{' '} {' '}
Limited time offer
SAVE % on your upgrade.

Page 1

Edaran Percuma

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Julai - September 2019

Jilid 3/2019

“GALLERIA ARTISAN PPNS MAMPU MENJADI PLATFORM PEMASARAN HASIL KRAF PENDUDUK LUAR BANDAR.” - Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah


Datuk Seri Shafie menandatangani plak sambil disaksikan oleh isteri beliau, Datin Seri Hajah Shuryani binti Datuk Shuaib (tiga dari kiri), Datuk Haji Jamalul (empat dari kiri) dan isteri, Datin Hajah Sa’aidah binti Datuk Haji Mohd. Yusof (dua dari kiri), Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof bin Yacob (kanan sekali) dan isteri, Datin Hajah Azizah binti Beniamen (kiri sekali), Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (dua dari kanan) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Encik Megat Mohd Yatim bin Megat Hamid (tiga dari kanan).

“Galleria Artisan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) mampu menjadi platform memasarkan produk lukisan, kraf tangan serta tekstil usahawan tempatan khususnya dari luar bandar kerana produk dihasilkan menerapkan seni halus bermotifkan identiti Sabah yang mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri serta mempunyai permintaan dalam pasaran,” demikian menurut Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal bersempena pelancaran rasmi galeri tersebut pada 30 Ogos 2019. Datuk Seri Shafie seterusnya berkata outlet terbaru Galleria Artisan ini berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pengumpulan dan jualan serta mempamerkan produk kraf tangan, batik dan lukisan berkualiti hasil daripada usahawan tempatan seluruh Sabah. Jurulatih Anyaman Buluh, PKS, Puan Julita Kulinting (duduk, kanan sekali) menerangkan cara menganyam rangka lampu meja kepada Datuk Seri Shafie (duduk, tengah) dan isteri, Datin Seri Hajah Shuryani (duduk, kiri sekali). Turut dalam gambar ialah Datuk Haji Jamalul (berdiri, tiga dari kiri) dan isteri Datin Hajah Sa’aidah (berdiri, empat dari kiri) serta, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Dr. Lucas Umbul (berdiri, kiri sekali). Datuk Seri Shafie (tiga dari kanan) dan Datin Seri Shuryani mencuba demonstrasi resin epoxy. Turut dalam gambar ialah Datuk Haji Jamalul (empat dari kanan) dan isteri, Datin Hajah Sa’aidah (tiga dari kiri).

Sejak penubuhan Pusat Kraftangan Sabah (PKS) pada tahun 2012, dua buah outlet pemasaran telah diwujudkan bagi memasarkan hasil kraf tangan pengusaha kraf Sabah iaitu Gambus Retail Shop di PKS, Keningau dan Galleria Artisan di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB), anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah bertanggungjawab dalam mengendalikan outlet tersebut. Menurut kenyataan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria, kos pengubahsuaian Galleria Artisan PPNS tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) berjumlah RM2 juta. Beliau menyifatkan kolaborasi di antara Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU tersebut sebagai bukti komitmen Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam merealisasikan agenda kerajaan dalam usaha pembangunan masyarakat lestari di negeri ini.

2

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Outlet Galleria Artisan di PPNS berada di Aras Bawah, Blok A. Keluasan galeri tersebut menjangkau 704.2m² yang menampilkan pameran koleksi terbaik produk-produk kraf tempatan, para pengusaha kraf dan karya lukisan pelukispelukis tempatan selain memberi peluang kepada pelukis untuk menjadi artis residen di PPNS untuk tempoh dua bulan dalam satu-satu masa. Galeri tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu, bahagian hasil kraf tangan (210m²) yang dikategorikan kepada pelbagai jenis kraf mengikut jenis bahannya seperti rotan, bambu, kelarai, serdang, pandan, kulit kayu, manik, mutiara dan lain-lain lagi. Bahagian kedua pula ialah bahagian batik dengan keluasan 292.2m² menempatkan dua kategori batik wanita dan lelaki. Bahagian terakhir merupakan sudut seni halus lukisan seluas 185m² yang menempatkan kawasan artis residen (16m²) yang membolehkan mereka melakukan demonstrasi lukisan serta kraf. Pada majlis perasmian tersebut seramai 100 orang pelatih dan usahawan kraf tangan termasuk 20 orang artisan daripada Persatuan Seni Visual Sabah telah mempamerkan karya seni dan lukisan mereka di samping produk kraf tangan dan batik dari PKS untuk dijual kepada orang ramai.

Datuk Seri Shafie (dua dari kanan) dan isteri, Datin Seri Hajah Shuryani (tiga dari kanan) tertarik melihat kraf tangan diperbuat daripada rotan. Turut bersama beliau ialah Datuk Haji Jamalul (dua dari kiri) serta isteri, Datin Hajah Sa’aidah (kiri).

Waktu beroperasi bagi galeri tersebut ialah hari Isnin hingga Jumaat, dari 8:00 pagi hingga 5:00 petang.

KOMEN PELATIH/USAHAWAN Puan Julita binti Ukor (46 tahun) Kg. Tuguson, Kota Belud Julita Craft Enterprise Produk kraf berasaskan kulit kayu “Saya telah menceburi penghasilan kraf tangan bermula pada tahun 2003 hinggalah sekarang. Bagi saya, segala usaha Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Galleria Artisan PPNS sangat membantu para pengusaha kraf tangan. Syarikat saya, Julita Craft Enterprise lebih tertumpu kepada bahan-bahan tempatan iaitu kulit kayu. Hasil penggunaan kulit kayu ini, pelbagai jenis beg, kotak hadiah, dompet dan sebagainya dapat dihasilkan. Berkat usaha yang gigih, saya percaya tidak mustahil bagi seorang pengusaha kraf mendapat pulangan RM10,000 sebulan. Usaha PKS dan agensiagensi berkaitan kraf tangan dapat membantu memasarkan produk kami ke seluruh Malaysia di samping membantu orang tempatan untuk jadi pembekal dan juga pembuat kraf tangan berasaskan kulit kayu.”

Puan Norisah binti Jun (42 tahun) Kg. Likas, Kota Kinabalu Syarikat Damai Cerah Produk mutiara, kristal dan manik (aksesori wanita) “Pembukaan premis Galleria Artisan PPNS amat baik kerana dapat memasarkan produk tempatan di bangunan PPNS. Memandangkan PPNS merupakan bangunan kerajaan yang menempatkan beberapa buah jabatan kerajaan yang penting sudah tentu bangunan ini sering dilawati oleh pelawat dari dalam dan luar negara yang berurusan di sini. Melalui premis ini para pelanggan dapat melihat hasil produk dengan lebih dekat dan dapat berhubung terus dengan pengeluar. Jika diberi peluang oleh Pusat Kraftangan Sabah sudah tentu saya ingin mempromosikan hasil karya saya secara global.” BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

3


Puan S. Narty binti Raitom (34 tahun) Kg. Batu Lunguyan, Sook Magic Bamboo Enterprise Produk Kraf tangan berasaskan bambu “Saya merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak di samping mengusahakan produk kraf tangan berasaskan bambu. Pelbagai rekaan beg telah saya hasilkan menggunakan sumber kulit bambu. Menerusi hasil usaha kraf tangan ini saya dapat menjana pendapatan purata sebanyak RM5,000 sebulan. Pada pendapat saya, Galleria Artisan PPNS ini dapat membantu mempromosikan hasil kraf tangan keluaran masyarakat luar bandar kepada orang ramai termasuklah pelancong, di samping meningkatkan lagi hasil jualan produk pengusaha kraf seluruh negeri ini. Terima kasih PKS, terima kasih Galleria Artisan PPNS.” Encik Issarezal Ismail (40 tahun) Negeri Sembilan Pelukis

Galleria Artisan PPNS dapat membantu mempromosikan karya seni visual dari para pelukis yang merangka aktiviti pameran, baik secara pameran solo atau berkumpulan. Aktiviti pameran tersebut dapat dikelompokkan atau dipecahkan kepada pelbagai tema besar misalnya konsep visual, gaya, medium atau teknik dan lain-lain lagi. Selain itu, secara berkala, Galleria Artisan juga dapat mengadakan sesi art-talk bagi menyediakan kesempatan bagi pelukis untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam bidang masing-masing.”

“Sebagai salah seorang pelukis yang mempamerkan karya di galeri ini, saya melihat Galleria Artisan PPNS memiliki fungsi yang besar dalam mempamerkan sekali gus mempromosikan karya-karya seni visual hasil ciptaan daripada anak tempatan. Ini kerana sebelum kewujudan Galleria Artisan PPNS, negeri Sabah hanya memiliki sebuah galeri awam sahaja iaitu Balai Seni Lukis Sabah. Jadi, kewujudan Galleria Artisan PPNS dapat membantu menyediakan ruang bagi memperkenalkan seni visual dari Sabah kepada masyarakat, baik di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.”

PRESTASI

KUMPULAN YAYASAN SABAH PERLU

DIPERKUKUHKAN

- Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal Demikian menurut Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal semasa perjumpaan bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah pada 23 Ogos 2019 di Pusat Pentadbiran Negeri 4

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sabah. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria bersamasama ketua-ketua bahagian/zon/unit dan anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah.


Datuk Seri Shafie dan rombongan dibawa melawat fasiliti di SICC.

------- -----------------------------------------------------------

--------------------------------------LAWATAN

KETUA MENTERI SABAH KE

SICC

Pada 27 Ogos 2019, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal telah melawat Sabah International Convention Centre (SICC) untuk meninjau sendiri perkembangan pembinaan SICC. Turut hadir, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christine Liew, Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Phoong Jin Zhe, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Ketua Pegawai Eksekutif D’Heritage Sdn. Bhd., Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki. Lawatan susulan ini merupakan lawatan kedua beliau sejak 25 Ogos 2018. Pembinaan SICC dijangka siap pada 2020.

Datuk Seri Shafie mendengar taklimat pembangunan reka bentuk dalaman dewan konvensyen oleh Arkitek Bangunan SICC, Datuk Melvin Kiandee (berbaju biru gelap).

MoU YSG Bioscape & Profound Agrotech between

Signing in progress.

A Memorandum of Understanding (MoU) was signed on 27 August 2019 paving the way for a collaboration between YSG Bioscape Sdn. Bhd., a wholly-owned subsidiary of Yayasan Sabah Group (YSG), and Profound Agrotech Sdn. Bhd. (PASB). The objective of the MoU is to collaborate on the mass production and marketing of banana, papaya, and durian species in the tissue culture laboratory and outgrowing nurseries of YSG Bioscape. This includes utilising expertise from both parties to train local staff in this new area of activities as well as provide job opportunities to locals that will be progressively recruited for the project. Also, at the same time allow the lab to eventually

Exchange of documents between Datuk Haji Jamalul (second, left) and Mr. Pang.

diversify to the propagation of fruit crops in line with the State Government’s push to boost agriculture in Sabah pending on the outcome of the start-up/gestation period under a JointVenture agreement. This will subsequently help to boost YSG Bioscape vision and mission to be a full-fledged commercial company that can sustain through long term involvement with the new business venture. The signatories at the event were Director of Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Haji Mohd. Zakaria and, Managing Director of PASB, Mr. Pang Thou Chong witnessed by Managing Director of YSG Bioscape, Dr. Doreen Goh and PASB Advisor, Professor Dr. Yu Tsong Ann. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

5


Kumpulan Yayasan terus komited Sabah UTAMAKAN

SEKTOR PENDIDIKAN

Datuk Seri Shafie (tengah) menyampaikan ijazah kepada salah seorang graduan UCSF.

Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk terus memberi keutamaan kepada sektor pendidikan sebagai kunci kemajuan rakyat negeri ini. Usaha ini perlu bagi memastkan sumbangan sektor pendidikan terus relevan, berkesan dan berkualiti tinggi. Demikian menurut Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, semasa menyempurnakan Majlis Konvokesyen University College Sabah Foundation (UCSF) pada 27 Julai 2019 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. “Saya boleh memberi jaminan bahawa tidak akan ada berlaku kompromi dalam memajukan agenda pendidikan negeri dan

akan komited untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada program pendidikan berkualiti,” jelas beliau. Beliau menyarankan agar UCSF memanfaatkan sepenuhnya kawasan pemuliharaan hutan hujan tropika di negeri ini yang diiktiraf sebagai makmal bertaraf dunia. Ini bagi memastikan pelajar UCSF dapat menggunakan semaksimum pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta sumber sedia ada yang berpotensi sebagai produk bernilai mampan. “Penubuhan kolej Universiti Hijau ini menunjukkan bahawa Kumpulan Yayasan Sabah dan kerajaan negeri bergerak seiring dengan keprihatinan dan komitmen global terhadap agenda hijau, pembangunan mampan serta lestari,” tambah beliau lagi. Sebah agian mena daripada g matka r n pen aduan yan gajian g merek telah a.


Antara ibu bapa yang hadir memenuhi Auditorium Tun Ahmad Raffae.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada 274 orang graduan pertama dari 10 program yang ditawarkan UCSF sejak ia ditubuhkan lima tahun lalu. “Sebagai pemimpin kerajaan saya berharap para graduan turut serta dan memberi sumbangan kepada pembangunan negeri. Oleh itu saya ingin melihat UCSF terus menghasilkan graduan yang boleh menjadi tenaga kerja yang diperlukan untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan,” kata beliau. Sementara itu, Naib Canselor UCSF, Dr. Mohamed Haleem Mohamed Razi, dalam ucapan beliau berharap agar dengan adanya ijazah yang dimiliki, para graduan dapat mengambil tanggungjawab untuk membentuk sikap proaktif dalam diri mereka. Ramai yang tidak berkemampuan dan memerlukan sokongan untuk menjadikan masa depan mereka lebih cerah.

Para graduan bergambar kenangan

“Saya bangga dengan pencapaian 71 peratus graduan yang mempunyai pekerjaan tetap di mana majoriti daripada mereka terlibat dalam sektor swasta dan memiliki perniagaan sendiri,”kata Dr. Mohammed Haleem. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada warga UCSF terutamanya tenaga pengajar kerana menjadi tulang belakang kepada kejayaan UCSF selama ini. “Sebagai masyarakat yang prihatin dan berpandangan ke hadapan, kami meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat Sabah menjadi lebih maju dan melihat modal insan yang berpotensi ini diberi peluang untuk terlibat dalam usaha yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” jelas beliau.

utan lain.

bersama Datuk Seri Shafie dan Datuk Haji Jamalul serta dif-dif jemp


Majlis Konvokesyen UCSF ini dihadiri oleh lebih 1,000 orang terdiri daripada ibu bapa para pelajar dan dif-dif jemputan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, dan isteri, Pembantu-pembantu Menteri, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan Lembaga Pengarah ICSB dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria. Sidang redaksi Berita Kumpulan Yayasan Sabah sempat menemuramah tiga orang pelajar cemerlang pada majlis tersebut. Antaranya ialah Mizanina Izzati binti Mazlan, 22, berasal dari Kota Kinabalu dengan pencapaian keputusan akhir CGPA 3.86. Beliau menerima Anugerah Naib Canselor pada majlis konvokesyen tersebut. “Anugerah yang saya terima merupakan hadiah untuk ibu bapa saya. Apabila saya terpilih sebagai salah seorang pelajar cemerlang, ibu bapa sayalah insan yang paling gembira pada saat terindah itu. Saya berasa sangat bersyukur kepada Allah S.W.T,” kata Mizanina.

Mizanina berasa bangga kerana menamatkan pengajian diploma dengan cemerlang dan dapat memotivasikan diri untuk terus berusaha mencapai cita-cita dan impian untuk masa depan yang cerah. Menurut pelajar Pengurusan Pelancongan ini, kursus yang ditawarkan dan fasiliti lengkap yang disediakan oleh UCSF mendorong beliau untuk melanjutkan pengajian di sini. Apabila ditanya cara beliau mengulangkaji pelajaran yang membolehkan beliau mendapat keputusan cemerlang, study smart, don’t study hard merupakan panduan yang diamalkan. “Gunakan konsep memahami setiap perkara yang dipelajari dan bukannya menghafal,” kata beliau. “Saya amat bersyukur kerana keluarga sentiasa memberi sokongan moral, emosi, dan kewangan kepada saya sejak kecil lagi. Merekalah yang menggalakkan saya untuk mengejar impian serta mendidik untuk menghargai ilmu pengetahuan. Tidak dilupakan juga para pensyarah yang telah menyumbang titik peluh mereka semata-mata untuk mendidik saya sehinggalah mendapat keputusan yang cemerlang dan menerima Anugerah Naib Canselor ini. Saya juga ingin menyatakan betapa bertuahnya mendapat rakan-rakan yang sangat positif untuk bersama-sama mengharungi segala cabaran dalam menuntut ilmu,” katanya dengan penuh semangat.

Seorang lagi penerima anugerah cemerlang ialah Ivy Paul, 25, yang berasal dari Inanam. Ayah beliau bekerja sebagai tenaga pengajar memandu di Api-Api Driving Centre manakala ibunya pula seorang suri rumah. Ivy merupakan penerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Tun Mustapha dengan pencapaian keputusan akhir CGPA 3.88. Anak bungsu dari empat orang adik -beradik ini menjelaskan beliau tidak menyangka akan mendapat anugerah ini. Praise God for this award. Anugerah ini merupakan sebuah hadiah yang saya dapat berikan kepada kedua orang tua saya sebagai membalas jasa mereka. Meskipun belum mencukupi tetapi satu permulaan yang baik,” kata Ivy dengan penuh emosi. “Hubungan yang erat antara pelajar dan pensyarah menjadi salah satu faktor utama pelajar untuk terus belajar dengan penuh semangat. Pembelajaran dua hala yang diamalkan dalam bilik kuliah menjadikan hasil pembelajaran lebih efektif. Selain itu, fasiliti yang tersedia untuk kemudahan pelajar seperti perpustakaan, bilik rekreasi, one-to-one mentor dan sebagainya membantu pelajar dalam mengimbangi fokus mereka dalam akademik dan sosial. Tambahan lagi, dengan prinsip kepekaan akan persekitaran yang diamalkan dalam komuniti UCSF juga membantu pelajar untuk menghargai alam sekitar dengan menyertai banyak aktiviti sukarelawan yang diadakan oleh UCSF sendiri mahupun penganjur dari luar,” jelas beliau. Menurut beliau, keputusan yang cemerlang tidak menjamin perjalanan hidup yang sempurna dari semua aspek. “Semuanya bermula dari bawah. Oleh itu, dengan keputusan ini, peluang untuk mendapatkan pekerjaan lebih terbuka dan dengan kebolehan diri saya yakin ini dapat membantu serba sedikit untuk terus berkembang dengan menyumbangkan 8

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mizanina (kiri) berkongsi kegembiraan bersama rakan seperjuangan beliau. Ivy berkongsi kegembiraan bersama ayah beliau.

idea-idea dan kerja yang lebih efektif apabila saya bekerja kelak. Sebagai contoh, memikirkan alternatif dan inisiatif lain dalam melaksanakan tugasan,” kata Ivy lagi. “Setiap kejayaan memerlukan usaha dan pengorbanan. Usaha yang berterusan dan tidak mudah putus asa. Kenali diri anda dan cara pembelajaran anda. Selain itu, bersahabat dengan orang-orang yang mempunyai matlamat yang sama agar dapat saling menyokong antara satu sama lain. Paling penting, selalu berdoa untuk mendapatkan kekuatan rohani dan rahmat kerana saya percaya usaha tanpa doa adalah sia-sia,” kata beliau. Ivy juga menasihatkan siswa-siswi yang masih meneruskan pelajaran, Enjoy your student life! Anda akan merinduinya apabila tamat pengajian kelak. Jangan pernah berputus asa dan teruskan buat yang terbaik dalam pembelajaran. Jangan terlalu fokus dengan pencapaian akademik sahaja tetapi harus juga fokus kepada pembangunan diri, kemahiran berkomunikasi dan berfikir secara kritik dan kritis kerana tiga faktor ini yang akan membawa anda lebih jauh di dunia pekerjaan nanti. “Have faith in what you do. All the best!” nasihat beliau.


Ivy juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar UCSF kerana berkongsi ilmu yang sangat berharga dan memberi bimbingan untuk menjadi yang terbaik. Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup yang penuh dengan kenangan. “Buat keluarga yang sentiasa ada di sisi dan tidak pernah berputus asa untuk memberikan semangat dan bantuan, saya ucapkan jutaan terima kasih. Kepada UCSF, terima kasih kerana menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan menjadikan tiga tahun kami penuh dengan pengalaman dan pengetahuan yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan selamanya. Akhir sekali, kepada Kumpulan Yayasan Sabah, terima kasih kerana menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi yang berdaya saing dalam melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang kompetitif dan berpengetahuan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang kami peroleh daripada UCSF telah menjadikan kami graduan yang bersiap sedia untuk menempuh dunia pekerjaan yang agak mencabar. Terima kasih juga kerana memilih saya untuk mendapat penghargaan yang tertinggi sempena konvokesyen UCSF yang pertama kalinya. Saya sangat menghargainya. Terima kasih,” kata Ivy. Penerima Anugerah Cemerlang seterusnya ialah Sherrie Ivy Willie, 31, yang berasal dari Tawau dan merupakan anak kedua dalam tiga adik-beradik. Beliau berasa amat gembira dan bersyukur atas anugerah yang diberikan dan menjelaskan segala usaha dan kerja keras sehingga lewat malam tanpa tidur telah membuahkan hasil. “Saya memilih UCSF dalam melanjutkan pengajian kerana UCSF menawarkan diploma dalam bidang yang saya minati, iaitu animasi. Selain itu, UCSF juga menyediakan kemudahan yang lengkap serta mempunyai bilangan pensyarah yang berkelayakan dalam bidang animasi dan persenian digital. UCSF juga merupakan Kolej Hijau, di mana pelajar sentiasa diberi kesedaran mengenai isu alam sekitar yang kita alami pada masa kini dan mengaitkan isu tersebut dalam silibus pelajaran. Pengajian di UCSF amat relevan dan sangat lengkap bagi kursus yang telah saya ambil. Bilik kuliah, bilik rekreasi, Sherrie (tengah) bergambar kenangan bersama keluarganya.

perpustakaan, asrama dan kafe yang disediakan amat selesa,” jelas beliau. Apabila ditanya matlamat beliau selepas tamat pengajian, Sherrie menjelaskan beliau ingin mengambil kursus tenaga pengajar dan menjadi seorang pensyarah. Selain itu, beliau juga ingin mengasah kemahiran melukis agar dapat diaplikasikan dalam semua media serta membuat perniagaan sendiri suatu hari nanti. Sherrie juga memaklumkan bahawa beliau telah bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam menghasilkan sebuah video animasi berkaitan isu kepupusan hidupan marin di Malaysia. Video tersebut telah dimuatnaik ke saluran Youtube bagi tontonan umum. Beliau bercadang untuk membuat lebih banyak projek sedemikian pada masa hadapan. “Panduan saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang adalah sentiasa mengutamakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah daripada aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, sentiasa mengambil bahagian dalam sukan yang diadakan di kolej dan sentiasa menjaga kesihatan mental dan fizikal,” kata beliau. Sherrie juga menasihatkan siswa-siswi untuk tidak berlengahlengah dalam menyiapkan tugasan, terutama sekali projek tahun akhir. “Apa yang penting ialah, jangan lonjak sebagai labu dibenam terutamanya dalam tugasan berkumpulan,” kata Sherrie. “Ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang tidak pernah putus memberi sokongan dari segi emosi, perbelanjaan dan segala-galanya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang sentiasa berada di sisi mengharungi segala dugaan dan ujian dalam kehidupan sehingga kini. Terima kasih kepada para pensyarah saya yang tidak pernah jemu dengan sikap pelajar mereka, malah sentiasa memberi sokongan yang penuh,” demikian kata beliau. Sherrie turut menzahirkan penghargaan kepada UCSF kerana memberi beliau peluang melanjutkan pelajaran di universiti tersebut dan penganugerahan Anugerah Naib Canselor amat berharga kepada beliau.


Two memoranda of understanding were signed between Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) and Priceworth International Berhad (PWI) and between a wholly-owned company of Yayasan Sabah Group, Sunwise Crystal Sdn. Bhd. and Borneo Armor Sdn. Bhd. on 3 September 2019 at Menara Tun Mustapha.

MoU

between ICSB & PRICEWORTH INTERNATIONAL BERHAD

ICSB and PWI set out a framework for a partnership to foster more downstream activities in Sabah’s timber industry. The MoU lays the execution of a log supply agreement between PWI and ICSB which will result in a share issue to ICSB that would bring ICSB’s total shareholding in Priceworth to 30 percent stake. ICSB was represented by the Director of Yayasan Sabah and CEO of ICSB, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria and witnessed by Officer-In-Charge, Company Secretariat of ICSB, Cik Jocelyn Chong Fung Ken. PWI was represented by Datuk Lim Nyuk Foh and witnessed by Mr. Paul Chong Thian Soo.

Datuk Haji Jamalul ( fourth, left) and Datuk Lim (third, right) signing the MoU document.

MoU

between SUNWISE CRYSTAL SDN. BHD. & BORNEO ARMOR SDN. BHD.

The second MoU was between Sunwise Crystal Sdn. Bhd. (SCSB) and Borneo Armor Sdn. Bhd. (BASB). ICSB has appointed SCSB to implement the Information and Communication Technology/ELV Security System on the installation stage for the Sabah International Convention Centre (SICC). SCSB was represented by Datuk Haji Jamalul and witnessed by Director of SCSB, Encik Norman Ramlee @ Ramli while, BASB was represented by Encik Mohd. Faisal Datuk Haji Abdul Kadir and witnessed by its Director, Encik Clarence Kiting. Datuk Haji Jamalul (seated, fourth, left) and Encik Mohd. Faisal (seated, third, right) signing the agreement. 10

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


“KPI

BANTU KUMPULAN YAYASAN SABAH

MELAKSANAKAN PROGRAM SECARA BERKESAN KEPADA RAKYAT.” bagi memastikan semua perkhidmatan berkenaan disampaikan kepada pelanggan dengan baik.

Datuk Haji Jamalul menyampaikan ucapan pelancaran beliau.

Demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Prestasi Petunjuk Utama (KPI) Kumpulan Yayasan Sabah pada 24 Julai 2019. Majlis pelancaran ini dianjurkan oleh Bahagian Urus Setia Korporat bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

APA

Pelancaran KPI Kumpulan Yayasan Sabah ini adalah selaras dengan saranan Kerajaan Negeri Sabah agar budaya kerja berasaskan prestasi diterapkan dalam perkhidmatan awam, kementerian dan agensi negeri bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi agensi, setiap organisasi perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan

Sehubungan dengan itu, bagi menyokong hala tuju Kerajaan Negeri Sabah dalam menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Bahagian Urus Setia Korporat dipertanggungjawab untuk mengetuai pelaksanaan KPI di Kumpulan Yayasan Sabah. Seramai 100 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah telah menghadiri majlis ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Korporat merangkap Ketua Pengurus Kumpulan Zon, Dr. Ishak Haji Johari, Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyampaian Perkhidmatan, Jabatan Ketua Menteri, Encik Mohd Hisham Ujang, Ketua-ketua bahagian, zon dan unit serta staf Kumpulan Yayasan Sabah.

?

KATA STAF

Pelancaran gimik disempurnakan oleh Datuk Haji Jamalul, turut disaksikan oleh Ketua – ketua bahagian, zon dan unit.

DINATA D ABDILLAH Pegawai Kanan Penyelenggaraan, Unit Pentadbiran (YS/ICSB) “KPI sememangnya penting dalam membantu menilai tahap perkhidmatan yang ingin disampaikan di tempat kerja menerusi perangkaan kerja yang ingin dilaksanakan dalam tempoh masa tertentu demi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi Unit Pentadbiran, kami perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan semua perkhidmatan yang disampaikan kepada golongan sasar adalah baik dan berkualiti.”

JESSEL KAMIJAN Pemangku Pengurus, Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (YS/ICSB)

JANETY JINTOL Pegawai Tadbir, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB)

“Dengan mengaplikasikan KPI di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (YS/ICSB), kami dapat menumpukan khidmat sokongan dengan lebih baik selain mengambil kira faktor kritikal dan penting dalam menjalankan kerja pada jangka masa yang tertentu demi mencapai matlamat kepuasan pelanggan.”

“Bagi saya, KPI dapat menetapkan objektif dan matlamat tugasan yang perlu dicapai menerusi garis panduan, tatacara yang telah ditetapkan ke arah pencapaian objektif dan matlamat hakiki tugasan harian.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

11


Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria memadam demo api kebakaran sebagai simbolik perasmian Minggu OSH Kumpulan Yayasan Sabah.

Minggu KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Pada 8 Julai 2019 yang lalu, Unit Pengukuhan dan Pematuhan (UPP) telah menganjurkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertempat di Sunset Plaza, Menara Tun Mustapha. Setiap bahagian/unit/zon telah menghantar ketua lantai pejabat masingmasing. Ketua lantai ini memainkan peranan penting jika berlaku sebarang kecemasan di pejabat masing-masing.

Kumpulan Yayasan Sabah

Ceramah mengenai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan NIOSH yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Wafie menyampaikan Ceramah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan NIOSH kepada ketua-ketua lantai.

Selain itu, ketua lantai juga bertanggungjawab memastikan pejabat masing-masing memenuhi ciri-ciri keselamatan yang lengkap dan betul. Program dimulakan dengan taklimat penggunaan alat pemadam api dan menjelaskan jenis-jenis pemadam api yang sesuai dengan keadaan dalam bangunan yang dikendalikan oleh Pegawai Bomba, Encik Walter Blasius. Di samping itu,

engah) ine Rolensius (t k-kanak. P, Puan Cather na UP Ka ai w an ga ng Pe ba Penolong hagian Perkem k kesihatan Ba ta ko a iks er mem 12

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

beliau turut menunjukkan demonstrasi cara-cara penggunaan alat pemadam api. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, mengenal pasti peruntukan undang-undang dan keutamaan tanggungjawab majikan dan pekerjaan menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.

Sebelum menderma darah, staf perlu menjalani pemeriksaan darah.


Pengurus UPP, Encik Grey Sempongan (berdiri) memeriksa keselamatan kawasan parkir di Menara Tun Mustapha.

Pemeriksaan keselamatan di pejabat Galleria Artisan.

Program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Bomba, Tuan Saminin bin Intang dan Pengurus NIOSH Wilayah Sabah dan W.P Labuan, Tuan Haji Abdul Wafie di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha. Kedua-dua ceramah menyentuh kepentingan mempunyai tempat kerja yang selamat dan cara-cara memastikan tempat kerja adalah selamat. Selain itu, peruntukan undang-undang dan mengenal pasti tanggungjawab majikan dan pekerjaan menurut AKKP 1994 turut dibentangkan. Melalui program ini, UPP berharap ketua-ketua lantai mendapat maklumat dan pendedahan kepentingan keselamatan serta kesihatan pekerjaan. Sepanjang Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tersebut, UPP turut menjalankan pemeriksaan keselamatan di pejabat-pejabat Menara Tun Mustapha serta Bangunan TADIKA Ria dan juga Kempen Derma Darah oleh Unit Tabung, Hospital Wanita dan KanakKanak, Likas.

Zunaidi bin Ampang @ Ambang, Pembantu kesihatan menyediakan Encik derma darah. men lum sebe UPP staf

Antara staf yang hadir untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Jurura Encik Tilun Biya wat memeriksa tekanan da rah n @ Sulaiman, staf Innoprise Capital Sdn. Bh d.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13


LAWATAN KERJA ROMBONGAN

EXCO PENDIDIKAN,MODAL INSAN DAN INOVASI MELAKA KE KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Noor Effandi (berbaju ungu) membaca kisah hidup pelopor Yayasan Sabah, Tun Datu Mustapha semasa melawat Galeri Tun Mustapha.

Datuk Haji Jamalul mengalu-alukan kehadiran rombongan Exco Melaka.

Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Melaka, Encik Noor Effandi bin Ahmad bersama-sama 32 orang pegawai Kerajaan Melaka telah membuat kunjungan ke Kumpulan Yayasan Sabah pada 26 September 2019. Ketibaan rombongan disambut oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria serta beberapa orang pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah. Melalui kunjungan hormat ini, rombongan Exco Melaka dapat mengetahui dengan lebih lanjut peranan Kumpulan Yayasan Sabah khususnya dalam pembangunan pendidikan negeri Sabah.

Rombongan Exco Melaka turut mengambil kesempatan melawat Galleria Artisan. 14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Puan Bahiwata S. mengendalikan sesi soal-jawab bersama salah seorang ahli rombongan Exco Melaka.

Turut hadir Setiausaha Korporat merangkap Ketua Pengurus Kumpulan Zon, Dr. Ishak Haji Johari, Naib Canselor University College Sabah Foundation , Dr. Mohamed Haleem bin Mohamed Razi, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknikal Yayasan Sabah, Encik Terrence Chee, Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Bahiawa S. Haji Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Akaun dan Perkhidmatan YS, Puan Felicia J. Matayun, Pengurus Kumpulan Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Puan Rosmini Simin dan Ketua Perpustakaan Penyelidikan Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Zainudin Saridi.

Datuk Haji Jamalul menyampaikan sebuah buku bertajuk “Imbak - The Secret Canyon� sebagai cenderahati kepada Encik Noor Effandi (enam dari kanan).


YUMS

Kunjungan Hormat kepada PENGARAH YAYASAN SABAH

Perbincangan antara kedua-dua pihak.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Universiti Malaysia Sabah (YUMS) dan pegawai-pegawai khas YUMS yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Haji Ampon telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria pada 27 September 2019. Turut hadir ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YUMS.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk bersuai kenal dengan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah di samping mengadakan kolaborasi dalam mengembangkan industri penyelidikan marin dan perikanan. Pada sesi tersebut Datuk Haji Jamalul berkesempatan untuk memberi penerangan tentang hala tuju Kumpulan Yayasan Sabah. Turut hadir ialah Pengurus-pengurus Kumpulan dan Pengurus Kanan Kumpulan Yayasan Sabah.

Gambar kenangan rombongan YUMS dengan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


Kunjungan Hormat dari

UTUAN K E S R E P YAYASAN WIL AYAH

Seramai empat orang rombongan dari Yayasan Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Penasihat Undang-Undang merangkap Pengurus Besar Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan, Encik Mohd. Fadzil Ab Hamid telah mengadakan kunjungan ke Kumpulan Yayasan Sabah pada 17 Julai 2019.

Sesi perbincangan.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Setiausaha Korporat merangkap Ketua Pengurus Kumpulan Zon, Dr. Ishak Haji Johari, selaku wakil kepada Pengarah Yayasan Sabah. Antara tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk bersuai kenal serta memahami struktur dan operasi Kumpulan Yayasan Sabah, anak-anak syarikat dan pentadbiran kewangan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengurus Kanan Innoprise Capital Sdn. Bhd, Tuan Haji Mohd. Idris bin Shafi, Pengurus Pengurusan Zon, Encik Shahrum Haji Sulaiman dan Pengurus Unit Pentadbiran, Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Mohd Iizham bin Datuk Haji Majin.

Dr. Ishak menyampaikan cenderahati kepada Mohd. Fadzil (tiga dari kanan).

Kunjungan Hormat dari

Rombongan

SABAH

Dr. Ishak (tengah) menerangkan program-program sosial Kumpulan Yayasan Sabah kepada rombongan KEMAS.

Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Encik Shahrul Nizam bin Jantan bersama dengan beberapa orang pegawai dari pejabat KEMAS telah membuat kunjungan ke Kumpulan Yayasan Sabah pada 29 Ogos 2019. Antara tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memperkenalkan objektif KEMAS dalam meningkatkan profesionalisme guru tabika dan taska KEMAS serta membincangkan kerjasama lanjut untuk membantu guruguru tabika dan taska KEMAS dalam penyediaan kemudahan asrama di Kuala Lumpur. 16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dr. Ishak menyampaikan cenderahati kepada Encik Shahrul (empat dari kanan).

Rombongan tersebut telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Korporat, Yayasan Sabah selaku wakil kepada Pengarah Yayasan Sabah, Dr. Ishak Haji Johari. Turut hadir ialah Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Bahiwata S. Haji Mulia dan pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah.


PELAKSANAAN

MERANTAI

KENDERAAN

Satu lawatan kerja bagi memeriksa papan tanda Zon Merantai Kenderaan/ Motosikal di sekitar kawasan Menara Tun Mustapha, Wisma Innoprise dan Kompleks Sukan Tun Adnan telah diadakan pada 20 September 2019. Lawatan ini disertai oleh wakil-wakil dari Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan YS dan ICSB, Encik Christopher Manjaji dan Puan Betty Jasim, Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Stephen Jilimin, Unit Pengukuhan dan Pematuhan, Encik Adman Samat, Unit Pentadbiran, Encik Honsey Uding, Encik Dinata D. Abdillah dan Encik Ivanley Mintik, Borneo Security Centre Sdn. Bhd., Encik Thomas Attiu dan Encik Raimie A. Jasnie serta wakil Gonit Enterprise, Encik Learis Junior, kontraktor yang telah dilantik.

Encik Adman (kiri sekali), Encik Honsey (tengah) dan Encik Ivanley (kanan sekali) memeriksa papan tanda makluman memasuki Zon Merantai Kenderaan/Motosikal dan Zon Larangan Merokok di gerbang masuk ke Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah.

Selain daripada pemeriksaan pemasangan papan tanda tersebut, lawatan kerja ini juga bertujuan untuk menyerahkan projek yang telah siap daripada pihak kontraktor kepada Kumpulan Yayasan Sabah. Berikut adalah masa pelaksanaan dan kadar denda yang ditetapkan: Antara kawasan yang diisytiharkan sebagai Zon Merantai Kenderaan/Motosikal di kawasan Menara Tun Mustapha (kiri) dan di lobi Wisma Innoprise.

MASA PELAKSANAAN Jam 8.00 pagi - 5.00 petang Setiap hari Isnin hingga Jumaat

MEMACU

INSAN

BERDAYA

KADAR DENDA Kesalahan meletak kenderaan = RM50 Kesalahan meletak motosikal = RM15

MAJU

- Cogan kata rasmi Kumpulan Yayasan Sabah

Memacu Insan Berdaya Maju merupakan cogan kata yang telah dipilih oleh Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah daripada 32 cogan kata yang telah diterima sempena Pertandingan Mencipta Cogan Kata Kumpulan Yayasan Sabah. Cogan kata ini telah dicipta oleh Encik Sah Rizal bin Salleh dari pejabat Zon Pedalaman Utara sebagai cogan kata rasmi Kumpulan Yayasan Sabah. Beliau menerima hadiah berjumlah RM500 berserta baucar makan malam untuk dua orang bertempat di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa. Versi bahasa Inggeris untuk cogan kata ini ialah Developing People Towards Progress. Pertandingan yang bermula dari 21 Jun sehingga 1 Julai 2019 ini terbuka kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah dengan tujuan untuk mendapatkan idea-idea yang bernas, kreatif dan melambangkan imej Kumpulan Yayasan Sabah. Antara kriteria termaktub dalam pertandingan ini adalah, ianya mestilah tidak melebihi lima patah perkataan dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta berdasarkan visi, misi dan peranan Kumpulan Yayasan Sabah yang memberi penekanan terhadap pembangunan sumber manusia.

Encik Sah Rizal bersama sijil penghargaan yang diterimanya. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

17


Lawatan ke

MENARA TUN MUSTAPHA

SMK Ranau | 26 Julai 2019

Pegawai Kaunseling, Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Mohd. Fadzrin bin Musi (berdiri) memberikan taklimat bantuan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah kepada 15 orang pelajar yang juga merupakan ahli Kelab Pustakawan Muda SMK Ranau.

SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna | 24 Ogos 2019

Salah seorang pelajar SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna, Adik Sharmilah Sadzlin Bt. Nurasad mengajukan soalan berkenaan tawaran biasiswa kepada Encik Mohd. Fadzrin.

SMK Terusan, Lahad Datu | 30 Ogos 2019

Encik Mohd. Fadzrin (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada ketua rombongan SMK Terusan, Cikgu Rustang bin Achok sambil disaksikan oleh Ketua Unit Perkhidmatan Informasi dan Dokumentasi, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Etan Enjah (kiri sekali) dan Eksekutif Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Stephen Jilimin (dua dari kiri). 18

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Majlis

BACAAN DOA SELAMAT JEMAAH HAJI AHLI BAKIYS

Datuk Haji Jamalul (tengah) bersama-sama ahli-ahli BAKIYS mendoakan keselamatan, kesihatan dan kekuatan dalam menyempurnakan ibadah Haji kepada Encik Budirman dan Puan Purnama. Datuk Haji Jamalul (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan ikhlas kepada Encik Budirman.

Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) telah mengadakan majlis bacaan doa selamat kepada jemaah haji ahli BAKIYS pada 3 Julai 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 22, Menara Tun Mustapha. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Encik Zinuin Manjani daripada Unit Pengurusan Sumber Manusia. Antara ahli-ahli BAKIYS yang menunaikan ibadah Haji bagi tahun 2019 ialah Pemangku Pengurus, Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat, Encik Budirman Daud dan Puan Pernama Budin, staf dari Bahagian Pembangunan Pendidikan. Di akhir majlis, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria telah menyerahkan sumbangan ikhlas kepada kedua-dua mereka dan beliau mendoakan semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik dan memperoleh haji yang mabrur. Turut hadir Pengerusi BAKIYS, Encik Asman Dulamid, Setiausaha Korporat merangkap Ketua Pengurus Kumpulan Zon, Dr. Ishak Haji Johari serta Ahli-ahli Jawatankuasa BAKIYS.

Puan Pernama (dua dari kiri) menerima sumbangan ikhlas daripada Datuk Haji Jamalul. Turut disaksikan oleh Encik Azman (empat dari kiri), Dr. Ishak, Penolong Pegawai Perpustakaan, Puan Hajah Jalita Jamari (dua dari kanan), dan Pengurus Kumpulan Bahagian Perkembangan Kanak-kanak, Puan Rosmini Simin (kanan sekali).

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

19


BAKIYS AGIH DAGING

KORBAN

kepada ANAK YATIM & ASNAF

Datuk Haji Jamalul (lima dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Rumah Anak Yatim Putera Harapan Kampung Silad, Encik Mohd. Sabri Abdullah (empat dari kiri), sambil disaksikan oleh Pengerusi BAKIYS, Encik Asman Dulamid (tiga dari kanan).

Seramai 50 orang anak yatim dan asnaf dari Kampung Silad, Ranau telah menerima sumbangan daging korban pada Program Ibadah Korban yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam Yayasan Sabah (BAKIYS) pada 13 Ogos 2019 bertempat di Dewan Mini Kampung Silad, Ranau.

Menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Penaung BAKIYS, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria, “Program kali ini lebih bermakna kerana buat pertama kalinya BAKIYS menganjurkan Program Ibadah Korban di luar kawasan Kota Kinabalu. Melalui program ini, kita dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga Kampung Silad dan Kumpulan Yayasan Sabah. Di samping itu, semangat bekerjasama kita kuatkan lagi dengan bergotong-royong mengagihkan daging-daging korban.” Tambah beliau lagi, “Dengan adanya sumbangan ini, semua golongan khususnya warga penduduk Kampung Silad Ranau dapat menikmati sumbangan daging korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.”

Datuk Haji Jamalul beramah mesra bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Kampung Silad, Ranau. 20

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Daripada tiga ekor lembu yang disembelih, sebahagian diagihkan kepada anak-anak yatim Kampung Silad, Ranau, manakala sebahagian lagi dimasak secara bergotongroyong oleh penduduk Kampung Silad untuk jamuan


makan tengah hari. Selepas makan tengah hari, Datuk Haji Jamalul bersama-sama Ahli-ahli Jawatankuasa BAKIYS turut mengambil kesempatan beramah-mesra bersama anak-anak yatim serta asnaf Kampung Silad dan seterusnya melawat kemudahan yang disediakan di rumah anak yatim tersebut. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat N31, Paginatan, Encik Hisyamuddin Harun, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Encik Haidin Jumait,

Pembahagian daging korban secara bergotong-royong dalam kalangan warga penduduk Kampung Silad, Ranau.

Pengurus Kumpulan Zon Pantai Barat Selatan, Encik Hanafiah Diman, Pengurus Kumpulan Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Puan Rosmini Simin, Pengurus Zon Pantai Barat Utara, Encik Zainurin Sahat, Ahli-ahli Jawatankuasa BAKIYS dan penduduk Kampung Silad, Ranau.

Anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Kampung Silad, Ranau bergambar bersama Datuk Haji Jamalul.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

21


Pejabat operator telefon, Wisma Innoprise.

Pejabat Perhutanan Wilayah Lahad Datu.

Pemilihan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah telah diadakan serentak di semua bahagian/unit/zon/wilayah pada 22 Ogos 2019. Pemilihan yang pertama kalinya diadakan di kawasan masing-masing ini telah mendapat sambutan yang baik dari staf.

STAF KUMPULAN YAYASAN SABAH

MEMILIH WAKIL PEKERJA MBJ

Seramai 765 orang staf (66.6%) dari seluruh kawasan telah memilih calon masing-masing. Pemilihan Wakil Pekerja di zon/wilayah/kawasan konservasi dikendalikan oleh pegawai penyelaras yang telah dikenal pasti, manakala di ibu pejabat dikendalikan oleh Urus Setia MBJ. Hasil daripada pemilihan tersebut seramai enam orang staf telah dipilih sebagai Wakil Pekerja yang baharu bagi sesi 2019-2021. Proses mengira undi di pejabat Urus Setia MBJ.

Bahagian Audit Dalaman (YS/ICSB).

Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens. 22

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Unit Pengukuhan dan Pematuhan.

Pejabat Perhutanan Wilayah Tawau.

Bahagian Pembangunan Pendidikan.

Pejabat Pengarah Yayasan Sabah.


WAKIL PEKERJA KENALI

MBJ

ANDA sesi 2019 - 2021

Encik Jeffrey Baxter Pengerusi MBJ Wakil Pekerja Wakil Kota Kinabalu (ICSB) Bahagian Komunikasi Korporat H/P : 016-836 7797

Puan Bibiana @ Flora Stephen Setiausaha MBJ Wakil Pekerja Wakil Zon/Wilayah Keningau Bahagian Perhutanan Wilayah Keningau H/P : 010-212 5387

Dr. Elizabeth Kinat Wakil Pekerja MBJ Kota Kinabalu (YS) Bahagian Urus Setia Korporat H/P : 013-857 2511

Mohd. Zulhairy bin Zakaria Wakil Pekerja MBJ Zon/Wilayah Sandakan Bahagian Perhutanan Wilayah Sandakan H/P : 014-703 2727

Puan Hajah Rukiah binti Kadir Wakil Pekerja MBJ Zon/Wilayah Tawau Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau H/P : 013-880 9954

Encik Abd. Karim Iskandar Wakil Pekerja MBJ Zon/Wilayah Lahad Datu Bahagian Perhutanan Wilayah Lahad Datu H/P : 013-886 5899

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

23


KUMPULAN

YAYASAN

MESYUARAT MBJ

SABAH

SIRI

3/2019

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah siri 3/2019 telah diadakan pada 10 September 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 19, Menara Tun Mustapha. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria ini telah dihadiri oleh seramai enam orang Wakil Pekerja yang baharu dipilih untuk sesi 20192021 dan tujuh orang Wakil Pengurusan termasuk Urus Setia MBJ.

Datuk Haji Jamalul mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli ke mesyuarat MBJ Kumpulan Yayasan Sabah siri 3/2019.

Pada mesyuarat kali ini, sebanyak 18 isu baharu telah dibincangkan yang melibatkan isu-isu pentadbiran, sumber manusia, tanah, Pekerja Bergaji Hari (DPW) dan perubatan. Dalam mesyuarat tersebut, Wakil Pekerja yang lama turut dijemput hadir untuk membincangkan isu-isu berbangkit dan seterusnya membuat penyerahan tugas kepada Wakil Pekerja yang baharu dipilih. Kesemua Wakil Pekerja yang lama telah diberikan sijil penghargaan dan cenderahati berupa jam tangan atas sumbangan mereka sebagai Wakil Pekerja.

Penyerahan nota serah tugas daripada mantan Wakil Pekerja MBJ kepada yang baharu.

pertamanya di Menara Tun Mustapha bagi membincangkan isu-isu yang dikemukakan oleh staf dan melantik Pengerusi dan Setiausaha Wakil Pekerja yang baharu. Encik Jeffrey R. Baxter telah dilantik sebagai Pengerusi manakala Puan Bibiana @ Flora Terdahulu, pada 30 Ogos 2019, Wakil Pekerja Stephen telah dilantik sebagai Setiausaha Wakil Pekerja. Isu-isu ini kemudiannya dibawa ke Mesyuarat Induk MBJ Kumpulan Yayasan Sabah untuk dibincangkan. MBJ juga telah mengadakan mesyuarat

CORETAN DARI SSB Pengagihan Sumbangan Hari Raya Pada 28 hingga 29 Mei 2019, seramai 4,385 orang pekerja harian Sabah Softwoods Berhad (SSB) menerima agihan sumbangan daripada Pengurusan SSB sempena sambutan Hari Raya yang lalu. Setiap pekerja mendapat sejumlah 10 kg beras, 5 kg tepung beras, 2 kg gula, 2 kg ayam, 2kg minyak masak dan sekotak teh.

Pengagihan di Estet Dumpas.

SSB berharap, agihan sumbangan ini dapat membantu para pekerja harian SSB. Thumbs up! Sebahagian daripada pekerja yang mendapat sumbangan agihan di Estet Cenderamata.

Sebahagian daripada pekerja dari Kilang Kelapa Sawit Kapilit yang menerima agihan sumbangan. 24

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Kenyang perut senang hati, lepas itu kita wefie dulu!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 diadakan pada 20 Jun 2019 bertempat di Rumah Kelab Sukan dan Rekreasi SSB. Melalui program ini, Pengurusan dan staf SSB berpeluang beramah-mesra dan mengeratkan silaturahim. Di samping itu, SSB turut menjemput rakan-rakan korporat dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Pada program ini juga, Ketua Pegawai Eksekutif SSB, Tuan Haji Mohd Hattah Jaafar menyampaikan sumbangan kepada tujuh buah badan kebajikan yang terdiri daripada Persatuan Hospis, Persatuan Orang Pekak Tawau, Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sri Stella, Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Kinabalu Pink Ribbon, Rumah Warga Tua dan juga Sabah Aids and Support Services Association.

Gambar berkumpulan bersama Tuan Haji Mohd Hattah (enam dari kanan) dan wakil-wakil badan kebajikan. Turut serta Ketua Pegawai Operasi SSB, Encik Dominic Dambul (lima dari kanan), Ketua Pegawal Kewangan, Encik Kunna Segar (dua dari kiri), Pengurus Besar Bahagian Sumber Manusia, Komunikasi Korporat dan Pentadbiran SSB, Encik Stephen Binsos (kanan sekali) dan Pengurus Komunikasi Korporat, Encik Sharuddin Paidi (kiri sekali).

Tetamu dan staf beramah-mesra sambil menikmati hidangan makan tengah hari.

Sambutan Hari Keluarga Program Hari Keluarga SSB telah diadakan pada 13 Julai 2019 bertempat di Mini Stadium Kalum, Dumpas, Tawau. Semua staf dari empat buah zon iaitu Kalum, Kalabakan, Tawau dan Brumas hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga SSB. Objektif utama program ini ialah untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan, penyayang dan menghormati antara satu sama lain di semua peringkat. Tahun ini, acara sukaneka yang baru diperkenalkan iaitu sukan kerjasama yang menggantikan acara all size matter relay sebagai Tuan Haji Mohd Hattah (tiga dari kiri) melawat salah sebuah gerai pameran. pertandingan utama Hari Keluarga SSB. Di samping itu, pelbagai aktiviti sukaneka telah diadakan untuk kanak-kanak, keluarga dan juga eksekutif SSB serta acara cabutan bertuah. Selain itu, kehadiran rakan-rakan korporat dari agensi kerajaan dan swasta yang menyertai acara pameran menambahkan lagi kemeriahan Hari Keluarga SSB.

Acara sukaneka kanak-kanak salah satu acara menarik Hari Keluarga SSB.

Warm-up Hari Keluarga SSB dengan acara senamrobik.

Sukaneka untuk eksekutif SSB.

Hari Keluarga SSB disertai oleh empat kumpulan kontinjen iaitu zon Kalabakan (kuning), Tawau (merah), Kalum (hijau) dan Brumas (biru).

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25


HARI POTENSI Pertandingan mewarna dan permainan congkak antara aktiviti yang diadakan di ruang legar Auditorium Tun Ahmad Raffae.

MENYEMAI NILAI MURNI

KALANGAN KANAK-KANAK ini merupakan satu usaha yang harus diberi perhatian terutamanya kepada insan kecil yang merupakan generasi penerus kita.

Majlis Penutupan Program Hari Potensi telah diadakan pada 7 September 2019 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha yang telah disempurnakan oleh Pengurus Kumpulan, Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Puan Rosmini Simin. Hari Potensi merupakan gabungan tiga perayaan iaitu Bulan Membaca, Bulan Kemerdekaan dan Hari KanakKanak Sedunia. Ia dirancang khusus untuk kanak-kanak di Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK). Inisiatif BPKK dalam merancang dan melaksanakan program seumpama

Melalui program ini, sikap suka membaca, semangat patriotisme, menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dan keseronokan kepada kanak-kanak di samping mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dapat disemai. Program Hari Potensi ini diadakan setiap tahun dengan objektif untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat yang terpendam dalam kanakkanak dan murid-murid yang mengikuti program Taska, Tadika dan Pusat Transisi BPKK. Penglibatan dalam pelbagai pertandingan akan meningkatkan lagi keyakinan diri mereka untuk berdaya saing dan menjadikan mereka lebih matang dan progresif selaras dengan kemajuan negara. Antara pertandingan yang dijalankan sempena program ini ialah bayi ceria, bacaton, mewarna, berpantun, chanting rhymes, fesyen beragam, kolaj, celik matematik, menghasilkan buku skrap, membaca dalam Bahasa Inggeris, bercerita dalam Bahasa Melayu, Tadika Ria’s Got Talent, spell it right, karom, sahibba, congkak dan lain-lain.

Adik Nur Amira Raihanah binti Hardi dari Kelas Kristal, Taska Kristal Ria menyertai Pertandingan Bacaton.

Adik Darrell Leon bin Asral dari Kelas Ketilang, Tadika Ria (KG2) bersemangat dalam sesi Pertandingan Bacaton.

26

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Adik Muhammad Zaim Shaari dari Kelas Kristal, Taska Kristal Ria (kiri) bergaya sakan dalam pertandingan bercerita. Terbaik berani! adik Faith Louis Ng Baina dari Kelas Teratai, Taska Ria (tengah) dan adik Aina Nabila binti Mohd. Hermi dari Kelas Kristal, Taska Kristal Ria (kanan).

Puan Rosmini (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada adik Awangku Qayyem Hayl bin Awangku Mohammed Khairy yang menjadi johan dalam Pertandingan Melukis sambil disaksikan oleh Pengerusi PIBG BPKK, Puan Ezura As’ad Azam (kanan sekali) dan Pengerusi Hari Potensi 2019, Puan Rukiah Malagob (kiri sekali).

Serupa atau tidak? Comelkan ibu bapa dengan anak masing-masing.

Kanak-kanak bersama-sama menyanyikan lagu penutup.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27


UCSF GREEN TALK SERIES

situation, especially on the activities that can be done to protect and conserve these animals.

The Institute of Borneo Studies continues the Green Talk Series on 10 July 2019 at University College Sabah Foundation (UCSF) Mini Theatre Level 7. Marine biologist from Sabah Sharks Protection Association, Mr. Eric Yu, shared his passion for conservation entitled “Sharks and Rays: Why Do They Matter?” Mr. Yu highlighted issues of the depletion of these groups of animals. He stressed that there must be concerted efforts to change the

Dr. Mohamed Haleem (right) presenting a memento to Mr. Eric after the talk.

Also present during the talk was Vice-Chancellor of UCSF, Dr. Mohamed Haleem bin Mohamed Razi, academicians, students of UCSF, student and teachers from SMK Sanzac, representatives from other agencies such as Borneo Marine Research Institute, Universiti Malaysia Sabah, Sabah Wildlife Department, Wildlife Sentinels, and Reef Check Malaysia, to name a few.

UCSF PARTNERS WITH LE MERIDIEN KOTA KINABALU FOR UNLOCK ART Lecturer of Faculty Arts and Creative, UCSF, Cik Nurfahrina binti Abal Mukam (left) explaining her artwork to Mr Kanit.

Group photo with Mr. Kanit (second, right), Dr. Mohamed Haleem, second left, Chairman Board of Governors UCSF, Datuk KY Mustafa, (centre), BOD of Le Meridien, Ms. Keyna Fung, (right) and from the Implementation Coordination Unit, Encik Majdi bin Khadri (left).

To unlock even more rich traditions, inspirations and diverse cultures found in Sabah, UCSF Nature Inspiration Art Gallery (NIAG) was selected by Le Meridien Kota Kinabalu, as a partner for its Unlock Art programme. During the launching of the programme on 18 July 2019 at UCSF, the General Manager of Le Meridien Hotel Kota Kinabalu, Mr. Kanit Sangmookda expressed his hope that the partnership with UCSF will enrich their hotel guests’ experiences to the diverse traditions and cultures as well as the enchanting sceneries of Kota Kinabalu.

they visit. The thematic displays in NIAG can be enjoyed free of charge through their hotel room cards.

rich cultural identities and heritage of the people of Sabah, and conserving the rich habitats of Sabah’s vast ecosystems.

The Vice-Chancellor of UCSF, Dr. Mohamed Haleem bin Mohamed Razi complemented Le Meridien for recognising NIAG and its ability to add value to its Unlock Art network. Following the success of this partnership, Dr. Mohamed Haleem is looking forward to building more partnerships with other prestigious global brands to expand NIAG outreach.

The artworks displayed in the gallery come in the forms of arts, crafts, and sculptures representing the true and authentic essence captured by the artistic talents of Sabah, especially the young talented Sabahan artists. Through these, NIAG wishes to engage the public and the wider community to appreciate the rich features of Sabah’s indigenous cultural diversity which have evolved in harmony with nature despite the hustle and bustle of development and modernisation.

The two-day exhibition offered an opportunity for visitors to view the talented PKAN students’ creative artworks. These students were also given a chance to showcase their botanic batik products through a fashion show, one of the highlights of the pre-closing ceremony. The fashion designs were inspired by nature and immortalise into the Botanic Batik design.

All the finished products showcased indicated that there was commitment and seriousness in the endeavors. UCSF is recognised by the Implementation and Coordination Unit (ICU) under the Prime Minister’s Department on its capability to bring out students’ latent potentials.

He pointed out that the hotel guests will NIAG is a gallery set up in 2014, as an be able to not only unlock their hotel extension to manifest its Green Concept rooms but also unlock and gain access to the inspiring arts and cultures of the places and Philosophy’s vision of preserving

PANFAX EXHIBITION 2.0

For the third consecutive year, UCSF presented the artworks of student trainees from the short course programme under the Program Khas Anak Negeri (PKAN) through an exhibition called PANFAX EXHIBITION 2.0 on 1 and 2 August 2019. The aim is to celebrate and appreciate students’ artwork as well as promoting UCSF as a model of Green University through arts. 28

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

The pre-closing ceremony was held on 1 August 2019. It was officiated by the Acting Deputy Vice-Chancellor


Among visitors touring the PANFAX exhibition.

Botanic Batik fashion design is one of the featured pieces during the PKAN exhibition.

(Corporate and Business Development), Dr. Alan Lim. Also present were Senior Human Resource Manager of UCSF, Encik Kamaruddin Ismail, Head of Teaching and Learning Factory UCSF, Mr. Sylvester Fung, trainers, UCSF staff and students. The PKAN programme is sponsored by the ICU. The objective is to help the Sabah Bumiputera community, especially the B40, through capacity building focusing on the economy, infrastructure development, education and native-customary rights.

Some of the illustrations from the PANFAX exhibit.

Dr. Alan Lim (first-row seat, fifth, left) with PKAN students and invited guests posing for a group photo at the pre-closing ceremony.

SCIENTIFIC TALK ON “HOW TO DO CONSERVATION SCIENCE, IMPLEMENT IT AND NOT DIE TRYING” An inspirational scientific talk entitled “How to do Conservation Science, Implement It and Not Die trying” was delivered by renowned scientist, Prof Dr. Rodrigo Medellín held on 9 August 2019 at UCSF Mini Theatre. Prof Medellín is a Senior Professor of Ecology at the Institute of Ecology, National University of Mexico. He undertakes projects on ecology and conservation in Mexico and other parts of the world over the last 40 years and has authored over 190 publications. His multidisciplinary approach, encompassing behavioural ecology, conservation biology and applied genetics, is focused on policy applications. Among others, he has received the 2004 Gerrit S. Miller Award of North American Society for Bat Research (NASBR), the Whitley Fund for Nature Gold Award and the Rolex Award for Enterprise 2008. He was also recently featured in a BBC documentary, ‘The Bat Man of Mexico’, narrated by Sir David Attenborough. In his talk, he shared his views and experiences in translating scientific knowledge into public policies, finding a balance between conservation and development through three significant

conservation projects on the jaguar, bighorn sheep, and tequila bats. In his closing remarks, he highlighted the challenges of managing conflicts in wildlife conservation.

Prof Medellin (first-row seat, second, left) with the participants from various organisations posing for a group photo after the talk.

As a dedicated and concerned scientist, researchers need to expand from the comfort zone of scientific research and engage the stakeholders in the real world. However, in doing so, one must never give up on conservation. The talk was attended by 68 participants from various organisations such as Sabah Wildlife Department, Sabah Biodiversity Centre, Universiti Malaysia Sabah, Naturalist of Gaya Island Resort, World Wildlife Fund (WWF), South East Asia Rainforest Research Prof Medellin highlighting some of the challenges of managing conflicts in conservation science.

Forest (SEARRP), Forest Solutions, Breeze Mag, Seratu Aatai, Forever Sabah, Land Empowerment Animal People (LEAP), Joint Nature Club (JNC), UCSF, and Danau Girang Field Centre (DGFC). This talk was jointly organised by the Faculty of Natural Science and Sustainability and DGFC. The talk was also a gateway for future research collaborations between UCSF, DGFC, and other organisations especially with the National University of Mexico.


Seni Kraf Rotan JADI PILIHAN USAHAWAN MUDA CARSTINAH SUNGKIAT

Kerusi rotan yang telah divarnis di jemur. Carstinah sedang membuat kerusi rotan ketika menjalani latihan industri di Kelantan.

“Sejak kecil saya melihat datuk membuat produk kraf tangan berasaskan rotan, dari situlah saya mula berminat dengan seni kraf rotan. Lagipun rotan merupakan bahan mentah yang amat mudah didapati di Sabah dan boleh digabungkan dengan pelbagai bahan mentah lain contohnya buluh, logam, kayu dan juga hasil rimba yang lain,� kata Cik Carstinah Sungkiat, usahawan muda kraf tangan yang berasal dari Kg. Ansip, Keningau ketika menceritakan bagaimana timbul minat beliau menceburi seni kraf rotan.

Beliau mendapat pendedahan awal seni kraf dengan menyertai program kraf tangan anjuran Institut Kraf Negara (IKN) selama dua tahun setengah dari tahun 2013. Selepas itu, Carstinah mengikuti kursus jahitan bersama Pusat Giat Mara cawangan Tenom selama enam bulan pada tahun 2016. “Setelah tamat kursus jahitan, saya tertarik dengan iklan Program Latihan Kraftangan (PLK) di facebook dan terus berhubung dengan Pusat Kraftangan Sabah (PKS) untuk

Carstinah (tiga dari kiri) membuat bakul rotan sambil diperhatikan oleh jurulatih PKS, Thomas (dua dari kiri).

30

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


menyertai program ini,” Carstinah menceritakan detik permulaan beliau bersama PKS. Menurut Carstinah, pelbagai teknik kraf baru yang dipelajari sepanjang program dua tahun bersama PKS. Antaranya teknik lingkaran dan teknik gabungan iaitu produk yang digabungkan dengan seramik. Selain itu, beliau juga dapat mempelajari cara-cara berkomunikasi dengan prospek pelanggan yang datang melawat bengkel. Melalui program ini juga, beliau telah dihantar ke Kota Bharu, Kelantan untuk menjalani latihan industri selama tiga bulan bersama usahawan kraf tangan, Encik Megat Rahimi. Semasa di sana, Carstinah bukan sahaja mempelajari teknik kraf tetapi juga didedahkan tips memasarkan produk kraf tangan.

Gambar kenangan bersama staf PKS ketika latihan industri di Kelantan.

Setelah tamat program latihan kraf tangan bersama PKS, gandingan Carstinah bersama PKS diteruskan apabila beliau ditawarkan menjadi salah seorang usahawan Start-up PKS. Melalui program ini, Carstinah diberikan modal sebanyak RM15,000 bagi memulakan perniagaan kraf beliau. “Saya merasa amat bersyukur dan bangga kerana PKS memberikan peluang keemasan yang menjadi impian semua peserta PKS. Dana yang diberikan, saya gunakan untuk memulakan perniagaan Myra Kraf,” kata Carstinah. Menurut Carstinah, nama Myra Kraf merupakan simbolik gabungan “My” yang bermaksud saya dan “ra” yang diambil daripada perkataan rattan. Ketika ini, Myra Kraf beroperasi menggunakan tapak bengkel di PKS. Antara produk yang telah dihasilkan melalui Myra Kraf ialah dulang hantaran, bakul dobi, bakul hantaran kerusi rotan dan kerusi Pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2019. Gambar kenangan bersama Encik Megat, usahawan kraf (empat dari kiri).

Myra Kraf mendapatkan khidmat ahli keluarga untuk menyiapkan tempahan. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

31


Menurut Carstinah, beliau menerima tempahan membuat kerusi Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah 2019 melalui Encik Freddy Au yang merupakan salah seorang Jawatankuasa Pelaksana Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri. “Saya teruja apabila Encik Freddy menghubungi saya untuk tempahan kerusi Unduk Ngadau. Berdasarkan perbincangan kami melalui telefon, saya membuat lakaran produk dan dengan bantuan Encik Thomas L, Jurulatih PKS kami berjaya menyiapkan tempahan dalam masa tiga minggu sahaja.” “Apabila melihat Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah 2019 mengunakan kerusi rotan yang dihasilkan oleh Myra Kraf, saya berasa gembira dan bangga serta terharu.

Jurulatih dan rakan sekelas Program Latihan Kraftangan, PKS turut membantu menyiapkan kerusi Unduk Ngadau.

Kerusi rotan Myra Kraf digunakan semasa acara Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2019.

Pencapaian ini mendorong saya untuk menghasilkan lebih banyak produk kraf yang berkualiti kelak,” kata Carstinah usahawan muda yang baru berusia 24 tahun. “Sejujurnya, perjalanan saya masih jauh, banyak lagi yang perlu dipelajari terutama selok-belok perniagaan. Peluang yang diberikan PKS akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Saya berharap dapat mengembangkan perniagaan Myra Kraf dan seterusnya membantu ekonomi keluarga di Kg. Ansip Keningau dengan memberikan mereka kerja-kerja tempahan produk kraf.” Beliau turut menasihati para belia yang berminat dalam seni kraf untuk mendaftarkan diri ke Program Latihan Kraf di PKS. “Sebenarnya seni kraf mampu menjana pendapatan kerana terdapat permintaan produk-produk kraf dari pelancong tempatan dan luar negara.” Gembira dapat menyiapkan tempahan kerusi Unduk Ngadau dalam tempoh yang ditetapkan pelanggan.

Level 4 Studio level_four_studio

32

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PROJEK DANA PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA

Para pengusaha industri tempatan menunjukkan cara menghasilkan belacan di Kg. Laut, Papar.

Pengusaha kraf tangan Kg Tinura, Tenom menunjukkan cara membilah buluh untuk dijadikan bahan anyaman.

Satu lawatan tapak projek telah dijalankan hasil kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Universiti Sains Malaysia dan Kumpulan Yayasan Sabah bagi melaksanakan Projek Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB). Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan yang menyediakan satu kaedah untuk mengekalkan dan melonjakkan lagi ekonomi desa secara mampan. Di bawah DPUB, sempena lawatan ke tapak projek dari 14 hingga 16 Ogos 2019, beberapa daerah yang dikenalpasti mempunyai potensi dalam industri kraf tangan, lada hitam, tiram dan belacan. Antaranya ialah daerah Tenom, Kota Belud, Tamparuli, Tuaran dan Papar. Projek ini tidak mensasarkan ekonomi secara individu sebaliknya ekonomi secara komuniti dengan membudayakan inovasi untuk mencari kekuatan yang belum diterokai, bermanfaat serta berpotensi diketengahkan melalui kerjasama strategik. Selain itu, sasaran projek dana ini adalah membolehkan pembangunan dan peningkatan kualiti proses pengeluaran produk, perkhidmatan atau dasar dapat dikongsi secara bersama. Projek DPUB ini memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha untuk menambahbaik nilai produk, proses pengeluaran produk dan sumber atau perkhidmatan produk.

Pengusaha kraf tangan Kg. Tinuara, Tenom giat menghasilkan anyaman kelarai.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

33


PERKONGSIAN PINTAR

PROMOSI PELUANG PENDIDIKAN

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dr. Ishak menyampaikan kata aluan pada pembukaan taklimat. Pegawai Kaunseling BPP, Encik Mohd. Fazreen Musin, menyampaikan taklimat mengenai tajaan, biasiswa dan dermasiswa yang ditawarkan.

Naib Canselor UCSF, Dr. Mohamed Haleem bin Mohamed Razi, memberikan penerangan mengenai UCSF.

Taklimat Program Kaunseling dan Pemasaran Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), University College Sabah Foundation (UCSF) dan Bahagian Pembangunan Pendidikan (BPP) telah diadakan pada 24 September 2019 bertempat di Teater Mini, UCSF.

Taklimat KTYS disampaikan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan, KTYS. Encik Hilary Sibangun.

Dalam ucapan aluan beliau, Setiausaha Korporat merangkap Ketua Pengurus Kumpulan Zon, Dr. Ishak Haji Johari, menyatakan program perkongsian pintar anjuran bersama Bahagian Urus Setia Korporat, KTYS serta UCSF ini bertujuan untuk memberikan maklumat secara terperinci mengenai peluang-peluang pendidikan yang ditawarkan oleh BPP, KTYS dan UCSF. Perkongsian pintar ini akan diteruskan dari semasa ke semasa agar maklumat berkaitan peluang pendidikan dapat disampaikan kepada masyarakat setempat melalui pejabat-pejabat zon. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada staf Bahagian Urus Setia Korporat, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Bahagian Komunikasi Korporat, pejabat-pejabat zon, Unit Pengukuhan dan Pematuhan, KTYS serta UCSF telah menghadiri program ini.

Antara para peserta yang hadir.

Pegawai Tadbir Kanan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar KTYS, Cik Noor Farhah Abdul. Ajak, (memegang mikrofon) mengajukan soalan berkenaan tajaan pendidikan semasa sesi soal jawab. 34

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Pengurus, Seksyen Pengurusan Zon, Encik Shahrum Haji Sulaiman (berdiri, kanan sekali) memberikan sedikit suntikan motivasi dan penerangan mengenai Program Kelas Tuisyen Kumpulan Yayasan Sabah di SMK Pulau Gaya pada 24 Ogos 2019.

lah o k e S r ja la e P n a g lan – Kelas Tuisyen SPM Program Kecemer

Kelas Tuisyen SPM merupakan program perintis anjuran Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang dilaksanakan oleh pejabat-pejabat zon. Program ini bertujuan membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar di peringkat sekolah menengah di samping menggalakkan ibu bapa untuk memantau pendidikan anak-anak di sekolah.

Gambar kenangan staf Kumpulan Yayasan Sabah bersama pelajar SMK Pitas II, Pitas pada 19 Ogos, 2019.

Para pelajar berpuas hati dengan program tuisyen yang dianjurkan.

Sebanyak enam buah sekolah disenaraikan oleh JPNS mengikut pejabat zon masing-masing iaitu SMK Pitas II, Pitas (Zon Pantai Barat Utara), SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu (Zon Pantai Barat Selatan), SMK Telupid, Sandakan (Zon Pantai Timur Utara), SMK Bugaya II, Semporna (Zon Pantai Timur Selatan), SMK Sepulot, Nabawan (Zon Pedalaman Utara) dan SMK Sindumin, Sipitang (Zon Pedalaman Selatan). Pemantauan pelaksanaan Kelas Tuisyen SPM ini diadakan di enam buah sekolah tersebut selama lima bulan bermula pertengahan bulan Jun hingga Oktober 2019. Sementara itu, pemantauan Kelas Tuisyen SPM telah diadakan di empat buah sekolah iaitu SMK Pitas II, SMK Pulau Gaya, SMK Telupid dan SMK Sindumin pada pertengahan bulan Jun dan Ogos 2019. Manakala bagi bulan September, pemantauan turut dilaksanakan di SMK Bugaya II, Semporna. Kelas Tuisyen SPM melibatkan tiga subjek syarat lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Sejarah, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Seramai 60 orang pelajar dan tiga orang guru terlibat bagi setiap zon. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

35


ZON PEDALAMAN UTARA PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH Pejabat Zon Pedalaman Utara (ZPU) telah melaksanakan Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah (PKPS) bertempat di 10 buah sekolah rendah dan menengah sepanjang bulan Jun dan Julai 2019. Antara objektif PKPS adalah untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah ke tahap yang lebih tinggi serta menggalakkan penyertaan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka di sekolah.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SPM 18 Jun 2019 @ SMK BINGKOR, KENINGAU

PROGRAM MOTIVASI “PERUBAHAN SIKAP KE ARAH PEMBENTUKAN PELAJAR YANG BERKUALITI” 11 Jun 2019 @ SMK NAMBAYAN, TAMBUNAN

Seramai 161 orang pelajar tingkatan 5 menyertai program yang dikendalikan oleh Pegawai Kaunselor Organisasi Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Puan Suminai @ Subinih Jaafar.

Sebahagian daripada 188 orang pelajar tingkatan lima hadir mengikuti program ini.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR PT3 & SPM 13 Jun 2019 @ SMK NABAWAN, NABAWAN

Para pelajar berpeluang mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian yang disediakan oleh Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS) dan University College Sabah Foundation (UCSF).

SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR PT3 & SPM 20 Jun 2019 @ SMK TULID, SOOK, KENINGAU

Seramai 365 orang pelajar tingkatan tiga dan lima yang menduduki peperiksaan PT3 dan SPM 2019 menyertai program ini. Penceramah dari Al Hidayah Training & Consultancy, Encik Hadi Hidayah bin Haji Tutuh, menyampaikan taklimat motivasi kepada para pelajar. 36

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Salah seorang peserta dalam sesi soal-jawab. Seramai 250 orang pelajar tingkatan tiga dan lima mengikuti program ini.


PROGRAM “ANAKKU CAHAYAKU” 24 Jun 2019 @ SK INUBAI, TENOM

Ahli Parlimen P.181 Tenom, Puan Noorita Sual menyampaikan ucapan penutupan program.

Seramai 189 orang peserta terdiri daripada ibu bapa dan pelajar telah menghadiri program ini yang dikendalikan oleh Perunding Utama Great Impact Resources, Encik Norhasdi bin Hassan.

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR 3 Julai 2019 @ SK TUARID TAUD, KENINGAU

Penceramah Al Hidayah Training & Consultancy, Encik Hadi Hidayah bin Haji Tutuh, mengendalikan program yang disertai oleh seramai 118 orang pelajar.

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR SPM 4 Julai 2019 @ SMK KEMABONG, TENOM

Seramai 266 orang pelajar tingkatan lima mengikuti program ini.

Para pelajar berpeluang mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian yang disediakan oleh KYTS dan UCSF. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

37


CERAMAH MOTIVASI DAN TEKNIK BELAJAR BERKESAN 5 Julai 2019 @ SK PEKAN PENSIANGAN K9, NABAWAN

KELAS TUISYEN @ SMK SEPULUT, NABAWAN Kelas tuisyen turut diadakan melalui program PKPS bermula dari bulan Jun 2019 hingga Oktober 2019. Kelas tuisyen ini merangkumi tiga subjek iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

Penceramah Al Hidayah Training & Consultancy, Encik Hadi Hidayah bin Haji Tutuh, menyampaikan ceramah kepada seramai 114 orang pelajar tingkatan satu, dua dan tiga SK Pekan Pensiangan K9, Nabawan yang menyertai program ini. Kelas tuisyen Bahasa Melayu.

KYTS menyampaikan maklumat kepada para pelajar mengenai program pengajian yang disediakan.

PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA & PELAJAR UPSR 8 Julai 2019 @ SK KINABAAN, TAMBUNAN

Kelas tuisyen Sejarah.

Seramai 89 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun enam dan ibu bapa menyertai program ini. 38

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kelas tuisyen Bahasa Inggeris.


TAKLIMAT KESELAMATAN & DEMONSTRASI KEBAKARAN Pejabat ZPU telah mengadakan Taklimat Keselamatan dan Demonstrasi Kebakaran di Asrama Daerah Yayasan Sabah (ADYS) Keningau pada 28 Jun 2019. Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan keselamatan di premis Kumpulan Yayasan Sabah selaras dengan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah serta pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994.

Taklimat keselamatan kebakaran dan demonstrasi memadamkan api kebakaran dikendalikan oleh JBPM.

Seramai 35 orang pelajar ADYS, penyelia asrama serta beberapa orang staf ZPU terlibat. Program ini juga bertujuan menilai sejauh mana tahap kesedaran penghuni asrama sekiranya berlaku kecemasan termasuk tindakan pantas daripada penyelia asrama memberi amaran awal dan menghubungi pihak berkuasa. Program ini telah dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Keningau terdiri daripada 14 orang anggota dan dua buah jentera.

Penghuni asrama menjalani latihan memadamkan api kebakaran yang dipantau oleh anggota JBPM.

PROGRAM LATIHAN KRAFTANGAN Program Latihan Kraftangan (PLK) telah diadakan di Kg. Tilis, Kemabong, Tenom dengan sokongan Pusat Kraftangan Sabah (PKS). Seramai 15 orang peserta menyertai program tersebut yang diadakan pada 1 hingga 5 Julai 2019 dan 15 hingga 19 Julai 2019. Antara objektif program ini ialah untuk melihat tahap kemahiran dan kebolehan peserta untuk pengeluaran produk setelah menerima latihan asas sebelum ini serta membantu peserta dalam sudut penghasilan produk berkualiti melalui khidmat jurulatih. Pada masa yang sama program ini

Para peserta bergambar bersama produk bakul dekorasi buluh yang dihasilkan.

bertujuan menyokong dan membantu PKS dalam memajukan industri kraf tangan. Peserta didedahkan kepada modul latihan serta beberapa teknik dan kaedah penghasilan produk. Pada minggu pertama produk yang dihasilkan adalah bakul dekorasi buluh, manakala pada minggu kedua produk yang dihasilkan adalah kelarai bercorak halus yang berasaskan bahan mentah tempatan seperti buluh.

Para peserta bergambar bersama produk kelarai bercorak halus yang dihasilkan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

39


PERTANDINGAN PIDATO Pejabat ZPU mengambil langkah ke hadapan dengan menganjurkan Pertandingan Pidato Sekolah Menengah Peringkat Zon Pedalaman Utara yang berlangsung di Dewan Salingkawang, Pusat Kraftangan Sabah di Keningau pada 17 September 2019. Program anjuran ZPU ini dijayakan bersama oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keningau dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau. Program ini dirasmikan oleh Pengurus Kumpulan ZPU, Encik Zulkhairi Haji Ismail. Dalam ucapannya, Encik Zulkhairi menekankan bahawa sejarah membuktikan bangsa yang bertamadun dan berjaya adalah bangsa yang tidak lupa asal-usul dan

Pendaftaran peserta pertandingan sebelum acara bermula.

sayangkan pegangan seni budaya mereka meliputi bahasa, amalan bersama, perpaduan dan seni arca yang diperkembangkan. Bangsa seperti Jepun, Korea, Jerman terbukti membangun tanpa sedikit pun mengabaikan seni budaya tradisi mereka. Bahasa etnik mereka masih berkembang bukan sahaja dalam kalangan sesama mereka tetapi juga ke seluruh dunia. Turut hadir di majlis itu Ketua Unit Sains dan Matematik PPD Keningau, Encik Arinin Naiman, Penolong PPD, Puan Tini Ismail, Pengurus ZPU, Encik Justin Gilob, Penyelia Kokurikulum PPD Keningau, Encik Mohd Azlie Tali, Pegawai Teknikal Bahasa Kadazandusun PPD Keningau, Puan Sutinah Daiman dan guruguru pengiring serta juri-juri dari IPG Keningau.

Adik Hennylia Hendry dari SMK Tulid, Sook, Keningau merupakan johan Pertandingan Pidato Bahasa Kadazandusun Peringkat Zon Pedalaman Utara.

Para peserta mengabadikan gambar bersama-sama dengan Puan Tini (lima dari kiri), Encik Zulkhairi (belakang, enam dari kiri), Encik Arinin (bersongkok), Encik Justin (belakang, lima dari kanan) dan Encik Azlie (belakang, empat dari kanan). 40

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


ZON PANTAI TIMUR SELATAN Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah Pejabat Zon Pantai Timur Selatan (ZPTS) telah mengadakan Program Motivasi di SK Titingan, Tawau pada 18 Jun 2019. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada 159 orang calon Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Ceramah motivasi ini dikendalikan oleh Pegawai Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Encik Irwan bin Yusop. Encik Irwan sedang memberikan panduan kepada salah seorang peserta

Program “Kenapa Aku Perlu Berjaya” Pada 21 Jun 2019, pejabat ZPTS telah mengadakan Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah dengan mengadakan ceramah “Kenapa Aku Perlu Berjaya” di Dewan SK Lahad Datu III, Lahad Datu yang dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK Lahad Datu II, Encik Mohd. Fahnan Abdul Wahab. Objektif program ini untuk meningkatkan kesedaran dalaman terhadap pentingnya pencapaian akademik, membimbing dan menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan, memberi motivasi agar diri murid lebih berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di samping menyuntik semangat dan kekuatan mentaliti serta emosi murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Ceramah ini disertai 155 orang pelajar tahun enam. Encik Mohd. Fahnan sedang mendapatkan maklum balas daripada peserta.

PROGRAM MUSTAHIL, ATAU BOLEH? Pada 19 Julai 2019, pejabat ZPTS telah mengadakan Program Mustahil, Atau Boleh di Dewan Terbuka SK Sahabat 2, Daerah Kecil Tungku. Objektif program ini untuk membuka minda murid yang negatif (mustahil untuk berjaya) kepada minda yang positif (kejayaan bukanlah mustahil), memberi sokongan moral dan emosi kepada murid-murid yang mencapai kejayaan dalam bidang akademik di sekolah dan memberi inspirasi kepada murid dalam merancang gaya pembelajaran yang berkesan dan kondusif. Ceramah ini dikendalikan oleh Pegawai Kaunselor, Pejabat Daerah Lahad Datu, Encik Lajarudi Lajahidi. Program ini disertai oleh seramai 144 orang pelajar tahun lima dan tahun enam.

Gambar kenangan peserta Program Mustahil, Atau Boleh?

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

41


Program Kecemerlangan Pelajar Pada 24 Julai 2019, pejabat ZPTS bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tanjong Batu, Tawau telah menganjurkan Ceramah Tangisan Kejayaan di Dewan Terbuka, SK Tanjong Batu. Seramai 233 orang pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR telah menyertai ceramah ini yang dikendalikan oleh penceramah jemputan dari SMK Abaka, Cikgu Lakani bin Lamadiangi.

Cambar berkumpulan para murid peserta bersama Cikgu Lakani (duduk di sofa, kanan sekali).

Motivasi Pelajar SPM Pejabat ZPTS telah mengadakan program pendidikan kepada pelajar-pelajar bagi daerah Lahad Datu iaitu Program Motivasi Pelajar SPM di Dewan SMK Segama, Lahad Datu pada 2 Ogos 2019. Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan tentang teknik, strategi dan kemahiran yang efektif dalam menjawab soalan peperiksaan. Program ini turut menyuntik semangat rohani, emosi dan intelek para pelajar agar membuat persediaan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan kelak. Ceramah ini dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Lahad Datu II, Encik Mohd. Fahnan Abdul Wahab.

Penceramah Encik Mohd. Fahnan sedang mendapatkan maklumbalas daripada peserta program.

Seramai 180 orang peserta telah mengikuti program yang dirasmikan Pengetua SMK Segama, Lahad Datu, Puan Hajah Saidah Haji Osman.

Program Transformasi Diri program pendidikan khas integrasi (PPKI) & UPSR Peringkat Daerah Kunak Pada 2 dan 3 Ogos 2019, pejabat ZPTS telah mengadakan Program Transformasi Diri PPKI dan UPSR peringkat daerah Kunak di Dewan Ibnu Sina, SK Kunak 1, Tawau. Objektif program ini untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan murid pendidikan khas betapa pentingnya untuk murid berkeperluan khas hadir ke sekolah, memberi suntikan

motivasi dan membantu pelajar untuk lebih yakin dalam menduduki peperiksaan. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Encik Abu Samah bin Abu Bakar. Manakala ceramah dikendalikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Kunak, Encik Sufrimadi bin Sanordio. Seramai 305 pelajar mengikuti program dua hari dari seluruh daerah Kunak.

Sentuhan kalbu dari penceramah jemputan Encik Sufrimadi membuat beberapa peserta program sebak. 42

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Sufrimadi sedang menyampaikan ceramah UPSR.


PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR Pejabat ZPTS telah mengadakan program Kecemerlangan Pelajar, Keutamaan Kami di Dewan Solitare, SMK Silabukan, Tungku, Lahad Datu pada 22 Ogos 2019. Program ini bertujuan untuk merangsang mental dan fizikal kepada pelajar-pelajar supaya lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan SPM oleh Pegawai Kaunselor, Pejabat Daerah Lahad Datu, Encik Lajarudi Lajahidi. Program ini dirasmikan oleh Pengetua SMK Silabukan, Puan Rabiatul Adawiyah Abdullah yang dihadiri 174 orang pelajar.

Penceramah Encik Lajarudi sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar.

PROGRAM PEMBANGUNAN KRAFTANGAN Pejabat ZPTS telah mengadakan Program Pembangunan Kraftangan iaitu Bengkel Lanjutan Teknik Ukiran Replika Mini Gong yang bermula 10 Julai hingga 18 Julai 2019 di Kg Damai, Semporna. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap teknik ukiran kepada para peserta dalam penghasilan replika mini gong dan menarik minat belia bagi melahirkan lebih ramai generasi pelapis yang akan mewarisi kemahiran pembuatan replika mini gong agar tidak pupus ditelan zaman. Pejabat ZPTS telah menjemput pengiat seni kraf tangan replika mini gong dari Semporna Encik Junit bin Khar yang disertai 10 orang peserta sekitar daerah Semporna.

Peserta sedang mengecat mini gong yang dihasilkan.

Gambar kenangan peserta Bengkel Lanjutan Teknik Ukiran Replika Mini Gong.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

43


ZON PEDALAMAN SELATAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH

2 Julai 2019 @ Dewan Harmoni SMK Bongawan II

Sepanjang bulan Julai hingga Ogos 2019, pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) telah melaksanakan beberapa program motivasi buat para pelajar dan ibu bapa di beberapa sekolah di ZPS. Program-program motivasi ini bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dengan sokongan ibu bapa.

Penceramah jemputan dari Pejabat Pendidikan Daerah Papar, Encik Mohd. Helmie Abdullah berkongsi panduan kepada para pelajar semasa Seminar Motivasi Kecemerlangan SPM. Seramai 202 orang pelajar menghadiri program ini.

11 Julai 2019 @ Dewan Melampai Kuala Penyu

7 Ogos 2019 @ SK Sangkabok, Menumbok Seramai 147 orang pelajar dan ibu bapa telah menghadiri Program Motivasi Pelajar UPSR di SK Sangkabok Menumbok.

Profesor Madya Dr. Jumat Sulaiman, seorang pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah menyampaikan taklimat kepada para pelajar dalam Program Peningkatan Akademik dan Motivasi Kecemerlangan UPSR Zon Kerukan. Seramai 114 orang pelajar menghadiri program tersebut.

8 Ogos 2019 @ SK Tamalang, Membakut

8 Ogos 2019 @ SMK Kinarut, Papar

Para peserta Program Motivasi Kecemerlangan SPM dan SPTM membuat latih tubi semasa program tersebut.

44

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Para pelajar dilatih untuk meningkatkan motivasi diri dan semangat dalam memupuk keinginan berjaya dalam hidup semasa Program Motivasi Kecemerlangan UPSR.


21 Ogos 2019 @ SK Menunggang, Kuala Penyu

Gambar kenangan bersama ibu bapa, para pelajar, guru dan penganjur semasa Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar dan Keibubapaan. Program tersebut dihadiri oleh seramai 79 orang pelajar dan ibu bapa.

PENYERAHAN BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH Sepanjang bulan Ogos 2019, pejabat ZPS telah menyampaikan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) kepada para pelajar di beberapa buah sekolah di daerah Papar, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Menumbok dan Sipitang. Secara keseluruhannya seramai 275 orang pelajar telah menerima BMYS. 20 hingga 22 Ogos 2019 @ Daerah Papar

SMK Majakir

SMK Takis

SMAN Pantai Manis

SMK St Joseph

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

45


SMK St Mary Limbahau

SMAN Toh Puan Hajah Rahmah

SMK Pengalat

SMKA Tun Datu Mustapha

SMK Bongawan

SMK Bongawan II 46

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

SMK Benoni

SMK Kinarut


20 Ogos 2019 @ Daerah Membakut

SMK Membakut II

SMK St Patrick

SMK Membakut

SMK Sindumin

2 hingga 7 Ogos 2019 @ Daerah Beaufort

SM St John

SMK Beaufort II

SMAN Beaufort

SMK Kota Klias BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

47


SMK Beaufort

SMK Weston

SMK St Paul

SMK Beaufort III

7 hingga 8 Ogos 2019 @ Daerah Kuala Penyu dan Menumbok

SMK St. Peter Bundu

SMK Gadong

SMK Kuala Penyu 48

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

SMK Pekan Kuala Penyu


7 Ogos 2019 @ Daerah Sipitang

SMK Menumbok

SMK Pengiran Omar

SMK Padang Berempah

PROGRAM LATIHAN KRAFTANGAN (PLK) Pada 23 hingga 27 Julai 2019, pejabat ZPS telah mengadakan PLK – Anyaman dan Jahitan Dompet Syiling Berasaskan Pandan di pejabat KEMAS daerah Papar. Seramai 15 orang peserta telah menyertai program tersebut. Seterusnya, pada 26 hingga 30 Ogos 2019, pejabat ZPS juga telah mengadakan PLK – Pembuatan dan Ukiran Kayu (Mini Gambus) di Bengkel Gambus, Kg. Seri Serbang Bongawan. Program tersebut disertai oleh 10 orang penduduk dari kawasan berdekatan.

SMK Pengiran Omar II

DANA PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA Pada 16 Ogos 2019, pejabat ZPS telah menganjurkan lawatan ke tapak projek Pembangunan Usahawan Bumiputera – Projek Belacan di Tadika KEMAS Kg. Laut Papar. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat perkembangan projek tersebut dan pemprosesan belacan. Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Pengurus Kumpulan ZPS, Encik Teo Guan Leck.

Selain itu, pejabat ZPS juga mengadakan PLK – Anyaman Lasuk Berasaskan Rumbia pada 10 hingga 17 September 2019 yang dihadiri oleh lapan orang peserta.

Tuan Haji Matasan, pengusaha belacan (kiri sekali) menerangkan teknik pemprosesan belacan kepada Encik Teo (dua dari kiri) dan Encik Syed Yussof dari Universiti Sains Malaysia (tiga dari kiri).

Salah seorang peserta PLK – Anyaman Lasuk Berasaskan Rumbia sedang menipiskan lasuk rumbia.

Salah seorang peserta PLK - Pembuatan dan Ukiran Kayu (Mini Gambus) tekun mengukir.

Salah satu proses dalam anyaman dan jahitan dompet syiling berasaskan pandan. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

49


ZON PANTAI TIMUR UTARA Sepanjang bulan Jun dan Julai 2019, pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU) telah melaksanakan beberapa program motivasi kepada para pelajar dan ibu bapa di beberapa buah sekolah terpilih ZPTU. Program ini melibatkan penyertaan lima buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah.

PROGRAM MOTIVASI Pada 21 Jun 2019, pejabat ZPTU memulakan siri jelajah program motivasi bertempat di SK Tabin, Kinabatangan. Seramai 72 orang murid tahun enam telah menghadiri program ini. Antara pengisian program selain ceramah motivasi ialah memberikan panduan kepada ibu bapa dan para murid bagaimana menetapkan sasaran skor UPSR. Ceramah motivasi disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan, Puan Faridah Jamil.

SMK SEGALIUD Pejabat ZPTU memulakan aktiviti bulan Julai dengan program ceramah motivasi yang dianjurkan di SMK Segaliud, Sandakan pada 2 Julai 2019. Program ini mendapat sambutan menggalakan dengan penyertaan 166 orang pelajar tingkatan empat dan lima. Hasil daripada program ini, para pelajar lebih bersemangat dan positif untuk menghadapi peperiksaan SPM.

Para pelajar lebih bersemangat selepas program motivasi.

SK BAWANG

Para peserta tekun mendengar ceramah daripada Puan Faridah (berdiri).

Pada bulan yang sama juga, pejabat ZPTU menganjurkan Ceramah Motivasi Pelajar dan Ibu Bapa bertempat di SK Bawang, Paitan pada 3 Julai 2019. Seramai 120 orang murid dan ibu bapa telah menyertai ceramah ini yang dikendalikan oleh penceramah bebas, Encik Roslan bin Mohd Noh, yang juga merupakan seorang guru yang bertugas di SMK Sandakan 2.

SMK BELURAN Seterusnya pada 27 Jun 2019, pejabat ZPTU menganjurkan ceramah motivasi bertempat di SMK Beluran 2, Sandakan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan ibu bapa. Ceramah ini disertai seramai 52 orang dan dikendalikan oleh penceramah bebas, Encik Mokhtar bin Mohd Neng.

Encik Roslan (berbaju hitam) menemuramah salah seorang murid yang menyertai program motivasi.

Sesi bergambar bersama peserta. 50

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sesi bergambar bersama peserta.


SK TUNDUN BOHANGIN

SMK PAMOL

Pejabat ZPTU seterusnya menganjurkan Ceramah Motivasi Pelajar dan Ibu Bapa di daerah Kinabatangan bertempat di SK Tundoun, Bohangin pada 9 Julai 2019. Walaupun lokasi sekolah agak jauh, penyertaan daripada murid-murid dan ibu bapa menggalakkan dengan kehadiran seramai 73 orang.

Sekali lagi pejabat ZPTU ke daerah Paitan untuk menganjurkan Ceramah Motivasi Pelajar pada 10 Julai 2019 bertempat di SMK Pamol, Paitan. Seramai 173 orang pelajar tingkatan empat dan lima telah menyertai program ini. Ceramah motivasi disampaikan oleh Pengetua SMK Ulu Dusun, Encik Mokhtar bin Mohd Neng.

Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan.

Salah seorang peserta cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh Encik Mokhtar (berdiri, kiri sekali).

Gambar berkumpulan peserta Ceramah Motivasi Pelajar dan Keibubapaan di SMK Pamol.

SK TONGOD Pada 25 Julai 2019, pejabat ZPTU menganjurkan Ceramah Motivasi Perdana Keibubapaan dan Motivasi Pelajar bertempat di SK Tongod, Tongod. Seramai 370 orang murid dan ibu bapa telah menyertai program ini. Ceramah motivasi disampaikan oleh penceramah bebas, Encik Roslan bin Mohd Noh. Para peserta menumpukan perhatian kepada ceramah motivasi yang disampaikan oleh Encik Roslan.

SK ULU SAPI Pada hari yang sama juga, 25 Julai 2019, pejabat ZPTU menganjurkan satu lagi Ceramah Motivasi Pelajar dan Ibu Bapa di SK Ulu Sapi, Telupid. Program ini dihadiri seramai 220 orang murid.

Gambar berkumpulan peserta bersama penceramah dan guru-guru. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

51


SMK PEREMPUAN, SANDAKAN Pejabat ZPTU menutup aktiviti bulan Julai dengan penganjuran Ceramah Motivasi Pelajar yang diadakan di SMK Perempuan, Sandakan pada 31 Julai 2019. Program ini mendapat penyertaan seramai 156 orang pelajar dan dikendalikan oleh penceramah bebas, Encik Roslan bin Mohd Noh.

Saya boleh! Kata para pelajar dengan penuh bersemangat.

SMK BALABAN JAYA Pada 7 Ogos 2019, pejabat ZPTU menganjurkan Ceramah Motivasi Pelajar bertempat di SMK Balaban Jaya, Beluran. Program ini mendapat sambutan baik dengan penyertaan 106 orang pelajar tingkatan tiga dan lima. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh penceramah bebas, Encik Roslan bin Mohd Noh.

Gambar berkumpulan para peserta.

PROGRAM LATIHAN KRAFTANGAN Pada 22 hingga 26 Jun 2019, pejabat ZPTU telah menganjurkan Program Latihan Kraftangan Sumber Laut bertempat di pejabat Rakyat Berjaya Sdn. Bhd., Sandakan. Seramai 13 orang peserta telah menyertai program ini. Antara produk yang dihasilkan melalui latihan ini ialah bingkai gambar dan kotak aksesori.

Para peserta menghaluskan siput menggunakan kertas pasir.

Gambar berkumpulan peserta bersama jurulatih, Tuan Haji Ahmad (duduk, dua dari kiri), Pegawai Tadbir Kanan ZPTU, Puan Ane Abd Rahman (duduk, tengah) dan Pegawai Ekonomi ZPTU, Puan Aslindah Haji Asa (duduk, dua dari kanan). 52

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sebahagian daripada produk kraf yang dihasilkan melalui latihan ini.


ZON PANTAI BARAT SELATAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH Pejabat Zon Pantai Barat Selatan (ZPBS) telah menganjurkan Ceramah Motivasi Pelajar UPSR pada 17 Jun 2019 bertempat di SK St. Benedict, Ranau. Seramai 69 orang pelajar tahun enam telah terlibat dalam ceramah tersebut.

Penceramah jemputan, Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling dari Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Tuan Jusli Haji Zakaria (berdiri) menyampaikan ceramah kepada para peserta program.

Seterusnya pada 18 Jun 2019, pejabat ZPBS mengadakan Seminar Motivasi dan Hala tuju Pendidikan Selepas SPM bertempat di SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu. Seminar ini telah melibatkan seramai 196 orang pelajar tingkatan lima di sekolah tersebut.

Penceramah jemputan, dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Rozita @ Uji binti Mohammed (berdiri) berkongsi ilmu bersama peserta seminar.

Pejabat ZPBS menganjurkan Program Motivasi UPSR pada 25 Jun 2019 bertempat di SK Tombovo, Putatan yang dihadiri oleh seramai 107 orang pelajar tahun enam di sekolah tersebut.

Para peserta program yang terlibat pada Program Motivasi UPSR.

Pejabat ZPBS sekali lagi menganjurkan Ceramah Motivasi UPSR pada 27 Jun 2019 bertempat di SK Inanam II, Kota Kinabalu yang dihadiri oleh seramai 190 orang pelajar tahun enam sekolah tersebut.

Penceramah jemputan, dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Rozita @ Uji binti Mohammed (berdiri) menyampaikan ceramah motivasi pelajar UPSR.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

53


Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar diteruskan lagi pada 18 Julai 2019. Kali ini program tersebut dianjurkan bertempat di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu. Seramai 99 orang pelajar tahun enam terlibat dalam program tersebut.

Penceramah daripada UiTM, Dr. Sharifah Nurafizah Syed Annuar menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid.

Seterusnya, pada 18 Julai 2019, pejabat ZPBS menganjurkan Program Motivasi bertempat di SMK Sungai Damit, Tuaran yang melibatkan seramai 105 orang pelajar tingkatan lima di sekolah tersebut.

Penceramah jemputan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Mohd. Khairuddin Abdullah menyampaikan ceramah beliau kepada para peserta program.

Sebahagian pelajar SMK Sungai Damit, Tuaran yang menghadiri program motivasi tersebut.

Pada 27 Ogos 2019, pejabat ZPBS turut menganjurkan Program Motivasi Pelajar PT3 bertempat di SM St. Michael, Penampang. Program tersebut melibatkan seramai 181 orang pelajar tingkatan tiga di sekolah tersebut.

Penceramah jemputan dari UMS, Encik Fazli Abd. Hamid (berdiri) menyampaikan ceramah motivasi. 54

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PROGRAM PERTANDINGAN PIDATO Pada 29 Ogos 2019, pejabat ZPBS telah mengadakan Pertandingan Pidato Etnik, Bahasa Kadazandusun bertempat di SM St. Peter, Telipok. Seramai 14 orang pelajar dari sekolah menengah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu telah menyertai pertandingan tersebut.

Pengurus Kumpulan ZPBS, Encik Hanafiah Diman (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Ketua Panel Hakim, Puan Linah Nurlina Bagu (kiri sekali), wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Puan Lorrendah Joseph (dua dari kiri), naib johan pertandingan, Cik Vercelli binti Dim (tiga dari kiri) dari SMK Bandaraya, Kota Kinabalu, johan pertandingan, Cik Janefer Anne Severinus (empat dari kanan), dari SM St. Peter, Telipok, pemenang tempat ketiga, Cik Joy Eden Johnny (tiga dari kanan) dari SMK Bandaraya, Kota Kinabalu, Penolong Kanan Pentadbiran, SM St. Peter, Telipok, Puan Chui Sai Choo (dua dari kanan) dan panel hakim, Puan Sitiamah Sahat (kanan sekali).

PROGRAM KRAFTANGAN Pejabat ZPBS telah menganjurkan Program Latihan Kraftangan Berasaskan Rimba (Kraf Wakid) pada 25 hingga 28 Jun 2019 bertempat di Pusat Kraftangan Babagon, Penampang. Seramai 15 orang peserta telah mendapat manfaat hasil daripada program tersebut.

Peserta kursus sibuk menyiapkan hasil kraf masing-masing di bawah seliaan Pengerusi Pusat Kraftangan Babagon merangkap jurulatih kraf tangan, Encik Andreas Doon Mollinggun (dua dari kiri).

BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH

Encik Andreas dengan hasil kerja tangan peserta kursus.

Kumpulan Yayasan Sabah menerusi pejabat ZPBS telah mengagihkan pembayaran Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) di sekolah-sekolah di bawah seliaan pejabat ZPBS pada bulan Jun 2019.

Penerima BMYS dari SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu bersama Pegawai Kawasan Kota Kinabalu, Puan Jessie Toiloh (dua dari kanan).

Penerima BMYS dari SM Konven St. Francis, Kota Kinabalu.

Penerima BMYS bersama Pengetua SMK Timbua, Ranau.

Penerima BMYS bersama Pengetua SMK Kemburongoh, Ranau. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

55


ZON PANTAI BARAT UTARA CERAMAH MOTIVASI SPM Ceramah Motivasi Pelajar SPM dan Keibubapaan telah diadakan di SMK Banggi, Kudat pada 23 Julai 2019. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan Kaunseling, SMK Banggi dan Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU). Seramai 145 orang pelajar dan 56 orang ibu bapa mendapat manfaat menerusi program tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi suntikan semangat kepada pelajar agar belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan cemerlang. Di samping itu para ibu bapa juga diberi panduan bagaimana mendorong anak-anak mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik. Pegawai Tadbir ZPBU, Encik Binol Darimbang menyampaikan ceramah “Seiring Merintis Keunggulan, Bersatu Menuju Kejayaan” kepada pelajar yang hadir.

Para pelajar dan ibu bapa bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa program.

PAMERAN SEMPENA FESTIVAL KUDAT

SEMINAR PECUTAN AKHIR UPSR

Pada 26 hingga 28 Julai, 2019, pejabat ZPBU telah menyertai pameran di Festival Kudat. Festival Kudat merupakan program yang diadakan setiap tahun di daerah Kudat sebagai satu daya tarikan kepada para pelancong. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Di festival ini, gerai Kumpulan Yayasan Sabah telah mendapat tempat kedua sebagai “Gerai Pameran Jabatan Tercantik Antara Jabatan-Jabatan”.

Pada 27 Ogos 2019, pejabat ZPBU telah mengadakan Program Pecutan Akhir UPSR bertempat di SK Talantang, Kota Marudu. Program yang merupakan anjuran bersama pejabat ZPBU dan SK Talantang, Kota Marudu ini telah memberi manfaat kepada seramai 60 orang pelajar tahun lima dan enam. Penceramah bagi program ini ialah pensyarah UMS, Dr. Musirin bin Mosin.

Datuk Seri Madius menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah. 56

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Maklum balas yang positif para pelajar terhadap ceramah Dr. Musirin.


SEMINAR MOTIVASI SPM Pejabat ZPBU dengan kerjasama SMK Pitas II telah menganjurkan Seminar Motivasi SPM pada 26 September 2019. Seramai 171 orang pelajar telah mendapat manfaat menerusi program tersebut. Ceramah bagi program ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Sobri bin Ismail dari Universiti Malaysia Sabah.

Calon-calon SPM dan pelajar tingkatan empat bergambar kenangan bersama penceramah dan ahli pengelola Seminar Motivasi Pelajar Calon SPM SMK Pitas II.

Para pelajar memberikan tumpuan kepada ceramah yang sedang berlangsung.

Encik Sobri (berdiri) sedang berinteraksi dengan para pelajar ketika menyampaikan ceramahnya yang bertajuk “Prinsip Kejayaan Pelajar SPM�.

KURSUS LANJUTAN SENI KRAF TEMPURUNG KELAPA Pejabat ZPBU telah menganjurkan Kursus Lanjutan Seni Kraf Tempurung Kelapa bertempat di Kg. Sungai Eloi, Pitas pada 4 hingga 11 September 2019. Program ini bertujuan untuk membimbing para peserta mempertingkatkan mutu produk kraf di samping memastikan agar seni warisan budaya tempatan berterusan di daerah berkenaan. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada penduduk setempat menyertai kursus tersebut. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Enting Sambing, seorang pengusaha kraf dari Pitas, selaku jurulatih kursus. Kelihatan para peserta kursus bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan masing-masing.

Salah seorang peserta kursus menunjukkan seni dan kemahirannya menghasilkan produk kraf anting-anting dan tangkai kunci tempurung kelapa.

Gambar produk kraf tangan yang dihasilkan oleh peserta kursus.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

57


KEJOHANAN

TERBUKA KUMPULAN YAYASAN SABAH Pasukan Aggong FT dan Pasukan Fuerte masing-masing muncul juara kategori lelaki dan wanita di Kejohanan Futsal Kumpulan Yayasan Sabah yang dianjurkan oleh Innoprise Capital Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah. Pertandingan ini berlangsung dari 28 hingga 29 September 2019 bertempat di Arena Futsal Kumpulan Yayasan Sabah, Teluk Likas. Dalam kategori lelaki, pasukan Aggong FT menewaskan HM FT, dengan jaringan 2-1, manakala dalam kategori wanita, pasukan Fuerte berjaya menewaskan Kesumba UMS, 1-0. Pemenang bagi kategori lelaki dan wanita memenangi wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi manakala naib johan dan pasukan peringkat separuh akhir membawa pulang wang tunai masing-masing berjumlah RM3,000 dan RM1,000 dengan trofi.

Aksi perlawanan akhir wanita di antara pasukan Fuerte (jersi hijau) dan Kesumba UMS.

Gambar berkumpulan, Pengurus Kanan Innoprise Capital Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohd. Idris Shafie (belakang, empat dari kanan) bersama pasukan Aggong FT, juara kategori lelaki.

Gambar berkumpulan, Tuan Haji Mohd. Idris Shafie (belakang, tiga dari kanan) bersama pasukan Fuerte, juara kategori wanita.

Aksi perlawanan akhir lelaki di antara pasukan Aggong FT (jersi kuning) dan HM FT.

58

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


CORETAN

FUTSAL

TERBUKA

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

59


SAEF

JAGUH TEN PIN BOLING KUMPULAN YAYASAN SABAH

Saef-Ul Baree Rusnan, staf Zon Pantai Barat Selatan menjadi juara keseluruhan dalam Kejohanan Ten Pin Boling Dalaman Kumpulan Yayasan Sabah anjuran Innoprise Capital Sdn. Bhd. bertempat di CPS Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu pada 20 Julai 2019. Pertandingan boling ini telah disertai seramai 33 orang staf yang terdiri daripada 17 orang wanita dan 16 orang lelaki. Dalam kejohanan tersebut sebanyak lima kategori telah dipertandingkan iaitu kategori keseluruhan, kategori terbuka lelaki dan wanita serta kategori novis lelaki dan wanita. Kategori terbuka lelaki telah dimenangi oleh Encik Pudin Ibrahim dari Zon Pantai Barat Utara manakala wanita dimenangi oleh Puan Nurhidayah Ayub dari Bahagian Pembangunan Pendidikan. Dalam pada itu, Encik Mohd. Fikri Putung dari University College Sabah Foundation (UCSF) telah memenangi acara novis lelaki manakala kategori wanita disandang oleh Cik Fatin Liyana binti Hossin dari Unit Perundangan.

Tuan Haji Idris (kanan) menyampaikan hadiah kepada Encik Saef.

Menurut Pengurus Kanan Innoprise Capital Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohd. Idris Shafi perlawanan boling ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk penyertaan dalam acara-acara sukan yang besar seperti Pesta Sukan antara YayasanYayasan Se-Malaysia (PESAYA) di samping mengeratkan lagi silaturahim di antara staf Kumpulan Yayasan Sabah. Pertandingan boling ini akan diteruskan di masa akan datang sebagai acara tahunan.

Aksi-aksi para juara dalam kategori masing-masing.

Gambar berkumpulan para peserta bersama Tuan Haji Idris (tengah).

EDITORIAL PENASIHAT Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Farrah Fadzil Mairon Somineh Sipin Stephen Jilimin SUMBANGAN RENCANA Staf CCD Staf UCSF Staf Sabah Softwoods Berhad

Staf Bahagian Urus Setia Korporat Staf Pejabat-pejabat Zon REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Juliana Lim Ahmad Fauziee bin Wasimin Mawi Haji Hassan JURUGAMBAR Samson Lawrence Jeffrey R. Baxter Bertille Alex Boyou Zairulazrin Delin Stephen Jilimin Staf UCSF

Staf Sabah Softwoods Berhad Staf Bahagian Urus Setia Korporat Staf Pejabat-pejabat Zon TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Unit untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Kumpulan Yayasan Sabah.

Profile for Yayasan Sabah Group

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH VOL.3/2019  

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH VOL.3/2019  

Advertisement