Kuntum January 20

Page 45

Nilai Kita Molek itu Budi

Diriku Yang Baharu S

2020 Jika anda seorang yang sangat cerewet dan seringkali tidak suka makanan yang ibu anda sediakan setiap hari, berusahalah untuk berubah dan menerima seadanya apa juga masakan yang disediakan oleh ibu anda. Fikirkan sejenak bagaimana susahnya ibu anda bangun awal pagi dan bertungkus-lumus di dapur untuk menyediakan makanan untuk anda. Hargailah pengorbanan ibu anda itu...

Jika anda seorang yang cepat merajuk dan tidak mendengar teguran ibu bapa, hanya mengikut kehendak hati dan bersikap degil, berubahlah segera. Cubalah menjadi seorang anak yang menghormati ibu bapa dan patuh segala arahan mereka.

Banyak lagi sikap buruk anda yang mungkin nampak kecil tetapi memberi impak yang besar dalam keperibadian anda. Anda mungkin seorang yang malas, boros, tidak bijak menguruskan rutin harian diri sendiri dan berbagaibagai lagi. Renunglah sebentar dan nilaikan kembali diri sendiri.

BA󰈾󰈾󰈾󰈾󰈾󰈾󰈾󰈾 JA󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀󰉀 ISI 1

41

202

0

AZAM

Jika anda sangat suka marah-marah dan bergaduh dengan adik-beradik anda pula, ubahlah sikap buruk anda itu. Jangan mengambil tindakan melulu, sebaliknya tenangkan hati dan fikiran, sebelum mengambil sebarang tindakan.

ED

Jika sebelum ini anda seorang yang malas bangun pagi, sehingga menyusahkan ibu anda. Mulai dari sekarang anda perlu berazam untuk mengubah perangai dan berusaha bangun awal dan bersiap sendiri ke sekolah tanpa perlu menyusahkan ibu anda lagi.

alam sejahtera semua! Selamat tahun baharu 2020! Seperti lazimnya apabila kita menjejakkan kaki dalam tahun baru, pastinya ada azam baharu yang kita mula sasarkan. Namun sebagai seorang pelajar, anda perlulah menjadikan pelajaran sebagai fokus utama. Sempena tahun baharu , tidak salah juga rasanya jika kita cuba untuk memperbaiki diri kita agar menjadi lebih cemerlang. Di sini ada beberapa perkara yang boleh anda jadikan panduan.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.