPPE Merangkap Ketua Pengurus Kumpulan Zon semasa kunjungan hormat tersebut. Kunjungan hormat terhadap Datuk Dr. Haji Mohd Kassim bin Haji Mohd Ibrahim (kanan), Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah di Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 4 Februari 2019.

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada 19 Februari 2019.

Kunjungan hormat Encik Ramli bin Haji Kariah (tiga, kanan) Pengarah, Unit Pemantauan Prestasi (UPP), Jabatan Ketua Menteri kepada Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria (tiga, kiri), Pengarah Yayasan Sabah pada 20 Mac 2019. Turut bersama ialah Puan Nazira Datuk Haji Uda (dua, kanan), Unit Penyampaian Perkhidmatan, Jabatan Ketua Menteri dan Cik Chung (kanan).


Puan Nazira sedang menyampaikan taklimat cara-cara pengisian borang KPI kepada focal persons Kumpulan Yayasan Sabah pada 20 Mac 2019.

Dr. Ishak (tiga, kanan) menyampaikan cenderahati kepada Encik Ramli.

Encik Ramli (duduk, tiga, kanan) dan Dr. Ishak (duduk, dua, kanan) bergambar bersama-sama dengan peserta Taklimat Khas KPI Kumpulan Yayasan Sabah.

Kunjungan hormat oleh Kulim Advanced Technologies Sdn. Bhd. ke Kumpulan Yayasan Sabah pada 21 Mac 2019 yang diwakili oleh Pengerusi, Dato’ Wan Ismail bin Che Ibrahim (tiga, kiri), Pemangku Pengurus Besar, Encik Mior Ahamd Nizam Ahmad Kilab (lima, kanan) serta Pengurus, Encik Mohd. Najmi Husin (empat, kanan).

48

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


ZON PEDALAMAN UTARA LAWATAN KERJA UPPM N.33 BINGKOR

Pejabat Zon Pedalaman Utara (ZPU) telah menerima kunjungan daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.33 Bingkor pada 22 Januari 2018 yang diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.33 Bingkor, Encik Peter @ Esong Daigo serta lima orang staf UPPM N.33 Bingkor.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapat penerangan mengenai peranan pejabat ZPU terutama berkaitan dengan pembangunan masyarakat setempat di samping mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pihak.

Staf ZPU dan UPPM N.33 Bingkor bergambar kenangan bersama dengan Encik Teo Guan Leck (enam, kanan) Pengurus Kumpulan ZPU dan Encik Peter (tujuh, kanan).

LAWATAN KERJA

KETUA PENGURUS KUMPULAN ZON Staf pejabat ZPU telah dilawati oleh Ketua Pengurus Kumpulan Zon merangkap Pengurus Kumpulan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi, Dr. Ishak Haji Johari dan rombongan pada 7 Februari 2019. Semasa lawatan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan seperti hal ehwal pentadbiran, pelaksanaan program serta isu-isu semasa di peringkat ZPU. Sesi perbincangan Dr. Ishak bersama staf ZPU.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

49


ZON PANTAI BARAT UTARA LAWATAN KETUA PENGURUS KUMPULAN ZON KE PEJABAT ZPBU Ketua Pengurus Kumpulan Zon, Dr Ishak Haji Johari telah membuat lawatan ke Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) pada 18 Februari 2019. Semasa lawatan tersebut, beliau telah memberikan taklimat mengenai hala tuju, visi dan misi program teras pejabat-pejabat zon.

Encik Sabrin (kanan) menunjukkan hasil tanaman halia penduduk Kampung Paka yang tersedia untuk dibeli oleh pemborong.

KERJASAMA PELABURAN NEGARA CHINA DAN KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dr. Ishak (dua, kanan) menerangkan hala tuju baru pejabat zon.

LAWATAN PENGURUS KUMPULAN ZPBU KE KG. PAKA Pejabat ZPBU yang diketuai oleh Encik Sabrin Sindan telah mengadakan lawatan dan perbincangan dengan mantan Pengerusi JKKK Kampung Paka, Encik Rosidin bin Pandewa untuk menjadikan kampung tersebut sebagai pusat e-tani peringkat daerah Kota Marudu.

Pengarah Kewangan Xinyi Glass Holdings Limited, Datuk Sin Ket Hin dan rombongan telah melawat kawasan tanah milik Kumpulan Yayasan Sabah seluas 2,400 ekar yang terletak di Pulau Balambangan, Kudat pada 12 Februari 2019. Xinyi Glass Holdings Limited merupakan syarikat pengeluar kaca yang ketiga terbesar di dunia. Hasil tinjauan mendapati pasir tanah milik Kumpulan Yayasan Sabah mempunyai potensi dan sesuai digunakan untuk membuat kaca. Turut serta dalam lawatan tersebut Encik Stephen Sampil, Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan, Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Encik Sabrin Sindan, Pengurus Kumpulan ZPBU, Encik Damarin Munsing, Pegawai Kawasan ZPBU dan Encik Chan Wai Vo sebagai juru pandu bagi mengenalpasti kawasan tanah di Pulau Balambangan, Kudat.

Cadangan ini mempunyai kaitan dengan saranan Ketua Pengurus Kumpulan Zon untuk mengenalpasti satu daerah satu industri. ZPBU dalam hal ini, akan menjadi perintis untuk membantu pengusaha bukan sahaja sebagai penanam tetapi dapat memproses sendiri halia dalam bentuk serbuk dan jus dengan menggunakan mesin berteknologi tinggi.

Datuk Sin (dua, kiri) dan rombongan bergambar berkumpulan semasa lawatan ke Pulau Balambangan, Kudat.

Encik Sabrin (empat, kiri) sedang berbincang dengan Encik Rosidin (dua, kanan) mengenai potensi untuk menjadikan Kampung Paka sebagai pusat e-tani. 50

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kawasan tanah milik Kumpulan Yayasan Sabah seluas 2,400 ekar di Pulau Balambangan, Kudat.


PENYERAHAN PDCB KEPADA AJK KAMPUNG Sejak penubuhannya dari tahun 2011 hingga 2018, ZPBU telah menjadi pemudacara Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB) Kg. Pandasan, Kota Belud. Sejak itu, ZPBU telah mengadakan beberapa program seperti kursus keusahawanan, kursus mengendali mesyuarat, motivasi pelajar SK Pandasan, Yayasan Sabah Bersama Rakyat, majlis berbuka puasa dan menjadikan Sungai Pandasan sebagai sungai Tagal bagi memulihara alam sekitar di kampung tersebut. Rentetan daripada itu, ZPBU kini atas arahan pihak pengurusan telah menyerahkan pentadbiran PDCB Kg. Pandasan kepada AJK PDCB Kg. Pandasan pada 1 Mac 2019. Majlis penyerahan PDCB Kg. Pandasan telah disempurnakan oleh Pengurus Kumpulan ZPBU, Encik Sabrin Sindan.

Encik Suad Karanda (tengah), AJK PDCB Kg. Pandasan menerima sijil penyerahan tugas pentadbiran daripada Encik Sabrin sambil diperhatikan oleh AJK yang lain dan Pegawai Kawasan ZPBU, Encik Julkifleh Bakar (kanan).

PROGRAM BENCANA ALAM - PENYERAHAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH Pejabat ZPBU terlibat dalam program penyerahan bantuan pakaian seragam sekolah kepada pelajar yang terlibat dalam kebakaran di Kg. Perpaduan, Banggi bersama dengan Majlis Belia Sabah. Program ini diadakan di Dewan Terbuka Karakit, Banggi pada 7 Februari 2019. Seramai 60 orang pelajar sekolah rendah dari SK Karakit dan 32 orang pelajar menengah dari SMK Banggi telah menerima bantuan pakaian seragam sekolah yang disumbangkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Penyerahan bantuan pakaian seragam sekolah disampaikan oleh Pembantu Eksekutif kepada Pengarah, Encik Asman Dulamid selaku wakil Pengarah Yayasan Sabah pada program tersebut. Program ini juga turut disertai oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti KOSAN Sabah, Pejabat Daerah Kecil Banggi, Jabatan Belia dan Sukan Kudat dan Majlis Belia Malaysia.

Encik Asman Dulamid (depan, kanan) menyerahkan bantuan kepada wakil penerima bantuan.

Kawasan perumahan Kg. Perpaduan, Banggi hangus dijilat api.

Lawatan ke pusat penempatan sementara mangsa bencana di Kg. Perpaduan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

51


Kumpulan Yayasan Sabah akan terus meningkatkan program pembangunan pendidikan yang menjadi tumpuan dalam menjayakan pembangunan masa depan generasi yang berjaya, kata Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn . Bhd., Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Zakaria dalam ucapannya semasa Majlis Makan Malam Tahunan Kumpulan Yayasan Sabah yang diadakan di Menara Tun Mustapha pada 13 Februari 2019. “Dari tadika hingga pendidikan tinggi, Kumpulan Yayasan Sabah menyediakan banyak peluang pendidikan kepada pelajar dalam melahirkan generasi yang berpendidikan pada masa akan datang,” jelas Datuk Haji Jamalul. Aktiviti pembangunan awal kanak-kanak melalui Taska Ria, Tadika Ria, Taska Kristal Ria, Pusat Transisi dan Tadika Luar Bandar telah memberikan manfaat kepada seramai 509 orang pelajar pada tahun 2018. Setakat ini, seramai 12,882 orang kanak-kanak prasekolah telah mendapat manfaat daripada aktiviti pembangunan kanak-kanak awal Kumpulan Yayasan Sabah. 52

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pada tahun 2018, Kumpulan Yayasan Sabah telah menawarkan sebanyak 2,335 tajaan pinjaman pengajian, biasiswa pengajian tinggi dan biasiswa pendidikan menengah. Sejak tahun 1967 hingga 2018, Kumpulan Yayasan Sabah membelanjakan sebanyak RM114.3 juta untuk biasiswa/ dermasiswa yang memberi manfaat kepada 72,625 orang pelajar menengah. Di samping itu, biasiswa/dermasiswa untuk pengajian tinggi bernilai RM334.7 juta dibelanjakan dari 1968 hingga 2018 yang memberi manfaat kepada 18,717 orang pelajar manakala pinjaman pelajar bernilai RM228.9 juta telah dibelanjakan untuk 10,026 orang pelajar dalam pendidikan tinggi. Kumpulan Yayasan Sabah juga membelanjakan RM95 juta untuk Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah bermula tahun 1990 hingga 2018 yang memberi manfaat kepada 553 orang pelajar. Pada 2018, bantuan Biasiswa One-Off RM10 juta telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal pada 21 September 2018. Sejumlah 14,726 orang pelajar telah memohon dana


tersebut dan proses pembayaran sedang berjalan dengan lancar. “Dana khas ini merupakan inisiatif Datuk Seri Shafie dalam membantu pelajar cemerlang dan kurang bernasib baik yang pertama kali mendaftar di institusi pengajian tinggi,” jelas Datuk Haji Jamalul. “Keseluruhannya, Kumpulan Yayasan Sabah telah membelanjakan sebanyak RM772.7 juta untuk dermasiswa, biasiswa dan pinjaman pendidikan yang memberi manfaat kepada 101,921 orang pelajar menengah dan institusi pengajian tinggi sejak tahun 1967 hingga kini,” kata beliau. Menyentuh mengenai Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF), Datuk Haji Jamalul berkata, “Pada tahun 2018, seramai 821 orang pelajar mengikuti pengajian di KTYS menerusi 24 kursus Sijil dan Diploma. Seramai 465 orang pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka dalam Majlis Konvokesyen ke-23 pada 11 Oktober 2018.”

“Dengan nasihat dan sokongan daripada Datuk Seri Shafie, saya yakin, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus mencapai kejayaan dan kekal penting dalam menerajui pembangunan negara,” tambah beliau mengakhiri ucapannya. Pada majlis itu, 18 orang staf telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, lima orang staf menerima Anugerah Perkhidmatan Jubli Perak dan 23 orang pesara menerima Anugerah Jasamu Dikenang mereka daripada Datuk Seri Shafie. Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, isteri Pengarah Yayasan Sabah, Datin Hajah Sa’aidah binti Datuk Mohd. Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan Lembaga Pengarah ICSB serta warga Kumpulan Yayasan Sabah.

“UCSF kini menawarkan 10 program Diploma dan tujuh program peringkat Ijazah Sarjana Muda kepada para pelajar. Setakat Disember 2018, seramai 587 orang pelajar telah dan sedang menuntut di UCSF dan dari jumlah itu, seramai 252 orang pelajar menamatkan pengajian tahun ini,” tambah Datuk Haji Jamalul. Dalam pembangunan kapasiti, Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah telah melaksanakan beberapa program kraftangan yang telah memberi manfaat kepada seramai 594 orang di seluruh Sabah. Di sektor komersial pula, Kumpulan Yayasan Sabah telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM126 juta pada 2018. Sektor peladangan agro kekal sebagai penyumbang terbesar diikuti oleh sektor pelancongan selain sektor minyak dan gas serta aktiviti perhutanan. “Sementara itu, dividen bagi tahun 2018 yang diterima daripada anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah sehingga majlis ini ialah RM77 juta. Seiring dengan itu, beberapa Indeks Prestasi Utama (KPI) akan ditetapkan untuk dicapai oleh setiap anak syarikat dalam tempoh lima tahun ini,” jelasnya. Beliau yakin prestasi syarikat tahun ini akan menjadi lebih baik dengan anggaran keuntungan meningkat 30 peratus kepada RM164 juta. “Kumpulan Yayasan Sabah akan meneruskan budaya berbelanja secara berhemat untuk memantau aktiviti yang dirancang dengan baik dan memastikan Kumpulan Yayasan Sabah mampu melaksanakan peranannya dalam menambah usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pelbagai aspek pembangunan di negeri ini,“ katanya.

Encik Budirman bin Daud (kanan) dari Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Datuk Seri Shafie. Turut bersama Datuk Haji Jamalul.

Datuk Haji Jamalul menyampaikan ucapan beliau. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

53


ANUGERAH

Perkhidmatan Cemerlang

Dari kiri: Siti Ruhani binti Tausin (Pejabat Pengarah), Marianna Dunus (Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi), Galina @ Angelina binti Anak (Bahagian Pembangunan Pendidikan), Matahir Omar (Perhutanan, Sandakan), Asni Bulot (INFAPRO, Lahad Datu), Bernard Dunstan (Perhutanan, Keningau), Ganing Manjani (Pejabat Pengarah), Budirman bin Daud (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Veronica Lim (Unit Pembangunan Sumber Manusia), Rosman R. Lee (Perhutanan, Tawau), Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria (Pengarah Yayasan Sabah),

ANUGERAH

Jasamu Dikenang

Dari depan kiri: Asnah Satimin (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan), Lim Siew Eng (Pejabat Timbalan Pengarah), Jenobius Goripin (Perhutanan, Keningau), Abdul Jannah Haji Ombrah (Zon Pantai Timur Selatan - Tawau), Mius bin Kassim (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Liew Yuk Hong @ Irene Liew (Bahagian Komunikasi Korporat), Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria (Pengarah Yayasan Sabah), Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie bin Haji Apdal (Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah), Clarence Estrop (Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan), Awal Dasa bin Ratag (Perhutanan, Lahad Datu), Rayah bin Kilan (Perhutanan, Sandakan), Mary Leong (Perhutanan, Kota Kinabalu), Chia Bu Kyau (Perhutanan, Tawau), Sabturani bin Ali (Danum Valley, Lahad Datu), Jabidah binti Yuti (YSG Bioscape Sdn. Bhd.). 54

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Dari kanan: Dr. Elizabeth Kinat (Unit ICT), Crystal Pooh Jeffrey (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan YS), Latip bin Taip (Zon Pedalaman Selatan - Beaufort), Rosnah binti Tahe (Perhutanan, Kota Kinabalu), Bahrah Tuni (Perhutanan, Lahad Datu), David bin Yuntalla (Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak), Kasim bin Musa (Perhutanan, Tawau), Majin bin Milang (Unit Pengurusan Sumber Manusia), Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie bin Haji Apdal (Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah).

Dari belakang kiri: Samat Kasil (Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran), Fred bin Kuntiong (INIKEA, Tawau), Rita Datuk Stuel Galid (Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar), Mapiati bin Sullit (Bahagian Audit Dalaman), Francis Omamalin (Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan ICSB), Christito V. Tan @ Kedeng (Perhutanan, Sandakan), Madisan @ Henry Baindang (Maliau, Tawau), Batil @ Emmilianus bin Sintan (Unit Pentadbiran), Ismail bin Norhassan (Kanyon Imbak, Sandakan), Redi bin Aron (Perhutanan, Sandakan). BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

55


Kontinjen PESAYA Kumpulan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamed Idris Shafi (lima, kanan) bersama Datuk Seri Shafie (enam, kanan) dan Datuk Haji Jamalul (lima, kiri).

Gambar berkumpulan. Gambar berkumpulan.

56


ANUGERAH Jubli Perak

Dari kiri: Dr. Yap Sau Wai (Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar), Aliman Sani bin Pg. Bujang (Zon Pedalaman Selatan - Beaufort), Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Rizah Bay (Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan YS), Sablas bin Kalat (Unit Pentadbiran) dan Zinin Daruan (Unit Pentadbiran).

57


58


59


60


Best-dressed competition (Female) jatuh kepada Cik Kolna Ensim, Kerani Am, Kristal Handal Sdn. Bhd.

Best-dressed competition (Male) disandang oleh Tuan Haji Lagani bin Haji Sahid, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat, Benta Wawasan Sdn. Bhd.

61


62

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

63


64


BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

65


Perasmian Kumpulan Yayasan Sabah menyertai Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-13 yang telah diadakan pada 15 hingga 22 Februari 2019 di Langkawi, Kedah. Sebanyak 13 kontinjen dari yayasan negeri seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan tersebut yang melibatkan sebanyak 12 acara. Kumpulan Yayasan Sabah menyertai lapan acara sukan yang dipertandingkan iaitu badminton, boling, golf, petanque, karom, dart, futsal dan bola tampar. Pada PESAYA kali ini, Kumpulan Yayasan Sabah telah menghantar seramai 86 orang peserta yang diketuai oleh Pengurus Kanan, Innoprise Capital Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohd. Idris Shafi selaku ketua kontinjen.

66

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Keseluruhannya, Kumpulan Yayasan Sabah telah memperoleh satu emas, dua perak dan dua gangsa. Pasukan golf yang dianggotai oleh Encik Mohd. Iizham bin Datuk Haji Majin yang juga pengurus pasukan, Encik Juanis Tinggal, Encik Zainurin Sahat dan Encik Sabaruddin Ismail telah menyumbangkan satu-satunya emas bagi Kumpulan Yayasan Sabah. Pasukan boling lelaki yang terdiri dari Encik Zaki Laja Besar, Encik Mohd. Redzuan bin Mohamed Zin, Encik Syisy Mohd. Yassin dan Encik Saef-ul Bahre Rusman telah berjaya meraih satu pingat perak, manakala dua gangsa yang dimenangi oleh Encik Zaki Laja Besar dan Cik Nur Hidayati Ayub untuk acara individu lelaki dan masters individu wanita.


Sementara itu pasukan petanque yang terdiri dari Encik Morsede bin Mohamad sebagai pengurus pasukan dan pemain, Encik Daud bin Lepit, Encik Mohd. Dzuliqyan bin Jasni, Encik Rumansah bin Adam, Encik Ahmad Omar Khan, Datu Syahruddin bin Datu Abdul Kadir, Puan Hajah Rukiah binti Kadir, Puan Rovica binti Kinupal, Cik Suzanirihwati binti Abd. Ghani, Puan Aslindah binti Haji Asa dan Puan Rafidah binti Ahmad Kepala juga tidak mengecewakan apabila menyumbangkan pingat perak.

Badminton

67


68

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Bola Tampar PANTAI

69


70


Boling Lelaki dan Wanita

71


72


DART

73


Futsal Terbuka dan Veteran

74


GOLF

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

75


KAROM

76


PETANQUE

77


MAKAN MALAM BERSAMA PENGARAH

78

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


majlis PENUTUPAN

79


Program

HARI SIHA T C ERGAS Warga Kumpulan Yayasan Sabah

Datuk Haji Jamalul (empat, baris depan, kiri) dan Haji Mohamed depan, kanan) Datuk Haji Jamalul (empat,Idris baris(empat, depan, baris kiri) dan aktiviti senamrobik. Haji Mohamed Idris melakukan (empat, baris depan, kanan) melakukan aktiviti senamrobik.

Program Hari Sihat Cergas Warga Kumpulan Yayasan Sabah bersama Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria telah diadakan di gelanggang bola jaring, Arena Futsal 2, Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah pada 2 Mac 2019. Program ini julung kali diadakan oleh pihak Innoprise Capital Sdn. Bhd., yang bertujuan membantu membentuk jaringan silaturahim antara staf Kumpulan Yayasan Sabah. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan Innoprise Capital Sdn. Bhd. untuk mengumpul dana bagi sumbangan kepada rumah anakanak yatim di sekitar Kota Kinabalu. Program ini akan terus dianjurkan pada setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan. Pihak pengurusan Innoprise Capital berharap program ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat dari segi kesihatan.

EDITORIAL PENASIHAT Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Izan binti Awang Razli Lylian Perez SUMBANGAN RENCANA Staf CCD Staf Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar Staf KTYS Staf UCSF

Puan Majimawatie Abdul Majid (dua, kiri) jurulatih senamrobik yang berpengalaman dalam bidang senamrobik “KpopXFitness” sedang beraksi.

Staf Pejabat-pejabat Zon Staf Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd. Staf Borneo Refugia Adventure Sdn. Bhd. Staf Sabah Softwoods Berhad REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee Bin Wasimin Juliana Lim Mawi Haji Hassan JURUGAMBAR Samson Lawrence Jeffrey R. Baxter

Bertille Alex Boyou Zairulazrin Delin Mawi Haji Hassan TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Unit untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.