Kuntum January 20

Page 48

Nilai Kita

Citra Peribahasa Oleh: Cikgu Ummi

P

Seikat Bagai Sirih, Serumpun Bagai Serai

ISI 1

44

202

0

ED

ak Saad memandang ke arah langit. Awan tebal mula kelihatan menandakan hujan akan turun. Hatinya mula risau. Hujan lebat yang membasahi bumi hampir setiap hari menandakan ketibaan musim tengkujuh. Seperti tahun sebelumnya, hujan lebat seperti ini akan menyebabkan terjadinya banjir di Kampung Sungai Kerang. Sebagai ketua kampung, Pak Saad menggalas tanggungjawab yang amat berat. Dia tidak mahu kejadian yang dihadapi penduduk kampung pada tahun lepas berulang lagi. Ketika itu, beberapa buah rumah telah ditenggelami air dalam masa yang amat singkat. Ramai penduduk yang terperangkap di dalam rumah sehingga kehabisan makanan sementara menunggu bantuan sampai. Anak-anak kecil juga ramai yang jatuh sakit. Tahun ini, Pak Saad nekad. Dia mahu memastikan semua penduduk kampung bersedia menghadapi banjir. Satu taklimat keselamatan menghadapi banjir segera diadakan. Semua penduduk kampung berkumpul di balai raya. Pak Saad gembira melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung. Taklimat tersebut disertai oleh wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam taklimat tersebut, penduduk kampung telah diberi tunjuk ajar mengenai persediaan menghadapi banjir, keselamatan ketika banjir dan penjagaan kesihatan semasa banjir. Pak Saad amat berharap semua penduduk kampung lebih bersedia menghadapi musim tengkujuh kali ini. Beberapa hari kemudian, paras air sungai semakin meningkat naik. Hujan lebat turun tanpa henti sejak beberapa hari yang lalu. Penduduk kampung kini bersedia menghadapi banjir. Mereka menggunakan segala ilmu yang dipelajari ketika taklimat dahulu. Penduduk kampung saling bantu-membantu dalam persediaan menghadapi banjir. Siren kecemasan dibunyikan menandakan air sungai sudah melimpah keluar. Penduduk kampung segera menyelamatkan ahli keluarga masing-masing. Anggota bomba dan angkatan pertahanan awam juga telah bersedia untuk membantu memindahkan penduduk kampung ke pusat pemindahan sementara. Semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dengan kerjasama semua pihak. Mereka masak secara bergotongroyong di pusat tersebut. Kesihatan mereka juga Seikat diberi perhatian dengan adanya pegawai bagai sirih, perubatan yang memberikan perkhidmatan serumpun bagai pemeriksaan kesihatan di pusat pemindahan. Kini, serai mereka semua bagai ‘Seikat bagai sirih, serumpun Maksud: Sentiasa bagai serai’. Pak Saad mengucapkan terima kasih bersatu padu dalam kepada semua pihak yang telah membantu penduduk setiap perkara dan kampung menghadapi banjir. Dia berharap mereka keadaan. terus bekerjasama di masa akan datang.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.