
7 minute read
TARIAN SINGA
-pengenalan -tarian singa di Malaysia -jenis tarian singa -perayaan Tahun Baru Cina -asal-usul -ciri-ciri penari
-TARIAN SINGA
Advertisement
PENGENALAN

Kebudayaan adalah salah satu daripada refleksi komuniti dan bangsa. Tarian Singa merupakan sebahagian adat dan warisan masyarakat Cina. Tarian Singa dipopulerkan sejak masa Dinasti Han kira-kira 206BC - 220AD. Oleh kerana Tarian Singa memainkan peranan yang penting disegi mitologi Cina begitu juga mewakili keriangan dan kegembiraan, sepertimana penyampaian lagenda bertutur bahawa ianya dapat menghapuskan peristiwa yang jahat. Persiapan persembahan ini, wajib dilatih sepanjang tahun semata-mata untuk membuat persembahan pada masa Tahun Baru Cina dan juga pertandingan antarabangsa.


Gaya penarian Tarian Singa, pergerakkan langkah-langkah dan kostum kelihatan serupa dengan singa yang sebenar. Biasanya, penari persembahan tersebut melibatkan dua orang, dimana satu penari diposisi dihadapan dan memegang serta menyokong kepala singa manakala pasangan penari yang kedua diposisi pada bahagian belakang akan menyokong bahagian belakang singa serentak dengan lagu persembahannya. Lagu yang dihasilkan adalah daripada gendang, simbal, instrumen gong yang dimainkan mengikut rentak musik diikuti dengan langkah-langkah penarian Tarian Singa.
(Source : Lion Dances at Chinese New Year: Symbolism, Origins and Styles, 2021).
Tarian Singa dinikmati oleh setiap individu sama-ada orang tua atau kanak-kanak. Tradisi ini masih wujud dan sangat dihargai beramaian dan diseluruh dunia. Tarian Singa telah menjangkaui berdekad-dekad sehingga hari ini.
-TARIAN SINGA
V.S

JENIS TARIAN SINGA

Di dalam Tradisi Cina terdapat dua jenis tarian singa. Singa Utara dan Singa Selatan. Kedua-dua tarian ini berbeza antara satu sama lain dari segi gaya, penampilan dan persembahan.

Tarian Singa Selatan berasal dari Guangzhou di Negara China. Ia didapati lebih popular dan reseptif terhadap penduduk di Singapura. Hiasan tarian singe ini dinampak dengan bulu yang agak pendek dan warna yang warni. Apabila persembahan tarian bermula, ia dimasukkan dengan “caiqing” yang bermaksud gaya akrobatik untuk memanjat setinggi beberapa tingkat dengan menggunakan tiang sebagai sokongan. Tanggapan tersebut ialah sebuah upacara ritual. Selain daripada itu, tarian ini juga menghiburkan dimana kelakuan singa dilihat menggaru-garu,menjilat bulu-bulu dan sebagainya.
(Source : Vasu, S. , 2021).
Seterusnya, terdapat Tarian Singa Utara. Ia berdasarkan satu pasangan Singa Jantan dan Singa Betina. Penampilannya ialah dengan bulu yang panjang serta tebal dibahagian kepala dan badan. Pembezaan diantara jäntan dan betina adalah dengan warna-warna yang tersendiri. Kemunculan persembahan Singa Utara lebih menghiburkan kerana mempunyai sifat-sifat yang nyata. Persembahan ini juga membawa bermacam-macam corak pergerakan. Keseluruhannya, diantara kedua-dua Tarian Singa ini cukup memuaskan dan menggembirakan.
-TARIAN SINGA
ASAL USUL

Tarian singa merupakan suatu tarian tradisional yang diwarisi oleh masyarakat Cina, terutamanya di Asia. Penari tarian singa akan memakai kostum singa dan meneladan pergerakan singa apabila menari. Sejarah tarian singa boleh dijejaki hingga zaman dinasti Tang. Terdapat banyak penyataan tentang asal usul tarian singa. Dalam adat orang Cina, singa dianggap sebagai pelindung dan ia boleh melindungi penduduk kampung daripada serangan semangat jahat. Oleh itu, orang Cina akan mempersembahkan tarian singa untuk menghalau semangat jahat. Tarian singa mula menyerap masuk dalam adat Cina dan dipopularkan pada zaman dinasti Tang. Kini, tarian singa diwarisi di banyak negara seperti China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam. Terdapat banyak versi tarian singa sebab tarian ini amat popular di Asia. Setiap negara mempunyai corak yang berlainan. Yang paling sejagatnya ialah Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

(Source: : Symbolism, Origins and Styles, 2021)
Tarian Singa Utara berasal dari bahagian utara China. Tarian ini dipersemabhkan bagi tujuan hiburan seperti menghiburkan keluarga diraja. Kostum singa ini berbulu jingga-kekuningan yang membuat ia nampak lebih realistik. Bagi singa jantan, kepalanya akan diikat reben merah manakala bagi singa betina, kepalanya akan diikat reben hijau. Tarian singa ini mengandungi banyak pergerakan dan memerlukan penari yang lebih fleksibel. Tarian Singa Selatan adalah tarian singa yang wujud dan diamalkan di Malaysia. Tarian singa ini berasal dari Guangdong. Biasanya, tarian ini sering dipersembahkan bagi tujuan istiadat seperti upacara menghalau semangat jahat dan meminta tuah. Kostumnya pula berbeza dengan Tarian Singa Utara. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan badannya adalah diperbuat daripada kain tahan lasak dihiasi bulu. Pergerakan tarian ini terutamanya focus pada bergiliir, bergulung, berlompat, menggaru dan sebagainya.
-TARIAN SINGA


TARIAN SINGA DI MALAYSIA


Berdasarkan kisahan di atas, tarian singa bukan sahaja untuk tujuan hiburan, tetapi juga bagi tujuan istiadat. Di Malaysia, tarian singa biasanya dipersembahkan untuk membawa tuah dan rezeki, yang mana adalah bagi tujuan istiadat.
Kaum Cina mempercayai bahawa tarian singa boleh menghalau kejahatan dan membawa tuah. Kepercayaan ini telah dalam menyerap di masyarakat Cina di Malaysia. Oleh sebab itu, tarian singa dapat dinampak pada pelbagai perayaan dan majlis kaum Cina. Bukan sahaja Tahun Baru Cina, tarian singa turut dipersembahkan atas majlis perkahwinan, ulang tahun kelahiran, pembukaan perniagaan dan sebagainya.
-TARIAN SINGA


Perayaan
TahunBaharu Cina



Tarian singa sudah menjadikan salah satu tradisonal persembahan yang terkenal di Malaysia dan juga serantau Asia Tenggara apabila perayaan-perayaan kaum Cina, terutamanya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Ia bukan merupakan sejenis persembahan hiburan di atas pentas sahaja. Tambahan pula, tarian singa juga merupakan sejenis adat yang tradisional bagi masyarakat Cina. Hal ini disebabkan tarian singa melambangkan sesuatu gambaran penanda yang baik kepada seseorang. Namun begitu, ia tidak lagi dikaitkan dengan raksasa yang tidak pernah wujud itu. Apabila sambutan Tahun Baharu Cina di Malaysia, kumpulan tarian singa sering mendapat peluang perkerjaan untuk membuat persembahan di mana-mana kediaman, kedai, dan juga sekolah untuk membawa kegembiraan dan tuah. (Source: munirah78696, 2013)

Misalnya, sebahagian tuan rumah yang terdiri daripada bangsa Cina akan mempersilakan penari-penari singa selatan pergi ke rumahnya untuk mempersembahkan tarian tersebut. Penari- penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa yang pelbagai warna seperti merah, kuning dan hitam. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. Lagipun, singa-singa akan mendekati sebiji buah atau sayur dan “makan” buah tersebut. Biasanya, buah-
buah ini digantung di tempat tinggi. Oleh itu, singa-singa akan menari ke arahnya sementara penari di dalam kepala singa harus mencapai dan mengupas buah itu tanpa menghentikan tarian. Perlakukan ini adalah untuk menunjukkan kekayaan.
Akhirnya, singa-singa ini akan mendekati orang ramai yang ingin menghulurkan sampul merah iaitu “angpau”, sebagai ganjaran untuk persembahan mereka yang amat menarik.
-TARIAN SINGA
Ciri-ciri Penari

Peranan tarian singa dimainkan oleh sesiapa yang berminat dengan tarian tradisonal yang istimewa ini. Peminat tersebut boleh menyertai rombongan atau persatuan tarian singa di mana-mana tempat yang berada untuk belajar tarian singa. Biasanya, penaripenari merupakan golongan remaja dan terdiri daripada
pelbagai kaum seperti orang Cina, orang Melayu, dan sebagainya.
Sebenarnya, belajar tarian singa bukan merupakan sesuatu aktiviti yang mudah. Penari memerlukan tubuh yang kuat kerana penari di bahagian hadapan perlulah memegang kepala singa yang sekitar 4 hingga 7 kilogram sebanyak 30 minit. Bukan itu sahaja, penari yang memainkan peranan di bahagian ekor singa perlulah mengangkat penari di bahagian hadapan ketika persembahan. Lagipun, penari mestilah menguasai gerakan akrobatik yang agak sukar seperti mengangkat tubuh untuk menampakkan gerakan singa itu ‘berdiri’ serta memastikan tarian mereka sempurna mengikut rentak paluan gendang. Oleh itu, ahli kumpulan mestilah bekerjasama dan berusaha apabila berlatih supaya persembahan tarian singa tersebut boleh disembahkan dengan sempurna.
Tambahan pula, sebagai penari tarian singa, seseorang haruslah mengorbankan banyak masa untuk berlatih sehingga mahir bersama ahli kumpulan terutamanya sebelum menyertai pertandingan tarian singa. Oleh demikian, sebahagian penari berputus asa untuk belajar tarian singa kerana mereka tiada masa yang mencukupi untuk berlatih.

(Source: 7 murid Melayu ‘kuasai’ tarian singa, 2021; Lim May Lee, 2016)

Di samping itu, penari memerlukan keberanian untuk melompat di atas jong yang setinggi lapan kaki. Kesimpulannya, belajar
tarian singa memang sukar terhadap pemula maka peminat haruslah bertekun dan mempunyai beberapa ciri-ciri yang seperti di atas supaya dapat mempersembahkan tarian singa dengan menarik.