Proceedinguicw6023 tema 1hingga 4

Page 38

Bahkan, agama merupakan kebudayaan itu sendiri (Adian Husaini, 2004). Selain daripada perbezaan budaya yang menjadi faktor utama kepada konflik diantara Islam dan Barat ini, perbezaan fahaman dan agama juga menjadi faktor lain yang menambahkan lagi ketegangan antara dua buah pegangan ini.

Islam Dari Pandangan Dunia Barat Media barat pada masa kini menjadi terlalu taksub dengan sesuatu yang disebut sebagai “Islam”. Menurut Edward (1980), Islam menjadi satu ancaman kepada Dunia Barat yang memungkinkan mereka kembali ke zaman kegelapan semasa mereka berada di abad pertengahan. Menurut Esposito (1993), fenomena seperti ini terjadi disebabkan persepsi Barat yang menganggap Islam sebagai ancaman kepada kewujudan ataupun keharmonian tamadun Barat. Hal ini dapat dilihat dalam kisah Saddam Hussien. Menurut Adian Husaini (2004), puak Zionis Israel dan Kristian menganggap Saddam sebagai satu ancaman yang besar bagi bangsa Israel. Ini kerana bagi mereka, berdasarkan kitab Bible, mereka percaya akan kemunculan kembali Raja Babylon Nebuchadnesaar, menjelang Kiamat, yang akan mengancam kewujudan Israel dan Raja Nebuchadnesaar itu dipercayai oleh mereka adalah Sadam Hussien (Adian Husaini, 2004). Menurut Dyer dan Hunt (1991), “The New Nebuchadnezzar” bagi Israel dan Timur Tengah adalah Saddam Hussien. Tambahan pula, Islam dipaksa untuk bangun mempertahankan dan menolak imej mereka yang dilabel kan sebagai ancaman utama oleh media barat apabila krisis diantara Islam di Saudi Arabia atau Afghanistan dengan Soviet Union apabila diutarakan (Edward, 1980). Perkara ini sebenarnya perlu dikaji kembali oleh masyarakat Barat berkenaan dengan kebenaran Islam memusuhi Barat dalam setiap keadaan dan di manakah kedudukan sebenar permusuhan tersebut (Hapiz dan Khaliff, 2009). Mereka yang mengkaji dan memahami agama Islam itu sendiri tanpa ada sedikit pun campur tangan dari pihak media akan mengetahui hakikatnya yang sebenar bahawa Islam tidak pernah memusuhi Barat. Selain itu, pandangan dunia luar terhadap Islam banyak dipengaruhi oleh media yang membuat liputan tentang Islam di dunia. Kebanyakan media melabelkan Islam sebagai pengganas setelah berlaku peristiwa serangan 11 September 2011 ke atas bangunan World Trade Centre dia Amerika Syarikat yang mengakibatkan kematian ratusan orang yang tidak 35


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.