Proceedinguicw6023 tema 5hingga 6

Page 44

Antara kelemahan yang didapati adalah perletakan perabot dan peralatan seperti kipas, jam, almari, rak buku, tabung derma dan sebagainya. Perabot dan peralatan ini mengganggu ruang yang sepatutnya dijadikan baris pertama di hadapan dewan masjid. Seperti yang disebut dalam bahagian sebelumnya, rekabentuk bangunan masjid yang meletakan tiang-tiang besar di bahagian hadapan dewan juga menyebabkan saf pertama terganggu. Gangguan ini juga datang dari rekaletak mihrab yang tidak sesuai menyebabkan kedudukan imam terlalu jauh di hadapan berbanding saf pertama.

Rekabentuk Mimbar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menghadang saf Gangguan binaan dan perabot ini menyebabkan jemaah tidak dapat membentuk saf yang sempurna dan panjang di dalam masjid. Akhirnya, para jemaah terpaksa berpuas hati dengan saf pertama yang pendek, atau menganjakkan saf pertama ke belakang (contohnya selepas mimbar atau tiang). Namun begitu, anjakkan ini akan menyebabkan ruang bagi beberapa baris di hadapan dewan terbazir dan tidak dapat digunakan.

404


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.