Penghayatan Etika & Peradaban


Setinggi tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang membantu dalam menjayakan "Flipbook" ini. Terutama pensyarah kursus MPU 21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban, Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar yang telah bertungkus lumus mengajar kelas kami.
Seterusnya, jutaan terima kasih kepada barisan rakan rakan seperjuangan yang amat dikasihi iaitu Akhmal Aidil Nazrullah (20DEE21F2022), Dionyfius Wan Jok (20DEE21F2024) dan diri saya sendiri, Nasruddin Bin Abdullah (20DEE21F2020) yang telah bersama sama mengerah idea bagi menyiapkan tugasan yang telah di amanahkan untuk kami dan rakan sekelas yang lain.
Akhir sekali, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Politeknik Mukah yang telah memberi peluang untuk mengizinkan kami mengambil kursus ini yang telah memberi banyak manfaat untuk kesedaran diri, jasmani dan rohani.
Terima kasih semua.
Bagi mengetahui faktor-faktor detik perpaduan di Malaysia. Bagi mengetahui contoh-contoh detik perpaduan di Malaysia. Bagi menghargai jasa-jasa ahli sukan, seniman, penggiat seni dan banyak lagi yang telah mengeratkan perpaduan di Malaysia. Agar memupuk semangat cinta akan negara di Malaysia. Mengeratkan silaturrahim bersama bangsa dan kaum yang ada di Malaysia.
Detik detik perpaduan merentasi sempadan perkauman, agama, budaya dan bahasa seperti dalam bidang sukan, ekonomi, seni budaya dan sosial adalah instrumen ajaib yang dapat menyatu padukan rakyat Malaysia.
Bukan atas nama orang melayu, cina, orang india, orang iban, kadazan, murut, dusun, orang asli, penduduk keturunan siam, ataupun yang lain-lain, namun lebih mulia dan penting dari itu, semua bersatu padu atas nama bangsa Malaysia.
Oleh itu, dalam pada kita berusaha payah memupuk solidariti dan perpaduan, kita tidak mahu terjadinya “Moments Of Disunity”, iaitu babak-babak atau episod perpec apkan segala
Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dan mengamalkan kebebasan beragama. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza.
Budaya masyarakat Malaysia dapat dilihat melalui perayaan yang disambut oleh kaum tertentu. Uniknya, perayaan ini disambut secara bersama sama. Di sinilah detik-detik perpaduan yang harmoni diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Di samping itu, perayaan dan pelbagai kaum dalam negara kita turut menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia.
Sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap atlet negara membuktikan acara sukan mampu menyatu padukan rakyat. Detik detik perpaduan dapat dilihat menerusi rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersatu tanpa mengira warna kulit, bangsa dan parti politik yang memberi sokongan kepada atlet Malaysia pada temasya sukan.
Contoh paling mudah apabila jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertanding dan memenangi pingat di temasya sukan Olimpik. Semua rakyat tanpa mengira kaum dan perbezaan politik duduk bersama sama memberi sokongan padu kepada beliau. Inilah detik perpaduan yang ditonjolkan rakyat Malaysia dan sehingga kini diteruskan dalam mana-mana acara sukan sekalipun.
Menerusi fllem juga, detik-detik perpaduan dapat dilihat dan disemai oleh semua rakyat. Antaranya, filem Ola Bola, yang telah membangkitkan semangat perpaduan rakyat Malaysia, dalam membentuk sebuah negara bangsa yang hebat lagi bermartabat.
Dalam filem tersebut pasukan bolsepak kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kaum (Melayu, Cina dan India) bermain bersama-sama demi mengejar kejayaan dan menjulang nama negara di persada dunia.
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang kaya dengan pelbagai corak seni warisan yang menggambarkan identiti bangsa masing-masing. Penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut menjadi salah satu unsur penting dalam membentuk semangat perpaduan.
Lagu dan muzik adalah satu lagi saluran artistik yang membantu proses membentuk hubungan antara kaum.
Antaranya Allahyarham Sudirman Haji Arshad adalah seorang yang cuba menggalakkan keharmonian antara etnik melalui muziknya. Hari ini, ada ramai penyanyi dalam kategori itu seperti Yuna, Elizabeth Tan, Jaclyn Victor berjaya merentasi sempadan perkauman.
Membantu orang susah dan memerlukan pertolongan juga adalah salah satu daripada sikap yang dapat mewujudkan perpaduan kaum. Ini kerana, tanpa mengira latar belakang, warna kulit dan budaya kita akan bersama-sama membantu.
Tanggungiawab masyarakat terhadap keria-keria kemasyarakatan seperti gotong royong bersama jiran yang berlainan bangsa mesti dipupuk dan disemai sebagai satu budaya yang menjadi teras kemakmuran negara.
Ada juga artis visual dan grafik yang turut berusaha untuk membina perhubungan antara komuniti. Kartunis Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid banyak menunjukkan watak pelbagai kaum dalam karyanya menerusi bukunya bertajuk Kampung Boy yang secara langsung menggambarkan detik-detik perpaduan.
Hasil karya kreatif kartun beliau, turut melatarkan kisah kehidupan sebenar masyarakat Malaysia yang majmuk, selain daripada watak utama Lat dan rakan-rakannya, yang terdiri daripada anak anak Melayu dan kaum kaum lain. Ternyata, kerja-kerja tulisan dan lukisan oleh Datuk Lat ini digemari oleh banyak kaum.
Kepelbagaian makanan menyatukan perpaduan di antara kaum. Buktinya, apabila sesuatu makanan itu disajikan, tidak kira apa bangsa sekalipun, semua bangsa boleh merasai dan makan bersama-sama. Contohnya, Nasi Lemak yang turut dimakan dan digemari oleh rakyat Malaysia berbilang kaum.
Bukan itu sahaja, Nasi Vanggey yang sangat popular sejak 1957 juga menjadi antara satu tarikan menu yang digemari oleh masyarakat pelbagai kaum. Uniknya, restoran nasi kandar yang terkenal di Ipoh itu dimiliki oleh orang berbangsa India muslim, memulakan operasi restorannya di sebuah restoran milik keluarga Cina iaitu Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan.
Istimewanya, para pelanggannya pula terdiri daripada lb i k d b il h k ik d ik
Walaupun negara kini diuji pelbagai isu yang boleh menggugat keharmonian, masyarakat dinasihatkan tidak melupakan detik detik perpaduan negara. Perpaduan merupakan satu proses yang berterusan dan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata.
Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan bangsa, sudah mencapai keharmonian yang kukuh. la jelas dapat dilihat melalui budaya harmoni yang dipupuk sekian lama oleh mereka yang terdahulu, dan disambung serta diperkukuhkan masyarakat kini.
Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai perpaduan dan keharmonian negara. Bak kata pepatah Melayu 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing', 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat'
Kepentingan perpaduan tidak dapat disangkal lagi. Hal ini kerana, kejayaan sesebuah negara itu bergantung terus dengan sifat dan sikap bertoleransi yang hidup di negara ini. Bayangkan kegagalan dalam perpaduan di negara kita berlaku pasti akan membawa bahana yang sangat sukar.
Justeru itu, dalam buku ini kita bakal saksikan faktor detik perpaduan di Malaysia sekaligus dapat menghargai jasa karyawan, seniman, ahli sukan dan penggiat seni yang telah menyatupadukan perpaduan di Malaysia.