Titas - Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina (Group 3)

Page 1

TITAS JUNE 2021 MPU3123

AMELIA KHO SHI TING ID: 0349977

DYLAN HO WEI SHEARN ID:0350074

GOH RUN YIN

LAI WEN KANG

ONG ZI XUAN

ID: 0342701

ID: 0349615

OU YANG SHING WEI ID:0349362

ID:0349594

IRIS YEO WAN YING ID:0349984

JACELYN CHONG XIN YUN ID:0349670

TEH CI EN

WONG HUI YI

ID:0343469

ID: 0348591


Bersyukur kami kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan Kursus Subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dengan lancar dan berjaya. Pertama sekali, kami sekumpulan sekumpulan pelajar dari Taylor’s University ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Firdaus Ramli. Hal ini disebabkan beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Taylor’s Universiti kerana telah memberikan peluang dalam mempelajari modul TITAS serta menghasilkan tugasan berkenaan modul ini yang telah banyak meningkatkan ilmu pengetahuan kami berkenaan Tamudun sejarah.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan tugasan ini. Tanpa sokongan dan dorongan, kalian mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakanrakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu Amelia Kho Shi Ting, Dylan Ho Wei Shearn, Goh Run Yin, Jacelyn Chong Xin Yun, Lai Wen Kang, Ong Zi Xuan, Ou Yang Shing Wei, Iris Yeo Wan Ying, Teh Ci En dan Wong Hui Yi yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kita menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam tugasan ini. Harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cermerlang. Lebih-lebih lagi, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampai maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.


Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum-kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam,muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum. (Lateh, 2010). Dalam perihal ini, sebuah tugasan untuk menyelidik komponen tamadun yang terdapat di Malaysia secara mendalam telah diberikan kepada kami sekumpulan pelajar dari Taylor’s University. Untuk maklumat semua, tajuk yang kami kaji adalah “Seni Tarian Masyarakat Tradisional Cina”. Oleh sebab kesefahaman kami yang cetak terhadap budaya tradisional masyarakat cina dalam aspek tarian, kami telah memilih tajuk ini supaya dapat menyelidik tarian tradisional cina secara teliti dengan menyatakan dan menjelaskan beberapa jenis tarian tradisional cina serta keistimewaan tarian tradisional masing-masing. Dengan berbuat demikian, sudah pasti golongan remaja dan generasi muda masyarakat Malaysia akan lebih menghargai dan mewarisi budaya tarian sebegini secara turun-temurun. Hal ini amat penting untuk memastikan tarian tradisional sesebuah kaum tak lapuk ditelan zaman kerana generasi muda akan mengglembengkan tenaga bagi mempertahankan budaya kaum masing-masing dan tidak bersikap bagaikan kacang lupakan kulit. Bagi menjalankan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh, maklumat dari internet telah kami gunakan dengan sepenuhnya. Menurut Cikgu Izza (2012), seni tarian masyarakat cina sering ditonjolkan semasa sambutan Tahun Baharu Cina. Antara tarian yang sering dipersembahkan ialah tarian singa, tarian naga dan seni kipas. Tarian-tarian tradisional ini juga semakin popular sehingga dipertandingkan sehingga peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, seni jiwabangsa masyarakat cina ini akan dapat dihayati seluruh dunia serta memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mencuba tarian-tarian tersebut seperti bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”.


Dalam keghairahan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2050 yang berasaskan kemajuan sains dan teknologi, tidak dinafikan bahawa warisan budaya tradisional semakin hari semakin menghadapi ancaman kepupusan. Jadi, objektif kajian ini bertujuan untuk mendidik anak-anak Malaysia supaya tidak dihanyutkan oleh budaya barat dan gigih mempertahankan warisan budaya yang terdapat di tanah air kita. Melalui tugasan ini, pembaca-pembaca akan sedar akan asal usul serta keunikan budaya sesebuah kaum dan bangsa. Dalam konteks ini, seni tarian tradisional masyarakat cina mengingatkan kita tentang kedatangan cina dan kesulitan hidup nenek moyang kita. Dalam perkataan yang lain, kajian ini bukan sahaja berfungsi sebagai pendidikan kepada generasi muda, kajian ini juga memainkan peranan yang penting untuk mendorong anak-anak Malaysia supaya mempunyai anjakan paradigma dan bersikap bagai direndam tak basah, dibakar tak hangus dalam mendepani cabaran mengekalkan tradisi kaum masing-masing. Setiap anggota masyarakat seharusnya bertindak secara bijak, berfikir secara rasional dalam memelihara dan memulihara warisan budaya dan tradisi kaum di negara kita bagi mengekalkan identiti dan kedaulatan Malaysia. Yang terpenting, kajian ini juga berojektif untuk membolehkan kaum-kaum memahami budaya dan tradisi antara satu sama lain. Misalnya, kaum-kaum lain dapat mempelajari seni tarian tradisional masyarakat cina melalui kajian ini. Dengan persefahaman antara kaum- kaum di Malaysia, hubungan dan perpaduan bangsa sudah pasti dapat dikukuhkan demi membantu negara yang kita semua cintai ini mencapai status negara maju dan dipandang mulia oleh negara lain.


ISI KANDUNGAN PG 2- 4

PERHARGAAN PENGENALAN OBJEKTIF KAJIAN

PG 6-12

TARIAN NAGA -pengenalan -sejarah -legenda

PG 13-19

-struktur -persembahan -kostum

TARIAN SINGA -pengenalan -tarian singa di Malaysia -jenis tarian singa -perayaan Tahun Baru Cina -asal-usul -ciri-ciri penari

PG 20-26

TARIAN KIPAS -asal-usul -tarian kipas di Malaysia -klasifikasi

-fungsi -pergerakan kipas -seni pertahankan diri

PG 27-37

REKFLEKSI DIRI

PG 38

VIDEO

PG 39

KONKLUSI

PG 40

LAMPIRAN

PG 41-43

RUJUKAN


• Pengenalan

• Sejarah • Legenda

• Struktur • Persembahan • Kostum


PENGENALAN -TARIAN NAGA

Bah kata perpatah "Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga". Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan contohnya, orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.Naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan dan telah mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina. Mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga. Tarian pada Tahun Baru Cina

(Source: gummysfssquare, 2013)


SEJARAH -TARIAN NAGA Tarian Naga ini berasal dari zaman Dinasti Han (tahun 180-230 SM) dan dimulai oleh orang-orang Tionghoa yang memiliki kepercayaan dan rasa hormat yang besar terhadap naga. Tarian ini sudah menjadi acara popular di zaman Dinasti Sung (960-1279 M) di mana acara ini telah menjadi sebuah kebudayaan rakyat dan, seperti barongsai, sering tampil di perayaan-perayaan yang meriah. Perbuatan naga Dinasti Han juga disebutkan di Tang dan Dinasti Song. Pelbagai tarian naga telah berkembang di pelbagai wilayah di China dan dikatakan telah dikembangkan pada tahun 1200-an. Satu bentuk tarian naga dari Tongliang Daerah dimulai pada tahun Dinasti Ming dan menjadi popular di Dinasti Qing. Pada era moden, pemerintah Republik Rakyat China menyesuaikan dan mempromosikan pelbagai tarian rakyat tradisional yang menyumbang kepada populariti bentuk tarian naga sekarang yang banyak terdapat di China dan juga masyarakat Cina di seluruh dunia.

PERTANDINGAN TARIAN NAGA

(Source: Yulia, n.d.)


LAGENDA -TARIAN NAGA

Naga merupakan seekor haiwan sakti yang bertanggungjawab menurunkan hujan dan tarian naga ini biasanya akan berlangsung sepanjang perayaan Tahun Baru Cina sebagai doa bagi mendapat hujan sepanjang tahun. Sebenarnya, terdapat sebuah kisah yang menyebabkan naga disukai masyarakat cina. Pada suatu masa dahulu, sebuah kota masyarakat yang harmoni serta mempunyai kesuburan tanah telah dilanda banjir sehingga mengalami kemusnahan harta benda.Tetapi anehnya, hujan dan bencana itu hanya berlaku di dalam kota itu sahaja manakala di luar kota pula kemarau kering kontang. Bencana alam ini telah menyedarkan seekor naga bernama Qinglong yang tinggal dalam sebuah gunung di luar kota. Qinglong berasa sakit hati terhadap kejadian kota masyarakat itu lalu ia terbang ke langit ke tempat Maharaja Jed (Yu Huang Da Di) untuk meminta keadilan bagi rakyat-rakyat di kota itu. Pada masa itu, Maharaja Jed masih lagi tidak sedar dari mabuknya dan dia sedang tidur. Oleh itu, Qinglong memeriksa buku catatan hujan di dalam istana Maharaja Jed dan mendapati bahawa kesalahan tulisan dalam buku itu merupakan faktor kebanjiran di kota dan kemarau di luar kota tersebut. Dalam perihal ini, Qinglong memperbaiki kesalahan dalam buku catatan hujan tersebut dan akhirnya keadaan mula stabil kembali di kota itu. Namun, Maharaja Jed menyedari pengubahan buku catatan hujan itu dan dia berasa sangat marah. Dengan ini, Maharaja Jed menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Qinglong sehingga Qinglong cedera parah. Oleh sebab itu, masyarakat Cina mula memperingati jasa Qinglong pada hari ke15 Tahun Baharu Cina dan mereka akan membuat patung naga lalu mengelilingi kampung bagi merai jasa naga tersebut.

“YOU SHEN” -TAHUN 2020

(Source: MRM R&D Team, 2018)


STRUKTUR -TARIAN NAGA

Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Buku ini mencatat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna iaitu hijau, merah, kuning, putih dan hitam.

Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Walau bagaimanapun, kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau pada hari ini. Secara tradisional, naga terbuat dari kayu, dengan gelung buluh di bahagian dalam dan ditutup dengan kain yang kaya, namun pada zaman moden ini, bahan yang lebih ringan seperti aluminium dan plastik telah menggantikan kayu dan bahan berat. Naga boleh berkisar dari hanya 2 meter (10 kaki) yang dikendalikan oleh dua orang untuk paparan kecil, sekitar 25 hingga 35 meter (80 hingga 110 kaki) untuk model yang lebih akrobatik, dan hingga 50 hingga 70 meter (160 hingga 230 kaki) untuk gaya perarakan dan upacara yang lebih besar. Ukuran dan panjang seekor naga bergantung pada kekuatan manusia yang ada, kekuatan kewangan, bahan, kemahiran dan ukuran bidang. Panjang dan ukuran normal badan yang disarankan untuk naga adalah 34 meter (110 kaki) dan dibahagikan kepada 9 bahagian utama. Jarak setiap bahagian kecil (seperti tulang rusuk) berjauhan 35 cm (14 in). Oleh itu, badan mempunyai 81 cincin. Sebilangan besar juga boleh sampai 15 bahagian, dan beberapa naga sepanjang 46 bahagian. (Source: Kwek, 2010)


-TARIAN NAGA

PERSEMBAHAN

Dalam tarian ini, sepasukan individu yang berkemahiran tinggi akan memegang sebatang "naga" iaitu imej naga Cina dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralunalun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Untuk pengetahuan semua, Corak tarian naga disusun mengikut kemahiran dan pengalaman yang diperoleh oleh pelakon. Antara corak tarian naga ialah "Cloud Cave", "Whirlpool", “Tai Chi”, "mencari wang", "mencari mutiara", dan "naga mengelilingi tiang". Pergerakan "Dragon Chasing Pearl" menunjukkan bahawa naga itu selalu mencari kebijaksanaan. Persembahan dalam pasukan tarian naga menggabungkan beberapa elemen dan kemahiran seperti aktiviti cross-over, latihan menggabungkan dan mentaliti pasukan sukan dengan corak dan bakat kumpulan seni persembahan. Kemahiran asasnya mudah dipelajari tetapi latihan yang berdedikasi amat diperlukan untuk menjadi pelaku yang mahir sehingga pergerakan menjadi sifat kedua dan formasi kompleks dapat dicapai. Pergerakan ini bukan sahaja bergantung pada keterampilan anggota individu malah juga kerjasama dan penumpuan pasukan yang sempurna.

(Souece: Wikipedia-Tarian naga, n.d.)


KOSTUM

-TARIAN NAGA

Tarian Naga

ialah replika kepala Naga serta badan naga yang dibuat daripada kain atau kanvas. Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang pemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud ‘peluang’ atau ‘keuntungan’.Tarian ini berbentuk akrobatik,penari akan melompat sini sana untuk memungut ‘angpau’. Tarian ini diiringi paluan gendang yang kuat. Tarian ini kebanyakannya dimainkan semasa perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Chap Goh Meh. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu, kain, dan lainlain. Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi. Terdapat satu "naga", jalur buluh ditenun silinder untuk membentuk sangkar, kemudian memakaikan pakaian naga yang cantik. Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan tarian naga pada waktu malam dan ia sangat menarik. Adat bermain naga telah dibawa ke luar negara. Semasa perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan menari tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.

(Source: PenangKini, 2017)


TARIAN SINGA

-pengenalan -tarian singa di Malaysia -jenis tarian singa -perayaan Tahun Baru Cina -asal-usul -ciri-ciri penari


-TARIANSINGA

PENGENALAN Kebudayaan adalah salah satu daripada refleksi komuniti dan bangsa. Tarian Singa merupakan sebahagian adat dan warisan masyarakat Cina. Tarian Singa dipopulerkan sejak masa Dinasti Han kira-kira 206BC - 220AD. Oleh kerana Tarian Singa memainkan peranan yang penting disegi mitologi Cina begitu juga

mewakili

keriangan dan kegembiraan,

sepertimana penyampaian lagenda bertutur bahawa ianya dapat menghapuskan peristiwa yang jahat. Persiapan persembahan ini, wajib dilatih sepanjang tahun semata-mata untuk membuat persembahan pada masa Tahun Baru Cina dan juga pertandingan antarabangsa. Gaya penarian Tarian Singa, pergerakkan langkah-langkah dan kostum kelihatan serupa dengan singa yang sebenar. Biasanya, penari persembahan tersebut melibatkan dua orang, dimana satu penari diposisi dihadapan dan memegang serta menyokong kepala singa manakala pasangan penari yang kedua diposisi pada bahagian belakang akan menyokong bahagian belakang singa serentak dengan lagu persembahannya. Lagu yang dihasilkan adalah daripada gendang, simbal, instrumen gong yang dimainkan mengikut rentak musik diikuti dengan langkah-langkah penarian Tarian Singa. (Source : Lion Dances at Chinese New Year: Symbolism, Origins and Styles, 2021).

Tarian Singa dinikmati oleh setiap individu sama-ada orang tua atau kanak-kanak. Tradisi ini masih wujud dan sangat dihargai beramaian dan diseluruh dunia. Tarian Singa telah menjangkaui berdekad-dekad sehingga hari ini. (Source : Kay, P. , 2021)


-TARIAN SINGA

V.S

JENIS TARIAN SINGA Di dalam Tradisi Cina terdapat dua jenis tarian singa. Singa Utara dan Singa Selatan. Kedua-dua tarian ini berbeza antara satu sama lain dari segi gaya, penampilan dan persembahan.

Tarian Singa Selatan

berasal dari Guangzhou di Negara China. Ia didapati lebih popular dan reseptif terhadap penduduk di Singapura. Hiasan tarian singe ini dinampak dengan bulu yang agak pendek dan warna yang warni. Apabila persembahan tarian bermula, ia dimasukkan dengan “caiqing” yang bermaksud gaya akrobatik untuk memanjat setinggi beberapa tingkat dengan menggunakan tiang sebagai sokongan. Tanggapan tersebut ialah sebuah upacara ritual. Selain daripada itu, tarian ini juga menghiburkan dimana kelakuan singa dilihat menggaru-garu,menjilat bulu-bulu dan sebagainya. (Source : Vasu, S. , 2021).

Seterusnya, terdapat Tarian Singa Utara. Ia berdasarkan satu pasangan Singa Jantan dan Singa Betina. Penampilannya ialah dengan bulu yang panjang serta tebal dibahagian kepala dan badan. Pembezaan diantara jäntan dan betina adalah dengan warna-warna yang tersendiri. Kemunculan persembahan Singa Utara lebih menghiburkan kerana mempunyai sifat-sifat yang nyata. Persembahan ini juga membawa bermacam-macam corak pergerakan. Keseluruhannya, diantara kedua-dua Tarian Singa ini cukup memuaskan dan menggembirakan. (Source : Northern Lion Dance and Southern Lion Dance, 2021).


-TARIAN SINGA

ASAL USUL Tarian singa merupakan suatu tarian tradisional yang diwarisi oleh masyarakat Cina, terutamanya di Asia. Penari tarian singa akan memakai kostum singa dan meneladan pergerakan singa apabila menari. Sejarah tarian singa boleh dijejaki hingga zaman dinasti Tang. Terdapat banyak penyataan tentang asal usul tarian singa. Dalam adat orang Cina, singa dianggap sebagai pelindung dan ia boleh melindungi penduduk kampung daripada serangan semangat jahat. Oleh itu, orang Cina akan mempersembahkan tarian singa untuk menghalau semangat jahat. Tarian singa mula menyerap masuk dalam adat Cina dan dipopularkan pada zaman dinasti Tang. Kini, tarian singa diwarisi di banyak negara seperti China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam. Terdapat banyak versi tarian singa sebab tarian ini amat popular di Asia. Setiap negara mempunyai corak yang berlainan. Yang paling sejagatnya ialah Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan. (Source: : Symbolism, Origins and Styles, 2021)

Tarian Singa Utara berasal dari bahagian utara China. Tarian ini dipersemabhkan bagi tujuan hiburan seperti menghiburkan keluarga diraja. Kostum singa ini berbulu jingga-kekuningan yang membuat ia nampak lebih realistik. Bagi singa jantan, kepalanya akan diikat reben merah manakala bagi singa betina, kepalanya akan diikat reben hijau. Tarian singa ini mengandungi banyak pergerakan dan memerlukan penari yang lebih fleksibel. Tarian Singa Selatan adalah tarian singa yang wujud dan diamalkan di Malaysia. Tarian singa ini berasal dari Guangdong. Biasanya, tarian ini sering dipersembahkan bagi tujuan istiadat seperti upacara menghalau semangat jahat dan meminta tuah. Kostumnya pula berbeza dengan Tarian Singa Utara. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan badannya adalah diperbuat daripada kain tahan lasak dihiasi bulu. Pergerakan tarian ini terutamanya focus pada bergiliir, bergulung, berlompat, menggaru dan sebagainya. (Source:Dans C’ Kay ,2018)


-TARIAN SINGA

TARIAN SINGA DI MALAYSIA Berdasarkan kisahan di atas, tarian singa bukan sahaja untuk tujuan hiburan, tetapi juga bagi tujuan istiadat. Di Malaysia, tarian singa biasanya dipersembahkan untuk

membawa tuah dan

rezeki, yang mana adalah bagi tujuan istiadat. Kaum Cina mempercayai bahawa tarian singa boleh menghalau kejahatan dan membawa tuah. Kepercayaan ini telah dalam menyerap di masyarakat Cina di Malaysia. Oleh sebab itu, tarian singa dapat dinampak pada pelbagai perayaan dan majlis kaum Cina. Bukan sahaja Tahun Baru Cina, tarian singa turut dipersembahkan atas majlis perkahwinan, ulang tahun kelahiran, pembukaan perniagaan dan sebagainya. (Source: Perayaan & makna tarian singa,2013)


-TARIAN SINGA

Perayaan Tahun Baharu Cina

Tarian singa sudah menjadikan salah satu tradisonal persembahan yang terkenal di Malaysia dan juga serantau Asia Tenggara apabila perayaan-perayaan kaum Cina, terutamanya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Ia bukan merupakan sejenis persembahan hiburan di atas pentas sahaja. Tambahan pula, tarian singa juga merupakan sejenis adat yang tradisional bagi masyarakat Cina. Hal ini disebabkan tarian singa melambangkan sesuatu gambaran penanda yang baik kepada seseorang. Namun begitu, ia tidak lagi dikaitkan dengan raksasa yang tidak pernah wujud itu. Apabila sambutan Tahun Baharu Cina di Malaysia, kumpulan tarian singa sering mendapat peluang perkerjaan untuk membuat persembahan di mana-mana kediaman, kedai, dan juga sekolah untuk membawa kegembiraan dan tuah. (Source: munirah78696, 2013) Misalnya, sebahagian tuan rumah yang terdiri daripada bangsa Cina akan mempersilakan penari-penari singa selatan pergi ke rumahnya untuk mempersembahkan tarian tersebut. Penari- penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa yang pelbagai warna seperti merah, kuning dan hitam. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang

mendekati sebiji buah atau sayur dan “makan” buah tersebut. Biasanya, buahdikatakan akan membawa tuah. Lagipun, singa-singa akan

buah ini digantung di tempat tinggi. Oleh itu, singa-singa akan menari ke arahnya sementara penari di dalam kepala singa harus mencapai dan mengupas buah itu tanpa menghentikan tarian. Perlakukan ini adalah untuk menunjukkan kekayaan. Akhirnya, singa-singa ini akan mendekati orang ramai yang ingin menghulurkan sampul merah iaitu “angpau”, sebagai ganjaran untuk persembahan mereka yang amat menarik. ( Source: Tarian Singa, Bukan Harimau, 2020)


-TARIAN SINGA

Ciri-ciri Penari Peranan tarian singa dimainkan oleh sesiapa yang berminat dengan tarian tradisonal yang istimewa ini. Peminat tersebut boleh menyertai rombongan atau persatuan tarian singa di mana-mana tempat yang berada untuk belajar tarian singa. Biasanya, penaripenari merupakan

golongan remaja dan terdiri daripada

pelbagai kaum seperti orang Cina, orang Melayu, dan sebagainya. Sebenarnya, belajar tarian singa bukan merupakan sesuatu aktiviti yang mudah. Penari memerlukan tubuh yang kuat kerana penari di bahagian hadapan perlulah memegang kepala singa yang sekitar 4 hingga 7 kilogram sebanyak 30 minit. Bukan itu sahaja, penari yang memainkan peranan di bahagian ekor singa perlulah mengangkat penari di bahagian hadapan ketika persembahan. Lagipun, penari mestilah menguasai gerakan akrobatik yang agak sukar seperti mengangkat tubuh untuk menampakkan gerakan singa itu ‘berdiri’ serta memastikan tarian mereka sempurna mengikut rentak paluan gendang. Oleh itu, ahli kumpulan mestilah bekerjasama dan berusaha apabila berlatih supaya persembahan tarian singa tersebut boleh disembahkan dengan sempurna. (Source: 7 murid Melayu ‘kuasai’ tarian singa, 2021; Lim May Lee, 2016)

Tambahan pula, sebagai penari tarian singa, seseorang haruslah mengorbankan banyak masa untuk berlatih sehingga mahir bersama ahli kumpulan terutamanya sebelum menyertai pertandingan tarian singa. Oleh demikian, sebahagian penari berputus asa untuk belajar tarian singa kerana mereka tiada masa yang mencukupi untuk berlatih. Di samping itu, penari memerlukan

keberanian untuk melompat di atas jong yang setinggi lapan kaki. Kesimpulannya, belajar tarian singa memang sukar terhadap pemula maka peminat haruslah bertekun dan mempunyai beberapa ciri-ciri yang seperti di atas supaya dapat mempersembahkan tarian singa dengan menarik.

(Source: Tarian Singa, Bukan Harimau ,2020 )


TARIAN KIPAS • • • • • •

Usul-Asal Tarian kipas di Malaysia Klasifikasi Fungsi Pergerakan kipas Seni mempertahankan diri


Usul-Asal

-TARIAN KIPAS

Tarian kipas berasal dari Korea, pada mula-mulanya merupakan tradisi Korea Shamanisme dan kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk tarian telah mempunyai 3000 tahun sejarah. Hari ini, tarian kipas telah menjadi satu latihan yang disayangi oleh masyarakat pertengahan umur. Tarian kipas dikenali budaya Cina bukan sahaja. Terdapat Jepun, tarian Korea, mempunyai sekurang-kurangnya akar yang mendalam dan perbezaan khusus mereka. (Source: Staff, 2020)

Masa kejadian tarian Jepun dengan kipas angin dianggap sebagai tempoh pemerintahan Maharaja Jimmu (menurut pelbagai sumber, kira-kira 600 SM. E., Atau kira-kira 300 SM. E.), mahkamah ini sering mengadakan persembahan dengan aksesori ini. Di Jepun mengadakan persembahan tunggal lebih biasa. Dance ialah yang lambat, tenang, unsur-unsur yang ringkas berulangan juga dilengkapi dengan penambahbaikan. Satu peranan khas dimainkan oleh peminat. Pada mulanya dikemukakan keindahannya, jadi bahagian besar daripada usaha masuk ke dalam pembuatan subjek. Untuk majlis khas tuan Jepun boleh melakukan peminat gaharu dengan gading,

ibu mutiara, emas dan batu permata. (Source: Nurrazimah, 2011)


TARIAN KIPAS DI MALAYSIA -Tarian Kipas

Tarian Kipas terkenal di

Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian

istana kerana sering ditarikan pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada Wanita. Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas . Penari-penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang Panjang yang disemat pada bahu. (Source: Seni dan Budaya Malaysia, n.d.) Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita dan 2 orang lelaki. Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunayai erti yang sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka. Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu mempercayai “ Feng Shui ” . “ Feng Shui ” merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan kepada seluruh anggota masyarakat. (Source: Birmiss, 2012)


KLASIFIKASI -TARIANKIPAS Tarian Kipas dibahagikan kepada dua jenis , iaitu Tarian Kipas Rakyat dan Tarian Kipas Militer. Pergerakan.antara dua jenis Tarian Kipas ini berbeza-beza berdasarkan klasifikasinya.Tarian Kipas Rakyat dipersembahkan dengan lebih mengalir , terperinci , rahmat dan keindahan.Selain itu , tarian ini merangkumi peminat yang berwarna-warni dan kostum yang cantik akan dipakai . Hal ini demikian kerana Tarian Kipas Rakyat ini sering dipersembahkan di festival budaya dan acara orang awam yang lain.Contohnya,Tarian Kipas Rakyat akan ditarikan pada majlismajlis perkahwinan diraja pada zaman dahulu. Tarian Kipas Rakyat juga berasal dari tarian awal yang meraikan pengedaran makanan yang dikumpulkan dari perburuan dan memancing. Pada zaman dahulu , tarian ini menunjukkan perasaan yang santai atau sebuah cerita kepada penonton. (Source: Yl, XG, & YI, 2012) Di samping itu , seperti nama Tarian Kipas Militer , tarian ini dipersembahkan oleh kaum tentera dengan lebih kasar sejak zaman dahulu .Tarian Kipas Militer tidak menggunakan alat peraga kerana ditarikan dengan gerakan dan persenjataan yang terkoordinasi untuk menunjukkan keseragaman dan kewibawaan sesebuah kerajaan .Kaum tentera menampil Tarian Kipas Militer ini dengan pakaian seragam dan senjata yang adanya seperti kipas besi . Apabila kaum tentera mempersembahkan Tarian Kipas Militer ini , kostum mereka akan bertema keseriusan,iaitu beruniform atau berpakaian dengan sederhana .Persembahan Tarian Kipas Militer ini akan lebih serius daripada Tarian Kipas Rakyat . (Source: Martes & Marso13, 2012)


-TARIAN KIPAS

FUNGSI

Fungsi antara Tarian Kipas Rakyat dan Tarian Kipas Militer mengadakan berbeza . Seperti kebanyakan bentuk tarian rakyat yang lain, Tarian Kipas Rakyat dikembangkan sebagai cara untuk mempersembahkan sebuah cerita, memelihara budaya dan menyampaikan perasaan bersama emosi dengan tanpa kata-kata kepada para penonton paza zaman terdahulu. Tarian ini sering dipersembahkan pada muslim perayaan ataupun sebagai rancangan hiburan dalam sesuatu majlis untuk menghadirkan suasana yang harmoni dan santai.Untuk Tarian Kipas Militer,tarian ini dipersembhakan oleh kaum tentera dengan lebih serius dan rasmi untuk menunjukkan kewibawaan dan keseragaman sesebuah kerajaan. Kesimpulannya,bentuk komunikasi dan pemeliharaan ini sangat penting bagi orang Cina, kerana tarian bermula sebelum simbol bertulis. Tarian Kipas Cina merangkumi jenis semantik, simbolisme, perbendaharaan kata dan struktur tertentu untuk membolehkan penari menyampaikan maksudnya.

(Source: Wong, 2013)


-TARIANKIPAS

PENGERAKAN

Di China, rumah kepada pelbagai kumpulan etnik. Penari dalam pakaian berwarna-warni terang anggun bergerak dalam balet, menekankan pergerakan mereka webs kecil. Festively kipas dihiasi boleh lipat dan terungkap, untuk membuat menyapu besar dan hampir gementar, mencurah corak mereka sempadan udara di sepanjang pinggir atas.Tidak ada unsur melompat, hanya mengandalkan kecepatan tangan dan kaki untuk berpindah tempat. “Gerakannya

lebih banyak bermain pada pinggang, tangan dan kaki,” jelasnya. (Source: Kezia, 2013)

Walaupun pelaksanaan adalah sedikit seperti balet (licin, kebijaksanaan, rahmat), tetapi pergerakan itu tidak begitu sukar, dan sesungguhnya penggubalan mempunyai tujuan lain.Tarian Cina klasik menekankan ekspresi dan penyelarasan kerumitan teknik pergi di tepi jalan. Dia hebat sesuai untuk kanak-kanak. Pergerakan kumpulan Ritual secara beransur-ansur merosot menjadi satu bentuk seni. Pergerakan boleh licin dan dinamik. Ia semakin bertindak untuk memberikan kecerahan dan identiti menggunakan atribut tambahan - tudung, peminat, bulu.Menurut Mega Wati, pelatih senam Yuan Ji, gerakan dalam senam itu dapat memperlancar peredaran darah. “Senam ini juga dapat membuat hati senang. Sebab, ada berbagai unsur gerakan tari di dalamnya,” katanya. (Source: Evolution Dance Production, n.d.)


-TARIANKIPAS

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI Tarian Cina tentera menyerupai pelbagai jenis bergerak pertempuran, ia boleh dilihat semasa perarakan tentera dan pameran. Sebaliknya, peminat biasa digunakan senjata. Tetapi teknik adalah sama dalam kedua-dua jenis, susunan tentera memerlukan pergerakan yang lebih tepat dan tegar. Selalunya dalam tarian tentera, terdapat unsur-unsur seni mempertahankan diri.Selain gerakan tari, dalam senam tersebut ada gerakan

bela diri, yakni kungfu

dan taijiquan. Kerana itu, olah badan tersebut memiliki manfaat berlipat bagi tubuh. “Intinya, senam ini dapat menyehatkan jasmani dan rohani,” ujar dia. (Source: Siam & Ang, 2018)

Tarian Kipas terkenal di negeri Perak dan tarian ini diambil daripada gerakan seni mempertahankan diri Melayu iaitu pencak

silat. Tarian ini hanya ditarikan oleh wanita. Keunikan tarian ini adalah pada penggunaan kipas besar dan selendang panjang yang menjadi prop utama. (Source: Lynn, 2017) Banyak ragam olah tubuh yang bisa dipilih sesuai dengan kemampuan dan kesenangan. Akhir pekan ini, Anda bisa mencoba senam Yuan Ji Kipas Kungfu. Senam yang gerakannya mengandung unsur seni tari tersebut tidak hanya berfungsi menjaga kebugaran tubuh. Tapi, senam itu juga bisa menjadi terapi penyembuhan diri. (Source: Sock, 2017)


REFLEKSI DIRI Ahli-ahli kumpulan LAI WEN KANG

ID: 0342701

ONG ZI XUAN

ID: 0349615

GOH RUN YIN

ID:0349594

OU YANG SHING WEI

ID:0349362

WONG HUI YI

ID: 0348591

DYLAN HO WEI SHEARN

ID:0350074

TEH CI EN

ID:0343469

AMELIA KHO SHI TING

ID:0349977

JACELYN CHONG XIN YUN

ID:0349670

IRIS YEO WAN YING

ID:0349984


REFLEKSI DIRI -LAI WEN KANG

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia, nama saya Lai Wen Kang dan saya merupakan ketua kumpulan. Saya juga merupakan seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran ijazah dalam Bachelor of Laws di Taylor’s Universiti. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu Encik Firdaus Ramli kerana beliau telah memberikan bimbingan kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tugasan ini telah meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam aspek sejarah tamadun-tamadun Islam dan Asia. Namun, apa yang terpenting ialah saya telah mempelajari banyak perkara berkaitan dengan komunikasi dan kerjasama. Komunikasi merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Antara kepentingan kemahiran berkomunikasi ialah kepentingan komunikasi dari segi hubungan insan iaitu kemahiran dalam hubungan dengan orang lain adalah bergantung pada kesefahaman kita tentang psikologi, ilmu tentang pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Dalam tugasan ini, setiap anggota kumpulan telah berkomunikasi dengan baik dan hal ini telah memudahkan segala proses penghasilan tugasan ini. Contohnya, kami berhubung melalui laman sosial seperti Telegram dan kami telah menubuhkan satu kumpulan di Telegram untuk kami berkomunikasi dan memberi pendapat masing-masing untuk menyiapkan tugasan ini. Nasib baiklah semakin hari kemahiran komunikasi antara kami semakin baik dan hari ini kami telah menemui keserasian antara kami. Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab amat diperlukan semasa melakukan kerja berkumpulan. Tanpa komitmen dan tanggunjawab yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Bak kata pepatah: “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Walaupun tugas ini tidak mudah untuk disiapkan, setiap ahli kumpulan telah bersama-sama menghadapi kesusahan sehingga mendapat hasilnya. Oleh itu, amalan bekerjasama adalah satu nilai murni yang patut diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Janganlah kita mementingkan diri sendiri dan bersangka baiklah kerana tanpa sedar banyak manfaat akan diperolehi daripada amalan bekerjasama.

Sepanjang proses pelaksanaan projek ini, kami sebagai seorang pelajar menyedari kepentingan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dalam kehidupan seharian. Subjek TITAS adalah sebuah subjek yang menarik dan sangat penting kerana melalui subjek ini kami dapat memahami dan mengetahui asal usul sesebuah tamadun, mengetahui pelbagai perbezaan antara tamadun dan sumbangan-sumbangan tamadun-tamadun tersebut terhadap perkembangan tamadun dunia. Tugasan projek ini juga turut memberi kami satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, di mana kami telah membina sebuah e-magazine secara berkumpulan. Bagi kami, pengalaman baru seperti ini merupakan satu lagi batu loncatan yang berharga untuk membawa diri ini ke aras yang lebih tinggi. Satu kemahiran yang tidak pernah kami terfikir untuk mempelajarinya, kini telah menjadi salah satu keistimewaan buat kami. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli kumpulan atas kerjasama mereka sepanjang tempoh penugasan ini. Saya berharap agar hasil dapatan kajian tugasan ini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh rakan-rakan dan saya pada masa hadapan. Sekian dari saya. Terima kasih.

.


REFLEKSI DIRI - ONG ZI XUAN

Salam sejahtera, nama saya Ong Zi Xuan dan saya merupakan seorang pelajar sedang melanjutkan pelajaran dalam program Bachelor of Business (HONS) of Finance and Economics di Taylor’s University Lakeside Campus. Melalui kursus ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang sering tolong-menolong antara sama satu lain. Selain itu, saya telah berpeluang mempelajari modul Tamaduan Islam dan Tamadun Asia serta menambah pengetahuan terhadap bidang ini. Dalam projek ini, saya telah dikebahagikan kepada bahagian Tarian Naga. Tarian naga ialah suatu tarian yang saya amat suka dalam tajuk Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina ini.Bukan sahaja saya, malah juga Huiyi dan Wenkang bersamasama mengambil berat bahagian ini. Kami telah mengenali antara satu sama lain dan mencari maklumat dan membincang serta menyempurnakan fikiran kami bersamasama.Dengan keadaan ini, saya berasa amat bersyukur dapat menyiapkan kerja dalam masa yang tepat.

Selain juga, saya berasa sedikit menyesal terhadap program ini kerana telah dijalankan melalui Internet sebabnya FMCO. Kami telah mencari pelbagai cara untuk berkomunikasi seperti menggunakan Zoom atau Google Meet. Video yang kami sampaikan telah melalui cara panggilan video. Kesimpulannya, saya hendak mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ahli kumpulan yang begitu kerjasama dan semoga setiap ahli hidup dalam sihat lagi gembira. Saya menentukan bahawa hasil kita akan dimanfaatkan dan digunakan pada suatu hari nanti. Sekian,terima kasih.


REFLEKSI DIRI - GOH RUN YIN Selamat sejahtera kepada semua ,nama saya Goh Run Yin. Saya merupakan seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran program Bachelor of Arts (Honours) Accounting and Finance di Taylor’s University. Dengan mengambil subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), saya dapat mengenali lebih banyak pengetahuan tentang masyarakat Malaysia antara pembagai kaum. Selain itu, kumpulan saya telah memilih seni tarian tradisional Cina , saya memilih tarian kipas sebagai topik saya .

Di samping itu, dalam tugasan ini, saya bertanggungjawab untuk membuat penyelidihan tentang perayaan dan makna Tarian Kipas. Seterusnya, saya mendapati bahawa semangat kerjasama amat penting dalam projek TITAS. Selain itu, saya juga belajar kepentingan komunikaisi antara ahli kumpulan. Saya juga dapat meningkatkan bahasa saya dengan berkomunikasi dan bergaul dalam bahasa. Saya juga dapat menghabiskan projek saya secara berkumpulan dengan cepat ,semua ahli kumpulan merupakan orang yang mesra dan sopan, kami bergaul dalam suasana yang harmoni. Usaha kami tidak sia-sia sahaja, kami berjaya menyiapkan projek ini dengan lancar. Dalam projek tersebut, terdapat juga aktiviti meragam video selepas menyiapkan dalam format menulis. Semasa membuat program ini, saya tidak dapat menafikan bahawa terdapat sedikit kekurangan. Tambahan pula, dengan melihat, membantu, dan melayan mereka juga, saya dan ahli kumpulan dapat merasakan hubungan yang semakin erat dipupuk antara saya dengan rakan-rakan projek kumpulan ini.Melalui program yang telah dijalankan ini, saya telah mendapat banyak input dan pengetahuan baru serta pengalaman yang berharga berkaitan seni kemasyarakatan di sekeliling kita. Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya atas koordinasi mereka semasa menjalankan tugas ini. Saya berasa bersyukur kerana dapat belajar amat banyak ilmu pengetahuan tentang seni tarian kipas.


REFLEKSI DIRI

- OU YANG SHING WEI Selamat sejahtera kepada semua , nama saya Ou Yang Shing Wei . Saya berumur 19 tahun. Saya ialah seorang pelajar sedang melanjutkan pelajaran ijazah dalam Bachelor of Business di Taylor’s University lakeside campus Malaysia. Pertama sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Firdaus Ramli yang memberi peluang kepada saya untuk memahami tentang Tamadun Islam dan Tamadun Asia . Dalam modul ini , topik projek yang dipilih oleh kumpulan saya adalah seni tarian tradisional masyarakat cina di Malaysia . Selain itu, sebagai manusia, kita bertanggungjawab untuk mengetahui tentang asal-usul sejarah dan perkembangan kita sebagai masyarakat. Selepas mempelajari subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini , saya dapat mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan tentang asal-usul tarian kipas sebagai tradisi yang penting kepada kaum Cina . Di samping itu , Saya sedar akan kepentingan berkomunikasi dalam projek berkumpulan ini . Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menjalankan tugasan ini dengan kumpulan ini yang baik . Kesimpulannya, saya berasa gembira kerana dapat mengetahui tentang usul-asal seni tarian tradisional . Ia juga memberikan peluang untuk menambah ilmu pengetahuan tentang seni tarian tradisional di Malaysia . Saya berasa amat bernasib baik kerana dapat melibatkan diri dalam projek MPU ini .


REFLEKSI DIRI

-WONG HUI YI Akhbar baik semua,nama saya Wong Hui Yi. Saya kini mempelajari kursus Bachelor Finance and Economic di Taylor’s University.

Yang pertama,saya ingin gucapkan terima kasih kepada semua ahli pasukan dan ketua pasukan saya. Tanpa mereka, ini tidak dapat diselesaikan. Malaysia adalah negara berbilang kaum. Saya percaya bahawa kita telah menanamkan falsafah ini sejak kecil, dan saya juga membuat banyak projek mengenai budaya dan agama. Tetapi ini adalah kali pertama saya buat topik tarian. Kumpulan kami memilih tarian Cina sebagai tema, dan ini juga merupakan tema yang paling kita kenal. Sebab wabak covid 19 ini, kami hanya dapat membuat projek di rumah. Ini juga menambah kesukaran kita. Tetapi kumpulan kami juga menyelesaikan masalah ini melalui pembahagian tenaga kerja.Menghormati agama dan etnik masingmasing adalah sangat penting kerana di Malaysia, kita memerlukan satu sama lain untuk bergerak maju dan untuk masa depan yang lebih baik.Saya juga belajar tentang bagaimana mengurus masa dengan tetap.

Kesimpulannya,subjek TITAS membolehkan orang ramai mengetahui lebih banyak informasi tentang budaya dan agama tentang Malaysia.Saya menghargai peluang untuk membuat projek ini. Sekian terima kasih


REFLEKSI DIRI -Dylan Ho Wei Shearn.

Salam Sejahtera, nama saya Dylan Ho Wei Shearn. Saya merupakan seorang pelajar yang sedang mengambil kursus Bachelor of IT di University Taylors Malaysia. Mengambil subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia membolehkan saya belajar beberapa perkara megenai masyarakat Asia. Daripada itu, Kumpulan saya memilih Seni Tarian Tradisional masyarakat Cina untuk topik kami. Dalam kumpulan kami, saya bertangungjawab untuk membuat penyelidikan tentang perayaan dan makna Tarian Kipas. Selain itu, saya telah mengetahui kepentingan komunikasi dalam satu kumpulan. Semasa seorang berada dalam kumpulan, komunikasi sangat penting, kerana melalui komunikasi inilah orang dapat bekerjasama dengan cekap. Di samping itu, dengan meneliti Tarian Kipas, saya telah belajar banyak mengenai tradisi tarian serta warisan dan budaya orang Cina di Malaysia. Namun begitu, kerana kemampuan saya untuk berbahasa melayu tidak bagus, projek ini telah menjadi cabaran bagi saya. Oleh kerana itu, saya telah menerima cabaran ini untuk meningkatkan kemampuan membaca dan menulis dalam bahasa melayu. Kesimpulannya, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya kerana telah membantu saya dalam penghasilan projek kami. mereka sangat membantu saya, dan juga memahami kesukaran saya sebab itu adalah cabaran untuk bekerjasama dengan saya, terutamanya pada masa-masa mencabar yang sedang kita jalani sekarang. Saya hanya ingin berharap semua orang di kumpulan saya selamat dan sihat sepanjang wabak ini.


REFLEKSI DIRI -Teh Ci En

Salam Sejahtera dan Salam Mesra,

Nama saya Teh Ci En. Saya merupakan seorang pelajar di Taylor’s University Lakeside Campus dan sedang melanjutkan ijazah saya dalam Bachelors of Arts (Hons) dalam Interior Architecture. Terutamanya, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Firdaus Ramli diatas sumbangan dan bimbingannya bagi keseluruhan kuliah saya. Saya telah mendapat banyak manfaat mempelajari tentang Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Saya juga berasa berharga kerana dapat meluaskan cakrawala dan pandangan ilmu terhadap sejarah yang disiarkan dari segi pengetahuan dan pengalaman. Namun begitu, saya mengira nasib kerana mendapat peluang meningkatkan tahap komunikasi dan toleransi apabila saya melintasi jalur agama yang lain.

Saya berasa bertuah kerana saya mempunyai rakan kumpulan yang amat pro-aktif dan memberi banyak sumbangan idea dan kerjasama untuk menyelesaikan tugasan ini. Didalam proses tugasan ini juga membolehkan saya melihat pelbagai jenis etnik yang lengkap serta bersikap bersatu-padu dengan tujuan untuk kejayaan secara keseluruhan. Justeru itu, saya ingin menyampaikan dengan sepenuh hati bahawa tugasan ini telah mengubah pandangan terhadap kewujudan kepelbagaian etnik di negara saya. Sekian laporan refleksi saya. Terima kasih.


REFLEKSI DIRI -Amelia Kho Shi Ting Salam sejahtera, nama saya Amelia Kho Shi Ting dan saya merupakan seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam program Bachelor of Laws di Taylor’s University. Dengan peluang ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), iaitu Encik Firdaus Ramli yang banyak memberikan bimbingan kepada kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Bukan itu sahaja, saya berasa amat bersyukur atas kerjasama ahli kumpulan saya dalam menghasilkan kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana semangat kerjasama antara ahli kumpulan merupakan salah satu faktor yang penting bagi menyempurnakan kerja kursus ini. Walaupun segala perbincangan kursus ini terpaksa dilakukan atas talian tetapi kami telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan kerja kursus ini dapat disiapkan pada masa yang tepat. Misalnya, kami mengeluarkan masa untuk membincangkan isi kandungan bagi kerja kursus ini melalui aplikasi Telegram. Tambahan pula, kerja kursus ini juga mengeratkan hubungan ahli kumpulan kerana kami akan saling membantu apabila menghadapi kesusahan dalam tugasan ini. Di samping itu, saya berpeluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah tamadun-tamadun Islam dan Asia. Tajuk kerja kursus kumpulan saya adalah tentang seni tarian tradisional masyarakat cina. Punca kami memilih tajuk ini ialah kami berharap dapat lebih mengetahui maklumat tentang topik ini. Dalam kerja kursus ini, ahli kumpulan telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang kecil. Kumpulan saya bertanggungjawab untuk mengumpulkan maklumat tentang tarian singa. Sebagai salah satu ahli kumpulan ini, saya bertanggungjawab untuk mencari maklumat tentang tarian singa apabila sambutan Tahun Baharu Cina dan juga ciri-ciri penari. Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya kerja kursus ini boleh disiapkan dengan sempurna. Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang Tamadun Islam dan Tamadun Asia selepas meninggalkan sekolah menengah. Pada pendapat saya, kita juga mestilah menghargai pencapaian tokoh-tokoh tamadun supaya dapat mencapai kemajuan yang lebih tinggi pada suatu hari nanti. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya atas kerjasama bagi menyiapkan tugasan ini.


REFLEKSI DIRI -Jacelyn Chong Xin Yun Salam sejahtera, nama saya Jacelyn Chong Xin Yun. Saya seorang pelajar yang sedang melanjutkan program pengajian Bachelor of Culinary Management (Honours). Saya ingin meguacapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia saya, iaitu Cikgu Firdaus Ramli yang banyak memberi panduan kepada kami atas siapan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua dan ahli kumpulan saya yang bekerjasama menyiapkan projek ini dengan saya. Yang mustahaknya, saya bersyukur kepada ibu bapa kerana tanpa mereka saya pula tidak berpeluang untuk belajar kursus ini. Projek ini juga banyak membantu saya atas penimbaan ilmu pengetahuan tentang Seni Tarian Tradisional Masyarakat Cina. Dalam projek ini, saya telah menyedari bahawa kepentingan berkomunikasi. Komunikasi yang baik adalah amat penting sebab kita dapat menjamin semua ahli berada atas jejak yang sama. Dengan ini, kita dapat menyiapkan kerja dengan lebih cekap. Kita juga boleh mengelakkan berlakunya salah faham yang mampu memperlahankan kemajuan semua ahli.

Selain daripada berkomunikasi, manfaat yang saya memperolehi dari pengalaman ini ialah tanggungjawab sebagai ahli kumpulan. Jika kita menyiapkan tugasan masing-masing dalam masa yang diberi, ketua kumpulan pula dapat menyiapkan tugasannya dengan lebih senang. Dengan ini, kita semua boleh serahkan kerja kita tepat pada masa. Akhirnya, saya ingin ucapkan terima kasih sekali lagi kepada penyarah dan rakan-rakan saya. Mereka telah banyak memberi pembimbingan dan bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya amat bersyukur kerana mendapat pegalaman ini untuk belajar bukan sahaja ilmu yang luar dalam bidang pelajaran saya, tetapi juga nilai-nilai kehidupan yang akan menmanfaatkan saya sepanjang hayat.


REFLEKSI DIRI -Iris Yeo Wan Ying

Salam sejahtera , nama saya Iris Yeo Wan Ying dan saya merupakan seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan (Bachelor of Business in International Business and Marketing) di Taylor’s Universiti Malaysia. Sebelum meneruskan refleksi saya mengenai kerja kursus ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah modul ini , iaitu Encik Firdaus Ramli yang agar memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan sekumpulan untuk melaksanakan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS)ini.Dengan peluang ini,saya juga berasa bersyukur atas kerjasama sesama ahli kumpulan dalam menghasilkan kerja kursus ini . Pertama sekali, saya berasa amat gembira agar tugasan ini telah dijalankan dengan lebih lancar dan sempurna di bawah kepimpinan kumpulan kami.Ini juga menekankan kepentingan semangat kerjasama antara ahli kumpulan apabila melakukan tugasan ini . Semangat kerjasama penting sekali dan akan ditekankan ketika kami bekerja di sosial pada masa yang akan datang. Walaupun tugasan ini tidak mudah disiapkan kerana ahli kumpulan kami tidak dapat bertemu antara satu sama lain dengan punca wabak sehari ini ,tetapi kami masih berkomunikasi dan mengedarkan karya melalui media sosial seperti Telegram. Sikap bantu-membantu juga ditunjukkan dalalm tugasan dan kumpulan ini dengan memberi bantuan kepada satu sama lain apabila sesiapa telah mengalami masalah.Oleh sebab kerana saya tidak biasa dengan menggunakan E-majalah untuk menghasilkan tugasan di sekolah menengah,saya telah menghadapi masalah dalam menghasilkan E-majalah ini.Tetapi dengan bantuan ahli kumpulan , saya berjaya menghasilkan tugasan ini. Antaranya,saya juga mengahadapi beberapa cabaran.Oleh sebab maklumat yang dicari di internet adalah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina,saya ingin menggunakan kamus dalam talian untuk membuat terjemahan yang betul agar tugasan kami lebih baik dan sempurna.Dalam proses ini,saya amat bersyukur kerana mempunyai rakan kumpulan yang sering menyumbangkan idea dan sokongan . Sebagai seorang rakyat Cina di Malaysia , memahami sejarah tentang bangsa dan negara sendiri adalah sangat penting dan ini juga dapat menunjukkan sikap hormat atau patriotic untuk negara kita.Saya telah menerima dan meningkatkan pengatahuan dan pengalaman yang bernilai tentang tarian tradisi Cina selepas menghasilkan tugasan ini.Memahami pengetahuan ini telah membantu kami memperdalam perasaan kita terhadap tradisi Cina dan berbangga dengan tradisi kami. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua kumpulan yang bertanggungjawab sekali itu dan semua ahli kumpulan yang begitu bekerjasama kerana menjalankan tugasan ini dengan lebih lancar dalam tempoh penugasan ini .Tarian Tradisi Cina juga perlu dipelajari agar generasi mudah dapat memahami budaya tradisi Cina.


VIDEO

https://youtu.be/TC24cmEj_LA


Sebagai rumusan, tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini telah banyak memanfaatkan kami dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai sejarah dan budaya kaum cina. Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sudah dipelajari amat berguna terutamanya kepada semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan identiti budaya mereka yang unik dan istimewa. Bak kata pepatah: “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Peribahasa ini menjelaskan bahawa sesuatu kejayaan yang diperoleh disebabkan seluruh pasukan atau masyarakat bersatu hati dan berpegang teguh antara satu sama lain. Melalui tugasan TITAS ini, setiap ahli kumpulan telah memberikan kerjasama, bersikap toleransi dan berfikiran terbuka untuk menerima pandangan antara satu sama lain. Tanpa usaha yang mulia ini daripada setiap ahli kumpulan, sudah pasti keadaan kelam-kabut akan berlaku dan tugasan ini tidak akan berakhir dengan lancar. Akhirulkalam, kami berharap budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia akan dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Sekian terima kasih.


Lampiran -GAMBAR BERKUMPULAN


RUJUKAN PENGENALAN •Ghazali, L. (2010, November 15). Budaya Pelbagai Kaum. Retrieved from http://drghazali.blogspot.com/2010/11/karangan-budaya-pelbagai-kaum.html •Izza. (2012, May 11). Seni Budaya Malaysia warisan zaman berzaman. Retrieved from http://cikgu-enn.blogspot.com/p/masyarakat-cina.html

TARIAN NAGA •gummysfsquare. (2013, August 18). Tarian Masyrakat Cina. Retrieved from http://sfsquareprincess.blogspot.com/2013/08/tarian-naga_18.html •MRM R&D Team. (2018, July 20). Sejarah Tarian Naga Dan Tarian Singa. Retrieved from https://askislam.me/ms/2018/07/19/sejarah-tarian-naga-dan-tariansinga/ •Kwek, X.S. (2010, August 9). Keunikan Perayaan Dalam Masyarakat Malaysia. Retrieved from http://keunikanperayaan.blogspot.com/2010/08/tarian-menyambuttahun-baru-cina.html •Yulia, A. (n.d.). Tarian Tradisional Kaum Cina- Tarian Singa Dan Tarian Naga. Retrieved from https://yuliaamira.blogspot.com/2013/07/tarian-tradisional-kaumcina-tarian.html •Wikipedia contributors. (n.d.) John Christopher. In Wikipedia , The Free Encyclopedia. Tarian naga- Dragon dance. Retrieved from https://ms.vvikipedla.com/wiki/Dragon_dance •Daniel. R. (2016, October 25). Mesmerising Chinese Dances You Should Know. Retrieved from https://theculturetrip.com/asia/china/articles/8-mesmerizing-chinesedances-that-you-should-know/ •Stephen. N. (2019, August 27). Chinese Traditional Dances. Retrieved from https://www.chinalocaltours.com/chinese-traditional-dances/ •PenangKini. (2017, April 27).14 Tarian Tradisional Masyarakat Majmuk Di Malaysia. Retrieved from https://www.penangkini.com/2017/04/14-tariantradisional-masyarakat-majmuk.html?m=1


RUJUKAN TARIAN KIPAS

•Seni dan Budaya Malaysia. (n.d.). Kipas. Retrieved from https://sites.google.com/site/senidanbudayamalaysia/kia •Nur, A. (2010, August 13).Jenis-jenis Tarian Masyarakat di Malaysia. Retrieved from http://tarianmalaysia29.blogspot.com/2010/08/tariankipas.html •Yl, XG, YI. (2012 April 7). Budaya Malaysia. Retrieved from http://yleekame-ylin.blogspot.com/2012/04/tarian-kipas-cinalalalala.html •Birmiss. (n.d.)Kipas Tarian Cina. Tarian Rakyat Cina. Retrieved from https://ms.birmiss.com/kipas-tarian-cina-tarian-rakyat-cina/ •Lynn, J. (2017, September 15). Traditional Chinese Fan Dance. Retrieved from https://ourpastimes.com/traditional-chinese-fan-dance-12329107.html •Staff, W. (2020, April 13). What is the History of the Chinese Fan Dance?. Retrieved from https://www.reference.com/world-view/history-chinese-fandance-f23149bb5a954dad •Martes & Marso13. (2012). MODULE 29: Chinese Fan Dance (China). Retrieved from http://julstolentino.blogspot.com/2012/03/module-29chinese-fan-dance-china.html?m=1 •Wong, Z.Q. (2013, April 27). Tarian kipas SEMEKAR. Retrieved from https://www.youtube.com/embed/UyNIH6UdCG8?feature=oembed •Kezia, W. (2013, April 24). History of Chinese Fan Dance. Retrieved from https://prezi.com/nu3ll0rbs5ic/history-of-chinese-fan-dance/ •Sock, W. (2015, November 16). Tarian Kaum di Malaysia. Retrieved from http://tariandimalaysiac5.blogspot.com/2015/12/tarian.html?m=1 •Evolution Dance Production. (n.d.). Jenis-jenis Tarian. Retrieved from https://penarikebudayaan.wordpress.com/types-of-dance/ •Siam, R & Ang, D. (2018, April 6). Fan Dance (China). Retrieved from https://learnex.com.mx/home/principal/fan-dance-china/


RUJUKAN TARIAN SINGA • munirah78696 (2013) pengenalan tarian singa Retrieved from https://www.coursehero.com/file/38783955/Tarian-Singadocx/ • 7 murid Melayu ‘kuasai’ tarian singa (2021) Retrieved from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/537551/7-murid-melayu-kuasaitarian-singa • Lim May Lee (2016) tarian singa Retrieved from https://www.rage.com.my/super-troupers/ • Meiying Ooi (2013) tarian singa perayaan tahun baru cina Retrieved from http://tariansinga12.blogspot.com/2013/04/perayaan-makna-tarian-singa.html • Vasu, S. (2021). Lion dance | Infopedia. Retrieved from https://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_57_2004-12-27.html •

Northern Lion Dance and Southern Lion Dance. (2021). Retrieved

from http://english.visitbeijing.com.cn/a1/aXDHE04AE9588E109E6E795 •

Lion Dances at Chinese New Year: Symbolism, Origins and Styles. (2021).

Retrieved from https://www.chinahighlights.com/travelguide/special-report/chinesenew-year/new-year-lion-dance.htm •

Kay, P. (2021). The Evolution of Lion Dancing. Retrieved

from https://www.taikooplace.com/en/artistree/content/the-evolution-of-lion-dancing •

Tarian Singa, Bukan Harimau (2020) . Retrieved

from https://katamalaysia.my/culture/tarian-singa-bukan-harimau •

Dans C’ Kay (2018)Asal-Usul Tarian Singa Retrived from

https://www.thepatriots.asia/asal-usul-tarian-singa/



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.