Nilai Kita
Molek Itu Budi
Jangan Sebar
Penyakit
B
aru-baru ini, dunia digemparkan dengan penularan Wabak Koronavirus (COVID-19). Ketika rencana ini ditulis, angka mangsa yang terkorban terus meningkat dan semakin ramai yang dijangkiti virus ini. Lebih merisaukan adalah masih tiada penawar atau ubat untuk mengubati virus yang berbahaya ini. Jika anda tidak sihat atau diserang penyakit batuk atau selsema. Dinasihati agar anda melakukan perkara berikut. Supaya penyakit atau virus tidak disebarkan kepada orang lain.
Tutup mulut apabila batuk Jika anda batuk, tutuplah mulut anda dengan sapu tangan atau kertas tisu. Air liur anda boleh menyebabkan virus tersebar di udara dan boleh menjangkiti orang lain.
ISI 3
48
202
0
ED
Ambil cuti sakit Jika tidak sihat, segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Jangan pergi ke sekolah kerana dikhuatiri anda akan menyebarkan virus atau penyakit kepada orang lain. Berehat di rumah agar cepat sembuh.
Pakai topeng muka Guna atau pakai topeng untuk menutup hidung dan mulut anda apabila perlu atau pergi ke tempat yang ramai orang. Kerap cuci tangan Penjaan kebersihan yang baik boleh mengelakkan penyakit. Oleh itu, sentiasa pastikan badan dan tangan kita bersih agar apa-apa kuman dan virus tidak mudah menjangkiti kita. Sentiasa jaga kesihatan tubuh Sentiasa pastikan tubuh dalam keadaan yang sihat. Amalkan penjagaan diri yang baik serta makan makanan yang bersih dan berkhasiat. Semoga kita sebuah terhindar dan dilindungi daripada penyakit yang berbahaya.