Nilai Kita Ragam Pelajar
Macam-Macam Ragam‌
M
ISI 1
42
202
0
ED
emasuki bulan Januari setiap tahun, pasti anda semua bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan, bukan? Namun, lain ragamnya bagi adik-adik anda yang baharu memasuki Tahun 1. Pastinya anda akan melihat dan menyaksikan pelbagai keletah adik-adik ketika hari pertama persekolahan baharu dibuka. Ada yang menangis, ada yang menjerit dan ada yang menyorok di bawah meja. Macam-macam ragam‌ Malah, bukan sahaja aksi si anak, sesi persekolahan yang baharu untuk tahun 2020 ini pastinya sesuatu yang mendebarkan terutama buat ibu bapa yang baru pertama kali menghantar anak mereka ke sekolah. Panduan buat ibu bapa, mungkin anda fikir bagi anak-anak yang telah mula bersekolah tadika, tiada masalah bagi kanak-kanak ini untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di Tahun 1. Namun tidak semua kanak-kanak akan menerima keadaan itu terutama apabila berada di persekitaran yang berlainan seperti perlu berdikari membeli makanan, ke tandas dan lain-lain lagi tidak seperti ketika di tadika atau taska. Paling penting adalah dengan membuat anak-
anak berasa selesa dan bersedia. Anda boleh beritahu kepadanya hanya kanak-kanak yang sudah besar bersedia untuk ke sekolah. Anda boleh lihat reaksinya, bertapa bangganya apabila dapat masuk ke sekolah untuk ‘orang dewasa’. Selain itu, ajarlah kepada anak anda tentang perkara asas yang berlaku di sekolah. Anakanak yang bakal masuk ke sekolah juga perlu dididik dan dilatih dengan kemahiran asas agar dia rasa berkeyakinan untuk berada di sekolah seperti menggunakan tandas, membeli makanan atau dalam pergaulan. Bagi abang dan kakak, bantulah adik-adik di sekolah. Anda adalah harapan ibu bapa dan guruguru. Wujudkan suasana persekitaran yang aman dan harmoni ketika di sekolah dan tanamkan semangat rasa seronok untuk pergi ke sekolah setiap hari. Akhir kata, Mama ucapkan selamat kembali ke sekolah dan Selamat Tahun Baharu 2020!